Kedudukan ekonomi Malaysia adalah disifatkan kukuh dan ...



SOALAN

Malaysia merupakan di antara negara-negara utama yang telah mengalami pembangunan ekonomi yang amat pesat. Nyatakan factor-faktor penting yang membantu perkembangan ini.

JAWAPAN

Kedudukan ekonomi Malaysia adalah disifatkan kukuh dan mantap mengikut teras negara-negara yang sedang membangun. Setiap tahun negara ini telah memperlihatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang semakin menggalakkan, iaitu daripada paras 5% hingga 8%.

Sector pertanian telah memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan dan kemajuan negara ini . Sabah dan Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia dan memiliki tanah yang luas. Sebahagian besar dari kawasan-kawasan ini amat sesuai untuk projek-projek pertanian. Selain penanaman padi yang meerupakan makanan utama negara ini, kerajaan Malaysia juga telah menggalakkan penanaman getah dan kelapa sawit. Kedua-dua komoditi ini telah memberi kejayaan yang menggalakkan dalam perkembangan ekonomi negara. Malaysia juga menaruh harapan yang sepenuhnya bagi memajukan projek penanaman kelapa sawit seluas setengah juta hektar.

Industri penanaman getah wujud di negara ini pada tahun-tahun 1980an kesan dari kenaikan harga getah yang melambung di pasaran dunia. Getah juga didapati sesuai ditanam di Malaysia. Selepas merdeka, penekanan utama kerajaan ialah untuk memelihara dan mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai pengeluar dan pengeksport utama getah asli di dunia disamping merangka semula struktur industri getah bagi membolehkan rakyat negara ini mempunyai hak milik bertaraf estet dan pengeluaran yang besar dalam industri getah.

Dalam proses mempelbagaikan sector pertanian, pembajaan dan perkembangan industri kelapa sawit telah memberi kejayaan yang cemerlang. Hari ini Malaysia adalah negara pengeluar utama minyak kelapa sawit di dunia. Dalam tempoh Rancangan Malaysia keempat, minyak kelapa sawit mengatasi getah sebagai komopditi utama sector pertanian. Faktor-faktor utama pengeluaran yang berpunca dari keadaan cuaca yang baik, penggunaan baja yang bermutu tinggi, teknik pendebungaan yang berkesan, pertambahan keluasan lading yang mengeluarkan hasil dan harga eksport yang menggalakkan.

Sektor perlombongan juga memainkan peranan yang penting dalam pembangunan dan kemajuan ekonomi negara Malaysia meliputi bidang pengeluaran petroleum, bijih timah, tembaga, bauksit, bijih besi dan sumber galian lain. Sebahagian besar pertumbuhan sektor ini berpunca daripada industri petroleum. Telaga minyak yang pertama beroperasi di kawasan rantau ini ialah di Brunei. Oleh kerana Brunei dikelilingi oleh Sarawak yang menjadi sebahagian dari wilayah Malaysia, maka sumber-sumber minyak juga telah ditemui di Sarawak. Manakala industri bijih timah pula telah berkembang sejak berabad-abad lamanya di Semenanjung Tanah Melayu dan dilombong bagi kegunaan tempatan serta untuk dieksport ke negara China. Menjelang tahun-tahun 1980an, pengeluaran timah di Semenanjung Tanah Melayu telah meningkat dengan pembukaan lombong-lombong bijih timah. Kini Malaysia terus kekal sebagai negara pengeluar utama timah dunia.

Factor seterusnya yang menjadikan Malaysia diantara negara-negara utama yang telah mengalami pembangunan ekonomi yang sangat pesat ialah berpunca daripada sector perkilangan yang telah muncul sebagai sector paling dinamik. Pengeluaran sektor ini menunjukkan kemajuan yang menakjubkan dan melebihi jumlah pengeluaran sector pertanian. Kerajaan juga telah menumpukan usaha ke arah memajukan pertumbuhan industri berasaskan sumber asli. Ini jelas dibuktikan oelh pertambahan keluaran jentera elektrik dan elektronik serta tekstil dan juga peningkatan keluaran berasaskan getah dan kayu.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia keempat, sector pembuatan telah menyumbangkan 1/5 kepada KDNK. Sektor ini memainkan peranan yang sederhana bagi mencapai matlamat ekonomi makro, iaitu pertumbuhan keluaran, matlamat serampang dua mata Dasar Ekonomi Baru dan mewujudkan peluang pekerjaan serta pembangunan wilayah. Usaha-usaha telah ditumpukan ke arah menggalakkan sector pembuatan supaya cekap, mempunyai daya saingan yang tinggi dan bercorak eksport.Berhubung dengan usaha ini, segala penemuan dan perakuan yang dikemukakan oleh Pelan Induk Perindustrian dan Kajian Dasar Perindustrian Malaysia akan menjadi teras perkembangan sektor ini. Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dilaksanakan sebagai dasar bagi usaha-usaha menyemak dan mengubahsuai dasar perindustrian negara yang sedia ada. Pelan Induk Perindustrian pula bertujuan untuk menyediakan matlamat pembangunan perindustrian secara am, rangka dasar dan strategi pembangunan dan mengenalpasti strategi sektor-sektor yang berpotensi untuk berkembang.

SOALAN

Encik Mustapa telah dilantik ke Perkhidmatan Awam mulai 1 Mac 2004. Nyatakan bilakan beliau boleh disahkan dalam jawatan serta syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum beliau boleh disahkan dalam jawatannya.

