PERKHIDMATAN E-KERAJAAN

[Pages:24].my

Selamat datang ke

P E R K H I D M ATA N

E-KERAJAAN

Versi 1.1

bergerak dengan masa. . . Dapatkan IT. Cuba IT. Guna IT.

Pengenalan

3

Mukasurat 2

Kandungan

Bayar Bil

4 - 5

Menempah

Kemudahan

6 - 7

Mencari Kerja

8 - 9

Muat Turun Borang Kerajaan

10 - 11

Talikhidmat

12-13

Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan 14

Memohon Biasiswa 15

Mendaftar sebagai Kontraktor atau Juruperunding Kerajaan

16-17

Perpustakaan dalam Talian

18-19

Imej Panoramik

Sarawak

20

Atlas Digital Interaktif Jalan-jalan Sarawak 21

Maklumat Hidrologi

(real time)

22

Perkhidmatan E-Kerajaan di hujung jari anda 24-7

Mukasurat 3

PENGENALAN

bergerak dengan masa. . . Dapatkan IT. Cuba IT. Guna IT.

PRAKATA

Konsep Kerajaan Elektronik atau e-Kerajaan adalah satu inisiatif untuk menerajui Sarawak ke Era Informasi. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) memainkan peranan yang semakin penting dalam kehidupan harian. ICT merevolusikan cara bekerja, masa beriadah dan cara perniagaan dikendalikan. Aplikasi ICT juga meningkatkan mutu penyampaian produk dan perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat melalui penambahbaikan proses dan pengurusan kerajaan.

E-Kerajaan menggunakan ICT atau perkhidmatan dalam talian (online) untuk meningkatkan capaian/akses dan penyampaian perkhidmatan kerajaan bagi memberi manfaat kepada masyarakat, rakan perniagaan dan kakitangan kerajaan. Ia juga membantu mengukuhkan usaha-usaha pencapaian matlamat pemerintahan efektif serta telus dengan pengurusan sumber sosio-ekonomi yang lebih mantap demi pembangunan masa depan.

Kerajaan Negeri Sarawak telah berjaya melaksanakan sembilan (9) perkhidmatan dalam talian dan tiga (3) perkhidmatan maklumat melalui penyampaian perkhidmatan yang efektif dan efisien mengatasi jurang masa dan ruang. Perkhidmatan dalam talian yang disediakan adalah Paybills Malaysia, e-Booking, e-Recruitment, eForm, e-Talikhidmat, e-Request, e-Scholarship, e-Contractor dan e-Library.Tiga perkhidmatan maklumat tersebut adalah Imej Panoramik Sarawak (PIOS), Atlas Digital Interaktif Jalan-Jalan Sarawak (SIDRA) dan Maklumat Hidrologi.

Penerangan ringkas tentang kesemua sembilan perkhidmatan dalam talian dan tiga perkhidmatan maklumat telah dimuatkan di dalam buku ini. Untuk keterangan lanjut tentang perkhidmatan dalam

talian/aplikasi e-Kerajaan, sila lawati portal Kerajaan Negeri di .my

Perkhidmatan E-Kerajaan di hujung jari anda 24-7

.my

bergerak dengan masa. . . Dapatkan IT. Cuba IT. Guna IT.

Mukasurat 4

Bayar Bil ( Paybills Malaysia)

Tidak perlu menunggu atau berbaris, tiada kesesakan jalan atau kekecewaan mendapatkan tempat letak kereta ... Sungguh hebat kan? Ya, inilah yang disediakan oleh perkhidmatan Paybills Malaysia. Ia merupakan satu kaedah pembayaran dalam talian yang membenarkan anda membayar bil-bil dengan senang dan mudah semasa berada di pejabat mahupun di rumah, pada bila-bila masa, tidak kira siang atau malam.Tambahan lagi, anda boleh membayar bil-bil melalui pelbagai saluran pembayaran yang disediakan oleh kebanyakan bank di Sarawak.

Paybills Malaysia menggabungkan bil-bil daripada pelbagai pengeluar bil seperti pembekal-pembekal elektrik, air, telekomunikasi, cukai pintu/taksiran, cukai tanah dan sebagainya ke dalam satu laman web, perkhidmatan pembayaran yang mudah dan menyeluruh melalui Internet untuk anda sebagai pelanggan. Perkhidmatan dalam talian ini adalah selamat dimana ia mematuhi Piawaian Sekuriti Industri SSL, enskripsi dan protokol ISO8583. Ini bermakna pembayaran bil-bil anda dalam talian adalah selamat kerana data dan maklumat peribadi adalah terjamin dan dianggap persendirian dan sulit.

Di Paybills Malaysia, anda juga boleh melihat dan/atau mencetak penyata bil-bil anda ataupun menerima notifikasi melalui emel berkenaan status bil-bil anda. Buat masa kini, anda boleh membuat bayaran dalam talian bagi bil-bil yang dikeluarkan oleh 38 agensi melalui mana-mana lapan (8) bank pilihan sebagai saluran pembayaran.

Membayar bil-bil anda memang mudah sekarang, jadi daftarlah diri anda dengan Paybills Malaysia hari ini.

Perkhidmatan E-Kerajaan di hujung jari anda 24-7

bergerak dengan masa. . . Dapatkan IT. Cuba IT. Guna IT.

