UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA



UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KETERANGAN MENGENAI

MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-36

-------------------------------------------------

1. Tarikh Majlis Konvokesyen

1. Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) Ke-36 akan diadakan di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM pada:

Tarikh : 13 hingga 15 Oktober 2012

Hari : Sabtu, Ahad, dan Isnin (6 sesi)

Graduan boleh menyemak sebarang maklumat dari semasa ke semasa mengenai Majlis Konvokesyen termasuk susunan graduan mengikut program dan sesi (rujuk Lampiran 1) melalui laman web rasmi Bahagian Akademik: .

2. Kehadiran Graduan

1. Sebagaimana termaktub dalam Acara Konvokesyen UPM, ijazah dan diploma hendaklah biasanya dikurniakan hanya kepada graduan yang hadir pada sesuatu Konvokesyen dengan syarat bahawa Senat boleh, dalam keadaan luar biasa, memutuskan supaya sesuatu Ijazah atau Diploma dikurniakan tanpa hadir.

2. Graduan hendaklah mematuhi arahan kehadiran yang telah ditentukan mengikut sesi yang ditetapkan.

3. Graduan tidak dibenarkan menangguhkan Majlis Konvokesyen ataupun mewakilkan kepada orang lain bagi menghadiri Majlis Konvokesyen.

3. Yuran Graduan

1. Graduan sama ada yang akan menghadiri Majlis Konvokesyen atau tidak adalah diwajibkan membayar yuran graduan mengikut kadar berikut:

Graduan Diploma Pendidikan (DPLI) : RM 100.00

Graduan Ijazah Bacelor : RM 100.00

Graduan Diploma : RM 75.00

2. Yuran Graduan UPM/Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)/EKSEKUTIF yang menghadiri Majlis Konvokesyen hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada 12 Oktober 2012 sama ada menggunakan:-

a) SLIP BANK CIMB Bank yang dikepilkan bersama-sama surat ini kepada “BENDAHARI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA”; ATAU

| |

|Keterangan Mengenai Majlis Konvokesyen UPM Ke-36 versi bahasa Inggeris boleh dilayari di akademik.upm.edu.my |

| |

|The English version of the information on the 36th UPM Convocation Ceremony may be accessed at akademik.upm.edu.my |

| |

| |

b) CIMBClicks (tertakluk graduan atau keluarga graduan merupakan pemegang akaun CIMB Bank) iaitu perkhidmatan perbankan peribadi melalui internet yang disediakan oleh CIMB Bank Berhad. (Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web ); ATAU

c) Kad kredit MasterCard atau Visa. Graduan boleh membuat pembayaran melalui kad kredit:

i) dengan mengisi Borang Kebenaran Debit Terus (Direct Debit Authorisation Form) dan menghantar melalui faksimile ke 03-8947 2048. Borang berkenaan boleh diperolehi melalui laman web di bawah menu KEWANGAN PELAJAR.

ii) Wakil graduan yang ingin membuat pembayaran bagi pihak graduan perlu mengetahui nombor matrik graduan untuk dimaklumkan kepada petugas kaunter.

(PERINGATAN : Kadar minima bagi pembayaran melalui kad kredit di kaunter adalah sebanyak RM 100.00).

d) Melalui Kad Kredit Visa/Master Card dan Debit Card di kaunter Pelanggan Bendahari III, Tingkat Bawah, Bangunan Pentadbiran UPM atau kaunter sementara Bendahari yang berada di Kompleks Akademik Pusat pada 06 – 11 Oktober 2012.

3. Bagi graduan yang tidak menghadiri Majlis Konvokesyen, yuran graduan boleh dibayar pada bila-bila masa (waktu bekerja) di Kaunter Pelanggan Bendahari III (Tingkat Bawah, Bangunan Pentadbiran, UPM). Skrol/Transkrip graduan hanya akan dikeluarkan selepas tarikh konvokesyen dan selepas segala yuran termasuk yuran graduan dan hutang tertunggak (jika ada) dijelaskan.

