TENDER ICT TAHUN 2005 - Marine



KERTAS CADANGAN UNTUK PEMBAHARUAN LANGGANAN ENVIRONMENTAL DATA SERVER (EDS) BAGI SISTEM SIMULASI PERGERAKAN TUMPAHAN MINYAK (OIL SPILL TRAJECTORY) DAN TUMPAHAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA (CHEMICAL SPILL TRAJECTORY) KEPADA SYARIKAT RPS APASA, AUSTRALIA

1. TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memohon kelulusan teknikal daripada Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk pembaharuan langganan Environmental Data Server (EDS) bagi sistem Oil Spill Trajectory dan Chemical Spill Trajectory kepada syarikat RPS APASA, Australia selaras dengan arahan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 7/2013. Permohonan pembaharuan ini adalah permohonan secara ‘blanket approval’ iaitu bagi tempoh 5 tahun daripada kesinambungan langganan yang sedia ada iaitu akan tamat pada November 2017 dan pembaharuan langganan seterusnya sehingga tamat pada tahun Disember 2022. Langganan EDS daripada RPS APASA adalah keperluan utama bagi membuat model trajektori tumpahan minyak atau cecair bahan berbahaya HNS pada sistem yang dimiliki. Sehubungan dengan itu, harapan UPASM untuk memastikan sistem Oil Spill Trajectory dan Chemical Spill Trajectory sentiasa berfungsi dengan baik dan kesiapsagaan Jabatan Laut Malaysia dalam menghadapi sebarang insiden yang melibatkan tumpahan minyak atau bahan kimia berbahaya di laut.

2. PERANAN DAN FUNGSI ORGANISASI

Jabatan Laut Malaysia terdiri daripada Pejabat Ketua Pengarah dan lima (5) bahagian, iaitu:

▪ Bahagian Khidmat Pengurusan

▪ Bahagian Hal-Ehwal Pelaut & Pelabuhan (HEPP)

▪ Bahagian Kawalan Industri (BKI)

▪ Bahagian Keselamatan Pelayaran (BKP)

▪ Institut Latihan Pentadbiran & Pengurusan Pengangkutan Laut (ILPPPL)

Pejabat Ketua Pengarah dan kelima-lima bahagian ini dibahagikan pula kepada unit-unit yang mempunyai fungsi tersendiri. Peranan dan tanggungjawab setiap fungsi berkenaan adalah seperti dalam Jadual 1 di bawah:-

| | |

|Fungsi |Peranan dan Tanggungjawab |

| | |

|Pejabat Ketua Pengarah | |

| | |

|Pejabat Ketua Pengarah |Pentadbiran Pejabat Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah |

| | |

| |Hal-ehwal undang-undang yang berkaitan dengan pengangkutan laut dan |

|Undang-undang |undang-undang lain yang berkaitan |

| | |

| |Pengurusan dan pemantauan projek-projek pembangunan yang dilaksanakan oleh |

| |Jabatan Laut di bawah RMKe -10 |

|Pembangunan | |

| | |

| | |

| | |

|Bahagian Khidmat Pengurusan | |

| | |

|Pengurusan Sumber Manusia |Bertanggungjawab terhadap hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran |

| |kakitangan. |

|Pengurusan Kewangan & Akaun Amanah | |

| |Bertanggungjawab terhadap hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan kewangan.|

|Teknologi Maklumat & Kerajaan Elektronik | |

| |Bertanggungjawab terhadap perancangan, pembangunan dan penyelenggaraan |

| |projek-projek ICT Jabatan. |

| | |

|Bahagian Hal-Ehwal Pelaut dan Pelabuhan | |

| | |

|Pembangunan Pelaut | |

| |Bertanggungjawab mengurus perkhidmatan untuk pelaut-pelaut dengan |

| |perancangan pembangunan dan program kebajikan melalui pengurusan dana |

| |Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut yang cekap dan teratur. |

