Bab 6 Memulakan Perniagaan Keusahawanan Baru



Bab 6 Memulakan Perniagaan Usahawan Baru

Pengenalan

“Di Amerika Syarikat, kajian mendapati semakin ramai orang memulakan perniagaan mereka sendiri dari berkahwin atau memperolehi bayi! Satu dari 25 orang dewasa aktif secara langsung untuk memulakan perniagaan”

Zimmerer dan Scarborough

Pengurusan Perniagaan Kecil dan Keusahawanan

6.1 Jenis-jenis Pelaburan

Usahawan mempunyai berbagai cara untuk memulakan pelaburan. Selalunya terdapat tiga cara pelaburan iaitu:

a) Bermula (start-up)

b) Membeli syarikat yang telah sedia ada.

c) Franchising

6.2 Bermula (start-up)

Paragraf di bawah menerangkan dengan lebih lanjut mengenai ‘start-up’:

a) Definasi Start-up

Merupakan syarikat yang baru dibina. Ia adalah proses di mana usahawan membuka perniagaan baru dari mula lagi. Sebahagian dari perniagaan ini dibuka kerana:

➢ Banyak usahawan memulakan perniagaan baru untuk diri mereka sendiri.

➢ Selalunya usahawan menggunakan perbelanjaan sendiri yang diperolehi dari wang simpanan sendiri atau meminjam dari pihak lain.

➢ Usahawan yang memulakan perniagaan dari mula, perlu mempunyai banyak pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan minat terhadap bidang yang mereka ceburi.

➢ Perniagaan yang bermula dari awal selalunya terlibat di dalam hasil ciptaan produk atau perkhidmatan baru.

b) Fasa Start-up

Semua pelaburan baru perlu menghadapi tiga fasa iaitu:

➢ Fasa Prestart-up

Bermula dari sekadar idea dan akhirnya menjadi jalan untuk membuka perniagaan

➢ Fasa Start-up

Mula memperkenalkan aktiviti penjualan dan akhirnya membuka suatu perniagaan yang konkrit

➢ Fasa Poststartup

Ia akan tamat apabila perniagaan tersebut ditutup atau bungkus atau usahawan tidak mempunyai kawalan terhadap perjalanan entiti perniagaan tersebut

Walau bagaimanapun, fokus utama untuk pembangunan pelaburan hanya semasa fasa prestart-up dan fasa start-up. Pada kedua-dua fasa ini, lima faktor kritikal yang perlu diambil kira untuk dikaji terhadap pelaburan baru adalah:

1. Pelaburan haruslah tunggal (uniqueness)

2. Saiz pelaburan permulaan (start-up)

3. Jangkaan penjualan dan keuntungan selaku pelaburan bergerak di dalam fasa start-up

4. Kesediaan produk pada kedua-dua fasa (prestartup & startup)

5. Kesediaan pengguna pada kedua-dua fasa

c) Kelebihan dan kelemahan Start-up

|Kelebihan |Kelemahan |

|Bebas membuat keputusan sendiri seperti persoalan bila, |Ia memerlukan banyak masa, wang dan usaha yang gigih |

|macam mana dan jenis produk atau perkhidmatan |untuk mencari lokasi strategik, mendapatkan lesen, |

| |membeli mesin, mencari pembekal baru, upah dan melatih |

| |pekerja baru untuk menjalankan aktiviti pengiklanan |

|Berpeluang menggunakan satu idea dan mengembangkan idea |Pada peringkat permulaan pelaburan, usahawan akan |

|sendiri dengan mengikut emosi pengguna. |memperoleh keuntungan yang minima atau kerugian kerana |

| |kos pembelanjaan yang tinggi semasa memulakan perniagaan |

|Bebas untuk memilih lokasi, kilang, peralatan, produk atau|Tiada rekod sejarah perniagaan yang membolehkan usahawan |

|perkhidmatan, pekerja, pembekal dan bank. Peluang seperti |meramalkan penjualan, pembelanjaan dan keuntungan. |

|ini boleh menentukan kejayaan di dalam pelaburan | |

|Kemampuan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak |Tidak ada pengguna asal, usahawan perlu berusaha lebih |

|diingini, polisi, prosedur dan komitmen undang-undang |keras untuk menarik pelanggan baru dan perniagaan |

|yang ada pada firma |berkembang dengan perlahan dan mengambil masa untuk |

| |memperolehi keuntungan. |

|Reputasi perniagaan tidak akan terjejas kerana ia |Kesukaran untuk memperolehi pinjaman dari institusi |

|merupakan pelaburan baru. |kewangan kerana institusi kewangan kurang yakin dengan |

| |perniagaan baru berbanding dengan perniagaan yang telah |

| |lama bertapak |

|Kemampuan untuk melakukan perubahan perniagaan | |

6.3 Membeli Perniagaan Sedia Ada

a) Definasi “Membeli Perniagaan Sedia Ada”

Membeli perniagaan sedia ada atau mendapatkan sama ada saham atau kesemua aset kepunyaan syarikat atau perniagaan tersebut. Membeli syarikat yang telah mapan (kukuh) akan mengurangkan kerja berbanding dengan memulakan perniagaan dari mula. Menurut pandangan pakar peniagaan, membeli perniagaan yang telah mapan merupakan cara yang paling selamat dan efektif untuk usahawan berkecimpung dalam perniagaan. Bagaimana pun, kita harus menggunakan banyak masa dan usaha untuk mencari perniagaan yang sesuai untuk kita. Dengan membeli syarikat sedia ada, ia membolehkan syarikat mengembang dan menyediakan peluang untuk memasuki pasaran baru.

b) Langkah dan proses membeli Perniagaan Sedia Ada

Apabila membeli perniagaan sedia ada, terdapat beberapa langkah dan proses yang perlu diambil kira iaitu:

i) Keutamaan Peribadi

Usahawan perlu mempertimbangkan faktor peribadi, cara hidup dan aspirasi (cita-cita). Kita harus memikirkan apa yang boleh kita kepada perniagaan dan apa yang akan kita perolehi sebagai pulangan.

