Spdukm.ukm.my



PENGENALAN

Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia mengkhusus dalam Komunikasi Media, Komunikasi dan Pengurusan Maklumat dan Komunikasi dan Dasar Awam tetapi membuka peluang kepada sebarang bidang dalam Pengajian Komunikasi untuk mencapai matlamat yang berikut:

- membuka peluang kepada penelitian yang lebih mendalam tentang pengajian komunikasi.

- menyediakan pengetahuan lanjutan kepada penggiat, pengkritik dan khalayak dalam bidang komunikasi tempatan dan antarabangsa.

- membantu pengisian sumber manusia dalam memenuhi tuntutan pasaran berkaitan.

- memberikan ruang dan peluang pengajian di peringkat ijazah tinggi.

- mengangkat citra Pusat Pengajian dan Universiti sebagai pusat kecemerlangan ilmu.

Prinsip utama yang digunakan dalam mereka bentuk kurikulum Program adalah terkini, sentiasa peka dan berevolusi mengikut perkembangan ilmu dan teknologi, lengkap dan mantap. Prinsip yang digunakan juga mengambilkira visi Universiti yang berhasrat menjadi universiti bertaraf dunia. Sehubungan itu, visi Program memberikan pendidikan bersifat ilmiah dan saintifik tentang manusia dan komunikasi.

Sejak awal penubuhannya hingga sekarang Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (PPMK) telah mempunyai rekod pencapaian akademik yang amat membanggakan. Hal ini tergambar melalui komitmen tenaga pengajarnya terhadap pengajaran yang cemerlang, penglibatan secara terus menerus dalam penyelidikan yang berkualiti tinggi menggunakan dana UKM dan dana dari luar UKM di peringkat nasional dan juga antarabangsa, khidmat konsultasi dan kepakaran yang diberikan kepada pelbagai pihak luar dari UKM, dan sumbangan ilmiah serta profesional kepada beberapa dasar dan pelan negara.

PPMK melaksanakan 1 mode pengajian sarjana falsafah iaitu Sarjana Falsafah Komunikasi.

PPMK mempunyai tenaga akademik yang terlatih dalam bidang masing-masing. Sehingga kini, Pusat mempunyai seramai 20 orang tenaga akademik yang terdiri daripada 6 Prof. Madya, 6 pensyarah DS52, 6 pensyarah DS51, 2 pensyarah DS45. Pada masa kini Pusat mempunyai seramai 62 orang pelajar sarjana falsafah. Nisbah pelajar dengan tenaga akademik adalah sekitar 1:11. Pelajar menikmati suasana pembelajaran yang baik melalui pengajaran yang bersifat interaktif, kemudahan am yang mencukupi, dan khidmat bimbingan serta nasihat bagi pelajar yang memerlukannya. Laporan ini adalah maklumat hasil penilaian kendiri Program Sarjana Falsafah di Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (PPMK).

BAHAGIAN A: MAKLUMAT UMUM PEMBERI PENDIDIKAN TINGGI (PROGRAM)

1. Nama fakulti/institut:

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK). Hasil daripada penstrukturan semula tiga Fakulti rumpun sains sosial iaitu Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan (FSKK), Fakulti Pengajian Bahasa (FPB) dan Fakulti Sains Pembangunan (FSP).

2. Tarikh penubuhan:

15 November 2001

3. No. rujukan kelulusan penubuhan:

KP.S(PT)7312/1/Jid./2(51)

4. Nama, gelaran dan jawatan rasmi Dekan/Pengarah:

Prof. Dr. Hazita Azman

Dekan

5. Alamat:

Pejabat Dekan

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600, UKM Bangi,

Selangor Darul Ehsan

6. No. telefon:

+603-8921 4123/5356

7. No. faks:

+603-8925 2836

8. E-mel:

dfssk@ukm.my

9. Laman web:

fssk.ukm.my

10. Nama dan alamat pusat pengajian/jabatan yang mengendalikan program(sekiranya terletak di luar kampus utama – jika tiada, nyatakan tidak berkenaan):

Pusat Pengajian Media dan Komunikasi

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600, UKM Bangi,

Selangor Darul Ehsan

11. Nama dan alamat kampus cawangan(jika berkenaan):

Tiada

12. Senarai pusat/jabatan di bawah fakulti/institut (termasuk kampus cawangan) dan bilangan program yang ditawarkan:

|Bil. |Nama Pusat/Jabatan |Program Prasiswazah |

| | |Tempatan |Luar negara |Jumlah |

|Sepenuh Masa |Ph.D |102 |32 |137 |

| |Sarjana |68 |37 |105 |

| |Sarjana Muda |18 |0 |18 |

| |Diploma |- |- |- |

| |Profesional |- |- |- |

| |Lain-lain |- |- |- |

| |Jumlah kecil |256 |4 |260 |

|Separuh Masa |Ph.D |- |- |- |

| |Sarjana |- |- |- |

| |Sarjana Muda |- |- |- |

| |Diploma |- |- |- |

| |Profesional |- |- |- |

| |Lain-lain |- |- |- |

| |Jumlah kecil |- |- |- |

| |JUMLAH |256 |4 |260 |

13. Jumlah bilangan pelajar:

| | |Bilangan Pelajar |Jumlah |

| | |Tempatan |Luar Negara | |

|Pelajar Prasiswazah |Lelaki |470 |6 |476 |

| |Perempuan |1145 |13 |1158 |

| |Jumlah |1552 |19 |1634 |

|Pelajar Siswazah |Lelaki |331 |212 |543 |

| |Perempuan |571 |131 |702 |

| |Jumlah |902 |343 |1245 |

|Pelajar Diploma |Lelaki |- |- |- |

|(jika berkenaan) | | | | |

| |Perempuan |- |- |- |

| |Jumlah |- |- |- |

|Pelajar Diploma Siswazah |Lelaki |30 |2 |32 |

|(jika berkenaan) | | | | |

| |Perempuan |3 |0 |3 |

| |Jumlah |33 |2 |35 |

|Jumlah Keseluruhan |2487 |364 |2914 |

14. Kadar penyusutan jumlah pelajar:

Prasiswazah

| |Tahun |Bilangan Pelajar yang |Sebab Pelajar Meninggalkan |

| | |Meninggalkan Fakulti/Institut |Fakulti/Institut |

|Tahun semasa | |9 |Menarik diri |

| | |1 |Gagal dan diberhentikan |

| | |101 |Konvokesyen |

| | |5 |Meninggal dunia |

| |Jumlah |116 | |

|1 tahun sebelum | |8 |Menarik diri |

| | |- |Gagal dan diberhentikan |

| | |536 |Konvokesyen |

| | |1 |Meninggal dunia |

| |Jumlah |545 | |

|2 tahun sebelum | |5 |Menarik diri |

| | |1 |Gagal dan diberhentikan |

| | |619 |Konvokesyen |

| | |- |Meninggal dunia |

| |Jumlah |625 | |

|3 tahun sebelum | |8 |Menarik diri |

| | |- |Gagal dan diberhentikan |

| | |694 |Konvokesyen |

| | |2 |Meninggal dunia |

| |Jumlah |704 | |

Siswazah

| |Tahun |Bilangan Pelajar yang |Sebab Pelajar Meninggalkan |

| | |Meninggalkan Fakulti/Institut |Fakulti/Institut |

|Tahun semasa | |19 |Menarik diri |

| | |41 |Gagal dan diberhentikan |

| | |1 |Meninggal dunia |

| |Jumlah |61 | |

|1 tahun sebelum | |17 |Menarik diri |

| | |33 |Gagal dan diberhentikan |

| | |- |Meninggal dunia |

| |Jumlah |50 | |

|2 tahun sebelum | |15 |Menarik diri |

| | | |Gagal dan diberhentikan |

| | | |Meninggal dunia |

| |Jumlah |15 | |

|3 tahun sebelum | |14 |Menarik diri |

| | | |Gagal dan diberhentikan |

| | | |Meninggal dunia |

| |Jumlah |14 | |

15. Staf pentadbiran dan sokongan:

|Bil. |Jawatan |Bilangan |

|1 |Pegawai Tadbir N52 |1 |

|2 |Pegawai Tadbir N44 |1 |

|3 |Pegawai Tadbir N41 |1 |

|4 |Pegawai Penyelidik Sosial N41 |3 |

|5 |Setiausaha Pejabat N28 |1 |

|6 |Setiausaha Pejabat N27 |3 |

|7 |Pembantu Tadbir N26 |1 |

|8 |Pembantu Tadbir N22 |7 |

|9 |Pembantu Setiausaha Pejabat N22 |4 |

|10 |Juruteknik J22 |6 |

|11 |Pembantu Makmal C22 |6 |

|12 |Pembantu Setiausaha Pejabat N17 |4 |

|13 |Pembantu Tadbir P/O N17 |36 |

|14 |Juruteknik J17 |8 |

|15 |Juruteknik Komputer FT17 |1 |

|16 |Pereka B17 |1 |

|17 |Pelukis Pelan J17 |1 |

|18 |Pembantu Makmal C17 |4 |

|19 |Pembantu Tadbir Rendah N11 |2 |

|20 |Pembantu Am Pejabat N4 |4 |

|21 |Pembantu Am Pejabat N1 |2 |

|22 |Ahli Fotografi B17 |2 |

|23 |Penerbit Rancangan B32 |1 |

|24 |Pekerja Rendah Awam R4 |1 |

|JUMLAH |101 |

16. Carta ogranisasi fakulti/institut:

Rajah 7.1: Jawatankuasa Jaminan Kualiti Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK)

17. Pegawai perhubungan:

18. Pegawai perhubungan:

• Nama (Gelaran) : Ketua Penolong Pendaftar Kanan

• Jawatan : Ketua Penolong Pendaftar Kanan

• No. Telefon : +603-8921 5369

• No. Faks : +603-8925 2836

• E-mel : kppfssk@ukm.my

BAHAGIAN B : MAKLUMAT PROGRAM

1. Nama anugerah (seperti bakal tercatat dalam skrol yang dianugerahkan) :

Ijazah Sarjana Falsafah (Komunikasi)

2. Tahap Kerangka Kelayakan Malaysia :

Aras 7

3. Nilai kredit :

40 unit

4. Jenis Anugerah (satu major, dwimajor, dan sebagainya) :

Satu major

5. Struktur Program :

Penyelidikan

6. Bidang Kajian:

Komunikasi (Penyiaran, Pengiklanan, Perhubungan Awam, Dasar dan Polisi, Media Baru, Kewartawanan)

7. Bahasa Pengantar:

Bahasa Melayu

8. Kaedah Pengajian (sepenuh masa/separuh masa dan sebagainya) :

Sepenuh masa dan separuh masa

9. Jenis Penyampaian (konvensional/jarak jauh dan sebagainya) :

Konvensional

10. Kaedah Penyampaian (kuliah/tutorial/makmal/kerja lapangan/studio dan sebagainya):

Kuliah/tutorial/kerja lapangan/pembentangan

11. Tempoh pengajian :

| |Sepenuh Masa |Separuh Masa |

| |Semester Panjang |Semester Pendek |Semester Panjang |Semester Pendek |

|Bil. Minggu |14 minggu |- |14 minggu |- |

|Bil.Semester |6-10 semester |- |8-14 semester |- |

|Bil. Tahun |2 tahun |4 tahun |

12. Keperluan kemasukan :

Syarat penerimaan masuk seperti pada Akta UKM (Pengajian Siswazah)

a) Ijazah Sarjana

i. Ijazah Sarjanamuda dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang baik dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf olehSenat atau

ii. Ijazah Doktor Perubatan atau Doktor Pergigian dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat atau;

iii. Diploma dalam bidang yang berkaitan dengan pengalaman bekerja sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam bidang yang dipohon; atau

iv. Kelulusan lain yang setaraf dengan ijazah Sarjanamuda dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman yang diiktiraf oleh Senat.

v. Keperluan Bahasa Melayu

- Calon-calon dari luarnegara diwajibkan mengikuti dua kursus bernilai empat unit kursus Bahasa Melayu yang ditetapkan oleh Universiti. Pengecualian boleh diberi kepada calon-calon yang telah mengikuti kursus Bahasa Melayu setara anjuran badan lain yang diiktiraf oleh Universiti.

Maklumat dipaparkan dilaman sesawang Fakulti

13. Unjuran jangkamasa pengambilan dan enrolmen :

| |Tahun Pengambilan |Enrolmen |

| | |S. Fal |Dr. Fal |

|Tahun 1 |2009 |15 |6 |

|Tahun 2 |2010 |17 |15 |

|Tahun 3 |2011 |19 |11 |

|Tahun 4 |2012 |11 |6 |

|Jumlah | |62 |38 |

14. Jangkaan bidang kerjaya siswazah :

Pensyarah, wartawan penyiaran, wartawan surta khabar, pegawai perhubungan awam, pengarah, penulis skrip, pentadbir, penulis kreatif, penyelidik

15. Badan penganugerahan :

• Sendiri- Senat Universiti Kebangsaan Malaysia

• Lain-lain

(Bagi anugerah oleh Pemberi Pendidikan Tinggi atau badan peperiksaan yang lain, sila kemukakan dokumen-dokumen berikut):

i. Bukti kerjasama antara Pemberi Pendidikan Tinggi dengan rakan kerjasama pengajian seperti salinan Laporan Pengesahan dan Memorandum Perjanjian atau memorandum Persefahaman

ii. Surat kelulusan daripada Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) bagi kerjasama program dengan universiti awam Malaysia

iii. Bukti kelulusan dan surat sokongan untuk mengendalikan kursus pengajian dari badan pensijilan/penganugerahan/peperiksaan

iv. Bagi program yang memerlukan latihan klinikal, sila lampirkan bukti kelulusan, Memorandum Perjanjian atau Memorandum Persefahaman pihak berkuasa berkenaan

v. Dokumen-dokumen lain, sekiranya perlu

16. Contoh skrol yang bakal dianugerahkan hendaklah dilampirkan:

(Lihat Lampiran A)

17. Nyatakan perincian berikut mengenai program ini yang telah diluluskan dan sedang dikendalikan di lokasi-lokasi lain (jika berkenaan) :

| |Nama dan Lokasi Tapak |Status Kelulusan |Status Akreditasi Sementara|Status Akreditasi Penuh |

|1 |Tiada | | | |

BAHAGIAN 1: VISI, MISI, MATLAMAT PENDIDIKAN DAN HASIL PEMBELAJARAN

STANDRAD BAGI BAHAGIAN 1

1. Penyataan Matlamat, Objektif dan Hasil Pembelajaran Program

Perkara yang perlu dicapai oleh calon dipandu oleh matlamat, objektif dan hasil pembelajaran sesuatu program. Matlamat, objektif dan hasil pembelajaran mestilah dinyatakan dengan jelas serta dimaklumkan kepada calon serta pihak berkepentingan dalaman dan luaran.

1. Standard Ditanda aras

i. Setiap program wajib mendefinisikan tujuan, objektif dan hasil pembelajaran dan mengenal pasti pihak berkepentingan dalaman dan luaran.

Tujuan Program Sarjana Falsafah Komunikasi adalah untuk:

1) Melahirkan graduan yang mahir dan peka dalam ilmu komunikasi

2) Mengeluarkan graduan yang berkebolehan dan berdaya saing untuk pasaran tenaga kerja

3) Mengekapusatkan semua akriviti pengajaran, penyelidikan dan penerbitan berkaitan pengajian komunikasi

4) Menjadi pusat rujukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa tentang ilmu komunikasi

5) Menjadi pelopor dalam pengajian tentang ilmu komunikasi

OBJEKTIF PROGRAM

Objektif Program (PEO) Sarjana Falsafah Komunikasi adalah untuk menghasilkan graduan yang:

PEO 1: Menguasai aspek teori, berkeupayaan menganalisis dan mengaplikasikan ilmu pengajian

Komunikasi;

PEO 2: Berkemampuan menulis dan membentang hasil penulisan ilmiah;

PEO 3: Berkemampuan menilai, kreatif, inovatif dan menghayati norma-norma seorang penyelidik

yang berkaitan dengan pengajian Komunikasi;

PEO 4: Berketrampilan berbahasa dan berkomunikasi; dan

PEO 5: Bijak mengurus dan berkemahiran memimpin.

Program mempunyai 6 Hasil Pembelajaran seperti yang berikut:

HPP1: Membina pengetahuan daripada tahap sarjana muda dan mengguna idea dalam penyelidikan

HPP2: Mengaplikasikan pengetahuan bagi menyelesaikan masalah dalam situasi baru multidisiplin

HPP3: Mengintergrasi pengetahuan dan mengurus perkara yang kompleks

HPP4: Berkebolehan membuat penilaian dan keputusan dalam keadaan tanpa dengan maklumat terhad, mengambilkira tanggungjawab sosial dan etika yang berkaitan

HPP5: Melaksanakan kemahiran berkomunikasi dalam komuniti keilmuan

HPP6: Menggalakkan kemahiran pembelajaran berterusan

Pusat Pengajian telah mengenalpasti sumbangan daripada pihak berkepentingan berikut:

a. Kerajaan

b. Pelajar

c. Staf akademik

d. Staf pentadbiran dan sokongan

e. Ibu bapa/Penjaga

f. Alumni

g. Masyarakat

h. Penaja aktiviti fakulti dan pelajar

i. Industri/Majikan

j. Badan-badan profesional

k. Universiti tempatan dan luar negara

ii. Jabatan wajib berunding dan berbincang dengan pihak berkepentingan dalaman dan luaran dalam merangka tujuan dan objektif program.

Proses pembentukan dan semakan tujuan, objektif dan hasil pembelajaran program dilakukan seperti berikut:

a. Semakan berterusan di peringkat kelompok bidang pengkhususan Pusat Pengajian;

b. Semakan secara berkala (setiap 5 tahun); dan

c. Komen dan cadangan penambahbaikan oleh profesor pelawat luar negara.

iii. Objektif program wajib menggambarkan elemen penting dalam pencapaian pengajian tinggi yang sejajar dengan amalan nasional dan antarabangsa.

Proses penentuan enam PEO adalah berdasarkan kepada OBE Fakulti. Penentuannya juga selaras dengan falsafah, visi, misi dan matlamat Universiti dan Fakulti sebagai sebuah institusi pendidikan.

iv. Tujuan, objektif dan hasil pembelajaran program wajib konsisten dan menyokong visi dan misi PPT.

Gambaran hubungan antara penyataan PEO dengan visi dan misi UKM dengan fakulti diringkaskan dalam Rajah 1.1.

