WordPress.com



KATA-KATA ALUAN

GURU BESAR,

SK. SALIKU, NABAWAN

Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

SK. Saliku sentiasa berusaha memantapkan pengurusan sekolah dari semua aspek iaitu Kurikulum, Ko-Kurikulum dan melahirkan pelajar yang cemerlang.

Sejak sekolah ini dibuka pengoperasiannya dalam tahun 1988 hingga kini pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk melaksanakan dan mencapai falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, sekolah ini juga berusaha mencapai Visi dan Misi yang telah ditetapkan. Kita juga berusaha merangsang suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Dengan sesungguhnya Takwim 2010 ini, menjadi panduan Am dan bidang Bidang tugas 2010 ini direka wujud supaya menjadi panduan teras unutk merealisasikan Bidang Keberhasilan Negara (NKRA).

Marilah berusaha dengan bersungguh-sungguh bekerja dengan ikhlas sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya juga telah mewakili Staff sekolah ini untuk menandatangani ”Baiiah”, di mana kita bersetuju untuk meningkatkan prestasi sekolah sekurang-kurangnya mencapai semada skor komposit 84% atau melonjakkan sekolah sekurang-kurangnya di kedudukan 2050 di sekolah seluruh negara dan mencapai yang terbaik dari segi semua aspek pengurusan sekolah.

Akhir kata, jika kita (guru) melahirkan pelajar cemerlang maka kita menang dalam perjuangan kita sebagai pejuang pendidik tetapi jika menghasilkan pelajar gagal maka kita tewas dalam perjuangan kita sebagai pejuang pendidik yang tiada maruah.

Selamat Maju Jaya dan SK. Saliku BOLEH!

Saya yang menurut perintah,

( APING BIN MANTIS )

Guru Besar,

SK. Saliku Nabawan,

Pensiangan.

KATA-KATA ALUAN

PENOLONG KANAN HEM,

SK. SALIKU, NABAWAN

Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

Bersyukur kehadrat Tuhan kerana dengan izinNya Takwim dan Senarai Tugas Staf sesi persekolahan 2010 dapat dijilidkan sebagaimana yang dirancang. Dengan adanya senarai tugas dan perancangan tahunan ini, semua staf akan dapat membuat perancangan bagi memastikan aktiviti sekolah berjalan dengan lancar.

Takwim dan Senarai Tugas Staf ini merupakan lanjutan serta pengubahsuaian daripada Takwim 2009, setelah mengambil kira beberapa kelemahan dan keberkesanan maka Takwim ini diperbaiki dari masa ke semasa.

Staf yang dikasihi sekalian, Sesungguhnya Takwim dan Perancangan ini merupakan nadi dan tunjang kepada segala gerak kerja yang berlaku di sekolah ini. Tanpa adanya Takwim ini maka pincanglah segala aktiviti yang dirancang selama ini.

Akhir kata, melalui perpaduan, permuafakatan dan komitmen semua staf SK. Saliku akan memacu kecemerlangan sekolah ini.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menurut perintah,

( ALIX KUNJIN )

Penolong Kanan HEM,

SK. Saliku Nabawan,

Pensiangan.

• Membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang diperkongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, terintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompok etniknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah ”bangsa Malaysia” dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.

• Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan telah terbentuk jiwanya, yakin akan dirinya sendiri, bangga akan keadaannya kini dan segala sesuatu yang telah dicapainya, dan cukup tangkas untuk menghadapi segala macam rintangan. Masyarakat malaysia itu mestilah mempunyai sifat-sifat mengejar kecemerlangan, benar-benar menyedari segala kemungkinan dirinya, tidak terkongkong jiwanya dan dihormati pula oleh semua bangsa lain.

• Membentuk dan memperkembang sebuah masyarakat demokratis yang matang, yang mengamalkan suatu bentuk demokrasi Malaysia yang unggul, berasaskan muafakat dan musyawarah, dan dapat pula dicontohi oleh negara-negara membangun lainnya.

• Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

• Membentuk sebuah masyarakat matang yang bersifat liberal lagi toleran, dengan setiap warga bangsa Malaysia tanpa mengira keturunan mahupun kepercayaannya, bebas mengamalkan dan melaksanakan adat resam, kebudayaan serta kepercayaan agamanya masing-masing, tanpa merasa tersisih daripada bangsa tersebut.

• Membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh ke hari muka, yakni sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi kini tetapi turut menjadi penyumbang terhadap pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan.

• Membentuk sebuah masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang, sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri, dengan kebajikan rakyat tidak diasaskan pada negara mahupun individu, tetapi pada sistem kekeluargaan yang kukuh lagi mantap.

• Menjamin terbentuknya sebuah masyarakat yang adil ekonominya. Masyarakat itu akan mejamin pengagihan kekayaan negara secara adil lagi saksama, dengan kemajuan ekonominya dinikmati bersama oleh setiap rakyat. Masyarakat yang demikian tidak akan terbentuk selagi terdapat penentuan fungsi ekonomi berdasarkan kaum dan pemusatan kemunduran ekonomi kepada kelompok-kelompok kaum yang tertentu.

• Membentuk sebuah masyarakat yang makmur, dengan ekonomi yang mampu menghadapi persaingan, bersifat dinamis, tangkas dan mempunyai daya ketahanan.

KWIM PERSEKOLAHAN MENGIKUT

STRESS

PERKARA-PERKARA YANG MEMBUAT KITA STRESS

ORANG;

• RAKAN-RAKAN GURU TIDAK MEMBERIKAN KERJASAMA

PENUH DALAM APA JUA BIDANG.

• INDIVIDU YANG TIDAK PROFESSIONAL, TIDAK MEMPUNYAI

PENDIRIAN DAN KEKUATAN INTRINSIK

• INDIVIDU YANG KURANG EG DAN TIDAK MEMPUNYAI

ORIENTASI SERTA PERSEPSI YANG BERCORAK TRADISIONAL,

KONSERVATIF DAN TIDAK MAHU BERUBAH.

EKONOMI;

• JUMLAH SIMPANAN DALAM AKAUN KURANG ................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download