4. Bagi graduan yang membuat pembayaran dengan menggunakan:

a) SLIP BAYARAN WANG TUNAI MASUK CIMB BANK NO AKAUN 12150007457053. Graduan/wakil graduan hendaklah membawa salinan SLIP BANK tersebut (salinan Bendahari UPM) sebagai bukti yuran telah dijelaskan semasa meminjam pakaian akademik. (PERINGATAN : JANGAN POS SLIP BANK KE UPM); ATAU

a) Perkhidmatan CIMBClicks, graduan/wakil graduan hendaklah membawa salinan cetakan transaksi wang yang mempunyai nombor rujukan transaksi (8 digit yang telah berjaya dikreditkan ke akaun Universiti Putra Malaysia (Kampus Serdang).

4. Pinjaman dan Pemulangan Pakaian Akademik

1. Graduan hendaklah terlebih dahulu membayar yuran graduan sebelum meminjam pakaian akademik. Pengesahan membuktikan bahawa yuran graduan telah dijelaskan perlu dikemukakan semasa meminjam pakaian akademik.

2. Pakaian akademik bagi graduan ijazah Bacelor yang akan menghadiri Majlis Konvokesyen hendaklah dipinjam dari Universiti. Ia terdiri daripada sehelai jubah (warna maroon), sehelai hood (mengikut warna rasmi fakulti) dan satu unit mortar board. Manakala pakaian akademik bagi graduan Diploma terdiri daripada sehelai jubah (warna kelabu) dan satu unit mortar board.

3. Graduan diminta memastikan:

a) jubah program pengajian adalah betul iaitu sama ada jubah Ijazah Lanjutan, Ijazah Bacelor atau Diploma.

b) hood yang diterima adalah betul dengan warna Fakulti.

c) pakaian akademik yang diterima berada dalam keadaan baik dan sempurna; dan

4. Graduan tidak dibenarkan meminda atau mengubahsuai mana-mana bahagian pakaian akademik yang dipinjam.

5. Urusan peminjaman pakaian akademik akan dilaksanakan di Kompleks Akademik Pusat, UPM. Bagi memastikan urusan peminjaman pakaian akademik dapat berjalan dengan lancar dan teratur (terutama pada hari Sabtu dan Ahad), semua graduan dikehendaki mengenal pasti dan patuh akan penetapan maklumat peminjaman pakaian akademik sebagaimana berikut:

Mulai 06 Oktober 2012 hingga 11 Oktober 2012

|Tarikh |Masa |Graduan Yang Terlibat |

|06 – 11 Oktober 2012 (Sabtu) |8.30 pg – 4.30 ptg |Semua Sesi |

| | |(Pastikan semua graduan melalui semua |

| | |kaunter yang disediakan oleh pihak Urus|

| | |Setia bagi mengelakkan sebarang masalah|

| | |ketika menyertai Majlis Konvokesyen |

| | |kali ke-36 berlangsung |

|07 Oktober 2012 (Ahad) | | |

|08 Oktober 2012 (Isnin) |8.30 pg – 12.30 tgh | |

| |2.15 ptg – 4.30 ptg | |

| |Rehat | |

|09 Oktober 2012 (Selasa) |12.30 tgh – 2.15 ptg | |

|10 Oktober 2012 (Rabu) |2.15 ptg - 4.30 ptg |Semua Sesi |

| |Kaunter pakaian akademik ditutup | |

| |sementara pada sebelah pagi | |

| |(kecuali untuk Graduan | |

| |Antarabangsa) untuk Majlis Taklimat| |

| |dan Raptai Konvokesyen bagi graduan| |

| |yang menerima skrol pada Sesi 1, 2,| |

| |dan 3 | |

|Tarikh |Masa |Graduan Yang Terlibat |

|11 Oktober 2012 (Khamis) |2.15 ptg - 4.30 ptg |Semua Sesi |

| |Kaunter pakaian akademik ditutup | |

| |sementara pada sebelah pagi (kecuali | |

| |Graduan Antarabangsa) untuk Majlis | |

| |Taklimat dan Raptai Konvokesyen bagi | |

| |graduan yang menerima skrol pada Sesi | |

| |4, 5, dan 6 | |

6. Graduan tidak perlu risau bagi mendapatkan saiz jubah yang sesuai kerana saiz jubah

yang ada adalah mencukupi.

