KAJIAN KEBERKESANAN PUSAT SUMBER KERJAYA



KAJIAN KEBERKESANAN PUSAT SUMBER KERJAYA @

“CAREER RESOURCE CENTRE” SMK TUN HABAB

oleh

Ibrahim bin Ya’akub.

Perkhidmatan Kerjaya dan Pusat Sumber Kerjaya @

Career Servis and Career Resource Centre (CSRC)

SMK Tun Habab, Kota Tinggi,

Johor Darul Takzim

| |

|Abstrak |

| |

|Kajian tinjauan ini bertujuan untuk menentukan status keberkesanan Pusat Sumber Kerjaya (PSK) atau “Career Resource Centre” (CRC) |

|yang telah diwujudkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab. Borang Maklum Balas Kepuasan Pelanggan yang dibina sendiri oleh |

|penyelidik digunakan untuk melihat tahap kepuasan pelanggan. Selain itu dokumen seperti ulasan pelawat dan testimoni juga digunakan|

|sebagai sumber maklumat maklum balas pelanggan. Sampel kajian seramai 49 orang terdiri dari mereka yang telah mendapat kemudahan |

|dari perkhidmatan Pusat Sumber Kerjaya sama ada pelajar sekolah sendiri selain pelawat dari luar daerah dan negeri Johor. Dapatan |

|kajian mendapati lebih 80% pelajar atau klien yang telah mendapatkan perkhidmatan dari Pusat Sumber Kerjaya bersetuju Pusat Sumber |

|Kerjaya ini telah berjaya memberikan perkhidmatan yang berkualiti. |

1. Latarbelakang

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya merupakan suatu usaha pelengkap kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sedia ada pada keseluruhannya. Untuk melaksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya yang efisyen, sepatutnya dimulakan dengan membina atau menubuhkan Pusat Perkhidmatan Kerjaya (Mizan Adiliah,1992), Perpustakaan Kerjaya ( Othman,2005); atau Bilik Kaunseling (Sidek,2002).

Dalam konteks perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya di SMK Tun

Habab, telah diwujudkan sebuah Pusat Sumber Kerjaya atau “PSK” atau Career Resource centre” atau singkatannya “CRC” bagi memenuhi keperluan pelajar.

2. Kandungan

2.1 Pusat Sumber Kerjaya @ Career Resource Centre

2.1.1 Rasional

Penubuhan “CRC” bertujuan membantu pelajar yang memerlukan

maklumat tentang kerjaya. Menurut Othman (2005) mengadakan Pusat Sumber Kerjaya ada kelebihannya. Pertama, maklumat yang terkumpul dengan teratur dan sistematik di suatu tempat khas akan dapat membantu pelajar mendapatkan jawapan tentang persoalan yang berkaitan dengan perkembangan kerjaya . Kedua, pelajar juga boleh mendapatkan penjelasan yang lebih teratur dan sempurna dengan bantuan serta bimbingan dari seorang guru bimbingan dan kaunseling. Ketiga, klien yang datang mengunjungi “CRC” akan dapat membaca, menyedari peluang latihan pekerjaan yang terbuka untuk mereka dan boleh berbincang bersama secara lebih mendalam dengan guru bimbingan dan kaunseling tentang hal-hal kerjaya dan perkembangan kendiri.

2.1.2 Matlamat

Kemudahan sebuah Pusat Sumber Kerjaya diadakan bagi menyokong

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya yang efisyen serta sistematik

dimana “CRC” berkenaan mengandungi data-data yang tepat, maklumat semasa,

serta bercorak aneka bahan rujukan yang sesuai dengan keperluan pelajar dan

watak organisasi sekolah.

2.1.3 Objektif

2.1.3.1 Membantu individu yang memerlukan maklumat tentang kerjaya

mendapat jawapan tentang soalan yang berkaitan dengan perkembangan kerjaya.