[pic]

Rajah 1.1: Hubungan Antara PEO dengan Visi & Misi UKM, FSSK dan Pusat

v. Tujuan, objektif dan hasil pembelajaran program wajib merangkumi kemudahan untuk latihan atau sokongan bagi membolehkan calon penyelidikan memperoleh kemahiran dalam mengenal pasti masalah, penyelesaian masalah secara analitikal dan penerbitan daripada hasil penyelidikan.

Program Sarjana Falsafah Komunikasi dengan penyelidikan di UKM direkabentuk dengan memastikan struktur program tersebut dapat meningkatkan pemikiran kritikal, kemampuan menyelesaikan, membuat keputusan, dan kemahiran pemikiran analitis, di samping menggalakkan pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka serta bersedia untuk pembelajaran sepanjang hayat. Keperluan ini diperolehi menerusi kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diaplikasikan dalam penyampaian kurikulum untuk kursus-kursus wajib (SKKP6004: Metodologi Penyelidikan Komunikasi; SKKP6014: Penulisan Akademik Komunikasi; dan SKKP6013: Seminar Teori Komunikasi [Audit Wajib]), pelbagai aktiviti akademik dan penyelidikan yang dijalankan.

Pelbagai aktiviti akademik digunakan dalam penyampaian kurikulum untuk mencapai hasil pembelajaran program (untuk dua kursus teras wajib pusat) adalah secara kuliah atau syarahan, tutorial, makmal, projek individu dan berkumpulan, pembelajaran berasaskan masalah yang melibatkan penggunaan dan kajian kes, serta carian maklumat di perpustakaan.

vi. Tujuan, objektif dan hasil pembelajaran program sarjana wajib merangkumi penyelidikan dan latihan kemahiran penyelidikan dalam menangani permasalahan berkenaan.

Pusat menganjurkan seminar siswazah secara berkala yang mewajibkan pelajar sarjana falsafah menghadirinya.

vii. Tujuan, objektif dan hasil pembelajaran program sarjana Falsafah wajib merangkumi penciptaan pengetahuan, keaslian dan inovasi.

Tidak berkenaan.

BAHAGIAN 2: REKA BENTUK DAN PENYAMPAIAN PROGRAM

Bagi tujuan penggunaan standard ini dalam mengakreditasi program yang ditawarkan oleh PPT, istilah “program” merujuk kepada penyelidikan yang distruktur untuk satu tempoh tertentu dan volum pembelajaran. Ini diperlukan untuk mencapai hasil pembelajaran yang telah ditentukan

STANDARD BAGI BAHAGIAN 2

2.1 Autonomi Akademik

Sesebuah institusi akademik sewajarnya mempunyai autonomi yang secukupnya dalam segala hal akademik. Autonomi ini haruslah diwujud di peringkat jabatan di mana sesuatu program itu ditawarkan.

Penamaan ijazah pascasiswazah yang dicadangkan adalah seperti yang terdapat dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1: Penamaan Penganugerahan Ijazah Pascasiswazah

|Kelayakan |Mod |

| |Penyelidikan |Mod Campuran |Kerja Kursus |

|Sarjana |Sarjana Falsafah Komunikasi |Tidak relevan |Ijazah sarjana |

| | | |bergantung kepada |

| | | |bidang penyelidikan |

|Kedoktoran |Doktor Falsafah Komunikasi |Tidak relevan |Ijazah kedoktoran |

| | | |bergantung kepada |

| | | |bidang penyelidikan |

|Pasca Kedoktoran |DSc, DengSc |Tidak relevan |Tidak relevan |

2.1.1 Standard Ditanda aras

i. Jabatan wajib mempunyai autonomi sewajarnya untuk mereka bentuk struktur program dan mengagih sumber yang perlu untuk pelaksanaannya, bagi memastikan hasil pembelajaran tercapai. Apabila bersesuaian, syarat di atas juga wajib digunakan pada program PPT yang mengendalikan beberapa kampus di lokasi berlainan, mengendalikan beberapa kampus di lokasi berlainan.

Secara umumnya, pihak UKM memberi fakulti dan pusat akademik autonomi dalam hal berhubung reka bentuk dan penyampaian kurikulum, juga peruntukan sumber. Ini termasuklah autonomi dalam memperkenal kurikulum baru, menilai semula kurikulum sedia ada dan mentadbir penyampaian kurikulum. Walau bagaimanapun, fakulti dan pusat akademik mestilah mematuhi standard yang ditetapkan oleh pihak dalam seperti Senat, atau pihak luar seperti Kementerian Pengajian Tinggi, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan badan profesional berkaitan.

ii. Staf akademik wajib diberi autonomi yang sewajarnya untuk memfokus kepada bidang kepakaran mereka, seperti penyeliaan akademik calon, penyelidikan dan penulisan, kegiatan kesarjanaan, kegiatan pentadbiran berhubung hal akademik, dan aktiviti kemasyarakatan.

Setiap staf akademik mempunyai bidang kepakaran masing-masing. Oleh itu, mereka akan menyelia pelajar sarjana mengikut bidang yang dikehendaki, bersesuaian dengan kepakaran yang ada. Bagi memperkukuhkan kepakaran dalam bidang, setiap pensyarah perlu menjalankan penyelidikan. Hasil penyelidikan tersebut dipaparkan dalam bentuk penulisan dan menghadiri seminar atau persidangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Selain itu, kepakaran yang mereka miliki turut dikongsi dengan masyarakat melalui aktiviti kemasyarakatan seperti menjadi pakarunding dalam industri.

iii. PPT wajib mempunyai undang-undang dan peraturan yang jelas berhubung konflik kepentingan, khususnya dalam pelantikan penyelia dan pemeriksa, bagi memastikan kebajikan calon dijaga.

Proses pelantikan penyelia dan pemeriksa dapat dijelaskan seperti dalam rajah 2.1 yang berikut:

[pic]

Rajah 2.1 : Carta Alir Proses Pemilihan Dan Pelantikan Calon Pemeriksa Luar Dan Pemeriksaan Dalam (Tesis) Peringkat Pusat

iv. PPT wajib mempunyai dasar yang jelas berhubung harta intelek

PPT mempunyai Dasar Pengkomersilan Harta Intelek tahun 2012.

2. Standard Diperkukuh

i. PPT patut mempunyai dasar yang jelas berhubung konflik kepentingan, seperti dalam amalan persendirian, pengambilan pekerja sambilan dan khidmat konsultasi.

Dasar fakulti yang dituruti Pusat tidak menggalakkan amalan persendirian, kerja sambilan dan khidmat runding di luar pengetahuan Fakulti.

ii. PPT patut mempunyai dasar berhubung autonomi akademik jabatan dan staf akademik, yang menggambarkan kematangan intelektual PPT.

Setiap orang pensyarah diberi autonomi berkaitan bidang pengajaran, penyelidikan dan penerbitan berkenaan bidang kursus yang dikendalikan. Pusat sentiasa memastikan para pensyarah mendapat kursus mengikut bidang masing-masing sebagai keutamaan. Begitu juga dalam penyelidikan dan penerbitan, setiap pensyarah mempunyai autonomi penuh untuk melakukan kajian dalam bidang kepakaran masing-masing.

Untuk mempertingkatkan autonomi akademik dalam kalangan kakitangan, Pusat Pengajian menekankan peningkatan pengetahuan dan kepakaran dalam bidang yang berkenaan untuk memperlihatkan autoriti ilmu dan kepakaran yang dimiliknya. Untuk tujuan itu, setiap kakitangan akademik dimestikan memperoleh ijazah kedoktoran dan meningkatkan kualiti penyelidikan, penerbitan dan perundingan mengikut bidang masing-masing. Usaha ini disokong kuat oleh universiti dan fakulti.

iii. PPT patut mempunyai dasar yang jelas berhubung insurans perlindungan.

PPT telah meluluskan 4 jenis polisi insuran iaitu:

a) Insuran Berkelompok UKM / Ma’asyi Berkelompok – borang boleh diperolehi di Unit Pentadbiran Jabatan Bendahari

b) Ceupacs Livingcare

c) Syarikat Takaful Malaysia – arahan dari Syarikat Takafaul mengenai polisi insuran

d) Malaysian National Insurance

Maklumat berhubung perkara tersebut boleh di dllihat di laman web ukm.my/bendahari/perkhidmatan_gaji_ptggaji.php

2.2 Reka Bentuk Program dan Penyeliaan

2.2.1 Standard Ditanda aras

i. Jabatan tersebut wajib mempunyai satu proses khusus untuk membangun, menyemak dan menilai struktur program dengan penglibatan staf akademik dan pihak berkepentingan.

Pembentukan program sarjana falsafah dengan penyelidikan di PPMK, UKM dibuat dengan mengambilkira permintaan pasaran dan masyarakat secara amnya. Struktur dan kurikulum Program Sarjana Falsafah Komunikasi sentiasa ditambah baik selaras dengan keperluan universiti dan keperluan negara. Banyak input diperoleh daripada Jabatan dan Kementerian-kementerian melalui hubungan secara formal dan tidak formal yang diwujudkan di antara pusat pengajian dengan organisasi kerajaan (seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM), Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), IPPTAR, Kementerian Penerangan Malaysia, South-South Information Gate (SSIG) dan Filem Negara Malaysia (FINAS) melalui khidmat masyarakat seperti ceramah, bengkel, seminar dan nasihat dalam bidang kepakaran yang diberikan oleh ahli akademik Pusat Pengajian.

Program tersebut dinilai secara berkala sejajar dengan matlamat program menyediakan pelajar yang sedia berdaya saing di pasaran global serta boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran masyarakat yang dinamik dan dapat membantu memperkasakan masyarakat dan ekosistem sosialnya secara lebih sistematik, pragmatik dan dinamik melalui penyelidikan yang berteraskan bidang komunikasi.

ii. Program tersebut wajib dipertimbangkan hanya setelah sumber dan/atau akses kepada sumber yang perlu untuk menyokong pelaksanaannya dikenal pasti.

Program tersebut akan dipertimbangkan setelah sumber dan/atau akses kepada sumber yang perlu untuk menyokong pelaksanaannya dikenal pasti.

iii. Struktur program dan penyeliaan wajib menyokong pencapaian hasil pembelajaran program.

Program Sarjana Falsafah mewajibkan pelajar mengambil 3 kursus iaitu SKKP6004: Metodologi Penyelidikan Komunikasi; SKKP6014: Penulisan Akademik Komunikasi; SKKP6013: Seminar Teori Komunikasi (Audit Wajib). Kursus ini diberikan dalam bentuk kuliah dan pelajar perlu membuat projek atau tugasan. Kemahiran berkomunikasi dan kepimpinan dipupuk menerusi perbincangan dalam kumpulan untuk menyiapkan projek/tugasan yang diberi dan semasa pembentangan dalam kelas. Semasa pembentangan projek/tugasan, pelajar wajib menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa teras dalam program sarjana yang ditawarkan.

Penyeliaan bersemuka. Pelajar berhak mendapat sekurang-kurangnya 20 jam penyeliaan setiap semester (Buku Siswazah UKM). Penyeliaan bersemuka membolehkan pelajar mendalami ilmu am dan khusus, ilmu penyelidikan, menjana idea, mengupas isu secara kritikal, dan berkomunikasi dengan jelas (semua HP). Interaksi semasa penyeliaan juga membolehkan pelajar dibimbing oleh penyelia untuk menjadi insan yang bertanggungjawab, beretika dan bermoral tinggi. Bagi mengembangkan idea serta bantuan dalam semua aspek yang diperlukan untuk penulisan tesis, penyeliaan adalah secara bersama iaitu sekurang-kurangnya seorang penyelia dilantik untuk seorang pelajar.

iv. Kepelbagaian aktiviti akademik wajib untuk mencapai hasil pembelajaran serta memastikan calon bertanggungjawab atas pembelajaran sendiri

Selain daripada perkuliahan dan pembentangan, kerja lapangan dan seminar siswazah turut diadakan bagi memberi peluang pelajar membentangkan cadangan penyelidikan dan keputusan kajian. Seminggu sebelum pembentangan, pelajar diwajibkan menghantar satu salinan cadangan penyelidikan atau keputusan kajian yang akan dinilai oleh seorang pensyarah dalam bidang sesuai dengan tajuk kajian. Pensyarah berkenaan akan dilantik oleh Pengerusi dan mereka akan memberi laporan dan cadangan untuk penambahbaikan sama ada kepada cadangan penyelidikan atau keputusan kajian pelajar berkenaan. Selain daripada itu, semasa pembentangan juga pensyarah-pensyarah yang hadir dikehendaki memberi penilaian dan cadangan penambahbaikan untuk pelajar.

2.2.2 Standard Diperkukuh

i. Struktur program harus menggalakkan pendekatan pelbagai disiplin melalui kepelbagaian aktiviti bagi memperkukuh perkembangan peribadi dan profesional calon.

Bagi memperkukuh perkembangan peribadi dan profesional pelajar, mereka digalakkan mengambil kursus dari pelbagai disiplin ilmu yang ditawarkan oleh pusat / fakulti lain.

ii. Analisis keperluan program patut melibatkan maklum balas daripada sumber luaran termasuk komen pihak berkepentingan yang patut dipertimbangkan bagi penambahbaikan program.

Pusat Pengajian sentiasa mengambil perhatian komen dan respon yang diberikan oleh pihak berkepentingan bagi meningkatkan dan menambahbaik program pengajian yang ditawarkan.

iii. Aktiviti penglibatan masyarakat patut diadakan bagi memperkaya pengalaman dan memupuk perkembangan peribadi dan profesional calon.

Bagi memperkaya pengalaman dan memupuk perkembangan peribadi dan profesional pelajar, mereka digalakkan menyertai aktiviti kemasyarakatan seperti kerja lapangan dan khidmat masyarakat.

iv. Kerjasama dengan PPT dan/atau pusat penyelidikan di peringkat nasional dan antarabangsa patut diwujudkan (contoh, melalui penyeliaan bersama, pertukaran calon, ijazah bersama dan program terpisah).

Antara langkah diambil untuk menggalakkan hubungan dalam negara dan antarabangsa dalam usaha meningkatkan pengajaran dan pembelajaran secara langsung adalah:

a) Kerjasama dengan jabatan-jabatan kerajaan dan IPTA-IPTA di Malaysia yang berkait dengan bidang komunikasi seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM), Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), IPPTAR, Kementerian Penerangan Malaysia, South-South Information Gate (SSIG) dan Filem Negara Malaysia (FINAS), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan sebagainya.

b) Menganjurkan seminar bersama IPPTAR, Kementerian Penerangan Malaysia dan South-South Information Gate (SSIG).

c) Keahlian staf akademik dalam badan profesional seperti Penasihat BERNAMA dan lain-lain.

d) Menganjurkan Syarahan Umum dan Wacana Ilmiah yang melibatkan penceramah dari industri dan akademik dalam dan luar negara.

e) Lawatan dari universiti luar negara seperti Universiti Negeri Makassar, Universiti Air Langga, Universiti Islam Riau.

f) Lain-lain MOU, LOI dengan universiti dan pihak luar.

v. Kemudahan bagi penyeliaan berkumpulan patut diwujudkan bagi tujuan mengurus dan meminimumkan risiko.

Pihak fakulti menggalakkan penyeliaan secara berkumpulan bagi mengelakkan sebarang risiko yang berlaku pada masa akan datang.

2.3 Struktur Program

Persekitaran penyeliaan akan hanya berkesan sekiranya struktur program sentiasa dikemaskini seiring dengan perkembangan semasa bidang pengajian.

2.3.1 Standard Ditanda aras

i. Program tersebut wajib memenuhi keperluan berikut:

Ijazah Sarjana secara Penyelidikan

1) Bagi pengajian sepenuh masa, tempoh minimum adalah dua tahun, dan bagi pengajian separuh masa, tempoh minimum adalah tiga tahun.

Tempoh maksimum adalah empat tahun, dan bagi pengajian separuh masa, tempoh maksimum adalah enam tahun.

2) Calon wajib mengikuti kursus;

Calon wajib mengikuti kursus SKKP6004: Metodologi Penyelidikan Komunikasi; SKKP6014: Penulisan Akademik Komunikasi; SKKP6013: Seminar Teori Komunikasi (Audit Wajib)

3) Keperluan berikut wajib ditentukan oleh PPT:

a. Kursus prasyarat berkenaan

- Bagi pelajar yang bukan dalam bidang pengkhususan yang dipilih, mereka perlu mengikuti kursus prasyarat.

b. Tempoh maksimum pengajian

- Empat tahun.

c. Format tesis

- Mengikut gaya UKM.

Ijazah Kedoktoran secara Penyelidikan

1) Bagi pengajian sepenuh masa, tempoh minimum adalah dua tahun, manakala bagi pengajian separuh masa, tempoh minimum adalah tiga tahun.

2) Calon wajib mengikuti kursus kaedah penyelidikan.

3) Keperluan berikut wajib ditentukan oleh PPT:

a. Kursus prasyarat berkenaan

b. Tempoh maksimum pengajian

c. Format tesis

Tidak berkaitan.

ii. Program tersebut wajib memasukkan elemen kemahiran penyelidikan bersesuaian untuk kepentingan pemahaman konsep, prinsip dan kaedah yang menyokong hasil program.

Dalam kursus SKKP6004: Metodologi Penyelidikan Komunikasi; SKKP6014: Penulisan Akademik Komunikasi; SKKP6013: Seminar Teori Komunikasi (Audit Wajib), elemen seperti kemahiran menjalankan penyelidikan, pemahaman dan penggunaan teori dan konsep, prinsip dan kaedah penyelidikan diterapkan bagi menyokong hasil pembelajaran program.

iii. Program tersebut wajib disemak secara berkala bagi memastikan ia sentiasa seiring dengan perkembangan ilmu dalam bidang, serta keperluan masyarakat.

Penyemakan program akan dibuat lima tahun sekali selari dengan perkembangan ilmu dalam bidang bagi memenuhi keperluan masyarakat.

iv. Jabatan wajib menyediakan teknologi dan rangkaian global untuk calon mengakses maklumat masa-sebenar dan mengenal pasti bidang penting.

Pusat Pengajian menyediakan makmal komputer untuk pelajar mengakses maklumat masa-sebenar dan mengenal pasti bidang penting.

v. Bagi sarjana Falsafah, struktur program wajib menepati keperluan berikut:

1) Tempoh minimum pengajian adalah enam bulan dan tidak melebihi dua tahun.

