Iklan Bil. 2/2020 - UPM

Iklan Bil. 2/2020

IKLAN JAWATAN KOSONG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (KAMPUS SERDANG) DAN HOSPITAL PENGAJAR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BILANGAN 2 TAHUN 2020

Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia

yang berkelayakan berdasarkan syarat yang ditetapkan, untuk mengisi jawatan bertaraf

TETAP di:?

?

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (KAMPUS SERDANG)

HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BIL.

JAWATAN

GRED

KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

1.

PEGAWAI PERUBATAN

UD53/UD55 (PAKAR)

2.

ARKITEK

3.

PEGAWAI FARMASI

UF41

4.

PEGAWAI FARMASI

UF44

5.

PEGAWAI OPTOMETRI

U41

6.

PEGAWAI PENYELIDIK

Q41/Q43/Q47/Q51/Q53

7.

PEGAWAI VETERINAR

GV41

J41

KUMPULAN PELAKSANA

8.

JURURAWAT

U29

9.

JURURAWAT

U36

10.

JURUPULIH PERUBATAN

U29

11.

JURU X-RAY

U29

12.

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

U29

13.

PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN

U11

CALON ADALAH DIKEHENDAKI MEMENUHI SYARAT UMUM PERMOHONAN BAGI

SEMUA JAWATAN DI ATAS.

SYARAT UMUM PERMOHONAN:

1)

Calon mestilah Warganegara Malaysia.

2)

Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

3)

Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak

Berkuasa Tempatan:a) Had umur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 50 tahun;

b) Had umur pelantikan bagi Peningkatan Secara Lantikan (PSL):

i)

Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang

umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

1

Iklan Bil. 2/2020

ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang

umur persaraan paksa 58 tahun; atau

iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang

umur persaraan paksa 60 tahun.

4)

Calon yang sedang atau pernah berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan

Pihak Berkuasa Tempatan perlu mengemukakan SALINAN REKOD KENYATAAN

PERKHIDMATAN (RKP) yang telah disahkan untuk temuduga. Calon yang tidak

mengemukakan salinan RKP TIDAK DIBENARKAN untuk menduduki temuduga.

5)

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada

syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang

dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

6)

Bagi tujuan pelantikan ke Perkhidmatan Awam, calon yang memohon jawatan yang

mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia perlu memiliki sekurangkurangnya keputusan berikut:

a)

b)

c)

lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata

pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam

satu peperiksaan; atau

lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata

pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang

dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut;

dan

memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek

tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

CARA MEMOHON:

Permohonan jawatan perlu dibuat melalui Sistem Permohonan Jawatan (SPJ Online) yang

boleh dicapai melalui:

Laman Web Pejabat Pendaftar UPM :

Laman Web Hospital Pengajar UPM :

TARIKH TUTUP PERMOHONAN:

Tarikh tutup permohonan melalui Sistem Permohonan Jawatan (SPJ Online) adalah pada

4 Disember 2020 (Jumaat).

PERHATIAN:

Calon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh

tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Pejabat Pendaftar

Universiti Putra Malaysia

43400 UPM Serdang

SELANGOR

16 November 2020

2

Iklan Bil. 2/2020

JAWATAN 1: PEGAWAI PERUBATAN GRED UD53/UD55 (PAKAR)

Kumpulan

:

Pengurusan dan Profesional

Jadual Gaji

:

RM6,182.00 ¨C RM14,063.00

SYARAT LANTIKAN

1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:a)

(i)

(ii)

Ijazah Sarjana Muda dalam ilmu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan

daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf

setaraf dengannya serta telah berdaftar sementara atau penuh dengan

Majlis Perubatan Malaysia.; atau

Calon yang dilantik di bawah seksyen 12(1)(a)(ii) Akta Perubatan 1971

dan telah memenuhi Peraturan-peraturan Perubatan seperti perenggan

12(1)(aa) serta telah berdaftar sementara dengan Majlis Perubatan

Malaysia.