JAWAPAN

Encik Mustapa dikehendaki berkhidmat dalam percubaan bagi tempoh 1-3 tahun. Manakala tarikh pengesahan Encik Mustapa dalam Perkhidmatan Awam setelah memenuhi syarat pengesahan adalah seperti berikut:

i) Pada tarikh genap setahun perkhidmatan jika beliau berjaya memenuhi syarat pengesahan dalam tempoh 1 tahun perkhidmatan iaitu pada 2 Mac 2005.

ii) Pada tarikh sehari selepas hadir dengan jayanya kursus iniduksi.

iii) Pada tarikh lulus peperiksaan yang didudukinya.

Antara syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum beliau boleh disahkan dalam jawatannya:

i) Seseorang pegawai dalam percubaan yang telah memenuhi semua syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan atau apa-apa syarat lain yang boleh ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong dari semasa ke semasa, adalah layak bagi pengesahan dalam perkhidmatannya.

ii) Ketua jabatan hendakalah mengemukan kepada Suruhanjaya perakuan dalam borang yang dinyatakan dalam Jadual ketiga bagi pengesahan seseorang pegawai dibawah kawalannya dalam tempoh 1 bulan dari tarikh pegawai itu didapati layak bagi pengesahan.

iii) Jika Ketua jabatan gagal mengemukakan perakuan bagi pengesahan seseorang pegawai mengikut subperaturan(2), pegawai itu boleh memohon kepada Suruhanjaya untuk disahakan dan suatu salinan permohonan itu hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan.

iv) Setelah menerima permohonan di bawah subperaturan(3), suruhanjaya boleh menjalankan suatu siasatan dan apabila selesai siasatan itu, pegawai tersebut layak disahkan dalam perkhidmatannya jika Suruhanjaya mendapati pegawai itu layak bagi pengesahan.

SOALAN

Jelaskan tangungjawab-tanggungjawab dan larangan-larangan bagi seseorang Pegawai Awam yang menyewa rumah kerajaan.

JAWAPAN

Antara tangungjawab-tanggungjawab bagi seseorang Pegawai Awam yang menyewa rumah kerajaan adalah:

i) Seseorang pegawai yang mendiami sesebuah rumah kerajaan atau sesebuah rumah yang disewakan khas untuknya oleh kerajaan dikehendaki mematuhi segala peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

ii) Setiap pegawai yang mendiami rumah kerajaan bertanggungjawab menjaga dengan sebaik-baiknya kebersihan di dalam dan di luar kawasan rumah. Termasuk kerja-kerja memotong rumput dan membuang sampah sarap.

iii) Setiap pegawai adalah dikehendaki melaporkan kepada jabatan Kerja Raya apa-apa kerosakan atau kekurangan tentang rumah yang didudukinya apabila sahaja kerosakan atau kekurangan itu berlaku atau diketahui. Laporan ini hendaklah dibuat diatas borang permintaan J.K.R yang berkenaan. Kegagalan pegawai melaporkan hal ini boleh mewajibkannya membayar sebahagian atau semua perbelanjaan membaiki atau menggantikan yang diperlukan.

iv) Semua kerosakan dan kekurangan di (iii) atau ke atas perabot-perabot atau alat-alat perkakas kerajaan telah disebabkan bukan oleh penggunaan yang berpatutan, maka pegawai boleh dikehendaki membayar semua atau sebahagian daripada belanja membaiki atau mengganti seperti yang ditafsirkan oleh Pengarah Kerja Raya Negeri atau belanja sebenar mengikut kontrak.

v) Seseorang pegawai yang telah diuntukkan sebuah rumah kerajaan oleh Pegawai Perumahan hendaklah melaporkan perkara itu kepada Jabatan Kerja Raya tempatan dengan menyatakan tarikh ia bercadang untuk memasuki rumah tersebut. Ia akan dikehendaki menandatangani satu sijil akuan masuk rumah mengambil alih tanggungjawab atas segala barang-barang, perkakas-perkakas dan perabot-perabot dalam rumah tersebut.

vi) Pegawai itu juga dikehendaki melaporkan tarikh sebenar ia masuk ke rumah tersebut kepada Pegawai Perumahan yang akan memberitahu Ketua Pejabatnya supaya memotong sewa dari gajinya pada setiap bulan. Salinan-salinan pemberitahuan Pegawai Perumahan itu hendaklah juga dihantar kepada Akauntan Negara dan Juru Odit Negara.

vii) Seseorang pegawai yang akan berpindah dari rumah kerajaan hendaklah melaporkan hal itu kepada Jabatan Kerja Raya tempatan dan juga pegawai Perumahan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh ia bercadang hendak mengosongkan rumah tersebut.

viii) Pegawai itu juga akan dikehendaki menyerahkan semua kunci-kunci rumah tersebut kepada Jabatan Kerja Raya tempatan dan menandatangani satu sijil akuan keluar rumah.

Manakala antara larangan-larangan bagi seseorang Pegawai Awam yang menyewa rumah kerajaan adalah:

i) Pegawai-pegawai adalah dilarang membuat tambahan atau pindaan kepada mana-mana bahagian dalam atau luar rumah tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Jabatan Kerja Raya tempatan. Mereka juga akan bertangungjawab atas apa-apa kerosakan atau kekurangan kepada bangunan atau perabot-perabot di dalamnya yang bukan disebabkan oleh penggunaan yang sepatutnya.

ii) Pegawai-pegawai adalah dilarang daripada menyewakan mana-mana bahagian rumah yang telah diuntukkan kepadanya. Selain daripada keluarga pegawai dan orang-orang gajinya, serta tetamu-tetamu sementara, tidak ada orang lain yang boleh dibenarkan tinggal dalam rumah tersebut. Sesebuah rumah juga tidak boleh digunakan selain daripada tempat kediaman pegawai sendiri.

iii) Pegawai-pegawai adalah juga dilarang memelihara binatang-binatang ternakan termasuk ayam, itik, di mana-mana bahagian rumah, dibawahnya atau dalam kawasannya.

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download