2.1.3.2 Menyediakan tempat yang sesuai dan kondusif di mana segala maklumat terkumpul dengan teratur di satu tempat khas.

2.1.3.3 Individu mendapat penjelasan yang lebih teratur dan sempurna dengan bantuan serta bimbingan seorang guru bimbingan dan kaunseling.

2.1.4 Lokasi

“CRC” yang ditubuhkan berada dilokasi bekas “Bilik Rawatan Pergigian”

sedia ada. Justifikasinya ialah; Ia berada bersebelahan Unit Bimbingan dan Kaunseling; Berada di laluan pengguna pada masa lapang; Manakala lokasinya berhampiran dengan Pusat Sumber Sekolah (PSS) yang dapat memberi kemudahan kepada pengguna yang ingin belajar atau membuat rujukan di PSS dan seterusnya berpeluang melangkah ke “CRC”.

2.1.5 Suasana

“CRC” hendaklah dibangunkan dengan menampilkan beberapa ciri yang

memiliki keistimewaan seperti dari segi konsep bilik/pejabat yang terbuka, tenang,kondusif , pemilihan serta kedudukan perabot yang moden dan milinium; disamping mengelakkan daripada suasana bilik darjah.

CRC sebegini diyakini akan berjaya memupuk kesedaran serta tanggapan

atau persepsi baru bahawa bagi mendapatkan kaunseling kerjaya adalah berlainan daripada mempelajari subjek/mata pelajaran di kelas atau di bilik darjah.

2.1.6 Sasaran

Perkhidmatan yang disediakan di “CRC” disasarkan kepada pelajar, guru,

staf sokongan, ibubapa/penjaga dan komuniti / masyarakat

3. Tujuan Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk;

i. menentukan status keberkesanan Pusat Sumber Kerjaya (PSK) atau “Career Resource Centre” (CRC) yang telah diwujudkan di Sekolah Menengah Tun Habab, Kota Tinggi Johor

4. Metodologi

4.1 Sampel kajian

Seramai 49 orang pelajar atau klien yang telah mendapatkan perkhidmatan dari Pusat Sumber Kerjaya.

4.2 Alat Kajian

Bagi tujuan kajian, satu borang maklum balas pelanggan yang mengandungi 6 soalan telah disediakan oleh penyelidik digunakan untuk mengukur tahap kualiti perkhidmatan.

4.3 Analisis Data

Data yang diperolehi telah dianalisis berdasarkan kekerapan dan peratusan.

5. Keputusan Kajian dan Perbincangan

Keputusan kajian yang dibincangkan ini diperoleh dengan mengemukakan analisis empirikal yang telah dikumpulkan berdasarkan statistik deskriptif. Perbincangan dan penganalisan data menunjukkan peratus pelajar mengikut item.

1. Maklum balas pelajar

Jadual 1 menunjukkan secara keseluruhan lebih 80% pelajar bersetuju Pusat Sumber Kerjaya telah berjaya memberikan perkhidmatan yang berkualiti.81.6% pelajar bersetuju Guru Bimbingan dan Kaunseling sentiasa membantu pelajar/klien. 67.3% pelajar sangat bersetuju Guru Bimbingan dan Kaunseling bersopan dan menunjukkan komitmen yang tinggi semasa melayan pelajar/klien manakala 30.6% pula bersetuju. Bagi item Guru Bimbingan dan Kaunseling berpengetahuan dalam menjawab pertanyaan pelajar/klien, 71.4% sangat bersetuju dan 29.2% bersetuju.Sementara itu 59.2% pelajar/klien sangat bersetuju perkhidmatan yang diberikan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling adalah seperti yang pelajar/klien harapkan manakala 24.5% bersetuju. Sementara itu 42.8% pelajar/klien sangat bersetuju kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sumber Kerjaya adalah mencukupi manakala 44.9% bersetuju. 61.2% pelajar/klien berpendapat telah mendapat banyak manfaat dari Pusat Sumber Kerjaya manakala 30.6%pelajar bersetuju mereka telah mendapat banyak manfaat dari Pusat Sumber Kerjaya. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh Pusat Sumber Kejaya ini amat memuaskan.

