KEWUJUDAN AFEKTIF DAN KOGNITIF DALAM ESEI PELAJAR SEKOLAH ...

[Pages:9]KEWUJUDAN AFEKTIF DAN KOGNITIF DALAM ESEI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH MELALUI PENYELIDIKAN KUALITATIF (ANALISIS HERMENEUTIK)

Suppiah, N. Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjong Malim, Perak. Malaysia suppiah@upsi.edu.my

Abstrak: Penulisan esei adalah komponen yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Beberapa jenis esei yang berdasarkan format-format tertentu, seperti surat kiriman tidak rasmi, syarahan, cerita rekaan, laporan, diari, perbincangan dan wawancara diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan esei di sekolah-sekolah. Dalam penyelidikan ini, dianalisis kewujudan unsur afektif dan kognitif yang membantu pelajar menulis esei yang baik atau di sebaliknya. Metodologi kajian yang digunakan adalah analisis Hermeneutik yang bersifat interpretif dan kualitatif. Afektif sebagai unsur dalaman membantu menjana ilmu pengetahuan. Afektif menjadi asas untuk proses pemikiran dan ingatan. Reaksi afektif dapat mengembangkan pelajar secara kognitif untuk menghasilkan esei yang baik. Apabila reaksi afektif mengalami gangguan, iaitu kegagalan pencungkilan maklumat tentang sesuatu tajuk esei daripada tahap bawah sedar pelajar, maka proses penulisan esei yang baik mengalami kecacatan sehingga terdapat pelbagai kategori esei yang terdiri daripada esei yang baik, sederhana dan lemah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun pencungkilan maklumat tentang sesuatu tajuk esei dapat dibuat oleh pelajar, namun kemahiran berbahasa adalah satu fenomena penting dalam penulisan esei. Penguasaan kemahiran berbahasa dapat memantapkan penulisan esei dengan mengambil kira kewujudan afektif dan kognitif yang mendasari penulisannya.

1. PENGENALAN

Proses penulisan ialah suatu aktiviti yang kompleks di mana komponen dan subkomponen terlibat dalam aksi pada beberapa tahap, iaitu pada pendahuluan, perkembangan dan penutupan sesuatu esei.

Pendidikan Bahasa Melayu dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di Malaysia adalah untuk membolehkan pelajar; (i) melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan dan penulisan, (ii) dapat memeroses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca dan ditonton untuk digunakan bagi tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, serta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan, dan (iii) melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan secara kreatif dan berkesan. Justeru, pendidikan Bahasa Melayu KBSM adalah untuk melengkapkan murid dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian" (KPM, 2001).

Beberapa aspek atau ciri kemahiran menulis yang seharusnya dicapai oleh pelajar sekolah menengah melalui pelajaran Bahasa Melayu peringkat sekolah menengah (KPM, 1999) adalah seperti berikut:-

a) menulis ayat dan perenggan secara mekanis dengan tulisan tangan yang

jelas dan kemas.

b) melengkapkan perenggan dengan kata, frasa, ungkapan dan peribahasa.

c) menyusun perenggan mengikut urutan isi karangan.

d) membina ayat yang betul, tepat, gramatis dan indah.

e) membina ayat-ayat dalam perenggan untuk menghasilkan karangan.

f)

menulis surat kiriman rasmi dan tidak rasmi dan juga pengumuman,

berita, dialog, laporan, teks ucapan, minit mesyuarat dan skrip drama.

g) menghasilkan penulisan kreatif yang mencakup jenis karangan

keperihalan, fakta, cereka atau imaginasi, dan perbincangan.

Penulisan esei yang baik bergantung kepada penggunaan proses afektif dan kognitif. Pelajar menulis esei berdasarkan pola-pola berfikir yang sistematik, iaitu mencungkil maklumat daripada tahap bawah sedar mereka. Pelajar menyimpan ilmu pengetahuan yang pernah dipelajarinya sejak di sekolah rendah lagi. Apabila mula berfikir untuk menulis esei, maka pelajar mula mengalami proses afektif secara dalaman untuk mencungkil maklumat berkaitan esei yang akan ditulis.

Kemahiran menulis esei dapat digunakan sebagai kaedah penglahiran idea daripada fikiran. Beberapa langkah pemikiran diambil oleh pelajar dalam proses menghasilkan sesebuah esei. Pemikiran ilmu pengetahuan sebelum, semasa dan selepas menulis esei diberi perhatian oleh pelajar dalam proses menyiapkan esei. Berjaya atau tidak pelajar menghasilkan esei yang baik adalah bergantung kepada keaktifan proses afektif dan kognitif yang dialami semasa proses menulis esei.

