DASAR KURIKULUM - SMK SEKSYEN 3 BANDAR KINRARA



PIAGAM PELANGGAN

Kami warga SMK Seksyen 24(2) dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan:

• Melaksanakan sistem pendidikan berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Prinsip Rukun Negara

• Memberi pendidikan yang adil dan saksama tanpa mengira bangsa, agama dan sosioekonomi

• Mewujudkan pengurusan yang berkualiti

• Menyediakan iklim sekolah yang kondusif

• Sentiasa peka dan prihatin kehendak pelanggan(ibu bapa, pelajar & masyarakat)

• Menanamkan nilai-nilai agama dan nilai murni dalam kalangan pelajar

KETETAPAN KURIKULUM SEKOLAH

1.0 LATAR BELAKANG

Kurikulum adalah 'Core Bussiness" bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah ini. Penetapan ini mengambil kira keperluan pendidikan dan status sekolah ini yang telah ditentukan sebagai sebuah sekolah harian di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Ketetapan yang dibuat akan menjadi garis panduan kepada perjalanan dan pengurusan kurikulum sekolah ini.

2.0 OBJEKTIF

1. Ketetapan Kurikulum ini menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.

2. Memantapkan pengurusan kurikulum di peringkat sekolah.

3. Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik KPM, JPN Selangor dan Jemaah Nazir Malaysia.

0. KURIKULUM

1. Pengenalan

Kurikulum Kebangsaan merupakan suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan. Tujuannya adalah untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini untuk menyampaikan pengetahuan.

3.2 Penyataan Ketetapan

1. Ketetapan Kurikulum Sekolah hendaklah sepanjang masa selari dengan arus perdana sistem dan dasar pendidikan kebangsaan.

2. Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana.

3. Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan kurikulum semasa.

4. Pada setiap masa , program akademik mestilah diutamakan . Ini bermakna sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan mestilah diberikan kepada program akademik .

4.0 JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH

4.1 Penyataan Ketetapan

a. Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum mestilah dilaksanakan sekurang-kurangnya empat kali setahun bagi membincangkan pengurusan dan pelaksanaan , masalah dan isu kurikulum di sekolah .

b. Pengurusan mesyuarat mestilah mematuhi prosedur Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 : 2008

c. Agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat adalah berdasarkan agenda yang dicadangkan seperti yang digariskan di dalam Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti Jabatan Pendidikan Selangor ataupun berdasarkan SKPM.

d. Semua perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum mestilah dimaklumkan dan dibincangkan pelaksanaannya di dalam mesyuarat panitia dan maklum balas yang sewajarnya mestilah disampaikan kepada setiausaha Jawatankuasa .

e. Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak terhadap pelaksanaan kurikulum di dalam semua mata-mata pelajaran dan Guru Kanan Mata pelajaran berserta Ketua Panitia dipertanggungjawabkan sepenuhnya .

f. Pengurusan kurikulum adalah salah satu daripada lapan (8) elemen National Key Result Area (NKRA) atau Bidang Keberhasilan Utama Negara bagi keberkesanan pengurusan sekolah . Sehubungan itu setiap guru mestilah menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) iaitu perlu merangka aktiviti/projek, KPI dan sasaran kerja di awal tahun. Pelaporan akan dibentang dan disemak dua kali setahun (bulan Jun dan November) untuk melihat ’outcome’ pencapaian akademik.

2. Jawatankuasa Kurikulum melibatkan personel berikut:

Pengerusi : Pengetua

Naib Pengerusi I : PK Pentadbiran

Naib Pengerusi II : PK HEM

Naib Pengerusi III : PK Kokurikulum

Naib Pengerusi IV : PK Petang

Setiausaha : SU Kurikulum

AJK : Semua Guru Kanan Mata Pelajaran

Semua Ketua Panitia

Guru Perpustakaan dan Media

SU Peperiksaan

SU SPM

SU PBS

SU PT3

Penyelaras Jadual Waktu

Guru Bimbingan dan Kaunseling

Penyelaras i-Think

Penyelaras KBAT

Penyelaras VLE FROG / ICT

Penyelaras Tingkatan

3. Agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat kurikulum

4.3.1 Agenda yang perlu dibincangkan dalam mesyuarat kurikulum melibatkan perkara-perkara yang berikut berdasarkan format mesyuarat yang dikeluarkan oleh Unit Penjaminan Kualiti JPNS dan PKPA Bil.2/1991:

a. Perutusan Pengerusi

b. Pengesahan minit mesyuarat

c. Perkara berbangkit

d. Perkara-perkara baharu:

i. Pembelajaran dan pengajaran:

• Kaedah PdP

• SP, HSP, RPT dan PPPM (PBS)

• Pencerapan

• Semakan buku latihan

ii. Penilaian , Peperiksaan dan Pentaksiran

• Analisis Peperiksaan SPM, PT3 dan peperiksaan dalaman

• Post Mortem Peperiksaan SPM, PT3 dan peperiksaan dalaman

iii. Headcount

iv. Belanjawan

v. Perancangan program, projek dan aktiviti kurikulum

vi. Dapatan dan Laporan Dialog prestasi

vii. Dasar-dasar KPM cth: PPPM, NILAM, MBMMBI - wajib dijalankan

4.3.2 Semua agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa kurikulum hendaklah dibincangkan semula dalam mesyuarat panitia.

5. PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN

1. Penyataan Ketetapan

a. Pengurusan panitia mata-mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Iktisas Bil 4 / 1986.

b. Pengurusan Panitia mata-mata pelajaran juga mestilah mematuhi Sistem Pengurusan Kualiti SPK ISO MS 9001/2008.

c. Kejayaan murid dalam mata-mata pelajaran, prestasi peperiksaan awam , motivasi dan bakat adalah berkait rapat dengan keberkesanan pengajaran guru di dalam kelas. Oleh itu panitia mata-mata pelajaran hendaklah berfungsi dan digunakan dengan optimum untuk saling bekerjasama, saling membantu , berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran untuk memperbaiki kecekapan dan kekesanan pengajaran.

d. Semua perancangan dan tindakan panitia mestilah sentiasa merujuk kepada TOV dan ETR dalam pengurusan prestasi mata pelajaran dalam panitia

e. Semua Panitia mata pelajaran mestilah berusaha mendapatkan dan mengamalkan strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderongan para pelajar terhadap pembelajaran.

f. Pengurusan panitia secara on line atau web based/1bestarinet VLE Frog mestilah menjadi keutamaan dan oleh itu laman web panitia mestilah dibangunkan dan sentiasa dikemas kini supaya guru dan murid boleh sentiasa merujuk .

g. Semua mesyuarat panitia akan dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat kurikulum dan mesyuarat panitia ini mestilah dihadiri oleh pentadbir. Satu salinan minit mesyuarat panitia hendaklah disampaikan kepada pengetua melalui SU Kurikulum.

h. Setiausaha panitia hendaklah menyelenggara fail tegak (folder) panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan dengan diselia oleh ketua panitia.

i. Ketua Panitia bertanggung jawab memantau Fail Induk di pejabat sekolah.

j. Ketua Panitia bertanggungjawab memastikan pengurusan Bantuan Per Kapita (PCG) panitia diurus dengan berkesan dan sentiasa mengutamakan pembelian bahan bantu mengajar (BBM) untuk aktiviti pembelajaran pelajar supaya tidak berlaku audit berteguran.

k. Panitia yang mempunyai ahli kurang daripada 3 tidak perlu mengadakan mesyuarat panitia tetapi ahlinya wajib menghadiri mesyuarat panitia mengikut bidang masing-masing seperti yang ditetapkan oleh GKMP dan kehadiran mereka serta perkara yang dibincangkan mengenai panitia mereka perlu diminitkan bersama-sama dengan minit mesyuarat yang telah dihadirinya.

