SETITIK NILA

 SETITIK NILA

HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB

Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam

2009

SETITIK NILA : HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB

Setitik Nila : Himpunan Contoh Kes-Kes Tatatertib Cetakan Pertama Oktober 2009

? Hak Cipta Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia 2009

Hakcipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang, disimpan dalam sistem dapat kembali atau disiarkan dalam apa-apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi;

Sektor Pembangunan Dasar Tatatertib dan Keutuhan Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam Aras 6, Blok C2, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 Putrajaya Tel : 03-8885 3000 Faks : 03-8881 1370 .my

Sekapur Sirih

Ketua Setiausaha Negara

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Bersyukur saya ke hadhrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dan ucapan tahniah di atas usaha menerbitkan Buku `Setitik Nila: Himpunan Contoh Kes-Kes Tatatertib'.

Pembentukan sebuah perkhidmatan awam berintegriti merupakan salah satu tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib. Dalam menjalankan fungsi dan kuasa yang diperuntukkan, setiap anggota Lembaga Tatatertib, urus setia Lembaga dan Ketua Jabatan perlu mempunyai kefahaman yang mencukupi berhubung peruntukan Undang-Undang, Dasar dan Peraturan-Peraturan tatatertib yang berkuatkuasa. Pengetahuan mengenai peruntukan undang-undang berkaitan, perlu dihayati agar pengurusan tatatertib dapat dilaksanakan dengan berkesan dan memenuhi kehendak serta semangat perundangan yang berteraskan prinsip keadilan.

Langkah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia yang meneruskan usaha menerbitkan buku `Setitik Nila: Himpunan Contoh Kes-Kes Tatatertib' diharapkan dapat memberi panduan kepada semua yang terlibat dalam pengurusan kes tatatertib di agensi masing-masing agar mematuhi prosedur yang digariskan dalam peraturan. Tindakan tatatertib yang efektif, cepat dan tepat diyakini mampu memberikan tauladan dan pengajaran kepada pegawai-pegawai agar tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Selamat membaca.

TAN SRI MOHD SIDEK BIN HAJI HASSAN

i

Seulas Pinang

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan inayat dan riayahnya, maka Buku `Setitik Nila : Himpunan Contoh Kes-Kes Tatatertib' dapat diterbitkan.

Buku `Setitik Nila : Himpunan Contoh Kes-Kes Tatatertib' merupakan kelangsungan daripada Buku Contoh Kes-Kes Tatatertib yang telah diterbitkan sebelum ini. Penerbitan buku ini bertujuan untuk memastikan tindakan tatatertib terhadap pegawai awam dapat dilaksanakan dengan lebih kemas dan berkesan serta mematuhi prinsip, prosedur dan peraturan yang digariskan. Ini penting kerana jika sesuatu tindakan tatatertib diambil tanpa menggunakan prosedur yang tepat sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undang-undang, ia berkemungkinan akan dicabar di Mahkamah yang akhirnya boleh membawa kerugian kepada pihak Kerajaan.

Buku ini menghimpunkan contoh-contoh kes tatatertib, surcaj dan penamatan demi kepentingan awam. Selain itu ia turut memuatkan contoh-contoh penyediaan dokumen di dalam prosedur kes tatatertib biasa bermula daripada Kertas Penentuan Pengerusi Lembaga Tatatertib sehingga surat pemberitahuan keputusan Lembaga Tatatertib.

Akhir sekali saya berharap agar buku ini dapat dimanfaatkan bagi memantapkan pengurusan tatatertib perkhidmatan awam.

TAN SRI ISMAIL ADAM

ii

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download