KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

Maksud Bekalan/Pembangunan 28

CARTA PERBELANJAAN SEBENAR (2016 ? 2018) DAN PERUNTUKAN (2019 ? 2020)

BAGI MENGURUS DAN PEMBANGUNAN

4,500 4,000 3,500 RM 3,000 juta 2,500 2,000 1,500 1,000

500 0

2,211 1,409

2016

3,131 1,312

2017

4,264

1,504 2018 Tahun

3,982 1,749

2019

1,758 1,855 2020

Mengurus Pembangunan

Mengurus RM

1,758,308,000

Pembangunan

RM

Cara Langsung Pinjaman

1,855,750,500

0

Jumlah RM

3,614,058,500

VISI Peneraju transformasi sistem pengangkutan bersepadu, efisien dan selamat.

MISI Memperkasa sistem pengangkutan berteraskan teknologi sebagai pemangkin pembangunan negara.

PELANGGAN (i) Kementerian/Jabatan/Agensi; (ii) Sektor swasta/Pemain industri pengangkutan; (iii) Persatuan pengangkutan dan logistik/NGO; (iv) Badan/Pertubuhan antarabangsa; dan (v) Orang awam.

289

KERANGKA KEBERHASILAN KEMENTERIAN

PRESTASI OUTCOME KEMENTERIAN

Outcome : Perkhidmatan pengangkutan yang selamat dan terjamin

Petunjuk Prestasi Utama

Indeks kematian akibat kemalangan di jalan raya berdasarkan setiap 10,000 kenderaan berdaftar (Nisbah)

Kadar kemalangan kapal (%) Indeks kemalangan udara bagi setiap

100,000 pelepasan pesawat (Nisbah) Kadar insiden trafik udara bagi setiap

500,000 pelepasan pesawat (Nisbah)

2018 (Sebenar)

2.10

2019 (Sasaran)

2.20

0.40 0.80

57.20

2.00 1.50

137.62

2020 (Sasaran)

2.00

2.00 1.50

74.60

PROGRAM 1 : PENGURUSAN

PRESTASI OUTCOME PROGRAM

Outcome : Perkhidmatan pengurusan yang berkesan

Petunjuk Prestasi Utama

Markah Indeks Akauntabiliti (%) Indeks Penarafan Bintang (Indeks SSR) Peratusan penyelesaian aduan (%)

2018 (Sebenar)

85.64 5

96.00

2019 (Sasaran)

90.00 5

97.00

2020 (Sasaran)

90.00 5

95.00

Aktiviti 1 : Pentadbiran dan Kewangan

Fungsi :

Memastikan sumber kewangan bagi Kementerian diagih/diguna secara optimum dan semua urusan kewangan, belanjawan, kontrak, pentadbiran dan aset dilaksana dengan cekap dan berkesan.

Aktiviti 2 : Maritim

Fungsi :

Mewujudkan dasar maritim yang terkini, cekap dan produktif ke arah pembangunan sektor maritim yang kompetitif dan memastikan perundangan antarabangsa dipatuhi sepenuhnya.

Aktiviti 3 : Udara

Fungsi :

Merancang serta mewujudkan sistem dan infrastruktur pengangkutan udara yang selamat, cekap dan lestari selaras dengan piawaian antarabangsa.

Aktiviti 4 : Logistik dan Darat

Fungsi :

(a) Merangka dasar/perundangan yang mantap ke arah meningkatkan tahap keselamatan teknikal kenderaan selaras dengan piawaian

290

antarabangsa; (b) Menggubal dasar dan perundangan untuk menyokong teknologi hijau dalam sistem pengangkutan darat; dan (c) Melaksana fungsi operasi perkhidmatan bagi mod jalan dan mod rel yang disenaraikan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Aktiviti 5 : Perancangan Strategik dan Antarabangsa

Fungsi :

(a) Menetap hala tuju Kementerian dengan mewujudkan dasar dan perancangan pembangunan sektor pengangkutan yang bersepadu dan praktikal; (b) Menyelaras dan memantau inisiatif pembangunan, fasilitasi dan regulatori industri pengangkutan; (c) Menyelaras urusan Parlimen dan Jemaah Menteri di peringkat Kementerian; (d) Menyelaras maklum balas Jemaah Menteri dan mengurus setia mesyuarat pra kabinet dan pasca kabinet; dan (e) Menyelaras dan memantau program kerjasama dalam bidang pengangkutan di peringkat antarabangsa.

Aktiviti 6 : Pengurusan Sumber Manusia

Fungsi :

Mewujudkan sistem pentadbiran sumber manusia yang cekap dan berkesan bagi memenuhi kehendak semua lapisan pengurusan di Kementerian serta Jabatan/Agensi di bawahnya.

Aktiviti 7 : Pengurusan Maklumat

Fungsi :

(a) Menyediakan infrastruktur dan kemudahan ICT yang selamat dan efisien; dan (b) Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian Kementerian melalui penggunaan ICT.

