W huruf yg ke-23 abjad Rumi
w huruf yg ke-23 abjad Rumi.
W simbol kimia bagi tungsten.
wa I 1. dan (disebut dlm beberapa ungkapan Arab); wallahuaklam dan Allah Yang Lebih Mengetahui; 2. demi (disebut utk bersumpah); wallahi demi Allah.
wa II = pak (mak) ~ (a) pak (mak) tua (panggilan kpd ibu atau bapa saudara yg tertua); b) bp kekasih (lelaki atau perempuan); wak I.
waad Ar 1. janji: tiadalah kami kedua-dua ini mengubah ~ kami dan setia kami; melupakan ~ mengingkari janji; mengubahkan ~ memungkiri janji; 2. sampai janjinya (ajalnya); datang ~ Allah atasnya sampai janjinya, mati;
berwaad membuat (mengikat) perjanjian, berjanji: jikalau tuanku mahu anak patik itu, mahulah Duli Yang Dipertuan ~ dgn patik.
waadah ( waadat.
waadat Ar perjanjian;
berwaadat berjanji, membuat perjanjian: perjanjian atau ~ itu semacam bertentangan dgn asas keutuhan asal-usul raja itu.
waang Mn engkau: dah lama kami menunggu ~.
wabah ( wabak.
wabak 1. sj penyakit menular, (berjangkit) yg merebak: ~ cacar; ~ taun; 2. kejadian atau perbuatan buruk (spt penagihan dadah, perbuatan jenayah, dll) yg merebak ke merata tempat: ~ dadah perlu dibanteras; ~ kepincangan yg melanda koperasi;
mewabak merebak dgn cepat: ruapan itu ~ hingga memenuhi setiap ruang tanah itu; bayangan hitam itu ~ ke hati Raid yg memaksanya mengasak terus;
mewabakkan menyebabkan merebak, merebakkan: aku tahu jawaban itu akan ~ suasana tegang ke seluruh pelosok rumah kami.
wabakdahu Ar dan kemudian drpd itu, dan sesudah itu.
wacana 1. keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; 2. perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: mereka mengadakan ~ ilmu; 3. kesatuan fikiran yg utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato, khutbah) atau tulisan (spt surat, artikel, novel, cerpen): kita merindui dunia subur kritikan sastera yg dibajai oleh pengetahuan tentang teori dan ~ sastera yg mendalam dan pembacaan karya sastera yg banyak;
mewacanakan menjadikan sesuatu sbg wacana: para ilmuan cuba berbincang dan membuat analisis terhadap tajuk-tajuk yg dipilih utk diwacanakan secara objektif.
wad bilik atau bahagian di sesebuah hospital yg menjadi tempat tinggal para pesakit, biasanya mereka yg mengalami penyakit yg sama, utk menjalani rawatan: ~ kecemasan; ~ ortopedik; ~ bersalin;
mengewadkan memasukkan seseorang ke dlm wad: Selvamuthu telah diwadkan selama tiga minggu.
wadah 1. Jw bekas (tempat) utk mengisi atau diisi sesuatu; 2. alat, asas, medan, saluran (utk melakukan atau menyampaikan sesuatu): pihak penganjur berharap seminar sedemikian akan menjadi ~ utk para pendidik bahasa dan sastera Melayu bertukar-tukar pendapat; ada orang melihatnya berfungsi sbg ~ pengiklanan, medan propaganda, suatu saluran utk menyampaikan informasi, dan bermacam-macam lagi;
berwadahkan menggunakan atau mempunyai sesuatu sbg wadah: kita telah dapat mengemukakan penyelesaian agama dgn ~ ilmu pengetahuan, sains dan teknologi, di samping berdoa dan bertawakal kpd Allah;
mewadahi menjadi wadah kpd (atau bagi): kebosanannya sudah lama ~ kekecewaan utk mendapatkan sebarang kerja.
wadai ( wade.
wadar pegawai yg mengawal orang tahanan di penjara, pegawai penjara, pengawal orang tahanan di penjara.
wadas Jw lapisan tanah yg keras spt karang; ( cadas.
wadat Jw tidak berkahwin, membujang.
wade (wadé) sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal putih, berbentuk bulat dan berlubang di tengahnya.
wadheh (wadhéh, wadhih) Ar → wadih.
wadi I Ar sungai yg tidak berair di padang pasir (berisi air apabila turun hujan), lembah.
wadi II sj air putih (pekat) yg keluar dr zakar atau faraj ketika badan penat bekerja.
wadih Ar sl jelas, terang dan nyata (bkn khabar dll), sahih: supaya boleh ~ dan selesai perkhabaran kita.
wadon Jw sl perempuan.
waduh sr utk menyatakan kehairanan (rasa sakit dsb), aduh.
waduk Jw 1. perut besar (tempat mencernakan makanan); 2. = ~ air sj kolam tempat mengumpul dan menyimpan air utk digunakan pd musim kering; 3. = ~ air sj tangki air yg tinggi.
wadung Jw beliung.
wafak Ar 1. waktu yg pasti (berlakunya sesuatu); 2. setuju dgn, menurut.
wafat Ar, bh meninggal dunia (digunakan utk nabi dan rasul): setelah Nabi ~, Abu Bakar dilantik menjadi Khalifah;
kewafatan kematian (nabi dan rasul): selepas ~ Rasulullah, sayidina Abu Bakar telah dilantik menjadi khalifah pertama.
wafel sj pankek yg tebal dan rangup, biasanya dimakan dgn madu dsb.
wafer sj biskut yg nipis, agak manis dan rapuh, biasanya dimakan dgn aiskrim.
wagon gerabak kereta api, gerbong.
wah sr utk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum, dll): ~, dahsyat sungguh!; ~, bukan main banyaknya wang masuk!
wahadah ( wahdah.
wahadaniah ( wahdaniah.
wahadat, wahadiah, wahadiat wahdah.
wahah kawasan yg agak subur di padang pasir (berair dan ada tumbuh-tumbuhan).
wahai sr kata utk menyatakan rasa sedih (menarik perhatian, memperingatkan, dll): ~, tidak ada pertolongan lagi, tidak ada harapan lagi!; ~ kawan, berhati-hatilah sedikit!
waham sangkaan atau alasan yg samar-samar (jauh drpd yakin), was-was: tiga kali saya mengangkat takbir barulah berasa betul bersih dan tidak ada syak dan ~;
mewahamkan 1. menduga, menyangka-nyangka; 2. mencurigakan, meragu-ragukan, mengesyaki;
kewahaman sesuatu yg diwahamkan (dicurigai): ilmu al-Yaqin itu tidak mengandungi sebarang keraguan, kesalahan, dan ~.
wahana saluran atau perantaraan (yg memungkinkan sesuatu dilakukan, disampaikan, atau dicapai): bahasa baku sajalah yg layak menjadi bahasa ilmu utk ~ pemikiran dan utk pengembangan budaya bangsa; lukisan kartun sering digunakan orang sbg ~ propaganda; RTM seharusnya menjadi ~ komunikasi ilmu dan sekali gus ~ komunikasi budaya yg berkesan;
berwahanakan menggunakan sesuatu (spt bahasa) sbg wahana: keperluan khusus yg ~ bahasa asing.
wahdah Ar keesaan (Tuhan).
wahdaniah Ar keesaan, ketunggalan.
wahi Ar ( wahyu.
wahid Ar yg esa (sifat Tuhan), tunggal.
wahmi dianggap tidak wujud, agakan atau sangkaan belaka: sungguhpun pd zahirnya dia wujud tetapi ~ jua.
wahon wagon.
wahyu firman (kalam) Allah yg dibacakan kpd nabi dan rasul-Nya yg disampaikan sama ada melalui malaikat (Jibril) ataupun tanpa melaluinya: Nabi Muhammad SAW menerima ~ utk mengembangkan agama Islam;
mewahyukan menurunkan wahyu kpd, menyampaikan petunjuk (pengajaran dll) dgn wahyu: wahyu disampaikan kpd Nabi oleh Jibril, dan segala apa yg diwahyukan kepadanya itu disampaikannya pula kpd sahabat-sahabatnya;
pewahyuan proses menyampaikan wahyu: ~ dan penyebaran al-Quran.
wai I sr utk menyatakan rasa terkejut (hairan dsb).
wai II batang air, kali, sungai.
waiduri baiduri.
wailol Pl bodoh, bahlul.
waima, waimma Ar sama ada, walaupun: apa pun yg dibuat manusia, ~ dgn perang meledakkan dunia dan isinya, manusia tidak akan berjaya membunuh kebenaran dan keutamaan.
wain minuman keras yg dihasilkan drpd peraman air anggur.
waisya sl kasta yg ketiga dlm agama Hindu (terdiri drpd golongan pedagang, petani, dan tukang).
waizuri raja muda; ( wizurai.
waja 1. = besi ~ sj besi yg keras dan kuat, baja; hati ~ ki hati yg keras: semangat ~ ki semangat yg kuat; 2. (bkn semangat, cita-cita, dsb) kuat: Afifi berani dan punya cita-cita ~;
berwaja menjadi teguh: keyakinan ~ di hatinya;
kewajaan sifat atau keadaan waja, kekuatan: yg penting ialah ~ semangat kaum tani dlm menghasilkan tuaian mereka.
