1
1.0 PENGENALAN
Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang dari segi ekonomi, politik sosial, keharmonian dan kebudayaan. Selaras dengan itu salah satu agenda penting kerajaan adalah untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu kementerian pelajaran mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan warganegara yang bersifat progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada melahirkan warganegara yang berpengetahuan dan berkemahiran.
Dalam usaha kerajaan memartabatkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia pelbagai dasar dan perundangan pendidikan telah dirangka dan diwartakan bagi menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberasasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Bagi membolehkan bidang pendidikan dapat berdiri selaras dengan bidang lain penggubalan disiplin, peraturan, dan perundangan dalam pendidikan telah dilaksanakan, bagi memudahkan pencapaian matlamat pendidikan negara.
Menurut Kamus Dewan (2005) disiplin merupakan latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib, peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik, kepatuhan kepada peraturan yang telah ditetapkan. Peraturan pula merujuk kepada segala yang telah ditentukan atau ditetapkan dan harus diturut dan dipatuhi, ketentuan atau garis panduan yang dibuat oleh kerajaan berkaitan dengan kuasa dan masyarakat.
Bagi perundangan pula merujuk kepada hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang iaitu sesuatu undang-undang itu ditadbir yang lazimnya mengikut adat sendiri sebuah negara. Perundangan lebih besar ruang lingkupnya dan menjadi undang-undang yang perlu dipatuhi dalam sesebuah negara.
1.0 MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan zaman , boleh dianggap bangsa dan negara tersebut gagal dalam melaksanakan tanggungjawab memartabatkan sesuatu bangsa dan negara. Oleh itu dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut negara Malaysia tidak terlepas dengan situasi yang mencabar kewibawaan negara dalam menjadikan sistem pendidikan negara yang dihormati dan bertaraf dunia.
Pendidikan bertujuan untuk membentuk masyarakat yang terdidik dalam pelbagai jurusan kehidupan. Ini membolehkan masyarakat yang dilahirkan dapat berfikir secara matang. Keadaan ini membolehkan mereka mempunyai kemahiran untuk memikul tanggungjawab dan mempunyai komitmen untuk mendukung aspirasi negara. Ini akan menjadikan hasrat pembangunan masyarakat dalam bidang fizikal, material dan kerohanian dapat dicapai sepenuhnya. Keadaan ini sekaligus dapat menghasilkan golongan yang berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama, bangsa dan negara.
Berlandaskan tujuan ini matlamat pendidikan negara bertumpu kepada beberapa aspek seperti individu, sosial, ekonomi, politik, permodenan dan kefahaman antarabangsa. Bagi aspek individu, pendidikan adalah untuk membentuk individu yang terdidik dari segi intelek, moral, estetika, emosi dan menggalakkan perkembanagan potensi pelajar pada tahap yang maksimum. Pendidikan berpusatkan kepada pelajar dan bersifat lebih menuruti prinsip perkembanagan psikologi manusia. Harapan yang tinggi adalah untuk melahirkan pelajar yang mencurahkan taat setia kepada raja dan juga menyintai negara sendiri.
Dari segi sosial, pendidikan adalah untuk membina individu yang mempunyai celik akal dan kefahaman mengenai persekitaran alam, budaya dan hidup masyarakat. Ini dapat membantu pelajar menjadi warganegara yang mempunyai sikap dan komitmen yang positif. Berlandaskan ekonomi, pendidikan dan latihan adalah untuk membangunkan sumber tenaga manusia yang bijaksana bagi meningkatkan produktiviti sektor ekonomi negara.
Bagi politik pula, pendidikan adalah untuk membentuk warganegara yang mempunyai kefahaman, kepekaan dan komitmen tentang dasar negara demokrasi, idealogi dan idealisme kepimpinan negara. Maruah dan kekuatan bangsa Malaysia adalah berdasarkan kepada kesedaran dan komitmen yang bersifat kebangsaan dan cintakan tanah air. Sistem pendidikan hari ini dapat memperkembangkan kefahaman, menerima dan mengamalkan prinsip demokrasi mengikut perlembagaan.
Bagi aspek permodenan, pendidikan adalah untuk megubah nilai-nilai tradisional dan konservatif yang bersifat menghalang kemajuan fizikal, material, spiritual dan pemikiran dalam usaha membentuk masyarakat yang progresif dan integratif. Sistem pendidikan sekarang menyediakan peluang pendidikan kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama. Pelajar dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang membolehkan mereka membezakan antara kebenaran dengan yang palsu, fakta, pendapat dan pemikiran kritis.
Peruntukan juga disediakan dalam sistem pendidikan untuk menyediakan individu dengan pendidikan sepanjang hayat. Mereka akan dapat menyesuaikan diri dengan perubahan saintifik dan teknologi. Bagi aspek kefahaman antarabangsa, pendidikan adalah untuk membina semangat persaudaraan sesama umat manusia sejagat apabila dunia merupakan sebuah masyarakat. Corak pendidikan yang ada dapat memperkembangkan fizikal, mental dan menghargai keindahan alam sekitar.
Berlandaskan kepada matlamat pendidikan negara Falsafah Pendidikan Negara telah dibentuk untuk menjadi dasar, hala tuju dan panduan kepada segala usaha yang dilakukan dalam sistem pendidikan, dan seterusnya bagi peningkatan mutu pendidikan negara setaraf dengan negara luar. Hakikatnya sesuatu sistem pendidikan yang bertaraf dunia perlu mempunyai falsafah pendidikan yang unggul, kurikulum yang sentiasa mantap dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Falsafah Pendidikan Negara digubal bagi mencapai matlamat yang diingini oleh masyarakat dan negara. Kementerian pendidikan berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara mencerminkan pernyataan misi yang diharapkan. Matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu, melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berketerampilan dan sejahtera, menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara, serta memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia adalah selari dengan misi iaitu membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia, bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Dasar Pendidikan Kebangsaan, Misi Pendidikan dan Matlamat Pendidikan adalah hasil daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi teras dan tunjang utama bagi setiap aktiviti dan program pendidikan.
Negara Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan etnik, bangsa dan agama. Walau bagaimanapun negara tidak menghadapi masalah dari segi hidup bersama dan bersatu padu, ini kerana sistem pendidikan yang digunakan tidak membezakan sesuatu kaum dan etnik, bangsa dan agama. Peluang pendidikan telah diberi sama rata tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Ini untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk hidup dalam suasana yang harmoni dan makmur. Corak kehidupan yang baik dapat menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Sejajar dengan perubahan paradigma bidang pendidikan dan cabaran yang semakin padat, keadaan memerlukan kita merenung kembali kepada falsafah pendidikan ke arah melahirkan insan yang seimbang dan harmoni, berpengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Sewajarnya cabaran ini disambut dengan baik walaupun terpaksa menghadapi kesukaran. Usaha ke arah menjadikan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 amat memerlukan tenaga dan kepakaran di pelbagai peringkat, pengetahuan dan kemahiran dengan penuh disiplin serta ketinggian etika.
