Are You suprised



LAMPIRAN B1

| | |

Surat Kami : 300-BBI(PER 8/4) T/29/08

Tarikh : 05hb. Mac 2008

DEKAN

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal

UiTM Shah Alam.

(u/p Dr. Marini Husin)

[pic]

Tuan/Puan

UiTM/PER/T/29/08

CADANGAN MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJILARI DAN MENYELENGGARA 'ROBOTIC WELDING SYSTEM' DAN 'SEAM WELDING MACHINE' UNTUK FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL, UiTM SHAH ALAM.

Bersama-sama ini disertakan sembilan belas(19)buah Dokumen Teknikal bagi pembelian perkara di atas untuk kegunaan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam.

Tuan/Puan juga diminta menyediakan Jadual Analisa Teknikal mengikut format yang telah ditetapkan.

Dalam proses penilaian ini, pihak tuan/puan adalah diingatkan agar mematuhi perkara-perkara berikut:-

1. Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.5 2007 di mana semua pemilihan tender hendaklah disertakan dengan laporan Jawatankuasa Teknikal seperti berikut :-

i. Ringkasan Analisa Teknikal dan Jadual Anlisa Teknikal Terperinci

- sediakan format seperti di Lampiran I –

a. Analisa hendaklah disusun mengikut turutan kod syarikat daripada terendah hingga tertinggi.

b. Gunakan nota catatan yang ditetapkan seperti 0,1 dan seterusnya di ruang catatan.

c. Sila buat dalam bentuk catatan jika ingin memberi maklumat tambahan

d. Jadual Analisa Teknikal hendaklah ditandatangani oleh pegawai yang menyediakan analisa dan disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Teknikal yang berkenaan.

ii. Minit Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Teknikal

- sediakan format seperti di Lampiran II -

a. Mengandungi analisa keseluruhan mengikut item termasuk penggunaan dan fungsi peralatan( jika berkaitan ).

b. Ulasan pemilihan untuk setiap item hendaklah dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut :-

- bilangan syarikat yang menyertai

- bilangan syarikat yang memenuhi spesifikasi dan bilangan syarikat yang tidak memenuhi spesifikasi (mengikut kod syarikat).

- bilangan syarikat yang menyertakan katalog/contoh dan bilangan syarikat yang tidak menyertakan katalog/contoh (mengikut kod syarikat).

- penerangan mengenai prestasi peralatan jika diketahui (telah/sedang digunakan).

- syor jawatankuasa untuk setiap item yang hendak dibeli.

- sebab-sebab tawaran lain ditolak.

- minit mesyuarat hendaklah ditandatangani oleh semua ahli Jawatankuasa Penilaian Teknikal berkenaan.

iii. Laporan Lawatan/Laporan Temuduga

- jika berkaitan -

2. Jawatankuasa Penilaian Teknikal dikehendaki menyediakan laporan/jadual analisa penyelenggaraan peralatan. (jika berkaitan)

3. Jawatankuasa Penilaian Teknikal juga dikehendaki mematuhi SPP Bil.7 Tahun 2002 dan AP 169.2(a) iaitu Bahan/Barangan/Perkhidmatan tempatan hendaklah digunakan sepenuhnya oleh agensi dalam perolehan masing-masing. Perolehan melalui impot hanya akan dipertimbangkan setelah dipastikan ianya tidak boleh diperolehi secara tempatan.

4. Sekiranya Ahli Jawatankuasa Penilaian Teknikal ingin memilih barangan buatan luar negara, maka tuan/puan dikehendaki menyediakan Laporan Justifikasi yang lengkap mengapa mengesyorkan barangan dari luar negara.

* Jadual Analisa Teknikal Terperinci,

* Ringkasan Analisa Teknikal

* Minit Mesyuarat

* Semua Dokumen Tender

kepada Unit Proses & Penguatkuasaan Tender dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat ini iaitu pada atau sebelum 07hb. April 2008. (Fail mesyuarat akan diserahkan kepada ahli-ahli Lembaga Perolehan tujuh hari sebelum tarikh mesyuarat)

Tuan/puan adalah diminta untuk menyemak Jadual Pembukaan Tender (Lampiran A1/A2/A3) dengan dokumen Tender yang disertakan dalam tempoh 7 (tujuh) hari dari tarikh terima dokumen tersebut. Sekiranya terdapat perselisihan di antara dokumen yang tuan/puan terima dengan dokumen yang dicatit di dalam lampiran tersebut, tuan/puan mestilah membuat aduan bertulis kepada pihak kami dalam tempoh 3 (tiga) hari dari tarikh semakan tersebut supaya semakan semula dapat dibuat.

Semua dokumen adalah dianggap lengkap diterima seperti yang dicatat di dalam Jadual Pembukaan Tender jika tiada aduan bertulis diterima dalam tempoh 14 hari dari tarikh tarikh terima dokumen tersebut.

Untuk makluman tarikh mesyuarat berkenaan sila rujuk kepada:-

Unit Proses & Penguatkuasaan Tender

Puan Zarina Husin - 55443453

Puan Bazanariyah Baharum - 55443325

Sekian, kerjasama tuan/puan adalah dihargai dan diucapkan berbanyak terima kasih.

Yang benar

MAZLAN HASHIM

Ketua Timbalan Bendahari

sk. Timbalan Bendahari

Unit Kewangan Zon 8

UiTM Shah Alam.

ny

-----------------------

|[pic] |Universiti |

| |Teknologi |

| |MARA |

PEJABAT BENDAHARI

BAHAGIAN PENGURUSAN PEROLEHAN

40450 SHAH ALAM

SELANGOR DARUL EHSAN

TEL : 03-55443328/3329/3471

FAX : 03- 55443321

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download