Jadual 1

Kualiti Perkhidmatan

( n = 49)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Item Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti

Skor % Skor % Skor %

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling 40 81.6 9 18.4 0 0.0

sentiasa bersedia membantu anda

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling 33 67.3 15 30.6 1 2.0

bersopan dan menunjukkan

komitmen yang tinggi semasa

melayan anda

3.Guru Bimbingan dan Kaunseling 35 71.4 14 28.6 0 0.0

berpengetahuan dalam menjawab

pertanyaan anda

4.Perkhidmatan yang diberikan oleh 29 60.4 12 25 7 14.6

Guru Bimbingan dan Kaunseling

adalah seperti yang anda harapkan

5. Kemudahan dan perkhidmatan 21 42.8 22 44.9 6 12.2

yang disediakan di Pusat

Sumber Kerjaya@Career

Resource Centre” adalah

mencukupi

6. Anda mendapat banyak 30 61.2 15 30.6 4 8.2

manfaat dari Pusat Sumber

Kerjaya@”Career Resource

Centre”

5.2 Komen dan Maklumbalas Pelawat

5.2.1 Maklumbalas guru dan pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Johor.

Beberapa orang guru yang mengunjungi Pusat Sumber Kerjaya turut menulis komen dalam Buku Daftar Pelawat. Antara komen atau catatan ialah;

“…Tahniah! Usaha yang amat baik. Idea yang wajar dikembangkan di sekolah-sekolah lain...”

Hj.Zolkepli b Alib, Pen. Kanan HEM,

SMK Bandar Kota Tinggi

“…Konsep/idea yang baik. Semoga berupaya memberi info yang boleh

diakses oleh semua pihak yang memerlukan!…”

Pn.Zakiah bt Arshad,

Guru B&K, SMK Laksamana

“…Suatu usaha yang baik ke arah mempertingkatkan bidang kaunseling

dan kerjaya…”

Cik Azwani bt Mat Nor,

SMK Kota Tinggi

“...Satu usaha murni yang perlu diteruskan...”

Encik Halim b Sulung,

PPD Kota Tinggi

“…Satu usaha yang perlu dicontohi bagi semua sekolah. Permulaan yang

sangat baik.Tahniah!…”

En.Zayadi b Hassan,

Pen.PPD Menengah, PPD Kota Tinggi

“…Perlu disebarkan kepada semua guru di daerah dan negeri Johor...”

En.Abdul Aziz b Redwan,

Ketua Sektor SPK, JPNJ

5.2.2 Maklumbalas pihak lain

Selain daripada komen dari guru, beberapa orang pelawat lain telah

memberikan pandangan mereka tentang “CRC” ini.

“…Memuaskan di peringkat sekolah. ...”.

Y.B Datuk Dr. Adham bin Baba ADUN Pasir Raja

“...Very refreshing idea. We will be very wiling to support. Looking

forward to it. Keep up the good job. All the best...”

Leanne Yeng,Taylor University College

“...Satu usaha murni yang baik dan perlu diberi bantuan dan sokongan semua pihak.Tahniah!

En.Anuar b. Ahmad, Pelajar UPM

“...Tahniah!Satu kejayaan yang boleh dibanggakan.Teruskan usaha anda

moga terus berjaya...”

Ustaz Ali Akhbar b. Md.Zain,

Bahagian Pelajaran ,Pejabat Agama Johor

“...Tahniah! Atas terbinanya tempat ini. Teruskan usaha ini...”