| | |

| |Bertanggungjawab mengurus permohonan bagi tujuan peperiksaan, perakuan |

|Peperiksaan & Perakuan Pelaut |kekompetenan dan sijil-sijil kursus modular bagi pelaut-pelaut berdaftar di |

| |Malaysia serta urusan pelaut asing mengikuti pengajian di institusi latihan |

| |yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. |

| | |

| |Bertanggungjawab memastikan institusi latihan pelaut Malaysia dan |

| |pelaut-pelaut yang mengendalikan kapal yang berdaftar di Malaysia telah |

|Penilaian & Standard Latihan |mencapai standard yang ditetapkan oleh Kerajaan dan Pertubuhan Maritim |

| |Antarabangsa. |

| | |

| |Bertanggungjawab mengurus dan memantau hal-ehwal berkaitan pelabuhan, jeti |

| |dan terminal termasuk perkhidmatan feri, kargo dan urusan perdagangan tukar |

|Pengurusan Pelabuhan, Kargo & Barter Trade |barang di bawah bidangkuasa Jabatan Laut Malaysia. |

| | |

|Bahagian Kawalan Industri | |

| | |

|Penguatkuasaan Kod International Safety of Port and |Bertanggungjawab terhadap penguatkuasaan undang-undang di bawah Malaysia |

|Ship (ISPS) |Shipping Ordinance (MSO), menyiasat kes pelanggaran kapal di perairan negara|

| |dan juga di luar negara yang melibatkan kapal Malaysia. |

| | |

| | |

| |Bertanggungjawab terhadap pendaftaran dan persijilan kapal-kapal yang |

|Pendaftaran Kapal |mengibarkan bendera Malaysia dan pendaftaran bot-bot. |

| | |

| |Bertanggungjawab ke atas pemeriksaan keselamatan kapal-kapal Malaysia. |

| | |

|Pengurusan Keselamatan Kapal |Bertanggungjawab terhadap urusan pengeluaran sijil-sijil statutori bagi |

| |kapal-kapal Malaysia supaya berada dalam keadaan layak belayar dan mematuhi |

|Akreditasi Kapal |peraturan-peraturan Konvensi dan Bukan Konvensi |

| | |

|Bahagian Keselamatan Pelayaran | |

| | |

|Perkhidmatan Traffik Maritim | |

| |Bertanggungjawab mengurus pengumpulan data dan statistik jumlah serta jenis |

| |kapal yang melalui Selat Melaka dan statistik mengenai kemalangan laut. |

| | |

|Keselamatan Maritim (Hidro) |Bertanggungjawab merancang dan melaksana ukur hidrografi dan mengurus |

| |aktiviti pengerukan. |

| | |

|Bantuan Pelayaran |Bertanggungjawab menyelaras projek-projek pembinaan alat bantuan pelayaran |

| |dan menyenggara / membaikpulih alat bantuan pelayaran. |

| | |

| |Bertanggungjawab dalam latihan dan penyediaan kontigensi serta menyelaras |

| |penyiasatan kejadian pencemaran. |

|Kontigensi Maritim | |

| | |

|Institut Latihan Pentadbiran & Pengurusan | |

|Pengangkutan Laut | |

| | |

|Khidmat Pengurusan |Bertanggungjawab mengurus sumber manusia, kewangan, aset dan pusat sumber |

| |institut serta menyediakan sokongan dari aspek ICT dan sebagai pendaftar |

| |peserta kursus. |

| | |

| |Bertanggungjawab merancang, mengurus dan melaksana latihan yang berkenaan |

|Pembangunan Latihan |dengan kompetensi, peningkatan kemahiran, industri maritim dan teknikal |

| |antarabangsa. |

| | |

| |Bertanggungjawab dalam menjalankan dan menerbit hasil kajian serta merangka,|

| |mengurus dan mengendali latihan berbentuk simulator. |

|Penyelidikan dan Pembangunan | |

Jadual 1: Peranan dan Fungsi Utama Jabatan

Carta organisasi Jabatan Laut Malaysia adalah seperti di Lampiran 1.