Aktiviti 8 : Akaun

Fungsi :

(a) Memastikan pelaksanaan pengurusan perakaunan Kementerian cekap, berkesan dan bertanggungjawab; (b) Menyelia penerimaan hasil atau amanah Persekutuan dan memastikan hasil atau amanah dipungut tepat pada waktunya; (c) Memastikan perbelanjaan yang dibenarkan dipertanggungkan dalam akaun dengan sewajarnya; (d) Menyediakan laporan penyata kewangan tahunan Kementerian; dan (e) Melapor perkara di luar aturan berhubung dengan akaun awam kepada Pegawai Pengawal.

Aktiviti 9 : Pembangunan

Fungsi :

(a) Memastikan semua projek Rancangan Malaysia yang dirangka dapat dilaksana dalam tempoh yang ditetapkan; (b) Memastikan projek lewat jadual dipulihkan; (c) Memastikan maklumat projek di dalam Sistem Pemantauan Projek II (SPP II) sentiasa dikemas kini; (d) Menyediakan laporan penilaian outcome projek; dan (e) Memastikan projek pembangunan dilaksana mengikut peruntukan dan tempoh masa yang ditetapkan.

291

PROGRAM 2 : PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN

PRESTASI OUTCOME PROGRAM

Outcome 1 : Perkhidmatan pengangkutan yang berkesan

Petunjuk Prestasi Utama

Peratusan on-time performance pelepasan dan ketibaan untuk udara (%)

Tahap kecekapan pengurusan trafik udara (%) Kendalian kontena di pelabuhan (Bilangan

juta) Pergerakan kontena di pelabuhan utama

(Pergerakan kontena/jam)

2018 (Sebenar)

91.07

99.50 25.00

25.00

2019

2020

(Sasaran) (Sasaran)

85.00

87.00

100.00 26.30

99.50 25.00

25.00

25.00

Outcome 2 : Kepatuhan terhadap undang-undang dan peraturan pengangkutan

Petunjuk Prestasi Utama

Kadar pematuhan had laju di kawasan hot spot (%)

Peratusan pemakaian peraturan The United Nations Economic Commission for Europe (UNECE) WP29 (%)

Peratusan pemakaian kod The International Ship and Port Facility Security (ISPS) untuk kapal dan pelabuhan (%)

Peratusan pemakaian International Civil Aviation Organization (ICAO) Annex untuk penerbangan (%)

2018 (Sebenar)

99.00 96.50

68.00

100.00

2019

2020

(Sasaran) (Sasaran)

70.00

95.00

85.00

90.00

62.00

65.00

100.00

100.00

Aktiviti 1 : Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

Fungsi :

Bertindak sebagai economic regulator yang melaksana operasi perkhidmatan bagi mod jalan dan mod rel yang disenaraikan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 kecuali penguatkuasaan mod jalan.

Aktiviti 2 : Pengangkutan Laut

Fungsi :

Memperkukuh tadbir urus sistem pengangkutan laut, keselamatan maritim, sekuriti dan perlindungan persekitaran marin berdasarkan pematuhan standard keselamatan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Aktiviti 3 : Pengangkutan Jalan

Fungsi :

(a) Mewujudkan dan mengawal selia pendaftaran dan pelesenan kenderaan bermotor dengan sistematik, berintegriti dan inovatif; (b) Mentadbir sistem latihan, pengujian dan pelesenan pemandu yang berkesan bagi melahirkan pemandu kenderaan bermotor yang kompeten, mematuhi peraturan dan berhemah; (c) Menguatkuasakan undang-undang pengangkutan jalan dengan komited dan berintegriti untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai budaya kepatuhan

292

kepada peraturan jalan raya; dan (d) Mengawal selia piawaian keselamatan kenderaan bermotor dengan cekap dan berintegriti bagi memenuhi keperluan pengguna, alam sekitar serta industri automotif negara.

Aktiviti 4 : Keselamatan Jalan Raya

Fungsi :

(a) Merancang, menggubal, melaksana dan menyelaras dasar/pelan/ peraturan berkaitan keselamatan jalan raya; (b) Menyelaras program keselamatan jalan raya yang melibatkan kerjasama pelbagai agensi; dan (c) Menyelaras dan melaksana kempen keselamatan jalan raya peringkat kebangsaan untuk mendidik pengguna jalan raya.

Aktiviti 5 : Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKP Sabah)

Fungsi :

Melaksana dasar dan penguatkuasaan berkaitan pelesenan kenderaan pengangkutan awam dan kenderaan perdagangan di Negeri Sabah selaras dengan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) 1987 (Pindaan 2017).

Aktiviti 6 : Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sarawak (LPKP Sarawak)

Fungsi :

Melaksana dasar dan penguatkuasaan berkaitan pelesenan kenderaan pengangkutan awam dan kenderaan perdagangan di Negeri Sarawak selaras dengan Akta LPKP 1987 (Pindaan 2017).

Aktiviti 7 : Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Civil Aviation Authority of Malaysia-CAAM)

Fungsi :

(a) Mengawal selia dan mengurus sistem pengangkutan udara; (b) Menyediakan perkhidmatan trafik udara yang merangkumi perkhidmatan kawalan trafik udara, perkhidmatan maklumat penerbangan dan alerting service; (c) Bertindak sebagai focal point bagi hal ehwal ICAO; (d) Mengurus kes siasatan insiden trafik udara; dan (e) Memastikan piawaian keselamatan lapangan terbang di dalam negara dan aktiviti berkaitan keselamatan penerbangan dipatuhi.

293

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download