wajah 1. air muka, muka paras, roman muka: ~ ibunya di rumah mula terbayang; ~nya sungguh-sungguh menyenangkan; 2. keadaan luaran (spt pemandangan dll), rupa atau keadaan (sesuatu) sebagaimana yg dapat dilihat: ~ kampung itu sudah berubah sekarang; sekiranya itu dapat memberikan nafas serta ~ baru, ia pasti menggembirakan;
berwajah 1. mempunyai (menampakkan) wajah; ~ sedih (suka, lesu, dsb); 2. mempunyai atau menampakkan wajah (rupa atau keadaan sebagaimana yg dapat dilihat): sesuai dgn struktur pembinaannya, dekor banglo ~ antik ini turut melahirkan imej sebagaimana yg dikehendaki oleh tuannya; buku lama ~ baru;
berwajahkan menggunakan atau mempunyai sesuatu sbg wajah: masyarakat gempar apabila menjumpai ikan yg ~ manusia;
mewajahi memberikan keadaan atau rupa luaran kpd: begitulah sastera hipermodenisme yg akan ~ sastera dunia.
wajan Jw kuali tempat menggoreng, bajan.
wajar 1. memang begitu (tidak dibuat-buat, ditambah-tambah, dll); nasi ~ nasi biasa (nasi putih, tidak bersantan, dll); 2. sebagaimana yg sepatutnya (bersesuaian, kena pd tempatnya, dsb), dapat diterima atau dipertahankan sbg munasabah, seharusnya, semestinya, sepatutnya: kaum wanita harus mendapat tempat yg ~ dlm masyarakat; tuntutan rakyat yg ~ utk keperluan hidup;
sewajar; ~ dgn sama halnya dgn, selaras dgn, setimbal dgn, sesuai dgn;
sewajarnya 1. memang begitu halnya (keadaannya dll), sebenarnya (demikian), sememangnya: sbg seorang yg dilahirkan di Negeri Sembilan, maka sudah ~ pula saya sentiasa bersimpati dgn perjalanan adat Perpatih di Negeri Sembilan; 2. memang begitu sifatnya (kudratnya, tabiatnya), sudah semestinya begitu: pertengkaran antara puak pembangkang dgn puak kerajaan yg berlaku dlm parlimen itu sudah ~; 3. dgn begitu sahaja, tidak dibuat-buat (dipaksa-paksa), dgn sendirinya: jangan dihalang fikiran kanak-kanak yg tumbuh dgn ~; 4. sesuai dgn yg seharusnya, sebagaimana mestinya, sebagaimana patut: kandungan Quran itu harus difahami dgn ~;
mewajarkan menjadikan dapat diterima atau dianggap sbg sepatutnya atau seharusnya demikian, menjadikan (memperlihatkan dsb) wajar: filem ini tidak berusaha utk ~ kekuasaan kolonial bangsa kulit putih; saya tidak nampak sebarang alasan atau hujah yg kuat yg dapat ~ kita bertindak menghapuskan tulisan Jawi;
kewajaran perihal wajar: perbincangan di atas telah menunjukkan ~ pendirian ini; apakah ada ~ atau tidak utk bertindak sedemikian?
wajib Ar 1. hukum suruhan (dlm Islam) yg apabila dilaksanakan mendapat pahala dan apabila ditinggalkan berdosa, mis sembahyang lima waktu dan menunaikan zakat: ada lima rukun Islam yg ~ ditunaikan oleh tiap-tiap orang Islam; 2. tidak boleh tidak (diamalkan, dilakukan, dsb), mesti, perlu: orang tua ~ memberikan asuhan yg cukup kpd anak mereka; 3. sudah seharusnya (sepantasnya, sepatutnya): kita ~ mengucapkan syukur dan berterima kasih kpd orang yg telah menolong kita;
~ belajar kemestian menuntut ilmu (belajar); ~ pajak Id orang yg wajib membayar cukai;
sewajibnya semestinya, sewajarnya, seharusnya: ~lah mereka bersatu padu dan bekerjasama utk mencapai kemajuan;
berwajib bertanggungjawab mengelolakan atau mengurus sesuatu (bkn orang, institusi, dll yg): bantahan itu sudah disampaikan kpd yg ~; bidang ini juga melibatkan DBP, pihak-pihak yg ~, dan orang ramai dlm menentukan taraf bahasa Melayu di negara ini;
mewajibkan 1. menjadikan wajib (dilakukan, diamalkan, dll), menjadikan kemestian, memestikan, mengharuskan: Islamkah engkau kalau engkau tidak mengikut syarat dan undang yg diwajibkan ke atas seorang Islam? 2. menyerahkan tugas (kerja dll) kpd, memestikan sesuatu kpd: kerajaan ~ suntikan cacar;
kewajiban, kewajipan 1. sesuatu yg diwajibkan, kemestian, keharusan: ia setia kpd suaminya, dan suaminya itu pun tidak melupakan ~nya; 2. tugas (tanggungjawab) yg harus dilakukan atas perintah: kami datang ini kerana ~, bukan untuk mengugut;
berkewajiban, berkewajipan mempunyai kewajiban (tanggungjawab), bertanggungjawab: suamilah yg ~ mencari sara hidup.
wajik sj penganan yg dibuat drpd beras pulut (gula, santan), nasi manis, pulut kacau;
~ takik wajik yg dibuat keras (supaya tahan lama); potong ~ potongan (kuih dll) yg berbentuk empat persegi menyerong.
wak I panggilan kpd bapa atau ibu saudara yg tua (atau orang yg boleh dianggap bapa); ( wa II.
wak II bunyi spt bunyi itik dll.
wak III sl; Seri W~ Raja sl gelaran utk pembesar (kerajaan Melaka).
wakaf I Ar 1. sesuatu yg diberikan utk kegunaan orang ramai (sbg derma), sesuatu yg diberikan atau diuntukkan bagi keperluan dsb yg berkaitan dgn agama Islam; sumur (telaga) ~ sumur (telaga) yg dibuat utk orang ramai; tanah ~ tanah yg diuntukkan bagi keperluan agama (utk perkuburan, mendirikan masjid, dll); 2. badan (institusi) yg dibentuk yg ada kaitan dgn agama Islam;
berwakaf memberikan sesuatu (tanah, harta, dll) utk keperluan (kegunaan) umum atau keagamaan;
mewakafkan memberikan (tanah, harta, dll) utk kegunaan orang ramai, memberikan sesuatu utk hal atau keperluan yg berkaitan dgn agama: pokok manggis itu diwakafkan kpd sesiapa yg tidak mempunyai pokok manggis dlm paraknya;
pewakaf orang yg mewakafkan sesuatu: ~ berkuasa menentukan orang yg bertanggungjawab sbg pentadbir harta wakafnya.
wakaf II Ar tempat berhenti sebentar (membaca dll), jeda.
wakalah Ar perwakilan.
wakil 1. orang yg diberi kuasa menggantikan atau bertindak bagi pihak orang lain, pengganti, sulih: ia dihantar sbg ~ ayahnya utk menyelesaikan hutang-piutang itu; 2. orang yg dilantik sbg utusan atau utk bertindak dsb bagi pihak (kerajaan, persatuan sekerja, rakyat, dll), utusan: beliau dihantar sbg ~ Malaysia ke persidangan B.B; 3. orang (syarikat dll) yg menjalankan urusan perniagaan dsb utk orang atau pihak lain, ejen: syarikat itu telah dilantik sbg ~ General Motors di negeri ini; 4. Id jawatan yg kedua tingginya (di bawah jawatan yg disebutkan berikutnya), naib, penolong, timbalan: ~ kedua; ~ presiden;
~ dagang orang yg dilantik utk mengurus perdagangan; ~ mutlak wakil yg diberi kuasa (hak dll) yg penuh; ~ nikah orang yg menjadi wakil pengantin dlm pernikahan; ~ (pejabat) pos pejabat pos kecil (yg biasanya menjadi wakil urusan pos di kampung-kampung dan tidak mempunyai bangunan yg khas); ~ rakyat seseorang yg telah dipilih dlm pilihan raya utk menjadi wakil penduduk di kawasan pilihan rayanya (dlm parlimen dsb), ahli parlimen, ahli majlis undangan negeri; ~ tetap orang dll yg dilantik menjadi wakil utk waktu yg berpanjangan; ~ tunggal wakil perdagangan yg satu-satunya (tidak ada wakil yg lain);
berwakil mempunyai (memakai) wakil, melantik (memberi kuasa dsb kpd) seseorang utk berlaku sbg wakil: masalahnya, dia sendiri tidak hadir dan tidak pula ~;
berwakilkan menggunakan (melantik dll) sbg wakil: pelabur-pelabur yg ~ pejabat pos akan menerima surat akuan penerimaan dr Ibu Pejabat ASNB;
mewakili menjadi wakil kpd, bertindak sbg wakil atau pengganti kpd atau bagi pihak (seseorang dll), menyulihi: peguam yg telah disahkan oleh mahkamah tertinggi boleh hadir di mana-mana mahkamah utk ~ orang;
mewakilkan 1. memberi kuasa kpd seseorang utk menjadi wakil, menunjuk (melantik) seseorang lain utk mewakili: semua ahli mesti hadir sendiri, tidak boleh ~ orang lain; 2. menyerahkan kpd orang yg dipercayai utk diurus dsb, mempercayakan (mengamanahkan) kpd: perahu besar itu tinggal di pangkalan Saleh, diwakilkannya kpd orang di situ;
perwakilan 1. segala sesuatu mengenai wakil, perihal wakil-mewakili: soal ~ pelajar utk duduk bersama dlm parlimen telah dibincangkan dlm mesyuarat itu; 2. beberapa orang utusan (pemerintah dll), perutusan: menteri itu telah mengetuai satu ~ seramai lima orang utk menghadiri persidangan Pembangunan Ekonomi Asia Tenggara; 3. para wakil, majlis wakil-wakil, tempat wakil-wakil: dewan (majlis) ~ rakyat; 4. wakil (pejabat yg mewakili) sesebuah negara sebelum ada duta: ia berhak mendapat perlindungan apabila berada di luar negeri menerusi duta-duta atau ~ negerinya di negeri itu; 5. wakil (pejabat yg mewakili) perdagangan: majalah ini dapat dibeli melalui ~nya.