3.0 DISIPLIN, PERATURAN, DAN PERUNDANGAN PENDIDIKAN.
3.1 DISIPLIN DALAM PENDIDIKAN
Dunia pendidikan semakin hari bertambah kompleks. Hampir setiap hari terdapat berita berkaitan dengan pendidikan sama ada daripada aspek disiplin atau salah laku, deraan, soal akademik, kokurikulum dan sebagainya. Ini disebabkan terdapat ramai orang berminat dan ada yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam dunia pendidikan walaupun seseorang itu tidak mempunyai anak untuk ke sekolah. Akan tetapi aspek perundangan dalam pendidikan jarang sekali dilaporkan walaupun perkara ini penting untuk semua pihak iaitu para pendidik, ibubapa mahupun pelajar.
Sebagai langkah ke arah pencapaian matlamat pendidikan negara Kementerian Pelajaran yang berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Negara telah melaksanakan dan mewartakan beberapa peraturan dan perundangan dalam pendidikan bagi menghasilkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia.
Dalam usaha menjadikan matlamat pendidikan menjadi satu realiti, disiplin pelajar di sekolah menjadi satu perhatian, bagi melahirkan insan yang berakhlak dan beretika. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah mempunyai perkaitan rapat dengan kesempurnaan disiplin pelajar. Pelajar yang berjaya dalam segala bidang kehidupan seringkali terdiri daripada mereka yang berdisiplin. Pelajar yang berdisiplin juga menjadi pengasas ke arah pembentukan masyarakat yang berdisiplin, berkebolehan dan harmonis.
Kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum sukar dicapai apabila kemudahan asas yang diperlukan tidak mencukupi. Begitu juga dengan kecemerlangan keceriaan fizikal sukar dicapai apabila pelajar-pelajarnya tidak berdisiplin dan sering merosakkan kemudahan yang ada. Justeru bagi menuju kecemerlangan, usaha dan tindakan yang menyeluruh adalah perlu. Bagi memastikan disiplin sekolah berada dalam keadaan baik dan terkawal perlulah diuruskan mengikut program peningkatan disiplin yang dirancang.
Bagi memastikan disiplin sekolah selaras dengan keperluan bidang pendidikan, sesebuah sekolah diperlukan untuk membentuk jawatankuasa yang bertanggungjawab terhadap perancangan membentuk disiplin pelajar, mengambil tindakan ke atas pelajar yang melakukan kesalahan dan kursus motivasi bagi membentuk akhlak pelajar. Antara jawatankuasa yang perlu dibentuk termasuklah Jawatankuasa Pelaksana dan Bertindak Sekolah, Jawatankuasa Hal Ehwal Murid, Jawatankuasa Disiplin, dan juga Jawatankuasa Pengawas sekolah.
Antara sistem disiplin lain yang boleh diambil oleh sesebuah organisasi sekolah adalah pelaksanaan sistem merit-dimerit terhadap pelajar, yang bertujuan supaya pelajar sentiasa berkelakuan baik di sekolah dan bilik darjah dan secara langsung akan mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Penggunaan borang kawalan kelas yang digunakan oleh setiap guru mata pelajaran, perkhemahan dan ceramah motivasi serta mengadakan kelas keagamaan dapat membantu mengurangkan permasalahan disiplin pelajar. Ia juga bertujuan mengawal masalah disiplin pelajar dan membentuk sahsiah pelajar supaya masalah sosial dapat dibendung.
Disiplin sekolah yang baik dan sempurna akan menghasilkan beberapa faedah kepada guru dan pelajar terutamanya dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dapat dijalankan secara lancar dan teratur dan pembelajaran dapat dilangsungkan dalam suasana yang tenang. Keselamatan para pelajar dapat dijamin kerana setiap murid mematuhi peraturan. Kemalangan yang berlaku terutamanya dalam makmal dan bilik darjah dapat dikurangkan di samping dengan disiplin yang ada dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar.
Dalam proses pencapaian matlamat pendidikan negara ia bergantung kepada iklim sekolah yang kondusif kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Ini menyebabkan pihak kementerian pendidikan sentiasa memberi penekanan kepada usaha pengukuhan disiplin pelajar dengan menyediakan pelbagai panduan, peraturan, dan dasar disiplin yang dikuatkuasakan di sekolah-sekolah. Namun demikian kewujudan fenomena semasa yang menunjukkan pertambahan pelanggaran disiplin menimbulkan pelbagai pertanyaan umum tentang keberkesanan dan kesesuaian dasar dan peraturan yang digunakan dalam pengukuhan disiplin di sekolah.
Perkara tatatertib yang dianggap berat dan menyalahi disiplin sekolah adalah menjadi ahli dalam pertubuhan haram, membawa senjata merbahaya dengan tujuan jahat, memukul atau mengancam guru, guru besar ataupun pengetua, melanggar peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh sekolah dan Pejabat Pelajaran, sengaja merosakkan harta sekolah, persendirian dan pelajar lain, mengancam pelajar, mengisap rokok serta mengambil dadah. Selain itu pelajar yang sengaja menimbulkan perkara sensitif dengan tujuan untuk menimbulkan huru hara dan perbalahan kaum juga merupakan salah satu kesalahan tatatertib yang berat.
Oleh yang demikian badan disiplin yang dibentuk mestilah bergerak selari dan seiring dengan badan-badan lain yang wujud di sekolah. Ini kerana pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu bidang baik di bidang akademik atau bukan akademik bergantung kepada tahap disiplin itu sendiri. Rasional pembentukan disiplin di sekolah sama pentingnya dengan penyebaran ilmu pengetahuan. Oleh itu badan disiplin harus bergerak dalam bentuk yang terancang dan sistematik. Guru hendaklah benar-benar memahami bahawa mereka bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah. Guru besar dan guru penolong juga perlu mengetahui dan memahami segala Ordinan atau Surat Pekeliling atau Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran yang berkaitan kelakuan dan disiplin di sekolah-sekolah.
Dalam usaha menangani masalah disiplin di sekolah pelbagai program telah diadakan seperti Program Sifar Bistari yang dilakukan unit disiplin sekolah-sekolah pada tahun 2001 yang bertujuan untuk mengurangkan masalah ketidakhadiran dan ponteng sekolah sehingga ke tahap yang minimum. Matlamat utamanya adalah untuk menghapuskan dan mengurangkan masalah ini demi menjayakan misi dan visi sekolah selaras dengan matlamat pendidikan negara. Unit disiplin di sekolah juga digalakkan untuk mengadakan bulan khas untuk ‘Bulan Disiplin’ yang disasarkan kepada setiap pelajar. Rasional Bulan Disiplin ini adalah kemantapan disiplin pelajar yang memerlukan satu program yang lebih sistematik serta berakhlak dan berdisiplin sebagai satu aspek kehidupan bagi mengawal sosial yang menjamin keharmonian dan kesejahteraan hidup.
