Pengenalan



CAWANGAN LATIHAN

DALAM PERKHIDMATAN

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Pengenalan

Cawangan Latihan Dalam Perkhidmatan, Bahagian Tajaan Pendidikan (BT), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) diwujudkan untuk menguruskan pemberian Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran dan kemudahan Cuti Belajar kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang layak.

Dasar dan Peruntukkan Sedia Ada

a) Perintah Am Bab C.

b) Pekeliling Perkhidmatan dan Perkeliling Perbendaharaan yang berkuatkuasa.

Definisi

a) Cuti Belajar

Cuti yang dilulus oleh Kerajaan kepada seorang pegawai bagi mengikuti kursus latihan atau pengajian. Bagi tempoh tersebut seseorang pegawai itu dibenarkan meninggalkan tugas untuk berkursus secara sepenuh masa dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja.

b) Biasiswa

Wang yang diberi kepada pegawai bagi membiayai pengajian di peringkat institusi pengajian tinggi di dalam atau di luar negeri

c) Pinjaman

Pinjaman – Bantuan kewangan yang diberikan kepada pegawai yang mengikuti kursus di institut pengajian di dalam dan luar negara dan perlu dibayar balik sepenuhnya.

Pinjaman Boleh Ubah – Bantuan kewangan yang diberi kepada pegawai yang mengikuti kursus yang boleh diberi pengurangan jumlah bayaran balik sekiranya memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Jenis-jenis Cuti Belajar

a) Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP)

b) Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG)

c) Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG)

Syarat Asas Permohonan Cuti Belajar

a) Warganegara Malaysia

b) Syarat had umur adalah mengikut peringkat pengajian dan jenis cuti belajar

c) Kursus yang dibenarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

d) Mencapai markah purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sekurang-kurangnya 85% bagi tiga tahun terkini berturut-turut

e) Telah disahkan dalam jawatan Skim Perkhidmatan sekarang

f) Telah berkhidmat terus menerus tidak kurang daripada 3 tahun selepas lantikan pertama

g) Bebas dari pertuduhan dan tindakan tataterib atau kes mahkamah

h) Telah diluluskan Pengisytiharan Harta bagi tempoh lima tahun sebelum mula Cuti Belajar

i) Disokong oleh Ketua Jabatan

j) Bebas daripada disenaraikan sebagai peminjam pendidikan tegar daripada institusi seperti KPM, JPA, PTPTN, MARA, Kerajaan Negeri dan lain-lain

k) Telah menyempurnakan sekurang-kurang separuh daripada ikatan Perjanjian berkhidmat dengan Kementerian

l) Belum pernah diluluskan cuti belajar di peringkat pengajian yang sama tanpa mengira bidang kursus

m) Mengikuti dan lulus Kursus Kenegaraan sebelum bertolak ke luar negara dan Lulus Tapisan Keselamatan (Bagi Pegawai yang akan mengikuti pengajian di universiti luar negara).

PROGRAM-PROGRAM LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

|Bil |Program |Ringkasan Program |Kumpulan Sasaran |Peringkat Pengajian |Jenis Cuti |Tajaan |

| | | | | |Belajar | |

|2. |Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan |Terbuka kepada PPPS yang berminat untuk|PPPS |Kedoktoran |Tiada |Separa Biasiswa |

| |(HLP) Separuh Masa |mengajar di IPG (penempatan selepas | |Sarjana | | |

| | |tamat pengajian adalah di IPG sahaja) | | | | |

|3. |Biasiswa Tajaan Selain KPM |Biasiswa ditawarkan oleh Kerajaan |PPPS |Kedoktoran |CBBP |Biasiswa oleh Penaja Asing|

| | |Asing/Badan Antarabangsa/Badan Bukan | | | | |

| | |Kerajaan | |Sarjana | | |

|4. |Sarjana Kepengetuaan (UM) |Lanjutan daripada program NPQEL di |PPPS |Sarjana |CBBP |Biasiswa |

| | |peringkat Sarjana | | | | |

|5. |Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan|Ditawarkan kepada PPP Bidang |PPPS |Diploma Lepasan |CBBP |Biasiswa |

| |Dadah |Kaunseling/ Bimbingan atau yang | |Ijazah | | |

| | |mempunyai pengalaman dalam bidang | | | | |

| | |tersebut. | | | | |

|6. |Kelayakan Profesional Kepimpinan |Program peningkatan prefesionalisma. |PPPS&PPPLD |Sijil |CBBP |Tiada |

| |Pendidik Kebangsaan |Pegawai yang berkelayakan akan | | | | |

| |(NPQEL) |melanjutkan pengajian ke program | | | | |

| | |Sarjana Kepengetuaan atau PPGB | | | | |

|7. |Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) |Program peningkatan profesionalisma |PPPS&PPPLD |Sijil |CBBP |Tiada |

|8. |Pendidikan Khas |Pensiswazahan dalam bidang pendidikan |PPPLD |Sarjana Muda |CBSG |Separa Biasiswa |