➢ Pengharapan anda mengenai perolehan – apakah kadar keuntungan yang diperlukan untuk menampung keperluan hidup anda?

➢ Komitmen anda – adakah anda bersedia untuk bekerja kuat dan menyediakan wang yang banyak untuk digunakan di dalam perniagaan agar mencapai kejayaan?

➢ Kekuatan anda – Perniagaan jenis mana yang sesuai dengan latar belakang, pengalaman dan kemahiran anda?

➢ Jenis perniagaan – Berhad, Sdn. Bhd, Enterprise yang anda minta untuk membeli

➢ Sektor perniagaan yang anda berminat – belajar sebanyak yang boleh mengenai industri yang telah anda pilih untuk membolehkan anda membuat perbandingan perniagaan yang berbeza.

ii) Peluang Perniagaan

➢ Anda boleh melihat peluang perniagaan dengan membaca iklan, berbincang mengenai peluang dengan broker perniagaan dan memeriksa dari sumber industri. Perlu menahan diri dari godaan membeli perniagaan yang nampaknya bagus pada pandangan pertama; berhenti dahulu (step back) dan lihat objektif syarikat tersebut.

➢ Buat temujanji dengan penjual perniagaan atau broker untuk permulaan pengenalan mengenai peluang yang ada. Mereka sepatutnya menyediakan secara ringkas laporan kewangan, sejarah, harga dan sebab perniagaan tersebut dijual. Ini membolehkan anda mengetahui mengenai perniagaan tersebut dan sudah berapa lama perniagaan hendak dijual.

iii) Meninjau Kembali Keupayaan Mencapai Sasaran

Keupayaan mencapai sasaran mesti dihalusi untuk menentukan bagaimana ia telah diuruskan dan dijaga. Untuk perniagaan berasaskan perkhidmatan, berjumpa dengan para pekerja dan pengguna. Sediakan ‘checklist’ terhadap maklumat yang dikehendaki, ini termasuk:

➢ Akaun kewangan yang lengkap mengenai operasi, termasuk semua pulangan cukai pendapatan dan cukai jualan sekurang-kurangnya untuk tiga tahun.

➢ Senaraikan semua aset yang akan dipindah milik kepada pemilik baru, termasuk pecahan untuk semua inventori yang sama seperti perkiraan yang terakhir dahulu.

iv) Aturan untuk Pembiayaan (Financing)

Tanpa pembiayaan yang sempurna, tidak ada perniagaan yang dapat maju kehadapan dengan jayanya. Terdapat beberapa pilihan untuk memperolehi pembiayaan. Mereka mesti memilih dengan berhati-hati agar ia sesuai dengan kehendak mereka. Pemberi hutang selalunya memerlukan:

➢ Butir terperinci mengenai perniagaan dan jualan

➢ Akaun untuk tiga tahun sebelum ini

➢ Anggaran kewangan (sekiranya tiada mempunyai rekod kewangan)

➢ Butir terperinci mengenai aset dan liabiliti anda.

v) Menjalan due diligence (Conduct due diligence)

Nota: diligence = kerajinan, ketekunan

Due diligence seperti pekerjaan seorang detektif. Ia adalah proses mengumpul maklumat dengan menjalankan penyiasatan, carian dan pertanyaan dan ia adalah amat penting dalam membeli saham atau aset. Hasil yang diperolehi dari due diligence (penyiasatan) boleh membantu anda membuat keputusan:

➢ Sama ada meneruskan proses pembelian (acquistion)

➢ Sama ada membeli saham atau aset

➢ Berapa banyak yang perlu dibayar dan bagaimana meletakkan harga untuk dibeli.

➢ Apakah perkara yang perlu dimasukkan di dalam perjanjian pembelian agar anda dilindungi

Proses ini sepatutnya memberikan panduan untuk anda membuat keputusan dengan menyediakan maklumat dalaman yang berguna di dalam perniagaan baru dan memberikan anda angaran yang baik mengenai nilai transaksi yang sepatutnya diambil. Jaminan dan ganti rugi sepatutnya diperolehi dari pembekal adalah sebahagian dari perjanjian.

vi) Perjanjian Rasmi (formal)

Persediaan untuk perjanjian rasmi memberikan setiap pihak berpeluang untuk melihat perjanjian secara asas dan menyenaraikan semua perkara kecil yang mungkin tidak dibincangkan antara kedua pihak semasa proses awalan tawar menawar. Tiga komponen asas yang perlu di dalam perjanjian rasmi adalah:

➢ Elemen Asas

Bahagian pertama daripada perjanjian selalunya merangkumi elemen asas seperti:

- pihak yang terlibat

- aset atau saham yang diperlu

- harga pembelian

- perubahan harga pembelian

- bagaimana

- bila harga pembelian dan perubahan akan dibayar

- bagaimana cukai dikendalikan

➢ Gambaran dan jaminan

Gambaran dan jaminan akan diberikan oleh penjual merupakan perkara yang penting dalam pembelian perniagaan. Pertama, anda harus menimbangkan fakta, isu yang penting untuk anda membuat keputusan untuk membeli perniagaan, dan jumlah wang yang sanggup anda bayar. Kemudian, dengan menggunakan hasil dari penyiasatan (due diligence) yang telah dilakukan anda boleh melihat sama ada gambaran dan jaminan yang telah diberikan adalah benar atau palsu. Ini dilakukan untuk memastikan tidak ada fakta tersembunyi yang tidak diketahui oleh anda, atau penjual tidak cuba mengelirukan anda dengan beberapa perkara yang penting.

