Kun's Blog | Thank You For Your Visit



NO. 198WRIT (A. 93, K.3)DI KUALA LUMPURDI NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN[ TUNTUTAN KECIL ]KES NO : ……………………………………………………………………………………………………………….NAMA PLAINTIF : NO. K/P : NO. TELEFON :ALAMAT :NAMA DEFENDAN : NO. K/P @ NO. SYARIKAT:ALAMAT :PERNYATAAN TUNTUTANTuntutan Plaintif ialah sejumlah wang sebanyak Ringgit………………………………………………………………..Butir-butir ;………………………………………………....TARIKH………………………………………………....TANDATANGAN/CAP IBU JARI KANAN PLAINTIF………………………………………………....TARIKH PEMFAILAN………………………………………………....MAJISTRETPERINTAH KEPADA DEFENDANJika kamu mempertikaikan tuntutan Plaintif, kamu mestilah memfailkan Pernyataan Pembelaan kamu dalam Borang 199 pada atau sebelum ………………………………………………………………………………Kamu mestilah hadir di Mahkamah ini pada tarikh Perbicaraan dan pada masa yang ditunjukkan di bawah ini, jika kamu tidak bersetuju dengan tuntutan Plaintif.Bawa semua saksi, buku-buku dan lain-lain kertas dengan kamu untuk menyokong kes kamu.TARIKH PERBICARAAN ………………………………………………….. MASA …………………………………………………….…………………………………………….. ……………………………………………… TARIKH PEMFAILAN MAJISTRET(METERAI)MAHKAMAH TUNTUTAN KECILTATACARA TUNTUTAN KECILPLAINTIF mestilah seorang INDIVIDU (perjanjian dan tuntutan perlu melibatkan diri sendiri dan atas NAMA PLAINTIF SAHAJA)PLAINTIF TIDAK BOLEH membawa Tuntutan Kecil sebagai wakil atau Pengarah kepada mana-mana syarikat sama ada Sendirian Berhad ataupun Berhad, Pemilik Tunggal, Enteprise, Agensi, Perniagaan Berdaftar, Organisasi, Pertubuhan ataupun perniagaan yang melibatkan Komisi Am. Plaintif haruslah bertindak sendiri dan tidak dibenarkan menghantar wakil pada hari Pendengaran.Jumlah tuntutan TIDAK MELEBIHI RM5000 dalam satu kausa tindakan dan perlu disokong dengan dokumen yang berkaitan (Asal) yang membuktikan jumlah tuntutan. Sila sertakan dokumen sokongan (Resit/Sebut Harga dll) semasa pemfailan di Kaunter E-filing.PLAINTIF TIDAK BOLEH diwakili Peguam dan segala saman dan dokumen yang difailkan di bawah Tuntutan Kecil perlu mengikut format “NO. BORANG TUNTUTAN KECIL”.TUAN/PUAN MAJISTRET akan membatalkan saman sekiranya syarat-syarat diatas tidak dipenuhi. Segala kos akan ditanggung oleh Plaintif.PROSEDUR TUNTUTAN KECILPihak yang menuntut sebagai “PLAINTIF”, manakala pihak yang dituntut sebagai “DEFENDAN”.Plaintif dikehendaki mengisi Writ Saman (Borang 198) dan menyatakan amaun dan butir-butir tuntutan kemudian memfailkan borang tersebut di Biro E-FILING (Aras 1) berserta bayaran pemfailan sebanyak RM20.00. Sila berikan alamat Email kepada Petugas di kaunter Pemfailan dan sila buat semakan pada Email anda selepas 3 hari bekerja.Email; Writ Saman termeterai dan Penyata Tuntutan (Borang 198) yang memaklumkan tarikh Sebutan perlu dicetak, kemudian dihantar kepada Defendan secara KEDIRI (by hand) atau A.R BERDAFTAR (Kad Kuning).Salinan bukti penyerahan perlu difailkan bersama Afidavit Penyampaian (Borang 135). Borang ini perlu diakui oleh Pesuruhjaya Sumpah yang boleh didapati di Kaunter Bayaran (Aras 1). Kemudian borang tersebut di failkan di Biro E-FILING sebelum tarikh