4.7 Graduan juga kehendaki melengkapkan Kajian Pengesanan Graduan 2012 Secara ’On-line’ bermula 17 September 2012 (Isnin) melalui sistem kajian seperti berikut:

a) Sistem Kajian Pengesanan Graduan (Kementerian Pengajian Tinggi)

(Laman Web: )

* Sila cetak Slip Pengesahan di laman terakhir borang kajian dan bawa bersama semasa minggu pengambilan jubah akademik untuk disemak dan disahkan di kaunter semakan (Kaunter CPC). Kegagalan graduan mengemukakan slip pengesahan ini akan menyebabkan kerumitan semasa berurusan sepanjang minggu konvokesyen berlangsung.

4.8 Pakaian akademik yang dipinjam hendaklah dikembalikan semula pada atau selewat-lewatnya 20 Oktober 2012 sebelum jam 4.15 petang di Kompleks Akademik Pusat.

(Sila rujuk tarikh dan masa pemulangan pakaian akademik yang disertakan dalam album/skrol semasa hari konvokesyen).

4.9 Pihak Universiti akan mengenakan bayaran denda terhadap mereka yang lewat memulangkan pakaian akademik mulai 22 Oktober 2012 (Isnin) iaitu RM10.00 hari pertama selepas tarikh akhir pemulangan dan ditambah RM5.00 bagi setiap hari berikutnya. Bayaran denda hendaklah dibuat di Kaunter Pelanggan Bendahari III, Tingkat Bawah, Bangunan Pentadbiran, UPM dan resit bayaran hendaklah dikemukakan semasa memulangkan pakaian akademik.

4.10 Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kehilangan pakaian akademik yang dipinjam oleh graduan.

4.11 Jika pakaian akademik yang dipinjam itu rosak atau hilang, bayaran akan dikenakan dan skrol/transkrip tidak akan dikeluarkan sehingga bayaran tersebut dijelaskan. Kadar bayarannya adalah seperti berikut:

| |Jubah |Hood |Mortar Board |Bonnet |

| | | | | |

|Ijazah Bacelor |RM 280.00 |RM 35.00 |RM 50.00 | |

|Diploma |RM 150.00 |- |RM 50.00 | |

|Master |RM 400.00 |RM 35.00 |RM 50.00 | |

|Ph.D |RM 750.00 |RM 35.00 |- |RM 75.00 |

5. Pakaian Semasa Menghadiri Majlis Konvokesyen

1. Graduan Ijazah Bacelor dan Diploma yang menghadiri Majlis Konvokesyen hendaklah, dalam majlis itu, berpakaian seperti berikut (rujuk contoh di Gambarajah 1):-

Wanita

- pakaian labuh hingga buku lali/skirt labuh, baju/blaus berlengan panjang dan lengkap menutup hingga ke leher/suit dan seterusnya memakai pakaian akademik.

- Warna pakaian adalah bebas.

- Bagi yang memakai tudung kepala, dicadangkan agar menggunakan tudung kepala warna cerah supaya mudah disesuaikan dengan warna hood fakulti masing-masing (program Bacelor).

- Kasut hendaklah berwarna gelap dan bertutup pada bahagian hadapan dan belakang.

- Kasut sukan/selipar/kasut yang terbuka di belakang/kasut berwarna cerah atau putih adalah TIDAK DIBENARKAN.

- Skirt pendek TIDAK DIBENARKAN.

- Pant suits adalah dibenarkan.

- TIDAK DIBENARKAN memakai pakaian yang menutup muka.

Lelaki

- Kemeja lengan panjang berkolar, bertali leher dan lengkap memakai kot, berseluar slack berwarna gelap atau lengkap memakai Lounge Suit berwarna gelap, berstoking dan berkasut gelap dan seterusnya memakai pakaian akademik.

- Seluar jeans dan seluar pendek TIDAK DIBENARKAN.

- Kasut sukan/selipar/kasut berwarna cerah atau putih TIDAK DIBENARKAN.

- Potongan rambut perlulah pendek dan kemas.

2. Majlis Konvokesyen ini adalah satu upacara rasmi Universiti. Graduan diingatkan supaya mematuhi peraturan pakaian seperti dinyatakan di atas. Graduan yang TIDAK MEMATUHI peraturan pakaian TIDAK AKAN DIBENARKAN masuk, berarak atau naik ke pentas untuk upacara pengurniaan Ijazah Bacelor dan Diploma.

