Tahap Kemahiran dan Penggunaan Guru-Guru Pendidikan Islam ...

International Conference on Business Studies and Education (ICBE) e-ISBN: 978-967-18414

Tahap Kemahiran dan Penggunaan Guru-Guru Pendidikan Islam dalam Pembelajaran Maya Google Classroom Sepanjang Pandemik Covid-19

Muhammad Ajwad Mohd Suhaimi1, Dr.Harun Baharudin2

1 2Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia E-mail: p99456@siswa.ukm.edu.my

Abstrak Kepentingan pengetahuan dalam pembelajaran maya amat penting untuk diaplikasikan ketika guru ingin mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pemudahcaraan. Guru juga perlu mempraktikkan pengurusan yang melibatkan formulasi satu atau lebih pelan terperinci bagi mencapai keseimbangan antara keperluan pembelajaran dan sumber pengajaran. Pembelajaran Maya Google Classroom merupakan salah satu contoh alternatif pendidikan maya yang aktif pada masa kini terutamanya di Malaysia. Hal ini disebabkan Pandemik Covid-19 yang melanda negara memerlukan kepada perubahan dasar perancangan pendidikan yang lebih strategik. Ini memberikan satu perubahan besar dan pesat dalam perancangan terhadap guru-guru dalam memberikan pendidikan kepada murid-murid di sekolah. Kajian ini akan membincangkan tentang tahap kemahiran dan penggunaan guru-guru Pendidikan Islam dalam mengaplikasikan Pembelajaran Maya Google Classroom sepanjang pandemik ini berlaku. Seramai 90 orang guru telah dipilih sebagai responden dengan menggunakan kaedah tinjauan. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif dan analisis inferensi. Dapatan kajian juga mendapati terdapat perkaitan hubungan yang signifikan. Dapatan daripada kajian ini dijangka akan membantu guru dalam meningkatkan tahap kemahiran dan penggunaan terhadap Pembelajaran Maya Google Classroom sepanjang pandemik Covid-19 ini. Di samping itu juga, langkah-langkah tentang bagaimana untuk meningkatkan tahap kemahiran dan penggunaan guru-guru juga boleh dibincangkan dalam kajian ini.

Kata Kunci : Google Classroom, Guru-guru Pendidikan Islam, Pandemik Covid-19, Pembelajaran Maya,

Penggunaan, Tahap Kemahiran

I. PENGENALAN

Wabak penyakit Coronavirus 2019 atau Covid-19 telah cepat berubah menjadi pandemik di seluruh dunia. Perkembangan ini memberi implikasi yang amat serius bagi institusi pendidikan seluruh negara dan menimbulkan persoalan khusus dalam bidang Pendidikan Islam. Guru merupakan individu yang bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) harian murid-murid. Oleh itu, bagi menjamin PdPc Pendidikan Islam bergerak lancar, guru perlulah melibatkan penggunaan sumber media pengajaran yang sesuai sepanjang berlakunya pandemik ini.

Guru perlu memperoleh kemahiran dalam menggunakan ICT (Information and Communication Technology) untuk berhubung dengan murid (Boholano, 2017 dalam kajian yang dijalankan oleh Titik Rahayu, 2018). Kemahiran yang praktikal dalam bidang teknlogi pendidikan amat penting digunakan dalam pembelajaran abad ke-21, namun demikian terdapat segelintir kumpulan guru yang masih memerlukan panduan untuk menggunakan teknologi agar selamat dan berkesan selain memberikan refleksi pembelajaran yang maksimum dalam proses PdPc (Rafiza & Maryam (2013).

Pandemik Covid-19 ini jelas memberi cabaran besar bagi sistem pendidikan dalam masa jangka yang panjang. Dalam meningkatkan keupayaan untuk mengajar dari jarak jauh, guru Pendidikan Islam khususnya bijak dan perlu merancang gaya pembelajaran murid dengan baik. Guru perlulah menitik beratkan beberapa faktor utama persekitaran murid dalam menyelarikan dengan keadaan semasa iaitu ketika negara masih dilanda virus pandemik ini seperti memanfaatkan teknologi dan aplikasi pendidikan dalam talian. Kebanyakkan kerajaan di dunia pendidikan sekarang telah menutup institusi pendidikan dalam usaha untuk menangani wabak virus Covid-19 ini.

