TEKS UCAPAN

[Pages:8]TEKS UCAPAN YB DATO' SRI ROHANI ABDUL KARIM MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN

MASYARAKAT SEMPENA

MAJLIS JASAMU DIKENANG KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,

KELUARGA DAN MASYARAKAT

8.30 MALAM 5 APRIL 2018 (KHAMIS)

PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTIONAL CENTRE (PICC)

1

[SALUTASI]

Para pesara yang diraikan, Setiausaha-setiausaha Bahagian, Ketua-ketua Unit, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi, serta seluruh warga KPWKM dan agensi.

Saudara/Saudari Pengacara Majlis, YBhg. Dato', Datin, Tuan, Puan yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Perkasa Wanita 2018

PENDAHULUAN

1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T di atas limpah kurniaNya dan dengan izinNya dapat kita bersama-sama berkumpul pada malam penuh makna ini iaitu Majlis Jasamu Dikenang yang diadakan khas bagi meraikan persaraan seramai 170 orang pegawai dan kakitangan yang telah berkhidmat di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

2. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, selaku penganjur Majlis Jasamu Dikenang ini kerana menjemput serta memberi peluang kepada saya untuk bersama-sama dengan hadirin-hadirat sekalian dalam Majlis ini. Terima kasih juga kepada semua bahagian/unit, jabatan dan agensi KPWKM yang turut terlibat dalam menjayakan Majlis pada malam ini.

2

3. Majlis malam ini adalah untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga pihak Kerajaan khususnya KPWKM atas sumbangan dan dedikasi yang telah dicurahkan oleh YBhg. Dato', tuan-tuan dan puan-puan kepada perkhidmatan awam. Sesungguhnya persaraan YBhg. Dato', tuantuan dan puan-puan daripada perkhidmatan awam merupakan fitrah perjalanan hidup yang sememangnya perlu ditempuhi dalam merentasi arus masa.

4. Kementerian sememangnya merasa kehilangan pegawai dan kakitangan yang berpengalaman dan berdedikasi yang selama ini yang bersama-sama telah mencurahkan khidmat bakti untuk bangsa dan negara apatah lagi turut membantu mengharumkan nama Kementerian sama ada di dalam atau di luar negara.

ALAM PERSARAAN YBhg. Dato', Tuan, Puan yang diraikan sekalian,

5. Sepanjang menjalankan tugasan sebagai penjawat awam, pastinya pelbagai kisah suka dan duka dalam mengharungi cabaran dan rintangan alam pekerjaan sektor Kerajaan telah dilalui. Walau pun pengalaman bagi setiap individu yang berada di sini pasti berbeza, tetapi saya percaya semua pengalaman anda boleh diceritakan atau dijadikan pedoman untuk penjawat-penjawat awam muda supaya mereka dapat bekerja dan menjalankan tugas dengan lebih cekap dan efisien dalam memenuhi ekspektasi pelanggan serta menghadapi rintangan serta cabaran dalam pekerjaan sektor awam. Semoga segala peristiwa pahit dan manis tersebut menjadi

3

kenangan yang indah yang terpahat kukuh pada sanubari masingmasing.

6. Perubahan merupakan satu proses yang mungkin sukar diapdatasi. Sepertimana yang YBhg. Dato', tuan-tuan dan puan-puan telah atau sedang alami, peristiwa pada malam ini merupakan satu proses perpindahan dari alam pekerjaan kepada alam persaraan.

7. Pastinya ada di antara YBhg. Dato', tuan-tuan dan puan-puan yang masih lagi merasai keseronokan suasana persekitaran tempat kerja dan keinginan untuk bekerja dan berkhidmat untuk Kerajaan dan juga negara. Namun, harus saya ingatkan bahawa fasa persaraan ini merupakan satu peluang untuk YBhg. Dato', tuan-tuan dan puanpuan untuk memperolehi sesuatu yang baru.

8. Oleh itu, adalah penting untuk YBhg. Dato', tuan-tuan dan puanpuan bersedia dari pelbagai aspek bagi menghadapi proses penyesuaian diri dengan fasa kehidupan baru. Satu perkara yang ingin saya ingatkan di sini adalah sebagaimana kata-kata "Retirement is not the end of the road... It is the beginning of the open highway".

9. Saya yakin bahawa kebanyakan daripada tuan-tuan dan puan-puan di sini telah pun membuat persediaan awal bagi menghadapi dunia persaraan dan masing-masing telah mempunyai perancangan yang tersendiri. Walau apa jua perkara atau bidang yang ingin diceburi, hendaklah kita merancang dan melakukannya dengan penuh semangat, berdasarkan kemampuan dan tahap kesihatan masingmasing.