2) Penyelia wajib dilantik untuk:

a. Membimbing calon dalam memilih hasil kerja diterbitkan untuk penyerahan

b. Membimbing calon dalam penyediaan satu tesis yang koheren dengan tema penyelidikan

3) Keperluan Tesis:

a. Hasil kerja diterbitkan wajib merangkumi jurnal berimpak faktor tinggi, monograf, buku, bab buku daripada hasil penyelidikan, penerbitan elektronik berimpak dan berkualiti tinggi, kerja kreatif, artifak dalam bidang berkenaan;

b. Artikel tersebut wajib diterbitkan dalam tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dari tarikh penyerahan;

c. Bagi lima penerbitan yang terpilih, calon wajib menjadi pengarang utama;

d. Tesis wajib mengandungi:

▪ satu senarai hasil kerja kesarjanaan diterbitkan;

▪ perakuan oleh pengarang bersama dan bukti keaslian. Setiap kerja yang diterbitkan wajib dimulai dengan penyataan jelas akan sumbangan setiap pengarang bagi hasil kerja diterbitkan bersama;

▪ satu ringkasan tentang penemuan utama daripada setiap hasil kerja diterbitkan. Ia wajib menerangkan bagaimana hasil kerja diterbitkan disepadukan dalam kerangka intelek yang koheren, dan bagaimana secara bersama dapat menyumbang kepada ilmu dalam bidang berkenaan;

▪ satu bab pengenalan, tinjauan literatur, metodologi penyelidikan (jika berkenaan), perbincangan dan kesimpulan yang menerangkan kesignifikanan sumbangan.

Tidak berkaitan.

2.3.2 Standard Diperkukuh

i. Program patut memenuhi keperluan disiplin, dengan mengambil kira standard dan amalan terbaik yang bersesuaian.

Keperluan disiplin dalam setiap program dipenuhi berdasarkan kepakaran tenaga akademik dalam pelbagai bidang, dan mempunyai kelayakan yang standard.

ii. PPT patut mengenalpasti bidang tujahan dan kekuatan penyelidikan

Bidang tujahan Pusat Pengajian ialah bahasa, kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian Melayu. Antara kekuatan penyelidikan dalam bidang tujahan tersebut adalah mengekapusatkan semua aktiviti penyelidikan dan penerbitan berkaitan pengajian Melayu; menjadi pusat rujukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dan seterusnya menjadi pelopor ilmu dalam bidang pengajian Melayu.

2.4 Pengurusan Program

2.4.1 Standard Ditanda aras

i. Calon wajib disediakan dengan maklumat bertulis terkini tentang matlamat, hasil pembelajaran, dan kaedah pentaksiran program.

Pusat Pengajian menyediakan pelbagai medium seperti papan notis, taklimat pada permulaan setiap semester dan buku panduan yang dibekalkan oleh fakulti.

ii. Program tersebut wajib mempunyai seorang penyelaras berautoriti dalam perancangan, pelaksanaan, pemantauan, penilaian dan penambahbaikan program melalui prosedur yang ditetapkan.

Penyelaras Jawatankuasa Siswazah dengan dibantu oleh Pengerusi Pusat dan Penyelaras Siswazah yang merancang, melaksanakan, memantau, menilai dan dan membuat penambahbaikan program melalui prosedur yang ditetapkan.

iii. Program wajib disemak secara berkala dan dinilai untuk memastikan pencapaian Tahap 7 MQF bagi Ijazah Sarjana dan Tahap 8 MQF bagi Ijazah Kedoktoran. Semakan ini wajib melibatkan seorang penilai luar.

Program disemak secara berkala lima tahun sekali dan dinilai untuk memastikan pencapaian Tahap 7 MQF bagi Ijazah Sarjana. Semakan ini melibatkan penilai luar yang dilantik oleh Pusat Pengajian.

iv. Jabatan wajib menyediakan calon dengan persekitaran pembelajaran yang kondusif di mana budaya penyelidikan dapat dipupuk.

Pusat Pengajian menyedikan beberapa fasiliti untuk kegunan pelajar seperti bilik kuliah, bilik seminar, bilik siswazah, bilik komputer dan Makmal Audio Visual bagi menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif bagi memupuk budaya penyelidikan.

v. Bagi program kedoktoran industri, persekitaran pembelajaran wajib merangkumi industri berkenaan.

Tidak berkenaan.

vi. PPT wajib mempunyai dasar dan prosedur yang dirangka untuk menangani ketidakpuasan hati calon.

Setiap Pusat Pengajian menyediakan sebuah peti maklumbalas pelanggan dan sistem maklumbalas dan aduan UKM (ewarga.ukm.my/efact/) pelajar bagi menyalurkan rasa ketidakpuasan hati pelajar.

2.4.2 Standard Diperkukuh

i. Inovasi untuk menambah baik penyeliaan patut dibangun, disokong dan dinilai.

Bagi menambah baik penyeliaan, Pusat Pengajian menggalakkan penyeliaan pelajar daripada pelbagai disiplin ilmu dan penyeliaan secara berkumpulan.

ii. Semakan dan penilaian program patut melibatkan pihak berkepentingan serta kepakaran luar di peringkat nasional dan antarabangsa.

Semakan ini melibatkan penilai luar berpengalaman, berkredibiliti dan telus yang dilantik oleh Pusat Pengajian. Pemeriksa dalam dan pemeriksa luar dipilih berdasarkan kepakaran yang sama. Fakulti memilih pemeriksa dalam dan luar berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Lantikan pemeriksaan dalam dan luar perlu mendapat kelulusan daripada senat.

2.5 Hubungan dengan Pihak Berkepentingan Luar

2.5.1 Standard Ditanda aras

i. Jabatan wajib mengadakan hubungan dengan pihak berkepentingan luaran bagi tujuan perancangan, pelaksanaan dan penyemakan program.

Pembentukan program sarjana falsafah dengan penyelidikan di PPMK, UKM dibuat dengan mengambilkira permintaan pasaran dan masyarakat secara amnya. Struktur dan kurikulum Program Sarjana Falsafah Komunikasi sentiasa ditambah baik selaras dengan keperluan universiti dan keperluan negara. Banyak input diperoleh daripada Jabatan dan Kementerian-kementerian melalui hubungan secara formal dan tidak formal yang diwujudkan di antara pusat pengajian dengan organisasi kerajaan dengan organisasi kerajaan (seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM), Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), IPPTAR, Kementerian Penerangan Malaysia, South-South Information Gate (SSIG) dan Filem Negara Malaysia (FINAS) melalui khidmat masyarakat seperti ceramah, bengkel, seminar dan nasihat dalam bidang kepakaran yang diberikan oleh ahli akademik pusat pengajian.

Program sarjana falsafah ini juga dinilai secara berkala sejajar dengan matlamat program menyediakan pelajar yang sedia berdaya saing di pasaran global serta boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran masyarakat yang dinamik dan dapat membantu memperkasakan masyarakat dan ekosistem sosialnya secara lebih sistematik, pragmatik dan dinamik melalui penyelidikan yang berteraskan bidang komunikasi.

Dari masa ke semasa, mesyuarat dan bengkel dijalankan bagi memastikan piawai MS ISO 9001:2008 diimplimentasi.

2.5.2 Standard Diperkukuh

i. Jabatan patut mendapatkan maklum balas daripada majikan untuk penambahbaikan program (contoh, untuk penempatan, latihan dan pendedahan persekitaran kerja calon).

Maklum balas daripada majikan untuk penambahbaikan program umumnya diperolehi daripada alumni Pusat Pengajian.

ii. Calon patut diberi galakan dan sokongan untuk menjalin hubungan dengan pihak berkepentingan luar.

Pelajar sentiasa diberi galakan dan sokongan agar menjalin hubungan dengan pihak berkepentingan luar, terutamanya dalam seminar dan persidangan yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian dan Fakulti.

BAHAGIAN 3: PENILAIAN CALON

Penilaian terhadap calon merupakan aspek yang amat penting dalam jaminan kualiti kerana ia memacu pembelajaran calon. Ia adalah pengukuran penting untuk menunjukkan pencapaian hasil pembelajaran. Hasil penilaian juga merupakan asas kepada penganugerahan ijazah pascasiswazah. Oleh itu, kaedah penilaian calon perlu jelas, konsisten, efektif, boleh dipercayai, selari dengan amalan semasa serta menyokong pencapaian hasil pembelajaran.

STANDARD BAGI BAHAGIAN 3

3.1 Penilaian dan Pembelajaran

3.1.1 Standard Ditanda aras

i. Penilaian calon wajib konsisten dengan tahap yang ditakrif dalam MQF dan tujuh domain hasil pembelajaran.

Penilaian pelajar yang ditakrif dalam MQF dan tujuh domain hasil pembelajaran dapat dilihat dalam jadual 3.1 berikut:

Jadual 3.1: Matriks Hubungan Domain Pembelajaran MQF

dan Hasil Pembelajaran Program (HPP)

|Domain Pembelajaran MQF |HPP |

| Pengetahuan |1,2,3,5 |

|2. Kemahiran psikomotor/praktikal /teknikal |1,4 |

|3. Pemikiran kritikal dan pendekatan saintifik |4 |

|4. Pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan |1,4 |

|maklumat | |

|5. Kemahiran berkumpulan dan berkomunikasi |5 |

|6. Kemahiran sosial dan tanggungjawab |1,3 |

|7. Profesionalisma, nilai, sikap dan etika |1,2 |

|8. Kemahiran keusahawanan dan pengurusan |2,4,5 |

ii. Prinsip, kaedah dan amalan penilaian wajib sejajar dengan hasil pembelajaran dan kandungan program melalui dua jenis iaitu penilaian formatif dan sumatif.

Prinsip, kaedah dan amalan penilaian yang sejajar dengan hasil pembelajaran dan kandungan program dapat dilihat melalui penilaian formatif dan sumatif seperti Jadual 3.2 berikut:

Jadual 3.2: Kaedah Penilaian dan Agihan Program

|No. |Hasil |Indikator |Agihan |Penilaian |

|HPP2 |Mengaplikasikan pengetahuan |Pelajar mengetahui |Pembentangan projek dan |Pembentangan projek, |

| |bagi menyelesaikan masalah |transkripsi, tranliterasi |penulisan laporan |hasil laporan dan |

| |dalam situasi baru dan |dan menggunakan perisian | |penilaian kerja lapangan |

| |multidisiplin |komputer, mampu berhujah, | | |

| | |mampu berkomunikasi dengan | | |

| | |berkesan dan menghasilkan | | |

| | |laporan tugasan mengenai | | |

| | |topik-topik yang diberikan. | | |

|HPP3 |Mengintergrasi pengetahuan |Pelajar berkebolehan mengenal|Menyemak dan menilai isu serta |Penilaian berasaskan |

| |dan mengurus perkara yang |pasti dan mengungkap isu dan |permasalahan bahasa semasa dan |Tesis sarjana dan kajian |

| |kompleks |persoalan bahasa melalui |yang akan datang |lapangan |

| | |latihan ilmiah dan | | |

| | |projek-projek di bawah | | |

| | |kursus. | | |

|HPP4 |Berkebolehan membuat |Proses pembelajaran dan |Pembentangan kursus dan kajian |Kuliah, tutorial, seminar|

| |penilaian dan keputusan dalam|kajian lapangan yang memiliki|lapangan |dan kajian lapangan |

| |keadaan tanpa atau dengan |tahap keprofesionalan yang | | |

| |maklumat terhad, |tinggi, nilai yang mulia dan | | |

| |mengambilkira tanggungjawab |beretika | | |

| |sosial dan etika yang | | | |

| |berkaitan | | | |

|HPP5 |Melaksanakan kemahiran |Penyertaan dalam perbincangan|Pelajar diminta membentangkan |Kuliah, tutorial dan |

| |berkomunikasi dalam komuniti |dalam kuliah dan tutorial |kes-kes kajian mengenai isu dan|seminar |

| |keilmuan |serta seminar/bengkel yang |permasalahan bidang komunikasi | |

| | |dianjurkan | | |

|HPP6 |Menggalakkan kemahiran |Pelajar mampu berfikiran |Pelajar diminta membentangkan |seminar dan Tesis sarjana|

| |pembelajaran berterusan |kritis dan kemahiran |kertas seminar/ projek | |

| | |menyelesaikan masalah di | | |

| | |dalam tugasan, bengkel, | | |

| | |seminar secara individu atau | | |

| | |berkumpulan | | |

iii. Penilaian formatif wajib merangkumi:

1) Pemantauan berkala kemajuan penyelidikan (contoh, melalui laporan kemajuan atau pembentangan cadangan penyelidikan). Ia akan menilai pengetahuan, kemahiran pemikiran kritikal, praktikal, teknikal, profesional, saintifik dan penyelesaian masalah calon.

Pemantauan ke atas aktiviti pembelajaran berteraskan penyelidikan dilaksanakan secara berterusan. Kaedah pembelajaran pelajar siswazah adalah bersandarkan pembelajaran sepanjang hayat. Pelajar menjalankan aktiviti penyelidikan yang dirancang sendiri melalui sokongan dan persetujuan penyelia siswazah. Ini membolehkan pelajar mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki.

2) Pembentangan penyelidikan/kolokium/seminar/bengkel. Ini akan meningkatkan kemahiran komunikasi, kepasukan, kepimpinan, kemahiran organisasi, pembelajaran sepanjang hayat dan profesionalisme calon.

Pelajar dikehendaki membentang kertas cadangan penyelidikan dan keputusan penyelidikan di kolokium siswazah atau wacana penyelidikan Pusat Pengajian. Pelajar siswazah juga diwajibkan untuk menerbitkan satu artikel jurnal dan satu prosiding sepanjang pengajian. Mereka juga dikehendaki membentangkan penyelidikan masing-masing di seminar dan persidangan peringkat kebangsaan atau luar negara.

Pemantauan pelajar juga dilakukan dengan cara memberi maklumbalas terhadap prestasi akademik atau kemajuan calon dari masa ke semasa melalui penyeliaan dan siri wacana. Siri Wacana Pusat Pengajian lazimnya melantik tiga orang panel untuk membantu penilai kertas cadangan penyelidikan atau hasil penyelidikan pelajar. Ini membantu pelajar menambahbaik penyelidikan mereka.

iv. Penilaian sumatif diguna untuk menilai semua hasil pembelajaran program sarjana dan wajib merangkumi:

1) menyelesaikan semua kursus yang telah ditetapkan;

Setiap pelajar wajib menyelesaikan dua kursus yang telah ditetapkan iaitu SKKP6004: Metodologi Penyelidikan Komunikasi; SKKP6014: Penulisan Akademik Komunikasi; SKKP6013: Seminar Teori Komunikasi (Audit Wajib).

2) disertasi; dan

Pelajar wajib menyelesaikan desertasi dalam tempoh 2 hingga 4 tahun (pengajian sepenuh masa) dan 4 hingga 6 tahun (pengajian separuh masa).

3) viva voce (jika diperlukan oleh PPT)

Pelajar wajib menjalani viva untuk mempertahankan disertasi/tesis.

v. Penilaian sumatif digunakan untuk menilai semua hasil pembelajaran program kedoktoran dan mesti meliputi:

1) menyelesaikan semua kursus yang telah diwajibkan;

2) tesis; dan

3) viva

Tidak berkaitan.

vi. Jabatan wajib memantau penilaian calon untuk memastikan kemajuan calon memuaskan. Ini wajib dipantau melalui:

1) rundingan berterusan (formal dan tak formal);

Kemajuan pelajar dibincangkan secara berterusan bergantung kepada kepakaran dan budi bicara penyelia yang telah dilantik. Selain daripada itu, kemajuan pelajar juga dibincangkan dalam Mesyuarat Penyelarasan Program dan Mesyuarat Jawatankuasa Siswazah peringkat Fakulti.

2) pembentangan cadangan penyelidikan;

Pelajar wajib membentangkan cadangan penyelidikan pada semester kedua pengajian.

3) pembentangan/kolokium/seminar/bengkel; dan

Pelajar digalakkan membentangkan laporan kemajuan penulisan/penyelidikan dalam kolokium/seminar/bengkel yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian, Fakulti atau institusi luar dan antarabangsa. Hal ini adalah untuk memenuhi syarat penerbitan bagi pelajar Sarjana Falsafah yang mendaftar mulai semester 2 sesi 2013/2014. Pelajar wajib menghasilkan 1 artikel dalam prosiding yang berindeks.

4) kemajuan penyelidikan (menggunakan mekanisme yang bersesuaian).

Kemajuan penyelidikan pelajar akan dipantau dan dinilai melalui Laporan Kemajuan Calon (LKC) yang terdapat dalam SMPWeb Pelajar. Laporan berkenaan perlu dibuat pada setiap hujung semester sehingga pelajar berkenaan tamat pengajian.

vii. PPT wajib memastikan sikap bersesuaian dipupuk, termasuk pematuhan kepada etika penyelidikan.

Pematuhan etika penyelidikan jelas terdapat dalam Peraturan-peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Siswazah 2011) (Rujuk Lampiran E).

3.1.2 Standard Diperkukuh

i. Hubungan antara penilaian dan hasil pembelajaran patut disemak secara berkala untuk memastikan keberkesanannya.

Hubungan antara penilaian dan hasil pembelajaran disemak secara berkala, yakni dua kali setiap semester (dalam mesyuarat proforma sebelum bermulanya semester dan ketika mesyuarat markah pada hujung semester).

3.2 Kaedah Penilaian

3.2.1 Standard Ditanda aras

i. Kaedah penilaian calon wajib dihurai, didokumentasi dan disebar kepada calon (contoh, maklumat tentang tempoh, kepelbagaian, pemberat dan liputan).

Kaedah penilaian diperincikan dan diperjelaskan kepada pelajar berdasarkan proforma yang disampaikan pada minggu pertama perkuliahan.

ii. Proses dan prosedur mesti didokumentasi dan boleh diakses oleh penyelia dan calon.

Proforma berkenaan kursus pengajian boleh diakses penyelia dan calon dalam i-Folio.

iii. Satu Jawatankuasa Peperiksaan Disertasi/Tesis wajib ditubuhkan untuk memastikan kesahan, kebolehpercayaan dan kesaksamaan dalam penilaian disertasi/tesis.

Jawatankuasa Peperiksaan Disertasi/Tesis peringkat Fakulti telah ditubuhkan untuk memastikan kesahan, kebolehpercayaan dan kesaksamaan dalam penilaian disertasi/tesis.

iv. Prosedur penilaian wajib disemak secara berkala, dengan mengambil kira maklum balas daripada pihak berkepentingan dalaman.

