Husmie.weebly.com



SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GERIK

JALAN KUALA KENDERONG, 33300 GERIK,

PERAK DARUL RIDZUAN

Mesyuarat Pusat Sumber Sekolah SMK Gerik

Minit Mesyuarat Kali Pertama Tahun 2016

Tarikh : 1 Mac 2016 (Selasa)

Masa : 3.00 petang

Tempat : Pusat Sumber SMK Gerik

Pengerusi : Pn. Hatun binti M. Akbar (Pengetua)

Pencatat : Pn. Faridatul Husna binti Edris

Kehadiran (Bilangan) : 29/46

Senarai Hadir :

1. Pn. Hatun binti M. Akbar

2. En. Mohd Shukor bin Haji Ahmad

3. Pn. Hasnidah binti Hasanudin

4. Pn. Zumaliah binti Yusuf

5. En. Mohd Shaed bin Mohamed Supian

6. En. Sabarudin bin Bahari

7. En. Mohd Fauzi bin Mat Said

8. Pn. Wan Rabitah binti Wan Mohd Saman

9. Pn. Sarina binti Hassan

10. En. Tuan Rohadi bin Tuan Lah

11. Pn. Faridatul Husna binti Edris

12. Cik Rimazatul Izna binti Abdul Jalil

13. Pn. Rosdalina Hafizah binti Mohd Shadzali

14. Pn. Abidah binti Mohamad Sarip

15. Pn. Siti Zaleha binti Mohd Ramli

16. Pn. Norsidah binti Jusoh

17. Pn. Narizah binti Mohd Rozali

18. Pn. Faiezah binti Shahrom

19. En. Yusuf bin Abdul Rahman

20. Pn. Harmila binti Abidin

21. Pn. Nurul Abidah binti Mansor

22. En. Zahrizal bin Mohd Zain

23. En. Ramli bin Rathi

24. En. Ahmad Farik bin Shafie

25. Pn. Zarina binti Abdul Wahab

26. Pn. Surainy binti Md Yusop

27. Cik Sharifah Azila binti Syed Mohd Mokhtar

28. Cik Raatna Dewi a/p Chelvary

29. Pn. Ruslida binti Hamat

Senarai Tidak Hadir

1. En. Zunaidi bin Hassan

2. Pn. Intan binti Ilyas

3. Pn. Zatil Akmar binti Hasan (Kelas tambahan)

4. Pn. Che Murni binti Ibrahim

5. Pn. Siti Khairiyah binti Mua’ainudeen (CRK)

6. Pn. Suraida binti Amir (Kelas tambahan)

7. Pn. Nordianah binti Maliki (Anak tiada pengasuh)

8. En. Mohd Fadzli bin Abdullah

9. Pn. Nurniza binti Idris

10. En. Muhammad Shauki bin Che Meh

11. Pn. Suraida binti Amir

12. Pn. Suzila binti Shafiee

13. Pn. Nor Simah binti Abd Rahman (Sakit perut)

14. Pn. Hayati binti Jusoh

15. Pn. Norhabsah binti Md. Yusof

16. Cik Ismalinda binti Kamal Bahri (Kelas tambahan)

17. Pn. Savina a/p Saiman (Muet examiner)

1.0 Ucapan Pengerusi

1. Pengetua selaku pengerusi majlis mengalu-alukan kedatangan guru-guru ke Mesyuarat Pusat Sumber Sekolah SMK Gerik kali pertama tahun 2016. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kedatangan semua guru. Bacaan al Fatihah dibaca sebelum memulakan mesyuarat.

2. Pengetua memaklumkan perlantikan Pn. Sarina binti Hassan sebagai Guru Media sebagai menggantikan En. Taun Rohadi bin Tuan Lah yang telah berkhidmat sebagai Guru Media selama 8 tahun.

3. Pengetua menegaskan tentang peranan PSS sebagai gedung untuk menyebarkan ilmu. Namun, ruang lingkup tidak terhad dalam PSS sahaja tetapi dalam kawasan sekolah. Setiap ruang dalam kawasan sekolah perlulah dimanfaatkan dengan memuatkan pelbagai maklumat dan sumber ilmu.

