PK 15/3 - Sumber Pendidikan



PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PAPAN KOTA TINGGI

MINIT MESYUARAT AWAL TAHUN 2015

Tarikh : 28 DISEMBER 2014

Masa : 8.00 PAGI

Tempat : BILIK MESYUARAT SERI ANGGERIK

Pengerusi : EN MOHD JOHARI BIN MUDA

Kehadiran(Bilangan) :

1. En. Mohd Johari bin Muda

2. En. Mohd Sobirin bin Mohd Azehar

3. En. Addy Amey bin Zainl Abdin

4. Pn. Norlaila binti Ahmad

5. En. Asri bin Buang

6. En. Mohammad Haidil bin Misiran

7. En Abdul Rahman bin H.A. Bakar

8. En. Nornikman B. Hj Ramli

9. Cik Maslina binti Ayob

10. Pn. Azizah binti Sadri

11. Pn. Siti Zubaidah binti Mislihan

12. Pn. Rozanah bt Hussin

13. Pn. Fauziah bt Mustapa

14. En. Mohd Hanif b Hassan

Tidak hadir:

1) En. Samsul b. A Wahab

2) Pn. Nurazimah binti Bardothan

3) Pn. Norhayati binti Idris

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1. Mesyuarat dimulai dengan bacaan al-Fatihah oleh pengerusi.

2. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.

3. Pengerusi dan semua ahli mesyuarat menghadiahkan al-Fatihah kepada mangsa-mangsa banjir.

4. Pengerusi mengucapkan takziah kepada mangsa banjir dan mengingatkan kepada semua ahli mesyuarat agar mengambil iktibar supaya bersiap sedia untuk menghadapi banjir dan sentiasa mendoakan mangsa-mangsa banjir.

5. Pengerusi memaklumkan bahawa semua bilik telahpun dikunci. Kunci akan diserahkan kepada pegawai keselamatan.

6. Pihak sekolah telah mendapat peruntukan kewangan daripada UMNO Bahagian Pengerang. Hasil daripada peruntukan kewangan tersebut, pihak sekolah telah membeli karpet baru dan komputer 1 set serta membuat wiring pemasangan internet.

7. Payung sudah diganti dengan yang baru.

8. Kenderaan ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah tanpa urusan rasmi.

9. Bilik Kesihatan telah dikemaskan.

Tindakan: Makluman

10. Bilik Akses telah dikemaskan. Perlu dihiaskan.

Tindakan: En Sobirin

11. Tandas tingkat 2 di sebelah bilik wudhuk akan dijadikan sebagai tandas pelawat. Tandas tersebut telah dipasang shower.

12. Antara perkara yang diberi perhatian oleh pelawat adalah tandas. Jadi jagalah kebersihan tandas.

Tindakan: Makluman

13. Belikan cadar untuk tilam di Bilik Kesihatan.

Tindakan: En Asri

14. Tagline Pengarah JPNJ untuk tahun 2015 ini adalah Johor Showcase.

Tindakan: Makluman

2. PENGESAHAN MINIT YANG LALU

Dibentang oleh En. Mohd Sobirin bin Mohd Azehar.

Dicadang untuk disahkan oleh En. Asri bin Buang.

Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Siti Zubaidah bt Mislihan.

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

1. Tiada perkara berbangkit.

4. FOKUS MESYUARAT

1. BUKU PENGURUSAN SEKOLAH

1. Terdapat jawatankuasa yang perlu dibuang kerana terlampau banyak.

Tindakan: Makluman

2. WAR ROOM

1. War Room adalah merupakan sebuah bilik kerja di mana semua barang yang berkaitan dengan 21st century classroom akan diletakkan di sini.

Tindakan: Semua guru

3. 21st century classroom

1. Kelas-kelas lain selain daripada kelas tahun 4 juga perlu mempunyai ciri-ciri 21st century classroom. Contohnya susunan meja.

Tindakan: Semua guru kelas

4. PPPM

1. Gelombang pertama PPPM berakhir setelah berakhirnya tahun 2015.

Tindakan: Makluman

5. PERALATAN KELAS

1. Peralatan kelas seperti penyapu, pengaut sampah dan buku kedatangan boleh diambil di pejabat.

Tindakan: Guru Kelas

6. FAIL PPB, SURAT AKUAN KUASA & AJK SKSP 2015

1. Guru Besar mengedarkan fail PPB Individu, surat akuan kuasa dan AJK SKSP untuk tahun 2015 kepada semua guru.

Tindakan: Makluman

7. PROGRAM SEKOLAH

1. Undang-undang semasa membuat apa-apa program di luar sekolah adalah sangat ketat. Ini termasuklah lawatan sekolah ke mana-mana tempat yang menarik seperti di Kuala Lumpur dan sebagainya. Perlu patuhi peraturan dan undang-undang.

