Smktppanitiaperdagangan1 | Just another WordPress.com site



SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN PERAK,

JALAN SALLEH, MUAR, JOHOR

Tarikh : 30 Disember 2010 (Khamis)

Masa : 10.30 pagi

Tempat : Bilik Gerakan Lama, SMK Tun Perak

Pengerusi : Tn Hj Jamaluddin Bin Mohd Nor

Kedatangan : 1. Puan Suhaila Binti Khalid @ Salleh

2. Puan Alhanoona Binti Abdul Rashid

Agenda : 1.0 Ucapan Pengerusi

2.0 Sukatan Pelajaran

3.0 Buku Persediaan Mengajar

4.0 Work Load (Beban Tugas)

5.0 Penyeliaan Buku Nota / Buku Latihan / Buku Kerja / Kerja Kursus

6.0 Pencerapan dan Penyeliaan Guru

7.0 Pengurusan Peperiksaan dan Ujian

8.0 Head Count dan Post Mortem

9.0 Program Panitia (Pelan Strategik)

10.0 Plan J

11.0 Anggaran Belanjawan

12.0 Sistem Fail (SPSK)

13.0 Hal-Hal Lain

AGENDA 1.0 : UCAPAN PENGERUSI

1. Tn Hj Jamaluddin Bin Mohd Nor selaku Guru Kanan Bidang Teknik dan Vokasional mempengerusikan mesyuarat kali pertama sesi 2011 ini.

2. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru Perdagangan dapat meluangkan masa menghadirkan diri dalam mesyuarat ini.

3. Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat ini tidak akan mengambil masa yang lama kerana beliau ada tugas lain yang perlu dilakukan.

AGENDA 2.0 : SUKATAN PELAJARAN

2.1 Guru-guru perlu menyediakan sukatan pengajaran tahunan seperti biasa dan mengikut format yang terkini.

2.2 Huraian dan sukatan perlu difailkan dan perlu sentiasa ada bersama buku rekod mengajar kerana jika ada pemantauan sukatan pelajaran dapat dicari dalam masa kurang daripada 5 minit.

2.3 Guru-guru perlu menyediakan sukatan pelajaran tersebut dalam minggu pertama persekolahan kerana pengetua akan menyemaknya.

Makluman : Semua Guru

AGENDA 3.0 : BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR

3.1 Untuk tahun 2011, guru-guru tidak dibenarkan menggunakan fail lagi dan hanya perlu menggunakan buku persediaan mengajar yang telah dibekalkan oleh PKPSM dan ditulis tangan sahaja.

3.2 Buku persediaan mengajar perlu dihantar pada hari Jumaat mengikut senarai nama yang akan disediakan oleh GPK 1.

3.3 Buku persediaan mengajar akan dihantar kepada pengetua sebulan sekali.

3.4 Buku persediaan perlu sentiasa dibawa semasa memasuki kelas. Jika guru tidak hadir sama ada cuti sakit, menghadiri kursus dan sebagainya, buku rekod perlu dipegang oleh guru ganti atau guru relief.

3.5 Perkara-perkara yang perlu ada dalam buku rekod mengajar adalah tajuk, sub-tajuk, objektif pembelajaran, aktiviti, KBKK, BBM dan refleksi. Perlu diingatkan bahawa refleksi ditulis selepas P&P bukannya sebelum mengajar.

3.6 Guru-guru perlu menggunakan pen dakwat hitam semasa menulis buku persediaan mengajar masing-masing.

3.7 Guru-guru boleh melengkapkan maklumat-maklumat yang diperlukan dalam buku persediaan mengajar tersebut.

Tindakan : Semua Guru

AGENDA 4.0 : WORK LOAD (BEBAN TUGAS)

4.1 Pengerusi membincangkan tentang jadual waktu guru-guru.

4.2 Guru Perdagangan bagi tahun 2011 ialah :

4.1.1 Puan Suhaila Binti Khalid@Salleh - Kelas 4 DEDIKASI, 5 INTELEK, 5 BESTARI

4.1.2 Puan Alhanoona Binti Abdul Rashid - Kelas 4 INTELEK,4 BESTARI, 5 DEDIKASI

Makluman : Semua Guru

AGENDA 5.0 : BUKU NOTA/ BUKU LATIHAN / BUKU KERJA / KERJA KURSUS

5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa panitia boleh membeli buku kerja untuk kegunaan pelajar dan digunakan bersama.

