Weebly



SMK PELINDUNG KUANTANButiran Laporan1TajukMINIT CURAI2Taklimat/Bengkel/Kursus /MesyuaratProgram Transformasi PPD GTP 2.0 ;Kursus Amalan PLC dan VLE dalam Pembelajaran Abad Ke-213Tarikh12 Disember 2014 (Jumaat)4Masa8.00 – 5.30 petang5TempatPuteri Lela Ballroom 1 Shahzan Inn Kuantan6AnjuranPPD Kuantan7PengerusiEncik Kasmadi bin Nordin8Kehadiran8.1 Tuan Haji Mohd Pauzi Bin Taib Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan8.2 Dr Balasandran A. Ramiah D.B.A Senior Lecturer Institut Aminuddin Baki Kampus Utara Jitra Kedah8.2 Encik Kasmadi Bin Nordin dan Wakil PPD Kuantan8.3 Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah- Sekolah Rendah dan Menengah Daerah Kuantan 8.4 Ketua Bidang atau Ketua Panitia 9Bahan-bahan Edaran9.1 Pamplet9.2 Modul Amalan PLC dalam Pembelajaran Abad ke- 21Agenda/Perkara PentingBil.PerkaraTindakan1Ucapan alu-aluan oleh Encik Kasmadi bin NordinAmalan PLC atau “Professional Learning Community” merupakan salah satu instrument KPI bagi kementerian.Justeru itu kursus ini disasarkan kepada semua Guru Penolong Kanan Pentadbiran sekolah rendah dan menengah Daerah Kuantan kerana mereka merupakan tulang belakang sekolah dalam memacu komuniti pembelajaran yang mantap.Perkataan VLE digunapakai dalam surat panggilan kerana menggunakan peruntukkan kewangan bagi kursus ini.PK12SLOT 1 (8.00 hingga 10.00 pagi)Penceramah jemputan iaitu Dr Balasandran dari IAB Jitra menerangkan kandungan yang terdapat dalam modul yang disediakan :Tool Kit 1.2 – Penilaian Kendiri Tahap Pembudayaan PLC(instrument mengukur sejauh mana PLC digunakan di sekolah)Tool Kit 3.2 – MindscapingTool Kit 3.3 – Perancangan Aktiviti PLC3 alat kolaboratif yang akan diterangkan sepanjang kursus ini iaitu :“Learning Walk”“Lesson Study”“Peer Coaching”KBAT merupakan salah satu mesti ada dalam Pembelajaran Abad Ke-21.Strategi untuk membangunkan kompetensi guru-guru dalam PdP di sekolah :Buddy System (Team Teaching/Pairing Senior and Junior)Sekolah membuat peraturan dua waktu tambahan di mana guru senior akan masuk ke kelas guru junior atau dua orang guru (guru senior dan guru junior) masuk mengajar dengan syarat kedua-dua guru tersebut ada pengetahuan kurikulum yang sama, ada perancangan, mesti ada “ time allocation” dan kepercayaan “level of trust”.Station Teaching – 2 orang guru masuk kelas dan mengajar 1 topik kritikal/susah dan seorang guru lagi mengajar topik yang asas/senang.Parallel Teaching – sesuai untuk kelas dengan bilangan pelajar yang kecil.Subject Based Classroom (SBC) – sesuai untuk pelajar kelas lemah kerana dua subjek diajar dalam satu hari, satu subjek sebelum rehat dan satu subjek lagi selepas rehat (Jadual Anjal).Alternative Teaching – Sesuai untuk pelajar yang tiada asas contohnya pelajar Tingkatan 6 yang tidak pernah mengambil subjek Prinsip Perakaunan semasa tingkatan 1 hingga 5 tetapi semasa tingkatan 6 pelajar ini mengambil subjek berkenaan.Cara untuk bagi guru hebat dalam pdp :Penyeliaan atau pemantauan dari pihak pentadbir sekolah(Jenis penyeliaan iaitu dari segi penglibatan pelajar, pembelajaran pelajar, kerja dan latihan untuk pelajar,perancangan dan persediaan mengajar oleh guru, kaedah penyampaian, kemahiran berkomunikasi guru dan