4. Pengetua juga menegaskan tentang peranan semua guru dalam menyebarkan ilmu sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Tindakan: Makluman

2. Dasar Pengurusan PSS

1. Bilangan buku di PSS SMK Gerik adalah sebanyak 16, 786 buah buku pada 29 Februari 2016

2. Nisbah buku bagi seorang murid adalah 10 buku : 1 murid

3. Nisbah buku bagi seorang murid SMK Gerik adalah 22 buku : 1 murid

4. Syarat pinjaman buku PSS (Umum):

1. Buku Red Spot/buku yang tidak mempunyai kad hanya boleh menjadi bahan rujukan di PSS

2. Buku rujukan seperti buku KOMSAS disediakan di dalam bakul untuk pinjaman waktu PdP guru-guru Bahasa Melayu

5. Syarat pinjaman bagi guru dan kakitangan SMK Gerik:

2.5.1 Buku rujukan seperti buku KOMSAS disediakan di dalam bakul untuk pinjaman waktu PdP guru-guru Bahasa Melayu

2.5.2 Jumlah pinjaman bagi kakitangan SMK Gerik adalah 8 buah buku (bergantung kepada jenis buku)

2.6 Syarat pinjaman bagi murid SMK Gerik (rujuk edaran)

2.7 Masa beroperasi:

2.7.1 Hari persekolahan (Isnin hingga Khamis): 7.40 pagi hingga 5.00 petang

2.7.2 Hari persekolahan (Jumaat): 7.50 pagi hingga 3.00 petang

Tindakan:Makluman

3. Pelan Taktikal PSS 2016

1. Rujuk lampiran

2. Program Penambahan Koleksi Buku:

1. Sasaran 300 buku ditambah bagi tahun 2016. Pn. Sarina meminta KP Bahasa Inggeris mencadangkan tajuk buku / jenis buku yang diperlukan untuk dibeli oleh PSS.

2. 5 majalah setiap bulan

3. 2 naskhah suratkhabar setiap hari

Tindakan: Guru Media, KP Bahasa Inggeris

3. Program Penambahan Koleksi Soalan SPM, STPM:

1. Pengerusi meminta Setiausaha PT3 dan SPM mengumpul soalan-soalan sebenar PT3 dan SPM. Soalan tersebut dijilid dan diletakkan di PSS sebagai sumber rujukan.

Tindakan: Setiausaha PT3, Setiausaha SPM

4. Pemilihan pengawas perpustakaan:

1. Pengerusi mencadangkan agar bilangan Pengawas PSS ditambah; 1 pengawas dari setiap kelas. Anugerah Pengawas Terbaik akan diwujudkan setiap bulan untuk menggalakkan pengawas bertugas di PSS.

Tindakan: Guru Media

5. Anugerah PSS dan Pengawas PSS:

1. Pengerusi mencadangkan agar diadakan Cabutan Bertuah setiap bulan bagi menggalakkan kadar peminjaman buku di PSS di kalangan murid.

Tindakan: Guru Media

6. Pengurusan Papan Kenyataan:

1. Setiap pondok, laluan dan sudut akan diagihkan kepada semua panitia untuk diuruskan dan diceriakan. Setiap sudut, pondok, laluan dan papan kenyataan perlulah dilabelkan. Sijil akan diberikan kepada Papan Kenyataan Tercantik.

Tindakan: Semua KP

7. Wacana Ilmu (Ulasan buku):

1. Ulasan buku akan diadakan di tapak perhimpunan semasa perhimpunan berlangsung.

2. Penyelaras tingkatan, KP BM dan KP BI bertanggungjawab mencari 2 murid untuk mengulas buku BM setiap Selasa dan 2 murid untuk mengulas buku BI setiap Khamis.