waktu 1. rangkaian atau rentetan saat (yg telah berlalu dan yg akan datang), masa: secara rohaniah manusia itu bebas, bebas utk bergerak, baik dlm ruang mahupun dlm ~; 2. ukuran masa yg tertentu, jangka masa: dlm ~ dua jam lagi, dia akan sampai; 3. saat (masa) tertentu utk melakukan sesuatu atau sesuatu yg telah ditetapkan, spt sembahyang dll: ~ tidur hendaklah berkelambu; jangan kau tinggalkan sembahyang lima ~; 4. saat, kala, ketika: pd ~ itu dia tiada di rumah; 5. masa yg memberikan kesempatan utk (berbuat sesuatu, berehat, dll), kesempatan, peluang, tempoh: ~ lapangnya dihabiskannya dgn menulis; 6. keadaan hari dll, suasana: tubuhnya panas tiap-tiap petang dan berpeluh pd ~ malam;
W~ Min Greenwich waktu piawai di Great Britain yg digunakan sbg asas pengiraan waktu di tempat-tempat lain di dunia; ~ pejabat waktu urusan sesebuah organisasi (kementerian, jabatan atau pejabat) dijalankan, biasanya antara 8.00 pagi hingga 5.00 petang; ~ perdana waktu penyiaran yg mempunyai jumlah penonton yg paling ramai, yg dikesan melalui penyelidikan khalayak dan biasanya antara pukul 8.00 hingga 10.30 malam; ~ puncak waktu lalu lintas yg paling sibuk, penggunaan tenaga elektrik yg paling tinggi, dll; ~ tempatan waktu di sesebuah wilayah atau negara dibandingkan dgn waktu di tempat lain; ~ utama waktu perdana;
habis ~ kerana bang prb terlalu lanjut membicarakan sesuatu yg tidak perlu sehingga yg perlu tertinggal;
sewaktu dlm waktu yg sama, pd masa (ketika), semasa: nelayan itu telah dirompak ~ menangkap ikan;
sewaktu-waktu bila-bila sahaja, sebarang waktu: ~ kami dapat ditangkap;
berwaktu mempunyai waktu yg tertentu, memakai waktu; sembahyang diberi ~, janji diberi berketika prb sesuatu pekerjaan hendaklah ditetapkan waktunya supaya selamat dan sempurna.
wakwak sj kera, ungka, wawa.
walabi sj marsupial drpd famili Macropodidae, yg serupa dgn kanggaru tetapi saiz tubuhnya lebih kecil, mempunyai kaki belakang yg besar dan ekor yg panjang.
walad Ar anak (laki-laki).
walah ( kewalahan.
walak Mn ark; mewalakkan menaruh, meletakkan;
terwalak terletak.
walakin Ar 1. meskipun, walaupun, sungguhpun: kehendak yg suci itu diperkenankan oleh kepala kantor itu, ~ dgn hati berat; 2. akan tetapi, namun (demikian).
walang I = ~ hati = berhati ~ bersusah (bersedih) hati, dukacita, gelisah, khuatir;
berwalang; ~ hati walang hati.
walang II Jw sj belalang; ~ sangit sj serangga, cenangau, pianggang.
walaru sj kanggaru besar yg terdapat di kawasan berbatu-batan di Australia, Marcopus robustus.
walau 1. dan sekiranya, dan jika: ~ ke laut sekalipun, adinda akan ikut juga; 2. = walaupun biar(pun), kendati(pun), meski(pun): ~ sudah lewat tengah malam, ia akan pergi juga memanggil doktor; lau I.
waledan Jw gaji (kenaikan atau tambahan gaji) yg belum dibayar.
waleh (waléh) Jw tidak berselindung lagi, berterus terang, mengaku.
walet (walét) Jw sj burung layang-layang.
walhal 1. padahal, sedangkan, dlm pd itu: sehingga hari itu, zakat harta dikenakan pd petani sahaja ~ yg wajib mengeluarkannya bukanlah petani sahaja; 2. meskipun, sungguhpun: belum puas lagi Ani melihat gambar yg tertera di muka itu, ~ sudah sekian kali dia melihatnya.
walhasil 1. dan hasilnya, kesudahannya, kesimpulannya: maka panjanglah borak dan bual kedua-dua orang perempuan itu, ~ apabila perempuan berjumpa sama-sama perempuan macam-macamlah jadi; 2. sebenarnya, pd hakikatnya: pd namanya saja mereka itu Islam, ~ pd amalannya mereka menyimpang drpd ajaran Islam.
wali I 1. orang (bapa, datuk, abang, bapa saudara, sepupu laki-laki) yg boleh menikahkan pengantin perempuan: Cik Rabiah masih mempunyai ~ ikrabnya yg kuat, iaitu bapanya sendiri; 2. orang yg diberi kuasa (dlm Islam) utk mengurus anak yatim dan hartanya sehingga ia dewasa; 3. = ~ Allah = waliullah orang yg dipilih oleh Allah SWT utk mendapat pertolongan-Nya dgn dirapatkannya pd kehadiran-Nya: saya ini bukannya keramat atau ~ Allah; 4. orang yg memerintah sesebuah daerah (negeri dll);
~ akrab, ~ ikrab a) orang yg layak menjadi wali yg sangat rapat hubungannya dgn pengantin perempuan (iaitu ayah, abang yg sulung, atau ayah saudara; b) ayah atau ibu kpd anak yatim yg layak mengurus harta si anak sehingga ia dewasa; ~ kota Id datuk bandar; ~ negara Id ketua negara bahagian (pd zaman penjajahan Belanda dan zaman Republik Indonesia Serikat); ~ negeri Id a) ketua negeri; b) Gabenor Jeneral; ~ rumah mamak yg berkuasa dlm rumah adat, tungganai;
berwalikan mempunyai seseorang sbg wali;
mewalikan bertindak sbg wali, menjadi wali utk;
memperwalikan menjadikan seseorang (sbg) wali, menunjuk seseorang sbg wali;
kewalian darjat sbg seorang wali: sesiapa yg menafikan ~nya dituduh jahil;
perwalian 1. perihal wali; 2. pengasuhan anak yatim serta penjagaan hartanya; 3. pengasuh negara yg belum boleh berkuasa sendiri.
wali II sl sj kain kuning yg disampaikan di bahu pegawai istana yg membawa alat kerajaan.
wali III = pisau ~ sj pisau kecil utk mengukir (kayu dll).
walid bp ayah, bapa: perkahwinan kita mendapat restu ~, dan telah berlangsung dua puluh tahun genap.
wali hakim orang yg bukan waris (mis raja, kadi, dll) yg boleh menikahkan pengantin perempuan jikalau ketiadaan walinya (spt bapanya, datuknya, abangnya, dll);
berwalihakimkan menggunakan seseorang sbg wali hakim: pernikahannya ~ kadi daerah.
walikukun Jw sj tumbuhan (pokok), Actinophora buurmani.
walimah ( walimat.
walimana sl sj burung yg besar utk kenaikan (kenderaan); wilmana.
walimat ( walimatulurus.
walimatulurus Ar kenduri perkahwinan.
waliullah wali Allah; ( wali I.
wallah, wallahi Ar 1. demi Allah (waktu bersumpah): ~, saya tidak bermain-main; 2. sr utk menyatakan terperanjat (kehairanan dll), ya Allah.
wallahuaklam Ar 1. dan Allah jua yg lebih mengetahui; 2. sr utk menyatakan keraguan (tidak mengetahui), entah; ~ bissawab dan Allah sahaja yg mengetahui sebenarnya.
walkie-talkie sj alat komunikasi kecil mudah alih yg membolehkan dua pihak atau lebih berkomunikasi secara langsung, biasanya pd jarak yg dekat.
walmana ( walimana.
walnat 1. sj pokok drpd genus Juglans yg mempunyai daun yg wangi, biasanya ditanam utk menghasilkan kacang yg boleh dimakan dan kayu yg boleh dibuat perabot dsb: kayu ~; 2. kacang berwarna perang dan berkedut-kedut, yg boleh dimakan begitu sahaja, dijeruk atau dibakar utk dicampurkan ke dlm aiskrim, biskut, kek dan beraneka jenis pencuci mulut.
walrus sj mamalia laut (spt anjing laut), biasanya di laut utara, yg diburu utk mendapatkan kulitnya.
waltz 1. sj tarian Barat yg dua orang penarinya menari (biasanya sambil berpimpin tangan) dgn langkah tertentu mengikut rentak muziknya; 2. muzik utk tarian ini.
waluku Jk bajak, luku, tenggala.
wam; ~ panas ruam atau guam (yg timbul kerana panas).