6.0 SUKATAN PELAJARAN , HURAIAN SUKATAN PELAJARAN, RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN, PPPM (PBS) DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

6.1 Penyataan Ketetapan

a. SP , HSP, RPT, PPPM (untuk PBS) dan RPH adalah dokumen rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa dirujuk apabila merancang proses pembelajaran dan pengajaran.

b. Guru mestilah dapat menghayati , mengenal pasti dan boleh menterjemahkan objektif mata pelajaran yang tercatat di dalam HSP kepada objektif pentaksiran dan juga proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas , dengan itu mahir tentang konstruk-konstruk peperiksaan awam bagi mata pelajaran yang diajar.

c. Salinan keempat-empat/ kelima-lima dokumen akan disemak oleh pengetua.

d. Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) hendaklah mengikut format yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah (PS) untuk PBS hendaklah direkodkan di dalam RPH.

e. Semua guru mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran sebelum masuk ke kelas . Oleh itu Rekod Rancangan Mengajar mestilah lengkap dan kemas kini sebelum PdP mengikut SPK MS ISO 9001:2008 PK06.

f. Semua guru hendaklah menghabiskan sukatan pelajaran mengikut tarikh yang berikut:

Tingkatan 1 dan 2 - 30 September

Tingkatan 3 - 31 Julai

Tingkatan 4 - 30 September

Tingkatan 5 - 7 Ogos

6.2 Penyelarasan Format Penulisan Rancangan Pelajaran Harian

Format Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) hendaklah selaras bagi semua warga sekolah dan disesuaikan mengikut mata pelajaran masing-masing. Rujuk Lampiran 1 ( m/s:-13 25-) untuk format penulisan RPH.

7. SISTEM FAIL

7.1 Penyataan Ketetapan

a. Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Setiausaha Kurikulum.

b. Semua fail panitia diletakkan di bilik yang sesuai dan mudah diakses di bawah seliaan Guru Kanan Mata Pelajaran dan Setiausaha Kurikulum.

c. Rujuk Lampiran 2( m/s : 26-27) untuk senarai fail panitia.

8. PAKEJ MATA PELAJARAN

8.1 Penyataan Ketetapan

a. Menengah rendah:

|Bahasa Melayu |Bahasa Inggeris |Sejarah |Sains |Matematik |Geografi |

|Kemahiran Hidup |Pendidikan Islam |Pendidikan Moral |Pendidikan Sivik dan |Pendidikan Jasmani dan|Pendidikan Seni |

| | | |Kewargenegaraan |Kesihatan | |

b. Menengah Atas( Pakej terbaru untuk tingkaatn 4 mulai tahun 2015)

Aliran Sains Tulin:

|Bahasa Melayu |Bahasa Inggeris |Sejarah |Matematik |Pendidikan Islam |Pendidikan Moral |

|Fizik |Kimia |Biologi |Matematik Tambahan |Pendidikan Sivik dan |Pendidikan Jasmani dan|

| | | | |Kewargenegaraan |Kesihatan |

Aliran Teknik & Vokasional:

|Bahasa Melayu |Bahasa Inggeris |Sejarah |Matematik |Pendidikan Islam |Pendidikan Moral |

|Sains |Perdagangan |Matematik Tambahan |Prinsip Akaun |Pendidikan Sivik dan |Pendidikan Jasmani dan |

| | | | |Kewargenegaraan |Kesihatan |

Aliran Kemanusiaan

|Bahasa Melayu |Bahasa Inggeris |Sejarah |

|Waktu |Masa | |Waktu |Masa |

|1 |7.30 – 8.05 | |1 |1.10 – 1.50 |

|2 |8.05 – 8.40 | |2 |1.50 -2.25 |

|3 |8.40 – 9.15 | |3 |2.25 -3.00 |

|4 |9.15 – 9.50 | |4 |3.00 – 3.35 |

|5 |9.50 – 10.10 (R1) | |5 |3.35 – 3.55 (R) |

|5 |9.50 – 10.25 | |6 |3.55 – 4.30 |

|6 |10.10-10.45 | |7 |4.30 – 5.05 |

|6 |10.25 – 10.45 (R2) | |8 |5.05 – 5.40 |

|7 |10.45 – 11.20 | |9 |5.40 – 6.15 |

|8 |11.20 – 11.55 | |10 |6.15 – 6.50 |

|9 |11.55-12.30 | | | |

|10 |12.30 -1.05 | | | |

|SESI PAGI( Jumaat) |

|Waktu |Masa |

|1 |7.45-8.20 |

|2 |8.20-8.55 |

|3 |8.55-9.30 |

|4 |9.30-10.05 |

|5 |10.05-10.25(R) |

|6 |10.05-10.40 |

|7 |10.40-11.00 |

|8 |10.40-11.00(R) |

|9 |11,00-11.30 |

|10 |11.30-12.00 |

|11 |12.00-12.30 |

|SESI PETANG( Jumaat) |

|Waktu |Masa |

|1 |2.25-3.15 |

|2 |3.15-3.45 |

|3 |3.45-4.15 |

|4 |4.15-4.35(R) |

|5 |4.35-5.05 |

|6 |5.05-5.40 |

|7 |5.40-6.15 |

|8 |6.15-6.50 |

| | |

| | |

14. PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK

Penyataan Ketetapan

14.1 Semua program kecemerlangan akademik yang dirancang oleh JKKS hendaklah berdasarkan kepada 6 aspirasi murid yang terdapat dalam PPPM.

14.2 Program kecemerlangan akademik yang dirancang hendaklah relevan dengan isu dan permasalahan murid yang telah dikenal pasti (Menggunakan Headcount, GROW, SpeeD-uP)

14.3 Jawatankuasa atau pengurus program dikehendaki menyediakan kertas cadangan yang relevan dan membuat pelaporan pelaksanaan dan impak program kepada Jawatankuasa .

14.4 Penglibatan Unit HEM, Unit Kokurikulum dan Unit Bimbingan dan Kaunseling adalah wajib bagi penyelarasan program kecemerlangan akademik.

15 . PENYELIAAN DAN PEMANTAUAN

Penyataan Ketetapan

15.1 Setiap guru akan dicerap sekurang-kurangnya sekali setahun menggunakan instrumen Standard 4 SKPM 2010 kecuali guru yang perlu diberi pencerapan susulan.

15.2 Jawatankuasa Penyeliaan dan Pemantauan hendaklah menyediakan jadual pencerapan melibatkan barisan pentadbir, ketua panitia, GC dan rakan sejawat.

15.3 Pencerapan hendaklah dilakukan secara profesional dan memberi bimbingan secara individu untuk penambahbaikkan.

15.4 Pengurusan panitia dan program/dokumen berkaitan perlu dipantau oleh pentadbir dari semasa ke semasa.

15.5 Mekanisma dan proses kerja penyeliaan buku kerja, modul , buku latihan dan hasil kerja murid ditetapkan oleh Jawatankuasa dan rekod penyeliaan hendaklah dilengkapkan.

15.6 Jawatankuasa Penyeliaan dan pemantauan perlu membuat laporan lengkap pada pertengahan dan akhir tahun untuk dibincangkan dalam Mesyuarat kurikulum Sekolah dan mesyuarat panitia untuk tindakan penambahbaikan .

16 . PERKEMBANGAN PROFESIONALISME STAF

Penyataan Ketetapan

16.1 Semua guru ataupun staf sokongan digalakkan berusaha sentiasa memajukan dan meningkatkan profesionalisme bagi memupuk budaya kerja cemerlang .

16.2 Semua guru yang menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh bahagian-bahagian KPM perlu menyediakan minit curai untuk tindakan seterusnya. Guru yang telah menghadiri kursus hendaklah mengadakan kursus dalaman atau sekurang-kurangnya memberi taklimat mengikut keperluan.

16.3 GKMP/ Ketua Panitia hendaklah memastikan guru yang mengajar mata pelajaran bukan opsyen diberi bimbingan sewajarnya berkaitan subjek berkenaan.