Menurut United Nations of Educational (UNESCO), 2020 menyatakan bahawa penutupan institusi pendidikan di seluruh negara ini memberi kesan kepada lebih daripada 60% populasi pelajar dunia. Beberapa negara lain telah melaksanakan penutupan setempat yang memberi kesan kepada berjuta-juta pelajar tambahan. Di Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mencadangkan untuk menggunakan Google Classroom sebagai salah satu pembelajaran alternatif sepanjang pandemik Covid-19 ini. Google Classroom dikatakan mudah digunakan dan boleh diakses melalui semua gajet peranti.

Janzen, M. (2014) dalam kajian yang

dibuat oleh Shampa, 2016, menyatakan bahawa

Publisher: ICBE Publication

83 Received: 12 March 2021

Revised: 31 March 2021 Accepted: 31 March 2021

International Conference on Business Studies and Education (ICBE) e-ISBN: 978-967-18414

terdapat beberapa kelebihan melalui penggunaan Google Classroom ini iaitu ia mudah digunakan, menjimatkan masa, fleksibel, percuma dan mesra mudah alih. Kajian daripada Rahmi, Rofiqul, Abdurrahman dan Syazali, 2019 menyatakan bahawa menurut Rufaidah, AtIrsyadi, Saregar, & Umam, 2018 penggunaan model pembelajaran maya ini menyokong proses pembelajaran dengan gabungan pelbagai aktiviti pembelajaran seperti bersemuka, penggunaan media, dan digital pembelajaran berasaskan internet. Pelaksanaan Google Classroom boleh bertindak sebagai sistem pengurusan pembelajaran di sekolah, kolej, dan institusi pendidikan tinggi terutamanya sepanjang pandemik ini berlaku. Terdapat banyak penekanan untuk mengintegrasikan teknologi di dalam kelas melalui strategi pengajaran yang inovatif yang menumpukan pada membolehkan murid mencapai objektif pembelajaran yang diinginkan (Hwang, Lai, & Wang, 2015). Teknologi memudahkan peningkatan penglibatan murid (Northey, Bucic, Chylinski, & Govind, 2015) yang sangat penting untuk mendapatkan objektif pembelajaran yang diinginkan (Bolkan, 2015).

Strategi Pembelajaran Maya Google Classroom ini dalam mata pelajaran Pendidikan Islam yang menggunakan pelayar Chrome ini kurang dipraktikkan dalam kalangan guru sepanjang pandemik ini. Kebanyakkan mereka menghantar tugasan kepada murid sepanjang pandemik ini melalui media WhatsApps atau Telegram sahaja. Kepentingan Pembelajaran Maya Google Classroom ini amat penting sebagai salah satu medium pengajaran guru sepanjang pandemik ini, aplikasikan tahap kemahiran dan penggunaan dalam merancang kurikulum yang bersifat maya serta mengetengahkan kepentingan pendidikan sepanjang hayat disamping penglibatan aktif murid sepanjang pandemik ini. Pendekatan Pembelajaran Maya Google Classroom ini perlu mengambil kira tahap kemahiran guru. Kajian ini dijalankan bagi merancang pengajaran yang berkesan terutamanya pengajaran secara maya tanpa bersemuka sepanjang pandemik ini kerana perkara ini amat jarang berlaku dalam dunia pendidikan.

Penggunaan teknologi yang meluas telah menarik minat ramai penyelidik dan ahli akademik untuk meneroka cara-cara guru dapat menggunakan teknologi dalam meningkatkan pembelajaran murid. Populariti pembelajaran maya seperti aplikasi Google Classroom semakin bertambah namun, terdapat kajian terhad di Malaysia yang telah meneroka keberkesanan penggunaan Pembelajaran Maya Google Classroom tersebut. Hasil kajian dapat memberikan bukti kepada guru mengenai keberkesanan aplikasi Google Classroom amat signifikan terhadap tahap kemahiran dan penggunaan guru Pendidikan Islam khususnya.

