MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI



PANDUAN PEPERIKSAAN KELAYAKAN BAGI MEMASUKI PERKHIDMATAN JAWATAN

MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI

1. Calon-calon perlu menjawab 50 soalan objektif

2. Masa yang diperuntukkan adalah 30 minit

3. Hitamkan pilihan jawapan dengan PEN di dalam kertas jawapan yang disediakan.

4. Calon-calon perlu mengisi nombor kad pengenalan dan jawatan yang dipohon dengan jelas di kertas jawapan yang disediakan.

5. Pastikan buku soalan dan kertas jawapan anda diserahkan kepada Ketua Pengawas / Pengawas peperiksaan sebelum meninggalkan dewan peperiksaan.

6. Sila gunakan kertas yang disediakan jika perlu membuat pengiraan. Sebarang pengiraan atau contengan di dalam buku soalan adalah dilarang.

7. Penggunaan alat pengiraan sama ada manual atau elektronik adalah tidak dibenarkan. Sila matikan atau silent mood telefon bimbit.

8. Setiap calon DILARANG sama sekali meniru atau berbincang semasa peperiksaan dijalankan

9. Anda boleh diarahkan meninggalkan dewan peperiksaan dengan serta merta jika didapati gagal mematuhi peraturan yang dinyatakan.

10. Anda tidak dibenarkan meninggalkan dewan peperiksaan 5 minit selepas peperiksaan bermula dan 5 minit sebelum peperiksaan tamat.

11. Peperiksaan ini akan menguji pengetahuan calon-calon mengenai Pengetahuan Am, Pengetahuan Berkaitan Bidang Kerja, Dasar-Dasar Kerajaan, I.Q serta Sikap.

12. Calon-calon dikehendaki berpakaian pejabat ketika menghadiri peperiksaan ini.

13. Calon-calon tidak boleh meminda dan menunda tarikh serta masa peperiksaan

CONTOH-CONTOH SOALAN

Tahap pengetahuan dan kesukaran soalan-soalan yang diberikan adalah mengikut skim dan gred perjawatan yang dipohon oleh calon.

Pengetahuan Am

1. Organisasi pembentukan dasar negara yang tertinggi adalah ……………..

A. Majlis Dasar Negara

B. Kabinet

C. Majlis Tertinggi Negara

D. Yang DiPertuan Agong

Pengetahuan Berkaitan Bidang Kerja Pembantu Operasi

1. Dokumen berikut merupakan dokumen yang lazimnya dihantar oleh Pembantu Operasi.

A. Notis Cukai Taksiran

B. Surat panggilan mesyuarat dalaman

C. Surat berdaftar

D. Waran tahanan harta alih

Pengetahuan Berkaitan Bidang Kerja Penolong Arkitek Landskap

1. Berapakah ukurlilit (dia.) pokok matang yang tertakluk di bawah Peruntukan Khas -Perintah Pemeliharaan Pokok Seksyen 35H?

a. 0.5m ukurlilit

b. 0.6m ukurlilit

c. 0.7m ukurlilit

d. 0.8m ukurlilit

Dasar-Dasar Kerajaan

1. Dasar Pelajaran Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 adalah berteraskan kepada Penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960 yang menumpukan aspek-aspek berkaitan perpaduan negara. Sila pilih penyataan yang PALING TEPAT menggambarkan Dasar Pelajaran Kebangsaan

A. Sekolah-sekolah vernakular terpisah antara satu sama lain mengikut kedudukan geografi dan taburan penduduk.

B. Mewujudkan sistem pendidikan yang bersifat demokrasi dari segi peluang dan kualiti menerusi pengagihan peruntukan yang adil serta kurikulum dan peperiksaan yang sama kandungannya.

C. Menumpukan kepada pendidikan agama yang lebih teratur seperti Sekolah Pondok.

D. Menggalakkan guru-guru yang mengajar di sekolah Cina dibawa masuk dari China dan guru-guru tempatan turut dilatih mengikut sistem dari negara China.

IQ

1. Antara 1kg beras, 1 kg batu dan 1kg kapas yang manakah yang lebih berat?

A. Kapas

B. Beras

C. Batu

D. Sama berat

SIKAP

2. Melaksanakan tugas dengan amanah, bersih dan jujur adalah nilai-nilai utama seorang pekerja

A. Tidak setuju

B. Setuju

DESKRIPSI TUGAS PEMBANTU OPERASI

|1. |Mengurus penerimaan surat-surat dalaman dan luaran |

|2. |Menghantar serta merekod semua surat dan dokumen-dokumen yang telah siap diproses, serta lain-lain surat yang berkaitan dengan |

| |hal-ehwal jabatan kepada semua jabatan- jabatan lain |

|3. |Menyelaras penerimaan surat-surat dalaman dan luaran untuk diagihkan mengikut tugas kepada Pengarah, Timbalan Pengarah, Penolong |

| |Pengarah, Penolong Pegawai Tadbir, Pembantu Tadbir Kanan |

|4. |Mengambil surat dan dokumentasi yang telah ditandatangani oleh YDP, SUP untuk diagihkan mengikut spesifikasi kepada Pengarah |

| |jabatan |

|5. |Mengendali penggunaan dan penyelenggaraan mesin photostat dan telefaks |

|6. |Mengurus semua faks yang diterima untuk direkodkan sebelum diserahkan kepadajabatan-jabatan yang berkenaan |

|7. |Mengurus kaunter khidmat pelanggan jabatan |

|8. |Menyelaras serta menyemak terlebih dahulu semua surat-surat serta dokumentasi yang telah siap ditandatangani oleh Pengarah jabatan|

| |sebelum diagihkanmengikut spesifikasi tugas kepada Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah, PenolongPegawai Tadbir dan Pembantu |

| |Tadbir Kanan |

|9. |Memastikan tahap kebersihan pejabat serta susunan surat-surat dalam tray-in bilik Pengarah, Timbalan Pengarah dan Penolong |

| |Pengarah dalam keadaan baik dan teratur |

|11. |Memastikan terlebih dahulu semua pintu bilik Pengarah, Timbalan Pengarah, PenolongPengarah dan pintu utama dikunci, serta |

| |komputer, lampu-lampu dan lain-lain suis peralatan pejabat dimatikan sebelum pulang |

|12. |Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa |

| |DESKRIPSI TUGAS PENOLONG ARKITEK LANDSKAP |

1. Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja lapangan, surihan, penyediaan lukisan ilustrasi, penyediaan pelan dan dokumentasi, pemantauan, pemuliharaan landskap, penyelidikan dan pengurusan.

2. Melaksanakan kerja-kerja pengumpulan maklumat untuk perancangan dan reka bentuk projek pembangunan landskap.

3. Menyediakan cadangan reka bentuk, pelan-pelan konsep dan laporan cadangan kos projek-projek pembangunan landskap.

4. Melaksanakan pembinaan projek pembangunan landskap dan menyedia program pembangunan rekreasi.

5. Melaksanakan kerja-kerja pemantauan penggunaan dan penguatkuasaan dasar, akta, garis panduan dan peraturan berhubung dengan landskap.

6. Memantau aduan-aduan berkaitan landskap dan pemotongan pokok

7. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa

[pic]

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download

To fulfill the demand for quickly locating and searching documents.

It is intelligent file search solution for home and business.

Literature Lottery