Prosedur penilaian desertasi/tesis akan mengambilkira maklum balas daripada pihak berkepentingan dalaman, seperti Jadual 3.1 berikut:

Jadual 3.1 Carta Alir Proses Viva

|Perkara |Catatan |Tindakan |Tempoh |

|Menyediakan Surat Perlantikan |Minit MFSSK |Urusetia Siswazah |Ikut takwim |

|Pemeriksa Luar dan Dalam |Minit JKAS | |Mesyuarat |

|setelah menyemak Keputusan | | | |

|Mesyuarat Fakulti dan Mesyuarat | | | |

|JKAS/SENAT | | | |

|Menghantar Surat dan Tesis | |Urusetia Siswazah |1 Hari |

|kepada Pemeriksa Luar dan | | | |

|Pemeriksa Dalam | | | |

|Peringatan Pertama kepada |email |Urusetia Siswazah |1 bulan selepas |

|Pemeriksa Luar dan Dalam untuk | | |menghantar Tesis |

|menghantar Tesis | | | |

|Peringatan kedua kepada |Email dan sms |Urusetia Siswazah |2 bulan selepas |

|Pemeriksa Luar dan Dalam | | |menghantar Tesis |

|Merima Laporan dari Pemeriksa |Email atau Surat |Urusetia Siswazah | |

|Luar dan Dalam | | | |

|Menjadualkan Tarikh Viva |Panggilan telefon, |Urusetia Siswazah |Perlu dilakukan |

|*Pengerusi Viva |Email, SMS dan surat | |dalam tempoh sebulan|

|*Pemeriksa Luar & Dalam |panggilan (Bersama | |selepas laporan di |

|*Pelajar & Penyelia |Laporan Pemeriksa) | |terima |

|*Pengerusi Pusat | | | |

3.3.1 Standard Ditanda aras

i. PPT bertanggungjawab tentang dasar penilaian dan terma rujukan perlu dihuraikan. Jawatankuasa dan proses wajib ditubuhkan untuk:

1) verifikasi dan moderasi penilaian sumatif; dan

Verifikasi dan moderasi penilaian sumatif dibincangkan dalam mesyuarat proforma kursus di peringkat program.

2) penandaarasan penilaian standard akademik.

Penandaarasan penilaian standard akademik boleh bahagikan kepada dua:

a) Penilaian Proposal Penyelidikan Siswazah

b) Panduan Menyediakan Laporan Pemeriksaan Tesis & Desertasi

ii. Penyelia wajib diberi autonomi sewajarnya untuk menyelia dan mengurus kemajuan penyelidikan calon dan penilaian.

Setiap pelajar akan diletakkan di bawah seorang penyelia atau penyelia bersama untuk menyelia dan mengurus kemajuan penyelidikan calon dan penilaian.

iii. Prosedur untuk calon membawa isu kebimbangan kepada perhatian pihak berkuasa berkaitan wajib diadakan.

Prosedur untuk calon membawa isu kebimbangan kepada perhatian pihak berkuasa buat melalui peti maklumbalas pelanggan dan sistem maklumbalas dan aduan UKM (ewarga.ukm.my/efact/).

iv. PPT wajib bertanggungjawab terhadap kerahsiaan dan keselamatan proses penilaian dan rekod akademik calon.

Keselamatan proses penilaian dan rekod akademik pelajar disimpan dalam bilik kebal Pusat Pengajian

v. Prestasi dan keputusan penilaian sumatif dan formatif wajib dimaklumkan kepada calon melalui mekanisme yang bersesuaian.

Prestasi dan keputusan penilaian sumatif dan formatif wajib dimaklumkan kepada pelajar melalui SMPWeb Pelajar dan slip peperiksaan.

vi. PPT wajib menyediakan maklum balas kepada calon berkaitan prestasi akademik dan memastikan mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk tindakan pemulihan. Langkah yang sesuai wajib diambil untuk menyediakan maklum balas kepada calon tentang prestasi, semakan dan langkah pembetulan.

Prestasi akademik pelajar akan dibincangkan semasa proses viva (ujian lisan) dijalankan, dengan mengambilkira perkara-perkara seperti prestasi, semakan dan langkah pembetulan, selain daripada tempoh pembetulan yang diperuntukkan.

vii. PPT wajib menubuh dan mendokumentasi prosedur tentang kriteria dan pemilihan pemeriksa.

Pemeriksa dalam dan pemeriksa luar dipilih berdasarkan kepakaran yang sama. Fakulti memilih pemeriksa dalam dan luar berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Lantikan pemeriksaan dalam dan luar perlu mendapat kelulusan daripada senat.

viii. Keperluan kelayakan seorang pemeriksa wajib dinyatakan dengan jelas:

1) Pemeriksa wajib mempunyai kelayakan minimum tidak kurang daripada kelayakan yang dimiliki oleh penyelia.

Pemeriksa disertasi/tesis tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Siswazah) 2011 Program Sarjana dan Kedoktoran.

Pemeriksa Luar 

Pemeriksa Luar bagi calon program Ijazah Sarjana di bawah subperaturan 6(1)(a) dan (c) hendaklah terdiri daripada guru universiti yang dilantik oleh Senat untuk menilai pencapaian calon seperti berikut :

a) sekurang-kurangnya

i. memiliki Ijazah Kedoktoran 

ii. telah menghasilkan graduan Sarjana 

iii. mempunyai tiga tahun pengalaman dalam bidang penyelidikan berkaitan bermula dari tarikh penerimaan Ijazah Kedoktoran

iv. menunjukkan kecemerlangan akademik

Pemeriksa Luar bagi calon program Ijazah Kedoktoran, hendaklah terdiri daripada guru yang dilantik oleh Senat untuk menilai pencapaian calon seperti berikut :

a) sekurang-kurangnya

i. bertaraf Profesor Madya 

ii. memiliki Ijazah Kedoktoran 

iii. telah menghasilkan graduan Doktor Falsafah

iv. mempunyai lima tahun pengalaman dalam bidang penyelidikan berkaitan bermula dari tarikh penerimaan Ijazah Kedoktoran

v. menunjukkan kecemerlangan akademik

Pakar bidang dari Industri/Institusi lain yang akan dilantik hendaklah mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya lima (5) tahun bagi peringkat Sarjana atau lapan (8) tahun bagi peringkat Doktor Falsafah dalam bidang yang berkaitan.

Pemeriksa Dalam

Pemeriksa Dalam bagi calon program Ijazah Sarjana, dibawah subperaturan 6(1)(a) dan (c) hendaklah terdiri daripada guru dari Universiti dan dilantik oleh Dekan Fakulti/ Pengarah Pusat Pengurusan Siswazah atas cadangan Pengarah Institut untuk menilai pencapaian calon.

Pemeriksa Dalam hendaklah sekurang-kurangnya memiliki Ijazah Sarjana atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat dan berpengalaman dalam bidang yang berkaitan.

Pemeriksa Dalam bagi calon program Ijazah Kedoktoran di bawah subperaturan 6(1)(a) dan (c) hendaklah terdiri daripada guru dari Universiti dan dilantik oleh Dekan Fakulti/ Pengarah Pusat Pengurusan Siswazah atas cadangan Pengarah Institut untuk menilai pencapaian calon. Pemeriksa Dalam hendaklah sekurang-kurangnya memiliki Ijazah Kedoktoran atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat dan berpengalaman dalam bidang yang berkaitan.

Lihat Lampiran E (Peraturan-Peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Siswazah) 2011 Program Sarjana dan Kedoktoran).

2) Sekiranya pemeriksa tidak mempunyai kelayakan yang ditetapkan, pengalaman yang sewajarnya dalam bidang relevan diperlukan dan pelantikan bergantung kepada kelulusan Senat PPT.

Amalan yang dipraktikkan oleh Pusat dan Fakulti ialah melantik pemeriksa yang mempunyai kelayakan yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Siswazah) 2011 Program Sarjana dan Kedoktoran.

ix. Komposisi pemeriksa disertasi/tesis adalah seperti berikut:

Ijazah sarjana secara penyelidikan

Disertasi sarjana wajib diperiksa oleh sekurang-kurangnya dua pemeriksa, salah seorangnya pemeriksa luar.

Disertasi sarjana diperiksa oleh dua orang pemeriksa,iaitu pemeriksa dalam universiti dan seorang pemeriksa dari luar universiti.

Ijazah kedoktoran secara penyelidikan

Bagi Ph.D termasuk Ph.D secara hasil kerja diterbitkan, tesis wajib diperiksa oleh sekurang-kurangnya tiga pemeriksa, dua daripadanya ialah pemeriksa luar.

Tidak berkaitan.

x. Jabatan mesti wajib menasihatkan pemeriksa untuk mematuhi tempoh yang dibenarkan untuk peperiksaan disertasi/tesis.

Pemeriksa akan diberi surat pelantikan sebagai penilai dan tempoh penilaian selama tidak lebih dari tiga bulan dari tarikh surat dihantar.

xi. PPT wajib menyediakan mekanisme untuk calon merayu keputusan peperiksaan disertasi/tesis/viva voce.

Prosedur rayuan terdapat dalam Peraturan-peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Siswazah 2011) Bahagian VII Rayuan hlm.53 hingga 57 (Rujuk Lampiran E).

Pelajar mempunyai hak menyemak dan mencabar ketepatan rekod dengan mengemukakan permohonan kepada Pusat dan Fakulti mengikut prosedur yang ditetapkan (bagi 2 kursus). Prosedur untuk membuat rayuan tersebut didokumenkan dengan jelas dalam Buku Panduan Siswazah yang disebarkan kepada pelajar di permulaan pengajian.

Pelajar siswazah boleh merayu untuk menerus semula pengajian sekiranya mendapat keputusan gagal dan diberhentikan. Antara sebab calon diberhentikan ialah kerana kemajuan calon itu tidak memuaskan. Setiap rayuan hendaklah dikemukakan kepada Dekan pusat pengajian siswazah, dibincang di mesyuarat Siswazah dan diperakukan di mesyuarat Fakulti. Jika fakulti menerima kembali pelajar, keputusan ini perlu dibincangkan di JKAS dan Senat.

3.3.2 Standard Diperkukuh

i. Pihak berkepentingan dalam dan luar patut terlibat dalam semakan sistem penilaian calon.

Bidang kepakaran tenaga pengajar Pusat dan Program adalah sentiasa mencukupi untuk menghasilkan pelajar yang berkualiti dan selari dengan perkembangan semasa. Proses penilaian program juga dijalankan dengan melantik penilai luar yang berpengalaman, berkredibiliti dan telus.

Pemeriksa dalam dan pemeriksa luar dipilih berdasarkan kepakaran yang sama. Fakulti memilih pemeriksa dalam dan luar berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Lantikan pemeriksaan dalam dan luar perlu mendapat kelulusan daripada senat.

Borang penilaian yang sama diberikan kepada pemeriksa dalam dan pemeriksa luar untuk memastikan penilaian adalah piawai. Fakulti menyediakan keperluan penilaian disertasi atau tesis kepada pemeriksa dalam dan luar. Fakulti dan Pusat Jaminan Kualiti sentiasa mendapatkan maklumbalas daripada pemeriksaan untuk penambahbaikan dalam penilaian disertasi dan tesis.

BAHAGIAN 4: PEMILIHAN DAN KHIDMAT SOKONGAN CALON

Pada amnya, dasar kemasukan ke program perlu mematuhi dasar sedia ada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Terdapat perbezaan pandangan tentang kaedah terbaik pemilihan calon. Namun, apa jua kaedah yang digunakan, pihak PPT mestilah berupaya untuk mempertahankan konsistensi pelaksanaannya. Bilangan calon yang diterima masuk ke sesuatu program ditentukan oleh kapasiti PPT berkenaan dan bilangan pemohon yang berkelayakan. Dasar kemasukan dan pengekalan calon sesebuah PPT itu tidak harus dikompromi semata-mata kerana hasrat PPT untuk mengekalkan enrolmen calon tertentu. Sekiranya PPT itu mengendalikan beberapa kampus di lokasi berlainan, atau sekiranya sesuatu program itu dikendalikan secara kerjasama, pemilihan dan penempatan semua calon mestilah konsisten dengan dasar nasional.

4.1 PEMILIHAN DAN KEMASUKAN

4.1.1 Standard Ditanda aras

Syarat kemasukan calon mesti mengikuti garis panduan dokumen SAR untuk Sarjana Falsafah dan Doktor Falsafah.

Urusan pemilihan kemasukan pelajar dikendalikan oleh Pusat Pengurusan Siswazah (PPS) dan pihak Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Borang permohonan calon dikumpulkan dan dipanjangkan ke Pusat Pengajian untuk di pertimbangan. Setelah keputusan dibuat, senarai calon yang berjaya dan gagal dihantar semula ke Fakulti dan PPS.

Pemohon perlu memenuhi syarat am universiti dan syarat keperluan khas program seperti berikut:

Syarat penerimaan masuk seperti pada Akta UKM (Pengajian Siswazah)

b) Ijazah Sarjana

vi. Ijazah Sarjanamuda dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang baik dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf olehSenat atau

vii. Ijazah Doktor Perubatan atau Doktor Pergigian dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat atau;

viii. Diploma dalam bidang yang berkaitan dengan pengalaman bekerja sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam bidang yang dipohon; atau

ix. Kelulusan lain yang setaraf dengan ijazah Sarjanamuda dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman yang diiktiraf oleh Senat.

x. Keperluan Bahasa Melayu

- Calon-calon dari luarnegara diwajibkan mengikuti dua kursus bernilai empat unit kursus Bahasa Melayu yang ditetapkan oleh Universiti. Pengecualian boleh diberi kepada calon-calon yang telah mengikuti kursus Bahasa Melayu setara anjuran badan lain yang diiktiraf oleh Universiti

Maklumat dipaparkan dilaman sesawang Fakulti

4.2 PERATURAN ARTIKULASI, PEMINDAHAN KREDIT DAN PENGECUALIAN KREDIT

4.2.1 Standard Ditanda aras

i. Maklumat tentang dasar, peraturan dan proses pemindahan kredit, pengecualian kredit dan amalan artikulasi wajib didokumentasi dalam dasar dan peraturan PPT untuk program.

Dasar, peraturan dan proses pemindahan serta pengecualian kredit adalah berdasarkan Polisi “kertas Dasar Pemindahan dan Pengecualian Kredit Universiti Kebangsaan Malaysia”. Permohonan untuk pemindahan dan pengecualian kredit perlu dilakukan melalui Pejabat Dekan Timbalan (Siswazah dan hubungan Antarabangsa) dengan mengisi borang yang telah disediakan oleh Pusat Pengurusan Siswazah.

Secara amnya, pelajar yang telah terpilih memasuki program Sarjana Falsafah dibenarkan untuk bertukar ke program-program lain yang ditawarkan dalam FSSK dan pertukaran boleh juga berlaku merentas Fakulti lain-lain di UKM. Untuk bertukar ke program atau fakulti lain, pelajar perlu menepati kriteria- kriteria kelayakan yang telah ditetapkan oleh Fakulti atau program yang dipilih. Permohonan pertukaran perlu melalui Pusat Pengajian sebelum dimajukan ke peringkat Fakulti. Selanjutnya, pihak Fakulti akan memajukan permohonan pelajar kepada Pusat Penguruan Siswazah.

Berdasarkan kriteria dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Pejabat Perhubungan Antarabangsa, FSSK pada bila-bila masa akan meneliti dan jika bertepatan FSSK akan menyokong permohonan pelajar untuk program mobiliti di peringkat antarabangsa.

Maklumat tentang dasar, peraturan dan proses pemindahan kredit, pengecualian kredit dan amalan artikulasi didokumentasi dalam Peraturan Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia yang boleh dicapai di 15082012.pdf

ii. Dokumen tersebut wajib mudah diakses oleh calon dan staf.

Salinan softcopy dokumen tersebut dimuatnaik di laman web Pusat Pengajian Siswazah, UKM di dan boleh dicapai dengan mudah oleh pelajar dan penyelia.

4.2.2 Standard Diperkukuh

i. PPT patut sentiasa mengemaskini proses artikulasi, pemindahan kredit dan pengecualian kredit, termasuk peruntukan kerjasama peringkat nasional dan antarabangsa.

PPT mengemaskini proses artikulasi, pemindahan kredit dan pengecualian kredit, termasuk peruntukan kerjasama peringkat nasional dan antarabangsa secara berkala. Edisi terkini Peraturan-Peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Siswazah) 2011, Cetakan Kedua 2012 (Lihat Lampiran C).

4.3 PEMINDAHAN CALON

4.3.1 Standard Ditanda aras

i. PPT wajib mempunyai dasar, peraturan dan proses yang jelas tentang amalan artikulasi berkaitan pemindahan calon dari satu mod ke mod lain (contoh kerja kursus ke mod campuran); amalan artikulasi berkaitan pemindahan calon dari satu program ke program lain; dan amalan artikulasi berkaitan pemindahan calon dari satu PPT ke PPT lain.

PPT mempunyai dasar, peraturan dan proses yang jelas tentang amalan artikulasi berkaitan pemindahan calon dari satu mod ke mod; amalan artikulasi berkaitan pemindahan calon dari satu program ke program lain; dan amalan artikulasi berkaitan pemindahan calon dari satu PPT ke PPT lain. Ia didokumentasi dalam dalam Peraturan Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia yang boleh dicapai di

4.4 KHIDMAT SOKONGAN CALON DAN AKTIVITI KOKURIKULUM

4.4.1 Standard Ditanda aras

i. PPT wajib mempunyai satu struktur organisasi yang meliputi perkhidmatan sokongan dan aktiviti kokurikular. Perkhidmatan sokongan berikut diperlukan untuk kesejahteraan calon:

• Perkhidmatan kesihatan;

Pusat Kesihatan Pelajar mengurus dan menyediakan perkhidmatan kesihatan pelajar iaitu:

- Rawatan perubatan dan pembedahan kecil (pesakit luar)

- Makmal perubatan

- Pengimejan diagnostic asas

- Pemeriksaan elektrokardiogram

- Dialisis untuk pesakit buah pinggang

- Wad isolasi dan pemerhatian

- Kaunseling perubatan

- Rawatan pergigian

Pusat Kesihatan Pelajar di kampus induk UKM dikendalikan oleh 5 orang pegawai perubatan, 3 orang pembantu kesihatan, seorang ketua jururawat, 3 orang jururawat, seorang Juru x-ray, 2 orang pembantu makmal, 3 orang pembantu farmasi dan 11 orang kakitangan sokongan lain. Klinik pergigian dikendalikan oleh 3 orang doktor gigi dan 3 orang pembantu pembedahan pergigian. Pusat Kesihatan Pelajar juga menyediakan 6 buah wad (12 katil) dan 2 buah ambulan. Kemudahan kesihatan ini disediakan pada setiap hari bekerja (pada waktu bekerja) kepada semua pelajar.