-wan akhiran asing 1. orang yg ahli (atau pelaku) dlm sesuatu bidang pekerjaan atau tugas, mis angkasawan, sejarawan dan pustakawan; 2. orang yg memiliki sesuatu sifat atau kepunyaan, mis hartawan, ilmuwan, jutawan dan dermawan.
wan 1. gelaran utk suatu bangsawan Melayu: W~ Andak; W~ Empuk; W~ Malini; 2. Pr panggilan utk ibu saudara; 3. Ph, NS panggilan utk nenek perempuan; 4. Kd panggilan utk datuk lelaki.
wanara (Sanskrit) sl kera.
wandu Jw banci, pondan.
wang I 1. alat pertukaran yg mempunyai harga (nilai) tertentu dan diakui sah, duit: satuan ~ negeri kita ini ialah ringgit dan sen; 2. ki gaji, harta, kekayaan, pendapatan, upah; ~ buta wang yg diberikan kpd orang yg tidak bekerja selama menanti pencen, gaji buta; 3. sl duit yg bernilai satu pertiga tali: pd masa itu di Melaka, segala jenis makanan pun mahallah, telur ayam tiga buah dua ~, dan ayam seekor satu rupiah;
tiga ~ setali; ~ adat Id wang utk perbicaraan di mahkamah; ~ bandar wang yg dipertaruhkan dlm perjudian; ~ belanja a) wang utk kegunaan hari-hari; b) ark gaji; ~ cengkeram (muka, pendahuluan) wang yg dibayar dahulu utk menandakan setuju membeli (menyewa) sesuatu barang, panjar; ~ duduk (sidang) Id wang upah utk anggota dewan dll ketika menghadiri persidangan; ~ duka (sungkawa) Id wang yg diberikan kpd ahli waris yg meninggal semasa mengerjakan tugasnya; ~ hangat (Eko) wang yg beredar (dr negeri ke negeri) kerana kadar bunga yg rendah; ~ hantaran wang yg dihantarkan oleh pihak pengantin lelaki kpd pihak pengantin perempuan (dlm perkahwinan); ~ jaga-jaga (cadangan) wang persediaan utk digunakan apabila diperlukan; ~ jantan Id wang yg dibawa utk digunakan apabila diperlukan; ~ jalan wang utk bekal dlm perjalanan; ~ jasa a) wang yg diberikan sbg pembalas jasa; b) bunga wang, faedah; ~ kancing sj wang utk jaminan; ~ karun a) wang yg terjumlah dlm harta karun; b) wang yg diperoleh secara haram; ~ kecil (pecah-receh) duit yg rendah nilaiannya (sen dll); ~ keras wang yg tetap nilaiannya (dlm pertukaran antarabangsa); ~ kertas wang yg berupa kertas; ~ kontan Id wang tunai; ~ kopi (jerih, sirih, teh) wang yg diberi sbg hadiah (kerana mengerjakan sesuatu); ~ kuliah Id wang perbelanjaan belajar di sekolah tinggi; ~ kunci (tiap) wang yg dibayar kpd tuan rumah yg disewa rumahnya; ~ lembur Id wang upah kerana kerja lebih masa; ~ logam (emas, perak, dll); ~ luar wang (pendapatan) yg diterima hasil membuat kerja luar; ~ mahar (wang) mas kahwin; ~ makan wang bayaran makan (semasa menjalankan tugas); ~ meja Id wang pembayaran perbicaraan di mahkamah; ~ panas a) (Eko) wang yg dipindahkan dr sebuah negara ke sebuah negara yg lain, atau dr satu jenis pelaburan yg lain, utk mendapatkan kadar pulangan yg terbaik; b) Id wang pinjaman dgn bunga yg banyak; c) Id wang yg berlebih-lebih (dlm peredaran); d) Id wang yg senang dapat dan senang habisnya; ~ pangkal wang yg harus dibayar dahulu ketika mula-mula masuk persatuan dll (bayaran masuk); ~ perlindungan wang yg dibayar oleh seseorang kpd kongsi gelap atau samseng agar harta benda, perniagaan atau nyawanya dsb tidak diganggu atau diancam oleh kongsi gelap atau samseng; ~ pertaruhan wang yg dibayar sbg tanda sanggup menerima sesuatu tawaran (menjadi ahli dll); ~ plastik ki kad kredit; ~ poket bp = ~ saku wang yg dibawa utk digunakan apabila diperlukan; ~ pokok wang yg menjadi modal dlm perniagaan; ~ pos kepingan kertas yg mempunyai nilai tertentu yg boleh ditunaikan, yg dijual kpd pelanggan oleh pejabat pos dgn mengenakan komisen; ~ ringgit a) sl sj mata wang drpd perak; b) satuan mata wang Malaysia; c) segala macam kekayaan; ~ sagu hati a) wang yg diberikan sbg membalas jasa; b) wang yg diberikan kpd ahli waris anggota (polis, tentera, dll) yg meninggal semasa bertugas; ~ sekolah wang bayaran sekolah; ~ sembah Jk wang yg diberikan oleh pihak laki-laki kpd bakal mentua sesudah pinangan diterima; ~ syiling duit kecil yg dibuat drpd logam; ~ simpanan wang yg disimpan utk masa depan; ~ sogok (sorok, suap) wang yg diberikan utk menyogok (menyuap); ~ songsongan wang berlebih yg dikembalikan selepas membayar (sesuatu): ~ sumbangan wang yg diberikan sebagai hadiah (sumbangan); ~ tambang wang utk membayar sewa atau tambang (kenaikan); ~ tegur (penegur) Jk wang yg diberikan kpd isteri utk memulakan pergaulan sbg suami isteri; ~ tengahan Id setengah rupiah, suku (50 sen); ~ terjun Id wang tambahan utk ahli pasukan payung terjun; ~ tinta wang upah kpd orang yg membuatkan surat (menandatangani surat keterangan dll); ~ tunai wang yg boleh digunakan pd bila-bila masa;
ada ~ abang saya, tak ada ~ abang paya (payah) = ada ~ abang sayang, tak ada ~ abang melayang prb orang yg disukai semasa ia kaya (berharta) sahaja; setali tiga ~ prb sama sahaja keadaannya (halnya);
wang-wangan mata wang tiruan, wang palsu;
berwang 1. mempunyai wang: dia tidak ~, satu sen pun tidak ada; 2. ki kaya, berharta;
mengewangi memberi modal kpd, membelanjai, membiayai;
mengewangkan menukarkan kiriman wang dll dgn wang;
kewangan perihal wang (keadaan atau urusan wang), segala sesuatu yg berkaitan dgn wang; Kementerian K~ kementerian yg menguruskan wang negara; kesukaran ~ kesukaran (kekurangan) wang dll;
perwangan keadaan dan pengurusan wang.
wang II Kd; ~-wing berjalan mundar-mandir tanpa tujuan.
wang III sl; ~ hati sedih (pilu) hati.
wang IV singkatan bagi awang.
wangi I 1. sangat sedap baunya, harum; air (minyak) ~ air (minyak) yg harum baunya; serai ~ serai yg harum baunya; 2. ki terkenal, harum: namanya menjadi ~ di seluruh negeri;
berwangi-wangian memakai wangi-wangian: si isteri juga digalakkan ~ ketika suami berada di rumah;
mewangi berbau harum, semerbak harum: sbg batik Lasam, makin dibasuh makin ~ baunya;
mewangikan menjadikan wangi, mengharumkan: teh ini dibubuh sehiris limau nipis yg bertikam cengkih, bukan utk menghiasnya tetapi utk ~nya;
wangian bau (minyak) wangi: lebih semerbak drpd ~ kasturi;
wangi-wangian segala sesuatu yg harum, bau-bauan yg harum;
kewangian perihal wangi, bau wangi, keharuman;
pewangi sesuatu yg mewangikan (menjadikan berbau wangi), pengharum: di Mesir, upacara keagamaan, terutama kematian mestilah dilengkapi dgn penggunaan ~;
wangi II; akar ~ = rumput ~ sj tumbuhan (rumput), naga setu, narwastu, Vetiveria zizanioides.
wangkang sj jong yg kecil, perahu besar.
wangsa (Sanskrit) bangsa, keluarga (raja, keturunan raja); muda ~ muda bangsawan; ~ Shailendra keluarga raja-raja Shailendra.
wani Jw berani.
wanita bh orang perempuan, lwn lelaki: fikirannya tertumpu kpd ~-~ genit sahaja; kaum ~ kaum ibu, kaum puteri;
kewanitaan perihal wanita, sifat-sifat wanita, keputerian: Rohaya mempunyai sifat ~ yg cukup lemah-lembut serta paras yg cantik;
pewanitaan (Bio) 1. perkembangan ciri-ciri kewanitaan; 2. pencetusan atau perkembangan ciri-ciri seks sekunder wanita pd lelaki.
wanti-wanti Jw berulang kali (melarang, memesan, dll), bersungguh-sungguh.
wap gas yg terjadi drpd air (cecair) yg dipanaskan;
berwap mengeluarkan wap: menghirup teh yg ~;
mengewap menjadi wap, meruap: air dlm belanga sedang ~;
mengewapi mengasapi dgn wap, mengukus;
mengewapkan 1. memanaskan (memasukkan) dgn wap air panas, mengukus: segala pakaian orang itu hendaklah direbus atau diwapkan supaya mati segala hama; 2. menjadikan berwap, mengeluarkan wap: ~ sesuatu bererti menukarkan bentuknya drpd cecair menjadi gas;
pengewapan proses mengewap (mengewapi, mengewapkan).
