MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM
MINIT MESYUARAT GURU KALI KE-4 SESI 2015
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PELINDUNG
Tarikh : 10 Mac 2015
Hari : Selasa
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, SMK Pelindung
Kehadiran : Rujuk Lampiran (Kehadiran Guru)
|BIL |PERKARA |TINDAKAN |
|1. |UCAPAN PENGETUA | |
| |Tuan Pengetua Dato’ Sri mengalu-alukan kedatangan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Pelindung mengucapkan|Tuan Pengetua Dato’ Sri |
| |terima kasih di atas kehadiran dalam Mesyuarat Guru kali ke 4 tahun 2015. | |
| |Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan analisis SPM Tahun 2014 oleh Ketua Bidang Votek, Bidang Kemanusiaan, | |
| |Bidang Sains dan Matematik serta Bidang Bahasa. | |
|2. |KURIKULUM | |
| | |Pn. Hasmah Binti Rahamad |
| |Bidang Sains Dan Matematik | |
| |Mata pelajaran Matematik, meningkat dari segi peratus, tetapi menurun dari segi GPS. Penurunan adalah tidak | |
| |ketara. | |
| |Matematik Tambahan meningkat dari segi GPS iaitu sebanyak 0.44 mata, diikuti Sains sebanyak 0.05 dan Kimia | |
| |sebanyak 0.05 mata. | |
| |Kekuatan peningkatan ini adalah kerana guru-guru mengajar merupakan guru-guru pemeriksa kertas SPM. | |
| |In-House training di peringkat dalaman dilakukan oleh guru-guru terlibat. | |
| |Bengkel menjawab soalan dilaksanakan dengan mengelompok pelajar mengikut tahap iaitu cemerlang, sederhana dan | |
| |potensi. | |
| |Latih tubi diberi kepada pelajar-pelajar di samping pendedahan format soalan peperiksaan. | |
| |Program-program khusus diadakan seperti ‘Sayang Matematik’ bagi membantu pelajar-pelajar menguasai topik. | |
| | | |
| |Bidang Votek | |
| | | |
| |Mata pelajaran Perdagangan - 1 orang pelajar mendapat gred A, 4 gagal dan seorang tidak hadir. | |
| |Kekuatan yang dapat dikenalpasti, program-program yang dilaksanakan adalah hampir sama dengan program-program | |
| |yang dilaksanakan oleh Bidang Sains dan Matematik. | |
| |Meliputi latih tubi, bengkel menjawab soalan dengan mengelompokkan pelajar kepada tiga kumpulan iaitu |Pn Suzana Laksana binti |
| |cemerlang, sederhana dan potensi serta seminar fokus menjawab soalan. |Ahmad |
| |Program yang ditambah bagi meningkatkan kecemerlangan adalah program Bijak Perdagangan dengan target 6 orang | |
| |pelajar mendapat Gred A. Pelajar cemerlang ini akan menjadi guru muda kepada pelajar-pelajar kumpulan | |
| |sederhana dan potensi. | |
| |Program lain yang ditambah adalah Seminar Perbankan, Insurans dan GST. Perlaksanaan adalah dengan menjemput | |
| |pihak tertentu untuk memberi pendedahan kepada pelajar untuk bertanya kepada pihak yang lebih pakar berkaitan | |
| |topik. | |
| |Mata pelajaran Prinsip Akaun, GPS pada tahun 2013 adalah 5.52, tahun 2014 meningkat kepada 5.20. Seramai 8 | |
| |pelajar mendapat Gred A daripada sejumlah 40 pelajar. | |
| |Program yang dirancang pada tahun ini bagi meningkatkan kecemerlangan adalah Bijak Akaun, Cakna Akaun dan | |
| |Klinik Akaun. Pengisian adalah fokus kepada menyalin semula soalan dan jawapan SPM yang lepas. | |
| | | |