• Kemudahan rekreasi dan sukan;

Unit Sukan dan Rekreasi bertanggungjawab dalam merancang, menyelenggara kemudahan, melatih serta memajukan sukan dan rekreasi di kalangan pelajar dan kakitangan. Kemudahan yang disediakan terdiri daripada:

|Bola sepak |: 4 padang |Bola tampar |: 4 gelanggang |

|Ragbi |: 1 padang |Hoki |: 1 padang |

|Sofbol |: 2 padang |Bola Jaring |: 2 padang |

|Balapan Olahraga |: 2 padang |Tenis |: 10 gelanggang |

|Sepaktakraw |: 5 gelanggang |Badminton |: 6 gelanggang (Dewan Gemilang) |

|Skuasy |: 8 gelanggang |Ping pong |: 8 meja (Dewan Gemilang) |

|Bola keranjang |: 1 gelanggang |Padang golf |: 18 lubang |

|Kolam renang |: 2 buah | | |

Kemudahan sukan dan rekreasi boleh digunakan oleh para pelajar pada bila-bila masa, tanpa sebarang caj. Namun, penggunaan beberapa kemudahan sukan seperti gelanggang badminton, padang bola sepak dan padang ragbi perlulah ditempah terlebih dahulu di Unit Sukan.

• Keselamatan;

Demi kesejahteraan pelajar, PPT sentiasa bekerjasama secara tidak langsung dengan Bahagian Keselamatan UKM khususnya dalam usaha menjamin keselamatan pelajar di kampus. Semenjak awal penubuhannya Bahagian Keselamatan telah memainkan peranan dalam menjalankan amanah yang telah diberikan oleh Pengurusan Tertinggi Universiti. Selain memastikan keselamatan pelajar kampus, Bahagian Keselamatan turut bertanggungjawab mengawal harta benda universiti, menjaga ketenteraman awam kampus, bertanggungjawab mengawal lalulintas, menguatkuasakan peraturan lalulintas, bantu mula mengawal kebakaran, bertanggungjawab mengawal dan memastikan tiada jenayah dalam kampus serta membuat siasatan kes.

• Perkhidmatan kaunseling;

Universiti, Fakulti dan Pusat Pengajian menyediakan beberapa mekanisma sebagai sokongan dan kaunseling kepada pelajar. Antara mekanisma yang ada ialah Klinik Kaunseling FSSK. Mekanisma ini bertujuan mempertingkatkan lagi kecemerlangan dan pembinaan sahsiah yang tinggi untuk para pelajar.

Perkhidmatan kaunseling disediakan menerusi Unit Kaunseling dan Kerjaya. Perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan ialah;

• Kaunseling Peribadi yang member peluang kepada pelajar untuk membincangkan apa sahaja perkara yang difikirkan penting bagi perkembangan diri sendiri dalam kehidupan seharian seperti masalah penyesuaian, hubungan dengan keluarga, kawan-kawan, kesihatan dan lain-lain.

• Kaunseling Akademik pula membantu pelajar membuat penentuan dan pemilihan kursus yang sesuai dengan jiwa, minat dan kemampuan pelajar serta mengadakan ceramah atau bengkel malah merujukkan pelajar kepada pembimbing akademik sekiranya perlu.

• Kaunseling akademik juga disediakan di peringkat Program di mana setiap pelajar diberikan seorang mentor (pensyarah) di bawah Program Mentor-Mentee yang akan membimbing dan membantu pelajar dalam hal ehwal berkaitan akademik sepanjang pengajian mereka di Fakulti / Pusat / Program. Setiap mentor ditugaskan mengendalikan 4-6 orang mentee pada setiap sesi.

• Kaunseling Penempatan Kerjaya dan Vokasional pula membantu pelajar meneroka serta menentukan bidang-bidang pekerjaan dan kerjaya berdasrkan minat, kelayakan, kemampuan dan cara hidup yang ingin mereka lalui.

Sistem kaunseling kerjaya, programnya tidak terdapat di peringkat program tetapi mekanisme ini wujud di peringkat universiti. Untuk tujuan ini, Urus Setia Kerjaya yang dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar dengan bantuan dan nasihat Pusat Pembangunan Mahasiswa UKM menyediakan khidmat nasihat kerjaya di samping menganjurkan Hari Kerjaya UKM setiap tahun.

Bilangan kaunselor yang bertanggungjawab di Unit Kaunseling dan Kerjaya secara sepenuh masa ialah tiga orang. Khidmat Kaunselor Bersekutu juga diperoleh daripada pensyarah di Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan dan Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Sistem Kaunseling Kerjaya berjalan dengan baik setakat ini dengan bantuan Unit Runding Cara Pelajar dan Urus Setia Kerjaya UKM. Bagi memastikan pelajar yang memerlukan sokongan rohani, psikologi, sosial dan/atau akademik dikenalpasi, beberapa mekanisme telah sedia wujud:

1. Menerusi Jawatankuasa Kecemerlangan Pelajar, pelajar dikenal pasti (cemerlang, sederhana dan lemah) berdasarkan prestasi peperiksaan mereka. Pelajar yang lemah dan memerlukan sokongan akan dibantu dengan beberapa mekanisme yang ditentukan oleh Jawatankuasa Kecemerlangan Pelajar.

2. Penasihat/pembimbing kertas projek dan pensyarah. Pensyarah juga boleh mencadangkan nama pelajar yang dikenal pasti memerlukan sokongan sama ada sokongan emosi atau akademik dengan menggunakan segala kemudahan sokongan yang disediakan.

• Kaunseling Kewangan pula membantu mengurangkan masalah kewangan mereka melalui bantuan kewangan, penajaan, perancangan belanjawan dan hal-hal berkaitan. Di samping itu, Unit Runding Cara, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UKM juga menyediakan perkhidmatan runding cara untuk para pelajar. Unit ini menyediakan khidmat nasihat personal dan kewangan.

• Perkhidmatan internet;

Pusat Komputer UKM menyediakan sistem rangkaian berpusat komputer dan internet ke seluruh universiti. Sistem ini terbahagi kepada dua iaitu:

1. Rangkaian Berwayar

Infrastruktur rangkaian yang disediakan untuk warga UKM khususnya para pelajar, yang merangkumi kawasan pusat tanggungjawab, pentadbiran kolej dan beberapa asrama bagi kolej-kolej UKM (Kolej A, Kolej B, Kolej C, Kolej D, Kolej E dan Kolej Z). Bagi permohonan pemasangan talian internet berwayar untuk kegunaan secara tetap atau sementara dalam UKM boleh mengisi borang Permohonan pemasangan talian Internet. Sekiranya terdapat masalah port internet tidak berfungsi/rosak boleh membuat laporan melalui

2. Rangkaian Tidak Berwayar

Infrastruktur rangkaian yang disediakan untuk warga dan tetamu UKM. Pemasangan tertumpu di kawasan-kawasan tumpuan awam dan warga UKM seperti dewan kuliah, bilik mesyuarat dan kawasan yang bersamaan dengannya. maklumat liputan rangkaian wifi UKM boleh dirujuk pada . Terdapat 2 jenis perkhidmatan wifi UKM yang disediakan oleh pihak rangkaian iaitu:

i. UKM-WARGA (untuk kegunaan warga berdaftar seperti kakitangan serta pelajar

*pendaftaran id wifi UKM-WARGA boleh dilakukan secara online di *)

ii. UKM-Tetamu/tetamu-ukm (untuk kegunaan tetamu ukm)

Bagi permohonan pemasangan talian internet tanpa wayar untuk kegunaan secara tetap atau sementara di dalam UKM boleh mengisi borang Permohonan pemasangan talian Internet.

Sekiranya terdapat masalah wifi tidak berfungsi/rosak boleh membuat laporan melalui

Pelajar boleh memanfaatkan perhidmatan internet percuma ini menggunakan komputer riba mereka atau komputer-komputer yang disediakan secara percuma di setiap makmal komputer di Fakulti dan Pusat. Maklumat mengenai perkhidmatan yang berkaitan teknologi maklumat yang disediakan untuk pelajar boleh dicapai di =com_content&view=article&id=121&Itemid=232.

• Insurans kesihatan untuk calon antarabangsa;

Tidak berkaitan.

• Perkhidmatan dokumentasi

Pelajar sentiasa diminta untuk merujuk Buku Panduan Fakulti dan laman web-laman web unit-unit tertentu dalam UKM, misalnya Unit Sukan, Unit Perumahan Pelajar (), Unit Runding Pelajar dan Perpustakaan Tun Seri Lanang

4.4.2 Standard Diperkukuh

i. PPT patut menyediakan perkhidmatan sokongan untuk kesejahteraan calon seperti

• Penginapan;

Pihak UKM menyediakan sejumlah penginapan bersifat Kolej, Asrama dan Rumah Universiti. Kolej membuat tawaran penginapan kepada pelajar melalui sistem ukm.my.upp. Pelajar membuat pengesahan melalui sistem ukm.my/upp. cetak borang 1 salinan beserta 2 keping gambar dan hantar ke pejabat kolej.

• Insurans kesihatan;

Unit Kebajikan Pelajar (satu unit di bawah JPPel) menguruskan permohonan dengan Jabatan Bendahari bagi tuntutan Skim Insuran Berkelompok Pelajar (di samping menguruskan hal-hal berkaitan dengan penajaan, biasiswa dan hal ehwal kebajikan pelajar secara umumnya).

Semua pelajar UKM yang berdaftar dan sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah sarjana Muda dalam berbagai bidang pengajian di UKM adalah diberi perlindungan di bawah Skim Insurans Takaful Berkelompok dengan bayaran RM 10.00 setaip satu sesi. Urusan membuat tuntutan adalah diajukan ke Unit Kebajikan Pelajar, Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM.

• Bantuan kewangan;

Pelajar yang memerlukan kemudahan bantuan kewangan, boleh merujuk terus kepada Jabatan Bendahari. Jabatan Bendahari menyediakan kemudahan bantuan kewangan menerusi Tabung Kewangan Pelajar, Tabung Pinjaman Khas, Tabung Kebajikan Pelajar, Tabung Pinjaman Sementara, Insuran Pelajar, Zamalah, PTPTN, MyBrain dan Zakat

• Pengangkutan;

Pihak UKM menyediakan perkhidmatan Bas Universiti yang beroperasi mengambil dan menurunkan penumpang (pelajar) di laluan utama yang menghubungkan tempat kolej pelajar dengan fakulti.

• Pusat jagaan kanak-kanak

Tidak berkaitan

• Tempat sembahyang

Pihak UKM menyediakan sejumlah Surau (dalam kolej, fakulti, tempat rekreasi/sukan) dan sebuah Masjid dalam kampus.

4.5 PERWAKILAN DAN PENGLIBATAN CALON

4.5.1 Standard Ditanda aras

i. PPT wajib mendefinisi secara jelas dan menyebarkan dasar, peraturan dan proses tentang perwakilan dan penglibatan calon.

Perwakilan pelajar adalah diuruskan di peringkat universiti melalui Jabatan Pembangunan Pelajar (JPPel). Ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dilantik melalui Pilihanraya Umum kampus. Perlaksanaan Pilihanraya Umum ini adalah mengikut garis panduan Universiti dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Peringkat Fakulti pula memberikan kelonggaran kepada para pelajar pada hari Pilihanraya Umum untuk pelajar-pelajar keluar mengundi calon-calon mereka. Bagaimanapun Fakulti tidak terlibat secara langsung dalam pemilihan calon atau pun proses pengundian.

4.5.2 Standard Diperkukuh

i. Aktiviti calon patut memperkukuh atribut kemahiran insaniah seperti pengurusan, kepimpinan, dan penglibatan dalam komuniti.

Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Universiti Kebangsaan Malaysia menggariskan polisi pengajaran dan pembelajaran UKM. Penglibatan pelajar dalam pembangunan kurikulum, proses pengajaran/pembelajaran dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kebajikan mereka berlangsung melalui siri-siri perbincangan secara berterusan.

Contohnya, di peringkat universiti, input daripada badan-badan dan persatuan-persatuan pelajar dikumpulkan melalui mesyuarat secara berkala.

Di peringkat fakulti pula, TD(SHA) akan memantau aktiviti aktiviti pelajar setiap semester. Input dan maklumbalas pelajar melalui aktiviti-aktivi mereka di Pusat Pengajian/program adalah penting untuk pembangunan polisi pengajaran dan pembelajaran.

4.6 ALUMNI

4.6.1 Standard Ditanda aras

i. PPT wajib mendefinisi secara jelas dan menyebarkan dasar, peraturan dan proses tentang perkembangan dan operasi alumni.

Pejabat Perhubungan Alumni (P.P.Alumni) ditubuhkan pada 1 Jun 2006 berperanan menjalinkan hubungan strategik yang berterusan antara UKM dan Alumni. P.P.Alumni dipertanggungjawabkan untuk merancang, melaksana dan memantau kegiatan Alumni yang boleh memberi faedah kepada pelajar, Alumni dan Universiti. 

Aktiviti utama persatuan ini merangkumi pengumpulan data Alumni melalui Sistem Maklumat Alumni (SMA) dan merancang, melaksana dan memantau kegiatan Alumni di peringkat Universiti melalui Persatuan Alumni peringkat fakulti, kolej, cawangan dan mengikut disiplin. Fakulti juga dalam proses penubuhan Persatuan Alumni FSSK UKM.

4.6.2 Standard Diperkukuh

i. PPT patut melibatkan alumni dalam menyediakan calon untuk profesion masing-masing.

Diperingkat Program, jaringan dengan Alumni adalah bersifat informal tetapi strategik. Pensyarah dan pelajar dalam program telah memperoleh khidmat alumni dari PPMK untuk memberi keterangan tentang dunia pekerjaan dari semasa ke semasa, khususnya ketika program orientasi pelajar baru dan program Bengkel Dalaman Latihan Industri yang khusus untuk pelajar tahun akhir.

ii. PPT patut melibatkan alumni supaya mereka dapat menyumbang kepada perkembangan PPT.

Alumni memainkan peranan penting dalam pembangunan kurikulum kerana maklumbalas dari mereka selepas mereka memasuki dunia kerja boleh diambilkira semasa penambah baikan program dilakukan. Maklumat dari alumni diperoleh secara informal/peribadi atau melalui trace study.

iii. Alumni patut dilibatkan dalam hubungan PPT dengan komuniti.

PPT sedang merancang untuk mengadakan aktiviti bersama masyarakat yang juga melibatkan alumni sebagai penceramah jemputan.

BAHAGIAN 5: STAF AKADEMIK

Kualiti staf akademik merupakan salah satu komponen terpenting dalam memastikan kualiti pendidikan tinggi. Oleh itu, segala usaha perlu diambil bagi memastikan dasar berhubung pengambilan, perkhidmatan, pembangunan dan penilaian staf adalah tepat dan efektif bagi menyokong dan memperkukuh kualiti dan produtiviti staf. Setiap program juga mesti mempunyai staf berkelayakanyang mencukupi. Penting untuk PPT menyediakan persekitaran kerja yang kondusif bagi menggalakkan pengambilan dan pengekalan modal insan terbaik.

Seorang ahli akademik harus melibatkan diri secara aktif dalam penyelidikan dan perundingan, selain daripada menyelia calon penyelidikan. Mekanisme yang sewajarnya perlu disediakan untuk melatih staf akademik tentang kemahiran, penyeliaan dan untuk memastikan penyelia didedahkan dengan amalan terbaik.

Bebanan dan pembahagian kerja yang saksama merupakan salah satu cara PPT mengiktiraf sumbangan bermerit staf bagi tujuan kenaikan pangkat, penetapan gaji atau ganjaran lain.

5.1 PENGAMBILAN DAN PENGURUSAN

5.1.1 Standard Ditanda aras

i. PPT wajib mempunyai dasar dan prosedur untuk pengambilan staf akademik.

Polisi rekrutmen adalah di bawah bidang kuasa pihak Universiti. Perbincangan dan keputusan dibuat melalui Mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian kemudian dibawa ke Mesyuarat Pengurusan Universiti serta ke Lembaga Pengurusan Universiti sebelum mana-mana cadangan yang diputuskan untuk dibuat ketetapan sebagai polisi.

Keutamaan pelantikan diberikan kepada warganegara yang berkelayakan untuk dilantik sebagai kakitangan akademik. Untuk jawatan tutor, seseorang itu hendaklah mempunyai kelayakan di peringkat sarjana. Walau bagaimanapun, mereka yang mempunyai kelayakan Ijazah Sarjanamuda (mengikut bidang yang diperlukan oleh fakulti) juga boleh dilantik sebagai tutor dengan syarat ijazah pertama itu bertaraf Kelas Pertama. Manakala mereka yang dilantik ke jawatan pensyarah disyaratkan memiliki ijazah Ph.D dalam bidang yang diperlukan oleh Fakulti.

Prosedur kerja urusan perlantikan (JP-BSM-UJ-PK02) boleh dicapai di

ii. Terma dan syarat perkhidmatan wajib dinyatakan dengan jelas dalam surat tawaran yang disemak secara berkala.

Program menggunapakai syarat perlantikan pensyarah dan peraturan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Syarat-syarat pengesahan jawatan akademik di UKM boleh dicapai di . Program juga berpandukan buku Etika dan amalan cemerlang akademik (UKM 2010) dalam hal-hal berkaitan kerjaya sebagai pensyarah di UKM.

iii. PPT wajib menubuhkan dasar perlantikan penyelia untuk menjamin kualiti dan kelestarian program.

Mekanisme yang digunakan adalah mengenalpasti penyelia yang sesuai adalah bersesuaian dengan kelayakan akademik dan bidang tujahan tenaga pengajar.

iv. Syarat kelayakan penyelia patut dinyatakan dengan jelas .