3. PENGENALAN LANGGANAN ENVIRONMENTAL DATA SERVER (EDS) BAGI OIL SPILL TRSJECTORY DAN CHEMICAL SPILL TRAJECTORY

|Kementerian/ Agensi |JABATAN LAUT MALAYSIA |

|Tajuk |Permohonan Pembaharuan Langganan EDS bagi Sistem Simulasi |

| |Pergerakan Tumpahan Minyak (Oil Spill Trajectory) dan |

| |Tumpahan Bahan Kimia Berbahaya (Oil Spill Trajectory) |

| |daripada Syarikat RPS APASA |

|Kelulusan JPICT |18 Ogos 2016 (JPICT JLM Bil. 3 / 2016) rujuk UTMKE |

|Langganan terkandung dalam Pelan Strategik ICT |Tiada |

|Tempoh Langganan |05 tahun |

| |2017/11/30 jangka mula |

| |2022/11/30 jangka akhir |

|Anggaran Kos Keseluruhan |RM 515,466.82 |

|Kaedah Perolehan |Rundingan Terus kepada syarikat RPS APASA |

|Sumber Peruntukan |Bahagian Keselamatan Pelayaran (BKP) dibawah OS 29000 |

4. OBJEKTIF DAN FUNGSI

|Objektif |Meningkatkan tahap pelan tindakan dan strategik yang lebih|

| |berkesan dalam mengawal dan memantau pergerakan tumpahan |

| |minyak dan tumpahan bahan kimia terbabit. |

|Fungsi |Mempertingkatkan kecekapan sistem sokongan Jabatan Laut |

| |Malaysia dalam pengoperasian bersepadu dalam mengawal |

| |tumpahan minyak dan tumpahan bahan kimia di kawasan |

| |terbabit. |

|Skop / Kedudukan Peralatan |1) 3 Lesen (USB Dongle) OILMAP |

| |2 : UPASM,IPL |

| |1 : JLW Selatan |

| |2) 3 Lesen (USB Dongle) CHEMMAP |

| |UPASM,IPL |

| |Pejabat Laut Labuan |

| |Pejabat Laut Bintulu |

| | |

5. RASIONAL / JUSTIFIKASI YANG MEMBAWA KEPADA LANGGANAN SISTEM OIL SPILL TRAJECTORY DAN CHEMICAL SPILL TRAJECTORY KEPADA SYARIKAT RPS APASA, AUSTRALIA

5.1.Tujuan

5.1.1 Sistem Oil Spill Trajectory dan Chemical Spill Trajectory ini perlu diteruskan langganannya pada tahun-tahun hadapan adalah kerana :

a. Sistem simulasi ini membantu pihak Jabatan dalam menyusun strategi yang berkesan bagi mengambil plan tindak balas yang sesuai apabila mengetahui arah pergerakan tumpahan minyak atau bahan kimia terbabit;

b. Data simulasi ini juga menjadikan plan tindak balas lebih berkesan dan efisen, ini kerana anggota Jabatan dapat tiba ke lokasi kejadian dengan tepat dan menjalankan kerja-kerja melawan / pembersihan awal tumpahan minyak atau bahan kimia;

c. Sistem Simulasi sedia ada dapat mengesan lokasi tumpahan walaupun minyak sudah dikesan terdampar di pantai, ini dinamakan semulasi ke belakang (backtrack);

d. Sistem simulasi ini dapat mengurangkan impak ke persekitaran marin yang sensitif seperti eco perikanan, eco pelancongan, paya bakau dan penempatan penduduk dengan mengambil tindakan awal (beach boom) setelah data semulasi diperolehi.

4.

5.

1.

