Kementerian Luar Negeri

Kementerian Luar Negeri

Maksud Bekalan/Pembangunan 13

CARTA PERBELANJAAN SEBENAR (2019 ? 2021) DAN PERUNTUKAN (2022 ? 2023) BAGI MENGURUS DAN PEMBANGUNAN

VISI Perkhidmatan luar negeri yang unggul dan menyumbang ke arah merealisasikan aspirasi negara. MISI Kepemimpinan dalam penggubalan dan pelaksanaan Dasar Luar Negara serta memajukan dan melindungi kepentingan Malaysia melalui diplomasi yang dinamik dan proaktif. PELANGGAN (i) Kementerian/Jabatan/Agensi (ii) Orang Awam/Warga Asing (iii) Pertubuhan Antarabangsa (iv) Perwakilan Diplomatik Asing (v) Sektor Swasta

ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2023 | 165

KERANGKA KEBERHASILAN KEMENTERIAN

PRESTASI OUTCOME KEMENTERIAN

Outcome 1 : Kebebasan berdaulat dan keutuhan Wilayah Malaysia dipertahan

Petunjuk Prestasi Utama

2021 (Sebenar)

2022 (Sasaran)

Peratusan isu yang dibincangkan dan dipersetujui semasa mesyuarat dua hala, serantau dan antarabangsa (%)

Peratusan perjanjian antarabangsa, Memorandum Persefahaman (MoU) dan kenyataan bersama yang dimeterai (%)

100.00 100.00

100.00 100.00

2023 (Sasaran)

100.00

100.00

Outcome 2 : Kepentingan Malaysia di persada antarabangsa terpelihara

Petunjuk Prestasi Utama

2021 (Sebenar)

2022 (Sasaran)

Peratusan inisiatif, usul dan cadangan Malaysia yang diterima di peringkat antarabangsa (%)

Peratusan kehadiran ke mesyuarat berkepentingan di peringkat antarabangsa (%)

100.00 100.00

100.00 100.00

2023 (Sasaran)

100.00

100.00

Outcome 3 : Perkhidmatan diplomatik merangkumi protokol dan konsular yang berkesan

Petunjuk Prestasi Utama

2021 (Sebenar)

2022 (Sasaran)

2023 (Sasaran)

Peratusan pematuhan tempoh perkhidmatan protokol dan konsular (%)

100.00

100.00

100.00

Peratusan penyelesaian aduan pelanggan (%)

100.00

100.00

100.00

PROGRAM 1 : PENGURUSAN

PRESTASI OUTCOME PROGRAM

Outcome : Penyampaian perkhidmatan yang berkesan

Petunjuk Prestasi Utama

Peratusan pencapaian Piagam Pelanggan (%) Indeks Kepuasan Pelanggan (%)

2021 (Sebenar)

85.00 85.00

2022 (Sasaran)

95.00 95.00

2023 (Sasaran)

95.00 95.00

Aktiviti 1 : Undang-Undang

Fungsi :

(a) Memberi nasihat perundangan kepada Kementerian termasuk Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri, Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan dan perwakilan Malaysia di luar negara mengenai perkara berkaitan Kementerian dan memberi ulasan terhadap draf perjanjian domestik dan antarabangsa; dan

(b) Bertindak sebagai depositori bagi triti yang dianggotai oleh Kerajaan Malaysia.

ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2023 | 166

Aktiviti 2 : Khidmat Pengurusan

Fungsi :

Menyelia perkara berkaitan pengurusan Kementerian seperti teknologi maklumat dan komunikasi, kewangan, pengurusan sumber manusia, inspektorat dan pembangunan.

Aktiviti 3 : Pentadbiran Am

Fungsi :

(a) Memastikan urusan pentadbiran dan perkhidmatan sokongan Kementerian dilaksanakan dengan cekap dan berkesan; dan

(b) Memastikan pelaksanaan dasar dan polisi Kerajaan memberikan impak serta kesan kepada hubungan Malaysia dengan negara luar.