16.4 Semua guru hendaklah menghadiri 7 hari latihan dalam perkhidmatan (LADAP) dalam setahun.

Lampiran 1

SMK SEKSYEN 24(2), SHAH ALAM

1. PENYELARASAN FORMAT PENULISAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

|TARIKH | |

|MASA | |

|MATA PELAJARAN | |

|KELAS | |

|KEHADIRAN MURID |Contoh : 36/36 |

|TEMA / TAJUK / | |

|OBJEKTIF PEMBELAJARAN |Di akhir pembelajaran, murid akan: |

| |Menghuraikan... |

| |Menyenaraikan... |

| |Memberi pendapat … |

| |Menyatakan … |

|AKTIVITI PdP |CONTOH: |

| |Pendahuluan |

| |Penerangan mengenai tajuk |

| |Murid melakukan gerak kerja kumpulan |

| |Pembentangan hasil kerja kumpulan dan soal jawab |

| |Penilaian |

|ELEMEN MERENTAS KURIKULUM / PENGISIAN |Contoh: |

|KURIKULUM/ KEMAHIRAN NILAI TAMBAH |Kreativiti & Inovasi, keusahawanan, Bahasa, sains dan teknologi, pendidikan alam sekitar, nilai murni |

|BAHAN BANTU BELAJAR |Contoh: LCD, helaian bercetak, carta, model, buku rujukan dsbgnya |

|AKTIVITI PENGUKUHAN / PENTAKSIRAN PdP |Contoh: |

| |Melabel nama banjaran dalam peta |

| |Untuk Pentaksiran Sekolah (PS) PBS, sila gunakan panduan yang diberi dalam PPPM |

|REFLEKSI |Nyatakan bilangan murid yang capai dan tidak capai serta tindakan susulan |

| |Contoh: |

| |30/36 murid dapat menghuraikan / menyatakan/ membanding beza / memberi pendapat (dan sebagainya) mengenai |

| |………. |

| |6 murid yang belum menguasai perlu dibimbing semasa PdP berikutnya |

|Catatan |PdP tidak dapat dijalankan kerana cuti sakit |

2.PENYELARASAN FORMAT PENULISAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

SEWAKTU PEPERIKSAAN / UJIAN

|TARIKH | |

|MASA | |

|MATA PELAJARAN | |

|KELAS | |

|KEHADIRAN MURID |Contoh : 32/36 |

|AKTIVITI PdP |Contoh: |

| |Mengawas Peperiksaan (Sila nyatakan mata pelajaran dan tempoh peperiksaan berjalan bagi mata pelajaran |

| |yang berkenaan) |

Catatan:

• Format di atas adalah asas yang perlu ada mengikut SPI bil 3/1999 dan cadangan dari pihak JNJK.

• Guru-guru boleh membuat penambahan mengikut kesesuaian mata pelajaran masing-masing setelah dibincangkan di peringkat panitia.

• Penulisan dan sebarang tambahan yang dilakukan hendaklah selaras bagi setiap guru dalam panitia masing-masing.

• Sekiranya ada aktiviti di jalankan di sekolah, RPH perlu ditulis seperti biasa tetapi di bahagian catatan sila nyatakan : “PdP tidak dilaksanakan kerana aktiviti …”

• Sekiranya guru cuti sakit atau CRK secara tiba-tiba, RPH perlu ditulis seperti biasa pada hari guru berkenaan cuti sakit / CRK dan tulis di bahagian catatan (bukan refleksi) – “PdP tidak dilaksanakan kerana CUTI SAKIT / CRK”.

• Sekiranya guru cuti sakit berpanjangan/ cuti bersalin/ kursus jangka panjang/ cuti haji/ cuti tanpa gaji, sila buat catatan seperti yang berikut:

“Cuti sakit berpanjangan/ cuti bersalin/ kursus jangka panjang/ cuti haji/ cuti tanpa gaji dari ………………………….. hingga ………………………..

PdP diambil alih oleh …………………………………………………… (sekiranya ada guru ganti)

• Guru yang mendapat relief perlu menampal slip relief dan mencatat aktiviti yang dijalankan dalam Buku Rekod Mengajar.

• Carta Alir Memberi Tugasan untuk Modul Relief ( MMI)rujuk Lampiran 5(m/s : 46-50)

3.CARA PENULISAN RPH SEWAKTU ULANGKAJI

REKOD KERJA HARIAN

|TARIKH | |

|MASA | |

|MATA PELAJARAN | |

|KELAS | |

|KEHADIRAN MURID |Contoh : 25/25 |

|OBJEKTIF |i.Murid boleh merangka soalan peperiksaan |

| |ii. Murid boleh menjawab 50% soalan objektif |

|AKTIVITI PdP |Contoh: |

| |a.Membaca dan menghafal- Nota peta minda |

| |b.Mengingat dan mencatat maklumat yang dibaca |

| |c.Bengkel –merangka jawapan-soalan percubaan negeri lain |

| |d.Perbincangan dan klinikal |

| | |

|Refleksi |5/25 murid tidak dapat menjawab 50% soalan objektif yang diberi |

4.CARA PENULISAN RPH SEWAKTU KELAS RELIEF

REKOD KERJA HARIAN

Tampal slip relief yang telah dilengkapkan

5. CARA PENULISAN RPH SEWAKTU PROGRAM SEKOLAH MENGIKUT TAKWIM

CTH: SUKAN TAHUNAN SEKOLAH

Tajuk/perkara: Sukan tahunan SMK Sekseyn 24(2)

Catatan: a.Pegawai Sukan

b.Pembantu pelepas

6. CARA PENULISAN RPH BAGI GURU YANG JADUALNYA TIADA PdP pada hari tertentu

Aktiviti:

a.Menyediakan bahan PdP/BBM/lembaran kerja

b.Menyediakan soalan ujian / peperiksaan /latih tubi /modul

c.Memeriksa buku latihan/ nota /tugasan / buku kerja / ujian peperiksaan

d.Menjalani sesi klinikal / pengukuhan /pengayaan

CONTOH REKOD KERJA HARIAN MENGIKUT

MATA PELAJARAN

1.PERDAGANGAN

Tajuk: Fungsi wang

Hasil pembelajaran:Pada akhir pengajaran, murid dapat:

i. A1-Menyatakan fungsi wang

ii. A2- Menerangkan dua fungsi wang

AKTIVITI:

Induksi set : Pengetahuan sedia ada

Motivasi tajuk

Pengembangan:L1-penerokaan buku teks-fakta dan keterangan-aktiviti kumpulan

L2-Rumusan wakil kumpulan dan penerangan guru

L3-Aktiviti pengukuhan

L4-Penilaian-berasaskan bahan edaran

L5-Pengayaan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas

Penutup : Guru membuat peneguhan isi-isi utama

:Guru memberi subtopik untuk pelajaran akan datang

Refleksi :5/40 murid tidak dapat menyenaraikan 3 fungsi wang-tindakan klinikal

(Impak) 3/40 dapat menerangkan 2 fungsi wang-tindakan klinikal

______________________________________________________________________________________________________________________

2.PERDAGANGAN

Tajuk: Keperluan dan Kehendak Manusia

Objektif:

1. Menyatakan maksud keperluan dan kehendak

2. Membezakan antara keperluan dan kehendak

Aktiviti:

1. Set induksi – gambar nasi dan pizza

2. Guru memberi penerangan dan soal jawab

3. Murid menyatakan contoh keperluan dan kehendak

4. Murid menyenaraikan empat perbezaan antara keperluan dan kehendak menggunakan salah satu peta i-think peta buih berganda

BBM: Buku teks dan lembaran aktiviti

Refleksi: 35 daripada 40 orang murid dapat menyenaraikan tiga daripada empat

perbezaan antara keperluan dan kehendak. 5 murid lagi akan diberi

bimbingan

3.KEMAHIRAN HIDUP

Tajuk: Jahitan- Mesin Jahit

Hasil Pembelajaran:

1. Mengenal pasti jenis mesin jahit

2. Menerangkan fungsi bahagian mesin jahit.

3.Memasang benang atas dan benang bawah

Induksi Set:

Guru menunjukkan slide menjahit baju dengan mesin jahit

Aktiviti:

1.Murid menyenaraikan 4 jenis mesin jahit.

2.Murid menerangkan fungsi bahagian mesin jahit

3.Tunjuk cara memasang benang atas dan benang bawah

mengikut urutan

4.Murid memasang benang atas dan benang bawah mengikut

urutan pada mesin jahit.

PPPM :

B1: Menyatakan tentang asas jahitan dengan memberikan enam bahagian mesin jahit.

B2: Menerangkan tentang asas jahitan dengan menjelaskan enam bahagian mesin jahit dari segi fungsinya.

BBM: 1.Powerpoint

2.Mesin Jahit

Refleksi : 15/18 murid telah mencapai objektif, 3 orang murid akan diberi latihan pemulihan.

