JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH (JPAUSM) 1. Latar ...

JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH (JPAUSM)

1.

Latar Belakang

Kementerian Kewangan melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 meminta agensi kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) bagi membantu meningkatkan pengurusan aset alih kerajaan dilaksanakan secara teratur, cekap dan berkesan di Kementerian/Jabatan

2.

Keanggotaan Jawatankuasa

(a) Dekan

- Pengerusi

(dilantik oleh Naib Canselor secara bergilir-gilir untuk tempoh 2 tahun)

(b) Bendahari atau wakil

- Ahli

(c) Pendaftar atau wakil

- Ahli

(d) Ketua Audit Dalam atau wakil

- Ahli

(e) Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia atau wakil

- Ahli

(f) Ketua Pegawai Keselamatan atau wakil

- Ahli

(g) Pengarah Jabatan Pembangunan atau wakil

- Ahli

(h) Pengarah Institut Perubatan dan Pergigian Termaju atau wakil - Ahli

(i) Ketua Pegawai Maklumat, Pusat Pengetahuan Komunikasi dan

Teknologi atau wakil

- Ahli

(j) Pegawai Kewangan, Kampus Kejuruteraan

- Ahli

(k) Pegawai Kewangan, Kampus Kesihatan

- Ahli

(l) Pegawai Aset Universiti

- Setiausaha

(m) Unit Pengurusan Harta

- Urusetia

3.

Bidang Kuasa

(a) Merancang, memantau, mengawasi dan menyelia semua aspek pengurusan aset alih Universiti

(b) Menguatkuasa peraturan pengurusan aset alih Universiti

(c) Mengkaji dan mengemaskini dasar, prosedur dan peraturan pengurusan aset alih Universiti dengan mengambilkira perkembangan semasa

(d) Memantau tindakan susulan ke atas isu yang dibangkitkan oleh Jabatan Audit Negara, Unit Audit Dalam dan agensi-agensi yang berkaitan

4.

Mesyuarat

(i) Hendaklah diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga (3) bulan

(ii) Hasil mesyuarat hendaklah dilaporkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA)

5.

Agenda Mesyuarat

(i) Kedudukan semasa aset alih Universiti (ii) Laporan Hasil Pemeriksaan Aset Alih (iii) Laporan Tindakan Pelupusan (iv) Laporan Tindakan Surcaj/Tatatertib (v) Isu-isu yang berkaitan pengurusan aset alih

4. Korum

Korum bagi mesyuarat Jawatankuasa ialah empat (4) orang yang perlu hadir sepanjang tempoh mesyuarat tidak termasuk Pengerusi

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download