| |Bidang Kemanusiaan | |
| | | |
| |Mata pelajaran Sejarah, pelajar mendapat cemerlang gred A seramai 29 pelajar, Pendidikan Islam seramai 27 | |
| |pelajar daripada sejumlah 121 pelajar yang mengambil peperiksaan. | |
| |Perancangan pada tahun ini akan melonjak dan meningkatkan kecemerlangan pelajar bagi setiap subjek dengan | |
| |merangka program-program yang sesuai. | |
| |Program mata pelajaran Pendidikan Islam adalah Bijak Istilah, turut mengelompokkan pelajar kepada 3 kumpulan | |
| |iaitu cemerlang, sederhana dan potensi. | |
| | | |
| |Bidang Bahasa | |
| | | |
| |GPS pada tahun 2013 adalah 4.06, meningkat kepada 3.74 pada tahun 2014. Peratus menurun daripada 98.73% kepada| |
| |98.35% di mana penurunan ini adalah tidak ketara. |Pn. Juwariah binti Muda |
| |Seramai 46 pelajar mendapat gred A. 3 pelajar mendapat gred A+ berbanding pada tahun 2013 tiada pencapaian | |
| |pelajar mendapat gred A+. | |
| |Kekuatan yang dikenalpasti adalah sama seperti Bidang Sains dan Matematik, Votek, dan Kemanusiaan dengan | |
| |mengelompokkan pelajar kepada 3 kumpulan iaitu kumpulan cemerlang, sederhana dan potensi. | |
| |Penambahbaikan pada tahun ini akan dilaksanakan program Sentuhan Modul bagi Bidang Bahasa. | |
| | | |
| |Analisis Akademik (GPK1) | |
| | | |
| |Analisis mengikut GPS, SMK Pelindung berada di tempat ke 26 daripada 44 buah sekolah. | |
| | | |
| |Tahun 2014 GPS adalah 5.32, iaitu meningkat sebanyak 0.16 berbanding pada tahun 2013 dengan GPS sebanyak 5.48.| |
| |Kelayakan untuk mendapat sijil LMS adalah penapaian sebanyak 88.61%. |Pn. Shalimah binti Hassan|
| |Tiada pelajar mendapat straight A pada tahun 2014. Pelajar terbaik adalah Wan Yusrina Fairus dengan |(wakil Bidang Bahasa) |
| |pencapaian 8A1B, diikuti Nur Karmila dengan penapaian 6A2B1C. | |
| |Pencapaian calon SPM tahun 2014 adalah 8A – (1 pelajar), 6A (Tiada), 5A (5 pelajar) diikuti 4A (13 pelajar). | |
| |Rumusannya, walaupun pelbagai program telah diatur, dirancang dan dilaksanakan, namun pencapaian masih belum | |
| |mencapai tahap yang disasar. Justeru, guru-guru perlu membuat penambahbaikan bagi melonjakkan pencapaian | |
| |pelajar dalam keputusan SPM pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang. | |
| |Perancangan untuk tahun ini antaranya ialah: | |
| |1 - Home Learning | |
| |Pusingan 1- soalan-soalan diriso untuk diberi kepada pelajar-pelajar. Fokus adalah sepanjang cuti | |
| |persekolahan. | |
| |Pusingan 2 – Sistem penggiliran dalam penyediaan soalan. | |
| |Pusingan 3 – Cekap Diri. Pelajar fokus kepada latih tubi. Dilaksanakan semasa cuti. Guru-guru menyediakan | |
| |soalan dan diedarkan kepada semua pelajar. Jawapan-jawapan disemak, dibuat pembetulan. Sekiranya pelajar tidak|Pn. Zuraida binti Mohamad|
| |menyiapkan soalan diberi, perlu salin semula sebanyak 20 kali. | |
| | | |
| |2- Program MMI | |
| |Adalah pengisian ketika guru tiada di sekolah. Ini memastikan pelajar tidak membuang masa. Masa diisi dengan | |
| |membuat latihan bagi subjek guru tidak hadir tersebut. Borang MMI boleh diambil di pejabat dan guru relif | |