6. Kad Jemputan

1. Kad jemputan dan arahan lain hanya akan diedarkan semasa graduan/wakil graduan meminjam pakaian akademik.

2. Pihak Universiti tidak bertanggungjawab atas kehilangan kad jemputan yang telah diedarkan dan kad yang hilang tidak akan diganti.

3. Setiap graduan akan diberikan satu (1) kad jemputan untuk dua orang tetamu graduan bagi menghadiri Majlis Konvokesyen di Dewan Pusat Kebudayaan dan Keseniaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS).

7. Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen

1. Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen akan diadakan di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah seperti maklumat berikut:

1. 10 Oktober 2012 (Rabu) jam 9.00 pagi - Graduan yang terlibat adalah graduan yang telah ditetapkan menerima skrol pada Sesi 1, 2, dan 3 (rujuk Lampiran 1); dan

2. 10 Oktober 2012 (Rabu) jam 2.30 petang – Graduan yang terlibat adalah graduan Antarabangsa yang ditetapkan pada Sesi 1,2,3,4,5 dan 6. ( rujuk Lampiran 1); dan

3. 11 Oktober 2012 (Khamis) jam 9.00 pagi - Graduan yang terlibat adalah graduan yang telah ditetapkan menerima skrol pada Sesi 4, 5 dan 6 (rujuk Lampiran 1).

2. Semua graduan dikehendaki menghadiri taklimat dan raptai ini supaya lebih memahami acara yang akan dijalankan pada hari Konvokesyen nanti.

3. Pihak Universiti boleh menghalang mana-mana graduan yang tidak menghadiri Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen daripada menyertai Majlis Konvokesyen UPM Ke-36.

8. Perarakan Graduan Pada Hari Konvokesyen

Perhatian kepada ibu bapa dan graduan yang menyertai Majlis Konvokesyen dikehendaki meletak kenderaan di tempat meletak kenderaan yang disediakan oleh pihak Keselamatan UPM (rujuk di Lampiran 2).

1. Sesi Pagi

Graduan yang hadir untuk sesi pagi hendaklah berkumpul di tempat letak kereta Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM selewat-lewatnya pada jam 7.30 pagi. Perarakan graduan akan bermula pada jam 8.00 pagi.

2. Sesi Petang

Graduan yang hadir untuk sesi petang hendaklah berkumpul di tempat letak kereta Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM selewat-lewatnya pada jam 1.45 tengah hari tersebut. Perarakan graduan akan bermula pada jam 2.10 petang.

Surau disediakan di Bangunan Pentadbiran dan di sisi kiri dan kanan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah selain dari Masjid UPM untuk memudahkan graduan beragama Islam menunaikan solat fardu Zohor.

3. Graduan diingatkan supaya berkumpul pada masa dan tempat yang telah ditetapkan. Bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas menuju ke kampus, graduan diminta mematuhi arahan-arahan yang diberikan kelak oleh pegawai-pegawai bertugas.

4. Graduan diingatkan tidak membawa beg tangan atau barang-barang berharga semasa berkumpul untuk sesi perarakan graduan bagi mengelakkan kehilangan dan masalah timbul semasa sesi perarakan graduan.

5. Graduan yang lewat tidak dibenarkan masuk bagi menyertai Majlis Konvokesyen.

6. Ibu bapa dan tetamu dinasihati untuk bersarapan terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam dewan bagi memastikan tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

7. Ibu bapa dan tetamu tidak dibenarkan membawa masuk jambangan bunga atau cenderamata ke dalam dewan kerana ia akan menganggu kedudukan tetamu yang lain.

8. Graduan kelainan upaya (mengandung, cacat atau kecederaan) yang memerlukan bantuan peralatan seperti kerusi roda atau pembantu diminta memaklumkan kepada pihak Urus Setia Majlis Konvokesyen di talian 03-89466026/6250.

9. Graduan perlu mematuhi semua peraturan dan arahan dari pegawai petugas semasa majlis berlangsung.

10. Graduan dan tetamu graduan tidak dibenarkan meninggalkan Dewan sehingga majlis selesai.

9. Peraturan Masuk Dewan Bagi Tetamu Graduan

1. Pakaian - Tetamu Lelaki : Kebangsaan / Lounge Suit / Batik / Tertib

: Songkok bagi Sesi 1 dan Sesi 3

- Tetamu Perempuan : Kebangsaan / Sopan

2. Tetamu graduan boleh memasuki Dewan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah melalui pintu-pintu yang ditetapkan oleh pegawai petugas.

3. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, kamera, perakam video dan telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam Dewan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM semasa Majlis Konvokesyen dilangsungkan.

4. Bagi tujuan memudahkan aliran pergerakan tetamu, dan para graduan masuk dan ketika berada didalam Dewan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM. Sila rujuk pelan Dewan berkenaan di Lampiran 3.

10. Cara Pengurniaan

1. Kedudukan barisan dan susunan graduan sepanjang majlis berlangsung akan ditentukan oleh pihak Jawatankuasa/Urus Setia/Petugas.

2. Graduan akan menerima album/skrol masing-masing secara individu di atas pentas daripada DYMM Tuanku Canselor atau Pro Canselor atau Naib Canselor.

11. Mengambil Skrol/Transkrip Ijazah Bacelor dan Diploma

1. Graduan boleh mengambil skrol/transkrip Ijazah Bacelor atau Diploma masing-masing sebaik sahaja sesi konvokesyen mereka selesai tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

a) Graduan mestilah menunjukkan resit bayaran yuran graduan sebagai bukti yang yuran tersebut telah dijelaskan;

b) Graduan perlu memulangkan pakaian akademik yang dipinjam dari Universiti. Borang permohonan skrol/transkrip hanya akan diedarkan kepada graduan yang telah memulangkan pakaian akademik bagi urusan pengambilan skrol/transkrip.

c) Bagi graduan program Ijazah Bacelor dan Diploma UPM Serdang, skrol/transkrip mereka boleh diambil di Kompleks Akademik Pusat, UPM, pada tarikh-tarikh yang ditetapkan. Sila rujuk makluman yang dimuatkan dalam album dan skrol selepas majlis pengurniaan/penyampaian Ijazah Bacelor dan Diploma.

d) Bagi graduan program PJJ/EKSEKUTIF, skrol/transkrip mereka boleh diambil dari UPM Education & Training Sdn. Bhd. atau Unit Program Eksekutif Fakulti berkenaan.

e) Graduan yang masih berhutang dengan UPM/UPM Education & Training Sdn. Bhd. /Unit Program Eksekutif Fakulti berkenaan hendaklah menjelaskan hutang sebelum skrol/transkrip Ijazah Bacelor atau Diploma dapat dikeluarkan. Sila kembarkan resit/surat pengesahan daripada pihak berkenaan yang menyatakan hutang telah dijelaskan.

f) Sekiranya graduan tidak dapat datang mengambil sendiri skrol/transkrip Ijazah Bacelor atau Diplomanya, mereka boleh melantik seorang wakil untuk mengambil skrol/transkrip Ijazah Bacelor atau Diploma bagi pihak mereka.

Graduan hendaklah memberi surat kuasa yang ditandatanganinya kepada wakil tersebut. Surat kuasa hendaklah dialamatkan kepada Pendaftar, Bahagian Akademik, UPM dengan menyatakan nama, nombor kad pengenalan dan salinan fotokopi kad pengenalan wakil yang dilantik itu. Syarat-syarat di atas (a hingga f) juga perlu dipenuhi sebelum skrol/transkrip Ijazah Bacelor atau Diploma diserahkan kepada wakil.

Bagi graduan program EKSEKUTIF, surat kuasa hendaklah dialamatkan kepada Pengarah, Unit Program Eksekutif Fakulti yang berkenaan dengan menyatakan nama, nombor kad pengenalan wakil dan salinan fotokopi kad pengenalan yang dilantik.

g) Pihak UPM tidak bertanggungjawab sekiranya skrol/transkrip yang dituntut oleh graduan/wakil graduan berkenaan hilang atau rosak.

Kerjasama para graduan mematuhi atur cara dan maklumat konvokesyen ini adalah diharapkan bagi memastikan Majlis Konvokesyen UPM Ke-36 berjalan lancar. Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian telefon berikut: 03-8946 6060/6250/6054/6026.

