BUKU PANDUAN PERSARAAN - Jabatan Pendaftar

[Pages:25]BUKU PANDUAN PERSARAAN

BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN Pejabat Pendaftar

UTM Kuala Lumpur DISEMBER 2014

ISI KANDUNGAN

1. SEKAPUR SIRIH ......................................................... i 2. PENERANGAN BERSARA ............................................ 1-6 3. BERSARA WAJIB ........................................................ 7 4. BERSARA PILIHAN ..................................................... 8 5. BERSARA SEBAB KESIHATAN .................................... 9 6. FAEDAH PERSARAAN ................................................. 10-11 7. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB BAKAL PESARA .... 12-13 8. RUJUKAN ................................................................... 14 9. FAQ ............................................................................ 15-20 10. LAMPIRAN .................................................................. 21

S S EKAPUR IRIH

Puji syukur kehadirat Tuhan Yang Maha Esa atas segala limpahan Rahmat,

Inayah, Taufik dan Hidayahnya sehingga kami dapat menyelesaikan Buku Panduan Persaraan ini dalam bentuk mahupun isi kandungannya yang sangat sederhana. Semoga Buku Panduan ini dapat digunakan sebagai salah satu rujukan serta panduan dalam menguruskan urusan Persaraan.

Dalam kekangan tugas hakiki sedia ada, tidak sedikit halangan yang kami hadapi. Namun kami sedari bahawa kelancaran dalam penyediaan buku panduan ini tidak lain berkat bantuan, dorongan, dan bimbingan Ketua dan rakan-rakan unit, sehingga segala rintangan dan kekangan yang kami hadapi dapat di atasi.

Dengan terhasilnya Buku Panduan Persaraan ini diharapkan ia boleh dijadikan sebagai rujukan dan panduan kepada staf khususnya bakal pesara dan juga jabatan yang menguruskan Sumber Manusia amnya.

Harapan kami semoga dengan adanya Buku Panduan Persaraan ini dapat membantu serta menambah pengetahuan bagi kelancaran Urusan Modal Insan.

Bahagian Pengurusan Modal Insan

Pejabat Pendaftar UTM Kuala Lumpur Disember 2014

i

P B ENERANGAN ERSARA

1.0 Skim Pencen adalah; 1.1 Penghargaan terhadap perkhidmatan yang taat setia dan dedikasi 1.2 Mengadakan bentuk saraan hidup selepas bersara dari perkhidmatan 1.3 Mengadakan Skim Pampasan terhadap bencana (Pencen Hilang Upaya Atau Pencen Tanggungan); dan 1.4 Mengikat supaya terus berkhidmat dalam Sektor Awam

2.0 Skim Pencen Sektor Awam sekarang adalah yang terbaik kerana; 2.1 Non-contributory di pihak pekerja 2.2 Skim Pencen Keluarga 2.3 Ada penyelarasan pencen; dan 2.4 Ada Kemudahan Rawatan Perubatan

3.0 Percukaian bagi Skim Pencen adalah; 3.1 Bayaran Ganjaran Dan Award Wang Tunai sebagai Gantian Cuti Rehat Tidak Dikenakan Cukai Pendapatan. 3.2 Pencen yang dibayar kepada anggota yang bersara wajib pada umur 55/56/58/60 tahun dikecualikan daripada cukai pendapatan. 3.3 Manakala bayaran pencen yang diterima oleh pesara yang memilih bersara pilihan sebelum mencapai umur 55 tahun dikenakan cukai pendapatan

1

4.0 Kad Pesara

4.1 Dikeluarkan oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA kepada pesara/penerima pencen sebagai Ganti Surat Jaminan (GL)

a. Dokumen pengenalan pesara yang amat penting kerana terdapat keistimewaan tersendiri (bekas anggota Kerajaan):-

b. Ubatan Percuma, Caj Hospital dan Wad di Hospital Kerajaan yang dikenakan - minima bersamaan dengan gaji akhir pesara (kelayakan wad)

5.0 Faedah Persaraan

5.1 Anggota berpencen yang bersara atau dikehendaki bersara dari perkhidmatan Kerajaan layak dibayar faedah-faedah persaraan berikut:

a. Pencen Perkhidmatan (bayaran bulanan) b. Ganjaran Perkhidmatan (bayaran sekaligus) c. Award Wang Tunai sebagai Gantian Cuti Rehat, di mana berkenaan

(bayaran sekaligus)

5.2 Kadar ganjaran dan pencen yang akan dibayar bergantung kepada tempoh perkhidmatan yang diambilkira dan gaji hakiki bulanan yang akhir diterima oleh anggota itu. Bagi pegawai-pegawai perkhidmatan awam, peraturan-peraturan Pencen 1980, dibaca bersama-sama Pekeliling Perkhidmatan Bil.4 Tahun 1993, juga memperuntukkan pembayaran Award Wang Tunai sebagai Gantian Cuti Rehat (GCR), iaitu bagi cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan kerana kepentingan perkhidmatan dan terkumpul mengikut syarat-syarat pengumpulan di bawah peraturan pencen dan pekeliling yang berkenaan.