| | |khas di USM. | | | | |

|9. |Saluran Kedua/UPU |Terbuka kepada PPPLD di KPM untuk |PPPLD |Sarjana Muda |CBSG |Tiada |

| | |mengikuti pengajian secara sepenuh masa| | | | |

| | |di IPTA | | | | |

|10. |Pensiswazahan Guru Besar (PPGB)-Mod |Lanjutan daripada program NPQEL |PPPLD |Sarjana Muda |CBSG |Pinjaman Pelajaran |

| |Sepenuh Masa | | | | | |

|11. |Pensiswazahan Bahasa-bahasa |Pensiswazahan dalam bidang bahasa |PPPLD |Sarjana Muda |CBSG |Pinjaman Pelajaran |

| |Antarabangsa |Jerman, Perancis dan Jepun | | | | |

|12. |Spouse Program |PPP yang mengikuti pasangan belajar ke |PPPS&PPPLD |Kedoktoran |CBTG |Separa Biasiswa |

| | |luar negara boleh dipertimbangkan cuti | |Sarjana | | |

| | |belajar dengan kemudahan biasiswa | |Sarjana Muda | | |

|13. |Cuti Belajar Tanpa Gaji Tanpa |PPP yang mengikuti pengajian atas |PPPS&PPPLD |Kedoktoran |CBTG |Tiada |

| |Biasiswa |pembiayaan sendiri | |Sarjana | | |

| | | | |Sarjana Muda | | |

|14. |Pensiswazahan PJJ KPM-OUM |Pengajian Jarak Jauh (PJJ) dengan |PPPLD |Sarjana Muda |Tiada |Pinjaman Pelajaran |

| | |Universiti Terbuka Malaysia (OUM) | | | | |

| | |anjuran Bahagian Pendidikan Guru (BPG) | | | | |

PPPS : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah

PPPLD : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma

CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH (CBBP)

Syarat Had Umur

a) Peringkat Sijil : Tidak melebihi 50 tahun pada 1 Januari tahun tawaran

b) Peringkat Sarjana : Tidak melebihi 40 tahun pada 1 Januari tahun tawaran

c) Peringkat Kedoktoran : Tidak melebihi 40 tahun pada 1 Januari tahun tawaran

Prinsip Pemberian

a) Ditawarkan kepada PPP untuk menyambung pengajian di peringkat Sijil, Sarjana dan Kedoktoran

b) Menerima biasiswa Kerajaan Persekutuan bagi mengikuti kursus yang dianjur oleh Bahagian-bahagian di KPM, atau biasiswa Tajaan selain KPM.

Proses Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa

a) Menyemak iklan tawaran pengajian/kursus di laman web KPM () dan akhbar tempatan

b) Permohonan adalah secara online dan dokumen berkaitan dikemukakan kepada BT melalui Ketua Jabatan/JPN

c) Semakan layak temuduga/tawaran biasiswa adalah melalui laman web KPM

Elemen Biasiswa (Program Hadiah Latihan Persekutuan Peringkat Sarjana dan Kedoktoran sahaja)

|Biasiswa Luar Negara |Biasiswa Dalam Negara |

| | |

|Elaun Sara Hidup |Elaun Sara Hidup |

|Yuran Pengajian |Yuran Pengajian |

|Elaun Buku |Elaun Buku |

|Elaun Tesis |Elaun Alat Perkakas |

|Elaun Alat Perkakas |Elaun Tesis |

|Elaun Penempatan |Tuntutan Perjalanan & Pindah Barang |

|Elaun Akhir Pengajian | |

|Elaun Pakaian Panas | |

|Tambang Tiket Kapal Terbang | |

|Bayaran Pasport & Visa | |

| | |

|Jika membawa keluarga (kursus melebihi 12 bulan): |Jika berpindah dan / atau membawa keluarga (kursus melebihi 12 bulan):|

| | |

| |Elaun Bantuan Sewa Rumah |

|Tambang Tiket Kapal Terbang Keluarga (Suami/Isteri dan anak-anak 13 |Elaun Bantuan Keluarga |

|tahun ke bawah) |Elaun Penempatan |

|Elaun Pakaian Panas |Elaun Akhir Pengajian |

|Elaun Bantuan Sewa Rumah |Pemberian Pindahan |

|Elaun Bantuan Keluarga | |

|Rawatan Perubatan/Insurans Kesihatan Keluarga (bagi negara yang | |

|mewajibkan) | |

CUTI BELAJAR SEPARUH GAJI (CBSG)

Syarat Had Umur

a) Peringkat Ijazah Sarjana Muda : Tidak melebihi 45 tahun pada 1 Januari tahun tawaran