3. Tugasan boleh diagihkan kepada guru-guru di bawah panitia masing-masing.

Tindakan: Penyelaras Tingkatan, KP BM, KP BI

8. Aktiviti membaca di PSS dan membuat catatan dalam buku NILAM:

1. Guru digalakkan membawa murid-murid ke PSS pada waktu relief bagi membuat catatan dalam buku NILAM dan aktiviti membaca.

Tindakan: Semua guru

2. Murid-murid yang menggunakan PSS dikehendaki merekod nama masing-masing di dalam buku log keluar/masuk di Kaunter Sirkulasi.

Tindakan: Semua murid

3. Buku catatan NILAM untuk murid Pendidikan Khas akan direka supaya lebih ringkas dan boleh mengikut contoh Buku Catatan NILAM Sekolah Rendah.

Tindakan: Penolong Kanan Pendidikan Khas

9. Carta Organisasi Pusat Sumber Sekolah 2016: Rujuk lampiran

4. Hal-hal lain

1. Sistem Automasi Peminjaman dan Pemulangan:

1. Pengerusi mencadangkan penggunaan sistem automasi untuk proses peminjaman dan pemulangan buku. Pn. Husna mencadangkan Guru Media mendapatkan khidmat bantu daripada Pusat Kegiatan Guru Gerik untuk tujuan ini.

Tindakan: Guru Media dan Penolong Guru Media

2. Bilik APD:

1. Pn. Zumaliah mencadangkan bilik APD dihidupkan dengan membina pintu masuk dari PSS terus ke bilik APD.

Tindakan: Pentadbir

2. Encik Sabaruddin bin Bahari dilantik sebagai Penyelaras Bahan PdP Sekolah

Tindakan: Makluman

3. Fail Kuasa:

1. Pengerusi meminta Guru Media menyediakan Fail Kuasa PSS yang lengkap dan mempunyai 15 bab.

Tindakan: Guru Media

4. Pertandingan Pusat Sumber Sekolah:

1. Pengerusi menyatakan hasrat Pengarah Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak untuk mewajibkan semua sekolah di Daerah Hulu Perak menyertai Pertandingan PSS pada bulan April 2016.

Tindakan: Semua AJK PSS

5. Penggunaan Pusat Sumber oleh guru

1. Pengerusi memaklumkan tentang penggunaan PSS oleh guru pada Januari 2016 tidak mencukupi (18 kali sahaja). Data penggunaan PSS oleh guru-guru dan murid mempengaruhi markah PSS.

2. Penggunaan PSS dihadkan kepada 2 kelas sahaja pada satu-satu masa. Guru yang menggunakan PSS untuk PdP perlu membawa buku rekod dan memastikan PdP yang dijalankan adalah terancang.

3. Guru dikehendaki merekodkan nama masing-masing di dalam Buku Log Keluar / Masuk yang terdapat di Kaunter Sirkulasi PSS setiap kali memasuki PSS.

Tindakan: Semua guru

6. Program Galakan Meminjam dan Galakan Membaca:

1. Guru boleh menggalakkan aktiviti penggunaan sumber rujukan di PSS seperti menugaskan murid untuk menyalin karangan daripada buku rujukan.

Tindakan: Semua guru

2. Pengerusi meminta Guru Media mempamerkan buku-buku terbaru untuk menarik minat pembaca.

Tindakan: Guru Media dan Penolong Guru Media

7. Learn a Word a Day:

1. En. Sabaruddin memberi cadangan untuk menggunakan sistem pameran digital dan diletakkan di kantin sekolah. Sistem tersebut boleh dikawal selia oleh juruteknik komputer sekolah, En. Fakarulrazi.

Tindakan: Pentadbir

8. Pelancaran Program NILAM Peringkat Sekolah:

1. Dicadangkan selepas cuti Penggal 1

Tindakan: Guru Media dan Penolong Guru Media

5. Penangguhan Mesyuarat

Pengerusi mengharapkan kerjasama semua guru dalam mewujudkan Sekolah dalam Pusat Sumber.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh

…………………………………. ……………………………….

(FARIDATUL HUSNA BINTI EDRIS)

Penolong Guru Media & PSS 2016

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download