2. Latar Belakang

i. Perkhidmatan Unit Perlindungan Alam Sekitar Marin (UPASM) yang diwujudkan oleh pihak berkuasa bertujuan untuk menentukan sistem perlindungan alam sekitar marin yang efektif supaya perairan Malaysia bebas daripada pencemaran laut. Perlaksanaan UPASM tertakluk di bawah peruntukan International Convention for the Prevention of Pollution from Ships, 1973 as modified by the Protocol of 1978 (MARPOL 73/78) Annex I,Annex II Regulation 1.10 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, (Bahagian VA);

ii. Memandangkan kapal-kapal yang melalui Selat Melaka adalah pelbagai termasuk yang mengangkut kargo seperti minyak mentah, barangan pukal dan juga bahan-bahan kimia bersifat HNS. Oleh yang demikian, perairan Negara adalah terdedah dengan risiko pencemaran dari kapal-kapal yang membawa kargo HNS ini. Kegagalan bertindak secara efisien dan efektif didalam pengawalan insiden pencemaran HNS boleh mengakibatkan kerugian yang besar kepada Negara terutamanya dari aspek ekonomi dan alam sekitar marin. Sistem ini akan dapat meningkatkan kawalan terhadap insiden pencemaran HNS dan meminimakan tahap kesan insiden pencemaran HNS;

iii. Pembayaran langganan akan menggunakan peruntukan Bahagian Keselamatan Pelayaran dibawah OS 29000.

Lampiran B

LAPORAN RINGKASAN PEMBAHARUAN LANGGANAN ENVIRONMENTAL DATA SERVER (EDS) BAGI SISTEM SIMULASI OIL SPILL TRAJECTORY DAN CHEMICAL SPILL TRAJECTORY KEPADA SYARIKAT RPS APASA, AUSTRALIA UNTUK DILULUSKAN/DISELARASKAN DI PERINGKAT JPICT KEMENTERIAN/AGENSI

Nama Agensi : Jabatan Laut Malaysia.

Alamat : Jabatan Laut Malaysia ,

IBU Pejabat Laut.

Jalan Limbungan ,

Pelabuhan Kelang

Selangor D.E

|Bil |Nama Jabatan/ |Perkara |Perincian |Pengiraan |Jumlah (RM) Setahun |Jumlah (RM) lima (5) Tahun |

| |Bahagian dan | | | | | |

| |Alamat | | | | | |

| | | |One Off cost for additional |USD 1,300 / year |RM 5,631.86 x 5 tahun |RM 28,159.30 |

| | | |C-MAP Profesional Electronic |(tukaran semasa USD 1:RM | | |

| | | |Marine Charts to cover all of |4.3322) | | |

| | | |Malaysia water | | | |

| | | |OILMAP annual upgrades and 10 |USD 0.00 |RM 0.00 x |RM 0.00 |

| | | |hours of support via email and |(tukaran semasa USD 1:RM |5 tahun | |

| | | |telephone |4.3322) | | |

| | | |CHEMMAP annual upgrades and 10|USD 4,950 / year |RM 21,444.39 x 5 tahun |RM 107,221.95 |

| | | |hours of support via email and |(tukaran semasa USD 1:RM | | |

| | | |telephone |4.3322) | | |

| | | |

|Jumlah |RM 97,257.89 |RM 486,289.45 |

|GST (6%) | |RM 29,177.367 |

|Jumlah Keseluruhan | |RM 515,466.82 |

Nota: Bayaran kepada RPS APASA item no.1 jumlah keseluruhan adalah sebanyak USD 22,450.00 atau bersamaan ringgit Malaysia RM 97,257.89 mengikut tukaran semasa USD 1 = RM 4.3322.

Lampiran 1 – Carta Organisasi Jabatan Laut

[pic]

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download

To fulfill the demand for quickly locating and searching documents.

It is intelligent file search solution for home and business.

Literature Lottery

Related searches