Perlembagaan Kelab Sukan & Rekriasi Staf ELTC



KELAB SUKAN & REKREASI ELTCPerlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTCFasal 1: Maklumat Asas Nama Pertubuhan:Kelab Sukan & Rekreasi ELTCFasal 2 : Tempat UrusanEnglish Language Teaching Centre, MalaysiaKementerian Pelajaran MalaysiaAras 7 & 8, Blok Menara IPBA,Lembah Pantai,59200 Kuala Lumpur.Fasal 3:Logo0165735Huraian: Terdiri daripada 2 ikon berbentuk manusia yang berada dalam posisi melakukan senaman/regangan badan dan membentuk huruf ‘S’ dan ‘R’ yang membawa maksud “Sukan” dan “Rekreasi” iaitu aktiviti teras Kelab Sukan dan Rekreasi ELTC.2 ikon juga melambangkan 2 kumpulan staf utama iaitu Akademik dan Pengurusan yang saling berganding bahu dan memerlukan antara satu sama lain.Warna yang digunakan pada ikon membawa maksud seperti berikut:Biru: PerpaduanKuning: Mendokong dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun NegaraMerah: KeberanianHitam: Kesaksamaan hak bagi setiap ahli-ahli Kelab SURIAWarna yang melingkari 2 ikon diambil daripada ciri-ciri yang terdapat pada logo ELTC sebagai simbolik kepada tempat bernaungnya Kelab Suria.Nama penuh kelab dipaparkan pada bahagian atas logo bertujuan menjadikan logo lebih bersifat self-explanatory (penjelasan kendiri).MottoAKTIF, MESRA, BERSATUFasal 4: ObjektifMengeratkan silaturrahim di antara staf ELTC.Mewujudkan suasana harmoni dan saling bantu membantu di antara staf.Memupuk semangat kesukanan di kalangan staf ELTC.Menjalankan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian secara dedikasi melalui kerjasama dan persefahaman antara ahli.Fasal 5: Keahlian5.1 Semua Staf ELTC adalah secara automatik menjadi ahli kelab termasuk PekerjaKhidmat Singkat (PKS).Setiausaha akan menyimpan satu daftar keahlian yang mengandungi butir-butir berikut:Nombor AhliTarikh Menjadi AhliNamaTarikh LahirNo Kad PengenalanWarganegaraJawatanAlamat 5.3 Hak Ahli5.3.1 Layak mengundi dan memegang jawatan dalam kelab.5.3.2 Layak mendapat dan menggunakan kemudahan dan keistimewaan sebagai ahli kelab dan mengambil bahagian dalam aktiviti kelab.5.3.3 Setiap ahli berhak menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan.Ahli berhak mengetahui kedudukan kewangan untuk memastikan tiada penyelewangan.5.4 Penangguhan Menjadi Ahli5.4.1 Setiap ahli yang tidak membayar yuran mengikut masa yang ditetapkan tidak layak menerima kemudahan dan keistimewaan sebagai ahli sehingga tunggakan yuran diselesaikan.5.5. Penamatan Keahlian5.5.1 Keahlian akan tamat sekiranya ahli bertukar ke jabatan lain.Fasal 6: Yuran dan Bayaran LainSetiap ahli wajib membayar yuran kelab berdasarkan jadual di bawah:BULANYuranJanuari – AprilRM 20.00Mei – OgosRM 20.00September - DisemberRM 20.00Bayaran hendaklah dibuat kepada Bendahari kelab dalam bulan yang telah dinyatakan seperti jadual di atas.Ahli yang membiarkan yurannya tertunggak akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh Setiausaha atau wakilnya.Bayaran kutipan khas daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.Fasal 7: Mesyuarat Agung TahunanSemua ahli dijemput menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan.Mesyuarat Agung diadakan setiap setahun sekali.Antara agenda utama dalam mesyuarat adalah:Pembentangan laporan jawatankuasa mengenai pengendalian persatuan sepanjang tahun.Pembentangan laporan kewangan dan akaun-akaun persatuan yang telah diaudit pada tahun tersebut.Melantik sebuah jawatankuasa dan juruaudit bagi tahun berikutnya.Mengendalikan hal-hal lain yang dibentangkan.Notis awal berhubung dengan mesyuarat agung yang menyatakan tarikh, waktu, tempat serta usul-usul yang akan dibentangkan perlu diedarkan tujuh (7) hari sebelum mesyuarat.7.5 Korum 7.5.1Korum bagi sebarang mesyuarat agung ialah sekurang-kurangnya dua per tiga (2/3) jumlah ahli jawatankuasa atau satu pertiga (1/3) dari jumlah keseluruhan ahli. (Yang mana lebih berkenaan)Jika jumlah korum tidak mencukupi, mesyuarat tersebut akan ditangguhkan sehingga tarikh yang akan ditetapkan oleh ahli jawatankuasa.Sekiranya jumlah korum tidak mencukupi seperti yang ditetapkan dalam 7.5.1, mesyuarat agung tahunan akan diteruskan dengan urusan-urusan yang telah ditetapkan dengan syarat mesyuarat tersebut tidak meminda sebarang undang-undang atau membuat keputusan yang melibatkan semua ahli.7.6 Mesyuarat Agung Khas Satu mesyuarat agung khas akan diadakan sekiranya:Ahli jawatankuasa memikirkan ianya perlu diadakan; atauAtas permintaan bersama secara bertulis dari tidak kurang satu per tiga (1/3) ahli dengan menyatakan tujuan-tujuan dan sebab-sebab mesyuarat tersebut.Mesyuarat tergempar yang diminta oleh ahli-ahli akan diadakan pada satu tarikh dalam masa tiga (3) hari selepas penerimaan permintaan tersebut.Notis agenda bagi mesyuarat tergempar akan dihantar oleh Setiausaha kepada ahli sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum tarikh yang ditetapkan bagi mesyuarat tersebut.Fasal 8: Jawatankuasa8.1 Pemilihan ahli jawatankuasa adalah melalui