SURAT RASMI Tajuk : Masalah pencemaran di kawasan perumahan

[Pages:2]SURAT RASMI

Tajuk : Masalah pencemaran di kawasan perumahan

No.63 Jalan Bertam Jaya 8, Taman Bertam Jaya, 34200 Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. _______________________________________________________

Jabatan Alam Sekitar, Tingkat 16, Kompleks Tun Abdul Rahman, 10000 Jalan Penang, Pulau Pinang.

25 OGOS 2007

Tuan,

MASALAH PENCEMARAN KAWASAN PERUMAHAN.

Merujuk perkara di atas, saya sebagai wakil penduduk Taman Bertam Jaya, ingin memohon agar pihak tuan dapat mengambil tindakan segera terhadap masalah pencemaran di kawasan kami yang semakin teruk.

2. Masalah pencemaran ini bermula sejak sebuah kilang besi dibuka tiga bulan yang lalu. Kilang besi itu terletak berdekatan dengan tempat tinggal kami. Untuk makluman pihak tuan, pihak kami telah menghantar surat aduan kepada pihak urusan kilang tersebut. Malangnya, tiada tindakan yang diambil oleh pihak mereka.

3. Masalah pencemaran yang kami hadapi ialah pencemaran bunyi yang bising, habuk besi yang berterbangan dan longkang yang tersumbat. Kami terpaksa mendengar bunyi bising sepanjang masa. Beberapa orang penduduk pula mengalami batuk-batuk akibat perbuatan pihak kilang tersebut.

4. Saya berharap agar pihak tuan dapat membantu kami mengatasi masalah kami ini dengan segera. Segala kerjasama dan perhatian dari pihak tuan sangat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar, Dzakirah (Nur Dzakirah binti Jantan) Setiausaha, Jawatankuasa Persatuan Penduduk, Taman Bertam Jaya.

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download