➢ Penutup perkara (closing matters)

Bahagian ini di dalam perjanjian biasanya menentukan tarikh terakhir dan apa pertukaran perlu dilakukan pada masa tarikh penutup tersebut. Bahagian ini juga akan menyatakan sebarang syarat khas yang perlu dipenuhi sebelum penjualan dapat dilaksanakan. Syarat khas yang selalu dikenakan untuk penutup (closing) perjanjian:

- Semua gambaran dan jaminan adalah benar dan tepat sehingga pada tarikh penutupan.

- Anda akan menerima pembelian aset atau saham bebas dari sebarang beban (halangan) kecuali perkara yang telah anda setuju sebelum ini.

- Sebarang lesen atau kebenaran khas telah anda terima.

- Sebarang sijil kebenaran dari kerajaan telah anda terima.

- Sebarang dokumen lain yang berkaitan dengan perjanjian perniagaan telah ditanda tangani dan diterima.

- Pembayaran tender telah anda lakukan seperti yang dinyatakan di dalam perjanjian.

vii) Sedia untuk Perniagaan

Pada langkah ini, anda merupakan pemilik kepada syarikat baru. Sekiranya anda telah melakukan kaji selidik (due diligence) dan perjanjian jual beli yang baik, anda berada dalam keadaan baik untuk mencapai kejayaan. Anda mungkin perlu berjumpa dengan pemilik asal untuk mendapatkan khidmat perundingan (nasihat). Oleh itu adalah menjadi satu langkah yang bijak sekiranya anda mempunyai hubungan yang baik dengan pemilik asal. Anda juga mungkin perlu bantuan yang berterusan walaupun perjanjian jual beli telah selesai, ini kerana kerja anda baru sahaja bermula.

c) Kelebihan Membeli Syarikat Sedia Ada

Terdapat 10 kelebihan membeli syarikat yang sedia ada.

1. Perlaksanaan Segera (Immediate Operations) – sebahagian kerja asas telah dilakukan untuk memulakan perniagaan.

2. Mudah memperolehi pinjaman (Easier financing) – mudah untuk memperolehi pinjaman kerana syarikat tersebut telah mempunyai rekod pencapaian.

3. Aliran Wang Tunai Pantas (Quick cash flow) – inventori dan senarai pemiutang yang sedia ada boleh menghasilkan pendapatan pada hari pertama perniagaan diambil alih.

4. Pasaran untuk produk atau perkhidmatan telah sedia ada.

5. Pengguna sedia ada (existing customers) – mereka telah mempunyai pengguna setia, pendapatan yang dipercayai, reputasi kepada pemberi modal dan mempunyai rangkaian perhubungan yang berguna.

6. Pelan perniagaan dan kaedah pemasaran telah sedia ada.

7. Para pekerja sedia ada (asal) telah mempunyai pengalaman.

8. Banyak masalah yang telah dikenal pasti telah berjaya diselesaikan.

9. Anda boleh menjual semula perniagaan tersebut.

10. Persaingan yang kurang (Less competition) – membeli perniagaan boleh menghapuskan persaingan yang wujud sekiranya anda membuka perniagaan dari mula.

d) Kelemahan Membeli Syarikat Sedia Ada

Terdapat 7 kelemahan membeli syarikat yang sedia ada.

1. Harga (cost) – anda selalunya perlu melabur sejumlah wang yang banyak sebagai pendahuluan dan kena membuat bajet untuk bayaran khidmat pakar seperti peguam (solicitors), pengukur (surveyor), akauntan dan sebagainya.

2. Sekiranya perniagaan tersebut terkebelakang (neglected), anda terpaksa melabur lebih daripada harga belian syarikat untuk memastikan kejayaan syarikat tersebut.

3. Perjanjian Tunggakan (Outstanding Contracts) – Anda perlu menghormati atau berunding semula mana-mana perjanjian atau kontrak yang telah ditangani oleh pemilik yang lama.

4. Masalah – mungkin terdapat masalah di dalam perniagaan tersebut yang tidak kelihatan semasa proses membelinya. Pastikan anda mengetahui kenapa pemilik hendak menjual syarikat tersebut.

5. Konflik Peribadi (Personal Conflicts) – Anda mungkin bertengkar atau tidak sehaluan dengan pengurus dan pekerja sedia ada.

6. Produk Kuno (obsolete goods) – Inventori dan peralatan mungkin telah lama (tidak boleh dipakai lagi)

7. Hutang yang tidak dapat diambil (Uncollectable receivable) – Pemiutang yang ada di dalam senarai kemungkinan tidak akan membayar hutang mereka.

6.4 Franchising

a) Definasi Franchising

Franchise merupakan aturan (perjanjian) di mana pemilik asal membenarkan tanda perniagaan (trademark), nama perniagaan atau hak cipta milik mereka untuk digunakan dan dijual barangan atau perkhidmatan.

b) Kelebihan Franchising

i) Latihan dan Asuhan/panduan (Training & Guidance)

Kelebihan pembelian francais jika dibandingkan dengan memulakan perniagaan baru atau membeli perniagaan sedia ada adalah latihan dan panduan yang akan diberikan kepada pembeli francais.

ii) Jenama yang sudah terkenal (Brand-Name Appeal)

Individu yang membeli franchise nasional yang telah dikenali, terutama yang besar dan ternama akan mempunyai peluang yang sangat baik untuk berjaya. Orang lebih suka membeli produk atau perkhidmatan dari franchise nasional daripada membeli kedai yang kurang dikenali jenamanya.

iii) Bukti-bukti kejayaan (Proven Track Record) – Franchisor yang sedia ada telah terbukti berjaya. Sebagai sebuah organisasi, mereka telah berada dipasaran sekurang-kurangnya 5 tahun sehingga 10 tahun dan mempunyai lebih dari 50 buah kedai (francais). Oleh itu, sudah terbukti kejayaannya apabila semua kedai melapurkan laporan kewangan yang memberansangkan.

iv) Bantuan Kewangan – Franchise ada pelaburan yang baik kerana franchisor boleh membantu bakal pemilik untuk memperolehi bantuan kewangan untuk menjalankan operasi perniagaan. Malah terdapat franchisors yang mengeluarkan modal mereka dan hanya perlu membayar setelah operasi perniagaan telah berjalan dengan baik. Dengan kata lain, membeli franchise adalah satu cara yang baik untuk memperolehi bantuan kewangan.