Menurut Sri Rosdiniawati (2003), proses kognitif melibatkan perubahan-perubahan yang berlaku dalam kemampuan dan pola berfikir, kemahiran berbahasa dan media untuk individu memperoleh pengetahuan sedia ada dalam tahap bawah sedar.

Pembelajaran formal yang dialami oleh pelajar sejak di sekolah rendah lagi membantu mereka menghayati pengalaman dan menyimpan dalam tahap memori jangka panjang (LTM) yang akan membantu murid menulis esei yang baik.

Penulisan esei bergantung kepada penyampaian maklumat yang dikehendaki oleh soalan esei. Pemahaman isi kandungan esei membantu murid menulis esei apabila perasaan afektif dan proses kognitif memangkin pencungkilan idea dan huraian daripada tahap bawah sedar. Dalam proses ini, kemahiran imaginasi dan kesedaran kognitif, emosi dan perasaan (afektif) turut sama bergabung dan saling berinteraksi dengan proses pemikiran yang lain untuk menghasilkan esei.

Menurut Black et al., (1995) isi kandungan esei dan proses pemikiran boleh dikelaskan dalam empat kategori, iaitu (i) pengetahuan fakta, (ii) pengetahuan imagistik, (iii) pengetahuan prosedur dan (iv) pengetahuan mekanisme. Keempat-empat kategri mempunyai objektif tersendiri dalam mengintergrasi maklumat atau ilmu pengetahuan murid untuk menghasilkan esei yang baik. Dalam pada itu, aspek afektif mempengaruhi pemikiran (kognitif) minda murid semasa memikir, merancang dan menulis esei. Unsur afektif membantu mencungkil maklumat daripada tahap bawah sedar murid semasa menulis.

Menurut Reber (1995), unsur afektif digunakan untuk emosi, emosionaliti, perasaan, mood dan sebagainya. Manakala Darley, Glucksberg dan Kinchla (1991) memberi makna ekspresi emosi sebagai tanda-tanda dan perasaan emosi yang ditunjukkan kepada orang lain. Ini bermakna afektif dibayangkan oleh murid semasa mencungkil maklumat semasa menulis esei. Tegasnya, unsur afektif dan kognitif mempunyai perkaitan yang erat dalam mencungkil informasi secara sedar, tidak sedar atau bawah sedar. Proses kognitif akan kurang berkesan dalam mencungkil pengalaman lampau tanpa unsur afektif seperti emosi, perasaan, mood, motivasi intrinsik dan sebagainya.

2. ANALISIS HERMENEUTIK

Kaedah Hermeneutik adalah salah satu kaedah analisis teks yang tertua yang digunakan oleh para penyelidik yang bersifat kualitatif dan interpretif. Ia digunakan untuk menginterpretasi kitab-kitab agama dalam kajian Greek lama. Heidegger, ahli falsafah German menggunakan kaedah ini untuk mencuba memahami dan menginterpretasi ayat-ayat daripada kitab Injil. Menurut Loganathan (1992/1995), Hermeneutik Pedagogi mengutamakan teks sebagai bahan kajian tertentu dan cuba menginterpretasi dan memahami ciri-ciri rasionaliti pemikiran manusia dan maksud yang terkandung di dalamnya. Analisis yang berbentuk interpretif dan fokus utama adalah untuk melakukan tafsiran dan interpretasi ke atas apa juga yang dihasilkan oleh manusia yang mempunyai implikasi makna (meaning). Pandangan Weinsheimer (1991) dianggap lebih menyeluruh kerana beliau menyarankan bahawa Hermeneutik bermaksud suatu teori dan praktis bagi aspek interpretasi. Skopnya menjangkau sehingga mana seseorang ingin memahaminya. Dilthey (1976) menyarankan sains Hermeneutik melibatkan seni membaca suatu teks untuk mengetahui dan memahami dengan penuh keinginan makna yang tersembunyi. Tegasnya, teks merupakan segala produksi manusia yang berkemampuan untuk memperlihatkan serta menganalisis tingkah laku dan pemikiran manusia.

