JAWATAN KOSONG DI LEMBAGA GETAH MALAYSIA

No. Rujukan LGM: Bil. 3/2021

JAWATAN KOSONG DI LEMBAGA GETAH MALAYSIA

A. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Lembaga Getah Malaysia dalam jawatan seperti berikut:

NO.

JAWATAN

1. PEGAWAI TADBIR (PEMBANGUNAN PERNIAGAAN & PEMASARAN)

2. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

GRED N48 F41

TARAF JAWATAN

KONTRAK

JADUAL GAJI

MIN : RM5,118.00 MAKS : RM11,634.00

LOKASI PENEMPATAN

LEMBAH KLANG

KONTRAK MIN : MAKS :

RM2,315.00 LEMBAH KLANG RM9,618.00

3. PEGAWAI TADBIR (PEROLEHAN)

N41

KONTRAK MIN : RM2,080.00 LEMBAH KLANG

MAKS : RM9,546.00

4. PEGAWAI PENYELIDIK

Q41/Q43/ Q47/Q51/Q53

TETAP

MIN : RM2,315.00 LEMBAH KLANG MAKS : RM13,248.00

5. PENOLONG JURUTERA 6. PENOLONG PEGAWAI TADBIR

JA29 N29

KONTRAK MIN

:

MAKS :

KONTRAK MIN

:

MAKS :

RM1,549.00 LEMBAH KLANG RM5,701.00

RM1,493.00 LEMBAH KLANG RM5,672.00

7. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)

8. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT

N19

KONTRAK MIN

: RM1,352.00 PELBAGAI

MAKS : RM4,003.00 LOKASI DI

SEMENANJUNG

MALAYSIA

N19

KONTRAK MIN

: RM1,352.00 LEMBAH KLANG

MAKS : RM4,003.00

9. PEMBANTU PENYELIDIK

Q19

TETAP MIN

: RM1,355.00 LEMBAH KLANG

MAKS : RM4,007.00

B. SYARAT UMUM

TARIKH IKLAN DIBUKA: 6 SEPTEMBER 2021

1. Warganega Malaysia; dan

2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan; atau

3. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau

56 tahun; atau

4. Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58

tahun; atau

5. Berumur kurang dari 58 tahun pafa tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

No. Rujukan LGM: Bil. 3/2021

C. SYARAT-SYARAT KHUSUS Syarat-syarat khusus adalah seperti di LAMPIRAN A.

D. TATACARA PERMOHONAN 1. Permohonan jawatan kosong No.1 perlu melalui laman web . Pekhidmat LGM berstatus tetap atau kontrak yang memohon jawatan kosong yang diiklankan melalui laman sesawang diminta memaklumkan kepada Cik Noor Nabilah Binti Mohamad Zaidee (Unit Pembangunan Sumber Manusia) melalui emel nabilah@.my. Ini adalah bagi memastikan pihak UPSM dapat mengenalpasti mana-mana anggota LGM berstatus tetap atau kontrak yang memohon daripada laman sesawang tersebut. Sukacita diingatkan bahawa hanya permohonan melalui Jobstreet sahaja akan dipertimbangkan dan sebarang permohonan menggunakan borang permohonan jawatan kosong LGM tidak akan dilayan.

2. Permohonan jawatan kosong No. 2 hingga No. 9 di atas boleh dikemukakan dengan mengisi borang mengikut gred jawatan secara atas talian di pautan seperti di dalam JADUAL 1 di bawah.

3. Pemohon hendaklah memastikan bahawa syarat-syarat yang dinyatakan di LAMPIRAN A untuk jawatan yang ingin dipohon adalah dipenuhi sebelum mengemukakan permohonan.

4. Permohonan tidak perlu dicetak / dipos ke LGM.

5. Pemohon hendaklah memastikan semua maklumat adalah tepat dan terkini sebelum permohonan dibuat.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 SEPTEMBER 2021

CATATAN AM 1. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga. 2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 12 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya. 3. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Cik Noor Nabilah Binti Mohamad Zaidee (Unit Pembangunan Sumber Manusia/Seksyen Perjawatan) Lembaga Getah Malaysia di talian 03-9206 2000 ext : 2205