Selain itu pada tahun 2006 Jemaah Menteri telah meluluskan Memorandum Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menangani masalah salah laku murid dan meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM6.1 juta setahun. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah proaktif untuk menangani masalah disiplin murid dengan menubuhkan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid dan Sekreteriat Tetap Menangani Gejala Salah Laku Murid bagi menyelaraskan segala tindakan disiplin yang hendak dilaksanakan. Selain itu usaha menangani masalah ini diperkukuhkan dengan penubuhan 4 Jawatankuasa Bertindak iaitu Jawatankuasa Bertindak Menangani Isu di Sekolah, Jawatankuasa Bertindak Dalam Aspek Perundangan dan Penguatkuasaan, Pendekatan Psikologi dan Kesihatan serta Jawatankuasa Dalam Pendekatan Kemasyarakatan.
Menerusi Jawatankuasa Bertindak yang telah diwujudkan, KPM akan melaksanakan pendekatan secara holistik bagi menangani gejala disiplin pelajar. KPM akan memperhebatkan Kempen Anti Buli, Kempen Anti Ponteng, kempen untuk meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam PIBG dan Kempen Pencegahan Salah Laku. KPM juga akan mewartakan Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) yang baru dan mencadangkan pindaan terhadap undang-undang kecil di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) berhubung pengeluaran lesen dan pengenaan syarat-syarat ke atas kafe siber, Akta Polis 1967 (Akta 344) dan Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).
Objektif utama pelaksanaan disiplin di sekolah adalah untuk melahirkan dan membentuk pelajar yang berdisiplin dan bertanggungjawab serta peka terhadap peraturan dan undang-undang sekolah. Ia juga adalah untuk melahirkan seorang ahli masyarakat bertatasusila, bersatu padu, demokratik adil, liberal serta progresif. Selain itu untuk melahirkan pelajar yang mengenal dan menilai diri sendiri serta rasional dan bijaksana. Di samping itu disiplin dilaksanakan untuk melahirkan pelajar yang menyayangi dan menghormati diri sendiri serta alam sekitar, membentuk pelajar yang bersemangat tinggi, berilmu, berketarampilan serta menjadikan sekolah sebagai pusat menuju ke arah kecemarlangan hidup.
Disiplin yang dibentuk juga mewajibkan setiap kelas menyediakan sudut disiplin yang dilengkapkan dengan peraturan-peraturan dan undang-undang yang dikeluarkan oleh badan disiplin serta pekeliling-pekeliling dari Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan berkaitan dengan peraturan dan notis tertentu. Selain itu borang perjanjian juga harus ditandatangani oleh pelajar yang masih mengulangi pelanggaran disiplin. Borang ini merupakan bukti untuk penguatkuasaan dan tindakan seterusnya serta mengelakkan sebarang tindakan yang diambil dipertikaikan dan juga jaminan supaya pelajar tidak mengulangi kesalahan disiplin lagi. Ia disaksikan oleh penjaga pelajar sendiri.
Sekolah perlulah melakukan penguatkuasaan disiplin secara tegas dan berterusan. Usaha yang berterusan perlu dilakukan termasuk mengukuhkan, memperjelas dan menentukan kebolehgunaan surat-surat peraturan dan pekeliling yang berkaitan sejajar dengan perubahan-perubahan persekitaran dan masa. Sistem pengurusan disiplin di sekolah juga perlu berkesan dan ini meliputi rekod individu pelajar, rekod pelanggaran disiplin serta hukuman dan ganjaran. Sifat berdisiplin, akhlak yang mulia, budi yang pekerti serta patuh kepada ajaran agama semuanya perlu di semai dari rumah lagi. Seterusnya dipupuk di sekolah dan di semarakkan oleh masyarakat. Ibubapa sendiri perlulah menjadi teladan yang terbaik kepada anak-anak. Sekolah dan masyarakat juga perlu sama-sama mewujudkan suasana yang positif kepada perkembangan jati diri para pelajar yang meningkat remaja dan dewasa.
Jelaslah masalah disiplin pelajar ini akan hanya dapat dibendung jika semua pihak yang terbabit memainkan peranan masing-masing. Sebenarnya terdapat beberapa pihak yang perlu bertanggungjawab tentang masalah disiplin ini termasuklah para pelajar sendiri, para guru, ibubapa, masyarakat serta kerajaan.
3.2 PERATURAN DALAM PENDIDIKAN
Selain pelaksanaan disiplin, pihak kementerian juga telah membuat peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap sekolah. Dengan kuasa yang diperuntukkan dalan Akta Pendidikan 1996 Menteri telah meggubal peraturan-peraturan yang dinamakan Peraturan-peraturan Pendidikan yang mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1998.
Tujuan peraturan ini dilaksanakan adalah untuk mengawal tingkah laku dan melicinkan perjalanan hidup warga sekolah supaya proses pembentukan jati diri dan pendidikan berjalan lancar tanpa ada sebarang gangguan. Ini kerana sekiranya terdapat gangguan dalam sistem pendidikan menyebabkan sistem pendidikan yang dirancang tidak dapat dijalankan dengan teratur dan secara tidak langsung ia juga membantutkan usaha pembentukan nilai-nilai murni. Usaha pembentukan nilai-nilai murni ini adalah penting bagi para pelajar untuk menghadapi situasi sebenar dalam alam kehidupan yang sebenar.
Antara peraturan yang terdapat dalam sesebuah sekolah termasuklah,yang terdapat dalan Surat Pekeliling Ikhtisas iaitu berhubung dengan garis panduan dan peraturan-peraturan sekolah yang berkaitan dengan perawakan pelajar dan juga peratuaran dari segi kurikulumnya sendiri. Dari segi tujuan peratuaran itu sendiri adalah untuk membentuk keperibadian pelajar untuk melahirkan warganegara yang bertanggungjawab sesuai dengan prinsip Rukun Negara dan bersesuaian dengan matlamat pendidikan negara. Selain itu peraturan juga bertujuan untuk melatih pelajar untuk mematuhi undang-undang, peraturan-peraturan dan kawalan-kawalan dan juga arahan secara bertanggungjawab.
Tujuan peraturan ini jelas untuk membentuk peribadi dan tingkah laku pelajar bersesuaian dengan prinsip Rukun Negara dan juga Falsafah Pendidikan Negara. Ianya juga adalah untuk proses penyediaan para pelajar dalam hubungan mereka dengan masyarakat dan negara. Bagi melahirkan rakyat yang taat setia kepada raja dan negara dan juga bagi memupuk semangat cintakan tanah air, peraturan yang ada berperanan penting dalam membentuk dan memenuhi prinsip Rukun Negara yang kedua. Prinsip Rukun Negara haruslah dipamerkan di dinding sekolah dan diikrarkan dalam perhimpunan Hari Kebangsaan. Sementara itu lagu Negaraku dan bendera dikibarkan dalam perhimpunan di sekolah. Langkah ini diambil untuk membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan pelajar dan juga guru sendiri.