Saluran pembayaran:

CIMB Bank Mobile Money RHB Bank Hong Leong Bank

AmBank Public Bank - MEPS FPX Bank Islam - MEPS FPX Kad kredit VISA/ MasterCard melalui

Agensi:

DBKU, MBKS, MCC, SMC, BDA Cukai Taksiran/Pintu, Kompaun Letak Kenderaan, dan Sewa kemudahan

MP Padawan dan kesemua Majlis Daerah Cukai Taksiran/Pintu

Lembaga Air Kuching, Lembaga Air Sibu dan LAKU Bil air

Pustaka Negeri Sarawak Yuran keahlian

SESCO Bil elektrik dan E-Tender

Sarawak Club Yuran keahlian

Siliconet JASP Tambah-Nilai Jaring

Telekom Malaysia Bhd & TM Net Sdn Bhd Bil telekomunikasi

Yayasan Sarawak Bayaran balik pinjaman pelajar

Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sewa stadium dan Dewan Suarah

Mukasurat 5

Perkhidmatan E-Kerajaan di hujung jari anda 24-7

.my

bergerak dengan masa. . . Dapatkan IT. Cuba IT. Guna IT.

Menempah Kemudahan

(e-Booking)

e-Booking ialah satu sistem tempahan dalam talian untuk kemudahankemudahan di bawah jagaan Pihak BerkuasaTempatan,Taman Negara Sarawak dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi. Kemudahan-kemudahan ini merangkumi auditorium, dewan sukan, balai raya, dewan suarah, padang bola, stadium, taman-taman dan banyak lagi.

Sistem ini menyediakan borang permintaan tempahan dalam talian. Tempahan adalah tertakluk kepada kekosongan kemudahan yang sediada. Kemudahan-kemudahan ini boleh ditempah untuk pelbagai aktiviti, merangkumi pameran, majlis, latihan, aktiviti sukan dan sebagainya. Pengenalan ringkas termasuk maklumat orang yang boleh dihubungi, gambar dan peta kemudahan tersebut juga dimuatkan untuk makluman pemohon.

Selain daripada menempah kemudahan, anda juga boleh menempah tempat penginapan di Taman-taman Negara Sarawak. Segala maklumat yang diberikan adalah dijamin sulit.

Mukasurat 6

Majlis Bandaraya Miri

Stadium Perpaduan Sarawak Stadium Negeri Sarawak

Perkhidmatan E-Kerajaan di hujung jari anda 24-7

bergerak dengan masa. . . Dapatkan IT. Cuba IT. Guna IT.

Pihak Berkuasa Tempatan

Majlis Bandaraya Kuching Selatan Dewan Bandaraya Kuching Utara Majlis Bandaraya Miri Lembaga Kemajuan Bintulu Majlis Perbandaran Sibu Majlis Daerah Luar Bandar Sibu Majlis Daerah Bau Majlis Daerah Betong Majlis Daerah Kapit Majlis Daerah Lawas Majlis Daerah Limbang Majlis Daerah Lubok Antu Majlis Daerah Lundu Majlis Daerah Meradong & Julau Majlis Daerah Marudi Majlis Daerah Matu & Daro Majlis Daerah Mukah & Dalat Majlis Daerah Sarikei Majlis Daerah Samarahan Majlis Daerah Seratok Majlis Daerah Serian Majlis Daerah Simunjan Majlis Daerah Sri Aman Majlis Daerah Subis

Kementerian Pembangunan Sosial & Urbanisasi

Dewan Suarah Baram Dewan Suarah Bau Dewan Suarah Bintulu Dewan Suarah Kapit Dewan Suarah Kota Samarahan Dewan Suarah Kuching Dewan Suarah Limbang Dewan Suarah Mesra Mukah Dewan Suarah Miri Dewan Suarah Sarikei Dewan Suarah Sibu Dewan Suarah Sri Aman Padang Bola Stadium Hoki Negeri Stadium Negeri Stadium Perpaduan / Tertutup Stadium-stadium Terbuka

Taman-taman Negara Sarawak

Untuk keterangan lanjut tentang taman-taman negara, anda boleh melayari laman web:



Mukasurat 7

Majlis Daerah Limbang

Dewan Suarah Baram

Perkhidmatan E-Kerajaan di hujung jari anda 24-7

.my

bergerak dengan masa. . . Dapatkan IT. Cuba IT. Guna IT.

Mencari Kerja (e- Recruitment)

Mukasurat 8

Dulu, untuk mencari kerja dalam Perkhidmatan Kerajaan Sarawak melibatkan pencarian melalui jawatanjawatan kosong diiklankan dalam surat khabar ataupun membaca notis yang dipaparkan di pejabat-pejabat kerajaan. Kini, anda tidak perlu lagi berbuat demikian dengan adanya

kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

e-Recruitment merupakan sistem dalam talian yang bukan sahaja membolehkan anda memohon jawatan kosong dalam Perkhidmatan Kerajaan Sarawak, malah menyiarkan dan mengemaskinikan biodata anda dalam talian supaya kelayakan anda dapat dipadankan dengan jawatan kosong yang tertentu. Anda mungkin akan disenarai-pendekkan untuk temuramah dengan serta-merta.

Perkhidmatan E-Kerajaan di hujung jari anda 24-7

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download