| |perlu memastikan pelajar-pelajar membuat latihan yang dibekalkan. | |
| | | |
| |3- Kelas Kecemerlangan | |
| |Kelas kecemerlangan berjalan seperti biasa. Tempoh dan pengisian juga harus diberi kepada kaunselor untuk | |
| |melaksana program motivasi khusus kepada pelajar terlibat peperiksaan penting. | |
| |Ini bertujuan melonjakkan keputusan SPM pada tahun 2015. | |
| | | |
| |Analisis Akademik (Tuan Pengetua ) | |
| | | |
| |Daripada laporan dan hasil pembentangan yang dinyatakan hampir menyentuh semua perkara namun masih belum | |
| |menguasai. | |
| |Kesalahan tidak seharusnya diletakkan kepada pelajar-pelajar. Namun semua guru harus bertindak pada tahun ini | |
| |bagi memastikan pelajar menguasai semua topik, sekaligus meningkatkan pencapaian pelajar dalam SPM. | |
| |Ketua panitia dan ketua bidang perlu main peranan, bekerja dalam 1 kumpulan setelah kelemahan-kelemahan telah | |
| |dikenalpasti. | |
| |Jumaat akan dilaksanakan program penetapan target dan guru perlu bekerjasama supaya target tidak tersasar dan | |
| |dapat dicapai pada tahun ini. | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | |Tuan Pengetua Dato’ Sri |
| | | |
|3 |HAL EHWAL MURID | |
| |Program Cekat Ilmu akan dilaksanakan pada tahun ini. Tujuan perlaksanaan diharapkan berlaku peningkatan |En.Mohamed Nazim bin |
| |pelajar hadir ke sekolah. |Ismail |
| |Pengisian adalah pelajar perlu menyiapkan tugasan subjek bagi hari tidak hadir. | |
| |Memastikan pelajar tidak tercicir ilmu pada hari tidak hadir tersebut. Tempoh masa diberi adalah maksimum 2 | |
| |hari dan diselesaikan pada waktu rehat. | |
| |Pelajar dikehendaki mengisi borang yang akan dikembalikan kepada HEM pada hari ke 2. Guru subjek akan | |
| |menandatangan membuktikan pelajar telah selesai tugasan tersebut. | |
| |Sekiranya pelajar tidak menyiapkan tugasan, borang perlu dihantar kepada jawatankuasa penyelaras disiplin. | |
| |Penyelaras disiplin terdiri daripada Pn. Norsiha (penyelaras disiplin tingkatan 1), Pn. Wan Noor Azlina | |
| |(penyelaras disiplin tingkatan 2), En. Mohd Eddy Sahlan (penyelaras disiplin tingkatan 3), En. Wan Asma Izam | |
| |(Penyelaras disiplin tingkatan 4) dan En Mohd Redza (penyelaras disiplin tingkatan 5). | |
| | | |
| |Sekira terdapat pelajar ingkar, 5 mata demerit diberi kepada pelajar tersebut. | |
| |Guru-guru kelas diminta mengambil nama dan maklumat pelajar berpenyakit kronik bagi kelas masing-masing dan | |
| |diserah esok kepada PK HEM. | |
| | | |
| |Pelajar-pelajar yang terlibat dengan Cekat Ilmu dikumpul di dataran atau di ruang di bawah pejabat. | |
| |Ketua kelas akan membantu mengambil nama pelajar tidak hadir. Memantau pelajar-pelajar menyiapkan kerja | |
| |sekolah. | |
| |Pelajar terlibat Cekat Ilmu akan mencari guru-guru bagi subjek pada hari tidak hadir, menyiap tugasan dan | |
| |mendapatkan tandatangan setelah selesai tugasan, seterusnya borang di hantar ke PK HEM. | |
| |Perlaksanaan guru penyayang, guru-guru diminta turun ke tapak perhimpunan untuk mendengar maklumat-maklumat | |
| |pada hari tersebut. | |
| |Guru kelas mengurus kehadiran pelajar bagi kelas masing-masing dan pastikan sebelum jam 9.00, kehadiran | |