pelajar, sumber , kaedah penilaian guru dan teknik penyoalan.Buddy SystemNetworking dengan sekolah-sekolah berdekatan dalam berkongsi kepakaran dan ideaApakah itu PLC ?Usaha pihak sekolah untuk membangunkan dan membaiki PdP guru danperubahan satu kumpulan komuniti yang mempunyai kemahiran yang tidak duduk bersama-sama tetapi mempunyai hala tuju yang sama di mana professional itu memberi maksud kemahiran atau latihan mengatasi rasa jngin tahu dan mempunyai hasrat untuk dikongsi bersama.Kalau sekolah hendak buat PLC disekolah mesti pegang “ Semua murid boleh belajar”3SLOT 2 ( 10.30-12.30 tengah hari)Tayangan Video Montview Colorado berdurasi 7 minit Mengisahkan sekumpulan guru yang berusaha untuk membantu murid-murid sekolahnya untuk mempertingkatkan keupayaan berbahasa Inggeris kerana murid-murid sekolah mereka kebanyakkan adalah pendatang yang berhijrah dari pelbagai rumpun bangsa dan menggunakan pelbagai bahasa seperti Bahasa Sepanyol, Latin dan sebagainya. Guru-guru ini menggunakan alat kolaboratif PLC yang di namakan “Learning Walk”.Model PLC yang digunakan ialah Modul PLC DuFourPLC adalah satu usaha sistematik dan kolaboratif, berstruktur, ada usaha kerjasama di mana akan jadi KPI yang ditadbir urus oleh Pengetua, PK1 bersama-sama guru-guru Ketua Bidang.Fokus model PLC DuFour adalah PdP merupakan “core bussines”.Ada 3 idea utama dan 4 soalan kritikal berfokus dalam pembelajaran murid.3 Idea Utama :Memastikan semua pelajar belajarMembina budaya kolaboratifFokus outcome murid iaitu hasil pencapaian murid di mana kelas depan boleh diukur dengan nilai GPMP (kualiti) dan peratus, % (kuantiti), murid yang berada di dalam kelas sederhana nilai peratus,% menjadi ukuran sementara murid kelas lemah kita mengukur menggunakan min markah.4 Soalan Kritikal :Apakah aspek yang murid ingin belajarMesti ada focusContoh : bagaimana hendak meningkatkan kemahiran belajar aras tinggi (KBAT)?Bagaimana kita tahu yang mereka sedang belajar ? (Inkuiri)Bagaimana kita respon andai mereka tidak belajar? (Inovasi)Bagaimana kita respon andai mereka belajar? (Impak)Alat-alat Kolaboratif :Learning walkLesson studyPeer CoachingAction ResearchVideo CritiqueTeaching Sharing SessionBook Club Contoh : 4A’s Protocol Assumption/Agree/Argue/ActionDalam PLC ada “Tight” (wajib) dan “Loose” (fleksible)Tight : 3 idea utama dan 4 soalan kritikalLoose : Kandungan Learning Teams dan alat kolaboratif yang digunakan mengikut kesesuaian.Bagaimana rupa sekolah yang menggunakan PLC?PLC mesti ada : Matlamat/Objektif Sekolah (KPI)Pasukan pemandu ( Pengetua, PK1,guru-guru Ketua Bidang) yang membentuk jawatankuasa Induk, yang membentuk KPI sekolahLearning Team yang boleh jadi merupakan panitia mata pelajaran dan boleh membentuk kumpulan baru lain selain panitia.3 idea utama4 soalan kritikalTingkatkan pencapaian/outcome muridAlat Kolaboratif 1 : Learning Walk Konsep : sesuai untuk guru baru dan guru baru bertukar ke sekolah itu dan tidak semestinya guru tersebut sama opsyen.Guru junior boleh masuk ke kelas guru senior untuk melihat perjalanan pdp dan sebaliknya.untuk membudayakan sekolah.5 – 10 minit masa yang diambil untuk pencerapan.