Bagi membentuk pelajar yang beretika dan berakhlak peraturan untuk pelajar itu sendiri telah dirangka. Ini termasuklah etika pemakaian pakaian seragam sekolah, rambut pelajar, termasuk lelaki dan pelajar perempuan, kasut, tudung dan sebagainya. Bagi pelajar lelaki diwajibkan berpakaian seragam kemeja putih, seluar panjang biru tua, sarung kaki dan kasut kanvas warna putih. Pelajar wanita pula diwajibkan memakai pakaian baju kurung pesak, kain biru tua, sarung kaki tanpa corak dan kasut kanvas warna putih. Pemakaian bagi pelajar muslim dan pelajar bukan islam ada perbezaan iaitu bagi pelajar bukan islam mereka boleh memakai pakaian pinafore biru tua dan baju putih dan bagi pelajar muslim pula digalakkan memakai tudung/ telekung dan songkok untuk lelaki.
Pemakaian pakaian seragam sekolah ini telah ditetapkan oleh pihak kementerian dan seseorang murid tidak boleh memakai pakaian yang menyalahi peraturan pemakaian seragam sekolah. Perkara ini terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1993 berhubung dengan pakaian seragam sekolah. Surat Pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan untuk menegaskan bahawa pihak sekolah tidak dibenarkan sama sekali menyimpang daripada peraturan yang telah ditetapkan mengenai pakaian seragam sekolah ataupun menggunakan peraturan sendiri. Surat Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan berhubung dengan pemakaian seragam termasuklah dalam Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983, pindahan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1985 dan juga Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1992 bagi pemakaian telekung dan tudung untuk pelajar islam.
Bagi golongan guru pula hendaklah kelihatan kemas dan sesuai semasa bertugas di sekolah. Golongan ini tidak dibenarkan memakai selipar dan baju T walaupun pada waktu petang semasa berada di sekolah. Selain itu pemakaian pakaian formal juga diwajibkan ketika berlangsungnya majlis-majlis rasmi sekolah. Bagi rambut pula guru lelaki adalah dilarang untuk mempunyai potongan rambut yang melebihi kolar baju dan haruslah kelihatan kemas kerana guru merupakan contoh yang paling dekat kepada pelajar semasa berada di sekolah.
Selain itu dalam Peraturan-Peraturan Sekolah, (Sekolah Rules) yang bertulis untuk murid-murid yang diwujudkan oleh tiap-tiap sekolah ialah setiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan sekolah masing-masing secara bertulis dan mengandungi maksud yang jelas dan setiap pelajar mestilah mengetahuinya. Peraturan sekolah ini hendaklah dipamerkan di tiap-tiap kelas, bilik guru dan juga papan kenyataan sekolah. Pengetua atau guru besar perlu pandai menarik perhatian pelajar akan peraturan-peraturan sekolah yang digubal itu. Selain itu, para pengawas sekolah atau ketua pelajar mestilah benar-benar memahami tugas dan tanggungjawab mereka serta tindakan pengawas mestilah mendapat sokongan dari semua guru-guru. Mereka juga perlu faham bahawa perlantikan mereka itu bertujuan untuk membantu sekolah dalam memelihara tatatertib.
Bagi sekolah yang tidak mempunyai peraturan sekolah yang bertulis ataupun bagi sekolah yang mempunyai peraturan bertulis tetapi tidak lengkap dan teratur, misalnya tidak mempunyai tajuk untuk tiap-tiap perkara, guru-guru besar dan pengetua hendaklah mengambil langkah untuk meneliti semula dan memperbaharui peraturan sekolah mereka. dan untuk panduan itu satu senarai perkara-perkara yang patut ditimbangkan mengikut keadaan sekolah. Guru Besar juga boleh menimbangkan perkara-perkara lain yang tidak ada dalam senarai mengikut sekolah masing-masing.
1. Selain itu, di sekolah juga terdapat peraturan-peraturan lain seperti peraturan-peraturan khas untuk asrama, perpustakaan dan bilik mata pelajaran praktikal. Pihak sekolah perlu menyediakan peraturan-peraturan khas untuk asrama dan perpustakaan serta pengajaran semua mata pelajaran praktikal dalam bilik seperti Bengkel Seni Perusahaan, Bilik Sains Rumah Tangga, Bilik Makmal Sains, Dewan Pendidikan Jasmani dan lain-lain.
Bagi mengelakkan sebarang perkara berlaku terhadap pelajar semasa berada di sekolah pihak kementerian telah menetapkan peraturan yang harus diikuti. Antaranya berhubung dengan kawalan keluar masuk kawasan sekolah iaitu hanya ibubapa dan penjaga sahaja yang dibenarkan membawa keluar pelajar sekiranya berlaku kecemasan dengan mengisi borang kebenaran yang harus diberikan kepada guru disiplin mahupun guru bertugas. Selain itu bagi penglibatan pelajar yang melibatkan aktiviti luar yang dianjurkan oleh pihak sekolah, Jabatan Gabungan Pelajaran Daerah, Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri serta Kementerian Pelajaran Malaysia mahupun pihak swasta atau badan NGO, ibubapa haruslah menandatangani surat kebenaran untuk megikuti aktviti tersebut.
Kurikulum di sekolah-sekolah juga mempunyai sistem peraturan yang tersendiri yang perlu dipatuhi oleh sesebuah institusi pendidikan. Dari segi peraturan dalam kurikulum pihak kementerian telah menggariskan peraturan yang perlu dipatuhi iaitu seperti yang terdapat dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 berkuat kuasa pada 1 Januari 1998 . Dalam peraturan ini telah dinyatakan bahawa ia dijalankan berdasarkan kuasa yang terdapat dalam seksyen 18 dan 130 Akta Pendidikan 1996. Antara kandungan peraturan ini termasuklah penggunaan kurikulum kebangsaan yang bermaksud program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai unsur kebudayaan dan sistem kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi.
Selain itu peraturan pendidikan ini juga menyatakan penggunaan kurikulum pendidikan bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi mata pelajaran yang teras iaitu Bahasa Kebangsaan, Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Cina untuk sekolah jenis kebangsaan cina, Tamil untuk sekolah jenis kebangsaan tamil, Sains, Kajian Tempatan, Pendidikan Islam untuk pelajar islam dan juga Pendidikan Moral untuk pelajar bukan islam. Ini bertujuan untuk mewujudkan perpaduan yang merupakan syarat yang membolehkan sesebuah organisasi dan masyarakat untuk memaksimumkan tenaga, usaha, fikiran dan pengeluaran.