II. KAJIAN LITERATUR

Google Classroom dianggap sebagai salah satu platform terbaik di luar sana untuk meningkatkan aliran kerja guru. Pembelajaran maya ini menyediakan satu set ciri canggih yang menjadikannya alat yang sesuai untuk digunakan bersama murid. Impaknya, dapat membantu guru menjimatkan masa, memastikan kelas tetap teratur, dan meningkatkan komunikasi dengan murid. Pembelajaran maya ini disediakan untuk semua orang dengan Google Apps for Education, rangkaian produktiviti percuma termasuk Gmail, Drive dan dokumen (2015). Menurut Mary, 2014 dalam kajian yang telah dibuat oleh Shampa, 2016 menyatakan bahawa Google Classroom memberikan teknologi yang lebih profesional dan sahih untuk digunakan dalam persekitaran pembelajaran dalam aplikasi Google mewakili sebahagian besar alat komunikasi.

Melalui Pembelajaran Maya Google Classroom, guru boleh memberikan tugasan berlainan untuk murid yang berlainan mengikut gaya pembelajaran mereka. Hal ini sangat membantu pembelajaran terbeza. Di samping itu juga, guru perlu mempunyai kemahiran dalam mempelbagaikan stail pembelajaran dengan menggunakan kaedah kuiz melalui aplikasi kuiz online seperti Kahoot dan Quizizz yang mudah dijalinkan bersama dengan Pembelajaran Maya Google Classroom. Stail pembelajaran yang berpusatkan murid ini mampu memberikan motivasi kepada murid untuk menyelesaikan kuiz. Kajian yang dibuat oleh Syamsulaini dan Mashitoh Rahim, 2016 menyatakan bahawa menurut Blumberg (2004), persekitaran pembelajaran berpusatkan murid mendorong murid untuk memberi tumpuan dan meningkatan kesedaran diri dalam proses menerima pembelajaran. Crawford, A. R. (2015) dalam kajian yang dijalankan oleh Shampa, 2016 menyatakan bahawa Google Classroom memudahkan pembelajaran kolaboratif. Guru perlu mempunyai pengetahuan bagaimana cara untuk memuat naik bahan dan dapat memberi maklum balas kepada murid. Murid juga boleh memuat naik bahan dan membuat komen peribadi. Lebih-lebih lagi, murid dapat bekerjasama antara satu sama lain. Mereka boleh berkongsi dokumen mereka dan tugasan dan dengan itu mereka dapat menghasilkan tugasan yang terbaik. Keeler, A (2014) juga menyatakan bahawa Pembelajaran Maya Google Classroom mendorong kerjasama antara murid.

Kajian yang dibuat oleh Shaharanee, Jamil, & Rodzi (2016) adalah untuk menganalisis aktiviti pembelajaran aktif Google Classroom. Mereka menggunakan TAM (Technology Acceptance Model) untuk mengkaji keberkesanan aktiviti yang disiarkan di platform Google Classroom. Hasil 100 orang murid menunjukkan bahawa prestasi perbandingan Google Classroom jauh lebih baik dalam bidang komunikasi, interaksi, kegunaan yang dirasakan, kemudahan penggunaan, dan kepuasan

Publisher: ICBE Publication

84 Received: 12 March 2021

Revised: 31 March 2021 Accepted: 31 March 2021

International Conference on Business Studies and Education (ICBE) e-ISBN: 978-967-18414

murid secara keseluruhan. Begitu juga kajian yang dijalankan oleh Espinosa, Estira, & Ventayen, 2017, mereka melakukan penyelidikan untuk menilai fungsi Google Classroom sebagai Learning Management System (LMS). Kajian mendapati bahawa kos adalah sebab utama penggunaannya. Pembelajaran kolaboratif melalui tugasan dilihat sebagai alat yang sangat berkesan untuk meningkatkan penglibatan murid.