c) Kelemahan Franchising

i) Yuran Franchise

Tidak ada yang percuma di dunia ini. Semakin berjaya franchiser, maka yuran semakin tinggi. Yuran franchise nasional boleh mencecah RM 5K sehingga RM100K. Franchise yang kecil mungkin mengenakan bayaran yang murah. Pembeli juga harus mengeluarkan modal untuk bangunan dan produk untuk disimpan. Franchise perlu membayar royalti yang berterusan mengikut hasil jualan pada kadar 5 sehingga 12%. Selalunya franchise perlu ada 25 sehingga 50% wang tunai sebagai permulaan perniagaan dan bakinya boleh dipinjam dari organisasi tersebut. Kos untuk francishing termasuklah perbelanjaan:

➢ Yuran franchising

➢ Insuran

➢ Membuka produk inventori

➢ Perbaikan reka bentuk dan penyewaan (remodelling & leasehold)

➢ Bayaran utiliti, gaji, hutang servis

➢ Bayaran penyimpan kira-kira dan akaun, yuran guaman dan para profesional

➢ Lesen kerajaan setempat dan negeri

➢ Permit dan sijil kebenaran

ii) Dikawal oleh Franchisor (Franchisor Control)

Dalam sebuah organisasi yang besar, syarikat mengawal semua aktiviti para pekerja. Situasi yang sama juga berlaku pada syarikat kecil. Sekiranya individu membuka syarikat perniagaan sendiri, ia berkuasa penuh untuk menjalankan segala aktiviti yang ingin dilakukan. Franchisor mengawal operasi untuk memastikan keseragaman boleh dicapai. Sekiranya usahawan tidak mengikut arahan, lesen franchise tidak akan disambung semula selepas tamat kontrak.

iii) Janji tidak dipenuhi (Unfulfilled Promises)

Ada sesetengah kes, franchisors yang kurang nama, para franchisees (usahawan) ini tidak memperolehi apa yang dijanjikan. Banyak franchisees dapati jenama tersebut gagal menarik perhatian pelanggan. Malah terdapat banyak bantuan yang dinyatakan sebelum ini tidak ditunaikan. Harga barang yang dibeli dari syarikat franshisor adalah jauh lebih mahal dari harga pasaran. Sekiranya franchisees membuat aduan, lesen mereka akan ditamatkan, diambil atau tidak diperbaharui.

6.5 Struktur perniagaan yang sah untuk perniagaan baru

Sebelum memilih jenis perniagaan yang ingin dijalankan, bakal usahawan perlu tahu struktur perniagaan yang sesuai dengan pelaburan mereka. Usahawan bertanggungjawab untuk mengetahui perubahan undang-undang percukaian, situasi bebanan (liabiliti), keupayaan modal dan kerumitan membentuk perniagaan.

Terdapat tiga struktur organisasi iaitu Perniagaan Tunggal (sole proprietorship), Syarikat Perkongsian(partnership) dan Syarikat Syarikat (corporation). Setiap jenis struktur organisasi mempunyai kelebihan dan kelemahannya sendiri.

6.5.1 Perniagaan Tunggal (sole proprietorship)

Suatu perniagaan yang dipunyai oleh seorang pemilik. Macam syarikat enterprise yang perlu bayar RM 25 untuk dapatkan lesen perniagaan. Individu ini mempunyai hak mutlak terhadap keuntungan dan memikul segala hutang dan bebanan perniagaan. Individu mempunyai tanggunjawab yang tidak terbatas kerana perniagaan dan aset peribadinya berdiri dibelakang segala operasi yang dijalankan. Sekiranya perniagaan tidak dapat memenuhi bebanan kewangan, pemilik terpaksa menjual kereta, rumah dan apa saja yang boleh melunaskan hutangnya.

Untuk menjalankan perniagaan tunggal, seseorang memerlukan lesen perniagaan sama ada dari kerajaan setempat atau negeri atau kedua-duanya. Individu boleh menggunakan nama syarikat seperti DonationWare atau menggunakan namanya sendiri sebagai nama syarikat seperti ‘Syarikat Rozaimy’. Bayaran yg dikenakan untuk Syarikat DonationWare adalah RM 50 setahun. Manakala ‘Syarikat Rozaimy’ dikenakan RM 25 setahun.

Kebaikan dan Keburukan Perniagaan Tunggal

|Kelebihan |Kelemahan |

|Mudah untuk ditubuhkan |Tanggungan tidak terhad |

|tidak perlu formal dan kurang pembatasan di dalam menubuhkan |individu yang memiliki perniagaan tunggal bertanggungjawap |

|syarikat. Tidak memerlukan kebenaran atau sedikit kebenaran |sepenuhnya terhadap untuk perniagaan. Tanggungan ini meliputi |

|dari kerajaan. Tidak mahal untuk ditubuhkan |kesemua harga/aset pemilik. |

|Keuntungan hak mutlak pemilik |Tidak mempunyai kesinambungan |

|perniagaan tunggal tidak perlu berkongsi keuntungan |syarikat enterprise (tunggal) mungkin pincang atau ditamatkan |

| |perniagaan apabila pemilik sakit atau mati |

|Membuat keputusan dan mengawal tetap (vest) dalam tangan |Kurang modal |

|pemilik |selalunya syarikat enterprise mempunyai modal yang sikit jika |

|tidak perlu rakan untuk meminta nasihat di dalam menjalankan |dibandingkan dengan organisasi seperti Perkongsian dan Syarikat|

|operasi perniagaan | |

|Fleksibilitas (flexibility) |Sukar memperolehi pinjaman jangka panjang |

|pengurusan berupaya untuk menjawab dan membuat keputusan |Oleh kerana enterpise bergantung kepada seorang pemilik, maka |