Selain itu peraturan ini dibuat untuk memupuk para pelajar agar berakhlak mulia, lemah lembut, berbudi pekerti dan berhemah tinggi. Pemupukan ini adalah bersesuaian dengan adat ketimuran yang beradab sopan. Akhlak yang sempurna dapat menghindari jenayah daripada berlaku. Dengan penerapan nilai-nilai murni generasi akan datang akan kekal berakhlak mulia dan bermoral. Perkara ini ditekankan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam ia telah diperluaskan bagi meliputi semua murid islam di semua kategori termasuk sekolah swasta dan diperkukuhkan menjadi mata pelajaran teras di sekolah-sekolah.
Dalam teras pendidikan di Malaysia hanya pendidikan dalam sekolah rendah diwajibkan dalam undang-undang. Oleh itu pengabaian keperluan pendidikan selepas pendidikan sekolah rendah adalah tidak melanggar undang-undang. Sekolah rendah dan sekolah menengah diuruskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi dasar yang berkaitan dengan pengajian tinggi pula diuruskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2004. Sejak 2003, kerajaan memperkenalkan penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran yang berkenaan dengan sains. Ini dilakukan selaras dengan perkembangan teknologi dan keperluan pendidikan sendiri.
Selain itu dalam sistem pendidikan pelajar dari pendidikan rendah atau sekolah rendah hendaklah pada akhir tahun persekolahan perlu menduduki ujian awam untuk menilai prestasi murid. Ujian awam ini dinamakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Bagi pelajar yang telah memduduki UPSR boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah. Sementara itu di peringkat sekolah menengah pula pelajar akan menduduki Penilaian Menengah Rendah pada masa mereka menduduki tingkatan tiga.
Berdasarkan pencapaian PMR mereka akan dikategorikan dalam Aliran Sains atau Aliran Sastera. Bagi pelajar yang kurang memuaskan keputusannya boleh menjalani pengkhususan vokasional di sekolah teknik. Pada akhir tahun bagi persekolahan peringkat menengah atas iaitu tingkatan lima para pelajar perlu menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum menamatkan pelajaran di peringkat menengah. Bagi pelajar yang menamatkan pelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina sesetengah pelajar dapat belajar di Sekolah Tinggi Persendirian Cina. Di sekolah ini para pelajar menduduki peperiksaan piawai yang dikenali sebagai Sijil Peperiksaan Bersama. Pelajar dari sekolah ini belajar dari tiga tahap rendah (Junior) hingga ke tahap tinggi (Senior). Setiap tahap mengambil masa setahun.
Di peringkat pendidikan tinggi pula selepas pelajar menduduki SPM pelajar boleh membuat pilihan sama ada memasuki Tingkatan 6 atau Matrikulasi. Di Tingkatan 6 pelajar akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Ia terbahagi kepada 2 iaitu Tingkatan 6 Bawah dan juga 6 Atas. STPM dianggap lebih susah daripada A Level kerana ia merangkumi skop yang lebih mendalam dan luas. Walaupun STPM diduduki oleh mereka yang ingin menduduki universiti awam di Malaysia namun ia turut diakui di peringkat antarabangsa. Di peringkat Matrikulasi pula pelajar mengambil program selama satu atau dua tahun pengajian. Akan tetapi program pengajian bagi Matrikulasi dan Tingkatan 6 adalah memainkan peranan yang sama iaitu untuk kelayakan universiti.
Pengajian tinggi seperti universiti juga tidak terlepas daripada kawalan peraturan dan perundangan pendidikan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian. Pada tahun 2004 kerajaan telah menubuhkan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengawasi pendidikan pengajian tinggi. Kementerian ini dipimpin oleh Mustapa Mohamed. Bagi membolehkan semua pelajar boleh mendapat pendidikan sehingga ke peringkat tinggi kerajaan pada tahun 2002 telah mengurangkan pergantungan kuota kaum bagi memberikan perhatian kepada meritokrasi. Para pelajar juga telah diberi kebebasan untuk ke institusi pengajian swasta bagi pendidikan peringkat tinggi.
Selain daripada kurikulum yang diwajibkan kegiatan kokurikulum juga ditekankan iaitu penyertaan pelajar dalam sukan dan permainan, kelab dan persatuan, badan beruniform dan kegiatan lain sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak kementerian. Bagi penglibatan pelajar semua pelajar sekolah diwajibkan mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum. Ketidakhadiran pelajar dalam kegiatan kokurikulum dianggap sebagai ponteng sekolah. Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam gerak kerja pasukan berpakaian seragam, persatuan atau kelab dan juga sukan dan permainan.
Peraturan Ordianan Pelajaran 1952 dan Peraturan Kursus Pengajian Ordinan Pelajaran 1956 telah memperuntukkan jadual waktu untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum yang diberi nama Aktiviti Kumpulan. Peraturan ini jelas menggambarkan kesungguhan kementeriam pelajaran tentang pentingnya kokurikulum, sehingga ia dijadikan satu peraturan yang ketat. Penegasan tentang pentingnya aktiviti kokurikulum untuk dilaksanakan di sekolah adalah dengan adanya penyelengaraan dan pelaksanaan.
Kini kokurikulum diberi nafas baru dan dititikberatkan memandangkan pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang berkesan akan menghasilkan sumbangan yang positif kepada perkembangan jasmani, rohani, mental, sosial dan emosi pelajar ke arah pencapaian matlamat pendidikan negara. Dalam kegiatan kokurikulum ini juga terdapat peraturan yang perlu dipatuhi oleh pelajar iaitu semua persatuan dan juga kelab harus mempunyai perlembagaan sendiri yang telah diluluskan oleh pengetua.
Selain itu sebarang lawatan sama ada di luar negeri atau dalam yang dianjurkan oleh persatuan/kelab/pasukan pakaian seragam atau sukan dan permainan adalah dianggap sebagai rombongan yang rasmi dan semua pelajar haruslah mematuhi peraturan sekolah bagi mengharumkan nama sekolah. Selain itu sesebuah lawatan yang diadakan perlulah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dan menyerahkan maklumat atau butiran berhubung dengan lawatan tidak lewat dari 4 minggu dari tarikh lawatan kepada pihak sekolah dan setiap pelajar perlulah mendapatkan kebenaran daripada ibubapa sebelum megikuti mana-mana program untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.
Dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet tentang pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 telah menyentuh soal aktiviti kokurikulum dengan menegaskan rasional, sebab-sebab kegagalan serta kejayaannya melalui pelajar. Pelajar perlu didedahkan kepada kegiatan kokurikulum secara lebih aktif serta guru pula perlu didedahkan kepada kokurikulum apabila menjalani kursus latihan perguruan.Kementerian pelajaran mengeluarkan arahan dengan lebih tegas tentang pelaksanaan kokurikulum di sekolah melalui Surat Pekeliling Ikhtisas 1/1985, bertarikh 2 Januari 1985 telah menegaskan rasional dan objektif pelaksanaan kokurikulum di sekolah serta saranan bidang-bidang kokurikulum yang patut diadakan.