Liu & Chuang (2016) melakukan penyelidikan tindakan di Taiwan di mana mereka menggunakan Google Classroom dengan penyatuan mekanisme rakan sebaya untuk murid Gred 6. Murid mempunyai persepsi positif tentang mengenai penggunaan Google Classroom. Objektif pembelajaran juga tercapai. Mart?nez-Mon?s et al. (2017) juga menjalankan integrasi analisis pembelajaran dengan menggunakan pembelajaran maya ini kerana mereka percaya bahawa ini adalah alat utama untuk proses pembelajaran murid.

KPM mempunyai peranan besar dalam mengintegrasikan teknologi sepanjang pandemik berlaku kerana mereka harus membiayai atau menguruskan proses tersebut dan akhirnya memutuskan sejauh mana mereka merancang untuk menggunakan pembelajaran maya tersebut. Hasil kajian yang dibuat oleh Dian Ratu Ayu Uswatun Khasanah, Hascaryo Pramudibyanto dan Barokah Widuroyekti yang bertajuk "Pendidikan dalam Masa Pendemi Covid-19" menganalisis bahawa seramai 82% mahasiswa yang melaksanakan pembelajaran webinar. Hasil kajian ini menunjkkan bahawa betapa peri pentingnya penggunaan teknologi sebagai satu medium pembelajaran sepanjang pandemik.

?znacar & Dericiolu (2017) melakukan penyelidikan di sekolah menengah mengenai peranan pentadbir dalam penggunaan teknologi di mana mereka mendapati bahawa pentadbir mempunyai kepercayaan positif mengenai pengintegrasian teknologi di dalam kelas. Salah satu daripada banyak sebab kegagalan untuk tidak berjaya mengintegrasikan teknologi adalah pentadbir percaya bahawa 80% guru adalah mereka yang tidak menyedari betapa pentingnya teknologi untuk digunakan dalam pendidikan globalisasi; oleh itu, projek tersebut gagal. Kajian lain yang dijalankan oleh Machado & Chung (2015) menunjukkan penemuan yang sama di mana mereka mengkaji peranan pengetua dalam proses mengintegrasikan teknologi di dalam kelas. Hasil kajian mendapati bahawa pengetua mempunyai kepercayaan yang kuat bahawa peranan guru amat penting dalam mengintegrasikan pembelajaran maya. Kekurangan latihan teknikal dan kecekapan guru dapat menghalang matlamat pembelajaran yang berasaskan teknologi. Samy et al. (2008) menganggap penerimaan guru sebagai faktor penting dalam penggunaan teknologi yang berkesan di bilik darjah. Peranan pentadbir adalah untuk

memudahkan latihan dan infrastruktur untuk para guru; namun, akhirnya guru harus meningkatkan penggunaan teknologi dengan para murid. Kajian yang bertajuk "Kesediaan Guru Sains Sekolah Rendah Terhadap Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21" yang dibuat oleh Azalida Tajudin dan Norazilawati Abdullah, 2018 menyatakan bahawa Faridah Mariani et al., (2014) telah membuat kajian tentang tahap pemahaman dan amalan pengajaran kemahiran pensyarah di Kolej Vokasional Sungai Petani 1, Kedah Darul Aman. Sampel kajian melibatkan 36 orang pensyarah. Dapatan kajian mendapati tahap pengetahuan pensyarah terhadap kemahiran abad ke-21 adalah tinggi tetapi dari aspek strategi pengajaran mempunyai tahap yang sederhana sahaja. Ini berlaku kerana pensyarah masih lagi menggunakan kaedah pengajaran yang berpusatkan guru dengan memberikan nota dan kuliah.

Amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 yang dikaji oleh Badrul Hisham (2016) pula telah membuat kajian yang menggunakan responden pensyarah dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh yang melibatkan 159 pensyarah dalam pelbagai opsyen. Hasil kajian mendapati bahawa tahap penguasaan kemahiran pengajaran abad ke-21 dalam kalangan pensyarah berada tahap rendah yang merangkumi kemahiran seperti pemikiran kritikal, refleksi, teknologi, kreativiti dan inovasi. Sebaliknya pula, kemahiran seperti komunikasi, kolaborasi, pentaksiran, dan penyelesaian masalah menunjukkan tahap penguasaan yang tinggi dalam kalangan pensyarah. Ini jelas menunjukkan bahawa terdapat lagi ruang-ruang penambaikan amalan proses pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 yang perlu dipertingkatkan lagi dalam kalangan pensyarah.

Teknologi pendidikan pada masa ini, tidak bersifat transformatif sahaja, malah pembelajaran murid dapat meningkat hanya melalui seorang guru; oleh itu, sangat penting untuk seorang guru mengaplikasikan kemahiran teknologi yang optimum. Blair (2012) telah menyebut dua elemen dalam menyediakan persekitaran untuk integrasi teknologi. Pertama, guru perlu menggunakan teknologi dengan berhati-hati dalam memilih medium yang tepat untuk diaplikasikan dalam pembelajaran murid. Kedua, alat teknologi harus terus berkembang untuk meningkatkan penyelesaian masalah, inovasi, membuat keputusan, dan kerja berpasukan.

Setakat ini, sepanjang pengetahuan penyelidik, semua kajian yang berkait dengan Google Classroom telah menunjukkan tindak balas positif daripada para murid. Kajian agak terhad dengan memberi tumpuan kepada aplikasi pembelajaran maya Google Classroom terhadap guru khususnya guru Pendidikan Islam. Peranan guru dalam penerapan metodologi inovasi pembelajaran baru tidak boleh diabaikan kerana

Publisher: ICBE Publication

85 Received: 12 March 2021

Revised: 31 March 2021 Accepted: 31 March 2021

International Conference on Business Studies and Education (ICBE) e-ISBN: 978-967-18414

guru adalah peranan utama dalam memastikan visi misi transformasi amalan pendidikan berjaya dilaksanakan. Berdasarkan bahagian tinjauan literatur, kajian ini difokuskan pada aplikasi Pembelajaran Maya Google Classroom sepanjang pandemik Covid-19 dalam kalangan guru Pendidikan Islam.

III. METODOLOGI KAJIAN Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kajian tinjauan kuantitatif. Responden akan dibekalkan instrumen soal selidik untuk mengenalpasti tahap kemahiran dan tahap penggunaan guru melalui aplikasi pembelajaran maya Google Classroom dan seterusnya akan dianalisis melalui aplikasi perisian SPSS Versi 25. Dalam kajian ini, pengkaji hanya mengambil sampel seramai 90 orang guru Pendidikan Islam yang mengajar di sekolah rendah di Negeri Terengganu. Hal ini disebabkan oleh limitasi masa kajian yang sangat terhad. Soal selidik yang dirangka adalah berdasarkan maklumat daripada kajian literatur yang dibuat oleh pengkaji sebelum memulakan kajian. Borang soal selidik ini dibuat dengan menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya dan mengandungi tiga bahagian iaitu A, B, dan C. Soalan pada bahagian A adalah berkaitan dengan demografi responden iaitu pengkaji mengambil kira aspek umur, jantina, tempoh perkhidmatan dan tahap pendidikan. Bahagian B iaitu tahap kemahiran manakala bahagian C pula tahap penggunaan guru dalam pembelajaran maya Google Classroom sepanjang pandemik ini. Kajian rintis ini dijalankan oleh pengkaji dengan memilih seramai 20 orang guru Pendidikan Islam di sekolah menengah luar bandar di Negeri Terengganu. Mohd Najib (2003) mengatakan bahawa sudah memadai untuk mendapatkan analisis kesahan dan indeks kebolehpercayaan dengan melibatkan seramai 15 hingga 20 orang sampel sahaja. Pengkaji mengedarkan borang soal selidik melalui aplikasi Google Forms bagi menjimatkan masa. Borang soal selidik diberikan kepada sampel yang mewakili populasi iaitu guru-guru Pendidikan Islam yang mengajar di sekolah rendah di daerah Kuala Terengganu. Sebelum mengedarkan borang soal selidik, pengkaji terlebih dahulu meminta surat pengesahan daripada pihak fakulti sebagai kebenaran bagi menjalankan kajian. Setelah mendapat kelulusan daripada pihak fakulti, borang soal selidik diedarkan dengan segera di beberapa kawasan yang dipilih oleh pengkaji secara rawak mudah. Pengkaji mengambil masa selama dua minggu untuk proses pengumpulan data. Soal selidik telah disemak terlebih dahulu dan data yang sudah diperoleh pula akan diproses dan dianalisis, seterusnya, bagi tujuan pengujian hipotesis, pengkaji menggunakan alat statistik ujian-T, ANOVA dan regrasi pelbagai.

