Pembantu Operasi Gred N11 (Kontrak) - SPR

[Pages:2]JAWATAN KOSONG

Pejabat Pilihan Raya Negeri Sabah mempelawa pemohon daripada Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi

jawatan kosong sebagai :

Pembantu Operasi Gred N11 (Kontrak)

Kumpulan: Pelaksana

Kem/Jab: Pejabat Pilihan Raya Negeri Sabah

Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan (N)

Taraf Pelantikan : Kontrak

Gred : N11

Jadual Gaji:

GAJI MINIMUM

GAJI MAKSIMUM

KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN

RM1,216.00

RM2,983.00

RM80.00

Syarat Lantikan: i. warganegara Malaysia; ii. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; a. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00); atau b. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,262.15). iii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas: Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/saman/notis serta pemanduan kenderaan. Memandu dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat.

Permohonan boleh dibuat dengan menghantar resume yang lengkap dan hendaklah dihantar kepada : Pengarah, Pejabat Pilihan Raya Negeri Sabah, Aras 2, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Jalan UMS, Peti Surat 10931, 88400 KOTA KINABALU, SABAH.

Tarikh Tutup : 8 September 2017 (Jumaat) sebelum jam 5.00 petang

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download