Tindakan: Semua guru

8. MAKMAL KOMPUTER

1. Jika sesiapa datang ke sekolah untuk membaiki komputer - terutama dari syarikat tender tanpa pengetahuan PKG - pihak sekolah perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada PKG Pengerang.

Tindakan: En Sobirin

9. PERUTUSAN GPK 1 (EN HAIDIL)

1. En. Haidil membentangkan beberapa perkara seperti berikut:

1. Jadual tugas mingguan semua guru

2. Senarai Tugas Kurikulum tahun 2015

3. Carta Organisasi Hal Ehwal Murid 2015

4. Carta Organisasi Kokurikulum 2015

2. SK Sungai Papan menjadi hotspot PPD kerana tergolong dalam kalangan sekolah-sekolah yang mempunyai GPS yang besar. Pemantauan SIC & SIP Partner akan datang ke sekolah.

Tindakan: Makluman

3. Aku Janji UPSR dijangka akan dibuat pada awal Februari

Tindakan: Penyelaras Tahun 6

4. Mesyuarat PIBG dijangka akan dibuat pada 28 Januari 2015.

Tindakan: Pn. Norlaila

5. En. Haidil mengedarkan jadual waktu mengajar dan kelas kepada semua guru.

Tindakan: Makluman

10. PERUTUSAN GPK HEM (PN. SITI)

1. Pn. Siti membentangkan Carta Organisasi Hal Ehwal Murid untuk tahun 2015.

2. RMT berjalan sepertimana biasa. Bilangan murid RMT akan dimaklumkan kemudian.

3. Lagu Patriotik iaitu Lagu Gemuruh oleh Faizal Tahir akan dinyanyikan selepas lagu Negaraku.

Tindakan: Makluman

4. Sesi Tasmi’ boleh dibuat pada hari Selasa, Rabu dan Khamis. Perlu buat surat untuk mengadakannya.

5. Untuk mendaftar APDM bagi murid tahun 1, perlu gunakan IC Pn. Norhayati.

6. Orientasi bagi tahun 1 akan diadakan pada hari Khamis 1 Januari 2015. Antara aturcara bagi majlis tersebut ialah taklimat ringkas daripada tuan Guru Besar.

Tindakan: En Sobirin

7. Pn. Siti membentangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan SPBT.

8. Pn. Siti membentangkan laporan mingguan kajian aedes di sekolah.

Tindakan: Makluman

11. PERUTUSAN GPK KOKO (EN. ADDY)

1. En. Addy membentangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan Kokurikulum SKSP bagi tahun 2015.

2. En. Addy membacakan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dengan aktiviti Kokurikulum secara ringkas.

3. En. Addy membentangkan Carta Organisasi KOKO bagi tahun 2015.

4. En. Addy membacakan senarai tugas KOKO untuk tahun 2015.

5. En. Addy membentangkan laporan perjumpaan KOKO bagi tahun lepas. Untuk tahun 2015 perjumpaan akan dibuat mengikut kelas.

6. En. Addy membacakan program KOKO sepanjang tahun 2015.

Tindakan: Makluman

5. HAL-HAL LAIN

1. UNIFORM

1. Guru Besar mencadangkan agar pihak sekolah memberitahu ibu bapa tentang kedai-kedai yang berdekatan untuk membeli pakaian beruniform, pakaian untuk ketua kelas dan sebagainya. Guru-guru juga tidak perlu memaksa murid untuk memakai pakaian tersebut. Ini kerana pihak sekolah akan memberikan tempoh tertentu sehingga semua murid memakai pakaian tersebut.

Tindakan: Pn. Siti

2. RPH

1. Pastikan RPH lengkap terutama pada hari pertama persekolahan.

Tindakan: Semua guru

3. KELAS & BILIK KHAS

1. Kemaskan semua kelas dan bilik khas iaitu di bahagian dalam. Ini kerana pekerja swasta tidak akan mengemas bahagian dalam kelas atau bilik khas melainkan jika diminta untuk berbuat demikian.

Tindakan: Guru Kelas & Bilik Khas

PENUTUP

a. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................……… ……...............................……….

( ) ( )

Setiausaha Pengerusi / Ahli Mesyuarat

Tarikh : Tarikh :

-----------------------

[pic]

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download