Prinsip Pemberian

a) Ditawarkan kepada PPPLD untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda

b) Mengikuti kursus yang dibenarkan oleh Kementerian dan diiktiraf oleh Kerajaan

c) Mengikuti kursus secara sepenuh masa

d) Pengajian atas pembiayaan sendiri

e) Mempunyai kewangan yang mencukupi untuk membiayai diri sendiri serta keluarga

Proses Permohonan Cuti Belajar Separuh Gaji

a) Menyemak iklan tawaran pengajian/kursus di laman web KPM ()

b) Mengisi Borang KPM(LDP)1/2003 pind. 2005 dan dokumen berkaitan dikemukakan kepada BT melalui Ketua Jabatan/JPN

CUTI BELAJAR TANPA GAJI (CBTG)

Syarat Had Umur

a) Peringkat Ijazah Sarjana Muda : Tidak melebihi 45 tahun pada 1 Januari tahun tawaran

b) Peringkat Sarjana : Tidak melebihi 40 tahun pada 1 Januari tahun tawaran

c) Peringkat Kedoktoran : Tidak melebihi 40 tahun pada 1 Januari tahun tawaran

Prinsip Pemberian

a) Ditawarkan kepada PPP untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran

b) Mengikuti kursus yang dibenarkan oleh Kementerian dan diiktiraf oleh Kerajaan

c) Mengikuti kursus secara sepenuh masa

d) Pengajian atas pembiayaan sendiri

e) Mempunyai kewangan yang mencukupi untuk membiayai diri sendiri serta keluarga

Proses Permohonan Cuti Belajar Tanpa Gaji

a) Menyemak iklan tawaran pengajian/kursus di laman web KPM ()

b) Mengisi Borang KPM(LDP)1/2003 pind. 2005 dan dokumen berkaitan dikemukakan kepada BT melalui Ketua Jabatan/JPN

IMPLIKASI CUTI BELAJAR

Jawatan Latihan

Sepanjang tempoh cuti belajar pegawai adalah mengisi Jawatan Latihan BT, KPM.

Emolumen (Gaji dan Imbuhan Tetap)

Pegawai ditempatkan secara pentadbiran di Jabatan asal (JPN/Bahagian/Institusi Perguruan) dan pembayaran emolumen diuruskan oleh Jabatan asal dengan menggunakan peruntukan yang disalurkan oleh BT, KPM.

Faedah Persaraan

Tempoh cuti belajar layak diambilkira untuk pengiraan faedah persaraan sebagaimana yang ditetapkan dalam Peraturan Pencen.

Kekananan dan Kenaikan Pangkat

Pegawai layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat dalam tempoh cuti belajar.

Ikatan Perjanjian

Pegawai dikenakan perjanjian berkhidmat dengan kerajaan bagi tempoh yang ditetapkan dalam jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan baru ATAU dikenakan tuntutan bayaran gantirugi sekiranya melanggar perjanjian sepertimana yang ditetapkan.

Pergerakan Gaji Tahunan

Pegawai yang kekal di bawah Sistem Saraan Baru yang berkursus Separuh Gaji atau Tanpa Gaji melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar adalah tidak layak dipertimbangkan pergerakan gaji tahunan sepertimana yang tertakluk di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991.

Pegawai yang menerima Sistem Saraan Malaysia yang berkursus dengan kemudahan Cuti Belajar Separuh Gaji /Cuti Belajar Tanpa Gaji melebihi 180 hari tahun kalendar adalah layak dipertimbangkan pergerakan gaji tahunan secara ‘Isyarat’ terhad kepada tiga kali pergerakan sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan tertakluk kepada Laporan Kemajuan Kursus sepertimana Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002.

Pegawai yang kekal di bawah Sistem Saraan Baru yang berkursus dengan Kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar adalah layak dipertimbangkan pergerakan gaji tahunan secara isyarat sepertimana yang tertakluk di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991.

Pegawai yang menerima Sistem Saraan Malaysia yang berkursus dengan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh melebihi 180 hari tahun kalendar adalah layak dipertimbangkan pergerakan gaji tahunan secara sebenar tertakluk kepada Laporan Kemajuan Kursus sepertimana Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002.

Elaun Yang Digugurkan

Dalam tempoh cuti belajar, pegawai tidak melaksanakan tugas hakiki selaku PPP dan kelayakan ke atas elaun-elaun berikut digugurkan :-

a) Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (Surat JPA(S) 256/21/3 Kulit2/(38) bertarikh 30/11/1992)

b) Elaun Pemangkuan (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7/1993)

c) Elaun Wilayah (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6/1987)

d) Elaun Perumahan Wilayah (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11/2001)

Pertanyaan

Kementerian Pelajaran Malaysia

Bahagian Tajaan Pendidikan

Aras 12-13, Blok E12

Kompleks Kerajaan Parcel E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 PUTRAJAYA

(Cawangan Latihan Dalam Perkhidmatan)

No.Telefon : 03-8884 7181

Faks : 03-8888 6294

Emel : bt.ld@.my

Laman Web :

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download

To fulfill the demand for quickly locating and searching documents.

It is intelligent file search solution for home and business.

Literature Lottery

Related searches