MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR TINGKAT 5, BLOK B, PUSAT ...

[Pages:2]MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR TINGKAT 5, BLOK B, PUSAT ISLAM ISKANDAR JOHOR

JALAN MASJID ABU BAKAR 80990 JOHOR BAHRU

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia khususnya kepada rakyat Negeri Johor Darul Ta'zim yang berkelayakan dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Agama Islam Negeri Johor.

A. NAMA JAWATAN

BIL SKIM PERKHIDMATAN

1. Pegawai Hal Ehwal Islam 2. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam 3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) 4. Pembantu Hal Ehwal Islam 5. Pembantu Operasi 6. Pemandu

KOD SKIM

3PS13

3LS07 3LN14 3LS21 3LN36 3LH02

B. JADUAL GAJI

GRED

S41 S29 N19 S19 N11 H11

TARAF JAWATAN

Tetap Kontrak Tetap/Kontrak Tetap/Kontrak Kontrak Tetap/Kontrak

BIL JAWATAN

1. Jawatan 1 2. Jawatan 2 3. Jawatan 3 4. Jawatan 4 5. Jawatan 5 6. Jawatan 6

GRED

S41 S29 N19 S19 N11 H11

GAJI MINIMUM

RM2,078.00 RM1,493.00 RM1,352.00 RM1,352.00 RM1,216.00 RM1,218.00

GAJI MAKSIMUM

RM9,544.00 RM5,672.00 RM4,003.00 RM4,003.00 RM2,983.00 RM2,939.00

KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN

RM225.00 RM145.00 RM 100.00 RM 100.00 RM80.00 RM80.00

C. SYARAT LANTIKAN

(i) Bagi semua jawatan, calon hendaklah beragama Islam (Ahli Sunnah Wal Jamaah) (ii) WARGANEGARA MALAYSIA (ii) Berumur:-

(a) Tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan bagi lantikan kali pertama dalam Kerajaan.

(b) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh tutup iklan bagi kenaikan pangkat secara lantikan.

1

D. PENETAPAN GAJI PERMULAAN

Gaji permulaan yang lebih tinggi dalam gred-gred jawatan yang dipohon boleh ditetapkan oeh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja atau kemahiran berkaitan.

E. PENAKLUKAN DIBAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Pegawai ? pegawai yang memasuki Skim Perkhidmatan yang berkenaan adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan tersebut yang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa kemasa.

F. TARIKH TUTUP IKLAN

02 Mac 2020

G. CARA PERMOHONAN

(a) Semua permohonan jawatan kosong yang ditawarkan di Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) hendaklah dibuat secara online dengan menggunakan laman sesawang yang telah disediakan oleh pihak MAINJ iaitu

Sila pastikan anda login/register dan mengisi semua maklumat diri anda dengan lengkap dan tepat bagi memastikan permohonan anda diterima dan dinilai sebaiknya oleh majikan.

Adalah dimaklumkan bahawa, semua pemohon pekerjaan dalam sistem johorcareer dinasihatkan agar mengemaskini maklumat nombor telefon dan emel bagi melancarkan urusan hebahan panggilan temu duga. Kesilapan mengisi maklumat tersebut akan menyebabkan hebahan panggilan temu duga tidak dapat diterima oleh calon.

H. NOTA/CATATAN AM :

(a) Hanya calon -calon yang layak selepas tapisan dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil /dihubungi untuk ditemuduga.

(b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

(c) Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor

Tarikh Rujukan

: 19 Februari 2020 : MAIJ 1/45 Jld 3

2

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download