22 MEI 2017 / 1438 25 JABATAN PENERANGAN EDISI ISNIN / PERCUMA Berkenan ...

''SIFAT-SIFAT masyarakat yang baik ialah seperti jujur, sabar, amanah dan baik hati. Daripada sifat-sifat inilah

akan membuahkan suasana dan keadaan yang disenangi, iaitu kehidupan bersatu padu dan harmoni.'' - Titah Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-32,

Tahun 2016.

''YA Allah Tuhan kami! turunkanlah kepada kami suatu hidangan dari langit yang pada hari turunnya akan menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi orang-orang

yang ada bersama dan yang akan datang kemudian dan menjadi

tanda kekuasaan-Mu. Dan kurniakanlah rezeki kepada

kami, kerana Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Maa'idah,

ayat 114).

TAHUN 62 / BILANGAN 61

4.33

4.43

6.06

22 MEI 2017 / 1438

6.30

12.18

3.41

6.28

7.42

25

JABATAN PENERANGAN EDISI ISNIN / PERCUMA

Berkenan menghantar perutusan tahniah

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 22 Mei. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Hassan Rouhani berikutan dengan pelantikannya semula sebagai Presiden Republik Islam Iran.

Dalam perutusan kepada TYT Hassan Rouhani, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berharap TYT akan beroleh kejayaan dalam penggalnya yang baharu dan seterusnya akan dapat bekerja bersama dengan TYT dalam mengukuhkan lagi persahabatan dan kerjasama di antara kedua-dua buah negara baik dalam bidang dua hala mahupun sebagai rakan kongsi antarabangsa.

Pada mengakhiri perutusan tersebut, Kebawah DYMM menyampaikan salam sejahtera kepada TYT Hassan Rouhani dan juga bagi kemajuan dan kesejahteraanberterusan rakyat Republik Islam Iran.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Hassan Rouhani berikutan dengan pelantikannya semula sebagai Presiden Republik Islam Iran.

Warga Perkhidmatan Awam perlu lebih pro-aktif

Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Muhammad Asri Haji Abas

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 20 Mei. - Warga Perkhidmatan Awam

perlu mempertingkatkan lagi mutu pemberian perkhidmatan pelanggan yang

sedia ada bukan sahaja di kaunter-kaunter perkhidmatan

malah di semua sudut yang terlibat dengan pemberian perkhidmatan

kepada orang ramai mahupun pelanggan.

Ini termasuk tempoh masa bertindak atau response time

pemberian perkhidmatan dengan mempercepatkan proses-proses kerja dan

mengurangkan birokrasi / red-tape.

Melalui usaha berterusan, diharapkan pemberian perkhidmatan bukan

sahaja akan menepati, bahkan akan mengatasi ekspektasi orang ramai

khususnya, Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR).

Pemangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Mulia Dato

Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud

menekankan perkara tersebut semasa Majlis Pelancaran Program

berorientasikan pelanggan yang bertajuk Program "Perkhidmatan

Mesra Pelanggan" (2PMP) yang berlangsung di Dewan Teater, Aras 1,

JPM.

Ke muka 11

Qari, qariah negara

harumkan nama negara

BERAKAS, Ahad, 21 Mei. - Peserta qari dan qariah negara, iaitu Ak. Muhd. Adibul Amin bin Pg. Haji Marjuki dan Dayang Hajah Siti Noor Dzuhairah binti Haji Awang Damit telah mengharumkan nama negara setelah masing-masing menjadi Naib Johan Qari dan Qariah pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-59 di Kuala Lumpur, Malaysia yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam.

Kepulangan peserta qari dan qariah diiringi oleh Pegawai Pelajaran Ugama Kanan, Bahagian Kemajuan Syi'ar Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Haji Idris bin Haji Aji selaku ketua rombongan berkenaan dan Dato Paduka Awang Haji Mohd. Yusop bin Bakar, selaku jurulatih.

Hadir bagi mengalu-alukan kepulangan rombongan berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; dan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman.

Berita dan Foto oleh Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

Juga hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji

Harun bin Haji Junid dan Awang Roslan bin Haji Taja'ah serta pegawai-pegawai kanan daripada KHEU.

Ke muka 3

Muka 3

Kebawah DYMM selamat berangkat tiba di Riyadh, Arab Saudi

EE--mmeell:: ppeelliittaa..bbrruunneeii@@iinnffoorrmmaattiioonn..ggoovv..bbnn HHootltilninee:: 22338822889911 // 22338833440000 SSmmbb.::221177 FFaakkssiimmiillee:: 22338811000044 Layari Laman Web::www.ppeelliittaabbrruunneeii..ggoovv..bbnn

2

HASRAT NEGARA

HARI ISNIN 22 MEI 2017

Laksana pengagihan buah kurma kurnia penuh tanggungjawab dan amanah

Bismillaahir Rahmaanir Raheem Assalamu 'Alaikum Warahmatullaahi

Wabarakaatuh

A LHAMDULILLAHI

Rabbil

Aalamiin, segala puji-pujian ke hadrat

Allah Subhanahu Wata'ala yang

Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

dan selawat serta salam ke atas Junjungan

Besar kita, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi

Wasallam, kaum kerabat dan sahabat-sahabat

serta pengikut-pengikut Baginda yang taat

setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Saya amat bersyukur kerana pada hari ini,

Allah Subhanahu Wata'ala telah mengizinkan

kita berkumpul sekali lagi di Majlis Pelancaran

Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Paduka

Ayahanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal

Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan

Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

sempena Bulan Ramadan 1438 Hijrah.

