KEMUDAHAN PERUBATAN PEGAWAI AWAM



KEMUDAHAN PERUBATAN PEGAWAI AWAM

(PERBELANJAAN RAWATAN PENYAKIT BUAH PINGGANG)

1. PERATURAN

1. Perbelanjaan bagi rawatan penyakit buah pinggang seperti Hemodialisis dan Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) di luar hospital Kerajaan boleh pertimbangkan dengan syarat pesakit diperaku oleh Pakar Nefrologi memerlukan rawatan berkenaan dan disahkan kemudahan rawatan tersebut tidak dapat disediakan oleh hospital Kerajaan.

2. Perbelanjaan untuk rawatan Hemodialisis di hospital/klinik swasta terhad kepada kos rawatan sebenar tertakluk kepada had maksimum tidak melebihi RM200 setiap rawatan. Sebarang ubat, alat atau ujian lain yang diperolehi di klinik swasta berkenaan yang kemudahannya boleh diperolehi di hospital Kerajaan tidak dipertimbangkan.

3. Perbelanjaan bagi rawatan di klinik swasta sebelum tarikh mendaftar dan disahkan mengidap penyakit ‘End Stage Renal Failure’ di hospital Kerajaan tidak dipertimbangkan.

4. Perbelanjaan bagi rawatan CAPD yang dipertimbangkan termasuk ubat dan alat pakai buang.

1. KATEGORI YANG LAYAK MEMOHON

1. Anggota Perkhidmatan Awam /Suami/Isteri;

2. Pesara yang menerima pencen/Suami/Isteri;

3. Anak-anak anggota/pesara –

a) di bawah 18 tahun jika ditanggung sepenuhnya;

b) di bawah 21 tahun jika masih belajar;

c) tiada had umur bagi anak yang daif;

4. Ibu bapa yang sah kepada anggota yang memilih SSB dan masih berkhidmat

2. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1. Pesakit mendapat rawatan di hospital Kerajaan

2. Pesakit perlu mendapatkan pengesahan daripada Pakar Nefrologi hospital Kerajaan mengenai perkara berikut –

a) keperluan rawatan; dan

b) pengesahan rawatan tidak dapat disediakan oleh hospital Kerajaan

4. PROSEDUR PERMOHONAN

1. Anggota yang sedang berkhidmat perlu mengemukakan permohonan kepada Ketua Jabatan masing-masing.

2. Pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan perlu mengemukakan permohonan kepada Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

3. Dokumen berikut perlu dinyatakan dalam permohonan –

a) Borang permohonan SARAUBAT JPA (AM);

b) Pengesahan Pakar Nefrologi Hospital Kerajaan di para 3.2 (a) dan (b);

c) Resit rasmi yang jelas nama rawatan dan amaunnya;

d) Salinan kad pesara;

Tatacara permohonan dan borang-borang berkaitan adalah seperti dikepilkan bersama-sama Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2001.

5. PERMOHONAN SELAIN DARIPADA PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN

Permohonan daripada kalangan anggota/pesara Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang menerima pakai Perintah Am Bab F, hendaklah disampaikan terus kepada pihak berkuasa masing-masing untuk kelulusan dan pembayaran.

6. PERTANYAAN

Sila hubungi alamat/ pegawai di bawah atau faks 603-88892230.

1. Tuan Haji Abdul Hamid bin Hamat

Pengarah Bahagian Saraan

No. Tel: 03-88854013

E-mail: ahamid@.my

2. Encik Sohime bin Ahmad

Ketua Penolong Pengarah

No. Tel: 03-88854051

E-mail: sohime@.my

3. Pn. Rohani bt. Hassan

Penolong Pegawai Tadbir (Kanan)

No. Tel: 03-88854211

E-mail: rohanih@.my

Alamat:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia,

Jabatan Perkhidmatan Awam,

Bahagian Saraan,

Aras 9 & 10, Blok C2, Parcel C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62510 PUTRAJAYA

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download