BUKU PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA BAGI PENJAWAT FINAS

PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA

BUKU PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA BAGI PENJAWAT FINAS

Disediakan Oleh: Unit Audit Dalam FINAS

(Dikemas kini pada 15 Januari 2016)

KOMPLEKS STUDIO MERDEKA, JALAN HULU KELANG, 68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN NO.TEL : 03-41041300 NO. FAKS : 03-41075216 LAMAN WEB:

Buku Panduan Tuntutan Elaun Lebih Masa Bagi Penjawat FINAS

Kemas kini pada 15 Januari 2016 Unit Audit Dalam FINAS

Buku Panduan Tuntutan Elaun Lebih Masa Bagi Penjawat FINAS

KANDUNGAN

BIL. PERKARA

MUKA SURAT

KANDUNGAN

i

1. PENDAHULUAN

1

2. LATAR BELAKANG

1

3. KEADAAN YANG MEMBOLEHKAN KERJA LEBIH MASA

1

4. KELAYAKAN ELAUN LEBIH MASA

2

5. KADAR ELAUN LEBIH MASA

3

6. PENOLAKAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA

5

7. CARA MENGEMUKAKAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA

6

8. TEMPOH MENGEMUKAKAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH

7

MASA

9. KELAYAKAN ELAUN LEBIH MASA BAGI PEMANDU

7

10. CUTI GANTIAN

8

11. PENUTUP

8

RUJUKAN

9

Kemas kini pada 15 Januari 2016 Unit Audit Dalam FINAS

i

Buku Panduan Tuntutan Elaun Lebih Masa Bagi Penjawat FINAS

1. PENDAHULUAN

Buku Panduan Tuntutan Elaun Lebih Masa Bagi Penjawat FINAS ini

adalah merupakan panduan asas dan memaklumkan peraturan yang berkaitan dengan tuntutan elaun lebih masa untuk penjawat FINAS yang layak.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Peraturan-peraturan tuntutan elaun lebih masa sekarang berasaskan Perintah Am Bab "G" 1974 (Waktu Bekerja dan Lebih Masa).

2.2 Kerja lebih masa adalah bermaksud kerja-kerja yang dijalankan di luar waktu bekerja biasa yang ditetapkan kepada seseorang penjawat. Kerja lebih masa hendaklah bagi kerja-kerja bersifat rasmi sahaja, iaitu menjalankan tugas-tugas jawatannya dan Perbadanan, tetapi bukan untuk menjalankan tugas-tugas bersifat peribadi atau personel.

2.3 Penjawat bererti penjawat FINAS yang dilantik ke jawatan tetap / sambilan / kontrak. Semua anggota dalam kumpulan sokongan layak dibayar elaun lebih masa.

3. KEADAAN YANG MEMBOLEHKAN KERJA LEBIH MASA

3.1 Ketua Jabatan dikehendaki menentukan supaya sesuatu tuntutan bayaran lebih masa itu hendaklah bagi kerja-kerja yang sangat mustahak dan tidak boleh dibuat secara sewenang-wenangnya sahaja.

3.2 Corak kerja lebih masa juga adalah meliputi semua jenis tugas seperti perkhidmatan kaunter, pemprosesan, penyeliaan dan pengawasan dengan tertakluk kepada syarat-syarat kerja seperti berikut:

i. Kerja-kerja kecemasan

ii. Kerja mustahak dan tidak boleh ditangguhkan pada hari berikutnya sebab penangguhan itu boleh memudaratkan perkhidmatan.

Kemas kini pada 15 Januari 2016

1

Unit Audit Dalam FINAS

Buku Panduan Tuntutan Elaun Lebih Masa Bagi Penjawat FINAS

iii. Kerja-kerja yang dikehendaki dibuat oleh anggota melebihi daripada tugas biasanya; dan

iv. Kerja-kerja yang perlu diuruskan dalam jangka masa yang terhad.

4.0 KELAYAKAN ELAUN LEBIH MASA 4.1 Perhatian hendaklah diberikan kepada had maksima kerja lebih masa yang diluluskan oleh undang-undang:

4.1.1 Tidak melebihi daripada 1/3 daripada gaji pokok penjawat.

4.1.2 Kelonggaran untuk menuntut lebih daripada 1/3 daripada gaji pokok jika memenuhi syarat-syarat berikut:

(a) Semua penjawat yang terlibat dalam sesuatu urusan di tempat yang sama telah menjalankan lebih masa yang melibatkan perlangkauan had 1/3 daripada gaji bersih bulanan.

(b) Penjawat yang tidak mahu membuat kerja-kerja lebih masa telah membuat pengakuan sebegitu dengan surat.

(c) Sesuatu keadaan yang difikirkan sangat-sangat munasabah tetapi terkeluar daripada panduan di (a) dan (b).

(d) Tuntutan hendaklah diperakukan oleh pegawai Tingkatan Tertinggi dalam Kumpulan A (Gred 48).

4.2 Penjawat FINAS yang layak menuntut bayaran lebih masa dan diarah menjalankan kerja-kerja lebih masa di luar kawasan ibu pejabat adalah layak menuntut bayaran lebih masa dan juga elaun-elaun tugas rasmi (seperti elaun makan, harian, sewa hotel, elaun perjalanan kenderaan dan sebagainya) tertakluk kepada peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan dalam Pekeliling Perbendaharaan WP 1.4 dan WP 1.10.

Kemas kini pada 15 Januari 2016 Unit Audit Dalam FINAS

2

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download