5.2 Pengerusi juga memaklumkan boleh buat pilihan sama ada beli satu buku kerja dan kemudian diperbanyakkan atau pun beli buku kerja dalam kuantiti yang banyak untuk kegunaan pelajar tetapi perlu merujuk kepada kewangan yang diperuntukan kelak.

5.3 Pencerapan buku latihan pelajar adalah sekurang-kurangnya sekali setahun dan akan disemak mengikut senarai yang akan disediakan oleh GPK 1 kelak. Buku pelajar perlu disemak dan ditanda oleh guru terlebih dahulu kemudian guru perlu menghantar sebanyak 10 buah buku kepada ketua bidang untuk disemak.

5.4 Guru-guru perlu menyediakan senarai nama pelajar dan ditandakan nama yang menghantar buku kepada Ketua Bidang.

5.5 Puan Suhaila memaklumkan bahawa untuk Perdagangan, modul yang mengandungi nota ringkas akan digunakan oleh semua pelajar yang mengambil Perdagangan. Modul itu masih lagi dalam proses diriso. Pengetua telah mengizinkan supaya modul tersebut digunakan mengikut kehendak jawatankuasa daerah Panitia Perdagangan.

Makluman : Semua Guru

AGENDA 6.0 : PENCERAPAN DAN PENYELIAAN GURU

6.1 Pengerusi memaklumkan pencerapan dan penyeliaan guru dijalankan sekurang-kurangnya dua kali setahun sama ada secara formal atau tidak formal. Guru-guru perlu sentiasa bersedia untuk dicerap.

6.2 Pencerapan secara formal adalah di mana temujanji akan dibuat terlebih dahulu dengan guru yang akan dicerap manakala secara tidak formal GKMP mungkin hanya meminta buku persediaan mengajar sahaja, melihat kepada personaliti guru yang dicerap, kawalan kelas dan sebagainya.

Makluman : Semua Guru

AGENDA 7.0 : PENGURUSAN PEPERIKSAAN DAN UJIAN

7.1 Pengerusi memaklumkan sekolah akan menjalankan sebanyak lima kali ujian dan peperiksaan mengikut headcount.

7.2 Jadual guru yang membuat soalan untuk Perdagangan adalah seperti berikut :

JADUAL TUGAS MENYEDIAKAN SOALAN TAHUN 2011

|Tingkatan |Tingkatan 4 |Tingkatan 5 |

| | | |

|Ujian/Pep | | |

|Penilaian Kurikulum |Pn. Alhanoona |Pn Suhaila |

|1 | | |

|Penilaian |Pn Suhaila |Pn Alhanoona |

|Kurikulum 2 | | |

| Pep. Setengah |Kertas 1 dan 2 : | |

|Tahun |Pn. Alhanoona |Kertas 1 dan 2: |

|(disediakan oleh daerah) | |Pn. Suhaila |

| | | |

|Penilaian |Pn Alhanoona |Pn Suhaila |

|Kurikulum 3 | | |

|Pep. Akhir |Kertas 1 dan 2 : | |

|Tahun, |Pn. Suhaila |Kertas 1 dan 2: |

|Percubaan SPM | |Pn. Alhanoona |

|(disediakan oleh daerah dan| | |

|JPNJ) | | |

7.3 Pengerusi memaklumkan bahawa ujian penilaian kurikulum 1,2 dan 3 akan disediakan oleh guru yang ditugaskan, manakala soalan pertengahan tahun dan akhir tahun disediakan oleh daerah dan soalan percubaan oleh pihak jabatan pendidikan negeri. Guru-guru yang dipertanggungjawabkan perlu melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin.

Makluman : Semua Guru

AGENDA 8.0 : HEADCOUNT DAN POST MORTEM

8.1 Semua guru perlu menyediakan headcount seperti yang dilakukan sebelum ini.

8.2 Setiap headcount perlu ada TOV, OT dan ETR. Format perlulah mengikut format yang terkini.

8.3 TOV bagi pelajar tingkatan 4 adalah berdasarkan keputusan penilaian kurikulum 1 manakala pelajar tingkatan 5 TOV nya berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun 2010.