Kelayakan minimum staf akademik yang disyaratkan untuk menyampaikan program pada peringkat prasiswazah ialah Sarjana tetapi untuk penyampaian program siswazah (pengajaran dan penyeliaan), pensyarah diwajibkan mempunyai kelulusan Ph.D. Lihat Jadual 5.1 berikut:

Jadual 5.1 : Penyeliaan

|Bil |No. Matrik |Nama Pelajar |Penyelia Utama |Penyelia Bersama |

|1. |P50856 |Hasmalina Hashim |Prof. Madya Dr. Normah Mustaffa |Gantung Pendaftaran 2 Sesi Akademik |

| | | | |2011/2012) |

|2. |P53746 |Elza Nadiah Shaik Sulaiman |Prof. Madya Dr. Fauziah Ahmad | |

|3. |P53771 |Siti Fatimah Othman |Prof. Madya Dr. Normah Mustaffa | |

|4. |P53775 |Norhafizah Zainal Abidin |Prof. Madya Dr. Faridah Ibrahim |Dr. Wan Amizah Wan Mahmud |

| | | | |Dr. Ali Salman |

|5. |P55273 |Nor Roziyana Ahmad @ Osman |Prof. Madya Dr. Latiffah Pawanteh |Dr.. Abdul Latiff Ahmad |

| | | | |(Gantung Pendaftaran) |

|6. |P55274 |Chew Chee Khiang |Prof. Madya Dr. Fauziah Ahmad |Dr. Chang Peng Kee |

|7. |P55279 |Krisna Morti |Prof. Madya Fuziah Kartini Hassan Basri | |

|8. |P55417 |Almas Afrida |Prof. Madya Dr. Mohd Yusof Haji Abdullah |(Gantung Semester 1 Sesi Akademik |

| | | | |2011/2012) |

|9. |P55419 |Azmah Ab. Wahab |Prof. Dr. Samsudin A. Rahim | |

|10. |P55420 |Lee Hui Er |Prof. Madya Dr. Normah Mustaffa |Dr. Ali Salman |

|11. |P57584 |Azlina Asaari |Prof. Madya Dr. Jamaluddin Aziz | |

|12. |P58046 |Gayathiri a/p Gopal |Prof. Dr. Samsudin A. Rahim |Dr. Wan Amizah Wan Mahmud |

|13. |P60555 |Hamizah Md. Yusof |Dr. Maizatul Haizan Mahbob |Dr. Chang Peng Kee |

|14. |P60556 |Sitinurbayu Mohd Yusoff |En. Badrul Redzuan Abu Hassan | |

|15. |P60557 |Ika Destiana |Dr. Ali Salman |En. Mohd Helmi Abd. Rahim |

|16. |P64323 |Wong Chui Han |Prof. Madya Dr. Faridah Ibrahim |En. Mohd Helmi Abd. Rahim |

|17. |P64345 |Norazuin binti Sawal |Dr. Ali Salman |En. Badrul Redzuan Abu Hassan |

|18. |P64346 |Marlinda Dampa Anak Inging |Dr. Ali Salman |En. Wan Idros Wan Sulaiman |

|19. |P64330 |Nor Ainna Binti Hamzah |Prof. Madya Dr. Fauziah Ahmad |Dr. Maizatul Haizan Mahbob |

|20. |P66962 |Siti Salwana Syarfa Haji Dahlan |Dr. Wan Amizah Wan Mahmud | |

|21. |P67421 |Puvaneesvaran a/l Kanniappan |Prof. Madya Dr. Jamaluddin Aziz | |

|22. |P67422 |Syairah Abdul Lajis |Dr. Sabariah Mohamed Salleh |Prof. Madya Dr. Latiffah Pawanteh |

|23. |P69333 |Nur Amalina binti Mohd Rashid |Dr. Chang Peng Kee | |

Semua penyelia PPMK mempunyai kelayakan Ph.D dalam disiplin dan bidang kepakaran yang berkaitan dengan kertas cadangan calon dan mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman: a) dalam pengajaran dan penyelidikan; atau b) sebagai penyelia bersama. Jika seorang penyelia tidak mempunyai kelayakan yang diperlukan, pengalaman penyelidikan dan penyeliaan secara meluas adalah kriteria tambahan dan tertakluk kepada kelulusan Senat. Sila rujuk senarai penyeliaan. Lihat Jadual 5.2 berikut:

Jadual 5.2 : Staf Akademik Mengikut Status Pelantikan dan Kelayakan

|Bil |Staf Akademik |Bidang Kepakaran |

|1 |Prof. Madya Dr. Latiffah Pawanteh |Komunikasi Antara Budaya |

|2 |Prof. Madya Dr. Mohd Yusof Hj. Abdullah |Komunikasi Pembangunan |

|3 |Prof. Madya Dr. Normah Mustaffa |Kewartawanan, Media Baru |

|4 |Prof. Madya Dr. Fauziah Ahmad |Kajian Media dan Budaya |

|5 |Prof. Madya Dr. Jamaludin Aziz |Kajian Media dan Budaya |

|6 |Prof. Madya Dr. Chang Peng Kee |Perhubungan Awam |

|7 |Dr. Wan Amizah Wan Mahmud |Komunikasi Dasar Awam |

|8 |Dr. Ali Salman |Komunikasi Antarabangsa |

|9 |Dr. Mohd Nor Shahizan Ali |Penyiaran |

|10 |Dr. Maizatul Haizan Mahbob |Komunikasi dan Advokasi Dasar |

|11 |Dr. Emma Mirza Wati Mohamed |Perhubungan Awam |

|12 |Dr. Sabariah Dato’ Mohamed Salleh |Penyiaran |

|13 |Dr. Abdul Latiff Ahmad |Komunikasi Antara Budaya |

|14 |Dr. Mohd Azul Mohamad Salleh |Teknologi Komunikasi |

|15 |Encik Badrul Redzuan Abu Hassan |Kajian Media dan Budaya |

|16 |Encik Mohd Helmi Abd. Rahim |Periklanan |

|17 |Encik Mat Pauzi Abd. Rahman |Periklanan |

|18 |Encik Wan Idros Wan Sulaiman |Komunikasi Keorganisasian |

|19 |Encik Hasrul Hashim |Penyiaran |

|20 |Puan Arina Anis Azlan |Periklanan |

v. Apabila terdapat hanya seorang penyelia, penyelia wajib merupakan staf sepenuh masa di PPT yang menganugerahkan ijazah.

Semua penyelia berseorangan adalah staf sepenuh masa di PPT yang menganugerahkan ijazah.

vi. Apabila terdapat lebih daripada seorang penyelia, penyelia utama wajib merupakan staf sepenuh masa di PPT yang menganugerahkan ijazah.

Semua penyelia utama adalah staf sepenuh masa di PPT yang menganugerahkan ijazah.

vii. Bagi program kedoktoran industri, selain daripada penyelia akademik, penyelia industri wajib dilantik. Perlantikan kedua-dua penyelia wajib mematuhi syarat PPT.

Tidak berkaitan

viii. PPT wajib mengadakan garis panduan untuk penyelia yang merangkumi maklumat seperti yang dinyatakan dalam SAR (untuk sarjana atau kedoktoran)

1) Menggariskan peranan dan tanggungjawab penyelia;

Penyelia berperanan sebagai pembimbing dan penasihat kepada pelajar sarjana, justeru itu pemantauan yang rapi dijalan dari masa ke semasa. Peranan dan tanggungjawab penyelia dapat disaksikan menerusi Buku Panduan Siswazah UKM Penyeliaan bersemuka. Antara lain, penyelia harus memastikan pelajar mendapat sekurang-kurangnya 20 jam penyeliaan setiap semester. Penyelia berperanan dalam penyeliaan bersemuka bagi membolehkan pelajar mendalami ilmu am dan khusus, ilmu penyelidikan, menjana idea, mengupas isu secarakritikal, dan berkomunikasi dengan jelas.

2) Menggariskan prinsip etika bagi tujuan membantu penyelia dalam mengenalpasti dan menyelesaikan isu etika yang mungkin berbangkit dalam tempoh penyelidikan dijalankan;

Bagi membantu penyelia dalam mengenalpasti dan menyelesaikan isu etika yang mungkin berbangkit dalam tempoh penyelidikan dijalankan, pihak UKM telah menerbitkan sebuah buku yang berkaitan khususnya dalam menggariskan prinsip etika. Buku ini bertajuk ‘Etika dan Amalan Cemerlang Akademik’ (2010) yang merupakan edisi semakan semula buku Etika dan Tatatertib Akademik (2000 & 2005).

3) Memastikan penyelia menjalankan semua aktiviti dengan integriti akademik dan mematuhi segala kod etika, undang-undang berkenaan, kaedah dan peraturan; dan

Buku bertajuk ‘Etika dan Amalan Cemerlang Akademik’ (2010) yang merupakan edisi semakan semula buku Etika dan Tatatertib Akademik (2000 & 2005) menggariskan semua aktiviti penyeliaan dengan integriti akademik dan pematuhan segala kod etika, undang-undang berkenaan, kaedah dan peraturan.

4) Memastikan nisbah penyelia-calon yang wajar untuk penyeliaan efektif

PPMK melalui Jawatankuasa Program Siswazahnya sentiasa memantau nisbah penyelia-calon menerusi mesyuarat secara berkala.

ix. Kemahiran penyelidikan, pengalaman dan pengkhususan seorang penyelia wajib sejajar dengan bidang penyelidikan calon.

Kemahiran penyelidikan, pengalaman dan pengkhususan seorang penyelia PPMK adalah sejajar dengan bidang penyelidikan calon. Sila lihat Jadual 5.1 dan 5.2.

x. PPT wajib menubuhkan mekanisme untuk memantau proses penyeliaan.

Pusat Pengajian menggunakan sistem pemantauan proses penyeliaan pada akhir setiap semester. Laporan Kemajuan Calon yang perlu diisi oleh setiap penyelia digunakan untuk memantau penyeliaan secara holistik. Laporan ini diisi secara online di SMPWeb Pelajar. Laporan Kemajuan Calon yang dirangka oleh Fakulti memerlukan penyelia mengisi dengan lebih perinci tahap kemajuan calon antara minggu 1-14 setiap semester. Penyelia juga diwajibkan menyelia pelajar sekurang-kurangnya empat kali setiap semester dan tarikh pertemuan perlu disertakan pada Rekod Penyeliaan. Rekod Penyeliaan juga perlu ditandatangani oleh penyelia dan pelajar sebelum dihantar kepada program. LKC ini akan dibincang sewaktu mesyuarat siswazah tahap pusat pengajian dan fakulti pada akhir setiap semester.

xi. Pengiktirafan, ganjaran, dan imbuhan wajib berpadanan dengan pengagihan bebanan kerja dan penyeliaan bermerit, berdasarkan dasar dan peraturan yang telus.

Mekanisme dan tatacara pemantauan dan penilaian prestasi staf dilakukan dalam mesyuarat program khususnya dalam agihan tugas yang melibatkan pengajaran kursus, mesyuarat seminar dalam agihan jawatankuasa seminar dan dalam mesyuarat pengurusan dan mesyuarat pusat dalam agihan jawatankuasa pusat.

5.1.2 Standard Diperkukuh

i. PPT patut menubuhkan satu jawatankuasa penyeliaan bagi membimbing calon merancang penyelidikan dan penyediaan disertasi / tesis.

PPMK melalui Jawatankuasa Program Siswazahnya sentiasa berusaha menyediakan ruang bagi pelajar siswazahnya untuk memantapkan peyelidikan dan penyediaan disertasi / tesis. Antara lainnya, menggalakkan penglibatan pelajar dalam perbincangan pembentangan proposal pascasiswazah, bengkel penulisan, dan seumpamanya.

ii. PPT patut mempromosikan rangkaian hubungan nasional dan antarabangsa demi mempertingkat kualiti penyeliaan.

UKM telah memeterai MOI dan MOU dengan beberapa agensi kerajaan Malaysia, universiti tempatan dan luar negara.

5.2 PERKHIDMATAN DAN PEMBANGUNAN

5.2.1 Standard Ditanda aras

i. PPT wajib menggalakkan staf akademik melibatkan diri dalam aktiviti ilmiah bagi mendapatkan pengiktirafan nasional dan antarabangsa.

Pensyarah juga mempunyai peluang dan digalakkan untuk mengambil bahagian dalam kegiatan profesional, akademik dan sebagainya. Ini dapat dilihat apabila pensyarah program sering terlibat dalam kegiatan perundingan (khususnya dengan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka), penilai tesis, penilai manuskrip, penulis buku, ucap tama /pembentang seminar dan penceramah bagi kursus Kemahiran bahasa yang dianjurkan oleh unit Latihan pada setiap tahun.

Dalam usaha meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran supaya standing dengan perkembangan pengajaran, Pusat Pembangunan Akademik (PPA) telah menubuhkan Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Inovasi yang diketuai oleh seirang Timbalan Pengarah. Bahagian ini bertanggung jawab dalam menyediakan dan mengkoordinasi mengguna pakai garis panduan bertjuan kemudahan pendidikan di samping menyebarkan garis panduan kepada Fakulti, Institut dan Pusat. Sebagai salah sebuah Universiti Penyelidikan di Malaysia, UKM menerusi PPA komited dalam perancangan dan pembangunan kemudahan pengajaran dan pembelajaran ke tahap antarabangsa sepertimana yang terkandung dalam Pelan Startegik UKM 2000-2020.

ii. PPT wajib mewujudkan kemudahan untuk melatih kemahiran penyeliaan kepada penyelia.

Berasaskan Dasar-Dasar Pembelajaran dan Pengajaran UKM yang diselaraskan oleh Pusat Pembangunan Akademik yang boleh dicapai melalui: . Antara Dasar terlibat:

• Dasar Perkembangan Professional

• Dasar Pengajaran dan Pembelajaran UKM

• Dasar E-pembelajaran UKM

Latihan Pengajaran dan Pembelajaran juga disediakan dan aktiviti ini diselaraskan oleh Pusat Pembangunan Akademik (PPA) yang oleh dicapai melalui .

Antara program yang dianjurkan seperti:

• Program Pemantapan Tenaga Akademik

• Program Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)

• Program Persediaan Cuti Belajar, Peraturan dan Penyelidikan

• Program E-Pembelajaran

• Kursus ISO

• Program Skim Latihan Akademik Bumiputra (SLAB)

Sistem Pengurusan Latihan (eSPEL) yang diselengarakan oleh Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia, Unit Latihan dan Cuti Belajar, dan Pusat Pembangunan Akademik yang boleh capai melalui

Permohonan dan Pendaftaran menghadiri kursus dan bengkel berkaitan pengajaran dan pembelajaran di peringkat Fakulti yang diselaraskan oleh Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi yang boleh capai melalui e-mohon persidangan di atas talian

Sistem Log Masuk/Keluar yang boleh dicapai melalui bagi pemantauan kedatangan harian staf akademik.

Pembangunan profesional boleh diperoleh melalui kursus jangka pendek dan juga persidangan. Kakitangan akademik boleh membuat perancangan bagi pembangunan profesional mereka sendiri melalui perbincangan dengan Ketua Program Pengajian dan Pengerusi Pusat Pengajian. Bagi staf yang dilantik pada gred DS45, mereka dikehendaki untuk mengikuti pengajian pada peringkat Ph.D dengan pembiayaan daripada pihak kerajaan sama ada melalui skim SLAB atau SLAI.

Staf akademik yang telah lulus program Ph.D boleh memohon untuk mengikut program cuti sabatikal. Cuti sabatikal (selama 9 bulan) boleh diikuti oleh staf akademik selepas berkhidmat selama 5 tahun dengan UKM.

Penilaian staf akademik

Berasaskan Sistem Penilaian Prestasi Universiti (SPPU) oleh Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar UKM yang boleh dicapai melalui .

Pelajar juga membuat penilai terhadap pengajar/pesyarah mereka melalui Sisem Penilaian Pengajaran Kursus (SPPK) yang boleh dicapai oleh pelajar melalui

5.2.2 Standard Diperkukuh

i. PPT patut menggalakkan penglibatan dalam komuniti profesional, akademik dan penyelidikan di peringkat nasional dan antarabangsa.

FSSK memang menggalakkan pensyarah mengambil bahagian dalam komuniti dan kegiatan profesional, akademik dan penyelidikan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Ahli akademik digalakkan membentangkan dapatan kajian mereka di persidangan dalam dan luar negara, dan menjalin hubungan dengan rakan penyelidik dalam bidang pengkhususan dari institusi lain. Fakulti menyokong aktiviti ini dengan memperuntukan dana untuk menghadiri persidangan. PPMK juga aktif menganjurkan persidangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Penulis individu turut menyumbang kepada jumlah penerbitan pusat melalui penerbitan jurnal, bab dalam buku dan prosiding. Ahli pusat juga menerbitkan penulisan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Untuk melihat senarai penerbitan ahli akademik program dan pusat, sila rujuk e-Repositori Penerbitan UKM di . Dapatan kajian yang telah diterbitkan dalam bentuk jurnal atau buku menjadi bahan rujukan dan atau pengajaran dalam kursus yang diajar penyelidik.

Kegiatan ini sebahagian dari Key Performance Indicator (KPI) sebagai pensyarah. Kegiatan dinilai setiap tahun melalui SPPU untuk kenaikan gaji tahunan dan diambil kira untuk kenaikan pangkat.

ii. PPT patut mengalakkan aktiviti penyelidikan selepas penyelidikan pascasiswazah yang akan memanfaatkan industri dan komuniti.

Fakulti menggalakkan kakitangan akademik digalakkan mengikuti program sangkutan dan cuti sabatikal sama ada dengan industri atau lain-lain organisasi di dalam atau luar negara. Tidak ketinggalan juga, fakulti turut mengadakan penanda arasan / benchmarking dengan universiti luar negara bagi memastikan penyampaian dan standard program terjamin.

Sebagai tambahan, fakulti juga menyokong kerjasama jangka pendek seperti latihan amali, kerjasama perundingan dan penyelidikan.

Pusat/program juga sentiasa menjalinkan hubungan dengan institusi pendidikan dalam dan luar negara sama ada melalui lawatan akademik atau kerja sama seminar. Beberapa siri lawatan telah dibuat oleh pensyarah dan pelajar program ini (Contohnya, Lawatan Studi Banding ke Universitas Indonesia –Mei 2011) dan beberapa lawatan ke program/ fakulti telah diadakan oleh pensyarah luar negara. Antaranya siri lawatan akademik dan perbincangan yang berlangsung ialah rombongan staf akademik dari Universitas Negeri Jogjakarta ( NIE (22 Februari 2011), dan rombongan pensyarah dan pelajar dari Universiti Brunei Darussalam (UBD) pada 1 Mac 2011.

iii. PPT patut menyediakan sistem mentor demi mempertingkat kualiti penyeliaan.