Ciri kewujudan Struktur Luaran dan Struktur Dalaman teks secara serentakadalah antara ciri dalam Hermeneutik. Struktur Luaran merujuk kepada perkara yang tersurat yang dapat dikesan dengan mudah dan secara langsung daripada teks (esei). Apabila teks yang dikaji sukar untuk difahami, maka pengkaji terpaksa bersungguh-sungguh menyelami unsur yang tersembunyi di dalam Struktur Dalaman.

Sesuatu teks sebenarnya mengandungi pelbagai maksud yang tersirat yang tidak boleh ditanggap melalui pembacaan sekali lalu sahaja. Analisis yang mendalam terhadap elemen di bawah sedar yang tersirat di dalam teks akan membolehkan pengkaji mencapai suatu pemahaman yang bermakna. Pemahaman ini adalah Metateks yang boleh memberikan makna kepada teks atau hasil penulisan murid.

3. SAMPEL KAJIAN

Dalam kertas kerja ini, 4 jenis sampel esei sahaja dipilih untuk dianalisis, iaitu sampel jenis esei gambaran / imaginasi, perbincangan, keperihalan dan surat kiriman tidak rasmi murid tingkatan 2 di sebuah sekolah menengah di Perak. Analisis Hermeneutik digunakan untuk menjelaskan bagaimana afektif dan kognitif dapat membantu pelajar mengarang esei yang baik.

4. ANALISIS HERMENEUTIK UNTUK MENELITI KEWUJUDAN AFEKTIF DAN KOGNITIF DALAM PENULISAN ESEI

Tajuk Esei: Gambarkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Esei Tajuk 1 Setelah satu tahun meninggalkannya, kini

muncul lagi. Sungguh bahagia aku mengenang peristiwa lalu. Aku termenung di jendela terbayang akan keindahan dan kemuliaan bulan Ramadhan yang muncul kembali mengingatkan aku kepada

Proses Kognitif

-Pelajar

dapat

memproses maklumat

dengan

baik

berdasarkan tajuk esei

ini.

Proses Afektif -Pelajar berjaya menyarankan aspek afektif yang melibatkan perasaan seperti

peristiwa-peristiwa yang telah aku lalui. Perasaan gembira terserlah apabila aku tersenyum sendirian teringatkan rakan-rakan aku. Tetapi aku bingung, masih adakah kegembiraan pada syawal kali ini? Sedang aku termenung, tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi mercun yang di mainkan oleh kanakkanak di tempat tinggalku.

Aku turun dari rumah untuk menasihati kanakkanak itu supaya main mercun di tempat lain. Nasihat aku tidak berguna. Aku naik ke rumah semula dan membayangkan keindahan yang bakal aku lalui di pagi syawal nanti. Sekali lagi aku terkejut dengan bunyi mercun, tetapi kali ini mercun yang kanak-kanak itu baling terkena pada tangan aku. Aku menjerit lalu menangis teresakesak. Ibu dan ayah terdengar jeritan aku. Mereka segera mendapatkan aku di jendela ruang tamu. Aku segera dibawa ke klinik berhampiran.

Tiba di klinik, tangan aku semakin membengkak. Jururawat dan doktor yang bertugas cuba menenangkan aku. Setelah dicuci dan di sapukan ubat, jururawat itu membalut tangan aku dengan hati-hati supaya tidak menyakitkan aku. Aku juga di berikan ubat tahan sakit. Ayah dan ibu membawa aku pulang dengan perasaan lega tanpa risau dengan keadaan aku yang sudah selamat. Tiba di rumah kanak-kanak yang bermain itu sudah pergi ke tempat lain. Rakan-rakan aku telah menanti kepulangan aku dari klinik.

Hati aku berasa sedih dan gembira apabila rakan-rakan aku datang menziarahi aku. Mereka juga ada menceritakan bagaimana persiapan untuk menempuhi Bulan Ramadhan dan Syawal nanti. Rafidah adalah rakan karib aku yang paling banyak menceritakan persiapannya untuk hari raya. Wanie, Shima dan Suraya tak kurang juga bercerita.

Aku berasa sangat sedih mengenangkan persiapan hari raya nanti memikirkan tangan aku yang luka akibat terkena mercun. aku juga tidak dapat menolong ibu membuat langsir, baju, kuih dan mengemas rumah. Begitu juga dengan ayah, aku tidak dapat tolong membakar lemang serta mengecat rumah. Rakan-rakan aku simpati dengan apa yang telah menimpa aku.

Mereka memberi semangat kepada aku untuk mengembirakan aku menyambut hari raya akan datang. Ayah dan ibu tidak kurang juga. Merekalah yang paling bahagia melihat aku sembira, ketawa bersama rakan-rakan. Syawal kali ini banyak memberi aku pengajaran yang berguna.