Bahagian Akademik

Universiti Putra Malaysia

Serdang Selangor

BAHAGIAN AKADEMIK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SUSUNAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-36

|Sesi 1 (Sabtu) |Sesi 2 (Sabtu) |

|13 Oktober 2012 – Pagi |13 Oktober 2012 – Petang |

| | |

|Nama Program |Nama Program |

| | |

|Doktor Falsafah(Nama graduan A hingga L) -SPS |Master Alam Sekitar -SPS|

|Doktor Falsafah | |

|-SPSP |Master Ekonomi |

|Master Pendidikan -SPS|Master Sains Komputer |

| |Master Pengurusan Kejuruteraan |

|Master Sains Pertanian |Master Pengurusan Perladangan |

|Master Bahasa Melayu |Master Pengurusan Sumber Hutan Tropika |

|Master Pengurusan Teknologi Alam Sekitar |Master Sains |

|Doktor Perubatan Veterinar |-SPSP |

|Bac. Sains Teknologi Kayu |Bac. Sains Perhutanan |

|Bac. Sains (Perniagaantani) |Bac. Pertanian (Akuakultur) |

|Bac. Sains (Kepujian) |Bac. Pendidikan (Sains Rumahtangga) |

|-FS |Bac. Pendidikan (Pendidikan Moral ) |

|Bac. Kejuruteraan (Kimia) |Bac. Pendidikan (Bimbingan Dan Kaunseling) |

|Bac. Sains (Pemakanan Dan Kesihatan Komuniti) |Bac. Komunikasi |

|Bac. Pentadbiran Perniagaan |Bac. Sastera (Kesusasteraan Melayu) |

|Bac. Pendidikan (Pendidikan Jasmani) |Bac. Kejuruteraan (Proses danMakanan) |

|Bac. Sains (Pengajian Makanan) |Bac. Kejuruteraan (Awam) |

|Bac. Sains (Pembangunan Manusia) |Bac. Kejuruteraan (Elektrik dan Elektronik) |

|Bac. Sastera (Kesusasteraan Inggeris) |Bac. Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan) |

|Bac. SainsKomputer |Bacelor Sains (Dietetik) |

|Bac. Pengurusan Alam Sekitar |Bac. Sains (Kepujian) - FBSB|

|Bac. Sains (Bioteknologi) | |

|Diploma Perhutanan -UPMKB |Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan |

| | |

|Sesi 3 (Ahad) |Sesi 4 (Ahad) |

|14 Oktober 2012 – Pagi |14 Oktober 2012 – Petang |

| | |

|Nama Program |Nama Program |

| | |

|Doktor Falsafah (Nama graduan M hingga Z) -SPS | |

|Master Statistik Gunaan |Master Kejuruteraan Alam Sekitar- SPS |

|Master Kesusasteraan Melayu |Master Inovasi dan Rekabentuk Kejuruteraan |

|Master Senibina Landskap |Master Kejuruteraan Air |

|Master Pengurusan -SPSP |Master Sastera |

| |Master Kejuruteraan Struktur dan Pembinaan |

|Doktor Perubatan |Master Kejuruteraan Sistem Pembuatan -UPMET |

|Bac. Sains Hortikultur |Master Bahasa Melayu -UPMET |

|Bac.Ekonomi |Bac. Sains Pertanian |

|Bac. Perakaunan | |

|Bac. Pendidikan (Sains Pertanian) |Bac. Pertanian (Sains Ternakan) |

|Bac. Sains (Pembangunan Sumber Manusia) |Bac. Kejuruteraan (Mekanikal) |

|Bac. Sains (Sains Bioperubatan) |Bac. Kejuruteraan (Sistem Komputer dan Komunikasi) |

|Bac. Kejuruteraan (Pertanian dan Biosistem) Bac. Sains |Bac. Kejuruteraan (Aeroangkasa) |

|dan Teknologi Makanan |Bac. Pend. (Peng. B. Malaysia Sbg. B. Pertama) |

|Diploma Belia Dalam Kerja Pembangunan |Bac. Kejururawatan |

| |Bac. Sains (Pemb. Manusia dan Pengurusan) |

| |Bac. Muzik (Persembahan Muzik) |

| | |

| |Bac. Pengajian Pengguna |

| |Bac. Sains (Pembangunan Manusia dan Teknologi Maklumat) |

| | |

| |Bac. Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) |

| |Bac. Sastera (Bahasa Inggeris ) |

| |Bac. Sastera (Bahasa Asing ) |

| |Bac. Sains (Alam Sekitar) |

| |Bac. Pend. (Peng. B. Inggeris Sbg. B. Kedua) |

| |Bac. Pend. (Peng. B. Inggeris Sbg. B. Kedua) -SANDWICH |

| |Diploma Pertanian -UPMKB |

BAHAGIAN AKADEMIK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SUSUNAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-36