WAP akronim bagi Wireless Application Protocol (Protokol Aplikasi Tanpa Wayar, iaitu suatu sistem yg membolehkan pengguna mengakses internet dgn menggunakan telefon bimbit).
war Kl berasa dahaga kerana makan kacang (kuih dll).
wara; wara-wara pemberitahuan, pengumuman, pengisytiharan.
warak I Ar taat dan patuh kpd Allah, tidak melanggar larangan agama;
kewarakan sifat warak: agar kehidupan setiap manusia terisi dgn kebijaksanaan, semangat wira dan ~ mestilah dipupuk.
warak II badan.
warakatulikhlas Ar surat yg dikirimkan dgn tulus ikhlas (dlm surat-menyurat cara lama).
waran 1. surat kuasa yg dikeluarkan oleh majistret, biasanya kpd pegawai polis utk membolehkannya menangkap seseorang atau menggeledah (merampas) harta, dll: ~ telah dikeluarkan utk menangkapnya; 2. surat kebenaran yg membolehkan sesuatu pembayaran atau penerimaan wang dibuat;
~ geledah perintah bertulis yg dikeluarkan oleh pihak berkuasa kpd polis atau pihak berkuasa lain utk menggeledah sesuatu tempat bagi mencari barang curi, dadah, dokumen dsb; ~ pencen surat yg membolehkan bayaran pencen dibuat; ~ tangkap surat kuasa yg dikeluarkan oleh mahkamah kpd pihak polis utk menangkap seseorang kerana tidak hadir di mahkamah dsb.
warangan sl racun tikus dll: ~ kuning; ~ merah; ~ putih.
warangka Jw bahagian sarung keris yg di atas, sampir.
waranti jaminan secara bertulis yg diberikan oleh syarikat kpd pembeli utk membaiki atau menukarkan sesuatu barang yg dibeli jika barang itu rosak atau tidak berfungsi dlm tempoh masa tertentu.
waras 1. sihat, sembuh (jasmani): dia tidak hendak masuk bekerja kerana kurang ~ rasa badannya; 2. sihat rohani (mental, ingatan); kurang (tidak) ~ akalnya (ingatannya, otaknya, fikirannya) bp gila; fikiran yg ~ fikiran yg sihat dan sempurna (dapat berfikir dgn baik); 3. berdasarkan taakulan (bkn pertimbangan, keputusan dsb), menurut pertimbangan atau fikiran yg wajar, rasional: keputusan itu dibuat mengikut pertimbangan yg saksama dan ~;
mewaraskan mewajarkan tindakan, emosi dsb dgn memberikan penjelasan, fakta dsb yg logik atau dapat diterima akal, merasionalkan: sambil menghirup kopi, dia mencari-cari alasan bagi ~ tindakannya tidak pulang ke kampung selama itu; dia hanya diminta ~ fakta atau pandangan yg dikemukakan dlm rencananya;
kewarasan perihal waras, keadaan sihat (tubuh), keupayaan berfikir (bkn otak atau fikiran);
ketidakwarasan perihal atau keadaan tidak waras (tubuh, otak).
warasa Ar pewarisan.
warawiri I Jw; kembang ~ bunga raya.
warawiri II Jw 1. bp berjalan ke sana ke mari dgn tiada tujuan, mundar-mandir; 2. tidak tetap (pendirian dll).
warden 1. orang yg bertanggungjawab menjaga seseorang atau sesuatu; 2. pegawai kerajaan yg bertanggungjawab dlm penguatkuasaan undang-undang atau peraturan tertentu: permit sementara itu hendaklah dikemukakan kpd polis, para pegawai JPJ atau ~ lalu lintas apabila dikehendaki berbuat demikian.
wardi ark perintah; ( ordi.
warga 1. ahli (suatu keluarga, syarikat, dll), anggota; ~ dalam kerabat raja yg tinggal dlm istana; ~ dunia orang yg bukan rakyat sesuatu negara; ~ jagat ark warga dunia; ~ kota penduduk kota; ~ tua bh orang tua: Hari W~ Tua Sedunia disambut pd 1 Oktober; 2. ark tingkatan masyarakat dlm agama Hindu, kasta;
kewargaan keanggotaan.
warganegara rakyat sesebuah negara (yg terdiri drpd penduduk asli tempatan ataupun orang asing yg telah diterima menjadi rakyat mengikut undang-undang): ~ Malaysia;
mewarganegarakan menjadikan warganegara;
kewarganegaraan perihal warganegara, kerakyatan sesebuah negara: tidak seorang pun boleh dilucuti ~nya secara sewenang-wenang;
pewarganegaraan perihal mewarganegarakan.
wari Mn; berwari sl maka (tersebutlah); ( berwari.
warid I Ar menurut yg dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW (berdoa, sembahyang, dll).
warid II urat nadi.
waringin Jw beringin.
waris I Ar 1. orang atau pihak yg berhak menerima pusaka orang yg telah meninggal: apabila seseorang mati meninggalkan harta, maka harta itu mestilah diturunkan kpd ~nya; ahli ~ orang yg menjadi waris; 2. penjaga atau wali (kanak-kanak): apakah hukumnya jika penjaga atau ~ kanak-kanak yg berumur tujuh hingga sepuluh tahun mengabaikan ajaran sembahyang kpd kanak-kanak tersebut? 3. = warisan harta pusaka, harta peninggalan: anak cucu akan menerima ~ ayah bondanya;
~ ahli waris yg sebenarnya (anak dll); ~ kuat (yg karib) waris yg hampir sekali (anak, cucu, dll); ~ negeri sl waris yg bakal menggantikan sultan; ~ sah orang yg berhak menjadi waris menurut hukum (adat, agama, dll);
berwaris meninggalkan waris, ada warisnya: bagi orang mati yg tidak ~, urusan harta peninggalannya terserah kpd pemerintah;
mewarisi 1. menerima harta pusaka drpd, mempusakai: dia telah ~ tanah getah ibunya; 2. menurut dan membawa perangai (rupa, sifat, dll) orang tua dll, mengikut jejak orang dll yg sebelumnya (dlm pekerjaan dll): Martinah ~ muka ibunya; Semaun ~ sifat-sifat Pak Kasa; ayah seorang lelaki yg ~ zamannya; 3. ki menerima apa yg ditinggalkan: pegawai-pegawai tinggi Melayu yg sudah memang biasa di kelab itu sejak zaman lampau, berasa diri mereka ~ sisa-sisa nikmat menjadi tuan yg ditinggalkan oleh pegawai kolonial;
mewariskan 1. meninggalkan harta pusaka kpd, memberikan pusaka atau peninggalan kpd: aku akan ~ hasil-hasil seni ini kpd rakyatku; 2. menjadikan seseorang sbg waris; 3. ark mewarisi;
warisan 1. harta peninggalan, harta pusaka: Mimi pergi ke Bandung utk suatu urusan ~; 2. sesuatu yg diwarisi, sesuatu yg turun-temurun, peninggalan: kata jongos merupakan kata ~ kolonial;
kewarisan mendapat warisan;
perwarisan hal yg berkaitan dgn berwaris: undang-undang ~; hak ~;
pewarisan perihal mewarisi (mewariskan): penyelidikan tentang asal-usul dan ~ segala gagasan bahasa merupakan bidang sejarah linguistik;
pewaris orang (pihak) yg mewarisi, waris: kita adalah ~ kebudayaan yg terkaya dlm dunia; ~ ilmu Yunani; beliau muncul sbg ~ jawatan Perdana Menteri.
waris II Jk = warisan selalu bernasib baik (dlm perniagaan dll), beruntung, mujur.
warita ark sl berita, cerita, khabar, warta; ( urit.
warkah, warkat Ar 1. surat: senang sungguh hatinya menerima ~ itu; 2. kandungan (isi) surat.
warna 1. kesan yg didapati oleh mata drpd cahaya yg dipantulkan oleh benda-benda (dgn gelombang yg berbeza-beza) yg dilihatnya, rona: ~ merah; ~ hijau: ~ cempaka; ~ tua; ~ muda; 2. bermacam-macam, berbagai-bagai (dlm kata majmuk): ~ sari; 3. ragam atau corak (keadaan atau sifat sesuatu): pekerjaan saya banyak memerlukan pengetahuan tentang bentuk dan ~ negara lain; 4. ark kasta atau golongan (dlm masyarakat): masyarakat Hindu mempunyai empat ~;
~ biji remia Kd warna ungu; ~ dasar (utama) warna iaitu merah, biru dan kuning, yg menjadi dasar utk memperoleh warna lain; ~ karat warna coklat gelap dgn campuran warna merah atau kekuningan; ~ primer warna dasar (utama); ~ sekunder warna yg terhasil drpd dua warna primer;
berwarna 1. mempunyai warna (spt merah, hijau, dll), ada warnanya: kain tabir ~ biru tua; bangsa (kulit) ~ bangsa yg kulitnya hitam (coklat dll), bukan bangsa kulit putih; 2. menarik, istimewa, berlainan drpd sesuatu yg biasa: pelbagai kaum mempunyai cara hidup, kepercayaan, dan sifat semula jadi sendiri dan ini menjadikan suasana di sini lebih ~ dan unik;
berwarna-warna = berwarna-warni.
mewarnai 1. = mewarnakan memberikan berwarna (bercorak), menyapu dgn warna: kanak-kanak hendaklah disuruh mencuba ~ lukisan mereka; 2. ki meragamkan, mencorakkan, memberikan corak (yg tertentu) kpd: kedua-dua ciri inilah yg ~ sesuatu budaya;
pewarnaan perihal atau proses mewarnakan (mewarnai): mulakan dgn ~ pipi;
pewarna bahan utk mewarnakan (mewarnai).