Sesungguhnya, pengurniaan buah kurma

untuk juadah puasa ini adalah merupakan

salah satu nikmat anugerah yang berterusan

daripada Allah Subhanhu Wata'ala yang perlu

kita syukuri.

Kita sekarang sudah pun berada di bulan

Syaaban. InsyaaAllah, dalam beberapa hari

saja lagi, kita akan berada di bulan Ramadan

yang Mubarak. Seperti yang kita sedia

maklum, bulan Ramadan adalah bulan ibadah,

bulan di mana kita digalakkan untuk berbuat

kebajikan bagi meraih rahmat yang berlipat

ganda dari Allah Subhanahu Wata'ala.

Pada bulan inilah Allah Subhanahu

Wata'ala melipatgandakan pahala dan memberi

keampunan dosa kepada hamba-hamba-Nya

yang memanfaatkan pengisian bulan Ramadan

dengan amalan-amalan yang berkebajikan

seperti Solat Tarawih, Qiamullail, bersedekah,

membaca Al-Quran, berzikir, beriktikaf di

masjid, berdoa, beristighfar dan berbuat baik

kepada sesama manusia.

Salah satu perkara yang membawa seorang

Muslim ke arah kehidupan yang sempurna dan

bahagia ialah memiliki sifat amanah. Amanah

merupakan sifat yang mulia dan terpuji

di sisi Allah Subhanahu Wata'ala dan ia juga

adalah merupakan ciri-ciri Muslim sejati.

Sifat amanah ini seringkali dikaitkan dengan

pemimpin, ini kerana seorang pemimpin

mempunyai tanggungjawab yang besar dalam

memimpin sesebuah organisasi malah

lebih dari itu sesebuah negara ke mercu

kegemilangannya. Tanpa adanya sifat amanah

ini, setentunya gejala-gejala buruk seperti

rasuah, menyalahgunakan kuasa, tidak

menghormati masa bekerja dan lari daripada

tanggungjawab akan berleluasa dan setentunya

boleh membantut segala usaha-usaha

pembaikan yang telah dilaksanakan.

Oleh itu, marilah kita meningkatkan

azam untuk terus memupuk sifat amanah

dalam diri kita, semoga apa jua yang

kita kerjakan mendapat keberkatan dari Allah

Subhanahu Wata'ala.

Menyentuh mengenai pembahagian kurma

kurnia peribadi Paduka Ayahanada, para

Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung

SABDA Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada Majlis Pelancaran Pengagihan Buah Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersempena dengan Bulan Ramadan 1438H / 2017M, di Dewan Banquet, Jabatan Perdana Menteri, Jalan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam pada hari Khamis, 21 Syaaban 1438H, 18 Mei 2017.

selaku pemimpin akar umbi yang terlibat secara langsung dalam pengagihan buah-buah kurma berkenaan, hendaklah memiliki sifat kepimpinan yang jitu pada memastikan pengagihan buah-buah kurma kurnia peribadi Paduka Ayahanda dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

Ini kerana telah sampai ke pengetahuan saya, masih juga ada orang awam di negara ini yang tidak menerima kurma kurnia berkenaan. Apa yang lebih mendukacitakan, walaupun pihak Yayasan telah menyediakan borangborang serah terima yang perlu ditandatangani oleh pihak yang menyerahkan dan yang menerima, masih terdapat segelintir PenghuluPenghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung yang tidak melaksanakan pengagihan tersebut dengan baik dan sempurna sepertimana yang diamanahkan.

Kepincangan yang berlaku menggambarkan adanya sebahagian pemimpin akar umbi yang kurang menepati ciri-ciri dan sifat-sifat yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin, iaitu sifat jujur dan amanah.

Oleh itu, saya berharap pihak pengurusan Yayasan termasuk Pegawai-Pegawai Daerah akan dapat memantau pelaksanaan dengan lebih teliti bagi memastikan perkara tersebut

tidak akan berlaku lagi pada tahun ini, demi memastikan umat Islam di negara ini tidak terkecuali dari menerima kurma kurnia peribadi Paduka Ayahanda itu.

Buat mengakhirinya, saya sukacita merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Pegawai-Pegawai Daerah, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Radio dan Televisyen Brunei, Jabatan Penerangan, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Pelabuhan-Pelabuhan dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta semua yang terlibat dalam mengendalikan pengagihan kurma kurnia ini. Semoga Allah Subhanahu Wata'ala akan mengurniakan ganjaran yang setimpal mengenainya.

Marilah kita sama-sama berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala, semoga Paduka Ayahanda akan sentiasa diberikan kesihatan dan kebahagiaan yang berpanjangan dan terus berada dalam perlindungan dan pemeliharaan Allah Subhanahu Wata'ala jua. Amin.

Sekian, Wabillahit Taufeq Wal-Hidayah, Wassalamu 'Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.

SALAH satu perkara yang membawa seorang Muslim ke arah kehidupan yang sempurna dan bahagia ialah memiliki sifat amanah. Amanah

merupakan sifat yang mulia dan terpuji di sisi Allah Subhanahu Wata'ala dan ia juga

adalah merupakan ciri-ciri Muslim sejati.

