Dayakculturalfoundation.org.my



A. Biasiswa

1. Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib

Tujuan

• Menyediakan biasiswa kepada pelajar cemerlang yang mengikuti kursus dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) sahaja.

• Menyediakan pembiayaan kepada pasca-siswazah menjalankan penyelidikan dalam bidang danpengkhususan yang diperlukan oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Syarat

• Pemohon mestilah warganegara Malaysia (Anak Jati Sarawak).

• Pelajar Ijazah Pertama yang sedang mengikuti pengajian di IPTA dan IPTS terpilih di dalam negara dengan CGPA 3.0 ke atas

• Pelajar Ijazah Lanjutan (Sarjana, PhD & Kepakaran) yang mengikuti pengajian di IPTdi dalam dan luar negara dalam bidang penyelidikan sahaja.

Bantuan

• Kerja Kursus:

o Pengajian Ijazah Pertama dalam negara sahaja.

o Pengajian Sarjana dan PhD di dalam dan luar negara.

o Keutamaan kepada senarai tawaran kursus dan lulus temuduga.

o Permohonan dibuka setahun sekali melalui iklan tawaran.

• Penyelidikan: 

o Peringkat Sarjana, PhD dan Kepakaran di dalam dan luar negara.

o Keutamaan kepada senarai kursus yang ditawarkan dan lulus temuduga.

o Permohonan dibuka sepanjang tahun.

Permohonan

• BYSTT (Kerja Kursus):

o Permohonan atas talian (Salinan dokumen dihantar ke Yayasan Sarawak).

o Tarikh Permohonan: 1 – 30 Ogos 2019.

• BYSTT (Penyelidikan):

o Borang Permohonan

2. Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR)

Tujuan

• Menyediakan biasiswa kepada pelajar yang mengikuti kursus bukan bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) sahaja.

• Ambilan pelajar terbuka kepada semua IPTA dan IPTS yang terpilih sahaja di Malaysia untuk peringkat Sarjana Muda sehingga PhD

Syarat

• Pemohon mestilah warganegara Malaysia (Anak Jati Sarawak).

• Pencapaian akademik yang cemerlang sekurang-kurangnya Gred B dan ke atas pada setiap subjek di peringkat STPM, atau

• Memperolehi CGPA/PNGK 3.00 dan ke atas bagi lulusan Sijil / Diploma / Matrikulasi / A-Level dan yang setaraf dengannnya.

Bantuan

• Ijazah Sarjana Muda: 

Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup, Elaun Buku, Elaun Kertas Projek, Elaun Alat Perkakas, Elaun Latihan Amali, Elaun Latihan Ilmiah/Tesis & Tiket Penerbangan.

• Ijazah Lanjutan (Sarjana, PhD & Kepakaran): 

Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup, Elaun Buku, Elaun Alat Perkakas, Elaun Latihan Tesis, Elaun Pengajian Akhir & TiketPenerbangan.

• Tiket penerbangan pergi-balik (sekali setahun dalam Negara dan sekali sepanjang kursus untuk luar negara).

Permohonan

• Permohonan dibuka sekali setahun melalui iklan di akhbar tempatan dan laman web.

• Muat turun borang permohonan

3. Biasiswa Program Perubatan

Tujuan

• Khusus untuk pelajar mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Program Perubatan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

• Setiap tahun 40 orang pelajar akan dipilih sebagai usaha untuk meningkatkan bilangan doktor di Sarawak.

Syarat

• Pemohon mestilah warganegara Malaysia (Anak Jati Sarawak).

• Mendapat tawaran dan pengesahan pengajian program perubatan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

• Melepasi proses temuduga.

Bantuan

• Yuran pengajian, sara hidup, pengangkutan, penginapan, bantuan buku, elaun perkakasan, elaun kertas dan projek

4. Biasiswa Tempatan Yayasan Sarawak

Tujuan

• Menyedia biasiswa kepada pelajar peringkat Sekolah Menengah di Negeri Sarawak yang kurang berkemampuan

• Membiayai persekolahan bagi membolehkan pelajar meneruskan persekolahan serta menggalakkan peningkatan prestasi akademik pelajar.

Syarat

• Pemohon mestilah warganegara Malaysia (Anak Jati Sarawak).

• Terbuka kepada pelajar Sekolah Menengah dan keutamaan diberikan kepada pelajar Tingkatan 2.

• Kategori pelajar miskin yang Ketua Isi Rumah (KIR) disahkan status kemiskinan di dalam Sistem eKasih.

• Pelajar TIDAK penerima biasiswa atau bantuan kewangan daripada daripada kerajaan atau pihak luar.

• Pelajar tidak mempunyai masalah disiplin di sekolah.

Bantuan

• Bayaran tahunan terus ke akaun pelajar berdasarkan kadar berikut:

o Tingkatan 2–3 :RM300.00

o Tingkatan 4–5 :RM400.00

o Tingkatan6 :RM500.00

Permohonan

• Borang permohonan diedarkan ke sekolah melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS).

• Pihak sekolah hendaklah mengenalpasti pelajar yang LAYAK yang menepati criteria sahaja.

• Pengetua akan mengesahkan permohonan sebelum diserahkan kepada PPD masing-masing untuk rumusan dan perakuan.

• Borang permohonan yang lengkap akan dikembali ke Yayasan Sarawak untuk proses tapisan eKasih.

Yayasan Sarawak akan memaklumkan status permohonan melalui PPD masing-masing.

5. Hadiah Galakan ke IPT (Institusi Pengajian Tinggi).

Tujuan

• Membantu membiayai kos peringkat awal pelajar yang memulakan pengajian ke Institusi PengajianTinggi.

Syarat

• Pemohon mestila hwarganegara Malaysia (Anak Jati Sarawak).

• Terbuka kepada pelajar untuk kemasukan semester pertama sahaja.

• Mengikuti pengajian di Institusi PengajianTinggi Awam, Curtin Miri, Swinburne Kuching dan UCTS Sibu.

• Ibubapa / penjaga pelajar mempunyai pendapatan perkapita RM1,500.00 dan kebawah.

• Hanya meliputi kemasukan peringkat Matrikulasi / Asasi / Pra Diploma / Diploma / Ijazah di Institusi Pengajian Tinggi Awam, Kolej Matrikulasi anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dan Institusi Latihan Kemahiran / Teknikal anjuran kerajaan

Bantuan

• Geran bantuan tidak perlu dibayar balik ini adalah seperti berikut:

Dalam Sarawak :RM1,000.00

Luar Sarawak : RM1,500.00

Permohonan

• Permohonan Atas Talian (Salinan dokumen dihantar keYayasan Sarawak)

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download