SIARAN AKHBAR

[Pages:2]SIARAN AKHBAR

ACARA PENANAMAN POKOK BAGI MENDUKUNG DASAR KEBANGSAAN PERUBAHAN IKLIM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Khamis, 16 Jamadilawal 1442H bersamaan 31 Disember 2020

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan melalui Jabatan Perhutanan pada hari ini telah mengadakan Acara Penanaman Pokok yang mana ianya adalah sebagai salah satu usaha ke arah mencapai sasaran untuk menanam 500,000 pokok baru menjelang tahun 2035 dan juga merupakan strategi utama Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam yang telah dilancarkan pada 25 Julai 2020 yang lalu. Acara bertempat di Taman Riadah, Jalan Pusat Persidangan.

Hadir semasa acara tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Apong, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan selaku Ahli Majlis Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam; Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan; Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussein, Menteri Tenaga selaku Pengerusi Bersama Majlis Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam; Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi; Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw, Timbalan Menteri Tenaga selaku Ahli-Ahli Majlis Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam.

Majlis tersebut juga dihadiri oleh Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Timbalan Menteri Pembangunan; Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Awang Ash'ari, Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan juga Pengasas Bersama Green Brunei; dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Perubahan Iklim, Yang Mulia Awang Haji Azhar bin Haji Yahya, Setiausaha Tetap (Tenaga), Kementerian Tenaga.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa. Seterusnya acara diteruskan dengan ucapan kata-kata aluan dari Yang Berhormat Menteri SumberSumber Utama dan Pelancongan, Ahli Majlis Kebangsaan Perubahan Iklim Negara

1 / 2

Brunei Darussalam. Dalam ucapannya, Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan antara lain menekankan mengenai kepentingan hutan-hutan dan pokok-pokok di dalam kehidupan manusia dan mengenai komitmen Negara dalam melaksanakan penanaman pokok bagi mendukung Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam khususnya bagi Strategi 2: Liputan Hutan. Yang Berhormat Menteri juga menyatakan keperluan Jabatan Perhutanan dalam memantau semua projek-projek pembangunan yang melibatkan penebangan pokok bagi mendukung Protokol Hijau yang akan dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan sebagai garispanduan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau di dalam Sektor Kerajaan.

Acara diteruskan dengan sesi memanaskan badan dan seterusnya aktiviti penanaman pokok oleh Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Yang Berhormat Menteri Tenaga di kawasan penanaman yang dikhaskan, diikuti dengan penanaman pokok beramai-ramai oleh jemputan yang lain. Setelah itu, acara diteruskan lagi dengan aktiviti `brisk-walk' dan meninjau ke zon-zon penanaman pokok terdahulu di sekitar kawasan taman tersebut.

Acara penanaman pokok sejumlah 200 pohon anak pokok yang terdiri daripada pokokpokok jenis Tabebuia Kuning (Tabebuia Aurea), Ubah (Syzgium Myrtifolium) dan Ru Runang (Gymnostoma Nobile). Ini adalah merupakan acara penanaman pokok yang terakhir diadakan oleh pihak Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan bagi penutup tahun 2020.

Selain itu, turut hadir semasa acara tersebut ialah Yang Mulia Dayang Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab, Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan; Yang Mulia Pengiran Datin Shazainah binti Pengiran Dato Paduka Shariffuddin, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri; duta-duta besar dan pesuruhjaya-pesuruhjaya tinggi ke Negara Brunei Darussalam, ketua-ketua Jabatan serta pegawai kanan dan kakitangan dari Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan Kementerian Pembangunan, bank-bank, dan syarikat-syarikat kilang papan.

Dikeluarkan oleh: Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan 31 Disember 2020

2 / 2

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download

To fulfill the demand for quickly locating and searching documents.

It is intelligent file search solution for home and business.

Literature Lottery

Related searches