4

10. Bak kata pepatah Inggeris, "Retirement is when you stop living at work and start working at living". Jika selama ini anda semua telah terbiasa dengan kesibukan di pejabat, saya berharap supaya gaya hidup yang aktif itu terus dikekalkan, di samping mengawal pemakanan dan menjaga kesihatan. Manfaatkan persaraan ini sebaiknya, sama ada dengan berehat secara sihat sambil meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga tersayang, mahupun dengan melakukan aktiviti kemasyarakatan atau apa sahaja aktiviti yang memberi nilai tambah kepada masyarakat.

INISIATIF KERAJAAN KEPADA PESARA YBhg. Dato', Tuan, Puan yang diraikan sekalian,

11. Beautiful Life For Seniors (BeLFoS) merupakan inisiatif yang telah dilancarkan semasa National Blue Ocean Summit oleh YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada Mac 2017. Inisiatif ini bertujuan untuk memperkasakan kehidupan warga emas yang lebih produktif. Terdapat lima (5) bidang fokus utama dalam inisiatif BeLFoS iaitu kesejahteraan pesara, advokasi kseihatan dan kecergasan, kesukarelawanan, pengurusan kewangan dan pembangunan usahawan, serta bimbingan pekerjaan baharu ? bekerja semula.

12. Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) merupakan antara program di bawah payung BeLFoS. PAWE merupakan pusat aktiviti bagi menggalakkan warga emas untuk bersosial dan melibatkan diri dalam acara yang melibatkan komuniti tempatan.

5

13. Dijangkakan seramai 3.1 juta warga emas atau 9.6% daripada 32 juta rakyat Malaysia akan menerima manfaat daripada inisiatif ini melalui strategi NBOS kearah kesejahteraan hidup yang lebih berkualiti.

14. Seperti yang kita sedia maklum, 3 inisiatif baru kerajaan khasnya untuk pesara-pesara kerajaan telah diumumkan semalam (4 April 2018) oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-16 di sini. Inisiatif pertama merupakan kenaikan kadar pencen sebanyak 1 peratus bagi semua pesara kerajaan mulai Julai 2018 secara `one-off'.

15. Manakala, inisiatif kedua adalah penambahan kuota haji untuk pesara kerajaan tertakluk kepada peruntukan kuota kerajaan Arab Saudi kepada kerajaan Malaysia.

16. Bagi membantu dan memastikan pesara-pesara kerajaan sentiasa aktif melakukan aktiviti yang memberi nilai tambah kepada masyarakat, kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan inisiatif ketiga iaitu pemberian geran khas sebanyak RM 1 juta bagi setiap satu badan pesara kerajaan.

17. Walaupun anda tidak lagi berada dalam perkhidmatan awam, anda semua masih merupakan aset ternilai untuk pihak Kerajaan. Segala pengalaman dan pengetahuan anda, amat tinggi nilainya dan diperlukan oleh masyarakat lebih-lebih lagi kepada golongan muda yang amat memerlukan bimbingan dan sokongan. Pastikanlah pengalaman yang ditimba setelah berpuluh-puluh tahun

6

mencurahkan bakti dalam perkhidmatan awam tidak disia-siakan begitu sahaja. Berilah balik kepada keluarga, masyarakat dan negara (giving back to society) dalam apa sahaja bentuk atau bidang yang bersesuaian dengan kemahiran masing-masing.

PENUTUP

18. Sekali lagi, saya mewakili KPWKM ingin mengucapkan `Selamat Bersara' dan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangan atas jasa dan khidmat bakti anda selama ini. Sumbangan dan usaha yang telah diberikan pastinya akan terus dikenang dan persahabatan yang terjalin sepanjang perkhidmatan tidak akan terhenti di sini malah akan terus berkekalan.

19. Walau pun telah bersara, perhubungan kita tidak akan terhenti semata-mata kerana kita telah berhenti melakukan kerja-kerja pejabat. Dalam kita menjalin persahabatan yang akrab, teruslah berhubungan di antara satu sama lain.

20. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan `Selamat Maju Jaya' kepada YBhg. Dato', tuan, puan dalam apa jua bidang yang diceburi. Sekali lagi, saya merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pesara yang diraikan pada Majlis ini. Kepada para pesara yang tidak dapat hadir kerana sebabsebab tertentu, marilah kita sama-sama doakan semoga semuanya sihat wal'afiat dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Sekian,

7

Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

8

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download