Aktiviti 4 : Protokol

Fungsi :

(a) Memastikan hubungan Malaysia dengan negara asing adalah berlandaskan kepada amalan protokol antarabangsa dan tempatan serta memastikan perwakilan negara asing dan pertubuhan antarabangsa di Malaysia menerima layanan selaras dengan peruntukan konvensyen antarabangsa yang berkenaan atau berdasarkan timbal balas;

(b) Menyediakan perkhidmatan berkaitan urusan protokol termasuk kendalian majlis rasmi yang melibatkan perwakilan asing di Malaysia dan menyediakan perkhidmatan berkaitan keistimewaan/kekebalan diplomatik berlandaskan konvensyen antarabangsa;

(c) Merancang, menyelia dan menyelaras lawatan pembesar asing ke Malaysia; dan

(d) Menyediakan perkhidmatan konsular untuk membantu rakyat Malaysia di dalam dan luar negara serta warga asing di Malaysia dalam keperluan konsular mereka.

PROGRAM 2 : HUBUNGAN DIPLOMASI DAN KERJASAMA PELBAGAI HALA

PRESTASI OUTCOME PROGRAM

Outcome 1 : Hubungan pelbagai hala dan serantau yang utuh

Petunjuk Prestasi Utama

2021 (Sebenar)

Peratusan resolusi, dokumen hasil dan instrumen antarabangsa yang dipersetujui untuk diterima pakai (%)

Peratusan pelaksanaan dan penyertaan program/aktiviti antarabangsa dan serantau yang telah dipersetujui (%)

100.00 100.00

2022 (Sasaran)

100.00

100.00

2023 (Sasaran)

100.00

100.00

Outcome 2 : Pendirian negara diketengahkan dan dipertahankan

Petunjuk Prestasi Utama

2021 (Sebenar)

Peratusan penyertaan dalam program, mesyuarat/persidangan serantau dan antarabangsa (%)

Peratusan pelantikan Malaysia ke badan antarabangsa dan serantau yang berjaya (%)

100.00 100.00

2022 (Sasaran)

100.00

100.00

2023 (Sasaran)

100.00

100.00

ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2023 | 167

Aktiviti 1 : Ekonomi Pelbagai Hala dan Alam Sekitar

Fungsi :

Merumus dasar dan menyelaras pendirian yang perlu diambil oleh Malaysia dalam isu pelbagai hala yang melibatkan ekonomi, sains dan teknologi, alam sekitar, teknologi hijau dan pembangunan mampan di forum antarabangsa.

Aktiviti 2 : Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan

Fungsi :

Menyelaras pendirian Malaysia di peringkat pelbagai hala berkaitan hak asasi manusia, sosial, kemanusiaan dan dialog antara kepercayaan dan ketamadunan serta bekerja rapat dengan agensi Kerajaan yang berkaitan untuk memastikan obligasi Malaysia di peringkat antarabangsa dapat dipenuhi.

Aktiviti 3 : Keselamatan Pelbagai Hala dan Pertubuhan Antarabangsa

Fungsi :

(a) Mempromosi, memelihara dan mempertahankan pendirian negara mengenai isu keselamatan pelbagai hala;

(b) Menyelaras pendirian negara yang koheren mengenai isu keselamatan antarabangsa dengan kementerian dan agensi lain; dan

(c) Memantau serta menganalisa isu keselamatan pelbagai hala di peringkat serantau dan antarabangsa.

Aktiviti 4 : Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Kerjasama Serantau

Fungsi :

Bertanggungjawab bagi memantau, merangka dan menyelaras hubungan pelbagai hala dan pertubuhan serantau antara Malaysia dan negara anggota OIC dan kerjasama serantau serta isu hal ehwal Islam dalam konteks hubungan antarabangsa.