******

LAMPIRAN A

No. Rujukan LGM: Bil. 3/2021

BIL

GRED

JAWATAN

JADUAL 1 KAEDAH / BORANG PERMOHONAN

i. Gred 48

Permohonan bagi jawatan ini hendaklah dibuat melalui laman sesawang

ii. Gred 41

Link pautan: ATAU Mengimbas kod berikut pada telefon pintar atau tablet:

iii. Gred 29

Link pautan: ATAU Mengimbas kod berikut pada telefon atau tablet:

iv. Gred 19

Link pautan: ATAU Mengimbas kod berikut pada telefon atau tablet:

No. Rujukan LGM: Bil. 3/2021

JAWATAN 1

JAWATAN

PEGAWAI TADBIR (PEMBANGUNAN PERNIAGAAN & PEMASARAN)

GRED N48

TARAF JAWATAN

KONTRAK

JADUAL GAJI

MIN

: RM 5,118.00

MAKS : RM11,634.00

LAMPIRAN A

LOKASI KEKOSONGAN LEMBAH KLANG

i. SYARAT LANTIKAN

: a)

Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Pemasaran, Pengurusan Perniagaan atau bidang-bidang lain yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

b) Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM/SVM.

ii. SYARAT TAMBAHAN : a) Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya lapan (8) tahun dalam bidang pemasaran dan pembangunan perniagaan dalam industri berkaitan R&D atau bidang yang berkaitan;

b) Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik;

c) Mahir menggunakan Microsoft Office, berorientasikan pelanggan, kemahiran interpersonal yang baik dan mampu bekerja secara bebas; dan

d) Memiliki kemahiran untuk bertindak balas secara langsung dengan pantas dan berkeupayaan untuk mencipta strategi pembangunan pemasaran dan perniagaan bersepadu di semua saluran termasuk laman web, emel, komunikasi cetak dan dalam talian.

iii. DESKRIPSI TUGAS

: a) Membangunkan dan melaksanakan kempen pemasaran untuk pengiktirafan produk dan perkhidmatan LGM;

b) Menjalankan kajian pasaran untuk mengenal pasti peluang perniagaan dan mencadangkan peluang pembangunan jualan produk atau perkhidmatan baru;

c) Menjana laporan dan menganalisis prestasi jualan produk dan perkhidmatan LGM;

d) Menjawab pertanyaan pelanggan, membantu menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh pelanggan serta mengekalkan hubungan yang baik dengan pelanggan;

e) Menyelaras dan menguruskan projek berkaitan jualan produk dan perkhidmatan LGM bagi memastikan sasaran projek dapat dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan; dan

f) Berkomunikasi dengan pasukan dalaman sebagai penyelaras atau person in charge (PIC) untuk memberi konsultasi dalam urusan pemasaran produk dan perkhidmatan; dan

g) Melaksanakan tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa.

No. Rujukan LGM: Bil. 3/2021

JAWATAN 2

JAWATAN

PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

GRED F41

TARAF JAWATAN

KONTRAK

JADUAL GAJI

MIN

: RM2,315.00

MAKS : RM9,618.00

LAMPIRAN A

LOKASI KEKOSONGAN LEMBAH KLANG

i. SYARAT LANTIKAN

: a)

Mempunyai sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains computer, teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

b) mempunyai sekurangnya-kurangnya ijazah sarjana muda kejuruteraan dalam bidang komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

c) Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM/SVM

ii. SYARAT TAMBAHAN : a) Mempunyai pengetahuan dalam: - Mobile Applications (Xamarin/Ionic); - Cascading Style Sheets (CSS); - Hyper Text Markup Language (HTML); - Object Oriented Programming (OOP); - Angular; - C# & MVC (Model-View-Controller); - REST API; - Database Concept & Entity Framework; dan - Able to write loosely coupling module/application

b) Berpengalaman dalam pengurusan dan merekabentuk sistem maklumat (information system design) dan sistem pangkalan data (database system).

iii. DESKRIPSI TUGAS

: a) Mengkaji keperluan aplikasi dan perisian LGM;

b) Menyediakan aplikasi berasaskan mobile dan web;

c) Menyelaras keperluan integrasi sistem yang telah atau sedang dibangunkan di LGM;

d) Memberikan khidmat rundingan dan sokongan serta latihan kepada pengguna sistem;

e) Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan berjadual terhadap sistemsistem aplikasi yang dibangunkan; dan

f) Melaksanakan tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa.

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download