Cik Mazlinda Erin Bt Mustafa,

Kumpulan Pendidikan YPJ

6. Kejayaan atau Sumbangan

6.1 Kaunseling Penempatan Kepada Calon SPM dan STPM 2007 dan 2008

Dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan SPM dan STPM diumumkan,guru kaunseling telah dapat membantu penempatan pelajar lepasan SPM dan STPM bagi program kemasukan ke Matrikulasi dan IPT sama ada ke IPTA dan IPTS. Melalui “CRC” juga, guru kaunseling dapat menyediakan perkhidmatan penempatan bagi pelajar yang berminat untuk menceburi bidang keguruan bermula dari menduduki ujian MEdSI bagi calon Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan bagi lepasan SPM dan M-Test bagi lepasan STPM. “CRC” juga telah berjaya membantu pelajar sehingga berjaya mendapat peluang Program Ijazah ke Luar Negara ( PILN) tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“CRC” juga memberikan khidmat penempatan kepada pemegang Ijazah Sarjana Muda yang berminat menceburi kerjaya keguruan selain membantu mereka bagi persediaan menghadiri temu duga.

7.0 Penutup dan Cadangan

Berdasarkan dapatan kajian adalah dicadangkan;

7.1 Untuk memperkasa Unit Bimbingan dan Kaunseling dari aspek perkhidmatan yang ditawarkan kepada warga sekolah, maka penubuhan sebuah Pusar Sumber Kerjaya menjadi suatu keperluan kerana ia akan menjadi “katalis” atau pemangkin kepada penawaran Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya yang lebih sistematik, komprehensif dan efisyen.

7.2 Pusat Sumber Kerjaya hendaklah mendapat sokongan moral dan kewangan dari semua pihak sama ada pihak pengurusan sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

7.3 Sekiranya setiap sekolah tidak mampu mengadakan sebuah Pusat Sumber Kerjaya di sekolah masing-masing, adalah dicadangkan di adakan sebuah Pusat Sumber Kerjaya di setiap daerah.

7.4 Pusat Sumber Kerjaya juga memerlukan seorang personel yang berminat selain mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam memberikan bimbingan dan kaunseling kerjaya.

Justeru, berdasarkan kepada data yang diperoleh daripada kajian ini dapatlah dibuat kesimpulan bahawa pelajar atau klien yang pernah mendapatkan perkhidmatan dari Pusat Sumber Kerjaya berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan yang diberikan.

Rujukan

1. Career Resource Centre.Lake Forest,

2. Career Resource Centre.

3. Career Resource Centre.

4. Career Resource Centre.

4/pages/career education/sec/resource

5. Career Resource Centre. ces/ces-resourcecentre.shtml

6. Career Resource Centre.

7. Ibrahim Ya’akub(2002). Pendidikan Kerjaya Menjana Perancangan Sumber Tenaga

Manusia Bagi Merealisasikan Wawasan Negara.Kerta Kerja Di bentangkan Di

Seminar Isu-Isu Pendidikan Di UTM Pada 8 Oktober 2002.

8. Ibrahim Ya’akub(2008). Kertas Konsep – Pusat Sumber Kerjaya.

9. Ibrahim Ya’akub (2008).Keperluan Perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling Di

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab, KotaTinggi – Suatu Tinjauan.

10.Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim.1992. Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan

Kaunseling di Sekolah. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.

11.Othman Mohamed(2005).Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan Dalam Kaunseling.

Serdang:Penerbit Universiti Putra Malaysia.

12.Sidek Mohd Noah(2002).Perkembangan Kerjaya: Teori dan Praktis.Serdang: Penerbit

Universiti Putra Malaysia.

13. tunhabab.edu.my

14.Zunker, Vernon G(1988). Career Counseling: Applied Concept Of Life Planning.

Brooks/Cole Publishing Company.

Lampiran

Testimoni;

Mohammad Tajuddin Nur bin Othman,

Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Sesi 2009/2010

Saya adalah pelajar SMK Tun Habab dan telah mendapat tawaran dalam jurusan Diploma Seni Lukis dan Seni Reka di Universiti Teknologi Mara, Cawangan Perak.Sebelum saya mendapat tawaran pengajian ini, saya pernah mendapat bimbingan daripada En. Ibrahim bin Ya’akub untuk laluan ke IPTA.