|Sesi 5 (Isnin) |Sesi 6 (Isnin) |

|15 Oktober 2012 – Pagi |15 Oktober 2012 – Petang |

| | |

|Nama Program |Nama Program |

| | |

| |Master Sains |

|Master Pentadbiran Perniagaan -SPSP |-SPS |

|Master Kejuruteraan Lebuhraya & Pengangkutan -SPS |Master Sains Veterinar |

|Master Kejuruteraan Sistem Pembuatan |Master Kesusasteraan Dunia |

| |Master Linguistik Terapan |

|Master Komunikasi Korporat |Master Pembangunan Sumber Manusia |

|Master Pengurusan Sumber Tanah |Master Penderiaan Jauh & Sistem Maklumat Geografi |

| |Master Pengurusan Air |

|Bac. Sains Dengan Pendidikan ( Kepujian) |Master Pend. (Pentadbiran Pendidikan) -UPMET |

|Bac. Senibina Landskap |Master Komunikasi Korporat -UPMET |

| |Master Pend. (Peng. B. Melayu Sbg. B. Pertama) -UPMET |

|Bac. Reka Bentuk (Seni Bina) |Master Pembangunan Sumber Manusia -UPMET |

|Bac. Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian) |Bac. Sastera (Bahasa Inggeris) -UPMET |

| |Bac. Sains (Pembangunan Manusia) -UPMET |

|Bacelor Senibina |Bac. Pendidikan (Peng. B. Inggeris Sbg. B. Kedua) |

| |Bac. Pentadbiran Perniagaan -UPEFEP |

|Bac. Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) -UPMET |Bac. Perakaunan -UPEFEP |

|Bac. Komunikasi -UPMET |Bac. Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) -UPEFBMK |

| |Bac. Sastera (Bahasa Inggeris) -UPEFBMK |

|Bac. Pentadbiran Perniagaan -UPMET |Bac. Sastera (Bahasa Asing) -UPEFBMK |

|Bac. Sains (Pembangunan Sumber Manusia) -UPMET |Bac. Komunikasi -UPEFBMK |

|Diploma Pengurusan Perladangan Makanan -UPMKB |Diploma Perikanan -UPMKB |

| | |

| | |

Singkatan:

SPS - Sekolah Pengajian Siswazah

SPSP - Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan

UPMET -UPM Education and Training Sdn.Bhd

Sandwich - Program berkembar UPM-KPM

UPEFEP - Unit Program Eksekutif, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

UPEFBMK - Unit Program Eksekutif, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

UPMKB - UPM kampus Bintulu

FS - Fakulti Sains

FBSB - Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul

Gambarajah 1

CONTOH PAKAIAN DAN CARA BERPAKAIAN

[pic][pic]

GRADUAN PEREMPUAN GRADUAN LELAKI

MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-36

TARIKH-TARIKH PENTING

06 hingga 20 Oktober 2012

|Tarikh |Aktiviti |

| | |

|06 – 11 Oktober 2012 |Tarikh meminjam pakaian akademik bagi graduan Ijazah Bacelor dan Diploma di Kompleks Akademik Pusat,|

|(Sabtu – Khamis) |UPM. |

| | |

|09 Oktober 2012 |Raptai Pegawai di PKKSSAAS |

|(Selasa, 8.00 pagi) | |

| | |

|10 Oktober 2012 |Raptai Graduan (bagi Sesi 1,2 dan 3) |

|(Rabu, 9.00 pagi) | |

| |Kaunter pinjaman pakaian akademik akan ditutup sementara pada sebelah pagi ( Kecuali Graduan |

| |Antarangsa) untuk Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen. Kaunter hanya akan dibuka kembali pada jam|

| |2.15 petang sehingga 4.30 petang. |

| | |

|10 Oktober 2012 |Raptai Graduan Antarabangsa |

|(Rabu, 2.30 petang) | |

| | |

|11 Oktober 2012 |Raptai Graduan (bagi Sesi 4,5 dan 6) |

|(Khamis, 9.00 pagi) |Kaunter pinjaman pakaian akademik akan ditutup sementara pada sebelah pagi (kecuali Graduan |