Aktiviti 5 : Politik Pelbagai Hala

Fungsi :

(a) Merangka, menyelaras dan mengkaji setiap perkembangan dalam usaha memelihara dan mempertahankan dasar, kepentingan dan pendirian Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Komanwel, Gerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), Kumpulan 77 (G77), Mahkamah Jenayah Antarabangsa, Mahkamah Keadilan Antarabangsa, Mahkamah Tetap Timbang Tara dan organisasi parlimen antarabangsa dan serantau;

(b) Menyelaras pencalonan Malaysia ke pertubuhan antarabangsa; dan (c) Mengenal pasti laluan agar Malaysia boleh diwakili melalui

lantikan/pemilihan/perkhidmatan yang dipinjamkan (secondment) di peringkat organisasi antarabangsa seperti PBB dan Komanwel.

Aktiviti 6 : Kerjasama dan Pembangunan Antarabangsa

Fungsi :

Merancang, mengendali dan menyelaras Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) dan program kerjasama teknikal bersama agensi kerjasama serantau dan antarabangsa serta mengendali dan menyelaras isu yang berkaitan dengan hal ehwal Kerjasama Selatan-Selatan.

ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2023 | 168

Aktiviti 7 : Pihak Berkuasa Kebangsaan (PBK) kepada Konvensyen Senjata Kimia

Fungsi :

Melaksanakan obligasi negara terhadap Konvensyen Senjata Kimia seperti membuat deklarasi dan menjalankan pemeriksaan terhadap industri kimia dan bekerjasama dengan Organisation for the Prohibition of Chemical Weapons (OPCW) untuk menjalankan latihan di Malaysia kepada kakitangan Malaysia ke arah mencapai pematuhan perjanjian yang berkesan.

Aktiviti 8 : Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia

Fungsi :

(a) Melindungi, mempromosi dan memelihara kepentingan Malaysia dan serantau berkaitan tiga tonggak utama The Association of South East Asian Nations (ASEAN) terutamanya dalam isu politik dan keselamatan di platform ASEAN; dan

(b) Menguruskan penglibatan Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN dan sidang kemuncak berkaitan, mesyuarat, persidangan dan seminar yang berkaitan serta bekerjasama dengan Perwakilan Tetap Malaysia ke ASEAN, Sekretariat ASEAN, Kementerian dan agensi Malaysia serta organisasi masyarakat sivil dalam hal berkaitan dengan kerjasama ASEAN.

PROGRAM 3 : PERANCANGAN DASAR, STRATEGIK DAN PENYELIDIKAN

PRESTASI OUTCOME PROGRAM

Outcome 1 : Wilayah dan maritim Malaysia dipertahankan

Petunjuk Prestasi Utama

2021 (Sebenar)

Peratusan isu-isu perbincangan dan dokumen-dokumen yang berkaitan dalam mempertahankan pendirian, hak dan kedaulatan perairan dan sempadan maritim Malaysia yang berjaya dimuktamadkan/dipersetujui/mencapai kata putus/diselesaikan (%)

100.00

2022 (Sasaran)

100.00

2023 (Sasaran)

100.00

Outcome 2 : Organisasi yang cemerlang dan dasar luar yang berkesan

Petunjuk Prestasi Utama

2021 (Sebenar)

2022 (Sasaran)

Peratusan pelaksanaan dan pencapaian dasar/strategi Kementerian (%)

Peratusan pelaksanaan latihan/kajian/penyelidikan ke atas isuisu dasar luar negara (%)

100.00 100.00

100.00 100.00

2023 (Sasaran)

100.00

100.00

Aktiviti 1 : Perancangan Dasar

Fungsi :

(a) Menyedia dan menyelaras input mengenai isu dasar luar Malaysia dan bekerjasama rapat dengan pelbagai jabatan dan agensi kementerian;

(b) Menyedia penilaian dan analisis isu dasar luar; dan (c) Memastikan pelan strategik Kementerian berjaya dilaksanakan.

ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2023 | 169

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download