22 MEI 2017 BERSAMAAN 1438

25

RUMAH DI SYURGA SEBAGAI GANJARAN MEMBINA MASJID

M asjid adalah rumah Allah, tempat yang paling dicintai dan disukai oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Membina masjid tidak kira apa jua bentuk binaannya sama ada kecil mahupun besar ganjarannya adalah begitu besar. Perbelanjaan untuk membinanya memerlukan perbelanjaan yang besar dan tidak semua orang berkemampuan ke arah itu.

Namun, bagi yang tidak berkemampuan untuk membina sebuah masjid, mereka masih berpeluang meraih kelebihan dan mendapat ganjaran pahala daripadanya dengan tertubuhnya Tabung Dana yang telah dilancarkan pada 4 Jun 2015 lalu atas titah dan wawasan Kebawah DYMM untuk sama-sama bertanam saham di akhirat.

Dengan tertubuhnya Tabung Dana berkenaan, orang ramai berpeluang menyumbang melalui pelbagai cara seperti pemotongan wang melalui arahan tetap kepada bank, sumbangan secara terus kepada akaun tabung dana, menyerahkan sumbangan-sumbangan kepada Jabatan Hal Ehwal Masjid, menderma melalui tabung-tabung dana yang diletakkan di tempat-tempat tertentu seperti masjid-masjid dan bangunan-bangunan dan sebagainya.

Pada 19 Mei lalu terbinalah lagi sebuah masjid baharu yang teletak di Mukim Sengkurong. Masjid yang dikenali sebagai Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampung Kulapis adalah merupakan wakaf daripada sebuah keluarga sebagai tanda kenangan kepada kampung berkenaan dan ia dibina di atas sebidang tanah kerajaan seluas lima ekar. Keberangkatan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan paduka-paduka anakanda baginda serta kerabat diraja yang lain menunaikan Sembahyang Fardu Jumaat Pertama bersama para jemaah di masjid berkenaan setentunya akan menjadi ristaan kenangan buat penduduk di kawasan tersebut dan sekitarnya.

Memetik Khutbah Jumaat Pertama yang telah dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned antara lain menjelaskan kelebihan orang yang membina Rumah Allah (masjid) mempunyai status yang tersendiri serta diberi ganjaran yang hebat dengan menerima habuan rumah di dalam syurga.

Oleh yang demikian, orang ramai khususnya rakyat dan penduduk di negara ini adalah digalakkan untuk sama-sama mengambil peluang dan meraih kesempatan keemasan ini untuk melakukan amal jariah. Semoga amal jariah yang kita lakukan dengan penuh keikhlasan tersebut akan diterima Allah Subhanahu Wata'ala dan mendapat ganjaran yang berlipat ganda sepertimana yang telah dijanjikan-Nya semata-mata untuk agama dan tanda ketaatan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala jua - Ketua Penyuntingan (Nh).

MEI

SYAABAN

22

151

25

4 . 33 4 . 43 6 . 06 6 . 30 12 . 18 3 . 41 6 . 28 7 . 42

23

5-)5)

26

4 . 33 4 . 43 6 . 06 6 . 30 12 . 18 3 . 41 6 . 28 7 . 42

24

4)*7

27

4 . 33 4 . 43 6 . 06 6 . 30 12 . 18 3 . 42 6 . 28 7 . 42

25

0)15

28

4 . 33 4 . 43 6 . 06 6 . 30 12 . 18 3 . 42 6 . 28 7 . 43

26

7))6

29

4 . 33 4 . 43 6 . 06 6 . 30 12 . 18 3 . 42 6 . 28 7 . 43

27

5)*67

1RAMADAN

4 . 33 4 . 43 6 . 06 6 . 30 12 . 18 3 . 43 6 . 29 7 . 43

28

)0),

2

4 . 33 4 . 43 6 . 06 6 . 30 12 . 19 3 . 43 6 . 29 7 . 44

HARI ISNIN 22 MEI 2017

3

Kebawah DYMM selamat berangkat tiba di Riyadh, Arab Saudi

BERANGKAT hadir bagi menjunjung keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Pangkalan Udara King Salman ialah His Royal Highness Prince Mohammed bin Abdulrahman, Naib Gabenor Riyadh.

RIYADH, ARAB SAUDI, Sabtu, 20 Mei Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini selamat berangkat tiba di Riyadh, Arab Saudi bagi menghadiri Arab Islamic American Summit yang akan diadakan pada 21 Mei 2017.

Berangkat hadir bagi menjunjung keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Pangkalan Udara King Salman ialah His Royal Highness Prince Mohammed bin Abdulrahman, Naib Gabenor Riyadh dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Hisham bin Abdul Wahab Zaraa.

Juga hadir bagi menjunjung keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang

Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Arab Saudi, Tuan Yang Terutama Dato Seri Setia Haji Awang Yusoff bin Haji Awang Ismail.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya melintasi barisan Kawalan Kehormatan Statik menuju ke VIP Room sebelum menaiki kenderaan khas menuju ke sebuah hotel ternama di Riyadh, tempat persemayaman baginda sepanjang keberangkatan.

Arab Islamic American Summit yang membawa tema 'Together We Prevail' ini akan memfokuskan dan membincangkan kerjasama yang lebih mantap dan berkesan di dalam menangani ancaman keganasan dan ekstrimisme yang kian meningkat di seluruh dunia dengan menggalakkan toleransi dan kesederhanaan.

Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri Foto : Mohamad Azmi Awang Damit

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima junjung ziarah daripada pegawai dan kakitangan Kedutaan Brunei di Riyadh sejurus berangkat tiba di hotel.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia selamat berangkat tiba di Riyadh, Arab Saudi bagi menghadiri Arab Islamic American Summit.