|dengan cepat sebarang keperluan perniagaan seharian |sukar untuk beliau memperolehi pinjaman jangka panjang |

|Secara relatif bebas dari kawalan kerajaan |Pandangan dan pengalaman yang terhad |

|Kerajaan kurang campur tangan dalam urusan perniagaan tunggal |operasi bergantung kepada seorang individu maka kemampuan, |

| |latihan dan pengalaman akan menghadkan arah tuju dan skop |

| |perniagaan |

|Bebas dari dikenakan cukai perniagaan syarikat | |

|Perniagaan tunggal dikenakan cukai sebagai cukai individu | |

|bukan cukai perniagaan (cukai perniagaan 28%) | |

6.5.2 Perniagaan Perkongsian (Partnerships)

Perniagaan perkongsian melibatkan perkongsian dua atau lebih orang yang bertindak sebagai pemilik bersama terhadap perniagaan tersebut untuk memperolehi keuntungan. Setiap dari mereka akan menyumbangkan duit, buruh atau kemahiran dan setiap dari mereka berkongsi sama ada keuntungan ataupun kerugiaan yang dialami oleh syarikat. Walaupun bukan suatu kemestian untuk menyatakan bahagian masing-masing secara bertulis, namun ia digalakkan kerana jika berlaku sesuatu, makhamah akan mengandaikan pembahagian keuntungan, kerugian, pengurusan aset dan lain-lain dibahagi secara sama rata KECUALI ianya dinyatakan secara bertulis (perjanjian). Perjanjian perkongsian menyatakan dengan jelas sumbangan kewangan dan pengurusan untuk setiap rakan kongsi dan dengan jelas merancangkan peranan setiap rakan kongsi di dalam perniagaan perkongsian.

Di bawah adalah contoh informasi yang ditulis di dalam perjanjian.

1. Nama, maksud, kedudukan (domicile)

2. Berapa lama perjanjian itu berkuat kuasa

3. Ciri perkongsian (am atau terhad, aktif atau senyap)

4. Sumbangan rakan kongsi (pada permulaan , pada tarikh belakangan)

5. Pembahagian keuntungan dan kerugian

6. Gaji

7. Hak rakan kongsi untuk kesinambungan

8. Kematian rakan kongsi (pembubaran dan ditamatkan)

9. Melepaskan dari hutang

10. Perbelanjaan perniagaan (kaedah menguruskannya)

11. Hutang terpisah (seperate debts)

12. Kuasa/Hak (kuasa individu rakan perkongsian di dalam melakukan perniagaan)

13. Buku, rekod dan cara membuat membuat kira-kira

14. Menjual kepentingan pengkongsian

15. Usaha perantaraan (arbittration)

16. Penyelesaian dari pembantahan

17. Tambahan, penukaran atau perubahan terhadap pengkongsian

18. Perbuatan yang diperlukan dan dilarang

19. Kekurangan dan kelemahan

20. Pengurusan kakitangan

Sebagai tambahan kepada ayat yang ditulis, usahawan perlu mempertimbangkan beberapa perbezaan perjanjian perkongsian. Bergantung kepada keperluan, satu atau lebih perjanjian diperlukan. Perkara yang penting perlu diingat adalah: sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi mesti menjadi rakan kongsi am yang bertanggungjawab terhadap hutang syarikat dan siapa yang mempunyai tanggungan tiada had.

Kelebihan dan Kelemahan Perkongsian

|Kelebihan |Kelemahan |

|Mudah untuk ditubuhkan |Tanggungan tidak terhad sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi|

|Peraturan undang-undang dan perbelanjaan adalah sedikit jika |Meskipun sebahagian rakan kongsi mempunyai tanggungan yang |

|dibandingkan dengan enterprise atau Syarikat. |terhad, sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi am akan |

| |mempunyai tangunggan tidak terhad |

|Ganjaran Secara langsung |Tidak mempunyai kesinambungan |

|Rakan kongsi memberi rangsangan (motivasi) dengan memberi |Sekiranya ada rakan kongsi yang mati, gila atau mengundur diri|

|sepenuh tenaga mereka dengan cara berkongsi keuntungan |dari perniagaan, perjanjian perkongsian tamat dengan |

| |sendirinya. Walau bagaimanapun operasi perniagaan boleh |

| |berjalan seperti biasa kerana rakan kongsi lain boleh mengambil|

| |rakan kongsi baru |

|Memudahkan Perkembangan dan Kemajuan |Secara relatif sukar memperolehi modal yang besar |

|Dalam perkongsian, adalah berkemungkinan untuk memperolehi |Kebanyakkan perkongsian menghadapi masalah untuk memperolehi |

|modal dan kepakaran tambahan berbanding dengan perniagaan |modal yang besar terutama apabila melibatkan pinjaman jangka |

|tunggal |panjang. Selalunya harga kekayaan rakan kongsi menentukan |

| |jumlah modal perkongsian yang boleh dikenalkan terutama semasa |

| |perniagaan dimulai |

|Fleksibilitas (Flexibility) |Dibatasi perbuatan seorang rakan kongsi |

|Perkongsian selalunya berupaya untuk memberi maklum balas dan |Rakan kongsi am boleh melakukan kontrak dan tanggungan boleh |

|keputusan dengan pantas untuk keperluan perniagaan |dibuktikan mendatangkan bencana kepada perniagaan secara amnya |

| |dan kepada rakan kongsi lain |

|Secara relatif bebas dari kawalan dan peraturan kerajaan |Kesukaran membuang kepentingan rakan kongsi |

|Campur tangan kerajaan adalah sangat sedikit dalam operasi |Untuk membeli kepentingan rakan kongsi adalah sukar kecuali |

|perkongsian |aturan khusus di dalam perjanjian ada tercatat |

|Kemungkinan keuntungan Cukai | |

|Kebanyakkan rakan kongsi membayar cukai sebagai cukai individu,| |

|dengan ini mereka terlepas dari cukai perniagaan yang tinggi | |

6.5.3 Syarikat (Corporation)

Syarikat adalah “an artificial being, invisible, intangible and existing only in contemplation of law” (Supreme Court Justice Johm Marshall, 1819). Dengan demikian, Syarikat (corporation) adalah terpisah dari entiti undang-undang terhadap individu yang menjadi pemiliknya.

