PANDUAN PERMOHONAN PERMIT .my

[Pages:47]PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

PENDAHULUAN

SELAMAT DATANG KE SISTEM PERMOHONAN ATAS TALIAN e-PERMIT SPAN!!

Dokumen ini akan menerangkan bagaimana untuk melaksanakan proses permohonan permit melalui sistem e-Permit SPAN. Penerangan akan berpandukan fungsi dan operasi bagi setiap antaramuka pengguna dan langkah terperinci akan diterangkan. Melalui pendekatan ini, ianya akan memudahkan lagi proses pemahaman pembaca. Secara kesimpulannya, dokumen ini merangkumi penerangan mengenai topik-topik berikut:

1. Panduan Permohonan Permit Baru 2. Panduan Permohonan Tambah Permit 3. Panduan Permohonan Pembaharuan Permit

b

1|Page

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda gunakan adalah seperti berikut:

. PERINGATAN : Laman SPAN e-Permit adalah sesuai untuk resolusi 1044 x 900 dengan sokongan paparan Interent Explorer versi 7.0. 2. Di skrin Login, sila masukkan maklumat login dan kata laluan. Kemudian klik pada

butang Masuk.

2|Page

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

3. Sistem akan memaparkan skrin utama. 4. Pengguna akan dipaparkan dengan dua pilihan iaitu

a. Mohon Permit Baru b. Mohon Memperbaharui Permit 5. Bagi pemohon yang ingin memohon permit baru dari kategori B, C, D and E buat pertama kalinya dengan SPAN, sila klik butang Mula seperti di bawah

6. Sistem akan memaparkan skrin Kategori Permit.

3|Page

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

4|Page

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

7. Skrin ini akan menyenaraikan kategori permit yang ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara kepada pemohon yang layak. Untuk melihat syarat-syarat bagi setiap kategori permit, anda hendaklah klik pada pautan Maklumat Lanjut seperti di bawah.

8. Apabila anda klik pada pautan Maklumat Lanjut, sistem akan memaparkan satu skrin yang akan menyenaraikan maklumat mengenai kategori permit tersebut untuk pemohon mengetahui syarat-syarat untuk memohon permit tersebut. Maklumat yang dipaparkan adalah seperti berikut a. Senarai Semak (Checklist Items) b. Maklumat Fi (Fi Proses dan Fi Permit)

5|Page

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

9. Untuk menutup skrin tersebut, klik pada pautan Close pada bahagian atas kanan skrin. Pengguna juga boleh menekan kekunci Esc untuk menutup skrin tersebut.

10. Jika pemohon dapat memenuhi syarat-syarat yang diperlukan dan ingin membuat permohonan, sila klik pada butang Seterusnya.

11. Sistem akan memaparkan mesej peringatan yang menyatakan bahawa setiap penyerahan permohonon perlu disertakan dengan bayaran fi proses terlebih dahulu. Pemohon boleh membuat bayaran fi proses melalui cara Wang Pos, Kiriman Wang, Bank Draf, Cek atau Perbankan Internet. Bagi bayaran secara manual seperti Wang Pos, Kiriman Wang, Bank Draf dan Cek, anda perlu memberi maklumat no rujukan bayaran yang betul. Kegagalan pemohon untuk memberikan nombor rujukan yang betul boleh menyebabkan permohonan dibatalkan secara automatik.

12. Untuk menutup skrin peringatan ini, sila klik pada pautan Close pada bahagian atas kanan skrin atau dengan menekan kekunci Esc.

6|Page

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

13. Seterusnya, sistem akan memaparkan skrin Borang Permohonan Permit Baru Secara Online. Skrin ini memerlukan anda untuk memasukkan maklumat asas mengenai syarikat atau individu yang ingin memohon.

14. Langkah pertama yang perlu dibuat oleh anda adalah memilih jenis pemohon. Ini kerana maklumat yang diperlukan adalah berbeza jika pemohon adalah individu atau pun syarikat. Jika pemohon adalah Syarikat, skrin adalah seperti di atas. Walaubagaimanapun, jika pemohon adalah Individu, skrin yang akan dipaparkan adalah seperti berikut:

7|Page

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

15. Sila isikan maklumat yang tertera pada skrin tersebut. a. Medan yang bertanda * adalah medan yang wajib diisi. Sistem tidak akan membenarkan anda untuk mendaftar jika terdapat medan-medan wajib yang tidak diisi. b. Medan yang bertanda ** menandakan anda hanya perlu memasukkan maklumat pada salah satu daripada medan yang bertanda **.

16. Jika kesemua medan wajib telah diisi, sila klik pada butang Seterusnya. 17. Sistem akan memaparkan skrin Permit Dipohon untuk membolehkan anda memilih

permit-permit yang ingin dipohon. Untuk memilih permit, klik pada butang Tambah Permit. Anda akan dipaparkan dengan panel di bawah :

18. Sila pilih permit beserta negeri yang ingin dipohon untuk melaksanakan kerja. a. Butang Batal berfungsi untuk menutup panel tersebut tanpa menyimpan maklumat ke dalam pangkalan data. b. Butang Simpan bertujuan untuk mengesahkan pilihan anda dan menyimpan maklumat permit tersebut di dalam pangkalan data. Jika maklumat berjaya disimpan, sistem akan menutup panel tersebut dan memaparkan maklumat permit tersebut seperti di bawah :

8|Page

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download