4.SAINS PERTANIAN

Tajuk :Pengenalan kepada sukatan pelajaran Sains Pertanian Ting. 5 dan kerja kursus

HASIL PEMBELAJARAN :

Murid berupaya untuk:

1.menyatakan semula semua topik yang akan dipelajari di tingkatan 5

berserta konsepnya

AKTIVITI :

1.Guru memperkenalkan kepada murid topik yang akan dipelajari dalam sukatan m/p Sains Pertanian tingkatan 5

2.Perbincangan di antara guru dan murid tentang konsep penting di dalam setiap topik

BBM :

1.Pen marker

2. LCD

3.Laptop

Refleksi:

________________________________________________________________________________________________________

5.BAHASA ARAB

|: الوقت كالسيف إن لم تقطعه قطعك |الموضوع |

|: يتمكن الطلاب بعد هذا الدرس فيما يلى: |نتاج التعلم |

|الإستماع إلى ما يقرأ من الكلمات ثم نطقها نطقا صحيحا. |۱. | |

|الإستماع إلى ما ينطق من الكلمات فى سياق الكلام وترديدها. |۲. | |

|قراءة النص قراءة صحيحة. |۳. | |

|: يستمع التلاميذ إلى قراءة المعلم مع متابعة قراءته، يقرأ بعض التلاميذ النص ويستمع الأخرون إلى |الأنشطة |

|قراءتهم، يستمع التلاميذ إلى شرح المعلم | |

|: المحافظة على الوقت |القيم |

| |الملاحظة |

| | |

6.PENDIDIKAN MORAL

|Tajuk |: |Flora fauna anugerah tuhan | | | | |

| | |1. menghargai alam sekitar |

| | |3. menghindarkan diri daripada kegiatan yang boleh menjejaskan alam sekitar |

|Aktiviti penyampaian: | | | | | | |

|Set induksi: |~Pengetahuan sedia ada - sumbangsaran | | | | |

| | |~Motivasi tajuk - penerangan | |

|L2 |: |Rumusan wakil kumpulan dan penerangan guru | | | |

|L3 |: |Aktiviti pengukuhan - soal jawab - semak pasangan | | | |

|L4 |: |Penilaian - berasaskan bahan kertas edaran | | | |

|L5 |: |Pengayaan - soalan peperiksaan tahun tahun lepas | | | |

| |: |Pemulihan - bahan kertas edaran | | | | |

|Penutup |: |1. Guru membuat pengukuhan isi-isi umum | | | |

| | |2. guru memberi subtopik untuk pelajaran akan datang | | |

|Refleksi: | |21/23 murid dapat menghargai alam sekitar |

| | |21/ 23 murid dapat melaksanakan tanggungjawab memelihara dan memulihara alam sekitar |

| | |22/23 murid dapat menghindarkan diri daripada kegiatan yang boleh menjejaskan alam sekitar |

________________________________________________________________________________________________________________

1. GEOGRAFI

Tajuk: Peta

Objektif:

1) Murid dapat mengenalpasti perbezaan antara simbol budaya dengan symbol fizikal

Aktiviti:

1. Murid merujuk buku teks

2. Murid diminta menulis isi pelajaran di papan hitam

3. Murid melengkapkan modul

BBM: Buku Teks, peta

Refleksi:20/20 murid boleh menyenaraikan simbol budaya dan fizikal

2. GAPG

Tajuk: Penilaian Kesihatan dan Pengurusan masalah

Unit 42 : Pengurusan demahan panas

Objektif:

Pada akhir pengajaran murid akan dapat:

1. Menyenaraikan akibat sakit sendi kepada warga tua

2. Mengenalpasti langkah keselamatan mengendali demam panas

3. Menunjukkan kaedah selamat mengendali sakit sendi

Aktiviti:

1.Guru meminta murid mengulangkaji langkah kerja tanggungjawab demahan panas

2.Murid menunjukcara melakukan demahan panas

3.Murid membuat perbincangan berkumpulan mengenai langkah keselamatan

4.Murid membuat peta pemikiran mengenai langkah keselamatan

5.Murid membuat pembentangan peta pemikiran

KBKK: Kognitif,kecerdasan pelbagai

ABM:Kertas mahjong,marker,pensil warna, grafik

Refleksi:

______________________________________________________________________________________________________________________

8.MATEMATIK TAMBAHAN

Topic: Quaradtic Equations

L.Outcomes: Pupils will be able to recognize a quadratic equation and express it in general form

Activities:

1.Listening to teacher’s explanation

2.Doing exercises

3.Discussing answers

T.Aid : Module

Remarks:23/23 pupils are able to achieve the objectives

9.MATEMATIK

Tajuk: Pepejal Geometri

Hasil pembelajaran:Murid dapat menyelesaikan masalah yang melibatkan isipadu pepejal gubahan

Aktiviti:

1. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan

2. Wakil kumpulan membentang dan menulis langkah pengiraan di papan putih

3. Murid menyalin latihan 8.4(B5D8E3)

BBM : Kertas A4, Kalkulator saintifik

Refleksi: 32/32 murid berjaya menyelesaikan masalah yang melibatkan isipadu pepejal gubahan

_______________________________________________________________________________________________________________

10.BAHASA MELAYU

Tajuk :Rumusan

Objektif:Mengemukakan 6 isi tersurat dalam petikan

Aktiviti:

1. Murid membaca petikan

2. Murid mengemukakan 6 isi tersurat secara lisan

3. Murid menulis rumusan lengkap

Sistem bahasa: Ayat penyata KBT:Pembelajaran konstekstual

P.Kurikulum :Ilmu pengetahuan am

Nilai: Bertanggungjawab

Refleksi: 25/28 murid boleh membuat rumusan

1/28 murid dibimbing menulis pendahuluan

__________________________________________________________________________________________________________________

11.BAHASA INGGERIS

Theme: Literature

Topic: How I Met Myself

Objective:

By the end of the lesson, pupils should be able to:

a.Understand the meaning of all words literally

b.Retell the poem using their own words

Activities:

1.Induction set:Pupils share their experience about being in love

2.Pupils are given into four groups.Each group select a writer while others will have to

make a complete synopsis

3.Puplis check answers and award mark based on the checklist given

4. Teacher concludes the lesson

Remarks:

_________________________________________________________________________________________________________________

12.TASAWWUR ISLAM

Tajuk:Sihir

Hasil pembelajaran:

Aras1-Menyatakan pengertian sihir

Aras 2-Menerangkan contoh perbuatan sihir

Aras 3- Murid mencatat penerangan daripada guru

Aktiviti:

1.Murid melihat gambar seorang pemuda terkena sihir

2.Murid bersoal jawab dengan guru

3.Murid mencatat nota

BBM : Buku teks,gambar-gambar

Refleksi: 30/33 murid dapat menulis 4 contoh perbuatan sihir

________________________________________________________________________________________________________________

13.PENDIDIKAN SENI VISUAL

Tajuk: Catan

Objektif:

1. Murid mengetahui maksud catan

2. Murid mengetahui teknik dalam catan

Set induksi;

1. Guru menunjukkan contoh catan dengan menggunakan water color di hadapan kelas

Aktiviti:

1. Guru memberi arahan kepada murid untuk melaksanakan aktiviti

2. Murid melakar kemudian mengaplikasikan bahan dalam lakaran dengan menggunakan color

BBM: nota . media basah

Refleksi: 18 /20 murid dapat melaksanakan aktiviti dengan baik

______________________________________________________________________________________________________________________

14. SAINS

Tajuk: Pembiakan

Objektif:

1.Menganalisis sistem pembiakan lelaki

Hasil pembelajaran : Di akhir pembelajaran , murid-murid dapat:

1. Mengenalpasti setiap struktur pembiakan lelaki

Aktiviti:

1.Induksi set: ulangan pelajaran lepas

2.Murid menjawab soalan pentaksiran

3.Sesi klinikal sekiranya murid salah membuat jawapan

BBM : Bahan pentaksiran

Refleksi: 10/25 murid dapat menjawab soalan pentaksiran

________________________________________________________________________________________________________________

15.PENDIDIKAN ISLAM

Tajuk:Adab di tempat rekreasi

Objektif:

1.Murid dapat menerangkan maksud adab di tempat rekreasi

2. Murid dapat menghuraikan cara beradab di tempat rekreasi

Aktiviti:

1. Murid diminta menceritakan pengalaman di tempat rekreasi

2. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan dan diminta menyenaraikan adab di tempat rekreasi

3. Pembentangan

4. Penerangan guru

BBM: Kertas mahjung, gambar

Refleksi: 30/30 murid boleh menjawab soalan dengan betul dalam kertas edaran

16.FIZIK

Topic:Electricity

Objectives: Pupils are able to :

1.State the relationship between electron flow and electric current

2.Define electric current

3.Describe and electric field

4.Sketch electric field lines showing the direction of the field

5.Describe the effect and electric field on a charge solve problems involving electric charge and current

Activities:

1.Listene to explanation

2.View simulation

3.Do exercises

Remarks:24/24 pupils are able to define electric current

_______________________________________________________________________________________________________________

17.KIMIA

Topic:Rate of reaction

L.Outcomes:

1.Pupils should be able to relate reaction with effective collision of particle

2.Describe activation energy profile diagram

Activities:

1.Listen to teacher’s explanation

2.Discussion of collision theory

3.Sketch energy profile diagram and activation energy

T.Aid:Work book

Reflection: 25/25 pupils could explain collision theory

18. SEJARAH

Tajuk : Ancaman Parti Komunis Malaya dan Darurat

Objektif:

Pada akhir pembelajaran murid dapat:

1. Menyenaraikan langkah-langkah kerajaan membanteras ancaman komunis

2. Menghuraikan langkah-langkah kerajaan membanteras ancaman komunis

Aktiviti:

1. Menjelaskan sebab-sebab British mengambil tindakan terhadap gerakan PKM

2. Menerangkan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan British untuk membanteras ancaman komunis

3. Membina peta I-Think dan menjawab soalan latihan

BBBM: Buku teks

Refleksi : 23/23 murid boleh menyenaraikan langkah-langkah kerajaan membanteras ancaman komunis

_______________________________________________________________________________________________________________________

19. PJK

Tajuk: Kecergasan fizikal

Subtajuk : Kelajuan

Objektif:

1.Murid boleh melakukan aktiviti berlari 30 sambil melantun bola

Aktiviti:

1. Murid melakukan aktiviti berlari 30 sambil melantun bola

2. Rumusan

Refleksi: 25/25 murid boleh melakukan aktiviti dengan betul

_______________________________________________________________________________________________________________

20. PSK

Tajuk: Hubungan kekeluargaan

Objektif:

Di akhir pembelajaran, murid dapat:

1.Menerangkan persiapan membina keluarga kearah pembentukan masyarakat

Aktiviti:

1.Murid mendengar penerangan guru

2.Murid membaca petikan dari buku teks

3.Murid menjawab soalan berdasarkan petikan buku teks

BBM: Gambar keluarga, buku teks

Refleksi:25/25 murid boleh menjawab soalan dengan betul

Lampiran 2

SPSK PK 01/1

SENARAI KANDUNGAN FAIL PANITIA MATA PELAJARAN

PANITIA: ………………………………………………………………………………..

|*Bil. |Jenis Fail |Perkara |Kandungan Fail |

|1. |Fail Putih/ Fail Terbuka |Fail Transaksi (Ditulis nama Panitia |i) Surat-surat perhubungan luar/ dalaman |

| |(AM 435-Pin.1/80) |Mata Pelajaran) |ii) Surat-surat lampiran |

| | | |iii) Surat Panggilan Mesyuarat |

| | |Contoh: No Fail: 600-4/1/2 | |

| | |Panitia Bahasa Melayu | |

|2. |Fail Kulit Keras/ Doket |2.1 Mesyuarat Panitia |i) Minit Mesyuarat Panitia |

| | | |ii) Kedatangan Mesyuarat |

| |Catatan: | | |

| |Kandungan fail mengandungi | | |

| |dokumen-dokumen sokongan yang | | |

| |boleh disimpan dalam fail | | |

| |keras yang sama dengan | | |

| |mengguna pembahagi (separator)| | |

| | |2.2 Sukatan Pelajaran |i) Sukatan Pelajaran |

| | | |ii) Huraian Sukatan Pelajaran |

| | | |iii) Rancangan Pelajaran Tahunan |

| | | |iv) Senarai Bahan Bantu Pengajar dan Kedudukannya |

| | | |v) Senarai buku teks dan rujukan |

| | |2.3 Program Kecemerlangan |i) Perancangan Strategik (Pelan strategik, Pelan Taktikal & |

| | | |Pelan Operasi) |

| | | |ii) Laporan-laporan program |

| | | |iii) Program Perkembangan Staf |

| | | |iv) Kajian Tindakan |

| | |2.4 Peperiksaan |i) Jadual Peperiksaan |

| | | |ii) Jadual Penyedia Soalan |

| | | |iii) Analisis Peperiksaan Sekolah dan Peperiksaan Awam |

| | | |iv) Analisis Headcount (TOV, OTR, ETR) |

| | | |v) Post-mortem/ Audit akademik |

| | |2.5 Penyeliaan/ Pencerapan |i) Jadual Penyeliaan |

| | | |ii) Borang Penyeliaan |

| | |2.6 Penyemakan buku latihan murid |i) Jadual semakan |

| | | |ii) Borang penyemakan |

| | |2.7 Koleksi Soalan Ujian/ Peperiksaan |i) Soalan-soalan peperiksaan sekolah |

| | | |ii) Soalan-soalan setara daerah/ negeri |

| | | |iii) Soalan-soalan peperiksaan awam |

| | |2.8 Maklumat Guru |i) Jadual waktu persendirian |

| | | |ii) Maklumat asas, akademik dan ikhtisas guru |

*Catatan: Bilangan folder bergantung kepada keperluan sekolah

|No. Keluaran |Tarikh Keluaran |No. Pindaan |Tarikh Pindaan |

|03 |01 MAC 2013 |01 |01 NOVEMBER 2013 |

Hak Cipta Terpeliharan@JPNSel.2010

Folder Tambahan:

|*Bil. |Jenis Fail |Perkara |Kandungan Fail |

|3. |Pentaksiran Berasaskan Sekolah|3.1. Pekeliling PBS |i. Pekeliling |

| | | |ii. Surat Edaran |

| | |3.2 Pentaksiran sekolah |i. PPPM |

| | | |ii. Pelaporan Off Line PPPM |

| | | |iii Evidens |

| | |3.3 PT3 |i. Senarai nama calon |

| | | |ii. Instrumen pentaksiran |

| | | |iii. Instrumen penskoran |

| | | |iv. Pelaporan PT3 |

Lampiran 3

ARAHAN DAN PANDUAN PENTAKSIRAN DALAMAN UNTUK RUJUKAN GURU

A. JENIS PENTAKSIRAN

1. Bagi kelas tingkatan peralihan, satu, dua dan empat, jenis pentaksiran yang diadakan adalah:

• Ujian 1 dan Ujian 2

• Peperiksaan Pertengahan Tahun

• Peperiksaan Akhir Tahun

2. Bagi kelas tingkatan 3 dan 5, jenis peperiksaan yang akan diadakan adalah:

• Ujian 1

• Peperiksaan Pertengahan Tahun

• Peperiksaan Percubaan SPM / PT3

B. PERANAN KETUA PANITIA

1. Menyenaraikan penyedia soalan bagi setiap ujian dan peperiksaan untuk sepanjang tahun. Satu Salinan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan Dalaman.

2. Sebarang perubahan penyedia soalan hendaklah dimaklumkan kepada Setiausaha Peperiksaan.

3. Laporkan kepada Setiausaha Peperiksaan sekiranya terdapat guru yang tidak menyiapkan soalan mengikut tarikh yang ditetapkan.

4. Menyerahkan bungkusan jawapan kepada guru yang cuti bersalin/sakit berpanjangan untuk disemak (atas budi bicara pentadbir sekolah).

5. Mengagihkan jadual spesifikasi ujian (JSU) kepada penyedia soalan.

6. Memastikan guru penyedia soalan menghantar JSU bersama-sama soalan untuk disemak dan menyimpan JSU tersebut di dalam fail panitia. Satu Salinan hendaklah dihantar kepada Setiausaha Peperiksaan.

7. Menyemak kertas soalan dari aspek ejaan, format soalan, kandungan soalan menepati HSP dan tempoh masa yang betul.

8. Menyerahkan kertas soalan kepada GKMP untuk pengesahan.

9. Menghantar kertas soalan yang telah disemak dan disahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran.

C. PENYEDIA SOALAN

1. Soalan hendaklah disediakan mengikut tarikh akhir penghantaran seperti yang telah ditetapkan. Sebaik-baiknya, soalan disediakan lebih awal dari tarikh akhir yang telah ditetapkan.

2. Soalan mesti ditaip dengan teliti dan kemas menggunakan jenis tulisan Arial bersaiz 11 bagi ujian 1 dan 2; Times New Roman bersaiz 12 bagi peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun dan percubaan SPM; dan Arial bersaiz 12 bagi pentaksiran PT3.