TURUT menyertai rombongan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng dan Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

4

HARI ISNIN 22 MEI 2017

Keberangkatan Kebawah DYMM ke Riyadh bagi menghadiri Arab Islamic American Summit

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama paduka-paduka anakanda baginda, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah semasa Doa Selamat dibacakan.

Oleh : Dk.Vivy Melissa Pg. Ibrahim, Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Pengiran Amirulnizam Pengiran Haji Mohd. Ali

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 20 Mei. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan

Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan berangkat ke Riyadh, Arab Saudi bagi menghadiri Arab Islamic American Summit yang akan diadakan pada 21 Mei 2017.

Sebelum berangkat dari Istana Nurul Iman, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Berangkat di Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba bagi menyembahkan selamat berangkat ke hadapan majlis Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran

Muda 'Abdul Wakeel; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

Berangkat sama dan hadir di Hangar Penerbangan Kebawah DYMM bagi menyembahkan selamat berangkat ke hadapan majlis Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria; Menteri-Menteri Kabinet; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Di-Raja; Timbalan-Timbalan Menteri; Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei; Pemangku Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan wakil daripada Kedutaan Besar Kerajaan Arab Saudi di Negara Brunei Darussalam.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima junjung ziarah daripada para pembesar negara sejurus berangkat tiba di Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba sebelum berangkat ke Riyadh, Arab Saudi

Berangkat di Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba bagi menyembahkan selamat berangkat ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik; YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

HARI ISNIN 22 MEI 2017

NASIONAL

5

Qari, qariah

negara harumkan

nama negara

Berita dan Foto oleh Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong (kiri) dan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman (dua, kiri) semasa mengalu-alukan kepulangan peserta qari dan qariah negara, iaitu Ak. Muhd. Adibul Amin bin Pg. Haji Marjuki (tiga, kiri) dan Dayang Hajah Siti Noor Dzuhairah binti Haji Awang Damit (tiga, kanan) yang telah menjadi Naib Johan Qari dan Qariah pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-59 di Kuala Lumpur, Malaysia.

Dari muka 1

Dayang Hajah Siti Noor Dzuhairah ketika ditemu bual oleh Pelita Brunei memanjatkan rasa syukur ke atas hadrat Allah Subhanahu Wata'ala dan merasa terharu kerana kedua-dua mereka mendapat tempat naib johan di peringkat antarabangsa.

Manakala, Ak. Muhd. Adibul Amin juga turut melahirkan rasa syukur

ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana sekali lagi berjaya mencapai kedudukan naib johan dan seterusnya berhasrat untuk terus bersemangat dalam mempelajari bidang tersebut.

Beliau seterusnya menasihatkan kepada para belia yang ingin menceburi bidang tersebut agar terus berusaha mempelajari Al-Quran secara berterusan dan tidak berada di zon selesa dengan apa yang telah dikecapi.

Mahkamah-mahkamah

Taubat penghapus dosa

Syariah sambut Israk dan Mikraj

Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Muhamad Asri Haji Awang Abas

TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud (dua, kiri) antara yang hadir

mendengarkan tazkirah disampaikan oleh Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Awang Haji Aziz bin Akop dengan

tajuk 'Golongan Yang Tidak Diperdaya Syaitan' pada Program Masjidku Makmur Negara Berkat.

Berita dan Foto : Haji Ariffin Mohamad Noor / Morshidi

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 21 Mei. - Akidah merupakan tunjang ugama. Sekiranya akidah rosak bererti rosaklah ugama. Syirik merupakan salah satu penyelewengan akidah iaitu menyekutukan Allah Subhanahu Wata'ala dan perbuatan tersebut tidak akan diampunkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala sebagaimana firmannya dalam surah An-Nisa' ayat 48 yang bermaksud, "sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua) dan mengampunkan dosa yang lain itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang

mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar."

Perkara tersebut merupakan sebahagian daripada tazkirah yang disampaikan oleh Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Awang Haji Aziz bin Akop pada Program Masjidku Makmur Negara Berkat yang berlangsung di Masjid Omar 'Ali Saifuddien (MOAS), di sini.

Program mingguan kelolaan Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid, Pusat Da'wah Islamiah dan Bahagian

TAUBAT adalah satu-satunya cara untuk menghapus dosa dan kesalahan

walaupun sebanyak buih di lautan sekalipun dosa tersebut. Dengan bertaubat iaitu berhenti dari

melakukan dosa, menyesali akan dosa dan kesalahan serta berazam untuk tidak mengulangi di masa akan datang. Dengan demikian tidak termasuklah dalam kalangan mereka yang berjaya diperdaya oleh syaitan.

Kemajuan Syiar Islam dengan kerjasama MOAS kali ini membawa tajuk 'Golongan Yang Tidak Diperdaya Syaitan'.

Ustaz Haji Aziz turut menambah, taubat adalah satu-satunya cara untuk menghapus dosa dan kesalahan walaupun sebanyak buih di lautan sekalipun dosa tersebut. Dengan bertaubat iaitu berhenti dari melakukan dosa, menyesali akan dosa dan kesalahan serta berazam untuk tidak mengulangi di masa akan datang. Dengan demikian tidak termasuklah dalam kalangan mereka yang berjaya diperdaya oleh syaitan.

Hadir bersama-sama jemaah masjid bagi menjayakan program tersebut ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud dan datin serta Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Yang Mulia Awang Roslan bin Haji Taja'ah.