warna bunyi ark, Id fonem.
warna nada Id warna suara.
warna sari 1. berjenis-jenis bunga, bermacam-macam; 2. kumpulan bermacam-macam karangan yg penting-penting (indah dll), antologi, bunga rampai.
warna-warni 1. berbagai-bagai warna(nya) (spt biru berserta merah dan warna-warna lain): bangunan yg dihiasi bendera ~; 2. berbagai-bagai ragam atau corak, aneka ragam: ~ dlm puisi Malaysia mutakhir;
berwarna-warni 1. mempunyai warna yg berbagai-bagai, bermacam-macam warnanya, beraneka warna: hulu keris itu dihiasi dgn permata yg ~; 2. mempunyai atau menunjukkan ragam atau corak yg berbagai-bagai, beraneka ragam: tiga belas esei dlm terbitan ini membicarakan tiga belas bidang budaya yg ~ dan beragam;
mewarna-warnikan menjadikan berwarna-warni.
warna warta bermacam-macam berita (khabar).
warta berita, khabar: tidak pernah kami dengar ~ bahawa manusia menjadi binatang; juru~ jurukhabar, wartawan;
~ berita berbagai-bagai berita; ~ harian surat khabar yg diterbitkan setiap hari; ~ kerajaan risalah yg diterbitkan oleh kerajaan utk menyiarkan undang-undang (pelantikan dll) yg telah disahkan oleh kerajaan; ~ sepekan Id majalah yg dikeluarkan seminggu sekali;
~ dibawa pikat dan langau sl perkhabaran yg belum sah, khabar angin;
mewartakan memaklumkan, memberitahukan, mengkhabarkan: pemberita kita di Melaka ~ bahawa pemilihan johan bagi negeri itu telah selesai;
terwarta telah diwartakan: teks ~;
pewartaan perihal mewartakan, pemberitaan, pengkhabaran, pemberitahuan;
pewarta orang yg memberitakan, pemberita.
wartawan orang yg menulis berita atau rencana utk surat khabar atau majalah; ~ bebas wartawan yg bebas menulis utk sebarang akhbar (majalah);
kewartawanan yg berkaitan dgn bidang tugas (kegiatan dll) wartawan, segala yg berkaitan dgn hal penerbitan dan penulisan surat khabar atau majalah: saya memilih jurusan ~ ; serentak dgn perkembangan pesat media elektronik, timbul pula tuntutan supaya wartawan generasi sekarang tidak semata-mata terlatih dlm bidang komunikasi biasa tetapi perlu juga dilatih dlm disiplin ~ penyiaran.
wartawati ark wartawan wanita.
wartel (wartél) Id akronim bagi warung telekomunikasi (iaitu tempat yg menyediakan khidmat telefon).
waru sj tumbuhan (pokok kecil), baru-baru, baru laut, buah keras laut, Thespesia populnea.
warun (Sanskrit) sl sj dewa laut.
warung kedai kecil tempat menjual makanan dan minuman, lepau: ~ makan; ~ kopi;
berwarung mempunyai (berniaga) di warung, berlepau.
wasak Ar kemampuan yg terbawa oleh unta (lebih kurang 180 kati atau 109 kilogram).
wasangka = syak ~ syak dan sangka, curiga, kecurigaan, kebimbangan hati, khuatir (bimbang, ragu-ragu), sangsi: tegur sapa orang dijawabnya dgn tulus dgn tiada menaruh syak ~ sedikit jua;
berwasangka menaruh syak wasangka: janganlah kita begitu mudah ~ terhadap orang lain.
wasap wap yg terbebas drpd cecair mudah meruap yg kelihatan spt asap, biasanya beracun dan kuat baunya;
mewasapi mengenakan atau menyemburkan wasap pd sesuatu tempat dsb utk membasmi hama, serangga dsb: pihak berkuasa tempatan telah ~ kawasan perumahan itu utk mencegah pembiakan nyamuk Aedes;
pewasapan perihal (proses, perbuatan dsb) mewasapi: ~ ini akan membasmi segala serangga perosak yg mungkin terdapat bahan tumbuhan itu;
pewasap bahan atau alat yg digunakan utk mewasapi: kaedah ini juga melibatkan pendedahan kpd bahan kimia spt asap dan bahan ~.
wasi Ar orang yg dilantik utk menunaikan wasiat.
wasiat I kehendak yg penghabisan yg disampaikan oleh orang yg hampir meninggal (bkn harta benda dll), pesan yg terakhir: aku telah satukan kamu semua dgn seberapa daya yg boleh spt ~ ibu engkau itu; surat ~ surat yg menyatakan kehendak orang yg meninggal;
berwasiat membuat wasiat, berpesan: dia ~ kalau dia mati segala hartanya diberikan kpd isteri dan ibunya; Khalifah Abu bakar telah ~ kpd Usamah dan tenteranya;
mewasiatkan memberi wasiat, menentukan orang sbg waris, mewariskan: maksud hamba yg kedua ialah hendak ~ sekalian harta;
pewasiat orang yg membuat (meninggalkan) wasiat.
wasiat II 1. pusaka; keris ~ keris pusaka; 2. yg bertuah, yg dapat membuat sesuatu yg ganjil dll, yg aneh, yg ghaib: tongkat ~.
wasiat III Id; Kitab W~ Baru (Lama) Kitab Perjanjian Baru (Lama) dlm agama Kristian.
wasilah, wasilat Ar ikatan, perhubungan, pertalian: apa yg jelas dan nyata ialah ilmu yg dituntut oleh manusia hanyalah sbg ~ dan jalan utk mengenal Allah.
wasir singkatan bagi bawasir.
wasit Ar 1. sl orang tengah (dlm perniagaan dll), pengantara; 2. orang yg meleraikan (orang berkelahi dll), pelerai, pendamai; 3. pengadil (dlm pertandingan bola sepak dll).
wasitah Ar 1. wasit perempuan; 2. pengantara (dlm perkahwinan), telangkai; 3. orang perempuan yg boleh berhubung dgn orang halus; ilmu ~ ilmu pengetahuan yg boleh menghubungkan diri seseorang dgn roh.
waskita ark awas, berjaga-jaga, waspada.
waslah Ar tanda dlm tulisan Arab yg menunjukkan penyambungan yg menghilangkan bunyi huruf alif (hamzah), penghubungan, perangkaian.
waspada = berwaspada tidak cuai, berawas-awas, berhati-hati, berjaga-jaga, beringat-ingat: dia selalu ~ dan berhati-hati benar;
kewaspadaan perihal atau keadaan waspada: ~ tentera kita diperhebat lagi.
wassalam Ar 1. selamatlah, sejahteralah; 2. hormat dan takzim drpd (biasanya pd penutup surat).
waswas I 1. (perasaan) sangsi: dia mahu suaminya hidup di sisinya tanpa bimbang dan ragu-ragu, tanpa syak dan ~; 2. (perasaan) curiga, kecurigaan: drpd perjumpaan itu hilanglah ~ aku kepadanya; seorang babu yg tidak pernah aku lihat yg berwajah samseng mengerling aku dgn ~ dr pintu; 3. khuatir: janganlah Datuk berasa ~ terhadap perkataan hamba;
mewaswaskan menyebabkan berasa waswas: saya ingat tidak ada apa-apa lagi yg boleh ~ hati;
kewaswasan rasa (keadaan) waswas: dlm dirinya ada ~ tentang kesahan sembahyangnya;
waswas II Ar sangkaan buruk yg merunsingkan hati (fikiran dll), godaan batin.
wat rumah berhala Buddha, kuil, tokong: mereka bersoal jawab dgn salah seorang sami di ~ tersebut.
watak 1. sifat (seseorang) yg zahir dan batin (merangkumi budi pekerti dan tabiatnya, tingkah lakunya, jiwanya, pemikirannya, dsb): kesopanan dan ketenangan mereka menggambarkan ~ orang yg berpendidikan; 2. tokoh atau pelaku dlm karya sastera atau seni (spt novel, cerpen dan drama, dsb): penulis itu memberikan personaliti kpd tiap-tiap ~nya;
berwatak mempunyai watak, berbudi pekerti, berkeperibadian: dia sendiri memang sudah ~ seniman;
berwatakkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg watak: nama Parameswara tidak pernah disebut dlm Sejarah Melayu, tetapi yg disebut ialah Raja Iskandar Syah yg tentunya ~ Islam;
memperwatakkan membentuk watak (seseorang pelaku dlm cerita), menggambarkan (memaparkan dsb) watak: ketaralah bahawa kejadian-kejadian dlm drama "Tamu di Bukit Kenny" tertumpu kpd fikiran, kelakuan, dan tindakan Si Pegawai yg diperwatakkan sbg manusia yg agak baik;
perwatakan 1. watak (seseorang) keseluruhannya, keseluruhan watak: ~ Panji Semirang pd keseluruhannya tidak lari drpd sifat asasinya sbg seorang perempuan; 2. pembentukan watak, penggambaran (pemaparan dsb) watak.
watan Ar tanah air, tanah tumpah darah: rela berkorban utk berbakti kpd ~;
kewatanan semangat utk membela nasib bangsa dan negara: faham kebangsaan Melayu berdasarkan ~, rasa kemanusiaan, dan persaudaraan.
watang Jw, sl batang (pohon kayu).
wataniah Ar perihal tanah air, yg berkaitan dgn tanah air; tentera ~ tentera sukarela.