undian dalam mesyuarat agung tahunan.8.2 Sekiranya ada ahli jawatankuasa yang bertukar ke jabatan lain, maka kuasa adalah diberikan kepada ahli jawatankuasa yang lain untuk melantik penggantinya melalui satu mesyuarat ahli jawatankuasa.Kelab ini akan diuruskan oleh ahli-ahli jawatankuasa tadbir yang dilantik dalam mesyuarat agung tahunan seperti berikut:PengerusiNaib PengerusiSetiausahaNaib SetiausahaBendahariEmpat (4) orang Ahli JawatankuasaDua (2) orang juruaudit Mesyuarat jawatankuasa akan diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam masa tiga bulan.Fasal 9: Kewajipan-kewajipan Pegawai PengerusiBertanggungjawab mempengerusikan semua mesyuarat agung tahunan kelab dengan sebaik-baiknya.Beliau juga mempunyai suara pemutus dan akan menandatangani semua minit setiap mesyuarat ketika ianya diluluskan.Naib PengerusiMenjalankan tugas-tugas Pengerusi semasa ketiadaannya.SetiausahaMenjalankan semua urusan-urusan persatuan menurut perlembagaan dan akan menjalankan arahan-arahan Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa.Bertanggungjawab menguruskan menyimpan semua buku, dokumen dan kertas-kertas kecuali catatan akaun dan kewangan.Perlu menghadiri semua mesyuarat dan mencatat perjalanan mesyuarat tersebut.Naib SetiausahaMembantu Setiausaha dalam menjalankan tugas.BendahariBertanggungjawab bagi kewangan persatuan dan menyimpan akaun semua urusan kewangan persatuan dan perlu memastikan kesahihan maklumat tersebut.Ahli JawatankuasaBertanggungjawab membantu Ahli Jawatankuasa lain dalam menjalankan tugas dan aktiviti kelab.Juruaudit Dikehendaki mengaudit akaun-akaun persatuan setiap tahun dan akan menyediakan satu laporan atau sijil bagi mesyuarat agung tahunan. Mereka mungkin juga dikehendaki oleh Pengerusi untuk mengaudit akaun-akaun kelab pada sebarang waktu dan menyediakan laporan kepada Ahli Jawatankuasa. Juruaudit tidak akan mempunyai kuasa mengundi dalam mesyuarat ahli jawatankuasa. Fasal 10: KewanganTahun kewangan persatuan akan bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember setiap tahun.Pendapatan dan harta benda kelab akan digunakan sepenuhnya untuk menggalakkan aktiviti persatuan dan tidak boleh dibayar atau dialihkan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada orang-orang yang pada ketika itu menjadi atau pernah menjadi ahli kelab atau kepada sesiapa yang membuat tuntutan melalui mereka. Tetapi syarat-syarat ini tidak melibatkan sumbangan ikhlas kepada ahli atau individu lain sebagai bantuan atau ganjaran atas perkhidmatan yang diberikan.Bendahari boleh menyimpan tunai runcit (petty cash) pendahuluan tidak melebihi RM100.00 (seratus Ringgit Malaysia sahaja) dalam satu masa. Semua wang yang melebihi jumlah tersebut hendaklah didebitkan ke dalam akaun kelab dalam tempoh tujuh hari memegang wang tersebut.Semua cek atau notis pengeluaran ke atas akaun kelab akan ditandatangani bersama oleh dua orang iaitu di antara Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari.Perbelanjaan yang melebihi RM500.00 (lima ratus Ringgit Malaysia sahaja) pada satu masa adalah tidak dibenarkan kecuali mendapat persetujuan daripada ahli jawatankuasa.Satu kenyataan mengenai pendapatan dan perbelanjaan dan kunci kira-kira bagi tahun tersebut hendaklah disediakan dan diaudit oleh juruaudit yang dilantik tujuh (7) hari selepas berakhirnya tahun kewangan. 10.7 Harta Kelab10.7.1 Kelab ini boleh memiliki harta tetap dan tidak tetap.Fasal 11: Tafsiran Perlembagaan11.1 Diantara berlangsungnya mesyuarat agung, jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada perlembagaan ini dan jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung didalam perlembagaan Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung. Fasal 12: Penaung & Penasihat12.1 PenaungPenaung adalah secara automatiknya Pengarah English Language Teaching Centre, Malaysia12.2 PenasihatPenasihat adalah secara automatiknya Timbalan Pengarah English Language Teaching Centre, MalaysiaFasal 13: LaranganPertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama pertubuhan atau pegawai atau ahli jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak jawatankuasa.Fasal 14: Pindaan Perlembagaan14.1Perlembagaan ini tidak boleh dipinda atau diubah kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari daripada tarikh keputusan mesyuarat agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh berkuatkuasa mulai dari tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.Fasal 15: Pembubaran15.1 Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (60%) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam satu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.15.2 Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran. ....................................................................................................PengerusiSetiausahaNama: Norisham bt Abd GhaniNama: Roger Chin Chuan Ngok ................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download