PROSES TAWARAN DAN TATATERTIB

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERDANA MENTERI

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PROSES TAWARAN DAN TATATERTIB

1 Disediakan oleh; Unit Pengurusan Aduan dan Perkhidmatan Pelanggan

Bahagian Pengurusan dan Kewangan Kemaskini: Oktober 2019

1

A. TATACARA LANTIKAN BARU 1. LANTIKAN JABATAN-JABATAN KERAJAAN

Bagi lantikan di Jabatan-Jabatan Kerajaan, calon dikehendaki mengembalikan 2 Borang Tawaran Lantikan sama ada menerima ataupun menolak tawaran kepada: Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam - dalam tempoh 28 hari dari tarikh surat Jabatan Perkhidmatan Awam? bersertakan laporan kesihatan.

2. LANTIKAN DI JABATAN ATAU KEMENTERIAN

Bagi lantikan yang ditempatkan di sesuatu Jabatan / Kementerian: Mengembalikan satu borang Tawaran Lantikan ke Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam - dalam tempoh 28 hari dari tarikh surat Melapor segera kepada Kementerian / Jabatan yang ditempatkan tidak lewat 14 hari dari tarikh laporan kesihatan Memaklumkan kepada Kementerian / Jabatan ditempatkan, jika sekiranya:a)Belum dapat menghadapkan laporan kesihatan kepada Kementerian / Jabatan berkenaan. b)Belum dapat melapor diri.

.bn | .bn FB: Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam-Brunei

IG: @psc_brunei Email: query@.bn

2

B. KELAKUAN DAN TATATERTIB

Setiap warga perkhidmatan awam bertanggungjawab mentaati semua peraturan dan arahan yang dikuatkuasakan dari semasa ke semasa. Peraturan dan arahan ini dihasratkan untuk mewujudkan warga perkhidmatan awam yang bersih, jujur, cekap dan amanah selaras dengan rukun akhlak dan etika kerja perkhidmatan awam.

KEHADIRAN BEKERJA (Peraturan 4, 6 dan 8) Peraturan-Peraturan Pegawai-Pegawai Kerajaan (Kelakuan dan Tatatertib), Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Penggal

83)

Setiap warga perkhidmatan awam: Dikehendaki bekerja setiap hari, kecuali pada hari-hari kelepasan am

dan awam serta semasa bercuti. Bertanggungjawab memenuhi peraturan waktu bekerja

Waktu Bekerja 7.45 pagi - 12.15 tengah hari 1.30 petang - 4.30 petang

Tidak boleh meninggalkan pejabat / tempat bekerja semasa waktu bekerja tanpa kebenaran ketua jabatan / pegawai atasan.

Tidak hadir bekerja tanpa kebenaran akan diambil tindakan tatatertib.

KEBENARAN KELUAR NEGERI (Peraturan 9) Peraturan-Peraturan Pegawai-Pegawai Kerajaan

(Kelakuan dan Tatatertib), Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Penggal 83)

Setiap warga perkhidmatan awam adalah dilarang daripada meninggalkan Negara Brunei Darussalam tanpa sebarang kebenaran

awal Ketua Jabatan. Gagal mematuhi peraturan ini mungkin akan dibuang kerja tanpa

diadakan perbicaraan tatatertib ("summary dismissal")

.bn | .bn FB: Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam-Brunei

IG: @psc_brunei Email: query@.bn

3

KEBENARAN KELUAR NEGERI BAGI PEGAWAI YANG DIGANTUNG KERJA [Peraturan 50(d)]

Peraturan-Peraturan Pegawai-Pegawai Kerajaan (Kelakuan dan Tatatertib), Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Penggal 83)

Seorang pegawai yang digantung atau ditahan kerja tidak boleh meninggalkan Negara Brunei Darussalam kecuali dengan kebenaran

Perdana Menteri.

KEWANGAN

Setiap warga perkhidmatan awam dikehendaki mengetahui Peraturan-Peraturan Kewangan 1983 & Surat Keliling Kementerian Kewangan.

Melanggar peraturan akan diambil tindakan tatatertib.

PENYALAHGUNAAN DADAH

Setiap warga perkhidmatan awam ditegah keras melibatkan diri dalam penyalahgunaan dadah setiap masa termasuk mengedar, menjual,

memproses, memiliki atau sebarang aktiviti yang menghasilkan dadah. Pusat Pemulihan Al-Islah dan Biro Kawalan Narkotik adalah agensi Kerajaan yang boleh dihubungi bagi mendapatkan khidmat nasihat. Warga perkhidmatan awam yang dilaporkan akan diambil tindakan tatatertib.

KERAHSIAAN MAKLUMAT KERAJAAN (Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bilangan 2/2000 ? Akta Rahsia

Rasmi Bab 5 Penggal 153)

Setiap warga perkhidmatan awam dikehendaki:Mengetahui, memahami dan mematuhi setiap masa Akta Rahsia Rasmi seperti yang ditandatangani semasa memulakan perkhidmatan

dengan Kerajaan; Menjaga kerahsiaan dokumen Kerajaan setiap masa termasuk setelah

meninggalkan perkhidmatan Kerajaan. Warga perkhidmatan awam yang melanggar peraturan ini dan, jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak lebih dari 2 tahun dan

juga denda tidak lebih dari $10,000.00 serta diambil tindakan tatatertib.

.bn | .bn FB: Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam-Brunei

IG: @psc_brunei Email: query@.bn

4

JENAYAH DAN KESALAHAN SYARIAH Warga perkhidmatan awam perlu menghindar diri daripada

terlibat dengan kes-kes seperti:Judi; curi; khalwat; zina; persetubuhan haram; makan di

khalayak ramai pada siang hari dalam bulan Ramadhan. Warga perkhidmatan awam yang terlibat dalam kes-kes jenayah dan / atau kesalahan syariah, jika sabit kesalahan, akan dihukum di mahkamah dan sekaligus diambil tindakan tatatertib.

TINDAKAN TATATERTIB Tindakan tatatertib yang dikenakan kepada warga perkhidmatan

awam menurut kesalahan: Diberi teguran (amaran lisan) Diberi amaran bertulis

Digantung kerja Ditahan kerja Ditahan kenaikan gaji Diturunkan pangkat Dipersarakan

Ditamatkan perkhidmatan Dibuang kerja

.bn | .bn FB: Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam-Brunei

IG: @psc_brunei Email: query@.bn

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download