-Pelajar

berjaya

mengingat

dan

mencungkil maklumat

daripada tahap bawah

sedar minda untuk

dimuatkan dalam esei

ini.

-Pelajar juga berjaya

mengaplikasikan fakta-

fakata tentang esei ini,

seperti

bulan

Ramadhan, mercun,

aktiviti mengemas

rumah, memasang

langsir, mengecat,

membuat kuih-muih

dan membakar lemang.

-Pelajar

turut

menceritakan gambaran

tentang kecederaan

yang dialami kerana

terkena

mercun,

dirawat di klinik dan

sebagainya

menggambarkan

bahawa pelajar berjaya

menggunakan proses

kognitif untuk menulis

esei tersebut.

gembira, terkejut, menangis teresak-esak dan termenung dalam esei ini. Unsur afektif dibayangkan apabila mencungkil maklumat yang berkaitan dengan tajuk esei ini.

Tajuk Esei 2: Ceritakan suasana majlis perkahwinan yang pernah anda saksikan.

Tajuk 2 Pada cuti semester yang lalu, aku

berkesempatan untuk menghadiri satu majlis perkahwinan rakan baik ku, Farizah. Kenduri kahwinnya itu cukup meriah.

Pada pukul 11.30 pagi, aku sampai di tempat kenduri kahwin Farizah. Aku dijemput masuk ke dalam rumah oleh ayah Farizah, pak cik Samsuddin dan emaknya, Baayah dengan layanan yang mesra. Aku sebagai rakan baik Farizah, amat mengenali kedua-dua orang tuanya begitu juga dengan mereka.

Lagu pengantin yang kuat didendangkan menambahkan lagi kemeriahan kenduri kahwin itu. Aku tersenyum gembira mendengar lagu itu.

Tiba di depan pintu bilik, aku masuk ke dalam bilik pengantin. Aku melihat rakan ku sedang disolek seorang mak andam. Rakan ku nampak cantik dan berseri. Aku pergi menegurnya. Wajahnya bertambah ceria melihat kedatangan ku. Kami kemudiannya bersalaman.

Katilnya yang cantik dihias menambahkan lagi keunikannya. Warna cadar yang kuning keemasan menambahkan seri di dalam bilik itu..

Aku berkenal-kenalan dengan saudari ?maranya yang berada di dalam bilik itu. Mereka semua cukup peramah. Anak saudaranya pula yang amat manja sentiasa di sisiku.

Kompang bunyi bertalu-talu menandakan ketibaan pengantin lelaki. Rakanku yang sudah siap dengan solekan dan pakaiannya, keluar bersamasama pengapit dari bilik. Kemudian, kedua-dua pengantin naik ke atas pelamin. Kedengaran suara saudara-maranya yang bergurau menyorakkan pengantin memeriahkan suasana.

Selepas bersanding, kedua-dua pengantin pergi menjamu selera. Aku dan saudara-mara yang lain turut dijemput makan bersama pengantin. Laukpauk yang dijamu menyelerakanku.

Pada jam 2.00 petang, aku bersalaman dengan kawanku, ibu bapanya serta saudara-maranya dan meminta diri untuk pulang. Aku amat gembira melihat kemeriahan kenduri kahwin itu.

Proses Kognitif

-Pelajar

dapat

memproses maklumat

yang dikehendaki oleh

tajuk dengan baik.

-Pelajar

berjaya

mengingat, menaakul

dan

mencungkil

maklumat daripada

tahap bawah sedar

minda untuk di analisis

dan dimuatkan dalam

esei jenis keperihalan

ini.

-Pelajar juga berjaya mengaplikasikan faktafakta tentang esei ini, seperti lagu pengantin, solekan pada pengantin oleh mak andam, cadar, menjamu selera dan naik ke atas pelamin.

-Pelajar

turut

menceritakan gambaran

tentang suasana majlis

perkahwinan secara

satu persatu, jelas dan

sistematik

dengan

bantuan proses kognitif.

Proses Afektif

-Pelajar berjaya

menggunakan

beberapa

perkataan dan

frasa seperti

kemeriahan,

wajah ceria,

cantik

dan

berseri,

peramah, dan

gembira untuk

membantu

meluahkan

perasaan dan

emosi semasa

menulis esei.

-Pelajar berjaya memproses maklumat dengan bantuan afektif.

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download