TEKS UCAPAN ALUAN

TEKS UCAPAN ALUAN

YBHG. DATO' MAHANI TAN ABDULLAH KETUA PENGARAH

BIRO PENGADUAN AWAM

PROGRAM MESRA RAKYAT

TARIKH: 16 MEI 2015 (SABTU)

TEMPAT: DEWAN SUARAH BAHAGIAN LIMBANG

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Saudari Pengacara Majlis;

YBhg. Datu Haji Misnu Bin Haji Taha Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak

YBhg. Datuk Haji Md Yahaya Bin Basimin Setiausaha Persekutuan Sarawak

Yang Berusaha Tuan Maria Bin Hasman Residen Bahagian Limbang

Yang Berusaha Puan Tan Lee Fong Pengarah Biro Pengaduan Awam Negeri Sarawak

Yang Dihormati Ketua-ketua Jabatan peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah

Dif-dif jemputan Pengerusi serta Ahli-ahli Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung Pemimpin-pemimpin Masyarakat

Ketua-ketua Pertubuhan Bukan Kerajaan

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

1. Pertama sekali saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat

hadir pada majlis di pagi yang berbahagia ini. Saya ingin mengalualukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak yang sudi meluangkan masa untuk merasmikan program ini.

2. Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada YBhg. Datuk Haji Md Yahaya Bin Basimin, Setiausaha Persekutuan Sarawak, Ketuaketua Jabatan/Kementerian Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak yang sudi hadir dan mengambil bahagian untuk menjayakan Program Mesra Rakyat (MESRA) yang diadakan di Bahagian Limbang ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan menunjukkan komitmen tinggi dan kesungguhan pihak agensi Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak dalam mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan Kerajaan demi kesejahteraan rakyat di Negeri Sarawak secara khususnya.

Hadirin yang saya hormati,

3. Biro Pengaduan Awam (BPA) sebagai agensi pusat yang menyelaras dan memantau pengurusan aduan awam sentiasa berusaha meningkatkan produktiviti serta meneruskan penambahbaikan sistem penyampaian Kerajaan. Ia adalah selaras dengan enam prinsip yang digariskan oleh YAB Perdana Menteri, iaitu CTI (Cepat, Tepat, Integriti) dan PCI (Produktiviti, Kreativiti, Inovasi). Program seumpama ini yang bersifat `outreach' atau turun padang menyediakan perkhidmatan yang mempunyai titik sentuhan langsung dengan rakyat, selaras dengan konsep "Merakyatkan Perkhidmatan Awam"

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download