| |pelajar telah selesai dihantar ke pejabat. | |
| |Program memperingati hari lahir peringkat sekolah belum berjalan sepertimana takwim. | |
| |Program mentor-mentee untuk memantau target juga belum dilaksanakan. |Tuan Pengetua Dato’ Sri |
| |Guru kelas perlu memastikan kelas sentiasa bersih, tiada perabot atau kerusi meja rosak diletakkan di dalam | |
| |kelas. | |
| |Skuad Perabot sekolah juga dilihat masih belum dilaksanakan. | |
| |Guru bertugas perlu memantau kebersihan kantin. Kebersihan sinki di kantin jika didapati tidak memuaskan, | |
| |perlu dilaporkan kepada pihak kantin. | |
| |Disiplin pelajar perlu dibuat laporan dan dimaklum kepada pihak pengetua. | |
| |Diharapkan kerjasama semua guru-guru dalam aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah berjalan lancar. | |
|4 |KO-KURIKULUM | |
| |Guru-guru diminta untuk mengisi maklumat berkaitan sukan dan perlawanan dalam pautan online Pengurusan Rekod |En.Nazaruddin Bin Yusof |
| |Sukan Sekolah (EPRESS). | |
| |Pautan URL adalah , Password 1-8 dengan ID cea4094. | |
| |Maklumat yang perlu diisi adalah pendaftaran atlit, maklumat dan gambar, surat kebenaran serta borang M01 dan | |
| |M02. | |
| |Maklumat-maklumat ini memudahkan pengurusan MSSD daerah untuk mendapatkan wakil-wakil untuk ke peringkat | |
| |negeri. | |
| |Surat kebenaran boleh didapati secara automatik melalui pautan ini. | |
| |Borang M01 adalah untuk penyertaan individu, manakala borang M02 untuk penyertaan berpasukan. | |
| |Borang-borang ini diprint dan dibuat pengesahan oleh pihak sekolah. | |
| |Pencerapan ko-kurikulum dilaksana 4 kali setahun, bermula 30 Mac 2015. | |
| |Setiap Unit Sukan Permainan mempunyai fail khusus. | |
| |Fail dilengkapkan dengan kehadiran, laporan aktiviti-aktiviti, carta organisasi dan maklumat-maklumat | |
| |berkaitan. | |
| |Sijil penyertaan dan pencapaian perlu dibuat 2 salinan. 1 salinan untuk simpanan PK KO-KU, manakala 1 salinan | |
| |untuk simpanan fail unit Sukan Permainan. | |
| |Perubahan guru penasihat, Pn.Halawaty dilantik ketua guru penasihat rumah sukan ALZA menggantikan Pn Siti | |
| |Fatimatuzzahra, Ustaz Zawawi ketua guru penasihat Kelab Persatuan Pendidikan Islam menggantikan Pn. | |
| |Salinahany, dan diikuti Pn. Rosmina dilantik ketua guru penasihat Kelab Persatuan Geografi Sejarah | |
| |menggantikan Pn. Rosmawani. | |
| |En. Fadlullah dilantik guru penasihat Kelab Rekacipta, Sukan Permainan Olahraga dan Unit Uniform Pengakap. | |
| |En. Saiful dilantik guru penasihat Kelab Kompang, Sukan Permainan Bola Sepak dan Unit Uniform Kadet Bomba. | |
| | | |
| |HAL-HAL LAIN | |
| |Diharapkan semua guru menjalankan tanggungjawab masing-masing, mengikut keutamaan. |Tuan Pengetua Dato’ Sri |
| |Setiap perkara yang berlaku di sekolah perlu dilapor kepada pihak pengurusan sekolah. | |
| |Guru-guru perlu tegas dalam penggunaan vest oleh pelajar-pelajar. | |
| |Vest yang lebih berkualiti perlu disediakan disebabkan vest sediada kebanyakannya telah koyak. | |
| |Bilik rawatan perlu penambahbaikan, perlu diwujudkan bilik sakit. | |