IV. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Ujian-T : Tahap Kemahiran Pembelajaran Maya Google Classroom Mengikut Jantina

Jadual 1 menunjukkan Min dan Sisihan Piawai Perbezaan Tahap Kemahiran Pembelajaran Maya Google Classroom.

Jadual 1

Lelaki Perempuan

Bilangan (orang)

31 59

Min

3.030 2.898

Sisihan Piawai 0.472 0.377

Berdasarkan jadual ini, seramai 31 orang responden merupakan orang lelaki dengan nilai min= 3.030 dan sp=0.472. Manakala bilangan responden perempuan pula adalah seramai 59 orang dengan nilai min=2.898 dan nilai sp=0.377 adalah lebih rendah berbanding responden lelaki.

Jadual 2 menunjukkan kaedah pengujian Ujian-T bagi tahap kemahiran Pembelajaran Maya Google Classroom mengikut jantina. Keputusan dapatan kajian dalam jadual tersebut menunjukkan terdapat perbezaan dari segi kategori. Maka, Ho yang dibina diterima.

Pemboleh Ubah F 3.523

Jadual 2

Sig.

T

0.064

1.437 1.341

Dar jah

Sig. (2 hala)

K eb eb a sa n

(dk)

88

0.154

50.591

0.186

Ujian Anova : Tahap Kemahiran Pembelajaran Maya Google Classroom Mengikut Demografi

Jadual 3 menunjukkan Ujian ANOVA : Tahap Kemahiran Pembelajaran Maya Google Classroom mengikut tempoh perkhidmatan.

1-5 tahun 6-10 tahun 11-15 tahun 16-20 tahun Lebih daripada 20 tahun

Jadual 3

Bilangan Min

(orang)

3

3.250

12 2.889

8

2.917

10 3.133

57 2.944

Sisihan Piawai

0.167 0.449 0.339 0.216 0.444

Berdasarkan Jadual 3 dapat dilihat bahawa jumlah bilangan responden yang mempunyai tempoh perkhidmatan selama satu hingga lima tahun adalah seramai tiga orang yang mencatatkan nilai min sebanyak 3.250 dan nilai sisihan piawai 0.167. Manakala bagi responden yang mempunyai tempoh perkhidmatan selama 6 hingga 10 tahun pula mencatatkan bilangan responden seramai 12 orang responden dengan nilai min sebanyak 2.889 dan nilai sisihan piawai 0.449.

Publisher: ICBE Publication

86 Received: 12 March 2021

Revised: 31 March 2021 Accepted: 31 March 2021

International Conference on Business Studies and Education (ICBE) e-ISBN: 978-967-18414

Bagi responden yang mempunyai tempoh perkhidmatan selama 11-15 tahun pula, seramai 8 orang responden telah dicatatkan dengan nilai min sebanyak 2.917 dan nilai sisihan piawai 0.339. Seterusnya bagi responden yang mempunyai tempoh perkhidmatan selama 16 hingga 20 tahun pula adalam seramai 10 orang dengan nilai min 0.313 dan nilai sisihan piawai sebanyak 0.216. Responden yang mempunyai tempoh perkhidmatan lebih daripada 20 tahun pula telah mencatatkan jumlah responden yang tertinggi, iaitu seramai 57 orang dengan nilai min sebanyak 2.909 dan nilai sisihan piawai sebanyak 0.444.