Bersama beliau saya telah melakukan pemilihan kerjaya untuk memilih jurusan bidang pengajian yang tepat untuk pemohonan berdasarkan keputusan SPM saya sebelum ini. Keputusan SPM saya tidaklah sebaik rakan-rakan yang lain namun saya telah di panggil oleh pihak UiTM untuk menduduki temuduga. Sehubungan itu saya telah sekali lagi berurusan dengan beliau untuk membuat persediaan diri sebelum ditemuduga . Melalui perbincangan dengan beliau, saya telah mendapat panduan seperti cara-cara menjawab temuduga, dan berpakaian.

Bagi menambah keyakinan saya, Cikgu. Ibrahim juga telah membawa saya berjumpa dengan seorang bekas pelajar SMK Tun Habab yang pernah melalui temuduga yang sama iaitu Diploma Seni Lukis dan Seni Reka UiTM. Berdasarkan perbincanagn dan perkongsian pengalaman, saya mendapat lebih maklumat dan merasa lebih yakin untuk menduduki temuduga yang bakal saya hadiri.

Di sini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Ibrahim bin Ya’akub kerana membantu saya mendapatkan maklumat mengenai IPTA, IPTS, Politeknik, IPG dan institusi latihan pasca SPM dan peluang melanjutkan ke Universiti Teknologi Mara di dalam bidang yang saya gemari.

Kepada rakan pelajar, Pusat Sumber Kerjaya juga menawarkan khidmatan kaunseling terbuka kepada semua individu dan pelajar selain dari SMK Tun Habab dan diharapkan semua pihak boleh berkerjasama menyebarkan maklumat mengenai perkhidmatan Pusat Sumber Kerjaya ini untuk manfaat bersama.

Mohammad Tajuddin Nur bin Othman,

UiTM

Testimoni: Siti Nurdhuha Binti Anuar, SM Sains Muar

Program Ijazah Luar Negara (PILN) dalam bidang Perubatan

di bawah biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA )

Sesi 2009

Saya merupakan antara calon yang berjaya mendapat biasiswa Persekutuan JPA dalam bidang perubatan luar negara. Sebelum saya menghadiri temuduga JPA, saya telah mempersiapkan diri dengan membuat kajian tentang profesyen kedoktoran di Pusat Sumber kerjaya dengan bantuan En. Ibrahim Bin Ya’akub.

Walaupun saya hanya meluangkan masa selama lebih kurang 3 jam bersama En. Ibrahim, saya mendapat banyak fakta dan pengetahuan tentang kerjaya sebagai seorang doktor. Selain itu, En. Ibrahim juga mengajar saya cara berkomunikasi yang betul semasa akan ditemuduga. Walaupun saya adalah bekas pelajar SMK Tun Habab, Pusat Sumber Kerjaya ini tetap terbuka untuk saya dan semua calon SPM 2008 dari sekolah yang lain mendapatkan perkhidmatan.

Walaupun ruang Pusat Sumber Kerjaya ini agak kecil, sempit dan sedikit panas, namun suatu kelebihannya ialah perkhidmatannya dan ianya sarat dengan bahan rujukan hampir semua IPTA dan IPTS di dalam negara. Selain memberi perkhidmatan tentang temuduga, pusat ini turut menawarkan perkhidmatan kaunseling dan memilih jurusan yang bersesuaian dengan keputusan SPM. Akhir sekali, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada En.Ibrahim kerana memberikan saya banyak fakta tentang profesyen kedoktoran, lantas berjaya di dalam temuduga tersebut.

Siti Nurdhuha Binti Anuar

TESTIMONI

Saya merupakan pelajar tahun satu sesi 2008/2009 Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya telah mendapatkan perkhidmatan kaunseling kerjaya di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab di bawah bimbingan Encik Ibrahim bin Ya’akub. Sejak di bangku persekolahan lagi, saya sering mengunjungi Pusat Sumber Kerjaya sekolah setiap kali keputusan ujian bulanan dan peperiksaan penggal diumumkan.