Sebutan berlangsung. ARAHAN KEPADA DEFENDANJika Defendan mengakui tuntutan; Penghakiman Defendan Mengakui Tuntutan (Borang 204)Penghakiman Persetujuan (Borang 206)Jika Defendan TIDAK MENGAKUI TUNTUTAN atau mempunyai TUNTUTAN BALAS terhadap Plaintif, sila failkan Borang 199 dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan Writ Saman (Borang 198). Borang 199 yang telah dimeterai perlu dicetak, kemudian dihantar kepada Plaintif secara KEDIRI (by hand) atau A.R BERDAFTAR (Kad Kuning). Penyataan Pembelaan – RM8.00 Tuntutan Balas – RM 20.00 Jika Defendan GAGAL memfailkan Pernyataan Pembelaan, lanjutan masa untuk memfailkan Borang 199 akan diberi ATAU Penghakiman Ingkar Pembelaan akan direkodkan (Borang 201)Jika Defendan TIDAK HADIR pada tarikh Sebutan pertama Mahkamah akan merekodkan Penghakiman Ingkar Kehadiran (Borang 202)ARAHAN KEPADA PLAINTIFSekiranya Defendan memfailkan Tuntutan Balas, sila failkan PEMBELAAN KEPADA TUNTUTAN BALAS (Borang 200). Cetak Borang 200 yang telah dimeterai dan hantar kepada Defendan secara KEDIRI (by hand) atau A.R BERDAFTAR (Kad Kuning).Tuntutan Plaintif akan DIBATALKAN dan Penghakiman Ingkar Kehadiran (Borang 203) akan direkodkan jika Plaintif GAGAL HADIR di Mahkamah pada Sebutan pertama dimana terdapat Tuntutan Balas oleh Defendan.Tuntutan Plaintif akan DIBATALKAN sekiranya Plaintif GAGAL HADIR pada tarikh Sebutan pertama.PERBICARAANPlaintif dan Defendan perlu membawa dokumen asal yang berkenaan DAN saksi masing-masing (jika ada)Kos RM100.00 akan di awardkan kepada pihak Plaintif / Defendan ATAS BUDI BICARA MAHKAMAH.Pihak yang berjaya perlu memfailkan Penghakiman Selepas Pendengaran (Borang 207). Cetak Penghakiman yang telah dimeterai dan hantar kepada Plaintif/Defendan secara KEDIRI (by hand) atau A.R BERDAFTAR (Kad Kuning)PELAKSANAAN PENGHAKIMANPihak yang Berjaya dalam Tuntutan – Pemiutang PengakimanPihak yang dituntut – Penghutang PenghakimanSekiranya PENGHUTANG PENGHAKIMAN TIDAK MEMATUHI PENGHAKIMAN, failkan Notis Kepada Penghutang Penghakiman Untuk Tunjuk Sebab di Mahkamah (Borang 208). Notis yang telah dimeterai dicetak kemudian dihantar kepada Penghutang Penghakiman secara KEDIRI (by hand) atau A.R BERDAFTAR (Kad Kuning).Penghutang Penghakiman HADIRBawa bukti-bukti pendapatan dan perbelanjaan seperti buku akaun, slip gaji, bil utiliti dan lain-lain yang berkaitanPenghutang Penghakiman di arahkan membuat bayaran secara ansuran atau sekaligus ATAU;Memerintahkan Penghutang Penghakiman dimasukkan ke dalam penjara DENGAN SYARAT Pemiutang Penghakiman bersetuju untuk menanggung kos pemenjaraan.Penghutang Penghakiman TIDAK HADIRPemiutang Penghakiman perlu failkan salinan bukti penyerahan bersama Afidavit Penyampaian (Borang 135). Borang ini perlu diakui oleh Pesuruhjaya Sumpah.WARAN TANGKAP melalui Perintah Untuk Menangkap Penghutang Penghakiman Yang Tidak Hadir (Borang 172) akan dikeluarkan oleh Mahkamah terhadap Penghutang Penghakiman yang GAGAL HADIRPENAFIAN :?ARTIKEL INI DIKELUARKAN SEBAGAI PANDUAN DAN UNTUK MAKLUMAN SAHAJA ................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download