Peraturan yang telah dibuat bukan sahaja kepada pelajar malah kepada pendidik itu sendiri. Dalam konteks ini pendidik telah ditetapkan oleh pihak kementerian berkaitan dengan pengisian Buku Rekod Mengajar. Peraturan ini hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan dengan sepenuhnya. Dalam buku mengajar tersebut haruslah mengandungi salinan jadual waktu persendirian termasuk analisisnya, salinan sukatan pelajaran, salinan kertas soalan peperiksaan dan keputusan peperiksaan bagi tiap-tiap kelas yang diajar oleh guru tersebut. Pada setiap hujung minggu, Buku Rekod Mengajar yang telah diisi untuk minggu berikutnya hendaklah diserahkan kepada guru besar. Buku Rekod Mengajar merupakan hak sekolah dan guru haruslah menyerahkan kepada pejabat sekiranya guru tersebut bercuti panjang atau bertukar ke sekolah lain.
Selain itu jadual, sukatan pelajaran dan jadual waktu atau catatan dalam buku rekod atau salinan-salinannya yang ditulis dalam bahasa lain perlu diterjemahkan dalam bahasa kebangsaaan. Guru besar dan pengetua juga bertanggungjawab untuk mempamerkan jadual waktu bagi suatu penggal persekolahan yang terdapat tanda tangan yang mudah dilihat. Sebagai tambahan peraturan seseorang guru juga haruslah mengajar mengikut sukatan pelajaran yang telah diluluskan dan suatu jadual waktu yang diluluskan. Sekiranya terdapat guru yang mengajar murid berlainan daripada sukatan pelajaran yang diluluskan atau jadual waktu yang diluluskan, adalah menjadi sebuah kesalahan dan boleh didenda kerana melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian.
Guru juga tertakluk kepada peraturan berkaitan dengan kehadiran ketika bertugas. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1981 yang bertarikh 12 September 1981 menyatakan semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kakitangan sekolah dan para pelajar dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya lima minit sebelum sesi persekolahan bermula. Adalah menjadi tanggungjawab para guru untuk mengamalkan ketepatan masa itu sepanjang waktu bertugas di sekolah. Ketepatan masa juga bermakna seseorang guru hendaklah mengikut jadual pengajaran dan tidak dibenarkan meninggalkan kelasnya ataupun kawasan sekolah. Peraturan ketepatan masa dikenakan kepada semua guru, kakitangan sekolah dan juga para pelajar.
Selain daripada kehadiran ketika bertugas pihak kementerian yang berasaskan kepada Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah)1959 di bawah Ordinan Pelajaran 1957 telah memberikan kuasa merotan murid kepada guru. Ini juga terdapat dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/2003. Dalam melaksanakan hukuman rotan, pengetua atau guru besar atau guru-guru yang diberikan kuasa haruslah sentiasa sedar bahawa merotan sebahagian daripada proses pendidikan dan untuk mendisiplinkan, bukan sebagai alat untuk merosakkan fizikal dan mental pelajar. Hukuman rotan di khalayak ramai di perhimpunan atau di bilik yang sedang berlangsung proses pengajaran dan pembelajaran adalah dilarang.
Kita sedari kini semua sekolah telah mempunyai peraturan-peraturan bertulis yang tersendiri berdasarkan kepada Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan dan Akta Pelajaran 1961 serta Akta Pendidikan 1996. Peraturan yang terdapat di sekolah berpandukan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975 yang mengarahkan pengetua dan guru besar meneliti semula dan memperbaharui peraturan-peraturan sekolah mereka. Dalam proses penyediaan peraturan-peraturan sekolah ini pengetua dan juga guru besar hendaklah mematuhi Ordianan Pelajaran yang sudah dikatakan, dan juga Pekeliling-pekeliling ikhtisas yang lain dari Kementerian Pendidikan yang berkaitan.
Selain daripada itu pengetua dan guru besar hendaklah sedar walaupun peraturan dibuat di sekolah namun Perlembagaan Persekutuan boleh membatalkan peraturan yang sekolah sediakan sekiranya ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Sebagai contoh perkara yang berlaku di sebuah sekolah di Serting Negeri Sembilan pada 6 Ogos 1999 berkenaan Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983 tenteng pemakaian pakaian seragam sekolah yang dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Seremban kerana terdapat peraturan di sekolah yang bertentangan dengan apa yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan.
3.3 PERUNDANGAN DALAM PENDIDIKAN
Dalam bidang perundangan pula ia telah dirangka bagi menentukan tahap pendidikan berkualiti bertaraf dunia dan seterusnya dapat memenuhi keperluan dan cabaran pendidikan pada alaf baru. Sama seperti pengurusan disiplin dan peraturan yang dilaksanakan pihak kementerian juga telah mengambil inisiatif untuk membuat beberapa perubahan berterusan dalam pendidikan termasuk mewartakan perundangan pendidikan yang telah dikeluarkan pada tahun 1996 dan 1997.
Seiring dengan perkembangan dunia pendidikan pelbagai cabaran dan rintangan perlu diharungi terutamanya bagi golongan pendidik. Cabaran utama adalah tanggungjawab mereka sendiri sebagai pendidik di samping dengan cabaran dari ibubapa yang kebelakangan ini begitu mudah memgambil tindakan mahkamah terhadap pendidik apabila berlaku sesuatu kes. Warga pendidik sekarang merasakan profesion yang diceburi terdedah kepada pelbagai risiko dan liabiliti.
Antara akta yang telah diwartakan oleh pihak kementerian termasuklah Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996. Akta Pendidikan 1996 merupakan suatu akta untuk mengadakan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Akta ini merangkumi skop pendidikan yang lebih luas berbanding peraturan dan disiplin pendidikan. Ianya meliputi semua kategori sekolah, yang mengamalkan sistem pendidikan kebangsaan.
Tujuan akta ini adalah untuk menjamin kualiti di dalam sistem pendidikan. Akta ini mengawal selia usaha ke arah mempertingkatkan dan meninggikan kualiti pendidikan di peringkat pra sekolah, pendidikan guru, pendidikan khas, pendidikan swasta dan pendidikan teknikal. Di samping itu melalui Akta Pendidikan 1996 ini penekanan dibuat bagi membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai-nilai murni selaras dengan perkembangan dunia yang berdaya saing tinggi bersifat global dan memfokuskan teknologi maklumat. Di bawah akta ini kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga diberi penekanan dan pengajaran bahasa-bahasa asing yang lain juga digalakkan. Akta ini telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 1998.
Akta Pendidikan 1996 merupakan lanjutan dan pembaharuan daripada Akta Pelajaran 1961. Walaupun Akta Pendidikan 1996 merupakan perundangan yang baru ia menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada. Ia berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan selama ini. Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukkan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961.
Falsafah Pendidikan Negara telah dijadikan landasan Akta Pendidikan yang digubal setelah mengambilkira aspirasi semua pihak. Dalam Akta Pendidikan konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat pra sekolah sehingga ke peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi semua kategori sekolah, iaitu sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta.
