Aslinahrahman.files.wordpress.com



SEKOLAH KEBANGSAAN SEMPANG,

77300, MERLIMAU MELAKA.

Tel / Faks : 06-2634645

e-mel : mba1021@.my

Ruj : SKS/KURIKULUM/PBS/01/2013

Tarikh : 12 Januari 2013

MINIT MESYUARAT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

BIL:01/2013

Tarikh : 10 Januari 2013

Hari : Isnin

Masa : 1.10 tengah hari

Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran : Semua hadir

1. Ucapan Pengerusi

1. Ucapan terima kasih kepada semua guru yang hadir dalam mesyuarat yang

diadakan ini.

2. Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan mengenai pelaksanaan dan perancangan PBS tahun 2013 ini.

Tindakan: Makluman

2. Ucapan Penasihat

1. Ucapan terima kasih kepada Pengerusi dan semua guru yang hadir dalam mesyuarat pada kali ini.

2. Ucapan selamat menyambut tahun baru kepada semua guru.

3. Semua Ketua Panitia hendaklah menjadi PBS dan KSSR sebagai agenda utama semasa mengendalikan mesyuarat panitia nanti.

Tindakan: Makluman &

Ketua Panitia

3.0 Membentangkan dan Mengesahkan Minit

3.1 Pengerusi membentangkan minit yang lalu.

3.2 Disahkan oleh En Raimy B Ismail.

3.3 Disokong oleh Pn Hjh Misratin B Mispani.

Tindakan: Makluman

4. Perkara Berbangkit

4.1 Merujuk Agenda 2 perkara 3:

SKPM telah isi dan dihantar. Sekolah kita telah memperolehi 79.95%.

SKPM dikira berdasarkan 30% daripada pengurusan sekolah dan 70% daripada keputusan UPSR. Semua guru dikehendaki tahu dan memahami visi, misi sekolah dan berusaha untuk membantu guru-guru Tahun 6 mencapai keputusan UPSR yang lebih baik pada tahun ini.

Tindakan: Makluman

5. Taklimat Dan Pengurusan PBS

1. Biodata Guru

i. Edaran borang biodata guru kepada semua guru yang mengajar mata pelajaran

KSSR.

ii. Setiausaha memohon kerjasama semua guru KSSR untuk meminjamkan

gambar berukuran passport, untuk di scan dengan tujuan untuk mengemas kini biodata guru.

Tindakan : Guru KSSR

2. Carta Organisasi PBS

i. Edaran Carta Organisasi PBS 2013.

ii. Diharap agar semua guru yang dilantik sebagai AJK tertinggi dapat mengenal pasti bidang tugas masing-masing.

Tindakan : AJK PBS

3. Jadual Operasi & Carta Gantt

i. Edaran Jadual Operasi PBS.

ii. Diharap guru KSSR dapat patuhi perancangan yang telah dibuat dari masa ke semasa.

Tindakan : Guru KSSR

4. Pengurusan Fail.

i. Rujuk Lampiran.

Tindakan : Guru KSSR

5. Bilik Operasi PBS.

i. Pihak Pentadbir telah bersetuju menjadikan bilik darjah di sebelah Pra Sekolah sebagai Bilik Operasi PBS.

ii. Bilik Operasi PBS ini akan berkongsi dengan Bilik Rawatan.

iii. Buat masa ini, Bilik Operasi PBS masih belum boleh digunakan lagi kerana

dalam proses penyelenggaraan.

Tindakan : Makluman

6. Fail Showcase.

i. Semua Fail Showcase Tahun 2013 telah disiapkan.

ii. Sementara Bilik Operasi belum siap diselenggara, semua Fail Showcase tersebut disimpan di bilik guru.

iii. Diharap, semua guru KSSR dapat memasukkan semua evidens terbaik di dalam Fail Showcase tersebut.

Tindakan : Guru KSSR

7. Pentaksiran Berasaskan Sekolah 2013

i. Semua Guru KSSR dan Pentadbir Sekolah telah bersetuju untuk mengadakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah untuk murid Tahun 1 – 3.

ii. Pentaksiran tersebut akan dijalankan sebanyak 2 kali setahun, iaitu pada bulan

Mei dan Oktober.

Tindakan : Makluman

8. SPPBS Online

i. SU PBS yang baru telah mengambil kata laluan daripada Pembantu Tadbir.

ii. SPPBS telah ditutup untuk memberi laluan kepada urusan kemaskini

maklumat murid di APDM dan urusan penyenggaraan dan penambahbaikan

sistem.

iii. SPPBS akan dibuka sementara pada 21 Jan - 10 Feb untuk tujuan kemasukan

prestasi murid tercicir Tahun 2012 dan cetakan pelaporan sahaja.

Tindakan : Makluman

6.0 Hal-hal Lain

6.1 Semua guru KSSR diharap dapat melayari SPPBS bermula 21 Jan – 5 Feb untuk membuat semakan agar tiada keciciran kemasukan prestasi murid Tahun 2012. SU PBS akan membuat cetakan pelaporan bermula 6 Feb ini.

Tindakan : Guru KSSR

dan SU PBS

7.0 Penangguhan Mesyuarat

7.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.45 petang.

Disediakan oleh , Disahkan oleh ,

……………………………….

(ASLINAH BINTI ABDUL RAHMAN)

Setiausaha PBS,

SK Sempang.

SEKOLAH KEBANGSAAN SEMPANG,

77300, MERLIMAU MELAKA.

Tel : 06-2634645

Tel / Faks : 06-2634645

e-mel : mba1021@.my

PUNCA KUASA

Dalam Mesyuarat PBS Bil:1/2013 telah mengambil keputusan untuk tindakan:

1. Pentaksiran Berasaskan Sekolah Tahun 1 – 3 akan diadakan 2 kali setahun, iaitu pada bulan Mei dan Oktober.

2. Bilik Operasi PBS ditempatkan di sebelah Pra Sekolah, berkongsi dengan Bilik Rawatan.

TINDAKAN SUSULAN

1. Menghantar gambar berukuran passport kepada SU PBS.

- Tindakan Guru KSSR.

2. Mengenal pasti bidang tugas di dalam PBS.

- Tindakan AJK PBS

3. Mematuhi Jadual Operasi PBS.

- Tindakan Guru KSSR.

4. Menyenggara Bilik Operasi PBS.

- Tindakan Pihak Pentadbir Sekolah.

5. Melayari SPPBS Online bermula pada 21 Jan – 5 Feb.

- Tindakan Guru KSSR Tahun 2012.

6. Mewujudkan, membaiki dan mencerikan Bilik Operasi PBS.

- Tindakan Pentadbir Sekolah dan SU PBS.

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download