8.4 Laporan Post Mortem perlu diadakan setiap kali ujian dan peperiksaan dijalankan kelak.

Makluman : Semua Guru

AGENDA 9.0 : PROGRAM PANITIA (PELAN STRATEGIK)

9.1 Pengerusi mengucapkan tahniah kerana ketua panitia berjaya menyiapkan dan menghantar pelan strategik seperti yang dikehendaki.

9.2 Pengerusi berharap apa yang dirancangkan akan dilaksanakan mengikut takwim.

9.3 Pengerusi juga memaklumkan bahawa pada bulan April akan diadakan minggu bagi setiap bidang dan bidang Teknik Dan Vokasioanal adalah pada minggu kedua bulan April. Satu jawatankuasa akan ditubuhkan untuk memastikan perjalanan minggu Teknik Dan Vokasioanal berjalan dengan lancar.

9.4 Panitia boleh membuat program lain untuk pelajar seperti ‘immersion’ dan sebagainya tetapi perlulah menyediakan kertas kerja sebelum apa-apa program dijalankan.

Tindakan : Semua Guru

AGENDA 10.0 : PLAN J

10.1 Plan J akan dikuatkuasakan pada tahun 2011.

10.2 Pengerusi menerangkan bahawa Plan J adalah berkaitan soalan-soalan latihan yang perlu dilakukan oleh pelajar mengikut aras.

10.3 Setiap kelas yang diajar mempunyai Plan J kerana tahap penguasaan pelajar adalah berbeza-beza dan pihak sekolah akan menentukan bilangan soalan latihan mengikut tahap penguasaan pelajar mengikut sub topik.

10.4 Soalan secara lisan boleh diterima tetapi perlulah didokumentasikan sebagai Plan J.

10.5 Guru-guru perlu mencari soalan mengikut sub topik dan mengikut aras. Soalan yang disediakan tidak perlu banyak kerana mengikut tahap pelajar.

10.6 Plan J perlu dimasukkan dalam fail khas dan GKMP akan memberi formatnya kelak.

Tindakan : Semua Guru

AGENDA 11.0 ANGGARAN BELANJAWAN

11.1 Peruntukan kewangan bagi setiap panitia perlulah tunggu sehingga ketua bidang bermesyuarat.

11.2 Anggaran Belanjawan adalah berdasarkan aktiviti yang dirancangkan dan perlu menyediakan kertas kerja dan setiap permohonan perlu ada nota minta.

11.3 Semua invois yang diperolehi juga perlu disimpan dalam fail.

11.4 Pastikan pada bulan Mei panitia perlu membelanjakan peruntukan yang diberikan.

Tindakan : Ketua Panitia

AGENDA 12.0 : SISTEM FAIL (SPSK)

11.1 7 buah fail akan digunakan oleh setiap panitia berbanding 10 fail sebelum ini. Setiap fail perlu dikemaskini dari masa ke masa.

11.2 Pengerusi memaklumkan bahawa 1 fail iaitu Fail Induk berwarna putih perlu disimpan dalam pejabat supaya jika ada pemantauan oleh pihak Nazir fail itu yang akan ditunjukkan. Manakala 6 buah fail lagi dengan menggunakan fail kulit keras warna putih akan disimpan oleh ketua panitia sendiri.

11.3 Maklumat tentang fail panitia akan diberitahu kelak

Tindakan : Ketua Panitia

AGENDA 12.0 : HAL-HAL LAIN

12.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Rancangan Mengajar seseorang guru perlu selaras dengan Plan J yang akan disediakan kelak.

Mesyuarat panitia ekonomi asas ini ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

………………………………………….. …………………………………………………….

(SUHAILA BTE KHALID@SALLEH) (JAMALUDDIN BIN MOHD NOR)

Ketua Bidang Teknik dan Vokasional

SMK Tun Perak

-----------------------

CATATAN MINIT MESYUARAT PANITIA PERDAGANGAN

KALI PERTAMA SESI 2011

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download