3. Format muka depan bagi Ujian 1 dan Ujian 2 adalah seperti di bawah:

4. Format muka depan bagi peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun dan percubaan adalah mengikut format peperiksaan sebenar PT3 / SPM.

5. Soalan objektif hendaklah ditaip dalam bentuk 2 column.

6. Bagi mata pelajaran yang mempunyai kertas 1 dan kertas 2, kertas ujian mestilah mengandungi soalan berbentuk objektif dan esei atau struktur.

7. Semasa ujian 1 dan 2, kertas jawapan OMR (objektif) boleh digunakan jika jumlah soalan melebihi 30.

8. Tidak dibenarkan menyediakan soalan dengan menampal kecuali gambar rajah. Sebaik-baiknya, penyedia soalan mengimbas (scan) gambar rajah yang ingin disertakan dalam soalan.

9. Soalan hendaklah disemak oleh guru mata pelajaran yang mengajar di tingkatan yang sama. Semak soalan yang disediakan dengan teliti untuk mengelakkan kesilapan semasa peperiksaan.

10. Soalan yang telah disemak hendaklah disahkan oleh pihak GKMP/PK.

11. Pastikan setiap soalan mempunyai jawapan yang tepat. Soalan yang disediakan mestilah mengikut standard PT3 dan SPM.

12. Di bahagian akhir soalan, hendaklah disertakan perkara yang berikut:

13. Soalan yang dibuat mestilah berdasarkan jadual spesifikasi ujian. Soalan yang disediakan mestilah pada kadar yang berikut:

50% tahap mudah: 30% tahap sederhana 20% tahap tinggi

*Tertakluk kepada pindaan semasa.

15. Mengisi JSU sebelum menyediakan soalan dan menghantar JSU berserta skema jawapan kepada Ketua Panitia/guru mata pelajaran bersama-sama kertas soalan untuk disemak.

16. Menyediakan skema pemarkahan yang lengkap untuk guru-guru yang lain dan menyerahkan kepada guru pemeriksa sebaik sahaja peperiksaan tamat.

17. Mengisi Borang Pesanan Cetakan dan serahkan borang cetakan berserta soalan kepada PK Pentadbiran untuk semakan dan cetakan.

18. uruskan kertas soalan dengan teliti untuk memastikan kertas soalan yang dibungkus adalah betul dan bilangan soalan mencukupi.

19. Mengisi Lampiran Peperiksaan seperti di bawah dan menyerahkan bungkusan soalan kepada Setiausaha Peperiksaan untuk disimpan sehingga hari peperiksaan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

20. Menyerahkan 2 salinan soalan beserta jawapan kepada Setiausaha Peperiksaan untuk Bank Soalan, dan 1 salinan kepada Ketua Panitia.

21. Guru Penyedia soalan perlu meronda kelas selepas 10 minit peperiksaan berjalan untuk memastikan kertas soalan mencukupi.

D. GURU PENGAWAS PEPERIKSAAN

1. Guru pengawas hendaklah berada di kelas mengikut jadual waktu PdP masing-masing, bukan mengikut waktu peperiksaan dimulakan. Guru pengawas hendaklah berada di kelas walaupun waktu peperiksaan masih lambat untuk dimulakan. Mulakan peperiksaan tepat pada waktunya dan memastikan kelas bersih sebelum peperiksaan dimulakan.

2. Bacakan Peraturan Peperiksaan pada hari pertama peperiksaan dimulakan dan ingatkan murid supaya menggunakan pensel 2B untuk menanda jawapan objektif.

3. Kutip semua kertas soalan sekiranya terdapat murid yang tidak hadir kerana mewakili sekolah dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum, koakademik dan sebagainya.

4. Memastikan murid-murid tidak membawa bekas pensel, beg, buku atau nota ke dalam bilik peperiksaan semasa peperiksaan dijalankan.

5. Guru-guru yang tidak dapat hadir ke sekolah semasa tempoh peperiksaan, sila maklumkan kepada Penolong Kanan atau Penolong Kanan Petang atau guru yang membuat relief secepat mungkin.

6. Guru-guru tidak dibenarkan membaca, menggunakan telefon bimbit atau membuat kerja-kerja bertulis semasa mengawasi peperiksaan bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar dan tiada penyelewengan.

7. Melaporkan sebarang masalah disiplin atau kes peniruan kepada Setiausaha Peperiksaan dan guru mata pelajaran terlibat.

8. Mengisikan bilangan calon yang hadir dan nama calon yang tidak hadir pada Lampiran Peperiksaan.

9. Jangan kutip kertas soalan sebelum tamat waktunya kerana ini akan menyebabkan kelas menjadi bising dan mengganggu murid-murid yang lain.

10. Serahkan sendiri kertas jawapan kepada Setiausaha Peperiksaan yang bertugas di Bilik Peperiksaan. Tidak dibenarkan menyuruh murid menyerahkan kertas jawapan kepada guru pemeriksa atau ke Bilik Peperiksaan.

E. GURU MATA PELAJARAN

1. Sila semak kertas jawapan murid dalam tempoh yang ditetapkan. Kelewatan memberi markah akan memberi masalah kepada guru tingkatan menyediakan Rekod Kemajuan Murid.

2. Mengisi SAPS mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

3. Membuat perubahan markah dalam SAPS jika ada secepat mungkin.

F. GURU KELAS

1. Menyediakan pelan kedudukan murid sehari sebelum peperiksaan bermula dan menyerahkannya kepada Ketua Tingkatan.

2. Memantau guru mata pelajaran dalam mengisi markah.

3. Mengisi ruangan kehadiran dan ulasan guru.

4. Mencetak 1 salinan Lembaran Markah dan meminta semua murid menyemak markah.

5. Memaklumkan guru mata pelajaran sekiranya terdapat kesalahan dan meminta guru mata pelajaran membuat pembetulan secepat mungkin. Kemudian mencetak 2 salinan Lembaran Markah (1 salinan untuk dilekatkan dalam Buku Rekod Mengajar dan 1 salinan diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan setelah ditandatangani oleh pentadbir).

6. Mencetak Slip Pelaporan Murid dan memasukkannya ke dalam Fail Prestasi. Slip Keputusan Murid untuk semua tingkatan perlu dibuat 1 salinan dan disimpan dalam Fail Peribadi Murid.

7. Slip Pelaporan Murid yang sudah siap hendaklah dihantar ke pejabat mengikut tarikh yang ditetapkan untuk ditandatangan oleh Pengetua.

8. DIWAJIBKAN menyerahkan Slip Pelaporan Murid kepada murid-murid mengikut tarikh yang ditetapkan.

9. Laporkan kepada Setiausaha Peperiksaan sekiranya terdapat guru mata pelajaran yang masih belum mengisi markah selepas tarikh tutup yang ditetapkan.

10. Pada akhir tahun, serahkan semua Fail Prestasi/ Slip Pelaporan Murid kepada kaunselor.

G. MURID

1. Semua murid wajib hadir dalam setiap peperiksaan yang dijalankan. Murid yang tidak hadir sewaktu peperiksaan dijalankan tidak dibenarkan menduduki peperiksaan bagi kertas yang berkenaan kecuali ketidakhadiran kerana menghadiri aktiviti sekolah.

2. Murid yang didapati melakukan penyelewengan sewaktu peperiksaan akan menyebabkan markah kosong (0) diberi bagi kertas yang diseleweng. Tindakan disiplin akan dikenakan kepada murid yang terlibat mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

3. Murid yang tidak hadir bagi mana-mana kertas dianggap tidak hadir untuk mata pelajaran tersebutt

4. Sebarang perubahan tentang perkara (3) tertakluk kepada keputusan yang dirancangkan semasa Mesyuarat Pengurusan Sekolah

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24(2),

JALAN CILI BUNGA 24/25, 40300 SHAH ALAM, SELANGOR

BORANG PENGAWASAN PEPERIKSAAN

|Mata Pelajaran | |Kod | |

|Tarikh | |Masa | |

|Tingkatan | |Bil.Pelajar | |

|Penggubal | |Pemula Kertas | |

|Pemeriksa | |Pemungut Kertas | |

|Waktu Ujian |1 |2 |

| | | |

| | | |

| | | |

| | | |

Catatan pembetulan

Nama pelajar tidak hadir:

|Bil.Pelajar hadir | |

|Bil.Pelajar tidak hadir | |

|Jumlah pelajar | |

|Bil.Kertas jawapan | |

Catatan

Lampiran 4

LEMBAGA PEPERIKSAAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN DAN ARAHAN PEPERIKSAAN

BAHAGIAN C

KETUA PENGAWAS PEPERIKSAAN – ARAHAN AM

Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah:

1. Memastikan semua Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan dimaklumkan kepada calon.

2. Mencatatkan di papan tulis dan memaklumkan kepada calon butiran kod kertas, nama kertas, waktu, masa peperiksaan dan errata (jika ada) bagi kertas peperiksaan.