5.3 Award Wang Tunai sabagai Gantian Cuti Rehat ini dibayar oleh Kerajaan Persekutuan (melalui Bahagian Pencen, JPA) bagi pegawai-pegawai perkhidmatan awam Kerajaan Persekutuan dan oleh Kerajaan Negeri bagi pegawai-pegawai perkhidmatan awam Negeri. Bagi badan-badan Berkanun dan Kuasa-kuasa

2

Tempatan yang telah menerimapakai Pekeliling Perkhidmatan Bil.4 Tahun 1993, Award Wang Tunai sebagai Gantian Cuti Rehat dibayar sendiri kepada pekerjapekerjanya.

5.4 Akta 227 atau Akta 239 juga membolehkan faedah-faedah persaraan lain yang dinyatakan di bawah ini diberikan kepada anggota atau orang-orang tanggungannya, di mana wajar:

5.4.1 Faedah Terbitan

Faedah Terbitan merupakan suatu faedah persaraan tambahan yang diberikan kepada orang-orang tanggungan pesara atau anggota yang telah meninggal dunia akibat dari kecederaan yang dialami semasa menjalankan tugas-tugas rasmi atau penyakit yang dihidapi atau kemalangan dalam perjalanan dengan syarat:

5.4.1.1 5.4.1.2

Anggota tersebut telah meninggal dunia di dalam salah satu keadaan yang dinyatakan di atas; dan Kematian pesara atau anggota tersebut telah berlaku dalam masa 7 tahun dari tarikh ia mula mengalami kecederaan atau menghidap penyakit tersebut.

5.4.2 Jenis-jenis faedah :

5.4.2.1 5.4.2.2 5.4.2.3

Ganjaran Terbitan diperuntukkan di bawah Seksyen 14 Akta 227 atau Seksyen 15 Akta 239; Pencen Terbitan diperuntukkan di bawah Seksyen 14 atau 15 Akta 227 atau Seksyen 15 atau 16 Akta 239; Pencen Tanggungan diperuntukkan di bawah Seksyen 18 Akta 227 atau Seksyen 20 Kata 239; dan

5.4.3 Pencen Hilang Upaya merupakan faedah tambahan yang diberikan kepada seseorang anggota Kerajaan yang dikehendaki bersara atas sebab-sebab kesihatan akibat daripada:

3

5.4.3.1 5.4.3.2

5.4.3.3

Kecederaan yang dialami semasa , menjalankan tugas-tugas rasminya Penyakit yang dihidapinya kerana anggota tersebut telah terdedah kepada bahaya-bahaya tertentu semasa menjalankan tugas-tugas rasminya; atau Kemalangan dalam perjalanan;

5.5 Tafsiran "Orang Tanggungan"

5.5.1 Balu/Duda

5.5.1.1 5.5.1.2 5.5.1.3

Balu/Duda ertinya isteri atau suami yang masih hidup kepada seseorang anggota yang mati yang mana perkahwinannya diiktiraf di Malaysia sebagai suatu perkahwinan yang sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, agama, adat dan kelaziman. Bagi orang yang bukan beragama islam, Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164], mengkehendaki perkahwinan selepas 1 Mac 1982 didaftarkan. Bagi orang yang beragama Islam, sekiranya berlaku kematian suami semasa dalam tempoh eddah, maka isteri layak diberi faedah terbitan.

5.5.2 Anak

5.5.2.1

Anak ertinya anak seorang anggota atau pesara yang mati dan berumur di bawah 21 tahun dan masih belum berkahwin, iaitu :

- Anak kandung; - Anak tiri tanggungan; - Anak tak sah taraf, iaitu anak yang dikandung atau lahir

sebelum atau tanpa perkahwinan yang sah;

4

- Anak angkat atau anak yang diambil sebagai anak angkat oleh anggota itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman;

- Anak cacat, iaitu anak yang tidak kira apa jua umurnya, yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal, dan tidak berupaya menanggung nafkahnya sendiri, sebelum anak itu mencapai umur 21 tahun. Bagi anggota yang dilantik sebelum 16 Mei 1986, syarat umur 21 tahun itu tidak terpakai; dan

- Bagi anak yang telah mencapai umur 21 tahun tetapi masih menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menuju ijazah pertama akan terus diberi pencen terbitan, selagi mereka tidak berkahwin atau berhenti menuntut atau mendapat ijazah tersebut mengikut mana yang terdahulu.

5.5.3 Ibu atau Bapa

Ibu atau bapa ertinya ibu kandung atau bapa kandung kepada anggota berpencen yang mati dalam perkhidmatan.

5.5.4 Wakil Yang Sah Di sisi Undang-undang

Wakil yang sah di sisi undang-undang ertinya orang yang diberi kuasa atau yang bertindak bagi pihak atau keluarga terdekat kepada anggota berpencen yang mati.

5.6 Anggota Berpencen yang Mati dalam Perkhidmatan

5.6.1 Anggota berpencen yang berkahwin

5.6.1.1

Ganjaran terbitan dan pencen terbitan diberi kepada :

-

balu; atau

5

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download