Kedudukan Bahasa Kebangsaan juga diperkukuhkan dengan memperuntuknya sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Ini diperkuatkan lagi dengan menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan. Ini juga merupakan salah satu usaha yang digunakan oleh pihak kementerian untuk membina negara bangsa melalui pendidikan bagi melahirkan pelajar yang memiliki jati diri yang kukuh, patriotik berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur serta berfikiran dan berbudaya saintifik.
Kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi negara telah termaktub dalam Fasal 152 Perlemabagaan Persekutuan Malaysia dan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 selain termaktub dalam Akta Pendidikan 1996.
”Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang oleh Parlimen:
Dengan syarat bahawa;
a) Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud, lain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain,
b) Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh Hak Kerajaan Negeri bagi memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam Persekutuan.’’
(Perlembagaan Persekutuan)
Akta Pendidikan 1996 juga telah memperuntukan penggunaan sistem kurikulum yang sama dalam semua jenis dan kategori sekolah dan wajib digunakan oleh semua pihak. Kurikulum kebangsaan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) Akta Pendidikan hendaklah menentukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh persekolahan masing-masing dan hendaklah termasuk mata pelajaran teras dan apa-apa mata pelajaran yang lain.
Selain itu murid-murid dari semua jenis dan kategori akan disediakan dengan sistem peperiksaan yang sama. Ini adalah untuk memudahkan pihak kementerian membuat penilaian dan pengukuran yang sama tentang pencapaian pelajar sekolah dalam negara ini. Dalam seksyen 69 Akta Pendidikan 1996 telah dinyatakn bahawa semua pihak yang mengadakan peperiksaan awam mendapatkan kebenaran daripada Pengarah Peperiksaan. Tujuan seksyen ini adalah untuk mengesan peperiksaan yang dijalankan oleh pihak luar dan melindungi calon-calon daripada tertipu dan mendapat sijil atau anugerah yang tidak diiktiraf oleh kerajaan.
Bagi pendidikan rendah pula pihak kementerian telah menubuhkan dan menyelanggarakan dan menubuhkan tadika bagi membolehkan keluarga di luar bandar akan berpeluang untuk mendapat pendidikan sebagai asas permulaan pendidikan rendah. Mutu pendidikan di semua sekolah tadika juga dapat dipertingkatkan kerana tadika akan diwajibkan menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan. Sekolah tadika (prasekolah) boleh menerima kemasukan kanak-kanak daripada 4-6 tahun dan setakat ini sebahagian besar sekolah kebangsaan telah pun mempunyai kelas prasekolah.
Dalam pendidikan rendah wajib iaitu bermula daripada darjah satu, Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam warta boleh menetapkan pendidikan rendah menjadi pendidikan wajib. Tiap-tiap ibu bapa yang merupakan warganegara Malaysia yang tinggal di Malaysia hendaklah memastikan bahawa jika anaknya telah mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa anak itu didaftarkan sebagai murid di sekolah rendah dalam tahun itu dan terus menjadi murid di sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan wajib. Bagi ibu bapa yang melanggar subseksyen (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Selaras dengan penumpuan terhadap usaha membudayakan sains dan teknologi, pendidikan teknik telah dipertingkatkan di sekolah menengah teknik dan politeknik. Akta Pendidikan 1996 telah memudahkan sekolah vokasional ditukar kepada sekolah teknik, manakala politeknik pula boleh mengadakan kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian untuk mengendalikan kursus teknik dan vokasional. Selain itu politeknik juga dibenarkan untuk mengadakan program berkembar bagi kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusi-institusi pendidikan tinggi samaada dalam atau luar negeri.
Dari segi pendidikan untuk guru Akta ini memperuntukan untuk mengadakan program pendidikan guru dari peringkat sijil, diploma, dan ijazah. Bagi pendidikan swasta juga akan dapat berkembag dengan baik dan sistematik dengan adanya peruntukan yang spesifik bagi mengawal taraf pendidikan dan perjalanan institusi-institusi tersebut. Dalam pada itu, institusi pendidikan swasta juga dikehendaki mengadakan pengajaran Bahasa Kebangsaan, Pengajian Malaysia,Pendidikan Islam dan Moral untuk memupuk semangat cintakan negara dan nilai-nilai murni.
Selain daripada itu Akta ini juga memperuntukan tentang kuasa kepada Pendaftar untuk menyiasat (seksyen 136), untuk masuk tanpa waran (seksyen 137) dan memulakan serta menjalankan pendakwaan serta kuasa untuk mengkompaun kesalahan (seksyen138). Dalam ketiga-tiga seksyen ini, Ketua Pendaftar atau pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pendaftar atau seorang pegawai polis yang berpangkat rendah daripada Inspektor mempunyai kuasa dalam perkara ini. Seksyen-seksyen ini akan membolehkan Pendaftar Besar bertindak dengan lebih cepat dan berkesan terhadap pihak-pihak yang melakukan kesalahan untuk kepentingan pengguna.
Selain itu terdapat lima rang undang-undang lain telah dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan Rakyat pada tahun 1995. Rang undang-undang ini termasuklah Rang Undang-undang Pendidikan 1995,Rang Undang-undang Pendidikan Tinggi Swasta 1996, Rang Undang-undang Akta Universiti dan Kolej Universiti-AUKU (pindahan 1995),Rang Undang-undang Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan Rang Undang-undang Lembaga Akreditasi Negara 1996.
Rang Undang-undang Pendidikan 1995 dirangka sama seperti yang terdapat dalam Akta Pendidikan 1996 yang berkaitan dengan penggunaan bahasa kebangsaan,kurikulum kebangsaan setiap sekolah, peperiksaan awam yang hanya dikelolakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, penekanan mata pelajaran Agama Islam, menaik taraf Sekolah Menengah Vokasional ke Sekolah Menengah Teknik, memperluaskan dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan pra sekolah dan mempertingkatkan pendidikan guru di samping menaik taraf sesetengah maktab dan universiti.
Rang Undang-undang Pendidikan Tinggi Swasta 1996 pula bertujuan untuk meluaskan peluang pelajar untuk mendapat pendidikan tinggi di Malaysia dengan membenarkan penubuhan kolej swasta mengikut undang-undang tertulis dalam Akta Pendidikan 1996. Dengan penubuhan universiti dan kolej swasta akan dapat mengurangkan bilangan pelajar yang melanjutkan pelajaran di luar negara dan ini dapat menjimatkan pertukaran wang asing negara Malaysia. Rang undang-undang ini juga membolehkan kementerian pendidikan mengawal selia penubuhan, pengurusan dan perkembangan institusi tersebut.
