JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA



JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

|KENYATAAN TAWARAN TENDER |

KEMENTERIAN KEWANGAN

1. Pelawaan ini adalah terbuka kepada firma perunding tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang yang berkenaan bagi menyertai tender berikut:-

PERKHIDMATAN PERUNDING PROJEK SISTEM PERAKAUNAN AKRUAN KERAJAAN NEGERI (1SPEKS)

| |Kod Bidang |Tempoh Dan Tempat Penjualan Dokumen |Harga Dokumen |Taklimat |Tarikh Dan Masa Tender Ditutup |

|No. Tender|Pendaftaran |Pelawaan |Pelawaan | | |

2. Firma yang berminat untuk menghadiri taklimat perlu diwakili oleh dua (2) orang sahaja. Tawaran Firma Yang Gagal Menghadiri Taklimat ini Tidak Akan Dipertimbangkan.

3. Firma hendaklah menunjukkan Sijil Asal Pendaftaran Dengan Kementerian Kewangan dalam bidang seperti di atas yang masih sah dan menyerahkan satu salinan sijil berkenaan untuk simpanan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) sebelum dibenarkan untuk membeli Dokumen Pelawaan.

4. Bayaran Dokumen Pelawaan boleh dibuat secara TUNAI atau WANG POS sahaja. Wang ini tidak akan dikembalikan. Satu (1) Firma hanya dibenarkan membeli satu (1) Dokumen Pelawaan dan mengemukakan satu (1) tawaran tender sahaja.

5. Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan secara manual dengan memasukkan ke dalam sampul surat berasingan yang berlakri dan ditandakan ”Cadangan Teknikal” dan ”Cadangan Kos” di sebelah kiri atas sampul surat berkenaan. Dokumen tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender sebelum atau pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan ke alamat seperti berikut:

Akauntan Negara Malaysia

Jabatan Akauntan Negara Malaysia,

Bahagian Pembangunan Perakaunan Dan Pengurusan,

Unit Kewangan, Aras 7,

Kompleks Kementerian Kewangan,

No. 1 Persiaran Perdana, Presint 2,

62594 Putrajaya

6. Firma adalah tertakluk kepada syarat dan terma yang ditetapkan. Firma yang menyertai tender tetapi didapati tidak mematuhi semua syarat dan terma yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Pihak JANM juga tidak terikat untuk menerima tawaran tender yang terendah atau sebarang tender.

7. Semua kos berkaitan dengan Tawaran Tender di atas adalah menjadi tanggungjawab firma.

8. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Jabatan ini ditalian 03-8882 1072 / 1498.

9. Iklan ini juga boleh diakses melalui laman web .my

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download