SAMPEL DOKUMEN TENDER



CONTOH FORMAT SURAT NIAT

SULIT

Surat Berdaftar

...................................................................

...................................................................

...................................................................

...................................................................

(Kontraktor)

Tuan,

SURAT NIAT

...............................................................................................................................

................................................................................................................................

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Pengairan dan Saliran bercadang untuk melaksanakan projek ini secara Design and Build melalui rundingan terus dengan Syarikat tuan.

... 2. Bersama-sama ini dikemukakan lampiran-lampiran berikut :

i) Lukisan yang menunjukkan pelan lokasi tapak

ii) Skop kerja/Keperluan Teknikal seperti di Lampiran I

3. Pihak tuan adalah dikehendaki untuk menjalankan kajian di tapak yang meliputi kerja-kerja ukur, kajian tanah serta kerja-kerja yang berkaitan dan seterusnya mengemukakan beberapa cadangan rekabentuk awalan di samping anggaran kos untuk setiap cadangan.

4. Jabatan Pengairan dan Saliran akan menilai cadangan rekabentuk awalan yang dikemukakan dan membuat keputusan tentang alternatif yang terbaik dari segi teknikal, implikasi kos dan keperluan-keperluan yang lain.

5. Pihak tuan akan menyediakan rekabentuk terperinci berdasarkan kepada rekabentuk awalan yang telah dipilih disamping menyediakan Senarai Kuantiti, kadar harga serta pecahan terperinci (built-up rates) untuk tujuan rundingan harga kontrak.

...2/-

- 2 -

6. Berdasarkan kepada perkara-perkara seperti yang dinyatakan di atas, pihak tuan adalah dikehendaki mengambil tindakan-tindakan seperti berikut:

i) Mengemukakan salinan sijil pendaftaran firma tuan dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan juga Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB). Tempoh pendaftaran yang berkenaan hendaklah masih sah.

ii) Mengembalikan surat perakuan penerimaan yang asal yang telah ditandatangani oleh wakil tuan yang ditauliahkan serta saksi di ruang yang telah disediakan dan simpan salinannya.

iii) Mengemukakan nama wakil-wakil Konsortium tuan untuk projek ini serta alamat dan nombor telefon masing-masing.

iv) Mengemukakan cadangan nama Perunding-perunding yang berkelayakan serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan. Perunding-perunding yang dicadangkan adalah tertakluk kepada persetujuan dan kelulusan Jabatan ini.

v) Mengemukakan cadangan Jadual Pelaksanaan serta Program Kerja.

Perkara-perkara 6(i) hingga 6(v) di atas hendaklah dikemukakan kepada Pengarah ...............................................dalam tempoh dua(2) minggu dari tarikh surat ini untuk tindakan selanjutnya.

7. Sebarang maklumat atau syarat-syarat lain yang difikirkan perlu oleh Kerajaan akan dikemukakan kepada pihak tuan sebelum perjanjian kontrak ditandatangani.

8. Pihak tuan akan dikehendaki menandatangai satu perjanjian kontrak yang rasmi dengan pihak Kerajaan setelah Surat Setujuterima dikeluarkan.

9. Sila ambil perhatian bahawa surat ini adalah RAHSIA KERAJAAN dan tidak boleh disebarkan kepada mana-mana pihak lain.

10. Pihak tuan diingatkan bahawa surat ini merupakan SURAT NIAT sahaja dan hendaklah TIDAK ditafsirkan dalam apa-apa jua atau keadaan sekalipun sebagai mengikat Kerajaan keatasnya.

...3/-

- 3 -

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“CINTAILAH SUNGAI KITA”

Saya yang menurut perintah,

(DATO’ IR. HJ. KEIZRUL BIN ABDULLAH)

Ketua Pengarah,

Jabatan Pengairan dan Saliran,

Malaysia.

s.k: - Ketua Pengarah,

Unit Perancang Ekonomi,

Jabatan Perdana Menteri,

Blok B5 dan B6,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

60502 Putrajaya

- Ketua Setiausaha Perbendaharaan,

Kementerian Kewangan,

Kompleks Pejabat-pejabat Kerajaan,

Jalan Duta,

50592 Kuala Lumpur.

- Ketua Setiausaha,

Kementerian Pertanian Malaysia,

Wisma Tani,

Jalan Sultan Salahuddin,

50624 Kuala Lumpur.

- Pengarah...............................

Ibu Pejabat JPS,

Malaysia.

- Pengarah Pengairan dan Saliran,

Negeri........................................,

Rujukan Tuan :

Rujukan Kami :

Tarikh :

Ketua Pengarah,

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia,

Jalan Sultan Salahuddin,

50626 Kuala Lumpur.

Tuan,

Surat Niat

.....................................................................................

.....................................................................................

Dengan ini yang bertandatangan di bawah ini, mengaku menerima surat di atas dan mengesahkan persetujuan kami kepada semua hal, syarat-syarat dan stipulasi yang terkandung di dalamnya.

Seperti yang dikehendaki, salinan Asal yang telah ditandatangani, bertarikh dan disaksikan adalah dengan ini dikembalikan dan satu salinannya telah disimpan.

................................................... ......................................................

(Tandatangan Pegawai yang (Tandatangan Saksi)

ditauliahkan bagi pihak Kontraktor)

Nama Penuh : ................................... Nama Penuh :...................................

No. K/P : ........................................... No. K/P : ..........................................

Atas sifat : ........................................ Pekerjaan : ........................................

Yang diberkuasa dengan sepenuhnya Alamat : ............................................

Untuk menandatangani untuk dan

bagi pihak ...........................................................

...........................................................

........................................................

Menteri atau Cop Kontrakor

Tarikh :........................................... Tarikh :...........................................

TKDBRT2_200900

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download