Jadual 4 menunjukkan ujian ANOVA sehala bagi menguji perbezaan antara tahap kemahiran Pembelajaran Maya Google Classroom mengikut tempoh perkhidmatan di kalangan guru Pendidikan Islam di sekolah menengah luar bandar Negeri Terengganu sepanjang Covid-19.

Jadual 4

Sum of

Square

Mean

s

df Square F Sig.

Between Groups

.750

4

.188

1.09 8

.363

Within Groups

14.525

85

.171

Total 15.275 89

Hasil keputusan ujian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan antara min tahap kemahiran Pembelajaran Maya Google Classroom mengikut tempoh pendidikan di kalangan guru Pendidikan Islam di sekolah menengah luar bandar Negeri Terengganu sepanjang Covid-19, maka Ho yang dibina gagal ditolak.

Berdasarkan jadual 5 di bawah dapat dilihat bahawa jumlah bilangan responden yang mempunyai pendidikan Sijil atau Diploma dan PhD mempunyai jumlah responden yang sama, iaitu seramai 0 orang yang mencatatkan nilai min sebanyak 0 dan nilai sisihan piawai 0. Manakala bagi responden yang mempunyai pendidikan Ijazah pula mencatatkan seramai 78 orang dengan nilai min sebanyak 2.924 dan nilai sisihan piawai 0.414. Seterusnya bagi responden yang mempunyai pendidikan Master pula mencatatkan jumlah bilangan responden adalah seramai 12 orang dengan nilai min 3.069 dan nilai sisihan piawai 0.414.

Sijil / Diploma Ijazah Master PhD

Jadual 5

Bilangan (orang)

0 78 12 0

Min

0 2.924 3.069

0

Sisihan Piawai

0 0.414 0.414

0

Jadual 6 menunjukkan ujian ANOVA sehala bagi menguji tahap kemahiran Pembelajaran Maya Google Classroom mengikut tahap akademik, maka Ho yang tidak ditolak.

Jadual 6

Sum of

Square

Mean

s

df Square F Sig.

Betwee

n

.220 1

Groups

Within Groups

15.056

88

Total 15.275 89

.220

1.28 3

.260

.171

Ujian Korelasi : Hubungan Antara Tahap Kemahiran Dan Tahap Penggunaan Pembelajaran Maya Google Classroom

Tahap Kemahiran Tahap Penggunaan

Jadual 7

Mean

Std. Deviation

2.9435

.41429

2.9509

.39343

N 90 90

Jadual 8

Tahap Tahap

Kemahira Penggunaa

n

n

Tahap Kemahiran Pearson Correlation Sig. (2-tailed)

N

Tahap Penggunaan

Pearson Correlation Sig. (2-tailed)

1

90 .809** .000

.809** .000 90

1

N

90

90

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Berdasarkan Jadual 7 dan Jadual 8, analisis korelasi yang dijalankan oleh pengkaji dengan Pemboleh Ubah Tidak Bersandar iaitu Tahap Penggunaan Pembelajaran Maya Google Classroom dijalankan untuk mengkaji hubungannya dengan Pemboleh Ubah Bebas iaitu Tahap Kemahiran Pembelajaran Maya Google Classroom. Hasil analisis korelasi didapati tahap penggunaan dengan tahap kemahiran Pembelajaran Maya Google Classroom mempunyai hubungan yang signifikan. Maka, Ho yang dibina tidak diterima.

Publisher: ICBE Publication

87 Received: 12 March 2021

Revised: 31 March 2021 Accepted: 31 March 2021

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download