watas Jw batas, perenggan, sempadan: sebatang sungai mengalir dekat ~ kebun itu;
berwatas, berwatasan berbatasan, berperenggan, bersempadan: di sebelah utara Tanah Arab, ~ dgn daerah Kerajaan Rom;
mewatasi membatasi, menyempadani;
perwatasan perbatasan.
watek Jw watak.
watermantel IB, bp sj senapang mesin besar yg larasnya berselongsong yg diisi dgn air.
waterpas IB, 1. bp sj alat utk menentukan rata tidaknya (permukaan dll); 2. rata (permukaan dll).
waterpruf bp tidak masuk air, kalis air, kedap air: jam tangannya ~.
wates ( watas.
wati ark 1. sl alam, angkasa, langit (dlm kata majmuk); 2. bentuk yg menyatakan perempuan (spt yg digunakan dlm perkataan peragawati dan seniwati).
watikah surat dsb yg menjadi bukti sesuatu pengiktirafan (kuasa, hak, dsb) yg diberikan kpd seseorang: pengisytiharan itu telah dibacakan oleh Menteri Besar Perak sebaik-baik sahaja beliau menerima ~ drpd Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
watt (Fiz) unit ukuran kuasa elektrik.
wattan jumlah kuasa elektrik yg diukur dlm nilai watt.
watt-jam unit kerja atau tenaga yg bersamaan dgn 1 watt kuasa elektrik yg digunakan selama 1 jam.
wau I layang-layang yg dibuat drpd kertas dan buluh: ~ bulan; ~ kapal; ~ kemetek;
bagai ~ putus teraju prb putus harapan dan berserah kpd nasib; laksana ~ melawan angin prb membuat pekerjaan yg tidak mungkin terkerjakan.
wau II 1. huruf ke-26 abjad Arab (mempunyai nilai enam); 2. huruf ke-30 abjad Jawi; tahun ~ tahun yg ketujuh dlm satu windu: pd tahun Hijrah seribu seratus sebelas, tahun ~.
wau III sr utk melahirkan rasa kagum, terkejut, atau seronok: ~, besarnya ikan ini!
wawa, wawak wakwak.
wawancara soal jawab antara wartawan dsb dgn orang yg terkemuka dll utk mendapatkan keterangan (pandangan dsb) utk disiarkan, temu ramah, temu bual, interviu;
berwawancara bersoal jawab antara wartawan dgn orang yg terkemuka dll, bertemu ramah, bertemu bual;
mewawancara, mewawancarai mengadakan (melakukan) wawancara, menemuramah, menemu bual, menginterviu: dr siang tadi sampai petang ini rajin sekali doktor Robert Winata memeriksa sambil mewawancarai diriku; sebuah akhbar mingguan telah ~ beberapa orang pemuda bukan Melayu;
pewawancara orang (wartawan dsb) yg mewawancara, penemu ramah, penemu bual, penginterviu.
wawansabda ark wawancara;
berwawansabda berhubung: memungkinkan insan ~ dgn pencipta-Nya.
wawas; mewawaskan menghasilkan wawasan: jika mahu membentuk masyarakat Malaysia yg bertaraf maju spt yg diwawaskan, sembilan cabaran hendaklah diatasi;
wawasan 1. fahaman atau tanggapan bkn sesuatu hal, pandangan, konsepsi: pola penceritaannya lebih kelihatan spt main-main, iaitu tidak didukung oleh kematangan ~; 2. pandangan jauh (terutamanya yg berkaitan dgn perkembangan masa depan) bagi mencapai matlamat penting sesebuah organisasi atau negara, visi: W~ 2020; kita mestilah proaktif dan ada ~ jika ingin berjaya dgn cemerlang;
berwawasan mempunyai pandangan jauh tentang kemajuan atau perkembangan masa depan sesuatu: agama Islam berjaya membentuk tamadun yg harmoni, merdeka dan ~ tinggi; sememangnya dia seorang pemimpin yg ~.
wayang 1. patung dll yg dibuat drpd kulit dll utk mempertunjukkan sesuatu cerita: kita adalah ~ di tangan dalang; 2. pertunjukan pentas (sandiwara, bangsawan, dll); anak ~ orang yg berlakon dlm pertunjukan pentas (sbg profesion); 3. = ~ gambar = ~ gelap pertunjukan gambar hidup yg berupa cerita dsb (yg ditayangkan pd layar putih): budak-budak di situ dapat menonton ~ gambar di sebuah panggung tempatan;
panggung ~ tempat wayang gambar dipertunjukkan (ditayangkan); ~ bangsawan sj pertunjukan pentas (sandiwara dan nyanyi-nyanyian); ~ Cina = ~ potehi sj permainan pentas orang Cina; ~ golek = ~ kelitik = ~ kerucil = ~ patung = ~ tongkol wayang yg dibuat drpd kayu (berupa anak-anakan dll); ~ kulit = ~ purwa wayang drpd patung-patung yg diperbuat drpd kulit; ~ orang sj sandiwara Jawa dgn tarian yg diiringi oleh gamelan (melakonkan cerita-cerita yg berasal drpd kitab Mahabharata); ~ suluh Id wayang kulit yg dimainkan dlm bahasa Indonesia;
mewayangkan memainkan wayang, menjadikan lakonan wayang, melakonkan, mendalangkan.
wayar dawai, kawat: ~ elektrik; ~ telefon.
wayarles (wayarlés) 1. tidak melalui kawat tetapi melalui gelombang elektrik di udara (utk menghantar berita); 2. alat yg digunakan utk menghantar atau menerima berita dll tanpa melalui kawat.
wayu sl angin, bayu.
wayuh Jw beristeri lebih drpd seorang.
wazir sl menteri, perdana menteri.
we (wé) ( weh.
Weda (wéda) kitab suci agama Hindu (dlm bahasa Sanskrit).
Wedam (wédam) ( Weda.
wedana Jw ketua daerah;
kewedanaan pejabat (tempat kediaman atau daerah) wedana.
wedani Jw sj tumbuhan (pokok memanjat), Quisqualis indica.
wede (wédé) IB, bp wakil, paltu.
weduk Jk kebal;
kewedukan ilmu kekebalan.
wegah Jw rasa tidak suka melakukan apa-apa, enggan, malas, segan.
weh (wéh) sr utk menarik perhatian orang: adinda ~, dengar kekanda bermadah; awak nak minum juga ~?.
weharima (wéharima) (Sumbawa) ark gotong-royong.
wejang Jw; diwejang diberi nasihat (tunjuk ajar dll);
wejangan 1. ajaran, nasihat, tunjuk ajar: demikianlah ~ ayah yg tidak pernah kulupakan; 2. pidato yg bertujuan utk menyampaikan pengajaran: setiap orang ingin melihat pemimpinnya, menyentuh pemimpinnya, mendengarkan ~nya.
weker (wéker) IB jam utk menjagakan, jam gerak, beker.
welahar ark tasik kecil.
welas Jw belas, kasihan; ~ asih belas kasihan.
welasan (Palembang) tambahan (tiap sepuluh ditambah satu), imbuh.
weling Jw pesan, wasiat.
welirang Jw belerang.
Weltanschauung (wéltanschauung) (Jerman) pandangan menyeluruh, terutama bagi seseorang individu terhadap kehidupan manusia dan alam sejagat.
wenang Jw wewenang;
berwenang mempunyai hak (utk berbuat sesuatu): ketua regu itu ~ utk menuntut ketaatan anggota regu;
sewenang-wenang, bersewenang-wenang 1. (membuat sesuatu) dgn sekehendak hati sahaja, dgn semahu-mahunya: kita tidak boleh membiarkan kaum bapa ~ sahaja bertindak terhadap kaum ibu; 2. bermaharajalela (melakukan sesuatu), kejam, zalim: tawanan mereka telah disakiti dgn cara yg kejam dan ~; 3. melakukan sesuatu tidak dgn teliti (dgn sembarangan sahaja, tidak dgn usul periksa): kata nasional yg digunakan dgn ~ itu sangatlah mengelirukan;
kesewenang-wenangan perbuatan sewenang-wenang, kezaliman;
kewenangan hak dan kekuasaan utk berbuat sesuatu.
werak (wérak), werek (wérek) Jw, bp orang yg mencari-cari buruh kontrak (biasanya dgn menggunakan tipu helah).
Wesak (wésak); Hari W~ hari perayaan keagamaan yg dirayakan oleh penganut agama Buddha pd bulan Mei setiap tahun.
wesel (wésel) I IB 1. = pos ~ surat utk mengirim wang kpd seseorang (syarikat dsb) yg dikeluarkan oleh pejabat pos; 2. surat ~ surat yg membolehkan seseorang mengambil wang yg dikirimkan (di pejabat pos).
wesel (wésel) II IB alat utk mengalihkan rel kereta api di persimpangan (persambungan) rel; salah ~ bp salah faham, salah pengertian, keliru.
weskot (wéskot) ark sj baju dalam yg tidak berlengan, labuhnya hingga ke pinggang, berbutang depan, dan dipakai di bawah kot atau jaket, rompi.
wet (wét) I IB undang-undang, hukum.
wet (wét) II Kl; mengewet membengkokkan (benda yg keras dan panjang).
wetan (wétan) Jw timur.
wewangian ark wangi-wangian.
wewenang Jw hak dan kekuasaan (utk berbuat sesuatu): eh, kalau aku punya ~, aku juga ingin punya duit banyak-banyak.