Program ada menyediakan sistem mentor untuk mempertingkatkan kualiti penyeliaan. Sistem ini dinamakan penyeliaan bersama dimana setiap pensyarah yang baru menyelia akan digandingkan dengan tenaga akademik kanan. Terdapat juga penyeliaan secara jawatankuasa di mana terdapat tiga penyelia (satu penyelia kanan sebagai ketua penyelia dan dua penyelia muda) untuk satu calon.

iv. Program ada menyediakan sistem mentor untuk mempertingkatkan kualiti penyeliaan. Sistem ini dinamakan

Tidak berkaitan

BAHAGIAN 6: SUMBER PENYELIDIKAN

6.1 KEMUDAHAN FIZIKAL

Kemudahan fizikal bagi sesuatu program banyak bergantung kepada keperluan program dan penyelidikan bagi bidang tertentu. Ini termasuk ruang yang bersesuaian, kelengkapan dan kemudahan sokongan bagi pengajaran dan pembelajaran, aktiviti penyelidikan dan pentadbiran.

6.1.1. Standard Ditanda aras

i. Program wajib mempunyai kemudahan fizikal yang mencukupi dan bersesuaian bagi menyokong aktiviti penyelidikan.

Program mempunyai kemudahan ruang fizikal yang pelbagai bagi memenuhi keperluan aktiviti penyelidikan. ini termasuklah;

• Makmal Audio Visual - bertujuan sebagai makmal penyuntingan video dan radio, drama, tutorial dan latihan alatan audio visual.

• Makmal Komputer- dilengkapi 10 buah komputer terkini untuk kemudahan penyelidikan dan pembelajaran pelajar/pensyarah.

• Bilik penyelidikan- untuk kegunaan projek penyelidikan, menempatkan pembantu Penyelidik (RA) dan pemprosesan data.

Secara keseluruhannya, peralatan dan kemudahan ruang bagi memenuhi keperluan aktiviti penyelidikan, pembelajaran dan pengkuliahan adalah memuaskan. Walau bagaimanapun, pengisiannya perlu sentiasa dipertingkat, diperbaik dan diberi perhatian. Keperluan ini ditegaskan kerana penyelidikan, latihan dan pengajaran memerlukan analisis berkomputer dan juga perisian dan komputer terkini. Terdapat juga kekurangan staf sokongan untuk mengelenggara kesemua makmal yang ada di pusat.

ii. Kemudahan fizikal wajib mematuhi undang-undang yang berkaitan, dan peraturan kesihatan dan keselamatan

Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan UKM adalah sentiasa dihayati dari semasa ke semasa. Kemudahan makmal sedia ada adalah mematuhi Prosedur Pengendalian Makmal UKM. Semua kakitangan dan pelajar diwajibkan mematuhi prosedur sedia ada bagi menjamin keselamatan dan kejituan eksperimen yang dijalankan. Peralatan makmal adalah sentiasa diselenggara selaras dengan keperluan yang ditetapkan dan bagi menjamin ketekalan penggunaan peralatan untuk pelajar dan kakitangan.

iii. PPT wajib memperoleh garis panduan mengenai pembiayaan kemudahan fizikal.

Pengagihan sumber kewangan diselaraskan oleh Jabatan Bendahari UKM dengan pemantauan oleh pihak yang berkuasa seperti Lembaga Pengarah Universiti dan Mensyuarat Pengurusan Universiti. Peruntukan belanjawan termasuk belanjawan tahunan oleh Kerajaan untuk pembangunan, pengurusan dan penyelidikan (Geran Universiti Penyelidikan). Peruntukan ini untuk membiayai pembangunan, binaan infrastruktur akademik dan penyelidikan dan operasi program akademik.

Dana operasi Pusat Pengajian diletak dibawah pantauan Pejabat Kedekanan FSSK. Setiap tahun fakulti di beri peruntukan kewangan yang akan diagihkan diantara Pejabat Kedekanan dan enam Pusat Pengajian. Jumlah peruntukan ini berdasarkan perancangan dan perbelanjaan tahun sebelumnya. Peruntukan kewangan yang diterima setiap Pusat Pengajian berdasarkan perancangan kewangan yang disediakan Pengerusi Pusat Pengajian dan dipanjangkan ke Jawatankuasa Pengurusan Fakulti. Peruntukan dari Fakulti adalah mencukupi untuk pembelian dan penyelengaraan alat, dan menjalankan aktiviti berkaitan program akademik dan bukan akademik yang telah dikenalpasti dan dirancang.

iv. PPT wajib memperoleh dasar untuk penggunaan teknologi dan komunikasi maklumat dalam program ini secara berkesan.

Program merujuk kepada dasar e-pembelajaran UKM yang boleh dicapai di berhubung penggunaan ICT dalam pengajaran-pembelajaran. Bagi mempertingkat penyampaian kurikulum melalui penggunaan ICT, Fakulti mengambil langkah penggunaan portal e-pembelajaran SPIN (2008-2011) dan iFolio dari 2011 sehingga kini.

Jaringan maklumat pelajar disediakan melalui kemudahan E-Pelajar yang membolehkan pelajar mendaftar kursus, membuat aduan dan menyemak keputusan. Untuk tujuan e-pembelajaran, sistem portal SPIN disediakan untuk pelajar berhubung dengan pensyarah dan mendapatkan maklumat berkaitan kursus secara atas talian. Pelajar boleh menggunakan komputer di setiap makmal komputer di Fakulti dan Pusat secara percuma. Maklumat mengenai perkhidmatan yang berkaitan teknologi maklumat yang disediakan untuk pelajar boleh dicapai di &Itemid=232.

Bagi kemudahan staf, portal E-Warga menyediakan pelbagai kemudahan seperti sistem pengurusan maklumat, webmail, e-pembelajaran, penilaian, tempahan infrastruktur dan aduan. Disamping itu, laman web universiti, fakulti dan pusat dibangunkan untuk memperagakan program dan aktiviti staf dan pelajar di pesada dunia. Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan berkaitan teknologi maklumat yang disediakan untuk staf akademik boleh di capai di &id=120&Itemid=231.

Bagi penggunaan teknologi maklumat yang lain, kakitangan akademik dan sokongan adalah digalakkan dari semasa ke semasa untuk menghadiri kursus yang dikendalikan oleh Pusat Komputer UKM dan Pusat Perkembangan Akademik (PPA).

v. Perpustakaan atau pusat sumber wajib memperoleh ruang dan bahan rujukan terkini.

Pusat Sumber dan Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL) merupakan sumber utama staf akademik dan pelajar PPMK mencari maklumat. Koleksi PTSL merentas disiplin, bahannya lebih banyak dan terkini. PTSL boleh menyokong keperluan program kerana bahan yang sedia ada adalah mencukupi dan proses perolehan bahan baru oleh pensyarah program melalui sistem iQuest di telah mempermudahkan proses ini. Dari semasa ke semasa pensyarah program juga dipanggil oleh pengurusan PTSL untuk membuat pesanan/pemilihan buku di pesta/pameran buku.

PTSL dan 5 cabang di kampus Bangi, Cheras dan Kuala Lumpur, mempunyai 1.8 juta bahan dalam bentuk buku, ebook, jurnal berjilid, ejournal, tesis, dokumen kerajaan dan media dalam pelbagai format. Di PTSL kampus Bangi terdapat 1.3 juta buku, ebook, jurnal dan ejournal. Dibawah sistem pengkatalogan Library of Congress, kategori P merujuk kepada buku dan jurnal komunikasi dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Di PTSL kampus Bangi terdapat ruang untuk 1,633 pembaca. Sila rujuk untuk mengetahui tahap penggunaan kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan yang disediakan.

PTSL juga ada menyediakan empat modul kursus pencarian maklumat untuk pelajar dan pensyarah yang berlandaskan pelbagai disiplin ilmu yang terdapat di UKM. Sila rujuk untuk melihat kategori modul dan disiplin yang ditawarkan.

vi. Calon wajib diberi akses kepada kemudahan yang berkaitan di dalam dan luar PPT jika perlu.

Buku panduan untuk pelajar menggunakan kemudahan PTSL boleh dicapai di . Pelajar siswazah boleh meminjam maximum 20 buku selama 40 hari. Pelajar juga boleh menggunakan kemudahan inter-library loan untuk mendapatkan bahan dari IPT lain di Malaysia dan Singapura dan dari British Library.

vii. Bagi program kedoktoran industri, kemudahan penyelidikan wajib disediakan.

Tidak berkaitan

viii. Kemudahan fizikal wajib diselenggarakan, ditambah baik, atau digantikan.

Kemudahan fizikal di Pusat Pengajian Media dan Komunikasi diselenggara dan ditambah baik secara berkala. Setiap tahun pusat akan membuat permohonan untuk mendapatkan peruntukan supaya menambahbaikan kemudahan fizikal dan/atau peralatan baru untuk mengganti peralatan yang rosak atau dilupuskan dapat dilakukan. Rancangan penambahbaikan kemudahan pendidikan yang telah dirancang termasuk menaiktaraf kemudahan dan peralatan bilik seminar, penambahan dan menaiktaraf kemudahan dan peralatan makmal tayangan dan makmal multimedia, dan penambahan bilik penyelidikan (GRA) di Pusat Pengajian. Penambahbaikan ini tertakluk kepada sumber kewangan Fakuklti. Sila rujuk 6.1.1.3. untuk pembiayaan penyelengaraan dan penambah baikan kemudahan fizikal. UKM juga telah membangunkan sistem maklumbalas dan aduan eFACT secara online di untuk memudahkan staf dan pelajar membuat aduan kerosakkan kemudahan fizikal, dll.

6.1.2. Standard Diperkukuh

i. Calon patut mempunyai peluang untuk dilatih dalam penggunaan kemudahan penyelidikan yang berkaitan.

Pusat Teknologi Maklumat Perpustakaan dan Pusat Pembangunan Akademik menawarkan kursus-kursus latihan untuk pelajar dan staf berhubung kaedah dan teknologi mendapatkan maklumat yang terkini. Sebagai contoh, pada setiap sesi PTSL memberi taklimat kepada pelajar baru tentang prekhidmatan dan koleksi yang ada dalam perpustakaan semasa Minggu Pelajar Baru; dan menawarkan empat modul kursus pencarian maklumat untuk pelajar dan pensyarah yang berlandaskan pelbagai disiplin ilmu yang terdapat di UKM. Sila rujuk &Itemid=150&lang=en untuk melihat kategori modul dan disiplin yang ditawarkan. Kursus ini boleh diambil beberapa kali selagi mereka pelajar UKM kerana perisian kursus ini akan ditambah baik secara berkala.

ii. Kemudahan fizikal patut termasuk makmal yang diakreditasikan berdasarkan standard nasional dan antarabangsa.

Tidak berkaitan

6.2 KEPAKARAN PENYELIDIK

6.2.1 Standard Ditanda aras

i. PPT wajib memperoleh dasar atau garis panduan mengenai pembangunan dan pengurusan kepakaran penyelidik.

Dasar perkhidmatan dan pembangunan staf UKM boleh dicapai di . Kriteria dan prosedur pengurusan yang digunakan di seluruh UKM bagi perlantikan awal, kenaikan pangkat dan tempoh perkhidmatan adalah dilaksanakan oleh Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UKM. Jadual dan senarai kursus yang dijalankan oleh pihak Pusat Perkembangan Akademik (PPA) boleh dicapai di .

Pembangunan profesional boleh diperoleh melalui cuti belajar, cuti sabatikal, kursus jangka pendek, penyelidikan dan persidangan. UKM menyediakan:

• Kemudahan cuti belajar secara sepenuh atau separuh masa kepada staf akademik yang belum mempunyai Ph.D.

• Pensyarah muda yang baru mendapat Ph.D diberi ruang untuk membuat penyelidikan lanjut seperti Post Doctoral research sama ada di UKM atau institusi lain.

• Mensyaratkan pensyarah mengambil dan lulus kursus Program Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) sebelum pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat.

• Kemudahan cuti sabatikal selama enam atau sembilan bulan boleh dipohon supaya pensyarah dapat memberi tumpuan kepada penyelidikan dan/atau penulisan makalah dan buku.

• UKM melalui Pusat Pengembangan Akademik (PPA) menyediakan banyak kursus yang berkaitan dengan aktiviti pengajaran-pembelajaran, penyelidikan, penerbitan dan sahsiah yang pensyarah mungkin ambil untuk peningkatan mutu kerja dan penambahan ilmu. Setiap pensyarah di wajibkan mengambil 42 jam kursus setahun. Jadual dan senarai kursus yang dijalankan oleh pihak Pusat Perkembangan Akademik boleh dicapai di . Pensyarah boleh membuat permohonan untuk menjalani kursus melalui Portal Sistem Pengurusan Latihan eSPEL di .

6.2.2 Standard Diperkukuh

i. PPT patut menghargai sumbangan kepakaran penyelidik kepada program.

Ahli Fakulti dan ahli PPMK terutamanya merupakan tenaga akademik yang diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa dan telah banyak menabur bakti untuk negara. Pengiktirafan ahli Pusat boleh diteliti dalam dokumen yang boleh dicapai di .

6.3 PERUNTUKAN KEWANGAN

6.3.1 Standard Ditanda aras

i. PPT wajib mempunyai tanggungjawab dan autoriti yang jelas dalam menyediakan belanjawan dan pengagihan sumber dengan mengambil kira keperluan tertentu program.

Pengagihan sumber kewangan diselaraskan oleh Jabatan Bendahari UKM dengan pemantauan oleh pihak yang berkuasa seperti Lembaga Pengarah Universiti dan Mesyuarat Pengurusan Universiti. Peruntukan belanjawan termasuk belanjawan tahunan oleh Kerajaan untuk pembangunan, pengurusan dan penyelidikan (Geran universiti Penyelidikan). Peruntukan itu untuk membiayai pembangunan, binaan infrastruktur akademik dan penyelidikan dan operasi program akademik. Pengagihan peruntukan biasanya diasaskan kepada saiz fakulti, bilangan pelahjar dan jenis program akademik yang dikendalikan (Profesional atau non-profesional) serta penggunaan belanjawan tahun sebelum.

ii. PPT wajib mempunyai tatacara belanjawan dan perolehan yang memastikan sumbernya mencukupi dan berupaya mengendalikan kewangan dengan cekap.

Pengagihan peruntukan biasanya diasaskan kepada saiz fakulti, bilangan staf dan pelajar dan jenis program akademik yang dikendalikan (profesional atau bukan profesional); serta penggunaan belanjawan tahun sebelum. Peruntukan kewangan untuk program diletakkan bawah pengurusan fakulti. Program boleh memohon untuk mengguna dana untuk aktiviti berkaitan pengajaran-pembelajaran yang di senaraikan dalam proforma kursus. Aktiviti-aktiviti yang dimaksudkan termasuk lawatan luar kampus untuk menonton persembahan teater, menghadiri seminar dll. Dana sedia ada mencukupi untuk mencapai tujuannya.

iii. Pengagihan kewangan wajib memadai bagi menyokong program.

Pengagihan kewangan adalah memadai bagi menyokong program disebabkan adanya tatacara belanjawan dan perolehan yang jelas (rujuk 6.3.1.2); dan PPT mempunyai tanggungjawab dan autoriti yang jelas dalam menyediakan belanjawan dan pengagihan sumber dengan mengambil kira keperluan tertentu program (rujuk 6.3.1.1).

iv. PPT wajib memperoleh sistem bagi pengagihan dana penyelidikan bagi menyokong program.

UKM menyediakan Geran Penyelidikan Tindakan/Strategik kepada ahli akademik bagi tujuan menjalankan penyelidikan yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Hasil penyelidikan ini boleh memperbaiki cara UKM menangani isu atau menyesaikan masalah yang dihadapinya dalam operasinya, seperti memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran, selain memperbaiki strategi amalan atau kefahaman berkenaan dengan persekitaran ekosistem ilmu UKM dan menghasilkan tindakan, proses atau prosedur baru untuk kepentingan strategik UKM. Dasar Pengajaran dan Pembelajaran UKM menekankan aspek interaksi menyeluruh dalam penagajran dan pembelajaran menerusi semua kaedah yang ada termasuk penyelidikan.

Aktiviti penyelidikan ahli akademik UKM umumnya dan PPMK khususnya adalah berlandaskan kepada bidang kepakaran ahli akademik masing-masing. Bidang kepakaran ini amat berkaitan dengan kursus-kursus yang diajar di dalam Program. Hasil penyelidikan yang dijalankan telah dimanafaatkan dengan baik dalam proses pendidikan pelajar yang digunakan sebagai contoh-contoh perkembangan ilmu terkini. Penyelidikan yang dilakukan oleh pensyarah sewaktu cuti sabatikal juga dimanfaatkan dengan baik dari aspek perkembangan ilmu-ilmu baru dan teknologi semasa. Bagi memantapkan proses pembelajaran dan pengajaran, hasil penyelidikan telah digunakan dalam pengajaran. Liputan kuliah merangkumi isu-isu semasa dan penemuan penyelidikan yang terkini.

6.3.2 Standard Diperkukuh

i. Mereka yang bertanggungjawab terhadap sesuatu program patut diberi autonomi secukupnya untuk mengagih sumber sewajarnya demi mencapai matlamat program dan mengekalkan standard penyelidikan yang tinggi.

Dekan dengan dibantu Ahli Pengurusan Fakulti diberi kuasa untuk menguruskan Belanjawan Mengurus dan Tabung Ko-kurikulum Fakulti. Selain daripada itu, peruntukan belanjawan mengurus Fakulti juga telah diagihkan kepada Pusat Pengajian supaya memberi peluang kepada Pusat Pengajian mentadbir sendiri peruntukan yang telah diagihkan. Pengurusan pusat pengajian (pengerusi dan ketua-ketua program) bertanggung jawab dan mempunyai autonomi dalam mengurus dana yang diagihkan oleh universiti dan fakulti setiap tahun. Pengerusi Pusat Pengajian dan ketua Program boleh memohon peruntukan tambahan sekiranya wujud keperluan dalam mencapai objektif program.

Ketua-ketua program bekerjasama bersama pengerusi pusat dalam memohon dan memperoleh bantuan kewangan dari fakulti untuk tujuan yang dikenalpasti misalnya, peningkatan atau penambahbaikan kemudahan program, aktiviti-aktiviti program masing-masing, dan sebagainya.

6.4 SUMBER ATAS TALIAN

6.4.1 Standard Ditanda aras

i. Sumber atas talian wajib diperuntukkan untuk menyokong aktiviti penyelidikan.

Program merujuk kepada Dasar dan Peraturan ICT UKM yang boleh dicapai di . Sebagai Universiti Penyelidikan, UKM melalui Pusat Teknologi Maklumat () telah juga menyediakan pelbagai kemudahan ICT dari segi infrastruktur seperti makmal komputer dan penyediaan server supaya fakulti, pusat pengajian, pensyarah dan pelajar mendapat manfaat. Sistem maklumat yang bersepadu telah dilaksanakan di UKM untuk pelajar, tenaga akademik dan pentadbiran universiti.