Tujuan saya ke Pusat Bimbingan Dan Kaunseling adalah untuk menyediakan dan mengemas kini senarai semak universiti serta program pengajian yang layak saya ikuti berdasarkan keputusan peperiksaan saya. Saya juga turut mendapatkan khidmat kaunseling kerjaya setelah keputusan peperiksaan STPM diumumkan. Dan ternyata usaha saya ini berhasil apabila saya berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam program Kebudayaan dan Kesenian Melayu melalui pilihan saya yang keempat. Justeru itu, besar harapan saya agar para pelajar yang akan mengambil peperiksaan SPM atau STPM supaya mengikuti khidmat kaunseling kerjaya ini. Melalui perkhidamatan ini, kaunselor akan membantu pelajar memahami minat dan mengenalpasti kebolehan serta potensi sebenar para pelajar.

Saya juga berharap agar pihak yang berkenaan tampil bagi bersama-sama berganding bahu bagi menaik taraf dengan menyediakan lebih banyak kemudahan untuk kelancaran perkhidmatan kaunseling kerjaya ini. Sekian terima kasih.

Yusliana Bte Md Yunos

SMK Tun Habab (STPM 2007)

TESTIMONI

Saya merupakan penuntut tahun 1 semester 1 Universiti Kebangsaan Malaysia sesi 2008/2009. Saya ialah bekas pelajar SMK Tun Habab yang telah mengambil peperiksaan STPM pada tahun 2007.

Semasa saya berada di sekolah ini saya telah diberi pendedahan tentang kerjaya masa depan dengan dibantu oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKTH. Setiap kali selesai menduduki ujian ataupun peperiksaan, kami digalakkan berjumpa dengan guru kaunseling bagi tahap kemampuan kami untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang seterusnya. Dari situlah kami telah berusaha untuk mendapatkan keputusan yang baik bagi melayakkan kami untuk ke IPTA.

Selepas mendapat keputusan STPM, saya tidak tahu untuk memilih kursus yang bersesuaian dengan keputusan yang saya perolehi. Oleh itu, saya telah mendapatkan perkhidmatan kaunseling di SMKTH melalui En. Ibrahim bin Ya’akub. Beliau telah membantu saya memilih kursus yang sesuai dengan keputusan yang telah saya perolehi.

Saya sangat menggalakkan agar pelajar-palajar khususnya yang menduduki peperiksaan besar seperti SPM dan STPM untuk sering berjumpa dengan guru kaunseling bagi mendapatkan maklumat tentang hala tuju masa hadapan anda. Saya telah mendapatkan perkhidmatan ini dan buktinya saya telah berjaya menempatkan diri ke UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia).

Saya berharap agar usaha untuk membantu pelajar bagi memilih hala tuju kerjaya ini dapat diteruskan kerana ini dapat memberi pelbagai manfaat kepada semua pelajar. Sekian Terima Kasih.

Nor Azlina Bt Nordin

Pelajar STPM 07

TESTIMONI

Saya merupakan penuntut tahun 1 semester 1 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sesi 2008/2009 dengan mengambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu. Saya merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab (SMKTH) yang telah mengambil peperiksaan STPM pada tahun 2007.

Kaunselor Pusat Sumber Kerjaya dan Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah membantu saya tentang pendedahan kerjaya semasa saya menuntut di SMKTH. Pendedah awal tentang perjalanan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi yang dibimbing oleh para kaunselur telah membantu saya bagi mencapai hasrat saya untuk menyambung pelajaran saya dalam kursus pendidikan dan seterusnya ingin menjadi seorang pendidik pada masa akan datang. Oleh itu saya dapat merancang pelajaran saya semasa SPTM dengan lebih berkesan bagi memenuhi impian saya selama ini.

