PELAN MALAYSIA
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2015-2025
(PENDIDIKAN TINGGI)
Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Prime Minister of Malaysia
Pendidikan amat penting untuk pembangunan pesat negara kita yang tercinta. Pendidikan telah melengkapkan rakyat dengan pengetahuan, kemahiran, dan kecekapan yang memacu pertumbuhan dan membawa kemakmuran kepada negara. Namun begitu, untuk mencapai matlamat sebagai negara maju menjelang tahun 2020, kita harus meningkatkan akses dan kualiti pendidikan tinggi di Malaysia.
Prakata
Negara telah mencatat kemajuan yang ketara dalam pendidikan tinggi, terutamanya sejak Kerajaan membuat keputusan untuk mewujudkan kementerian yang berlainan untuk pendidikan tinggi pada tahun 2004, iaitu Kementerian Pengajian Tinggi. Enrolmen dalam pendidikan tinggi telah meningkat sebanyak 70% kepada 1.2 juta pelajar dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Kadar pertumbuhan bagi output penyelidikan dan kualiti adalah antara yang tertinggi di dunia, dan insititusi pendidikan tinggi di Malaysia telah mencapai ranking yang kukuh dalam kalangan rakan negara di Asia. Malaysia kini merupakan antara destinasi pilihan utama untuk pelajar antarabangsa.
Pelaburan terhadap pembangunan generasi muda negara amatlah mustahak. Malaysia mesti membuat penyesuaian, termasuklah mentransformasikan sistem pendidikan tinggi, agar dapat berkembang maju dalam persekitaran ekonomi global yang semakin mencabar. Peluang pekerjaan yang tersedia pada masa hadapan akan memerlukan penekanan yang lebih tinggi pada bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) dan kemahiran berbahasa Inggeris untuk menyokong pekerjaan berpendapatan tinggi dan meningkatkan daya saing.
Pengkomersilan idea dan kerjasama penyelidikan dengan industri merupakan satu kemestian untuk memacu inovasi. Di samping itu, adalah penting untuk mewujudkan model pendanaan yang mampan dengan
output yang jelas, insentif dan sokongan kepada mereka yang amat memerlukannya.
Atas sebab itulah Kerajaan membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi), yang akan mentransformasikan sistem pendidikan tinggi Malaysia untuk menghadapi cabaran baharu ini. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, pucuk pimpinan institusi pendidikan tinggi, dan semua pihak yang telah menyumbang kepada pembangunan pelan ini. Ia merupakan pelan yang jelas, komprehensif, dan beraspirasi tinggi untuk dijadikan panduan dalam perjalanan Malaysia menuju tahun 2025 dan seterusnya.
Kerajaan tidak dapat melaksanakan transformasi sektor pendidikan tinggi tanpa sokongan pelbagai pihak. Justeru, sektor swasta digalakkan untuk mengambil peranan dalam pengajaran dan pembelajaran, menyumbang kepada pembentukan kurikulum yang berkait rapat dengan kemahiran kerja yang diperlukan, dan untuk sama-sama membiayai penyelidikan. Kerajaan akan mewujudkan rangka kerja untuk memudahkan sektor swasta memberikan sumbangan dan menyokong proses melalui model kewangan yang mampan, serta memberikan autonomi, akauntabiliti, dan bimbingan untuk menyerlahkan potensi yang amat besar, yang ada dalam diri pelajar dan institusi pendidikan tinggi di negara kita.
................
................
In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.
To fulfill the demand for quickly locating and searching documents.
It is intelligent file search solution for home and business.
Related download
- kerelevenan falsafah pendidikan kebangsaan
- penerapan kemahiran berfikir aras tinggi kbat
- kementerian pendidikan malaysia
- bab 1 pengenalan pendahuluan um
- pelan pembangunan pendidikan malaysia 2015 2025
- pelan malaysia
- pembuka bicara
- jabatan pendidikan tinggi
- 2 universiti sains malaysia
- portal rasmi ppd kota tinggi
Related searches
- malaysia mean year of schooling
- malaysia ministry of health
- scb malaysia online banking
- moe malaysia ministry of education
- ministry of education malaysia website
- ministry of finance malaysia website
- kementerian kewangan malaysia mof
- malaysia treasury department
- kementerian kewangan malaysia eperolehan
- malaysia govt
- malaysia foreign affairs
- malaysia government site