WHO kep World Health Organisation (Pertubuhan Kesihatan Sedunia).
wibawa = kewibawaan 1. kekuasaan, hak, atau keupayaan yg membolehkan seseorang dll menguasai atau mengarah orang lain atau menerbitkan pengaruh yg kuat: kewibawaannya sbg pemimpin persatuan itu dipertikaikan; memang benar pemimpin yg dikurniai daya penarik dan ~ utk menggerakkan rakyat itu seorang diktator; ~nya terpelihara dan dia akan menguasai terus masyarakatnya; 2. sifat atau keistimewaan sesuatu, spt sesebuah institusi atau terbitan yg menjadikannya dapat dipertanggungjawabkan atau dijadikan pegangan: ~ Dewan Bahasa dan Pustaka sbg badan pembinaan dan pengembangan bahasa;
berwibawa = berkewibawaan mempunyai wibawa (kewibawaan): penggunaan kata ini akan diterima orang akhirnya jika kamus tersebut ~; utk menjadi media massa yg ~, maka gaya, isi, dan pendekatannya harus ditumpukan pd manusia dan permasalahannya yg sebenar; pemimpin juga harus cekap berfikir, cekap berpidato, mempunyai karisma tertentu, ~ tinggi, serta sentiasa bercakap positif.
widara bidara.
widuri Jw sj tumbuhan (pokok renek), Caloptropis gigantea.
wig sj rambut palsu berkeriting berwarna putih, yg dipakai oleh hakim dsb semasa perbicaraan di mahkamah.
wih ( weh.
wijaya (Sanskrit) sl kemenangan, menang; ~ mala (mulia, kesuma) sl sj bunga sakti yg dipercayai boleh menghidupkan orang mati.
wijen (wijén) Jw bijan.
wijil Jw jalan keluar, pintu.
wikalat Ar jawatan (sbg) wakil, perwakilan.
wiket (wikét) (dlm permainan kriket) tiga kayu pancang yg dipacak dgn dua anak pancang melintang di atasnya, yg ditujui oleh bola yg dibaling oleh pihak lawan, dan yg dihadang oleh pemukul.
wiku sl pendeta yg bertapa.
wila; orang ~ suku bangsa orang asli di Kedah.
wiladah Ar; mandi ~ a) mandi yg diwajibkan bagi ibu yg baru bersalin (dlm agama Islam); b) upacara mandi bagi perempuan hamil (7 bulan), mandi lenggang perut, mandi tian.
wilangon Jw, sl asyik berahi, dendam berahi.
wilangun Jw, sl wilangon.
wilayah Ar jajahan, daerah, kawasan, negeri, provinsi: ~ Jawa Barat; ~-~ Afrika Tengah; hak ~ Id hak utk menguasai tanah dll (tetapi tidak memiliki);
kewilayahan sifat yg mementingkan wilayah atau daerah sendiri.
wilayat Ar wilayah.
wilis Jw, sl biru kehijau-hijauan, hijau tua, ratna ~ sl permata yg hijau.
wilmana (Sanskrit) sl kereta, kenderaan.
windu jangka waktu yg lamanya lapan tahun, daur kecil;
berwindu-windu beberapa windu (lamanya).
wineka (winéka) ark sangat hati-hati (terhadap sesuatu).
wingit Jw suci dan keramat, muhtasyam;
kewingitan keadaan wingit, kekeramatan: malam terus bening, disepuh ~ yg turun bersama rintik-rintik pawitera dr puncak wisesa.
wira sl pahlawan, lelaki;
kewiraan sifat-sifat sbg seorang wira: ternyata bahawa ~ Benjamin tidak sama dgn ~ Ratu Bongsu.
wirama irama.
wirang Jw aib, malu; membalas lara ~ membalas dendam kerana diberi malu.
wiraswasta orang yg bijak dan berkebolehan dlm mengusahakan aktiviti perniagaan atau perdagangan secara profesional, spt mengenal pasti, menentukan keluaran baru, dsb: usahawan Melayu bukan sbg kapitalis yg berwatak binatang ekonomi, tetapi sbg ~ Muslim yg terikat dgn norma dan etika agamanya.
wirawan sl gagah berani, gagah perkasa: kenapakah kamu menanyakan yg serupa itu, wahai anak muda yg ~?
wirawati perempuan yg gagah berani (gagah perkasa): Florence kini muncul sbg ~ olahraga Amerika Syarikat bagi era 1988.
wirid Ar 1. petikan drpd Quran yg ditentukan utk dibaca (dipelajari dll); 2. zikir yg dibaca selepas sembahyang;
berwirid membaca wirid, berzikir: lepas sembahyang, mereka ~ membilang tasbih.
wirit; wiritan bp amalan, kelaziman, kebiasaan.
wiron ( wiru.
wiru Jw lipatan (pd kain dll);
berwiru-wiru berlipat-lipatan (kain dll).
wisata (ber)darmawisata.
wisatawan orang yg berdarmawisata, pelancong.
wisel (wisél) sj alat berupa tiub kecil dsb yg mengeluarkan bunyi siulan yg nyaring apabila ditiup: sebaik-baik ~ berbunyi mengisyaratkan kereta api itu akan bertolak, Ramlan dgn segera turun mencium tangan ibu bapanya.
wisesa (wisésa) ark kekuasaan yg tertinggi.
wiski minuman keras yg diperbuat drpd bijian, spt barli, oat, rai, dll.
wisma 1. rumah; 2. bangunan yg di dalamnya terdapat ruang pejabat, kedai, dsb: W~ Persekutuan; W~ Yakin.
wit Kl, Pr; mengewit mengarahkan (perahu dll) ke tempat yg dituju.
witir Ar ganjil (bilangan); sembahyang ~ sembahyang sunat yg bilangan rakaatnya ganjil dan dikerjakan antara selepas sembahyang isyak dgn waktu subuh.
wiyata Jw ark pengajaran: ~ praja jawatan urusan pengajaran di Yokyakarta.
wizurai sl naib raja, gabenor jeneral; waizuri.
woksyop bp bengkel.
wolanda ark Belanda.
wolfram sj logam yg tahan dibakar, tungsten.
wong Jw orang.
wongweng (wongwéng) Pl mundar-mandir, ulang-alik, bolak-balik.
wortel IB sj lobak merah.
worawari Jw bunga raya.
writ (Udg) perintah atau proses yg dikeluarkan oleh mahkamah atau pegawai kehakiman meminta mana-mana orang melakukan atau tidak melakukan sesuatu, dan yg mengandungi arahan tentang apa yg patut dibuat; ~ habeas corpus writ yg boleh membebaskan seseorang drpd tahanan yg tidak sah; ~ pilihan raya writ yg dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yg mengandungi arahan menghendaki pegawai pengurus sesuatu bahagian pilihan raya mengambil langkah bagi mengadakan suatu pilihan raya mengikut cara yg ditetapkan oleh undang-undang.
WTO kep World Trade Organization (Pertubuhan Perdagangan Dunia, iaitu pertubuhan antarabangsa yg menggalakkan dan mengawal selia perdagangan antara negara-negara anggotanya).
wuduk I 1. Ar perbuatan menyucikan diri dgn air (sebelum beribadah, spt bersembahyang): sudahkah engkau mengambil ~?; 2. air sembahyang; ada ~ ada air sembahyang atau berada dlm keadaan yg membolehkan seseorang beribadah, spt bersembahyang, membaca al-Quran, dll;
berwuduk menyucikan diri (sebelum sembahyang), mengambil air sembahyang: tidak sah ~ kalau tidak disertakan niat; tawaduk II.
wuduk II Jw; nasi ~ nasi yg dimasak dgn santan dan bumbu; uduk II.
wujud 1. ada (sesuatu), sedia ada; 2. sesuatu yg ada bentuknya (dapat dilihat, dipegang, dll); 3. benda yg nyata (bukan roh dll), rupa dll yg dapat dilihat;
berwujud 1. memang ada (boleh dipandang, dipegang, dll), berupa benda yg nyata; 2. konkrit, maujud, nyata;
mewujudkan 1. menjadikan berwujud (berbentuk, berupa, dll), mengadakan: kadang-kadang amanah diwujudkan melalui perjanjian secara lisan di kalangan keluarga; 2. melaksanakan (cita-cita dll); 3. menerangkan (memperlihatkan) dgn benda yg nyata;
terwujud sudah diwujudkan (dilaksanakan): ada suatu waktu ketika alam belum lagi ~;
kewujudan perihal wujud (sesuatu), adanya (sesuatu);
perwujudan 1. bentuk atau rupa (yg benar-benar dapat dilihat dll); 2. sesuatu yg berwujud (kelihatan dlm mimpi dll); 3. sesuatu yg konkrit (maujud, nyata); 4. pelaksanaan (cita-cita dll);
pewujudan perbuatan atau proses mewujudkan.
wul; ~ kaca serat kaca yg dipintal halus spt kapas; ~ kapas kapas yg diolah menjadi putih dan bersih (biasanya digunakan utk tujuan perubatan); ~ keluli gumpalan serat keluli yg halus (biasanya digunakan utk menggilap).
wuquf Ar berhenti: ~ di Arafah berhenti (hadir) seketika di Arafah pada 9 Zulhijah antara ketika gelincir matahari hingga ketika terbit fajar hari kesepuluh (salah satu rukun haji).
wusyu seni mempertahankan diri orang Cina.
wuwungan Jw bumbungan.
................
................
In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.
To fulfill the demand for quickly locating and searching documents.
It is intelligent file search solution for home and business.