Gaji permulaan lantikan pada Gred UD53 : RM6,182.00

Gaji permulaan lantikan pada Gred UD55 : RM6,504.00

b)

Calon bagi lantikan hendaklah Lulus dalam subjek Bahasa Melayu pada

peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang

diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT TAMBAHAN UNIVERSITI

2) Calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang berikut akan diberi keutamaan:

a)

b)

c)

d)

e)

f)

g)

h)

i)

Surgeri

Ortopedik

Hematologi-Onkologi

Obstetrik & Ginekologi

Pediatrik

Radiologi

Pengimejan Nuklear

Perubatan Pemulihan

Perubatan Keluarga

RINGKASAN TUGAS

Memberikan perkhidmatan dan bertanggungjawab dalam bidang perubatan dan

kesihatan dari segi pencegahan diagnostik, perawatan dan pemulihan bagi mengawal

dan mempertingkatkan taraf kesihatan warga universiti dan masyarakat setempat.

JAWATAN 2: ARKITEK GRED J41

Kumpulan

:

Pengurusan dan Profesional

Jadual Gaji

:

RM2,736.28 ¨C RM9,643.00

3

Iklan Bil. 2/2020

SYARAT LANTIKAN

1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:a) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi

pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji

permulaan: RM2,736.28)

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)

dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil

Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL)

2) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Seni Bina adalah

layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan

Secara Lantikan ke jawatan Arkitek Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan,

apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

a) Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (a); atau

b) Lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Arkitek

Malaysia/Persatuan Arkitek Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

dengannya oleh Kerajaan; dan

c) Had umur pelantikan:

i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur

persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur

persaraan paksa 58 tahun; atau

iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur

persaraan 60 tahun

RINGKASAN TUGAS

Bertanggungjawab mengurus pelaksanaan projek-projek pembangunan kerajaan bermula

dari perancangan sehingga penyerahan projek. Menyelaras penyediaan reka bentuk,

lukisan dan dokumen tawaran dan penyerahan projek. Memantau pelaksanaan fizikal dan

kewangan projek dalam pembinaan dan memastikan projek disiapkan berkualiti, menepati

kos dan tempoh masa yang dirancang serta memenuhi keperluan dan harapan

stakeholders.

JAWATAN 3: PEGAWAI FARMASI GRED UF41

Kumpulan

:

Pengurusan dan Profesional

Jadual Gaji

:

RM2,740.00 ¨C RM9,656.00

SYARAT LANTIKAN

1)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:a) Ijazah sarjana muda dalam bidang farmasi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada

institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

serta berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia. (Gaji permulaan : RM2,740.00)

4

Iklan Bil. 2/2020

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)

dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil

Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT TAMBAHAN

2)

Calon hendaklah mempunyai Sijil Tahunan Ahli Farmasi yang terkini.

3)

Calon yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman bekerja

dalam bidang berkaitan akan diberi keutamaan.

PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL)

4)

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi adalah

layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan

Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Farmasi Gred UF41, tertakluk kepada

kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

a) Mempunyai kelayakan di perenggan (a); dan

b) Had umur pelantikan:

i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur

persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur

persaraan paksa 58 tahun; atau

iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur

persaraan 60 tahun

RINGKASAN TUGAS

?

Bertanggungjawab berkhidmat di Hospital Pengajar UPM dengan menjalankan aktivitiaktiviti pengurusan farmasi termasuk perolehan, bekalan, pendispensan produkproduk farmaseutikal dan farmasi klinikal.

?

Tugas khusus akan ditetapkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab atau Ketua Jabatan

mengikut keperluan perkhidmatan dan tugas.

JAWATAN 4: PEGAWAI FARMASI GRED UF44

Kumpulan

:

Pengurusan dan Profesional

Jadual Gaji

:

RM3,611.00 ¨C RM10,560.00

SYARAT LANTIKAN

1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:a)

ijazah sarjana muda dalam bidang farmasi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada

institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

dengannya serta berdaftar dengan Lembaga Farmasi malaysia. (Gaji permulaan:

RM3,611.00).

5

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download