Pengarah Jabatan Pentadbiran, Kementerian Hal Ehwal



IKLAN LELONG SECARA TAWARAN AWAM

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI

Adalah dengan ini Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri akan mengadakan Jualan Lelong Secara Tawaran Awam bagi 5 unit Kipas Angin dan 1 unit Vacuum.

Barang-barang yang dilelong boleh dilihat di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Jalan Subok. Pembeli/pengusaha/syarikat yang berminat diminta membuat perjanjian terlebih dahulu sebelum melihat barang-barang yang hendak dilelong melalui talian telefon 2261177 Bahagian Pengurusan Aset.

Borang tawaran boleh didapati di Bahagian Pengurusan Aset, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Jalan Subok, Negara Brunei Darussalam. Borang yang telah lengkap diisikan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran yang beralamat:

Tingkat Bawah

Bangunan Utama

Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri

Jalan Subok, Negara Brunei Darussalam

Tarikh Tutup: Hari Rabu, 3 Julai 2019, Jam 2:30 petang

Semua tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat dan ditutup rapi (sealed). Pada bahagian atas sampul surat hendaklah hanya dituliskan;

Bilangan Tawaran: 05/ASSET.MFA/2019

Jualan Lelong Secara Tawaran Awam bagi 5 unit Kipas Angin dan 1 unit Vacuum

Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri

DO NOT OPEN BEFORE 2:30 p.m, 3 July 2019

Jualan lelong berkenaan tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:

• Bayaran adalah secara tunai dalam tempoh satu minggu (7) hari setelah pembeli/pengusaha/syarikat dimaklumkan berjaya bagi tawaran awam ini,

• Pembeli/pengusaha/syarikat yang membuat tawaran harga paling tinggi akan dikira Berjaya,

• Pembeli/pengusaha/syarikat yang gagal membuat bayaran secara tunai dalam masa yang telah ditetapkan akan menyebabkan pembelian dibatalkan dan harga yang kedua paling tinggi akan dikira berjaya dalam tawaran tersebut atau tertakluk kepada peraturan dari pihak Kementerian Kewangan dan Ekonomi,

• Pembeli/pengusaha/syarikat yang berjaya mestilah memunggah barang-barang tersebut dalam tempoh satu minggu setelah dimaklumkan berjaya. Sebarang aduan kehilangan selepas tempoh tersebut tidak akan dilayan.

• Pembeli/pengusaha/syarikat yang berjaya dalam tawaran awam ini akan dimaklumkan setelah penilaian dibuat dan keputusan penilaian adalah muktamad.

-----------------------

BAHAGIAN PENGURUSAN ASET

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI

[pic]

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download