| |Pihak koperasi perlu bertindak untuk mula beroperasi di bilik multimedia yang lama. | |
| |Cyber café perlu diwujudkan di sekolah dan guru-guru perlu dapatkan peruntukan. | |
| |PENANGGUHAN | |
| |Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada yang hadir dan mesyuarat ditangguhkan jam 5.00 petang. | |
Tarikh : 13 Mac 2015
Disediakan oleh: Disahkan Oleh:
……………………………….. ……………………………………
Nor Akemar Sihar bt Othman Datin Sri Diraja Dato’Sri Hajah
(Setiausaha Mesyuarat Guru) Junaini Binti Kassim
(Pengetua, SMK Pelindung)
‘LAMPIRAN’
TIDAK HADIR BERSEBAB
|Bil |Nama |
|1. |Pn. Nor Salinahany Binti Hanafiah |
|2. |Siti Fatimatuzzahra binti Sikh Said |
|3. |Eddy Mohd Sahlan bin Osman |
|4. |Suriyani binti Ali |
|5. |Muhammad Bin Ghani |
|6 |Kanmani A/P Raman |
|7 |Asma Hanim binti Mokhtar |
KEHADIRAN:
|Bil |Nama |
|1. |Datin Sri Dato’ Sri Hajah Junaini Bt Kassim |
|2. |Zuraida binti Muhammad |
|3. |Mohamed Nazim bin Ismail |
|4 |Nazaruddin bin Mohd Yusof |
|5 |Hasmah binti Rahamad |
|6 |Wan Asma Izam bin Wan Mohamad |
|7 |Juwariah binti Muda |
|8 |Nuryati binti Mohd Nor |
|9 |Nurul Azwin binti Mazlan |
|10 |Norbaisatul binti Omar |
|11 |Jamiyah binti Isa |
|12 |Norul Huda binti Muhammad |
|13 |Rosmina binti Che Mat |
|14 |Nor Akemar Sihar binti Othman |
|15 |Asfarida binti Ja’afar |
|16 |Pn. Nur Fadly Aida bt Ahmad Padzil |
|17 |Azila binti Azimat |
|18 |Pn. Azliza Binti Wan Ahmad |
|19 |Hanifah binti Abas |
|20 |Joraizam binti Mohamad Jamin |
|21 |Mariam binti Abdul Rahman |
|22 |Mazlina binti Musa |
|23 |Norhamzani binti Yusof |
|24 |Rozwati binti Ab. Majid |
|25 |Nazaruddin bin Mohd Yunus |
|26 |NG Sok Leng |
|27 |Nor Marzlina binti Mohd Tajudin |
|28 |Nor Halawaty binti Mustafa |
|29 |Noraliana binti Awang Teh |
|30 |Noriza binti Muhamed |
|31 |Norsiha binti Wan Abdullah |
|32 |Shalimah binti Hassan |
|33 |Siti Nur binti Othman |
|34 |Hasimah binti Hassan |
|35 |Rosnah binti Hussin |
|36 |Wan Noor Azlina binti Ibrahim |
|37 |Jamaliah binti Ismail |
|38 |Siti Fairuz binti Ibrahim |
|39 |Suziliana binti Jamaludin |
|40 |Rafidah binti Adnan |
|41 |Laili binti Omar |
|42 |Mardhiah binti Mujahid |
|43 |Rahidah binti Mat |
|44 |Mohd Zawawi bin Yunus |
|45 |Kamariah binti Abdullah |
|46 |Mohd Redza bin mohamad |
|47 |Ahmad Saifuldin b.Md. Yusof |
|48 |Kamarul b. Mamat |
|49 |Wan Nur Musfirah Izzah bt. Wan Fauzi |
|50 |Nurul Aimi bt Azaman |
|51 |Maizatul Aslamiah bt Ghazali |
-----------------------
[pic]
................
................
In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.
To fulfill the demand for quickly locating and searching documents.
It is intelligent file search solution for home and business.
Related searches
- borang kehadiran mesyuarat spsk
- borang kehadiran mesyuarat panitia
- kehadiran mesyuarat pengurusan
- notis panggilan mesyuarat panitia doc
- minit mesyuarat panitia matematik
- minit mesyuarat panitia bahasa inggeris
- minit mesyuarat panitia
- minit mesyuarat panitia sejarah
- contoh minit mesyuarat terkini
- contoh minit mesyuarat persatuan
- contoh minit mesyuarat kerajaan
- contoh minit mesyuarat jabatan