Turut sama menyerikan program ini ialah Pejabat Menteri, Pejabat Timbalan Menteri, Pejabat Setiausaha Tetap, Pejabat Timbalan Setiausaha Tetap I, Pejabat Timbalan Setiausaha Tetap II, Jabatan Pentadbiran dan Unit Penghapusan, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Program Masjidku Makmur, Negara Berkat merupakan satu program mingguan bagi mengalu-alukan jemaah bagi memakmurkan masjid dan seterusnya bersama-sama secara istiqamah (berterusan) mendirikan Sembahyang Fardu Subuh secara berjemaah di awal waktu di masjid.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 20 Mei. - Mahkamahmahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri mengadakan Majlis Sambutan Israk dan Mikraj bagi Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi di Dewan Serbaguna, Bangunan Mahkamah Besar Brunei dan Mahkamah-Mahkamah Syariah, di ibu negara, di sini.

Majlis juga diselajurkan dengan acara penghargaan bagi mantan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Dato Seri Setia Awang Haji Metussin bin Haji Baki.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ketua Hakim Syar'ie, Yang Arif / Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

Pada majlis itu, Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, Awang Haji Hassan bin Haji Metali dalam ucapan alu-aluannya melahirkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada mantan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sepanjang tempoh perkhidmatannya

sebagai Hakim Mahkamah Tinggi

Syariah.

Beliau telah dilantik memegang

jawatan berkenaan bermula pada

26 Mac 2001 dan menamatkan

perkhidmatannya pada 27 Januari

2017.

Penyampaian cenderahati kepada

wakil Mantan Hakim Mahkamah

Tinggi Syariah disempurnakan oleh

tetamu kehormat majlis.

Majlis juga diserikan dengan

tazkirah mengenai Israk dan Mikraj

yang disampaikan oleh Hakim

Mahkamah Rendah Syariah, Pengiran

Haji Muhammad bin Pengiran Haji

Ahmad @ Pengiran Haji Noor

Asmawi.

Turut hadir, Hakim Mahkamah

Rayuan Syariah, Yang Arif /

Yang Dimuliakan Pehin Orang

Kaya Paduka Setia Raja Dato

Paduka Seri Setia Haji Awang

Suhaili bin Haji Mohiddin, hakim-

hakim

syar'ie,

pegawai-

pegawai kanan Mahkamah Syariah

dan Jabatan Kehakiman Negara

serta pegawai-pegawai dan

kakitangan Mahkamah-mahkamah

Syariah.

KETUA Hakim Syar'ie, Yang Arif / Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar (kiri) menyampaikan cenderahati kepada wakil Mantan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

6

NASIONAL

HARI ISNIN 22 MEI 2017

Muzakarah bincang perkara berkepentingan bersama di Daerah Tutong

TUTONG, Sabtu, 20 Mei. - Menteri

Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang

Berhormat Pehin Orang Kaya Seri

Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji

Awang Abu Bakar bin Haji Apong

mengadakan lawatan ke Daerah

Tutong dan seterusnya mengadakan

Sesi

Muzakarah

bersama

Penghulu-penghulu dan Ketua-

ketua Kampung Daerah Tutong,

bertempat di Rumah Kediaman

Rasmi Pegawai Daerah Tutong,

di sini.

Dalam ucapan Yang Berhormat

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri,

antara lain menyatakan bahawa sesi

muzakarah itu adalah sebagai

kesinambungan dan nilai tambah

pada Mesyuarat Pegawai Daerah

dan Ketua-ketua Kampung untuk membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan bersama, berkisar pada cadangan-cadangan yang membina, meneliti masalahmasalah serta isu-isu di peringkat kampung, mukim dan daerah demi memelihara kesejahteraan, kebajikan dan keselamatan rakyat juga penduduk di Daerah Tutong.

Di samping itu, muzakarah itu juga dihasratkan untuk meningkatkan lagi perhubungan, persefahaman dan kerjasama yang mantap di antara Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dengan pemimpinpemimpin akar umbi di Daerah Tutong.

Ia adalah antara beberapa siri muzakarah bersama Penghulupenghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung seluruh negara, di mana yang pertama telah diadakan di Daerah Temburong pada 13 Mei 2017, manakala Daerah Belait pada 17 Mei 2017 dan muzakarah seterusnya pula akan diadakan di Daerah Brunei dan Muara.

Hadir sama ialah Setiausaha Tetap KHEDN, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof; Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap KHEDN, Pegawai Daerah Tutong serta pegawai-pegawai kanan dari KHEDN.

Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong mengadakan lawatan ke Daerah Tutong dan seterusnya mengadakan Sesi Muzakarah bersama Penghulu-penghulu dan Ketua-ketua Kampung Daerah Tutong, bertempat di Rumah Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong.

ANTARA Penghulu-penghulu dan Ketua-ketua Kampung Daerah Tutong yang hadir pada sesi muzakarah tersebut.

Pelajar disaran mengetahui perkembangan semasa

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar yang diraikan pada Majlis Anugerah Cemerlang Institusi Pendidikan Rendah dan Menengah Kerajaan Kementerian Pendidikan dan Swasta Negara Brunei Darussalam Tahun 1438H / 2016M di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 20 Mei. - Sistem pendidikan yang robust merupakan asas penting bagi membangun masyarakat dan negara ke arah survival dan kehidupan lebih baik. Justeru, Sistem Pendidikan Negara - SPN21 sebagai salah satu usaha untuk negara mencapai Wawasan Negara 2035 bagi menghasilkan rakyat berpendidikan

dan berkemahiran tinggi. Oleh sebab itu, Kerajaan Kebawah

Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam terus komited terhadap kewajipan dan kepentingan pendidikan di negara ini.

Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji

Suyoi bin Haji Osman menegaskan demikian pada Majlis Anugerah Cemerlang Institusi Pendidikan Rendah dan Menengah Kerajaan Kementerian Pendidikan dan Swasta di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, hari ini.

Menurut Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan sentiasa mengambil serius dalam memastikan semua kanak-kanak di negara ini mempunyai akses kepada pendidikan dan seterusnya memastikan potensi perkembangan mengikut keupayaan masing-masing.

''Kementerian

Pendidikan

menekankan bahawa dalam usaha

untuk menjayakan Wawasan Negara

2035, para pelajar perlu dilengkapi

dengan kemahiran-kemahiran abad

Ke-21. Justeru, sesebuah sistem

pendidikan yang dinamik dan

berwawasan perlu memiliki corak

pembelajaran di bilik darjah yang

fleksibel dan boleh diadaptasi seiring

dengan keperluan semasa pendidikan

dan ekspetasi-ekspetasi di abad Ke-21

ini,'' tegasnya.

Yang Berhormat juga menekankan

tahap kompetensi, kebolehan dan

kesediaan para guru perlu sentiasa

dipertingkatkan bagi mempersiapkan

mereka dalam menangani dan

melaksanakan sesuatu pendekatan atau

kaedah-kaedah pengajaran yang

dirasakan berpotensi itu dengan betul.

Menyedari pelbagai cabaran yang

bakal dilalui, Yang Berhormat

menyarankan agar para pelajar perlu

mempersiapkan diri mengetahui

perkembangan-perkembangan semasa

dalam dan luar negara dan paling

utama ialah mengukuhkn jati diri

selaku rakyat negara ini dan

menjunjung nilai-nilai murni Melayu

Islam Beraja.

Seramai 887 pelajar menerima

hadiah dan sijil dalam kategori

masing-masing, iaitu 634 bagi

Penilaian Sekolah Rendah (PSR),

enam penerima Pearson Business and

Technology Education Council Level

2 Diploma, 95 pelajar bagi

Brunei - Cambridge General

Certificate (BC GCE) Peringkat 'O'

dan 81 penerima dari BC GCE

Peringkat 'A' dan International

Baccalaureate (IB) serta 71

penerima bagi Pencapaian Cemerlang

Cambridge.

Salah seorang penerima Anugerah

Pencapaian Cemerlang Cambridge, Dayang Siti Aisyah binti Awang Salim, pelajar Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah semasa ditemui mengucapkan rasa syukur atas penghargaan yang diberikan serta berterima kasih kepada ibu bapa dan keluarga, para guru serta teman seperjuangan yang turut sama dalam mendorong meraih kejayaan yang dicapainya itu dan berharap akan lebih ramai pelajar tempatan meraih keputusan yang cemerlang.

Sementara ayahnya, Awang Salim bin Mohd. Salleh juga merasakan kegembiraan melihat kejayaan anaknya yang ke-6 dari sembilan beradik dan juga memanjatkan kesyukuran atas kurniaan Allah dengan kejayaan anak-anak masing-masing.

PENERIMA Anugerah Pencapaian Cemerlang Cambridge, Dayang Siti Aisyah binti Awang Salim, Pelajar Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah bergambar bersama bapa beliau, Awang Salim bin Mohd Salleh.

HARI ISNIN 22 MEI 2017

AGAMA

7

MAJLIS PEMANTAUAN PEMBACAAN AL-QURAN 71 KALI KHATAM TAHUN 1438 HIJRAH / 2017 MASIHI

Daerah Tutong

Daerah Temburong

Berita dan Foto : Ampuan Roza Amalyati Ampuan Hussain

Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

TUTONG, Sabtu, 20 Mei. Majlis Pemantauan Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran bagi Majlis Khatam Al-Quran 71 Kali Khatam Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dan Penuntut-penuntut Sekolah Seluruh Negara sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-71 Tahun bagi Tahun 2017 pada Majlis Pemantauan Pembacaan Al-Quran 71 Kali Khatam Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dan Penuntut-penuntut Sekolah Seluruh Negara bagi Daerah Tutong.

Darussalam Yang Ke-71 bagi Tahun 2017 diadakan serentak di keempat-empat daerah bertempat di masjid-masjid yang terpilih.

Bagi Daerah Tutong, majlis berkenaan yang berlangsung di Masjid Pengiran Anak Haji Muhamad Alam, Kampung Sengkarai, Mukim Pekan Tutong, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-71 Tahun bagi Tahun 2017.

Majlis itu disertai seramai 35 pembaca lelaki dan 35 pembaca perempuan dewasa, 35 belia dan 35 beliawanis, 86 kanak-kanak lelaki dan 86 kanak-kanak perempuan, 50 pelajar

Kementerian Pendidikan lelaki dan 50 pelajar Kementerian Pendidikan perempuan yang terpilih untuk mewakili Daerah Tutong.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai diketuai oleh tetamu kehormat, diikuti dengan bacaan Doa Khusus oleh Imam Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam bagi memohon Doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala, semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia dilanjutkan usia dan sihat serta kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan hidayah dan petunjuk Allah.