Di Malaysia, organisasi perniagaan berasaskan kepada Akta Syarikat 1965. Akta ini menjadi undang-undang yang menguasai semua syarikat di Malaysia. Akta ini disahkan pada April 15 1966 dan diubah beberapa kali pada tahun 1969. 1971, 1985, 1986 dan terakhir pada tahun 1987. Akta ini berdasarkan kepada undang-undang syarikat yang disahkan di Australia dan di United Kingdom.

a) Sifat-sifat(ciri-ciri) Syarikat

i) Hak dan Tanggungjawab

Syarikat mempunyai tanggungjawab terhadap kepemilikan terhadap modal dan tindakan undang-undang terhadap yang lain atau sebaliknya. Walau bagaimanapun Syarikat tidak boleh mengambil tindakan terhadap individu itu sendiri. Apa saja tindakan yang diambil dilakukan oleh agen perlaksana.

ii) Jangka Hayat (life span)

Jangka hayat Syarikat tiadak bergantung kepada ahli-ahli. Syarikat akan diteruskan walaupun terdapat ahli yang mati atau keluar dari Syarikat. Walau bagaimanapun Syarikat boleh ditamatkan sekiranya semua ahli tidak berminat untuk meneruskan perniagaan.

iii) Tanggungan/liabiliti (liabilities)

Tanggungan setiap ahli di dalam Syarikat adalah terhad kepada jumlah saham yang dilanggan (dimiliki). Oleh itu, ahli tidak bertanggungjawab atas apa yang berlaku pada Syarikat walaupun ianya diisthiyarkan bangkrup. Syarikat tidak sama dengan perniagaan tunggal dan pengkongsian dimana di dalam Syarikat terdapat pemisahan di dalam aset peniagaan dan aset peribadi. Dengan kata lain, tanggungan hutang atau pemiutang tidak boleh menuntut aset individu untuk menyelesaikan hutang Syarikat.

(Nota: aku ubah ayat di atas. Tetapi maksudnya lagi jelas iaitu kalau guna syarikat tunggal atau perkongsian, hutang boleh dituntut dari aset peribadi pemilik TETAPI untuk Syarikat TIDAK BOLEH)

iv) Ahli-ahli (members)

Syarikat mesti mempunyai sekurang-kurangnya dua ahli yang adalah penduduk tetap Malaysia. Dua ahli ini mestilah bertindak sebagai direktor dan menjadi orang penting dalam Syarikat. Dalam Syarikat, ahli akan memilih Lembaga Pengarah (board of directors), di mana mereka akan bertanggungjawab di dalam perjalanan Syarikat serta mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan di dalam Akta Syarikat 1965.

b) Jenis-jenis Syarikat

Terdapat tiga jenis Syarikat di dalam akta 1965:

i) Syarikat Terhad oleh Saham (Corporation Limited by Share)

Syarikat jenis ini banyak beroperasi di Malaysia. Tanggungan ahli terhad kepada jumlah modal yang dikeluarkan oleh pemegang saham.

ii) Syarikat Terhad oleh Jaminan (Corporation Limited by Guarantee)

Tanggungan ahli adalah terhad berdasarkan jumlah tertentu yang telah dipersetujui oleh semua ahli seperti yang tercatat di dalam memorandum perkongsian. Syarikat jenis ini selalu ditubuhkan untuk tujuan menganjur atau menaja aktiviti riadah, hiburan, memajukan industri, seni, sains, agama dan sebagainya yang penting untuk masyarakat. Sekiranya Syarikat ini memperolehi keuntungan, kesemua keuntungan tidak boleh dibahagikan kepada ahli-ahli, tetapi akan dimasukkan semula pelaburan tambahan untuk mencapai visi dan matlamat, Syarikat ini bukan semata-semata untuk membuat keuntungan. Sebagai contoh: Syarikat jenis amanah, tabung dan kebajikan yang bertujuan membantu mereka yang miskin, memberi biasiswa kepada pelajar miskin atau membina hospital untuk orang yang tidak bernasib baik.

iii) Syarikat Tidak Terhad oleh Saham (Corporation Unlimited by shares)

Tanggungan ahli adalah tidak terhad. Perbezaan diantara Syarikat dan perkongsian adalah Syarikat mempunyai entitinya sendiri, Sesetengah organisasi jenis ini adalah seperti firma broker, firma saham and firma arsitektural (architectural).

c) Ciri-ciri Syarikat Terhad oleh Saham (Corporation Limited by Share)

Syarikat mesti mempunyai modal berkongsi dan boleh dikategori kepada tiga kategori seperti berikut:

i) Syarikat Sendirian (Private Corporation) – Sendirian Berhad

ii) Syarikat Awam (Public Corporation)

iii) Syarikat Asing (Foreign Corporation)

Syarikat Swasta

Kebanyakkan syarikat atau Syarikat terbentuk sama ada usahawan kecil atau besar adalah dari jenis Syarikat Terbatas oleh Saham. Syarikat boleh dikategori sebagai Syarikat Swasta (Private Company) atau Sendirian Berhad (Private Limited Company) sekiranya mereka mengikut peraturan di bawah:

i) Jumlah ahli tidak kurang dari 2 dan tidak lebih dari 50 ahli dalam sesuatu masa.

ii) Mesti mempunyai ketaatan sepenuhnya kepada kuasa untuk membuat pemindahan saham ahli-ahli.

iii) Syarikat atau syarikat tidak dibenarkan untuk membuat pilihan untuk menjual atau berlangganan saham atau obligasi kepada masyarakat umum.

iv) Masyarakat umum tidak dibenarkan menyimpan wang dengan Syarikat untuk masa tertentu.

v) Syarikat atau syarikat mesti mempunyai ayat “Sdn. Bhd. “ atau “Sendirian Berhad” dihujung nama syarikat tersebut.