3. Membenarkan kalkulator dibawa masuk ke dewan/bilik peperiksaan.

4. Mengedarkan kertas peperiksaan mengikut tarikh dan waktu yang tercatat dalam Jadual Waktu Ujian Pentaksiran Tingkatan 3 Tahun ...........................

5. Mengedarkan kertas peperiksaan dengan muka hadapan kertas peperiksaan di sebelah atas.

6. Mengarahkan calon supaya menyemak butiran kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan arahan pada muka hadapan kertas peperiksaan bagi memastikan calon mendapat kertas peperiksaan yang betul.

7. Memastikan calon mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor sebagai bukti calon tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan.

8. Memastikan bilangan skrip jawapan peperiksaan yang dikumpul dan dicatat pada Borang Penyerahan dan penerimaan Skrip Jawapan.

9. Menyediakan laporan menggunakan Borang LP/Am 30 sekiranya calon melanggar sebarang peraturan peperiksaan di Bahagian C:7. Larangan di Dewan/Bilik Peperiksaan.

BAHAGIAN D

CALON – ARAHAN,AMARAN,LARANGAN DAN PERINGATAN

1. ARAHAN AM

1. Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan.

2. Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 2014.

2. ARAHAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN

1. Calon hendaklah berada di tempat duduk di dalam dewan/bilik peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan.

2. Calon dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua Pengawas Peperiksaan sekiranya tiba 30 minit selepas peperiksaan dimulakan. Calon mesti mengemukakan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan.

3. ARAHAN TENTANG KERTAS PEPERIKSAAN

Calon hendaklah:

1. Menyemak butiran kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan arahan pada muka hadapan kertas peperiksaan bagi memastikan calon mendapat kertas peperiksaan yang betul.

2. Memaklumkan kepada ketua pengawas peperiksaan dengan segera jika menerima kertas peperiksaan yang salah atau tidak lengkap.

3. Membaca dan mematuhi semua arahan pada muka hadapan dan muka belakang (jika ada) kertas peperiksaan sebelum peperiksaan dimulakan.

4. ARAHAN TENTANG KERTAS JAWAPAN DAN SKRIP PEPERIKSAAN

Calon hendaklah:

1. Menulis Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri dan Angka Giliran dengan jelas dan betul di muka hadapan soalan peperiksaan.

2. Menulis jawapan dengan menggunakan pena mata bola berdakwat hitam atau biru. Pensel atau pena mata bola berdakwat selain hitam atau biru boleh digunakan untuk melukis gambar rajah dan peta.

3. Menulis semua jawapan dalam Bahasa Melayu kecuali bagi kertas peperiksaan yang membenarkan atau memerlukan calon menjawab dalam bahasa lain.

4. Berada di tempat duduk yang ditetapkan semasa skrip jawapan peperiksaan dikumpul semula oleh Pengawas.

5. AMARAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN

1. Tidak dibenarkan keluar dari dewan/bilik peperiksaan 30 minit pertama peperiksaan dimulakan dan 10 minit terakhir sebelum peperiksaan ditamatkan kecuali dengan kebenaran Ketua Pengawas Peperiksaan.

2. Tidak dibenarkan membawa keluar kertas peperiksaan dari dewan/bilik peperiksaan.

3. Tidak dibenarkan mengganggu ketenteraman di dalam atau berhampiran dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.

4. Tidak dibenarkan memakai pakaian yang tidak sopan dan mencolok mata.

5. Tidak dibenarkan merokok di dalam dewan/bilik peperiksaan.

6. LARANGAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN

Calon dilarang:

1. Membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Ujian serta telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.

2. Menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.

3. Mendedahkan kertas ujian atau/dan jawapan ujian sehingga boleh dibaca oleh calon lain.

4. Memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.

5. Menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.

6. Menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada ketua pengawas peperiksaan.

7. Menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.

8. Membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.

9. Membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan sama ada yang belum atau pun yang telah digunakan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.

7. PERINGATAN

Calon yang melanggar sebarang peraturan peperiksaan dalam Bahagian C: 7. Larangan di Dewan/Bilik Peperiksaan dianggap salah laku dan akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan. Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku boleh dikenakan tindakan berikut:-

i. keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan ;

ii. keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan;

iii. keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan terbatal

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAANSAAN SEKSYEN 24(2)

UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

LAMPIRAN PEPERIKSAAN

1. Peperiksaan : UJIAN BERTULIS PENTAKSIRAN TINGKATAN 3

2. Tahun : 2014

3. Nama Kertas : BAHASA MELAYU

4. Kod Kertas : 02

5. Tempoh Masa: 2 jam

6. Tarikh : ISNIN (13/10/2014) Mula : 7.45 PAGI

Tamat : 9.45 PAGI

7. No. Pusat : BH089

8. Bilangan Kertas Soalan : ________________________________

PERINGATAN KEPADA KETUA PENGAWAS

1. Susun kertas jawapan mengikut tertib angka giliran yang kecil sekali di atas sebelum dibungkus.

A. PEPERIKSAAN

B. NOMBOR PUSAT

C. KOD MATA PELAJARAN

D. BIL. SKRIP MENGIKUT JADUAL

KEDATANGAN ASAL HADIR

TIDAK HADIR

Tandatangan ............................................................................................

Nama Ketua Pengawas ............................................................................

Tarikh ......................................................................................................

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24(2)

JALAN CILI BUNGAN 24/25 SEKSYEN 24, 40300 SHAH ALAM

PERATURAN PENTADBIRAN UJIAN BERTULIS

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)

UJIAN BERTULIS

1. PENGETUA

1. Menerima Takwim PT3, Jadual Waktu Ujian Bertulis PT3 dan Jadual Kerja Ujian Bertulis PT3 dari PPD dan mengedarkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran.

2. Menjalankan penjaminan kualiti bagi memastikan PT3 ditadbir mengikut tempoh dan prosedur yang ditetapkan oleh LP.

2. PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

1. Melantik Ketua Pengawas dan Pengawas untuk mentadbir Ujian Bertulis.

2. Menyerahkan instrumen pentaksiran 30 minit sebelum bermulanya ujian bertulis kepada Ketua Pengawas.

3. SETIAUSAHA PEPERIKSAAN

1. Menyediakan dewan/bilik peperiksaan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh LP dalam Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis.

2. Membantu Penolong Kanan Pentadbiran menyediakan jadual bertugas Ketua Pengawas dan Pengawas ujian bertulis PT3.

3. Mentadbir Ujian Bertulis mengikut Jadual Waktu Ujian Bertulis PT3 yang ditetapkan oleh LP.

4. Menerima skrip jawapan calon daripada Ketua Pengawas.

5. Menyerahkan skrip jawapan calon kepada Ketua Panitia.

4. GURU TINGKATAN

1. Memaklumkan Takwim PT3, Jadual Waktu Ujian Bertulis PT3, Jadual Kerja Ujian Bertulis PT3 dan Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan kepada calon PT3.