Juga hadir sama ialah Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara Daerah Tutong, Setiausahasetiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dari Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Kementerian Pendidikan, Pegawai Daerah Tutong, Ketua-ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong, ketua-ketua jabatan dan pegawaipegawai kanan dari KHEDN, KHEU dan Kementerian Pendidikan.

TEMBURONG, Sabtu, 20 Mei. Majlis Pemantauan Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran bagi Majlis Khatam Al-Quran 71 Kali Khatam Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dan Penuntut-penuntut Sekolah Seluruh Negara sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei

SETIAUSAHA Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof (tengah) semasa hadir pada Majlis Pemantauan Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran 71 Kali Khatam Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dan Penuntut-penuntut Sekolah Seluruh Negara di Masjid Utama Muhammad Salleh, Pekan Bangar.

Darussalam Yang Ke-71 bagi Tahun 2017 turut diadakan di Daerah Temburong, bertempat di Masjid Utama Muhammad Salleh, Pekan Bangar, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof.

Juga hadir sama, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Pegawai Daerah Temburong, pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, KHEU, Pemangku Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong, Penghulupenghulu Mukim, Ketua-ketua Kampung, Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta pegawai-pegawai dan kakitangan

Jabatan Daerah, Pegawai-Pegawai

Ugama, Bilal-bilal, Ahli-ahli Takmir

Masjid dan anak-anak buah kampung.

Pada tahun ini, bagi Daerah

Temburong, penyertaan adalah

berjumlah seramai 192 yang terdiri

daripada 18 lelaki dewasa, 18 wanita

dewasa 35 belia dan 35 beliawanis,

33 kanak-kanak lelaki, 33 kanak-kanak

perempuan, 10 pelajar Kementerian

Pendidikan

(lelaki)

dan

10 pelajar Kementerian Pendidikan

(perempuan).

Majlis bermula dengan bacaan

Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang

diketuai oleh tetamu kehormat dan

seterusnya pembacaan Ayat-ayat Suci

Al-Quran, iaitu Surah An-Naml, Juz

20 bermula ayat 56 hingga 76 yang

didahului oleh Ketua Imam Masjid

Utama Muhammad Salleh, Pekan

Bangar, Awang Haji Shafrillah bin

Haji Ahmad.

SETIAUSAHA Tetap Kementerian Pertahanan, Kapten (B) Abdul Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar (tengah) semasa hadir pada Majlis Pemantauan Pembacaan Al-Quran 71 Kali Khatam Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dan Penuntut-penuntut Sekolah Seluruh Negara di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 20 Mei. - Seramai 692 peserta bagi Daerah Brunei dan Muara mengikuti Majlis Pemantauan Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran bagi Majlis Khatam Al-Quran 71 Kali Khatam Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dan Penuntut-penuntut Sekolah Seluruh Negara sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-71 bagi Tahun 2017.

Sehubungan itu, Majlis Pemantauan diadakan di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.

Daerah Brunei dan Muara

Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Hamzah Mohidin

Hadir pada majlis tersebut, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Kapten (B) Abdul Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar.

Turut hadir, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pemangku Daerah Brunei dan Muara, ketua-ketua

jabatan serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Jumlah para peserta terdiri daripada 35 orang dalam setiap kategori, iaitu lelaki dewasa, perempuan dewasa, belia dan beliawanis, manakala 86 penyertaan dalam kategori kanakkanak lelaki dan perempuan serta 190 penyertaan bagi pelajar lelaki dan perempuan Kementerian Pendidikan.

Daerah Belait

KUALA BELAIT, Sabtu, 20 Mei. Majlis Pemantauan Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran bagi Majlis Khatam Al-Quran 71 Kali Khatam Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dan Penuntut-penuntut Sekolah Seluruh Negara sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-71 bagi Tahun 2017 diadakan secara serentak di masjid-masjid terpilih di keempatempat daerah.

Majlis Pemantauan merupakan kesinambungan dari Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran 71 Kali Khatam Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dan Penuntut-penuntut Sekolah Seluruh Negara sempena Sambutan

Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-71 bagi Tahun 2017 yang telah dilancarkan pada 4 April 2017 yang lalu.

Majlis Khatam Al Quran 71 Kali Khatam tersebut adalah bagi memohon Doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dilanjutkan usia dan sihat walafiat serta kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan hidayah dan petunjuk Allah Subhanahu Wata'ala.

Di samping itu, majlis antara lain bertujuan untuk menzahirkan kesyukuran rakyat dan penduduk negara ini kepada Allah Subhanahu Wata'ala atas limpah rahmat dan

nikmat-Nya menjadikan Negara Brunei Darussalam di bawah kepimpinan bijaksana Kebawah DYMM sentiasa berada dalam keadaan aman dan sejahtera.

Ia juga diadakan bagi mendukung hasrat Kebawah DYMM untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir dengan rakyatnya celik Al-Quran.

Bagi Daerah Belait, Majlis Pemantauan Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran 71 Kali Khatam tersebut diadakan di Masjid Muhammad Jamalul Alam, Mukim Kuala Belait, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin.

Tahun ini, penyertaan bagi Daerah Belait berjumlah seramai 412 orang yang terdiri daripada lelaki dewasa 35 pembaca, wanita Dewasa 35 pembaca, belia 35 pembaca, beliawanis 35 pembaca, kanak-kanak lelaki 86

Berita dan Foto : Ihsan Jabatan Daerah Belait

SETIAUSAHA Tetap, Kementerian Kesihatan, Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin (dua, kanan) hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Pemantauan Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran 71 Kali Khatam Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dan Penuntut-penuntut Sekolah Seluruh Negara di Masjid Muhammad Jamalul Alam, Mukim Kuala Belait.

peserta, kanak-kanak perempuan 86 pembaca, pelajar Kementerian Pendidikan (lelaki) 50 orang dan pelajar Kementerian Pendidikan (perempuan) 50 peserta.