Selain dari peraturan yang dinyatakan tadi, syarikat Sendirian Berhad mesti mempunyai dokumentasi yang jelas mengenai peraturan dalaman untuk rujukan pretasi mengenai aktiviti perniagaan dan pimpinan untuk pelaksanaan yang lebih lanjut. Keperluan syarikat Sendirian Berhad seperti di bawah:

1. Setiausaha Syarikat (Company Secretary)

2. Auditor Syarikat (Corporation Auditor)

3. Cap (tanda) Syarikat (Corporation Seal)

4. Kuasa Peguam (Power of Attorney) ( kena check ni.

5. Memorandum Perkongsian (Memorandum of Association)

6. Artikel Perkongsian (Articles of Association)

7. Berkongsi Modal (Capital Share)

8. Lembaga Pengarah (Board of Directors)

9. Pemegang Saham

10. Pejabat berdaftar (Registered Office)

d) Kelebihan dan kelemahan Syarikat

|Kelebihan |Kelemahan |

|Tanggungan Terhad |Aktivit Terhad |

|Pemegang saham mempunyai tanggunan yang terhad bergantung |Akitiviti syarikat adalah terhad kepada piagam dan pelbagai |

|kepada pelaburan mereka. Paling teruk pun kehilangan wang |undang-undang |

|pelauran mereka | |

|Pemindahan Hak milik |Perwakilan tidak mencukupi |

|Pemilikan boleh dipindahkan melalui penjual saham kepada |Pemegang saham majoriti di dalam syarikat akan berkuasa |

|pembeli yang berminat |(outvotes) terhadap pemegang saham yang kecil |

|Jangka hayat tidak terhad |Peraturan |

|Syarikat mempunyai jangka hayat yang terpisah dan bebas dari |Peraturan kerajaan yang banyak dan laporan diperlukan oleh |

|pemilik, boleh beroperasi dalam jangka masa yang tidak terhad |agensi tempatan dan kerajaan selalunya memberi kesan yang |

| |besar terhadap kertas kerja dan birokrasi. |

|Mudah memperolehi modal yang besar |Perbelanjaan Organisasi |

|Modal boleh diperolehi dengan mendapatkan pinjaman jangka |Sejumlah besar wang diperlukan untuk menubuhkan syarikat. |

|pendek dengan menggunakan aset perniagaan atau jaminan peribadi| |

|dari pemegang saham majoriti. | |

|Meningkatkan kemampuan dan kemahiran |Cukai Dua Kali |

|Berupaya menarik banyak individu kemampuan dan berkemahiran, |Cukai pendapatan dikena kepada keuntungan syarikat dan |

|dari barisan pemegang saham utama sehingga kepada pengurus |pendapatan individu serta dividen yang diperolehi. |

|profesional di dalam syarikat. | |

Perbandingan Tiga Jenis Perniagaan

|Ciri-ciri |Tunggal |Perkongsian |Syarikat |

|Cara penubuhan |Ditubuhkan sendiri oleh pemilik|Ditubuhkan dengan perjanjian |Ditubuhkan dengan cara |

| | |antara rakan kongsi |berdaftar dengan pendaftar |

| | | |Syarikat |

|Kedudukan undang-undang |Tidak ada entiti berasingan, |Tidak ada entiti undang-undang |Selalunya ada entiti |

| |perniagaan |yang berasingan |undang-undang yang nyata dan |

| | | |berasingan dari pemilik |

|Tanggungan |Tanggungan tidak terhad |Tanggungan tidak terhad |Tanggungan terhad terhadap |

| | |(kecuali rakan kongsi terhad di|pemegang saham. Pemegang saham |

| | |dalam pengkongsian terhad) |tidak bertanggungjawab diatas |

| | | |hutang syarikat. |

|Jangka Hayat |Ditentukan oleh pemilik, |Ditamatkan bergantung kepada |Boleh kekal selamanya |

| |automatik bubar apabila pemilik|perjanjian dengan rakan kongsi,| |

| |mati |kematian seorang atau lebih | |

| | |rakan kongsi, rakan kongsi | |

| | |keluar dari pengkongsian, | |

| | |muflis dll | |

|Pemindahan kepentingan |Kepentingan boleh dipindah |Walaupun kepentingan rakan |Saham boleh dipindah milik |

| |milik kepada individu lain dan |kongsi boleh dipindahkan, ia | |

| |tamat di situ sahaja |tidak mempunyai kuasa penuh | |

| | |terhadap pengkongsian | |

|Pengurusan |Bergantung sepenuhnya kepada |Setiap rakan kongsi mempunyai |Pemegang saham memilih pengarah|

| |kebijaksanaan pemilik |suara dan kuasa yang sama |yang kemudian akan menentukan |

| | |penting kecuali dinyatakan di |polisi dan menentukan |

| | |dalam perjanjian perkongsian |pegawainya |

|Cukai |Pemilik membayar cukai |Setiap rakan kongsi membayar |Cukai dua kali, syarikat |

| |pendapatan individu terhadap |cukai secara pro data terhadap |membayar cukai pendapatan |

| |keuntungan syarikat |keuntungan bersih tanpa mengira|terhadap keuntungan bersih, |

| | |sama ada ia dibahagikan atau |tanpa potongan untuk dividen, |

| | |tidak |dan pemegang saham yang |

| | | |menerima dividen perlu membayar|

| | | |cukai tersebut |

|Bayaran organisasi, bayaran |Tidak ada |Tidak ada |Semua diperlukan |

|lesen tahunan dan laporan | | | |

|tahunan | | | |

|Perjanjian perdagangan ke |Tidak ada batasan |Tidak ada batasan |Selalunya mesti berkelayakkan |