5. KETUA PANITIA

1. Menerima skrip jawapan calon daripada Setiausaha Peperiksaan.

6. KETUA PENGAWAS

1. Mentadbir Ujian Bertulis mengikut Jadual Waktu yang ditetapkan oleh LP.

2. Mengambil kedatangan calon PT3.

3. Mengambil instrumen pentaksiran 30 minit sebelum bermulanya ujian bertulis daripada Penolong Kanan Pentadbiran.

4. Mengedarkan instrumen pentaksiran kepada Pengawas.

5. Memastikan calon masuk ke dalam dewan/bilik peperiksaan mengikut masa yang ditetapkan (15 minit awal).

6. Membacakan Arahan dan Larangan Peperiksaan kepada calon PT3 sebelum ujian bermula.

7. Menerima skrip jawapan calon daripada Pengawas.

8. Mengira jumlah skrip jawapan calon mengikut pusat masing-masing.

9. Membungkus kembali skrip jawapan calon.

10. Menyerahkan skrip jawapan calon kepada Setiausaha Peperiksaan.

7. PENGAWAS

1. Mentadbir Ujian Bertulis mengikut Jadual Waktu yang ditetapkan oleh LP.

2. Berkumpul di Bilik Peperiksaan 1 sebelum ujian dimulakan.

3. Membacakan Arahan dan Larangan Peperiksaan kepada calon PT3 sebelum ujian bermula.

4. Menerima instrumen pentaksiran 30 minit sebelum bermulanya ujian bertulis.

5. Memulakan Ujian Bertulis mengikut masa yang telah ditetapkan.

6. Mengutip skrip jawapan calon apabila ujian bertulis tamat.

PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN

1. PENGETUA

1. Melantik Setiausaha Peperiksaan untuk memuat turun panduan penskoran ujian bertulis dari Aplikasi PT3.

2. Membuat verifikasi skor calon sebelum dihantar ke LP.

3. Mengesahkan skor calon yang dihantar ke Lembaga Peperiksaan oleh Setiausaha Peperiksaan telah diverifikasi.

2. PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

1. Memastikan Setiausaha Peperiksaan memuat turun panduan penskoran ujian bertulis dari Aplikasi PT3 dan menyerahkan panduan penskoran kepada Ketua Panitia.

2. Membantu Pengetua membuat verifikasi skor calon sebelum dihantar ke LP.

3. Mengesahkan skor calon yang dihantar ke Lembaga Peperiksaan oleh Setiausaha Peperiksaan telah diverifikasi.

3. SETIAUSAHA PEPERIKSAAN

1. Memuat turun panduan penskoran dari Aplikasi PT3 satu (1) hari selepas tamat ujian bertulis bagi setiap mata pelajaran.

2. Menyerahkan panduan penskoran kepada Ketua Panitia.

4. KETUA PANITIA

1. Menerima Panduan Penskoran daripada Setiausaha Peperiksaan satu (1) hari selepas tamat ujian bertulis bagi setiap mata pelajaran.

2. Menyerahkan panduan penskoran kepada guru mata pelajaran yang akan menjalankan pemeriksaan.

3. Membuat penyelarasan panduan penskoran bersama guru yang akan menjalankan pemeriksaan skrip jawapan calon.

4. Membuat moderasi pemeriksaan skrip jawapan calon bagi memastikan guru mata pelajaran memeriksa skrip jawapan berpandukan panduan penskoran dan bagi memastikan keseragaman dan ketekalan pemeriksaan.

5. Membuat verifikasi skor calon bagi memastikan skor yang diberikan kepada calon adalah berdasarkan skrip jawapan calon dan menepati keupayaan sebenar calon.

6. Menyerahkan skor murid kepada Pengetua untuk diverifikasi.

5. GURU MATA PELAJARAN

1. Menerima Panduan Penskoran daripada Ketua Panitia.

2. Membuat penyelarasan panduan penskoran bersama Ketua Panitia bagi mendapatkan kefahaman yang selaras.

3. Menjalankan pemeriksaan berpandukan panduan penskoran.

4. Membuat moderasi pemeriksaan skrip jawapan calon bersama Ketua Panitia dan Pentaksir Kawasan bagi memastikan keseragaman dan ketekalan pemeriksaan.

5. Membuat verifikasi skor calon bersama Ketua Panitia dan Pentaksir Kawasan bagi memastikan skor yang diberikan kepada calon adalah berdasarkan skrip jawapan calon dan menepati keupayaan sebenar calon.

6. Merekodkan skor calon dalam Aplikasi PT3.

7. Mencetak Borang Skor Calon dari Aplikasi PT3 dan membuat perbandingan skor pada skrip jawapan calon dengan skor pada Borang Skor Calon.

SPSK PK 05/4

REKOD PENGAMBILAN KERTAS SOALAN OLEH PENGAWAS PEPERIKSAAN

(Borang ini hendaklah disimpan oleh Setiausaha Peperiksaan)

Nama Peperiksaan: PT3

Tahun : 2014

Hari : ISNIN (13/10/2014)

|Bil |Nama Kertas Ujian |Nama Ketua Pengawas |T/tangan |No. Pusat |Bil Kertas Soalan |PK Pentadbiran |T/tangan |

|1 |Bahasa Melayu | | |BH137 | | | |

|2 |Bahasa Melayu | | |BH137 | | | |

|3 |Mathematics | | |BH137 | | | |

|4 |Mathematics | | |BH137 | | | |

Hari : SELASA (14/10/2014)

|Bil |Nama Kertas Ujian |Nama Ketua Pengawas |T/tangan |No. Pusat |Bil Kertas Soalan |PK Pentadbiran |T/tangan |

|1 |Bahasa Inggeris | | |BH137 | | | |

|2 |Bahasa Inggeris | | |BH137 | | | |

|3 |Science | | |BH0137 | | | |

|4 |Science | | |BH137 | | | |

REKOD PENYERAHAN SKRIP JAWAPAN OLEH KETUA PENGAWAS PEPERIKSAAN

(Borang ini hendaklah disimpan oleh Setiausaha Peperiksaan)

Nama Peperiksaan: PT3 Tahun : 2014

Hari : ISNIN (13/10/2014)

|Bil |Nama Kertas Ujian |Nama Ketua Pengawas |T/tangan |No. Pusat |Bil Skrip Jwp |Setiausaha Peperiksaan |T/tangan |

|1 |Bahasa Melayu | | |BH137 | | | |

|2 |Bahasa Melayu | | |BH137 | | | |

|3 |Mathematics | | |BH137 | | | |

|4 |Mathematics | | |BH137 | | | |

Hari : SELASA (14/10/2014)

|Bil |Nama Kertas Ujian |Nama Ketua Pengawas |T/tangan |No. Pusat |Bil Skrip Jwp |Setiausaha Peperiksaan |T/tangan |

|1 |Bahasa Inggeris | | |BH137 | | | |

|2 |Bahasa Inggeris | | |BH137 | | | |

|3 |Science | | |BH137 | | | |

|4 |Science | | |BH137 | | | |

REKOD PENYERAHAN SKRIP JAWAPAN KEPADA KETUA PANITIA MATA PELAJARAN

(Borang ini hendaklah disimpan oleh Setiausaha Peperiksaan)

Nama Peperiksaan: PT3 Tahun : 2014

Hari : ISNIN (13/10/2014)

|Bil |Nama Kertas Ujian |Nama Ketua Panitia |T/tangan |No. Pusat |Bil Skrip Jwp |Setiausaha Peperiksaan |T/tangan |

|1 |Bahasa Melayu | | |BH137 | | | |

|2 |Bahasa Melayu | | |BH137 | | | |

|3 |Mathematics | | |BH137 | | | |

|4 |Mathematics | | |BH137 | | | |

Hari : SELASA (14/10/2014)

|Bil |Nama Kertas Ujian |Nama Ketua Panitia |T/tangan |No. Pusat |Bil Skrip Jwp |Setiausaha Peperiksaan |T/tangan |

|1 |Bahasa Inggeris | | |BH137 | | | |

|2 |Bahasa Inggeris | | |BH137 | | | |

|3 |Science | | |BH137 | | | |

|4 |Science | | |BH137 | | | |

-----------------------

VVISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

BERILMU, BERAKHLAK, BERWAWASAN

Tingkah laku yang boleh diukur

Nama : ……………………………………………………. Kelas :…………………………………….

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24(2),SHAH ALAM

Ujian bulanan 1 (Mac) 2015

Bahasa Melayu Tingkatan 3

Masa : 1 Jam

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

………………………………. ……………………………… ………………………………….

( ) ( ) ( )

[pic]

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24(2),SHAHLAM

JALAN CILI BUNGA 24/25 SEKSYEN 24

40300 SHAH ALAM

[pic][?] |hŒF÷hŒF÷5?CJOJQJ^J[?]aJmH

sH

%h˜^Y5?CJOJQJ^J[?]aJmH

sH

%hŒF÷5?CJOJQJ^J[?]aJmH

sH

%hXbC5?CJOJQJ^J[?]aJmH

sH

hØhjh¿FU[pic]mHnHu[pic]hÝdhÝd5?OJQJ

hÝdOJQJ

h´(³OJQJ

JADUAL WAKTU UJIAN BERTULIS

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3

&

GARIS PANDUAN DAN ARAHAN PEPERIKSAAN

LEMBAGA PEPERIKSAAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download