Selepas mendapat keputusan STPM, saya sekali lagi merujuk kepada kaunselor Pusat Sumber Kerjaya iaitu En. Ibrahim Ya`akub untuk memilih kursus yang bersesuaian di peringkat pengajian tinggi dengan keputusan yang saya perolehi. Keputusan STPM saya melayakkan saya untuk memohon kursus pendidikan di UPSI. Rujukkan yang dilakukan adalah bertujuan untuk memastikan pilihan kursus yang dipilih adalah berkelayakan dengan keputusan yang saya perolehi. Oleh itu, peratusan untuk permohonan saya ditolak adalah sangat rendah. Kewujudan Pusat Sumber Kerjaya SMKTH perlu dimanfaat oleh para pelajar terutama pelajar yang akan menduduki peperiksaan seperti SPM dan STPM bagi mendapatkan maklumat tentang hala tuju masa hadapan anda.

Idea bagi mewujudkan Pusat Sumber Kerjaya di SMKTH merupakan idae yang sangat baik bagi membantu para pelajar merencana hala tuju mereka. Semoga idea ini dapat dikembangkan lagi dan peranannya dapat diluaskan kepada semua pelajar SMKTH. Saya berharap agar semua pelajar kelahiran SMKTH pada masa akan datang tidak akan ketinggalan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi. Sekian Terima Kasih.

Mohd Hafiz Bin Md Nor

Pelajar STPM 07 / UPSI

TESTIMONI

Saya merupakan penuntut tahun 1 semester 1 Universiti Pendidikan Sultan Idris sesi 2008/2009. Saya ialah bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab yang telah mengambil peperiksaan STPM pada tahun 2007. Semasa saya berada di sekolah ini saya telah diberi pendedahan tentang kerjaya masa depan dengan dibantu oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKTH.

Pusat Sumber Kerjaya hasil buah tangan dan usaha gigih Encik Ibrahim bin Ya’akub ternyata berjaya membuahkan hasil.Bagi saya Pusat Sumber Kerjaya ini telah memberi penerangan yang jelas mengenai hala tuju pendidikan dan kerjaya selepas menamatkan pengajian tingkatan enam. Setiap kali selesai menduduki ujian ataupun peperiksaan, kami digalakkan berjumpa dengan guru kaunseling bagi tahap kemampuan kami untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang seterusnya. Dari situlah kami telah berusaha untuk mendapatkan keputusan yang baik bagi melayakkan kami untuk ke IPTA.Pengurusan jadual waktu belajar serta teknik pembelajaran yang berkesan turut didedahkan oleh kaunselor.

Selepas mendapat keputusan STPM, saya tidak tahu untuk memilih kursus yang bersesuaian dengan keputusan yang saya perolehi. Oleh itu, saya telah mendapatkan perkhidmatan kaunseling di SMKTH melalui En. Ibrahim bin Ya’akub. Beliau telah membantu saya memilih kursus yang sesuai dengan keputusan yang telah saya perolehi. .Terutamanya bagi saya, sebelum menghadiri ujian MEDSI dan sesi temuduga bagi melayakkan saya mengambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, saya telah mendapatkan khidmat nasihat, panduan dan bimbingan yang selengkap daripada kanselor. Saya telah mendapatkan dan mengggunakan perkhidmatan ini dan buktinya saya telah berjaya menempatkan diri ke UPSI(Universiti Pendidikan Sultan Idris).

Saya berharap agar usaha untuk membantu pelajar bagi memilih hala tuju kerjaya ini dapat diteruskan kerana ini dapat memberi pelbagai manfaat kepada semua pelajar. Sekian Terima Kasih.”Apa gunanya pendidikan jika ianya membuat kita berasa terasing daripada measyarakat”nukilan kata Sukarno.

Mohamad Faris bin Jasma

Pelajar STPM 07 / UPSI

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download

To fulfill the demand for quickly locating and searching documents.

It is intelligent file search solution for home and business.

Literature Lottery

Related searches