Mttdaruliman.edu.my



Wang dan Bank1.WANG ialah benda yg boleh diterima umum sebagai alat perantaraan pertukaran.2.Fungsi wang ada 4 iaitua)Alat perantaraan pertukaran.?wang boleh diterima umum sebagai suatu komoditi perantaraan pertukaran?Contohnya,Salim membeli komputer dari kedai komputer dan membayarnya dengan wang.?Fungsi wang ini dapat mengatasu masalag kehendak serentak dalam sistem barter*apa itu sistem barter?Sistem barter merupakan satu proses pertukaran barang dengan barangb)Alat ukuran nilai?wang dapat menilai sesuatu barang dalam bentuk harga?contohnya,harga sejambak bunga ros adalah rm45?Fungsi wang ini dapat mengatasi masalah penentuan kadar pertukaran barang dalam sistem barterc)Alat simpanan nilai?wang boleh disimpan untuk kegunaan masa depan kerana sifatnya yang tahan lama dan tidak mudah rosak?contohnya,wang yang disimpan rm5000 dalam bank masih mempunyai nilai yang sama pada bulan berikutnya?fungsi wang ini dapat mengatasi masalah penyimpanand)Alat bayaran tertunda?Wang membolehkan sesuatu bayaran dilakukan secara ansuran?Pembeli boleh membeli sesuatu barang pada masa sekarang dan membuat bayaran pada masa depan?contohnya,Haizad membeli sebuah telefon dan membayar secara ansuran RM35 semingguCiri-ciri wang?diterima umum?mudah dibawa?penawaran terhad?boleh dibahagi kepada unit yang lebih kecil?kestabilan nilaiFungsi Bank Pusat1.Bank pusat di Malaysia dikenali sebagai BANK NEGARA MALAYSIA(BNM)2.Terdapat dua matlamat penubuhan BNM iaitu:a)untuk memastikan kestabilan wang dan struktur ekonomi negara.b)bertindak sebagai jurubank dan penasihat kewangan kepada kerajaan.3.Fungsi-fungsi bank pusat adalah a)Mengeluarkan mata wang?wang kertas?wang syilingb)Mengawal kestabilan mata wang?bank pusat mengawal kestabilan mata wang melalui beberapa cara iaitu:-mewujudkan sandaran minimum-campur tangan dalam pasaran pertukaran asing-mengawal inflasic)Jurubank kepada kerajaan*Mentadbir akaun kerajaan*Mengurus hutang kerajaan*Mengurus pertukaran asing*Memberi nasihat pelaburand)Jurubank kepada bank perdagangan~Mengawal nisbah rizab berkanun dan nisbah rizab tunai.~Menyelaraskan hutang dan cek antara bank perdagangan.~Sumber pinjaman terakhir kepada bank perdagangan.e)Mengawal kestabilan ekonomiBank pusat mengawal kestabilan ekonomi melalui alat dasar kewangan seperi1.nisbah rizab berkanun2.nisbah rizab tunai3.Kadar faedah4.syarat jaminan kerajaan5.syarat sewa beliFungsi bank perdagangan1.Bank perdagangan merupakan institusi kewangan milikan swasta yang aktivitinya bermotifkan keuntungan.2.Contoh bank perdagangan a)Maybankb)HSBCc)Hong Leong Bankd)AmBank Group3.Bank perdagangan terdapat 2 jenis skim perbankan iaitu:A)SKIM PERBANKAN ISLAM-Berdasarkan hukum syarak-Berasaskan keuntungan-Dikawal oleh Lembaga Pengawasan Syariah(1997)-Tidak menerima deposit tetapB)SKIM PERBANKAN NASIONAL-Berdasarkan kaedah perbankan konvensional-Berasaskan kadar faedah-Dikawal oleh Akta Perbankan dan Institusi Kewangan(BAFIA) 1989-Menerima deposit tetap4.Fungsi bank perdagangana)Menerima deposit*Bank perdagangan menerima deposit daripada masyarakat melalui tiga jenis akaun iaitu:?AKAUN SIMPANAN?AKAUN SEMASA ?AKAUN SIMPANAN TETAPb)Memberi pinjaman*bank perdagangan memberi pinjaman kepada masyarakat melalui kaedah seperti ?MENDISKAUNKAN BIL PERTUKARAN(menunaikan bil di kaunter