012 BAHASA MELAYU SK

 012

BAHASA MELAYU SK

INSTRUMEN PENTAKSIRAN

Kod Mata Pelajaran :

Bentuk Ujian

:

Markah Penuh

:

Masa

:

012 (SK) Ujian Subjektif 60 1 jam 15 minit

REKA BENTUK INSTRUMEN PENTAKSIRAN

Kertas Bahasa Melayu Penulisan UPSR ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.

Bahagian A terdiri daripada satu (1) soalan respons terhad yang mesti dijawab. Markah yang diperuntukkan ialah 10.

Bahagian B terdiri daripada tiga (3) soalan pilihan soalan berbentuk respons terbuka dan perlu dijawab satu (1). Markah yang diperuntukkan ialah 30.

Bahagian C terdiri daripada satu (1) soalan respons terhad yang mesti dijawab. Markah yang diperuntukkan ialah 20.

Konstruk yang diukur ialah: a) Keupayaan membina ayat b) Keupayaan menggunakan kata c) Keupayaan menggunakan kosa kata d) Keupayaan melahirkan dan menyampaikan idea e) Keupayaan menggunakan ejaan dan tanda baca

PRESTASI CALON KESELURUHAN

Pada keseluruhannya, prestasi calon 2014 menunjukkan peningkatan yang lebih baik dari aspek penghasilan jawapan yang menepati kehendak tugasan. Soalan pada tahun ini lebih menjurus kepada pengalaman dan pengetahuan sedia ada calon. Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) telah diterapkan untuk memberikan cabaran kepada calon dalam menjawab.

Namun begitu, calon berjaya mengemukakan isi dan mengolahnya dengan ayat yang gramatis. Selain itu, calon dapat menguasai aspek bahasa seperti penggunaan kosa kata, imbuhan, kata majmuk dan kata ganda yang meluas termasuklah penguasaan ejaan dan tanda baca. Hasil penulisan calon tepat dan mantap seperti kehendak soalan. Namun begitu, terdapat segelintir calon yang belum menguasai kemahiran menulis dan banyak melakukan kesalahan tatabahasa.

Bahasa Melayu SK

1

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN

Kumpulan Tinggi

Calon dalam kumpulan ini dapat menjawab ketiga-tiga bahagian dengan cemerlang. Calon dapat menggunakan ayat yang gramatis dan menepati kehendak soalan. Penggunaan kata dan kosa kata yang dibina oleh calon sangat meluas serta sesuai dengan kehendak soalan. Calon dapat mengemukakan isi serta dapat menyampaikan jawapan yang menarik. Calon memahami kehendak soalan, menguasai kemahiran menulis dan dapat menjawab soalan dengan isi yang tepat. Di samping itu, calon mempunyai pengetahuan yang luas dalam aspek bahasa. Pengolahan isi jelas, terancang serta menarik. Pengetahuan sedia ada calon banyak membantu dalam penghasilan jawapan yang cemerlang.

Kumpulan Sederhana

Calon dalam kumpulan ini dapat menguasai kemahiran yang diuji serta mampu mengaplikasikan apa-apa yang dipelajari dengan baik. Calon dapat mengeluarkan isi dengan gaya bahasa dan penyampaian yang sederhana. Ada juga calon yang tidak dapat mengemukakan isi yang betul-betul mantap. Calon tahu dan faham aspek yang diuji, tetapi apa yang disampaikan kurang menarik dan terdapat beberapa kesalahan yang ketara dalam aspek pengolahan ayat, penggunaan kosa kata dan penggunaan ejaan serta tanda baca.

Kumpulan Rendah

Calon dalam kumpulan ini merupakan kelompok calon yang memperoleh pencapaian yang rendah. Pada dasarnya, mereka tidak menguasai kemahiran yang diuji dan tidak dapat menghasilkan jawapan dengan baik dan bernas. Kebanyakan calon tidak faham apa yang diuji dan lemah dalam pengolahan ayat. Terdapat sebahagian kecil calon yang tidak menjawab soalan yang diuji dan lebih kepada menyalin soalan dan petikan sahaja. Sebahagian besar calon menulis ayat yang tidak lengkap.

Bahasa Melayu SK

2

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

PRESTASI TERPERINCI Bahagian A

Soalan ini berkehendakkan calon membina lima ayat yang lengkap tentang lima aktiviti penduduk kampung di sebatang sungai. Calon perlu menulis lima ayat tentang lima aktiviti daripada grafik.

Bahasa Melayu SK

3

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Jawapan di atas mempamerkan mutu jawapan yang cemerlang. Calon dapat menulis ayat yang lengkap dengan memindahkan maklumat daripada bahan grafik. Mereka dapat mengemukakan ayat dan mentafsir bahan grafik menggunakan ayat yang sesuai. Calon menggunakan ayat yang gramatis dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan soalan yang diuji. Selain itu, aspek tatabahasa seperti penggunaan kosa kata, imbuhan, kata majmuk, kata ganda, tanda baca dan ejaan yang betul dapat dikuasai oleh calon. Terdapat kesalahan yang tidak menjejaskan ayat. Tugasan dijawab mengikut tema yang dikehendaki. Sebahagian besar daripada mereka mempunyai pengalaman sedia ada tentang aktiviti penduduk kampung di sebatang sungai.

Calon dapat memberikan lima aktiviti yang tepat berdasarkan grafik. Ayat-ayat yang dibina gramatis tanpa sebarang kesalahan bahasa.

Bahasa Melayu SK

4

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Contoh jawapan calon yang menggunakan kosa kata yang terhad dan maksudnya tidak jelas. Kesalahan tidak ketara. Isi yang dikemukakan masih berkaitan dengan tugasan. Ayat-ayat yang dibina mudah dan ringkas serta tidak menarik. Calon dalam kumpulan ini juga menggunakan kosa kata yang terhad dan maksudnya tidak jelas. Kesalahan struktur ayat tidak ketara tetapi terdapat kesalahan imbuhan dan ejaan. Terdapat juga calon yang masih tidak memahami kehendak soalan dan tidak memahami maksud aktiviti penduduk kampung yang tertera dalam gambar.

Bahasa Melayu SK

5

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Jawapan di atas mempamerkan mutu jawapan yang lemah. Calon kumpulan ini tidak menguasai kemahiran berbahasa seperti struktur ayat, penggunaan kata, ejaan dan tanda baca. Penggunaan kata calon sangat terhad. Tulisan calon sukar difahami serta menggunakan kata yang tidak jelas maksudnya.

Bahasa Melayu SK

6

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Bahagian B Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan. Soalan 1

Calon dikehendaki menulis cerita yang bermula dengan ayat yang diberi.

Bahasa Melayu SK

7

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download