“Adult do not learn from experience, they learn from processing experience”Bukan lawatan mengejut kerana ada “Pre walk”- ada perbincangan ringkasLawatan ke bilik darjah dan melihat guru mengajar dan murid belajar (Persediaan/Strategi/Pengurusan Kelas - untuk mengurangkan tingkah laku negatif murid/Rekabentuk kurikulum/Inovasi)Tiada borang pemantauan digunakan.Refleksi bersama guru yang di lawatiPerbincangan selepas tamat “Post Walk” dengan memberi komen dan teguran berhikmahMenggalakkan refleksi bersama semua guru untuk perkongsian strategi.Penambahbaikan berterusan kerana sekolah menetapkan standard yang tinggi pada guru baru dan guru baru bertukar masuk sekolah untuk membentuk budaya sekolah.4SLOT 3 (2.45 hingga 5.00 petang)Cabaran Perlaksanaaan PLC di sekolah :Model pelaksanaan PLC guruInkuiri masalah pembelajaran berdasarkan 4 soalan kritikal(Analisis Item/RCA)Strategi atau Inovasi yang digunapakai(Guna graphic organizers- Mind Maps/Ryans’s Thinkers/Kaedah Konstektual/Mastery Learning/Thinking Tools- 8 mind maps I-Thinks)Fleksibiliti dalam penggunaan alat-alat kolaboratif mengikut keserasian guruImpakFaedah PLC :Menggalakkan refleksi –untuk ubah sikap dan muhasabah diriMembentuk sistem sekolah yang cemerlangPenambahbaikan berterusan untuk membudayakan sekolahSekolah peka keadaan semasaBerkongsi strategi antara guru baru dan lama serta jaringan kepakaran antara sekolah-sekolah berdekatanTayangan Video Shiyama Sensei dari Negara Jepun yang berdurasi 17 minitMengisahkan guru muda menggunakan alat kolaboratif “ Lesson Study” untuk memantapkan PdP subjek matematik.Alat Kolaboratif 2 : Lesson StudyKonsep :Bilik darjah terbuka Fokus utama kepada murid belajar bukan guru mengajarMenentukan matlamat dan objektif pembelajaranMerancang rancangan mengajarMendapat kerjasama dari guru lain sebelum mengajar untuk meningkatkan strategi pengajaranMembentuk satu pasukan pemantauan pembelajaran murid lebih dari seorang (PK1, Ketua bidang,SICs dan guru-guru lain)Membuat refleksi terhadap pdp dengan semua ahli pasukan.Mengubahsuai untuk menambahbaik rancangan mengajar sekiranya perluAlat Kolaboratif 3 : Peer CoachingModel : Coaching Cycle Konsep ini tidak boleh belajar secara teori tetapi peserta memerlukan bengkel simulasi untuk keberkesanan yang tinggi.Secara ringkasnya, mentor atau jurulatih perlu mengetahui matlamat guru semasa pdp sepanjang tahun di mana ada Pelan Tindakan yang perlu dirangka sepanjang tahun tersebut.Email : balasandran@iab.edu.my55.00 hingga 5.30 petangMajlis Penutupan dan pemberian cenderahati kepada Dr Balasandran oleh Tuan Haji Mohd Pauzi Bin Taib.Dalam ucapan pegawai pendidikan daerah tersebut, beliau menyeru supaya semua warga pendidik khususnya di daerah Kuantan tahu tentang motto PPD Kuantan iaitu “ Kuantan Memang Di Hadapan”Tindakan yang perlu diambilGuru Penolong Kanan di minta membuat penataran di peringkat sekolah berkaitan PLC dan menghantar laporan tersebut ke PPD.Bengkel PLC untuk pentadbiran sekolah akan diteruskan sekitar bulan Januari 2015selama dua hari bermula 18 Januari 2015. Tempat akan dimaklumkan kemudian.Tandatangan Pegawai Pelapor : Suziliana Jamaludin Ketua Panitia Kimia/Guru Data & Maklumat Tarikh Laporan : 13 Disember 2014 ................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download