bank perdagangan pada kadar yang lebih rendah daripada nilai bil pertukaran)?PINJAMAN BERCAGAR(pinjaman untuk membeli aset bukan semasa seperti tanah dan rumah)?PINJAMAN PERIBADI/PERSENDIRIAN(pinjaman yang diberikan tempoh enam bulan hingga tiga tahun)?PINJAMAN KENDERAAN(pinjaman untuk membeli kenderaan seperti kereta untuk kegunaan peribadi atau kegunaan komersial)?PINJAMAN KAD KREDIT(membayar harga sesuatu barang secara kredit dengan kad kredit)?OVERDRAF(mengeluarkan wang lebih daripada baki dalam akaun semasa)c)Membuat dan menerima bayaran*Bank perdagangan menyediakan perkhidmatan membuat dan menerima bayaran bagi pihak pelanggan melalui sistem cek dan arahan kepada bank.*Arahan kepada bank merangkumi debit langsung,perintah sedia ada,pindahan kredit,draf bank,kad juruwang elektronik(kad ATM),kad kredit.d)Perkhidmatan lain*bank perdagangan juga menyediakan perbankan internet(online)*selain itu,perkhidmatan lain seperti?perkhidmatan insurans?urus niaga saham?pelaburan emas?penulisan wasiat?unit amanahPendapatan Individu1.Pendapatan individu merupakan ganjaran yang diterima oleh individu dalan suatu tempoh masa tertentu.2.Terdapat 2 jenis pendapatan individu iaitu pendapatan faktor produktif dan pendapatan faktor tidak produktif.3.Pendapatan faktor produktif merupakan ganjaran yang diterima oleh individu yang menyumbangkan faktor pengeluaran kepada aktiviti ekonomi.Contoh ganjaran adalah seperti upah,sewa,faedah,untung dan dividen.4.Pendapatan faktor tidak produktif merupakan ganjaran yang diterima oleh individu yang tidak menyumbangkan faktor pengeluaran dalam aktiviti ekonomi.Ganjaran tersebuti dikenali sebagai bayaran pindahan.5.RUMUS PENDAPATAN INDIVIDU PENDAPATAN INDIVIDU =Upah+Sewa+Faedah+Untung+Dividen+Bayaran pindahan.Pendapatan individu1.Upah-Ganjaran kepada BURUH.-Buruh menerima upah kerana menyumbangkan tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran.-Upah dibayar mengikut output yang dihasilkan atau masa bekerja.-Terdapat 2 jenis upah.*Upah wang(nominal)-merupakan upah yg diterima dalam bentuk ringgit dan sen.*Upah benar-merupakan jumlah barang dan perkhidmatan yg mampu dibeli oleh individudengan sejumlah wang.-juga dikenali sebagai kuasa beli wang.2.Sewa-Ganjaran kepada pemilik faktor tanah.-Pemilik faktor tanah menerima sewa kerana sanggup memberikan hak penggunaan kepada orang lain.-Kadar sewa adalah berdasarkan lokasi,permintaan dan kegunaan tanah.3.Faedah-Ganjaran kepada pemilik modal wang.-Pemilik modal wang menerima faedah kerana sanggup menangguhkan perbelanjaan pada masa kini dan menanggung risiko kejatuhan nilai mata wang.*Rumus FaedahFaedah=Jumlah simpanan x Kadar faedah x Tempoh simpanan4.Untung-Ganjaran kepada usahawan.-Usahawan menerima untung kerana sanggup menerima risiko dan menyumbangkan idea perniagaan.*Rumus untungUntung=Jumlah hasil - Jumlah kos5.Dividen-Merupakan sebahagian daripada keuntungan syarikat dan dibayar kepada pemegang saham syarikat,pemegang unit amanah dan pencarum dalam kumpulan KWSP.6.Bayaran pindahan-Pendapatan yang diterima oleh individu yang tanpa memberi apa-apa sumbangan dalam aktiviti ekonomi.-Ganjaran kepada faktor tidak produktif-Contoh bayaran pindahan ialah:*pencen pesara*wang saku*biasiswa*elaun hidup ................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download