Hasnan Y* Azman H*, Kamaruddin M*,Che Aziz H*, Alwani M ...

Hasnan Y* , Azman H*, Kamaruddin M*,Che Aziz H*, Alwani M*, Noran H*(Dr.), Norazmi A*(Dr.) Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu, 15500 Kota Bharu, Kelantan

Wabak demam denggi telah berlaku di Bandar Baru Kubang Kerian, Mukim Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan pada 15 Ogos, 2011 sehingga 5 September, 2011 melibatkan 6 kes.

Objektif kajian deskriptif ini adalah menerangkan ciri-ciri demografi dan klinikal pesakit, mengenalpasti punca dan faktor-faktor penyumbang kepada kejadian wabak serta langkah-langkah kawalan.

Definisi kes adalah demam disamping dua tanda sampingan seperti sakit kepala, sakit otot, sakit sendi, ruam, loya atau muntah samada disyaki atau disahkan serologi.

Kajian mendapati kaum lelaki didapati berisiko 2 kali ganda berbanding kaum perempuan. Empat (4) kes berbangsa Melayu (67%) manakala dua (2) kes berbangsa cina (33%). Kes yang paling muda lelaki berumur 13 tahun dan paling tua berumur 51 tahun dengan 50% kes adalah dari kumpulan umur 21 ? 30 tahun. Semua kes didiagnosis sebagai demam denggi, 5(83%) kes didapati positif serologi manakala 1(17%) kes negatif serologi. Tanda klinikal dialami adalah demam 6(100%), sakit badan 6(100%), sakit sendi 2(33%), sakit kepala 2(33%), muntah 2(33%), ruam 2(33%) dan loya 1(17%). 4(67%) kes dikesan melalui PCD manakala 2(33%) kes lagi dikesan melalui pengesanan secara aktif (ACD).

Aktiviti kawalan wabak yang dijalankan adalah pemeriksaan premis aedes (PPA), semburan kabus dan ULV, gotong royong serta pendidikan kesihatan.

Kesimpulannya, kejadian wabak berpunca daripada pendedahan kes indeks kepada persekitaran luar yang sensitif, kehadiran nyamuk aedes berdasarkan Indeks Aedes dan Indeks Breateau yang tinggi (AI>1%, BI>2.5) menjadi faktor perebakan virus denggi di lokaliti. Kelewatan aktiviti kawalan disebabkan kegagalan pengesanan kes di peringkat awal, aktiviti kawalan yang tidak efektif disebabkan kewujudan premis yang tiada penghuni dan sikap tidak peduli masyarakat terhadap kebersihan persekitaran menjadi faktor penyumbang kepada kejadian episod wabak ini.

DAERAH KOTA BHARU Keluasan 409 kilometer persegi Penduduk 496,600 orang

Melayu (95%), Cina (3.8%), India (0.3%) dan kaum-kaum lain (0.9%)

Median kadar insiden kes DD/DDB bagi tempoh 5 tahun (2005 ? 2009) : 208.42 per 100,000 penduduk ? Kota Bharu 112.99 per 100,000 penduduk ? Kelantan

Penyakit Demam Denggi disebabkan oleh virus denggi yang disebarkan melalui gigitan nyamuk aedes.

Berlaku sepanjang tahun dengan kemuncak pada pertengahan tahun. Menjangkiti semua peringkat umur, jantina dan bangsa terutama sekali di kawasan bandar.

Bilangan premis 1,328 (400m radius), penduduk 3,164 orang

Kejadian Kes DMeemlayaum(8D0e%n),gCginiaD(i1B8%a)n, dlaainr-Blaainru(2,%K)ubang Kerian

Tahun 2000 - 2010

Wabak Kg.Demit

80

1 Mac,2010

72

4 kes

70

60

Wabak Kg.Demit

2 Apr,2010

50

4 kes

Bilangan Kes

40

30

Wabak Kg.Huda Jan,2010

2 kes

20

10 1

4

6

7

3

6

7

6

7

1

2

0

2000

2001

2002

W2a0b0a3k Cbg 4 P2a0s0ir4Hor Apr - Mei,2010 9 kes

2005

2006

Tahun

2007

2008

2009

2010

2011

Sejarah Wabak

Bandar Baru Kubang Kerian

2007, Feb - Ogos, (72 kes) ?

kewujudan rumah kosong

dikenalpasti sebagai faktor

penyumbang kejadian wabak

yang besar dan tidak terkawal

15 Ogos, 2011 : 3 notifikasi serentak ,dua (2) dari Hospital Pakar Perdana dan satu (1) kes dari Hospital Universiti Sains Kubang Kerian. Bilik Gerakan diaktifkan untuk penyiasatan dan aktiviti kawalan.

16 Ogos, 2011 : Wabak telah dikenalpasti dan diistihar

18 Ogos, 2011 : Notifikasi KB1217 dari Hospital Universiti Sains Kubang Kerian.

21 Ogos, 2011 : Notifikasi KB1235 dari Hospital Pakar Perdana.

22 Ogos, 2011 : Notifikasi KB1245 dari Hospital Pakar Perdana.

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download