Penggunaan ICT di UKM, fakulti dan pusat pengajian adalah meluas dengan kemudahan berikut disediakan untuk kegunaan warga UKM:

• internet jalur lebar

• akses internet melalui wifi

• perkhidmatan e-mel

• portal pembelajaran iFolio: aplikasi pembelajaran maya berasaskan web untuk proses pengajaran dan pembelajaran Sistem e-pembelajaran boleh dicapai melalui laman web

• server kapasiti tinggi yang menjadi hos untuk pelbagai laman web UKM, on-line journal, portal seperti e-pelajar, dan penyelidikan

• pengkalan data atas talian di PTSL

ii. Calon wajib diberi akses dan dilatih dalam penggunaan sumber atas talian.

Calon boleh mengakses sumber atas talian dari komputer, komputer riba dan telefon pintar menggunakan rangkaian intranet/internet jalur lebar dan WiFi dalam lingkungan UKM kampus Bangi. Sila rujuk 6.1.2.1 untuk latihan penggunaan sumber atas talian.

iii. PPT wajib menyediakan mekanisme bagi perolehan, penyebaran dan pemantauan penggunaan sumber atas talian.

PTSL di pertanggungjawab untuk memperoleh, menyebar maklumat dan pemantauan penggunaan sumber stas talian. Sila rujuk PERPUSTAKAAN%202012.pdf. Perolehan bahan selalunya menerusi cadangan dari tenaga pengajar, penyelia dan kumpulan penyelidikan.

6.4.2 Standard Diperkukuh

i. PPT patut memudahkan kolaborasi bagi menggalakkan perkongsian ilmu sesama calon nasional dan / atau antarabangsa.

Perkongsian ilmu sesama calon nasional dan / atau antarabangsa berlaku semasa pembentangan proposal penyelidikan Sarjana/Doktoral dan persidangan/seminar/bengkel yang sering dianjurkan oleh pihak fakulti atau pusat dari semasa ke semasa.

6.5 RANGKAIAN DAN KERJASAMA

6.5.1 Standard Ditanda aras

i. PPT mesti membantu rangkaian dan kerjasama antara di kalangan penyelidik dan institusi pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

FSSK memang menggalakkan pensyarah mengambil bahagian dalam kegiatan profesional dan akademik di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Ahli akademik digalakkan membentangkan dapatan kajian mereka di persidangan dalam dan luar negara, dan menjalin hubungan dengan rakan penyelidik dalam bidang pengkhususan dari institusi lain. Fakulti menyokong aktiviti ini dengan memperuntukan dana untuk menghadiri persidangan. PPMK juga aktif menganjurkan persidangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Penulis individu turut menyumbang kepada jumlah penerbitan pusat melalui penerbitan jurnal, bab dalam buku dan prosiding. Ahli pusat juga menerbitkan penulisan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Untuk melihat senarai penerbitan ahli akademik program dan pusat, sila rujuk e-Repositori Penerbitan UKM di . Dapatan kajian yang telah diterbitkan dalam bentuk jurnal atau buku menjadi bahan rujukan dan atau pengajaran dalam kursus yang diajar penyelidik. Kegiatan ini sebahagian dari Key Performance Indicator (KPI) sebagai pensyarah. Kegiatan di nilai setiap tahun melalui SPPU untuk kenaikan gaji tahunan dan diambil kira untuk kenaikan pangkat.

Kegiatan ini sebahagian dari Key Performance Indicator (KPI) sebagai pensyarah. Kegiatan di nilai setiap tahun melalui SPPU untuk kenaikan gaji tahunan dan diambil kira untuk kenaikan pangkat.

6.5.2 Standard Diperkukuh

i. PPT perlu mempunyai dasar dan rancangan masa depan untuk rangkaian dan kerjasama dengan institusi kebangsaan dan antarabangsa.

UKM telah memeterai MOI dan MOU dengan beberapa agensi kerajaan Malaysia, universiti tempatan dan luar negara.

ii. PPT perlu menyediakan kemudahan yang sesuai dan peruntukan kewangan yang mencukupi untuk rangkaian dan kerjasama di kalangan penyelidik.

Pengagihan sumber kewangan diselaraskan oleh Jabatan Bendahari UKM dengan pemantauan oleh pihak yang berkuasa seperti Lembaga Pengarah Universiti dan Mesyuarat Pengurusan Universiti. Peruntukan belanjawan termasuk belanjawan tahunan oleh Kerajaan untuk pembangunan, pengurusan dan penyelidikan (Geran universiti Penyelidikan). Peruntukan itu untuk membiayai pembangunan, binaan infrastruktur akademik dan penyelidikan dan operasi program akademik.

Pengagihan peruntukan biasanya diasaskan kepada saiz fakulti, bilangan pelahjar dan jenis program akademik yang dikendalikan (profesional atau non-profesional) serta penggunaan belanjawan tahun sebelum.

BAHAGIAN 7: PEMANTAUAN DAN SEMAKAN PROGRAM

PPT menggalas tanggungjawab untuk memastikan kualiti dan standard program penyelidikan terus dikekalkan dan tertakluk kepada pemantauan, penilaian dan semakan.

Pemantauan program penyelidikan menyediakan mekanisme untuk menambahbaik sistem penyampaian program bagi memenuhi matlamat dan objektif program dan kejayaan calon dalam menamatkan ijazah.

Mengenalpasti isu dan perkara utama yang berkaitan dengan program dan mengambil tindakan pemulihan yang sewajarnya adalah penting.

STANDARD BAGI BAHAGIAN 7

7.1 Pemantauan dan Semakan

7.1.1 Standard Ditanda aras

i. Setiap program PPT wajib dipantau oleh jabatan, sebagaimana yang diluluskan oleh Senat.

Program Sarjana Falsafah di Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (PPMK) sentiasa di pantau oleh pihak fakulti. Usaha penambahbaikan kualiti secara berterusan di fakulti dilakukan oleh Jawatankuasa Jaminan Kualiti FSSK (Rajah 7.1).

a. Dekan FSSK menjadi pengerusi Jawatankuasa Jaminan Kualiti FSSK.

b. Ketua Pengurus Kualiti FSSK bertindak sebagai pengawal selia operasi jaminan kualiti fakulti yang menggerak dan merancang aktiviti jaminan kualiti fakulti secara keseluruhan.

c. Penyelaras Kualiti di peringkat Pusat Pengajian berperanan memantau perjalanan aktiviti jaminan kualiti di peringkat Pusat Pengajian masing-masing, termasuk menerima arahan daripada Ketua Pengurus Kualiti FSSK dan mengemukakan laporan proses dan aktiviti jaminan kualiti yang dijalankan di peringkat Pusat Pengajian kepada Ketua Pengurus Kualiti FSSK.

d. Enam Pengerusi Pusat Pengajian bertanggungjawab memastikan semua kakitangan di bawahnya melaksanakan proses jaminan kualiti yang telah ditetapkan selaras dengan misi dan visi pusat pengajian masing-masing serta menyokong pelaksanaan usaha Ketua Pengurus Kualiti FSSK.

e. Tiga Timbalan Dekan, iaitu Timbalan Dekan Prasiswazah, Timbalan Dekan Hal-Ehwal Penyelidikan dan Inovasi dan Timbalan Dekan Siswazah dan Antarabangsa bertanggungjawab memastikan kesemua proses jaminan kualiti bahagian masing- masing dipatuhi.

f. Di peringkat Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, proses penambahbaikan kualiti berterusan diketuai oleh Pengerusi Pusat Pengajian.

g. Tiga orang Ketua Program di bawahnya bertanggungjawab memastikan pelaksanaan penambahbaikan kualiti secara berterusan dilakukan oleh kakitangan di peringkat program.

h. Penyelaras Kualiti Pusat Pengajian memainkan peranan memantau dan mengawal selia perjalanan proses penambahbaikan kualiti berjalan dengan baik dan menepati piawaian yang ditetapkan.

Rajah 7.1: Jawatankuasa Jaminan Kualiti Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK)

ii. PPT wajib mempunyai mekanisme untuk mengurus dan menyelaras program bagi memenuhi semua keperluan, terutamanya yang berkaitan dengan jaminan kualiti. Jabatan pula wajib memantau perjalanan program dengan mengambil kira kepentingan pihak berkepentingan.

Pemantauan program dan penyemakan kurikulum bagi program siswazah dilakukan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Tindakan ini memastikan program yang ditawarkan memenuhi kualiti dan piawaian yang tinggi.

Untuk memastikan bahawa setiap pelajar yang mengikuti kursus-kursus program telah memperoleh pengetahuan, kemahiran dan sikap seperti yang dinyatakan dalam objektif program dan hasil pembelajaran, proses penilaian pencapaian pelajar dinilai sepanjang kursus melalui tutorial, pembentangan kertas cadangan penyelidikan dan hasil penyelidikan. Pengawasan kurikulum dilakukan oleh Fakulti melalui mekanisme dan jawatankuasa berikut:

a. Mesyuarat Fakulti

b. Mesyuarat ketua-ketua bahagian

c. Mesyuarat pusat pengajian

d. Jawatankuasa siswazah

e. Jawatankuasa pemeriksa dalam

f. Kumpulan bidang tujahan/kursus

g. Bengkel pemantapan program

h. Bengkel tesis sarjana

Selain itu, Pusat Pengajian juga mempunyai seorang Ketua Jaminan Kualiti. Beliau juga menjadi ahli jawatankuasa kualiti di peringkat fakulti. Beliau ditugaskan menyemak secara berterusan hal-hal yang berkaitan dengan kualiti dan bertindak di peringkat Pusat Pengajian dengan kerjasama Ketua-ketua Program.

Antara bidang kuasa dan peranan Jawatankuasa Kualiti di peringkat Pusat Pengajian dan Program adalah:

• Memastikan sistem pengurusan kualiti ISO di peringkat Pusat/Program diurus dan dilaksanakan mengikut keperluan standard.

• Membantu Pusat/Program melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) dan Pendidikan Berasaskan Hasil (PBH)

• Merancang program dan kegiatan kualiti Pusat/Program termasuk Pasukan Penambahbaikan Kualiti (PKK), Kumpulan Inovasi dan Kreativiti (KIK), Ukurtara (benchmarking) dan lain-lain yang berkaitan.

• Menyediakan laporan program/aktiviti serta pencapaian kualiti Pusat/Program kepada jawatankuasa kualiti universiti.

• Menjadi penghubung antara Pusat/Program dengan agensi dalam dan luar berkaitan kualiti.

• Memastikan dokumen berkaitan kualiti disedia, dikemaskini dan diselenggara.

• Membantu, menyelaras dan mencadangkan calon anugerah kualiti di peringkat Pusat/Program.

• Membantu melaksana dan menyelaras program/aktiviti penambahbaikan kualiti dan lain-lain aktiviti yang berkaitan.

Berikut adalah senarai nama ahli jawatankuasa kualiti dan ISO di peringkat pusat pengajian yang berperanan membantu dalam kerja-kerja penambahbaikan kualiti sepertimana yang dihuraikan di atas:

Ketua Kualiti Pusat Pengajian: Encik Badrul Redzuan Abu Hassan

Jawatankuasa:

Pengerusi Pusat

Ketua Program Komunikasi Media

Ketua Program Komunikasi dan Pengurusan Maklumat

Ketua Program Dasar Awam

iii. Bagi pemantauan dan penilaian, data berikut wajib dianalisis untuk meningkatkan kualiti program:

1) Prestasi calon

Prestasi pelajar dibuat berdasarkan peperiksaan dan penilaian berterusan pasa setiap semester

2) Pencapaian objektif program

Pemantauan dan penilaian objektif program dibuat berdasarkan peperiksaan dan penilaian berterusan pasa setiap semester

3) Maklum balas daripada calon

Maklumbalas daripada pelajar diperolehi melalui temubual yang diadakan di peringkat Pusat dan Fakulti.

iv. PPT wajib memantau prestasi keseluruhan program secara berterusan. Contohnya, kadar penamatan dan nisbah calon yang bergraduat pada masanya.

Unjuran pengambilan pelajar, tamat pengajian dan dianugerahkan ijazah, dan gagal dan diberhentikan adalah ditunjukkan dalam Jadual 7.1.

Jadual 7.1: Unjuran pengambilan, tamat pengajian dan gagal dan diberhentikan bagi pelajar bagi Program Sarjana Falsafah Komunikasi.

|IJAZAH |TAHUN |

| |2010 |2011 |2012 |

| |Pengam- |

| |bilan |

|Bakal majikan graduan |Kajian pasaran |

|Rakan industri |Mencadangkan alatan terkini yang boleh digunakan |

|Kakitangan akademik |Secara langsung |

|Kementerian Pendidikan Tinggi |Kawalan kualiti, laporan kepada Kementeriaan |

|Penaja pelajar |Soal selidik |

|Pelajar |Soal selidik, komen lisan |

|Institusi penyelidikan |Penyelidikan dan perundingan |

|Masyarakat umum |Soal selidik |

|Pentadbir UKM |Secara langsung kepada Pusat Pembangunan Akademik |

Pandangan pihak berkepentingan dipertimbangkan melalui beberapa cara. Antaranya, segala maklumat, komen dan pandangan pihak berkepentingan yang releven untuk keperluan semakan dan penambahbaikan program akan:

• dibawa kepada mesyuarat program dan Pusat Pengajian untuk semakan dan penambahbaikan program. Proses sepenuhnya penilaian, semakan dan penambahbaikan program yang melibatkan pihak berkepentingan adalah sebagaimana Rajah 7.1, 7.2 dan 7.3.

• maklumat tersebut akan dibincang dalam bengkel semakan dan penambahbaikan program pengajian. Rujuk dokumen bengkel yang berkenaan.

9.1.2 Standard Diperkukuh

i. PPT perlu mempunyai unit kualiti yang memudahkan pematuhan dasar, proses dan prosedur yang ditetapkan.

Pada peringkat fakulti terdapat Unit Jaminan Kualiti yang di terajui oleh seorang Ketua Unit Jaminan Kualiti. Manakala di peringkat Pusat Pengajian terdapat seorang Ketua Jaminan Kualiti yang akan memastikan semua kakitangan mematuhi dasar, proses dan prosedur yang ditetapkan.

ii. PPT perlu mempunyai sistem ganjaran dan pengiktirafan bagi menggalakkan budaya kualiti.

Bagi menggalakkan budaya kualiti, pihak Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan mempunyai sistem ganjaran dan pengiktirafan kualiti. Kecemerlangan kakitangan akan dinilai dan akan diberikan ganjaran melalui Anugerah Kualiti dan Inovasi pada setiap hujung tahun.

iii. PPT perlu mempunyai ulasan berkala untuk penambahbaikan kualiti program secara berterusan.

Pada setiap lima tahun sekali penilaian program akan dilakukan oleh penilai luar yang dilantik oleh fakulti. Laporan yang diberikan menjadi panduan kepada program untuk membuat penambahbaikan kualiti program secara berterusan.

-----------------------

TIM. DEKAN (HAL-EHWAL SISWAZAH & ANTARABANGSA)

DEKAN

TIM. DEKAN (PRASISWAZAH)

TIM. DEKAN (PENYELIDIKAN)

KETUA JAMINAN KUALITI

PENGERUSI

PPPPM

KETUA PK E-KOM

KETUA PK EOC

KETUA PK GENDER

Pegawai Penyelidik Sosial

PENGERUSI

PPBKKM

PENGERUSI

PPMK

PENGERUSI

PPSPS

PENGERUSI

PPSPP

PENGERUSI

PPBL

PENOLONG PENDAFTAR KANAN (PRASISWAZAH)

PENOLONG PENDAFTAR KANAN (HAL-EHWAL SISWAZAH & ANTARABANGSA)

KETUA PENOLONG PENDAFTAR KANAN

Penyelaras Kualiti

PPPPM

Penyelaras Kualiti

PPBL

Penyelaras Kualiti

PPBKKM

Penyelaras Kualiti

PPMK

Penyelaras Kualiti

PPSPS

Penyelaras Kualiti

PPSPP

OBJEKTIF PROGRAM PENDIDIKAN

VISI UKM

MISI UKM

VISI FAKULTI

MISI FAKULTI

VISI PUSAT

PEO 1

PEO 2

PEO 3

PEO 4

PEO 5

DEKAN

KETUA PENOLONG PENDAFTAR KANAN

TIM. DEKAN (PRASISWAZAH)

TIM. DEKAN (PENYELIDIKAN)

TIM. DEKAN (HAL-EHWAL SISWAZAH & ANTARABANGSA)

KETUA JAMINAN KUALITI

Pegawai Penyelidik Sosial

PENOLONG PENDAFTAR KANAN (HAL-EHWAL SISWAZAH & ANTARABANGSA)

PENOLONG PENDAFTAR KANAN (PRASISWAZAH)

Penyelaras Kualiti

PPSPS

Penyelaras Kualiti

PPSPP

Penyelaras Kualiti

PPPPM

PENGERUSI

PPPPM

PENGERUSI

PPBL

PENGERUSI

PPSPP

PENGERUSI

PPSPS

PENGERUSI

PPMK

Penyelaras Kualiti

PPMK

Penyelaras Kualiti

PPBL

Penyelaras Kualiti

PPBKKM

KETUA PK EOC

KETUA PK GENDER

KETUA PK E-KOM

PENGERUSI

PPBKKM

Pihak Berkepentingan

KOMEN

Alumni & Pelajar

Majikan & Industri

Badan profesional

Kerajaan & Masyarakat

Mesyuarat Pusat Pengajian

Mesyuarat JawatankuasaProgram

Mesyuarat J/K tahap Fakulti (JPPA)

Mesyuarat Fakulti

Senat Universiti

Pelaksanaan

Tolak

Lulus

Lulus

Lulus

Lulus

Tolak

Tolak

Tolak

Lulus

Mesyuarat J/K tahap Universiti (JPPA)

Lulus

Pelaksanaan (perubahan kurang 30%)

Perjumpaan Kelompok Sub-Bidang

Perubahan dan perkembangan berkaitan kelompok sub-bidang

Mesyuarat J/K Kelompok Sub-Bidang

Mesyuarat Pusat Pengajian

Pelaksanaan di Pusat Pengajian

Tolak

Input diambilkira

Lulus

Lulus

Lulus

Tolak

Tolak

Pengerusi pusat

(pentadbiran pusat pengajian (kewangan, sumber manusia dan hal-hal pentadbiran pusat pengajian)

[pic]

Ketua Program

[pic]

Pensyarah Program

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download