|negara lain | | |untuk menjalankan perniagaan |

| | | |dan memperolehi sijil dari |

| | | |pihak berkuasa |

|Cara penubuhan |Ditubuhkan sendiri oleh pemilik|Ditubuhkan dengan perjanjian |Ditubuhkan dengan membuat |

| |dengan tujuan untuk memperolehi|untuk memperolehi keuntungan |perjanjian dengan rakan kongsi.|

| |keuntungan. Mesti didaftarkan |dalam perniagaan, |Surat akuan tanggungan terhad |

| |di pejabat pendaftaran syarikat|sekurang-kurangnya seorang |rakan kongsi difailkan, piagam |

| | |rakan kongsi sebagai rakan |dikeluarkan oleh pejabat |

| | |kongsi am dan yang lain rakan |pendaftaran syarikat |

| | |kongsi terhad, surat akuan | |

| | |rakan kongsi terhad difailkan, | |

| | |piagam mesti dikeluarkan oleh | |

| | |negeri | |

6.6 Sumber Modal Untuk Aktiviti Keusahawanan

Terdapat berbagai sumber modal yang boleh usahawan perolehi untuk memulakan, mengembangkan dan membangunkan perniagaan. Jangkamasa yang diperlukan bergantung kepada jenis sumber kewangan yang sesuai untuk anda dan perniagaan anda. Terdapat enam sumber kewangan:

i) Simpanan Peribadi

Simpanan peribadi anda adalah sumber pertama modal anda. Ia merupakan simpanan yang anda simpan untuk suatu jangkamasa di dalam akaun simpanan, akaun semasa, simpanan di rumah atau tunai yang boleh digunakan apabila diperlukan. Selalunya simpanan peribadi akan cepat kehabisan apabila usahawan memulakan perniagaan.

ii) Keluarga dan Kawan-kawan

Apabila anda kehabisan wang dari simpanan peribadi, tempat seterusnya untuk memperolehi wang adalah dari keluarga dan kawan-kawan. Mereka mungkin rakan sejawat yang mampu memberikan pinjaman. Walaupun ia mungkin merupakan idea yang baik masa tersebut, kadang kala mereka mahukan anda memulangkan wang mereka semasa anda sedang kesempitan wang. Oleh itu adalah amat penting anda membuat perjanjian bertulis untuk mengelakkan berlakunya kekeliruan nanti.

iii) Akaun Persaraan

Anda telah membuat simpanan untuk hari persaraan. Oleh itu, anda boleh menggunakan wang ini untuk membangunkan perniagaan anda. Walau bagaimanapun, pembangunan teknologi perniagaan penuh dengan risiko. Sekiranya perniagaan anda gagal, anda perlu lebih berjimat cermat sepanjang persaraan.

iv) Bank dan Institusi Kewangan Lain

Institusi seperti ini memberikan pinjaman kepada orang yang mempunyai aset yang bertindak sebagai jaminan kepada pinjaman tersebut. Terdapat tiga jenis pinjaman dari institusi kewangan iaitu:

a) Pinjaman Jangka Panjang – dipinjam dari sumber luaran untuk jangka masa di antara 5 sehingga 25 tahun. Cagaran komersil atau perjanjian pinjaman jangka panjang dari bank utama adalah contoh pinjaman jangka panjang. Duit tersebut boleh digunakan untuk pembukaan aset tetap seperti kilang dan peralatan.

b) Pinjaman Jangka Sederhana – sebarang pinjaman diantara 2 – 7 tahun boleh dikategori sebagai pinjaman jangka sederhana. Bantuan kewangan selalunya mengenai perjanjian anda dengan organisasi yang memberikan pinjaman. Pinjaman ini akan dapat membayar sewa beli, sewaan dan perjanjian pinjaman.

c) Pinjaman Jangka Pendek – Overdraft adalah jenis pinjaman jangka pendek yang selalu digunakan. Walaupun kadar bayaran yang dikenakan adalah tinggi, anda mempunyai kelebihan kerana hanya perlu membayar faedah (bunga) pada jumlah wang yang dikeluarkan. Seperti mana pinjaman bank lain, anda harus membayar faedah samada anda mengunakan semua pinjaman tersebut atau tidak.

v) Pinjaman Kerajaan

Kerajaan mengambil sikap positif untuk membantu perniagaan dan industri secara keseluruhannya. Kerajaan telah memberikan geran atau subsidi pinjaman untuk mengalakkan pelaburan dan pembangunan. Terdapat program kerajaan sedia ada yang boleh mengurangkan dengan berkesan kadar faedah pinjaman bank dan membolehkan para peniaga membuat pinjaman. Secara amnya, kerajaan membantu untuk mengurangkan kadar pengangguran dan juga perkembangan dan perbaikan industri terutama kawasan pendalaman.

vi) Pasaran Saham

Modal jenis ini boleh diperolehi dengan menawarkan saham syarikat kepada orang awam. Saham awam perlu mendapat kelulusan dari pihak kerajaan. Selalunya, perkhidmatan pelaburan dari bank digunakan. Sebagai pertukaran kepada pelaburan modal, anda perlu menawarkan peratusan pemilikan syarikat tersebut. Dengan ini ia memberikan para pelabur kuasa yang terhad untuk mengawal syarikat dan berkongsi keuntungan mengikut peratusan pemilikan. Ia mungkin dalam bentuk dividen.

Ujian 1

1. Jelaskan jenis-jenis perniagaan

2. Terangkan fasa start-up

3. Senaraikan langkah-langkah untuk membeli syarikat sedia ada.

4. Terangkan kelebihan dan kelemahan start up dan membeli perniagaan sedia ada.

Ujian 2

1. Apa itu franchising?

2. Secara ringkas terangkan kelemahan dan kelebihan struktur franchise.

3. Terangkan struktur undang-undang untuk perniagaan baru.

4. Bincangkan sumber modal untuk usahawan.

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download