Majlis bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh tetamu kehormat dan seterusnya pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran dimulakan.

8

NASIONAL

HARI ISNIN 22 MEI 2017

Projek Kubikel PPPMB

untuk usahawan belia

Berita dan Foto : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

MENTERI Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar (dua, kiri) menyaksikan pertukaran dokumen di antara pihak DARe yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Javed Ahmad(kiri) dan Presiden Persekutuan Peniaga-Peniaga Melayu Brunei, Dr. Awang Haji Abdul Latif bin Haji Chuchu (dua, kanan).

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu,

20 Mei. - Persekutuan Peniaga-

Peniaga Melayu Brunei (PPPMB)

akan ator (Projek Kubikel Peniaga

Belia) bagi peniaga-peniaga mikro

di Kompleks Perindustrian Beribi.

Sehubungan

itu,

Majlis

Penandatanganan Projek Kubikel

Peniaga Belia antara PPPMB dengan Darussalam Enterprise (DARe) telah berlangsung di Bangunan Design and Technology, Berakas, di sini.

Menandatangani bagi pihak PPPMB ialah Presiden PPPMB, Dr. Awang Haji Abdul Latif bin Haji Chuchu, manakala bagi pihak DARe pula

diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Javed Ahmad.

Majlis tersebut disaksikan oleh Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad

Yasmin bin Haji Umar. Ketua Pegawai Eksekutif DARe

dalam ucapannya menerangkan, tapak inkubator (Incubation space) itu memberi peluang kepada para usahawan untuk mencuba dan mengembangkan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan mereka, di samping dapat menimba pengetahuan dan pengalaman yang sangat berguna dalam menjalankan perniagaan.

Sementara itu, Presiden PPPMB dalam ucapannya berkata, inisiatif tersebut memberikan usahawan tempatan yang masih di peringkat awal dalam membangunkan perniagaan mereka dan memberi peluang untuk menguji dan membangunkan produk serta perkhidmatan mereka.

Dalam pada itu, tapak inkubator itu akan ditawarkan kepada usahawan di bawah umur 40 tahun yang merupakan anggota PPPMB dengan kadar sewa BND90 sebulan.

Yang Berhormat Menteri Tenaga dan Perindustrian di JPM semasa ditemu bual Pelita Brunei menjelaskan, itu merupakan pertama kali bagi kerajaan bergabung dengan peniaga-peniaga tempatan di negara ini untuk sama-sama menyediakan kubikel bagi peniaga belia Brunei yang diterajui oleh pihak kerajaan dan juga pihak PPPMB.

Menurut Yang Berhormat, dengan termeterainya perjanjian itu, PPPMB akan mengadakan kubikel untuk para

peniaga memulakan perniagaan mereka.

''Saya merasa gembira ini kerana selama ini selalu kita dengar tentang perlunya ada Public Private Partnership yang dibuat oleh pihak swasta atau organisasi-organisasi peniaga melayu Brunei dan dengan adanya perjanjian ini menampakkan peniaga-peniaga melayu Brunei adalah sangat serius dalam membangunkan terutama sekali belia-belia di negara ini untuk berniaga dan menjadi Micro Small Medium Enterprises (MSME) dan seterusnya MSME ini berkembang kepada perekonomian negara,'' ujar Yang Berhormat.

Yang Berhormat menambah, selepas tiga bulan pengubahsuaian tempat kubikel berkenaan, yang mana perbelanjaan bukan dikeluarkan oleh kerajaan tetapi dikeluarkan oleh PPPMB dan dalam tiga bulan ini, kita akan melihat tempat tersebut beroperasi dan sesudah ia beroperasi, pihak DARe akan berkerjasama dengan PPPMB untuk memastikan permulaan ini atau belia-belia yang memulakan perniagaan ini diberi kursus dan pendedahan serta tunjuk ajar berniaga di negara ini.

Yang Berhormat menyeru kepada persatuan-persatuan yang lain supaya mencontohi apa yang telah dibuat oleh PPPMB, bukan sahaja setakat berbincang di persidangan malah menjadi pemangkin untuk kemudahan para belia.

KHEU bertahlil di Kubah Makam Diraja

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman (tiga, kanan) hadir pada majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja.

Berita dan Foto : Haji Ariffin Mohamad Noor / Noor

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 20 Mei. - Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan jabatan-jabatan di bawahnya mengadakan Majlis Bertahlil bagi Paduka Ayahnda dan Paduka Bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Pengiran

Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman di Kubah Makam Diraja.

Majlis bertahlil tersebut merupakan sebahagian daripada aktiviti tahunan KHEU dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka

Haji Othman dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud serta TimbalanTimbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Harun bin Junid dan Awang Roslan bin Haji Taja'ah; Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian serta pegawai-pegawai dan kakitangan KHEU.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan

bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil dipimpin oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Awang Emran bin Haji Kunchang dan diikuti dengan bacaan doa.

Juga hadir tenaga pengajar, guruguru dan mahasiswa Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah serta penuntutpenuntut lelaki sekolah-sekolah Arab di Daerah Brunei dan Muara.

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download