Dalam Rang Undang-undang Akta Universiti dan Kolej Universiti-AUKU (pindahan 1996) pula bertujuan untuk mengerakkan proses pengkoporatan dan penswastaan institusi pendidikan tinggi di Malaysia serta memantapkan pengurusanya supaya universiti menjadi salah satu pusat kecemerlangan akedemik antarabangsa. Rang undang-undang ini merupakan pindahan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Antara beberapa peruntukan dalam akta ini termasuklah Kaedah-kaedah tatatertib pelajar yang berkaitan dengan tatatertib para pelajar dan dikuatkuasakan di semua IPT.
Bagi Rang Undang-undang Majlis Pendidikan Tinggi Negara pula dirangka untuk menentukan hala tuju dan arah perkembangan institusi pendidikan tinggi di Malaysia. Jawatankuasa bagi Majlis Pendidikan Tinggi telah diperuntukan kuasa untuk merancang, membentuk dan menentukan dasar serta menyelaras perkembangan pendidikan tinggi. Sementara itu Rang undang-undang Lembaga Akreditasi Negara pula bertujuan untuk menaik taraf dan mutu institusi pendidikan tinggi swasta dan awam serta mencapai piawaian minimum setiap kursus yang ditawarkan.
Kelima-lima rang undang-undang ini digubal untuk memantapkan sistem pendidikan Malaysia dengan melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan dan berupaya memberi sumbangan kepada negara sejajar dengan Wawasan 2020. Ia juga bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia. Kesan daripada rang undang-undang institusi pendidikan tinggi swasta telah membawa kepada penubuhan universiti swasta yang banyak. Antara institusi pengajian tinggi awam yang ditubuhkan termasuklah Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan sebagainya sementara bagi swasta pula seperti Universiti Teknologi Petronas, Universiti Kuala Lumpur dan lain-lain.
Kewujudan perundangan dalam bidang pendidikan ini telah memberi banyak impak kepada pembangunan pendidikan negara terutamanya dari segi perpaduan kaum seperti yang terkandung dalam Akta Pelajaran 1961 yang digunakan selepas negara merdeka serta penggunaan Akta Pendidikan 1996 yang telah diselaraskan dengan kehendak dan aspirasi pendidikan masa kini yang ingin menjadikan pendidikan sebagai asas pembangunan negara dari segi material dan juga emosi dan jasmani serta intelektualisme individu.
Dengan adanya akta dan rang undang-undang yang telah dirangka ini, hasrat dan cita-cita negara untuk menjadi sebuah negara maju dan berwawasan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, dapat melahirkan tenaga kerja dan rakyat yang mempunyai daya inovatif dan kreatif, turut menyumbang fikiran dan tenaga dalam mencapai aspirasi seperti mana yang termaktub dalam dalam Wawasan 2020.
4.0 KESIMPULAN
Usaha bagi membentuk generasi masa depan dengan peribadi dan akhlak yang tinggi merupakan salah satu matlamat dalam pencapaian matlamat pendidikan negara. Pembentukan disiplin, peraturan dan perundangan dalam dalam bidang pendidikan ini telah banyak membantu dalam pencapaian matlamat pendidikan negara. Generasi yang terdidik nanti mestilah boleh bertoleransi antara kaum dan agama.
Selain daripada itu pelajar yang dibentuk daripada pembentukan disiplin, peraturan dan juga perundangan ini bolehlah menghormati kebudayaan kaum-kaum lain yang terdapat di Malaysia dan menghargai kebudayaan kebangsaan. Akhlak dan peribadi murni yang dibentuk dalam diri setiap individu terutamanya remaja atau generasi yang akan datang akan menjadi perintis dalam membangunkan negara. Dalam usia yang muda, pelajar atau remaja mudah terpengaruh dengan aktiviti sosial yang kurang berfaedah.
Dengan adanya Falsafah Pendidikan Negara yang menjadi pusat kepada matlamat pendidikan negara, pelaksanaan disiplin, peraturan dan perundangan dalam pendidikan dapat dilaksanakan dengan lancar dan mampu mencapai matlamat bagi melahirkan warganegara yang bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat, dan juga negara serta mampu menjadi insan yang sanggup menghadapi cabaran dan dugaan dalam era teknologi yang semakin pesat selaras dengan Wawasan 2020.
BIBLIOGRAFI
1. Abdul Rahim M.Ali (2001) Ilmu pendidikan DPM: Pendidikan di Malaysia dan psikologi Pendidikan (Edisi Pertama) Kuala Lumpur : Utusan publication & distributors Sdn.Bhd.
2. Abdullah Sani Yahaya (2003) Mengurus Sekolah Bentong Pahang Darul Makmur : Publication & distributor Sdn.Bhd
3. Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2008) Falsafah pendidikan dan kurikulum (Edisi Kedua) Tanjong Malim : Quantum books(1185725-V).
4. Lembaga penyelidikan undang-undang (2008) Perlembangaan Persekutuan Petaling Jaya Selangor : International law books services.
5. Omardin Ashaari (1996) Pengurusan sekolah, Kuala Lumpur : Utusan publication & distributors Sdn.Bhd
6. Sheikh Othman Bin Sheikh Salim (2005) Kamus dewan (Edisi Keempat) Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
7. Mozais (2004) Peraturan sekolah, 12 Februari 2009 17.07pm.
8. Zackram (_______) Pengurusan disiplin sekolah disiplin sekolah
9. Zainul (_______) Bab 5 Membangunkan modal insan 18 Januari 2009 13.33pm
................
................
In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.
To fulfill the demand for quickly locating and searching documents.
It is intelligent file search solution for home and business.
Related download
- kerelevenan falsafah pendidikan kebangsaan
- penerapan kemahiran berfikir aras tinggi kbat
- kementerian pendidikan malaysia
- bab 1 pengenalan pendahuluan um
- pelan pembangunan pendidikan malaysia 2015 2025
- pelan malaysia
- pembuka bicara
- jabatan pendidikan tinggi
- 2 universiti sains malaysia
- portal rasmi ppd kota tinggi
Related searches
- 1 or 2 374 374 1 0 0 0 1 168 1 1 default username and password
- 1 or 3 374 374 1 0 0 0 1 168 1 1 default username and password
- 1 or 2 711 711 1 0 0 0 1 168 1 1 default username and password
- 1 or 3 711 711 1 0 0 0 1 168 1 1 default username and password
- 1 or 2 693 693 1 0 0 0 1 168 1 1 default username and password
- 1 or 3 693 693 1 0 0 0 1 168 1 1 default username and password
- 1 or 2 593 593 1 0 0 0 1 or 2dvchrbu 168 1 1 default username and password
- 1 or 3 593 593 1 0 0 0 1 or 2dvchrbu 168 1 1 default username and password
- 1 or 2 910 910 1 0 0 0 1 168 1 1 default username and password
- 1 or 3 910 910 1 0 0 0 1 168 1 1 default username and password
- 192 1 or 2 33 33 1 0 0 0 1 1 1 default username and password
- 1 or 2 364 364 1 0 0 0 1 168 1 1 admin username and password