| |Antarabangsa) untuk Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen. Kaunter hanya akan dibuka kembali pada |

| |jam 2.15 petang sehingga 4.30 petang. |

| | |

|11 Oktober 2012 |Raptai Majlis Konvokesyen UPM-IPTS Ke-14 di PKKSSAAS |

|(Khamis, 2.00 petang) | |

| | |

|12 Oktober 2012 |Majlis Tahlil sempena Majlis Konvokesyen UPM Ke-36 di PKKSSAAS |

|(Jumaat, 9.00 pagi) | |

| | |

|12 - 16 Oktober 2012 |Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM bertempat di Bukit Ekspo |

|(Jumaat – Rabu) | |

| | |

|13 – 15 Oktober 2012 |Majlis Konvokesyen UPM Ke-36 Tahun 2012 (3 hari, 6 sesi) |

|(Sabtu – Isnin) | |

| | |

|17 Oktober 2012 |Majlis Konvokesyen UPM-IPTS Ke-14 di PKKSSAAS |

|( Rabu) | |

| | |

|13 – 20 Oktober 2012 |Pemulangan pakaian akademik oleh graduan di Kompleks Akademik Pusat (KAP) |

|(Sabtu – Sabtu) | |

MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-36

SENARAI SEMAKAN GRADUAN

Tuan/Puan adalah diminta mengambil ingatan dengan memastikan:

|1. |( ) |menerima, membaca dan memahami buku Keterangan Mengenai Majlis Konvokesyen UPM Ke-36. |

|2. |( ) |melengkapkan Kajian Pengesanan Graduan 2012 dan mencetak slip pengesahan kajian. |

|3. |( ) |menyemak bayaran yuran/denda yang masih tertunggak. |

|4. |( ) |membuat bayaran yuran graduan dengan menggunakan Slip Bank kepada BENDAHARI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA atau melalui |

| | |CIMBClicks atau Kad Kredit selewat-lewatnya pada 12 Oktober 2012. |

|5. |( ) |bawa salinan Slip Bank atau transaksi pembayaran melalui Channel-e atau Kad Kredit semasa anda/wakil meminjam pakaian|

| | |akademik di Kompleks Akademik Pusat pada tarikh yang ditetapkan. |

|6. |( ) |bawa Borang Pakaian Akademik (yang dikepilkan bersama Notis Graduan) semasa anda/wakil meminjam pakaian akademik di |

| | |Kompleks Akademik Pusat pada tarikh yang ditetapkan. |

|7. |( ) |pakaian akademik yang dipinjam adalah betul dan berkeadaan baik/sempurna. |

|8. |( ) |menghadiri Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen Ke-36 pada jam 9.00 pagi 10 Oktober 2012 dan 11 Oktober 2012 (salah|

| | |satu tarikh yang berkenaan - rujuk para 7). |

|9. |( ) |membawa kad sebut nama (bagi graduan) dan kad jemputan (bagi tetamu graduan) semasa menghadiri Majlis Konvokesyen. |

|10. |( ) |tiba lebih awal sebelum majlis bermula. |

|11. |( ) |pakaian graduan dan tetamu graduan menepati etika berpakaian yang ditetapkan. |

|12. |( ) |pakaian akademik dipulangkan pada atau sebelum 20 Oktober 2012 sebelum jam 4.15 petang. Denda akan dikenakan kepada |

| | |graduan yang lewat memulangkan pakaian akademik (mulai 22 Oktober 2012) mengikut kadar yang ditetapkan. |

|13. |( ) |menerima pengesahan pakaian akademik yang dipinjam telah dipulangkan. |

|14. |( ) |bawa borang yang berkenaan (diedar semasa memulangkan pakaian akademik) semasa mengambil skrol/transkrip. |

-----------------------

Contoh potongan rambut

Mortar Board

Kasut warna gelap yang bertutup/bertali di bahagian hadapan dan belakang

Kain/skirt labuh hingga buku lali

Hood

Jubah

Lampiran 1

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download

To fulfill the demand for quickly locating and searching documents.

It is intelligent file search solution for home and business.

Literature Lottery

Related searches